11 Mac 2008

Barisan Nasional Terumbang Ambing

Kerajaan Barisan Nasional hari ini dikatakan sedang menghadapi masalah paling kronik setelah melalui kegetiran menghadapi kekalahn paling teruk di dalam sejarh pilihanraya di Malaysia apabila lima negeri telah terlepas ke tanga pembangkang disamping kegagalan untuk memperolehi majoriti 2/3 di Palimen.

Abdullah Ahmad Badawi yang enggan berundur dan masih terus melantik dirinya sebaai Perdana Menteri dikatakan menjadi punca kepada masalah kronik yang dihadapi sekarang ini.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah mengecam parti pemerintah itu selepas keputusan terburuknya dalam sejarah

"Pada pendapat saya, beliau telah merosakkan Umno, memusnahkan BN dan beliau mesti bertanggungjawab," kata Mahathir kepada wartawan.

Beliau mencadangkan Abdullah meletakkan jawatan, dan menambah beliau telah tersilap melantik presiden Umno itu sebagai perdana menteri.

"Saya fikir beliau harus menerima tanggungjawab atas (kekalahan) ini. Beliau mesti menerima tanggungjawab 100 peratus," katanya.

"Saya minta maaf tetapi saya memang telah membuat pilihan yang salah (melantik Abdullah)."

Mahathir sebelum ini berkata beliau tidak berhasrat melihat Abdullah memegang jawatan itu lebih daripada satu penggal, dan beliau seharusnya menyerahkannya kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Abdullah dihukum pengundi akibat kenaikan inflasi dan kadar jenayah serta keresahan hubungan kaum.

"Saya fikir orang ramai mesti rasa sangat-sangat marah, semua kaum, Cina, Melayu dan India," kata Mahathir.

"Masalahnya kita (kerajaan) telah menjadi terlalu bongkak. Kita tindas sebarang pendapat yang kita tidak suka dan mereka mula percaya pada laporan sendiri yang tidak selalunya tekal dengan apa yang sebenarnya sedang terjadi dalam negara ini."

Di dalam pada itu Abdullah masih lagi gagal untuk membentuk kabinet barunya walaupun telah tiga hari pilihanraya berlalu - sesuatu yang belum berlaku di dalam sejarah.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting menolak tawaran menganggotai semula Kabinet atau memegang sebarang jawatan dalam kerajaan kerana mahu menumpukan sepenuh masanya untuk membina semula dan membuat pembaharuan dalam MCA selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum Sabtu lalu.

Dalam pilihanraya umum Sabtu lalu, MCA tewas di 25 daripada 40 kerusi Parlimen yang ditandingnya. Parti itu juga tewas 59 daripada 90 kerusi negeri yang ditandingnya.

Parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional (BN) itu kalah kepada DAP di semua kerusi yang ditandinginya di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum 2004, MCA bertanding jumlah kerusi yang sama dan memenangi 31 kerusi Parlimen serta 76 kerusi negeri.

"Saya bertanggungjawab bagi kekalahan sebahagian besar calon MCA pada pilihanraya umum baru-baru ini yang berpunca daripada pelbagai sebab.

"Bagi melaksanakan tanggungjawab yang amat mendesak berikutan perkembangan terbaru dalam politik ini, saya membuat keputusan untuk tidak menawarkan diri bagi memegang sebarang jawatan Kabinet atau menyandang sebarang jawatan dalam kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ong berkata, usaha membina dan memperkasakan semula MCA merupakan tugas yang perlu dilakukan "walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran".

Rakyat Malaysia, tegas Ong, Dalam telah menghantar mesej yang jelas dalam menyuarakan kekecewaan mereka terhadap pelbagai isu.

"Semua ini telah menyumbang kepada kekalahan banyak calon BN dalam pilihanraya berkenaan," katanya.

MCA, kata Ong lagi, akan peka terhadap apa yang disuarakan oleh rakyat Malaysia.

Sementara, akhbar-akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan abangnya Datuk Ong Ka Chuan yang juga setiausaha agung MCA, dijangka akan mengisi kekosongan di kementerian yang disandang Ka Ting sekarang.

Ka Chuan menang kerusi parlimen Tanjung Malim dalam pilihanraya umum Sabtu lalu.

Akhbar-akhbar itu melaporkan tiga lagi kekosongan jawatan menteri yang diperuntukkan kepada MCA akan diisi oleh Ketua Wanita, Datuk Dr Ng Yen Yen (Menteri Kesihatan).

Manakala Naib Presiden, Datuk Ong Tee Keat dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai dijangka dilantik mengisi dua lagi jawatan menteri - Menteri Sumber Manusia dan Menteri Pengangkutan.

PRU 2008 : Fakta-fakta Menarik

Barisan Nasional hanya memperolehi kira-kira 51 peratus jumlah undi daripada 7.9 juta pengundi yang membuang undi pada 8 Mac lalu..

Namun ia, memperolehi 63 peratus dari jumlah kerusi yang dipertandingkan - 140 daripada 222 kerusi di Parlimen.

Menariknya, jumlah 49.79 peratus undi yang diterima oleh Barisan Alternatif yang lebih merata di seluruh negara, yang juga bermaksud Barisan Alternatif menerima majoriti undi di di negara ini.

Dan, apabila ditinjau pada kerusi parlimen, BN hanya memperolehi 85 kerusi Parlimen di Semananjung, manakala BA memiliki 80. Hampir 40 peratus kerusi BN adalah di Sabah dan Sarawak - 55 daripada 140.

Calon termuda ialah dari PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berumur 26. Beliau mengalahkan penyandang Seri Setia, Seripa Noli Syed Hussin.

Calon tertua ialah nenek benama Maimun Yusuf, 89, yang bertanding di parlimen Kuala Terengganu . Beliau hilang wang pertaruhannya.

56 calon dari pembangkang dan calon Bebas juga hilang wang pertaruhan setelah gagal memperoelhi satu perlapan dari jumlah undi yang dikira..

Majoriti undi terbesar dimenangi oleh calon DAP Teresa Kok menentang BN Carol Chew, dengan 36,492 undi di palimen Seputeh di Kuala Lumpur.

Majorit terkecil ialah 14 undi yang diteirma oleh calon BN Hamdi Abu Bakar yang mengalahkan Abu Bakar Haji Hussain dari PAS di DUN Pengkalan Baharu di Perak.

Empat orang yang utama di dalam kes pita video Lingam semuanya berjaya iaiatu : Loh Gwo Burne (who yang merakam pita video), Wee Choo Keong (peguam yang mewakili adik VK Lingam semasa inkuiri) dan R Sivarasa serta Sim Tze Tzin (tersenarai sebagai saksi tetapi tidak dipanggil). Keempat-empat dari PKR.

Calon terramai ialah dari kerusi DUN Sukau, Sabah, dimana lapan orang calon bertanding , termasuk 5 orang calon Bebas.

Blogger terkenal Jeff Ooi - yang berkempen secara online dan kutipan derma dilakuka melalui blognya - berjaya di palimen Jelutong untuk DAP.

Blogger lain termasuklah Tony Pua (DAP, Palimen Petaling Jaya Utara ), Elizabeth Wong (PKR, DUN Bukit Lanjan ) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR, DUN Seri Setia).

Aktivis masyarakat Charles Santiago (DAP, isu penswastaan air), Edward Lee (DAP, masyarakat setempat), Elizabeth Wong dan R Sivarasa (PKR, hak asasi manusia).

Tamparan Hebat
Kekalahan komponen BN mengakibat beberapa kekosongan di dalam pelbagai kementerian, dan memaksa satu penyusunan kabinet dilakukan..

Menteri
S Samy Vellu (Menteri Kerja Raya)
Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
Zainuddin Maidin (Menteri Penerangan)
Abdul Aziz Shamsuddin (Menteri Pembangunan Wilayah dan Luarbandar)

Timbalan Menteri
Chia Kwang Chye (Kementerian Penerangan)
G Palanivel (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
Tan Chai Ho (Kementerian Dalam Negeri)
V Veerasingam (Kementerian Perdagangan dan Hal Ehawal Pengguna)
S Sothinathan (Kementerian Sumber Asli dan Persekitaran)
Donald Lim (Kementerian Pelancongan)
Fu Ah Kiow (Kementerian Keselamatan Dalam Negeri)
M Kayveas (Jabatan Perdana Menteri)

Setiausaha Parlimen
Chew Mei Fun (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
P Komala Devi (Kementerian Pelajaran)
Lee Kah Choon (Kementerian Kesihatan)
Ng Lip Yong (Kementerian Industri Tanaman dan Komiditi)
S Vigneswaran (Kementerian Belia dan Sukan)
Rahman Ibrahim (Kementerian Dalam Negeri)
Dr Mohd Ruddin Ab Ghani (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar) - tidak dicalonkan
Yew Teong Look (Kementerian Wilayah Persekutuan)
Seluruh pasukan dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat kalah di dalam pilihanraya..

Kesemua pemimpin tertinggi MIC kalah - Presiden, Timbalan Presiden, dua Naib-Presiden, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda.

Pemangku Presiden Gerakan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon kecundang
, Beliau tewas kepada bekas pensyarah, Dr P. Ramasamy daripada DAP.

Daripada 12 kerusi Parlimen, Gerakan hanya menang kerusi Gerik dan Simpang Renggam, selain memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) — Kuala Sepetang (Perak), Ketari (Pahang), Pemanis (Johor), Bukit Batu (Johor) dan Derga (Kedah).

Parti itu bertanding di 31 kerusi DUN dan tumpas kesemua kerusi di Pulau Pinang, tempat ia bertapak.