5 Sep 2014

Hari Tu Kata Muktamad, Jawatan MB Untuk PKR, Hari ini Sudah Lain....


Calon MB S'gor: PAS hantar 2 Adun PKR, 1 PAS

KUALA LUMPUR: PAS menghantar dua nama Adun PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga Adun berkenaan.

"Buat masa ini nama tu biarlah dulu," ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada Istana Selangor.

Jelasnya lagi, PAS menghantar tiga nama kerana pihak Istana Selangor telah menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama.

"Jadi lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga," ujarnya beliau lagi sambil menyatakan senarai itu dihantar semalam.

Beliau menjelaskan lagi bahawa senarai calon Menteri Besar Selangor selepas Pilihan raya Umum 2008 dan 2013 lalu ditandatangani oleh Presiden PAS.

Pada 27 Ogos lalu, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Sehari sebelum itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Baginda menitahkan supaya PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan. - HARAKAHDAILY 4/9/2014

ULASAN GB

Apa nak katakan.... hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. PAS pun nak tumpang semangkuk. Hari tu buat kenyataan bajet bagus kata PAS menghormati perjanjian dengan PR bahawa jawatan menteri besar akan diberikan kepada ahli PKR malah siap beri beri jaminan bahawa tidak akan ada nama daripada PAS. Baca di bawah untuk laporan dari harakahdaily sendiri.

Hari ini, tup tup nama orang PAS dimasukkan.

Patutlah hari itu PJ PAS Selangor kata pengumuman Mustafa itu tidak muktamad. Rupa-rupanya PAS Selangor tergila juga jawatan MB tersebut walaupun tiada sokongan majoriti.

Tindakan yang betul-betul tak tahu malu dan memalukan parti dan para ahlinya.

p/s Bagi yang tuduh GB melakukan fitnah kerana sebar berita dari portal bukan PAS, sekarang kedua-dua laporan tersebut adalah dari Harakahdaily. Kebenaran terdedah kini siapa yang jelas MUNAFIK dan PENDUSTA.


Muktamad, jawatan MB Selangor milik PKR - Mustafa

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah milik PKR.

Justeru, katanya PAS tidak akan menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Kita tidak akan calonkan Adun PAS untuk jawatan itu kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini, ini adalah muktamad," ujarnya ketika dihubungi pagi ini.

Malam tadi, beliau mengadakan mesyuarat dengan kepimpinan PAS negeri itu yang turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Exco Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad dan setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman.

Menurutnya, mesyuarat itu tidak menyentuh mengenai isu Menteri Besar Selangor sebaliknya beliau hanya menjelaskan kronologi kemelut jawatan menteri besar kepada ahli PAS negeri itu.

PAS, katanya tetap dengan pendirian akan mempersembahkan tidak kurang daripada dua nama Adun PKR kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon menteri besar yang baharu.

"Jika ada laporan yang sebut saya kata sekurang-kurangnya tiga nama, itu tak betul," jelasnya.

Beliau berkata, PAS akan menghantar senarai nama itu kepada Istana Selangor sebelum 3 September ini.

Semalam, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Kelmarin, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Baginda menitahkan supaya PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan.
-harakahdaily 28 Ogos 2014










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





84 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lidah bercabang bapak segala ular dan biawak ada 'situ' rupanya

Tanpa Nama berkata...

Sikap PAS langsung tidak mengambarkan sikap seorang muslim yg bernaung dibawah party islam. PAS telah terjatuh kedalam gaung yg tersangat dalam, selepas ni PAS hanya akan diikuti oleh orang-orang yg buta maklumat saja. Dengan sikap begini aku rasa 99% PAS Kelantan juga akan tumbang dlm PRU akan datang. Sebelum terlambat buang anasir jahat ni walaupun ia adalah individu tertinggi dlm PAS.

Anti Fitnah berkata...

Rupanya PAS dah jadi serupa dengan "Melayu UMNO". Satu lagi titik hitam buat umat Islam di Malaysia khasnya, Dunia amnya. Orang Islam PAS bukan saja mengkhianati orang Islam malahan orang bukan Islam.
Apa beza antara PAS dengan UMNO? Lepas ni, PAS jangan dok kata UMNO zalim sebab hangpa SERUPA sahaja. Bila lagi nak tubuhkan TANAH PERKUBURAN MELAYU?
Ulama sudah berubaj jadi UlarMak??? Kau fikirlah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Buat malu je...parti islam tp buat perangai ngalah kapir. Malu la biar org bkn islam ckp...ini mcm ka org islam...padahal yg buat onar mengaku ulama...malu3

Tanpa Nama berkata...

Ulama pas mulia Tak akan tipu Tikam, mesti Ada Alaskan yang baik. Kita perlu sokong sepenuh ulama pas mulia maka segala masalah akan selesai

Tanpa Nama berkata...

PAS meletakkn mertabatnya paling rendah dgn sikap pemimpinya yg berdolak dalik dan berbohong, amat menyedihkan org2 yg bergelar ulama mungkir janji,,,,

Tanpa Nama berkata...

GB, adakah tuan banga sebalik ahli PAS yang penuh dengan Ulama Pas mulia, dan berkualiti sebagai MB? Yang penting, saya sokong Ulama PAS kerana mereka tidak tipu, tidak tikam. Memang betul dalam PAS Dewan Ulama terginggi. Maka ikut jer ulama PAS, segala masalah akan terselesai.

GB harus bangga kerana seorang ahli PAS.

Tanpa Nama berkata...

Lepas dapat MB dengan sokongan UNMO, GB boleh nasihatkan PAS bagi 7 Exco kepada UNMO, dengan pertukaran UNIT AMAL bebas kekal, dan Tanah di skudai boleh sewa.

Kalau 7 Exco tak boleh, bagi UNMO 8-9 exco. PAS dapat MB sudah cukup banga maka 1-2 Exco tu Bonus jer.

Dakwah dah Berjaya, cina memang sokong PAS sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Apakah budaya baru sedang dibawa oleh pimpinan atasan PAS?

Politik dahulu baru Islam atau Islam dahulu baru politik atau ikut suka sahaja apa yang mahu dibuat?

PAS sebenarnya yang terjerat dalam isu MB Selangor, tidak PKR tidak DAP.

Hari malap PAS akan datang, kekallah dengan kumpulan yang gila kuasa berselindung di sebalik jubahnya....

Tanpa Nama berkata...

Pas pakar pemusnah. Terengganu, Kedah & Selangor coming soon.

Tanpa Nama berkata...

Banyak hikmah bila terjadinya Kajang Move dan pemecatan TSKI. Barulah umat manusia diMalaysia nampak tak kira apa pegangan parti mereka bahwa rakan dalam parti sanggup tikam belakang kawan demi kuasa walhal telah berjanji taat setia. Kalaulah Umno yg berbuat begini ana tidak hairan tapi Pas???. Baik pangkah Dap lagi baik waimah kafir pon tidak belot dan memegang janji. Ulama dah jadi Ularmak... subahanallah..

Tanpa Nama berkata...

SEKARANG NAK WALA KEPUTUSAN YG MANA?

SLOGAN KEPIMPINAN MELALUI ULAMA SUDAH MEMALUKAN PAS SENDIRI APABILA TERDAPAT ULAMA BERKEPENTINGAN. SORRY TO SAY BARISAN MAJLIS SYURA ULAMA SUDAH SAMA SETARAF HASSAN ALI DAN ULAMA UMNO.

Tanpa Nama berkata...

SEKARANG NAK WALA KEPUTUSAN YG MANA?

SLOGAN KEPIMPINAN MELALUI ULAMA SUDAH MEMALUKAN PAS SENDIRI APABILA TERDAPAT ULAMA BERKEPENTINGAN. SORRY TO SAY BARISAN MAJLIS SYURA ULAMA SUDAH SAMA SETARAF HASSAN ALI DAN ULAMA UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Sesuatu perlu dilakukan untuk selamatkan PAS. Haji Abd Hadi Awang perlu disingkirkan dari jawatannya sebagai Presiden PAS. Beliau tidak mematuhi keputusan Muktamar yang memutuskan supaya PAS perkukuhkan Pakatan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Sesuatu perlu dilakukan untuk selamatkan PAS. Haji Abd Hadi Awang perlu disingkirkan dari jawatannya sebagai Presiden PAS. Beliau tidak mematuhi keputusan Muktamar yang memutuskan supaya PAS perkukuhkan Pakatan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

mustafa ali tunjuk bijak konon sebagai mastermind pas, kini terbukti nyata telah berbohong ekoran dari asakan golongan yg menamakan diri mereka geng ulama.

Tanpa Nama berkata...

Ustaz pas bukan main kutuk dlm kuliah magrib di masjid..kutuk tuduh org lai munafik...kutuk mcm kat selangor tak de lelaki nak lantik wanita jadi mb.
Hai..fenin2...mcm ne punya menteliti ustaz pun ade. Dgn bangga mahu wakil pas jadi mb.
Tidak kak dia sedar ustaz ni sedang menampakkan bulu munafiknya..
Jelas ciri2 munafik terpancar...memalukan

Tanpa Nama berkata...

Pendirian tidak tetap .. Parti pas pun auta jgk.. Aku ahli seumur hdup pas pun meluat dgn kepimpinan pusat mahupun dr bwh....pru nnti aku boikot lh...

Tanpa Nama berkata...

Ular dlm Semak

in response to Ulama pas mulia Tak akan tipu Tikam, mesti Ada Alaskan yang baik. Kita perlu sokong sepenuh ulama pas mulia maka segala masalah akan selesai, by Anonymous.

AKG BEARINGS FOR JOHOR , MALAYSIA berkata...

Berkaitan dengan berita ni.. Presiden, Setiausaha Agong dan Menantu Presiden bolehlah letak Jawatan.... PAS ini bukan anda punya, untuk mereka yang betul2 ikhlas berjuang tanpa menghalalkan cara berbohong dan ingkar janji. Jelas kesimpulan Ahmad Maslan menyatakan PAS ditakbir oleh PARTI POLITIK macam parti UMNO juga bukan Parti Agama. Tidak seperti yang selama ini ku sangkakan. Selamat Tinggal PAS

Tanpa Nama berkata...

PAS tidak fokus di dalam satu-satu keputusan sebab campurtangan gol minoriti yg terdiri dari "tangan-tangan misteri" di belakang Presiden.

PKR dan DAP begitu tetap pendirian. Mereka bersatu.

Sedangkan PAS begitu cacamarba sekali. Kegagalan PR adalah kerana sikap dan perangai PAS yang tidak tetap pendirian dan khianat sesama rakan.

Tanpa Nama berkata...

Haji hadi ni dah tua.. org tua tua ni kita kalau dia dah jadi degil memang kita tak boleh buat apa apa lagi dah nak pujuk... paling praktikal org tua macam ni jangan bagi dia keluar rumah

Tanpa Nama berkata...

Di Kedah berbalah sesama sendiri sehingga tumbang kerajaan kedah.. yg tu sape nak salahkan? Dap atau Pkr?

maae berkata...

Selagi ada sikap menyalah dan memfitnah, tidak mengakui salah sendiri, tunduk kepada kafirun dan munafik, maka Allah SWT itu MAHA memberi peringatan kepada pemakan-pemakan daging saudara nya....

Sekarang fitnah-fitnah tersebut bertempek-tempek di dahi setiap yang menyokong nya... pintu neraka paling bawah seperti 'darkil asfalt' besar ternganga dan menggelegak...

Masih tiada iktibar ? Masih mengaku diri 'k...n...r suci' ? Mana ada benda itu suci....

Tanpa Nama berkata...

Harap pada muktamar PAS akan datang, jawatan presiden skrg akan ditukar kpd calon lain pulak... berundurlah haji hadi...pas dah makin teruk skrg....

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah jadi Parti Angkot Sampah akibat pemimpin pemimpin tua nya sudah menjadi Bacul menongkat langit , setelah ALLAH SWT menunjuk kan sikap mereka mereka yang menjual Al Quran dan Sunnah untuk mengaut ke untungan duniawi.

Tok Guru Nik Aziz pun mengalah senyap kemungkinan mengakui segala yang berlaku dalam PAS buat masa ini.

Sedih lah , orang orang ber agama kuat Melayu boleh kalah dengan godaan setan setan untuk mengejar kedudukan seposen dalam kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Kami lepas ni ..... tak akan undi PAS lagi ...... PAS mempersendakan agama , mempersendakan kewarakkan , langsung ramai akan hina ahli agamawan , yang tak boleh dipercayai lagi .... semua akhirat letak tepi demi keduniaan . Kami berpuluh tahun mengikut PAS . Tapi ni lah natijahnya . Kami malu pada rakan-rakan bukan islam !!! malu .... malu !

4G berkata...

selagi presiden dan setiausaha dan geng nganu tidak ditukaq pas memang mnjadi bahan lawak di persda politik malaysia...wala sudah menjadi lawak...munafik haraki da jadi belit harakiri..kita fham dan percaya masih ramai lagi JK Pusat yg masih wala dgn tahaluf siyasi PR so depa ni kene wat sesuatu jg jadi pak angguk jea..memang clear dah di dalm pas ada pendukung pr n pendukung UG.. so satu group kene dikorbankan di dalam muktamar di Batu Pahat nie..

Ahmad Basri berkata...

Bila berkata dusta,bila berjanji engkar,bila beramanah khianat.
Apakh ini?
Pas.

ex army berkata...

Allahuakbar.... selagi nama parti islam... Aku sokong perjuangan mereka....

Tanpa Nama berkata...

Simpulan awal Baru nk terlerai tersimpul pula di tempat lain....rasa mcm tk patut terjadi, jika nk serah 3 nama sekali pun kenapa perlu ada nama dr pas???janji yg dikata muktamad dh jadi matlamat

Tanpa Nama berkata...

Pas masih relaven cuma beberapa ketul pemimpin tua yang mengidap Alzheimer perlu ditukar. Dah hukum alam orang tua mudah lupa. Ramai lagi pemimpin muda yang waras dan bijaksana yang dapat memacu Pas ke arah kecemerlangan

Tanpa Nama berkata...

Ulama PAS memalukan.. Musang berbulu ayam

Tanpa Nama berkata...

Ulama PAS memalukan.. Musang berbulu ayam

Tanpa Nama berkata...

Kepada Tuan Guru Nik Aziz...ambe mohon sangat tuan guru masuk campur dlm hal ni skrg...hanya kata dua dari tuan guru yg akan dpt perambat geng ug perosak pas yg skrg tgh sibuk duk gomol tuan presiden...

Pemerhati berkata...

salam..

dah sohih ke berita ni?? pyh gak nk cayo. begitulah tingginya pndgan & pghormatan kpd pak2 ustaz dale Pas. Tp, kalu berita ini sohih btul, alamat nasib Pas akan kelam dan gelap pd masa2 mndtg.

saperlah mastermind Pas dale isu ni?? stofa Ali ker? ko pktn stofa, hj Hadi & geng Ganu?!? Kan ke dale beberapa muktamar tlh dipertegaskn yg Pas akn bersama PR. Tp skang tindak tanduk Pas mcm nak perlemahkan PR je. Byk klu klik la tindakan & kptsn Pas sejak akhir2 ni. sikap sebegini boleh menjauhkan, bukan saje org buke Islam, bahkan ore Islam/melayu. bahkan bahkan pndokong Pas mcm aku ni pun dah mula keliru dan kure rra nga Pas loni. Maaf Pas. Aku ckp yg benar dari hati. begitu gak, kawan2 aku dah mula berjauh hati nga Pas. X lah sapa aku nak undi UBN kalu ada pilihanraya. Tp nk berkempen, comfirm malas. nak g dengar ceramah lagi lah. nak derma..minta maaf. Pemimpin2 Pas (baca: geng Ganu) tlh mragut kepercayaan kami semua. aku sgt berhrp Pas kmbali kpd ajaran Islam sbnr. kalu rasa nak bersama Umno, sila bw ke muktamar..berbhs di sana. kl majoriti nk bersama Umno, ok aku pasrah. tp kalu majoriti nak bersama PR, AND ada lg yg terliur nak bersama Umno, aku hrp sgt nga secara hormat kuar Pas, dan daftar sbagai ahli Umno seumur hidup Pas ni buke parti individu. sblm ni pak2 ustaz dlm Pas duk ratib kena patuh kptsn jamaah. Nah yg MU tu X nak patuh kptsn muktamar..ape hal??? x kan ore kemacar mcm aku ni nk tazkirah ko geng2 ulamak ni..yg lbh suci. aku hormat dan syg ulamak sbb ulamak waris para Rasul. tp buke ore yg perasan dan mgaku sbagai ulamak. kan jd Ular Dale Semak...

HARAP PIMPINAN PAS AMIK TAU LUAHAN IKHLAS DR HATI KAMI, PENDOKONG BWHN PAS NI. KAMI SYGKAN PAS. TLG PERBETULKAN KEADAAN. JGN SAPA KAMI BERPALING TADAH DAN UNDI UMNO. LPS TU DUK KEMPEN SUPAYA UNDI PAS KONONNYA PAS PERJUANG ISLAM!!

XUMNO berkata...

Kenapa marah sangat kat Pas ni? Siapa yang keras kepala dan otak batu? Pas ke? Sultan dah berlembut minta lebih dari dua nama calon. Kenapa PKR berdolak dalih hinggakan pihak istana pun suruh hantar nama tambahan selain dari Wan Azizah. Kalau Pas nakkan jawatan MB tu, dulu lagi dah boleh demand sebab Pas ada lebih kerusi dari PKR. Itu pun kamu ahli2 totok PKR tak berterima kasih. Apa PKR hebat sangat ke? Kalau tak adalah orang2 Pas tolong serba serbi dalam pilihanraya dulu, PKR entah wujud atau tidak lagi... Belajar sejarah politik dulu sebelum buat komen.

Tanpa Nama berkata...

Stops Ali ni amat bijak main wayang.Cukup sekadar itu,yg lain semua dah tau.

pemerhati berkata...

salam..

Pas skang ni berjuang atas dasar Islam or nak kejar jwtn?? Pas dh jd parti haru biru loni. aku rasa Pas dah tersalah lgkah. kalu beginilah cara Pas main politik, X ke mana Pas ni. Pas tlh berundur 10-15 thn kebelakang.

Pas ni cerdik or X cerdik. Aku rasa Pas main politik saje2 jer. x dok kijer, masuk politik kepartian. nak kata kejar Islam pun dok. nak kata kejar kmngn dlm pilihanraya pun, dok. bodo sgt ko Pas ni. kalu dpt jwtn Mb pun, mcmane Mb Pas nak berkhidmat nga baik u rakyat kalu X dpt kerjasama spnuh'y drp rakan2 pr. ape guna"y kalu dpt jd MB 3 thn jer, lps tu Pas lingkup di S'gor. buke S'gor je, Kelate pun blum tentu dpt diperthnkan kalu mcm ni lah sikap geng Pas! Byk kerusi Pas akan terlps dlm pru14. slps tu UBN pun akan kata GOOD BYE pas yg bodo. sape suruh hang cayo kat aku.. PADAN MUKA hang!!

Tanpa Nama berkata...

Stopa Ali ko Hadi Awaey ke sama aja. Parti bukan ulama tapi Ular Mak. Dah goye Iman tengok pada jawatey MB. Kawe tok cayo dah parti ularmak ni. Watgapo gapo lah,moga pakai serbe besar atas pala tok guna gak, otak masih otak material mace UMNU gak.
Hadi mu usah lah cete banyak. Semua ularmak.

Tanpa Nama berkata...

beginilah rupa sebenarnya ulama Pas, dah lama pakai topeng

Tanpa Nama berkata...

patutlah Hadi jumpa Sultan, rupanya ada udang disebalik mee

Tanpa Nama berkata...

patutlah kata UMNO, Pas atau UMNO sama saja, sementara nak dapat...

Tanpa Nama berkata...

di Kedah tumbang kerana pemimpin yang lemah dan perlu diganti, sekarang Presiden Pas yang lemah, tak ganti tumbang lagi

BaDiN berkata...

Nak lihat adakah PAS akan hancur atau PR yg akan hancur.Tak mustahil PAS akan dicop parti yg pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan rakan sekutu.Yg pasti Cina DAP & ahli PKR akan memberontak dan menarik balik sokongan kpd PAS atau PAS bersendirian berhadapan dgn umno/BN dlm Prk Pengkalan Kubur(Andainya PKR tarik diri)dan dalam Pru mendatang.Tinggalah PAS hanya utk tiga negeri shj secara tradisi pengaruh PAS di sana iaitu Kelantan,Kedah,Terengganu.Tak wajib taat setia kpd permintaan Sultan,yang wajib adalah memelihara Ukhuwah Persahabatan sesama Komponen PR.Parti sahabat akan benci PAS sebab main kayu tiga.Yg paling untung adalah Umno/BN sebab saat perpecahan pr semakin hampir jika BENAR apa yg didengar sekarang.PAS mahu berharap pada siapa lagi jika sahabat dalam Pr membuang PAS.Kenapa perkara ini harus terjadi disaat Umno/Bn lemas kepanasan kehilangan pengaruh di kalangan bukan melayu.BERHARAP SANGAT AGAR PERKARA INI TAK BENAR.

mohamad berkata...

PAS telah putuskan dalam mesyuarat 2 orang nama dari PKR. PKR dah putuskan hanya Wan Azizah. DAP ikut. Sultan minta 3. Manalagi orang PKR yang nak dicalonkan? semua tidak boleh. Habis tu kau nak suruh calon nama jin atau hantu nak cukupkan seperti yang dikehendaki sultan? PKR telah menyusahkan PAS dan DAP. DAP nak calon siapa? kena tunggu PKR, PKR mabuk dan keras kepala, cuma yg dimaukan Wan Azizah. Sekarang apa sudah jadi? Kalau dulu PKR tak buat keputusan gila, PAS boleh menambah seorang calon PKR lagi bagi memenuhi syarat. Sekarang puakpuak PKR ramai jadi gila menuduh dan memburuk buruk kan PAS sedangkan semua kemelut bermula dari langkah kajang semuanya dari PKR. Aku rasa macam ada satu perancangan dari PKR untuk menyerahkan selangor kepada UMNO melalui Pilihanraya kecil sebagai persetujuan sulit DSAI dengan Najib dalam konsensus national dan dalam masa yang sama merancang supaya orang marah pada PAS bagi melemahkan pengaruhnya di Selangor.

BaDiN berkata...

salam GB slmt malam jumaat utk semua muslimin & muslimat sekalian.Nak lihat adakah PAS akan hancur atau PR yg akan hancur.Tak mustahil PAS akan dicop parti yg pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan rakan sekutu.Yg pasti Cina DAP & ahli PKR akan memberontak dan menarik balik sokongan kpd PAS atau PAS bersendirian berhadapan dgn umno/BN dlm Prk Pengkalan Kubur(Andainya PKR tarik diri)dan dalam Pru mendatang.Tinggalah PAS hanya utk tiga negeri shj secara tradisi pengaruh PAS di sana iaitu Kelantan,Kedah,Terengganu.Tak wajib taat setia kpd permintaan Sultan,yang wajib adalah memelihara Ukhuwah Persahabatan sesama Komponen PR.Parti sahabat akan benci PAS sebab main kayu tiga.Yg paling untung adalah Umno/BN sebab saat perpecahan pr semakin hampir jika BENAR apa yg didengar sekarang.PAS mahu berharap pada siapa lagi jika sahabat dalam Pr membuang PAS.Kenapa perkara ini harus terjadi disaat Umno/Bn lemas kepanasan kehilangan pengaruh di kalangan bukan melayu.BERHARAP SANGAT AGAR PERKARA INI TAK BENAR.ku sangkakan panas hingga ke petang Rupanya hujan ditengahari.SEANDAINYA PR BERPECAH MAKA TAK MUSTAHIL BERPULUH TAHUN LAGILAH UMNO/BN TERUS MEMERINTAH MALAYSIA.PAS perlu muhasabah kenapa kemelut belum tamat,Apakah PAS perlu bersendirian semula atau Kepimpinan PAS harus ditukar.Kami Amat Sayangkan PAS & Kami juga Sayang juga Kpd PKR,DAP.Tak mustahil dlm Pru nanti PAS untuk ahli PAS shj & PKR,DAP akan lawan PAS dalam Prk @ Pru.

Tanpa Nama berkata...

GB jangan tulis benda tidak benar. Kita perlu percaya dan tetap percaya ULM PAS mulia.

Mereka berilmu tinggi maka tidak akan buat tipu pusing percakapan, benda tak baik ni tidak akan belaku dikalangan ULM PAS mulia. Dah terbukit kepentingan dan kemulian mereka kerana Dewan ULM atasi AJK Pusat.

Yang silap mesti GB dan orang lain kerana salah paham dan ilmu rendah.


BaDiN berkata...

Adakah Bos Bos PKR & DAP akan hadhir dalam Muktamar PAS nanti.Jika terjadi begitu Kemelut MB akan berpindah menjadi Krisis Kepercayaan sesama Parti Sahabat PR kpd PAS.Tak mustahil Krisis satu negeri akan merebak menjadi Krisis Nasional yg melanda PR.

Tanpa Nama berkata...

Syabas pas...anda telah membuktikan anda pati hampas...pru14, kalo hadi still tuang presideng & geng ug bersepah dalam pas lagi, aku dok umah je makan kacang + layan movie...

hampas punya pas (baca : hadi)...

Tanpa Nama berkata...

PKR bikin ribut, PAS jugak yg salah..

Da sultan minta 2 3 nama dr 3 parti tu. Tu kira kiasan kasi tau bahawa nama sblm ni mmg tak berkenan lah..

Weh kalu derang ni mmg anak jati Selangor tak kan memandai2 nak desak Sultan. Sapa lu yg dtg dari ntah mana2 negeri tetiba nak paksa Sultan pilih lu? Lu sapa? Lu layak ka? Ceh!!

Da sultan mu main cam paksa.. tu nk tunjuk mu mmg rtak respek sultan ka? Kalu ni parti tak respek sultan... Ingat diorang nk respek korang yg duk memekak sokong diorang ni... hehehehe

UMNO punya teruk, yg korang kutuk2 tu... Masa kt Terengganu tu, majoriti nak Idris Jusoh, Tp Sultan mau org lain.. Sumer adun akur titah Sultan.. Kt Perlis kes Shahidan kassim pun sama.. Adun akur titah sultan..

Ni belum dapat federal da buat peel..

Sapa yg teruk ni?

Tak pe sokong lah, den takde masalah pun..

weh kalu rezab selangor xde RM3.2B nk ke ko jadi MB? Cam terdesak sgt nk MB? peh tu ramai pak hangguk.. tak setuju kluar sila kluar parti.. aku rasa lg teruk dr UMNO ni...

Mari kita tgk sapa yg kena?..

hiahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong orang UG PAS jadi MB Selangor.

Jangan cuba kaitkan kes kalah sebelum di Kedah, T'ggu dan Perak. Kes kes itu semua salah cina dap kerana suka buat cakap hina.

Ada bukti, banyak UG dah cakap, oleh kerana mereka semua berilmu tinggi maka percakapan mereka adalah bukti bahawa pas kalah Kedah, t'ggnu dan perak adalah salah dap cina.

Sekarang PAS ambil alih MB Selangor tak akan bersama Dap cina lagi, maka tidak mungkin kalah di Selangor selepas ini. Macam Hukum Newtwon tertulis di buku, tidak bersama DAP cina, tidak akan kalah!

Tanpa Nama berkata...

Serba salah di buatnya bersahabat dng pkr ini.bosan

BaDiN berkata...

mulai sekarang hendaklah semua bersikap Neutral,Jgn jadi fanatik sebab ianya akan makan diri dan sukar utk berhadapan dgn musuh politik masing masing.Tegur tak semestinya Bangkang.Bangkang Tak semestinya Tak Suka,Tak suka tak semestinya Benci,Benci tak semestinya harus bercerai berai.Pilihan paling sukar adalah Setuju atas perkara yg tidak setuju.pilihan tepat bagi yg Berjiwa Besar.

Tanpa Nama berkata...

Kita lebih berbangga dgn dap.walau bukan islam namun pendirian dap jelas dalam semangat pr.
Pas sebagai parti islam tetapi gagal cerminkan sifat2 islam yg berpegang pada janji.mematuhi adab berjamaah dan tidak menikam dari belakang.

Tanpa Nama berkata...

http://youtu.be/7jmtQbWt8G4

bat8 berkata...

TGNA pun dia orang dah lama merancang untuk pinggirkan dan mereka berjaya melakukannya. Plan puak UG semasa pemilihan lepas ialah menguasai MSU,Dewan Ulamak dan AJK PAS Pusat.

Setelah berjaya menguasainya, mereka cari jalan untuk pinggi dan singkir pengaruh TGNA. Tengoklah kenyataan2 TGNA dalam isu MB Selangor ni.

bat8 berkata...

Pilihan yang bijak dan promosi yang cerdik oleh puak UMNO untuk menghancurkan PAS. Dalam Pakatan, PAS hanya berhadapan dengan DAP sahaja. Sebuah sahaja parti cina,parti kapir. Itupun dah tak boleh nak handle. Puak UG tergila h3ndak bekerjasama dengan UMNO. Dibelakang UMNO, terdapat 13 buah parti-parti kapir yang mewakili 13 j3nis bentuk kepentingan. Puak UG memang bijak dan tamak. Puak UG rasa xstandard kena deal dengan sebuah je parti kapir dalam Pakatan. Agaknya t3ntu nampak gah dan hebat jika terpaksa berkongsi kep3ntingan dengan 13 buah parti kapir yang berada dibelakang UMNO. Kalau UMNO betul nak bergabung dengan PAS atas dasar perpaduan melayu dan Islam, UMNO wajib tinggalkan BN dan hanya bekerjasama d3ngan PAS je. Tetapi sanggupkah UMNO buat b3gitu? Tunggu le sampai kucing tumbuh tanduk dulu baru UMNO tinggalkan BN.

in response to Saya sokong orang UG PAS jadi MB Selangor. Jangan cuba kaitkan kes kalah sebelum di Kedah, T'ggu dan Perak. Kes kes itu semua salah cina dap kerana suka buat cakap hina. Ada bukti, banyak UG dah cakap, oleh kerana mereka semua berilmu tinggi maka percakapan mereka adalah bukti bahawa pas kalah Kedah, t'ggnu dan perak adalah salah dap cina. Sekarang PAS ambil alih MB Selangor tak akan bersama Dap cina lagi, maka tidak mungkin kalah di Selangor selepas ini. Macam Hukum Newtwon tertulis di buku, tidak bersama DAP cina, tidak akan kalah! , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah! Ini ke sikap orang PAS yang mengaku Islam? Bila bercakap berbohong? Walaupun keluarga saya bukan ahli PAS tetapi kami menyokong PAS pd pilihanraya lalu. Sia-sia kami undi PAS. Kami bertekad TIDAK akan mengundi PAS lg jika calon PAS jd MB. Sepatutnya mereka hantar 3 nama PKR. Skrg ada drp ahli keluarga yag memandaang sinis org berkopiah kerana sikap PAS. PAS mengaku lebih islamik drp UMNO tp skrg?? Sy betul2 kecewa dn terkilan yg amat sgt dgn sikap PAS.

Tanpa Nama berkata...

he he he..
dengar cakap stoppa ali. elok la PAS. cam ni parti Komunis malaya elok juta juta kali dari PAS. kalau musuh dtg, puak PAS ni bukan nak lawan musuh, malah join musuh. pulak tu puak yg berkopiah dlm puak PAS pegi masjid. bukan nak fisabilillah.

Tanpa Nama berkata...

jangan salahkan pas ok.. yang buat bencana pkr tapi pas yang kena... sultan nakan 3 nama kalau pkr sendiri tak bagi macamana pas nak letakan nama mereka?...lagipun apa salahnya yang tetap jadi mb parti pr jangan marah pas... pkr lagi bijak esok bila pas jadi mb dia juga yang lebih berkuasa tengoklah nanti!

Zali M. berkata...

Tuan 4G..
Geng2 ulamak dsn set2 Gganu semua menjahanamkan PAS dalam politik Malaysia, mereka ingat rakyat2 ini bodoh politik dalam percaturan politik mereka. Dan geng2 inilah yang mentadbir Terengganu satu penggal dengan bermacam2 hal, dan sekarang nsk kacau Selangor pula.
Lebih baik presiden, SUA dsn menantu gi kelaut jadi nelayan, malam mengajar agama lagi baik dan rakyat marhaen tidak mencela ulama.

Anti Fitnah berkata...

Yang dok komen kat atas sedar tak bahawa depa ni buta maklumat. Kenapa harus cop cina DAP? Awat dalam PAS tak ada Cinakah? Sebab tu UMNO boleh permainkan orang PAS. Orang Islam tak akan membezakan antara mereka dari segi bangsa. Lagipun ini bukan kehendak insan itu. Ia anugerah Allah swt. Kalau orang "Islam" mula berbincang tentang bangsa, tak ada keistimewaanlah menjadi orang "Islam". Lebih baik kekal seperti kehendak Allah swt iaitu bangsa Melayu, Melayu Celup, Cina, India, Bangla, ... Lepas tu bualah kubur masing-masing mengikut bangsa masing-masing. Ada berani? Bila mati nanti, matilah hangpa Melayu cara Melayu, Cina mati cara Cina, India cara India, ... Lepas tu bila jumpa malaikat maut, jangan lupa passport bangsa sebab malaikat akan bagi hak istimewa untuk Melayu iaitu tak perlu disoal manakala yang lain, kena lalui semua. Nak buat macamana, kan Melayu ada hak istimewa. Mungkinkah ini akan berlaku? Nak kata bodoh, dah juga tapi bertindak bahlul.
Orang Bukan Islam atau "Islam" (UMNO) melakukan khianat, aku tak hairan tapi ini PAS, Parti Islam SeMalaysia. Parti yang menjunjung Al-Quran dan Hadith, yang selalu bangga akan diri mereka tu pimpinan ulama. La ni apa beza ulama PAS dengan ulama muda UMNO, Fathu Bari?????

Tanpa Nama berkata...

tapi aku lebih yakin noh udang jadi mb

Tanpa Nama berkata...

Suatu ketika dahulu...sekitar tahun 80an,,, Para pemimpin PAS dalam program2 mereka mengatakan gelaran "Datuk"yang dianugerahkan kepada pemimpin UMNO adalah amalan warisan penjajah yang bertentangan dgn Islam...tapi bila dapat tawan Trg/Kelantan hari tu....hampir semua pimpinan tersebut menerima dan menggunapakai gelaran Datuk/Dato yag dikurniakan terhadap mereka!Bila ditanya ...??? ianya adalah anugerah drp Sultan sekiranya tidak diterima pakai maka derhaka kpd Sultan kata mereka! Kalau macam tu bagaimana dgn pemimpin UMNO yg di kutuk dulu tu???bukankah mereka juga menerima anugerah tersebut dari Sultan juga? Jgn jadi bila org lain buat semua salah tapi bila kita yg buat ...ada seribu satu alasan.

Tanpa Nama berkata...

Bab ini yang kami PENGUNDI MARAH SANGAT, nama saja PAS = PARTI ISLAM SEMALAYSIA, tetapi perangai ORANG ORANG ATASAN PAS sudah tidak JUJUR DALAM PERJUANGAN menegakkan ISLAM tetapi lebih kepada perjuangan DUNIAWI, Sudah mendapat tempat di khalayak, maka nya PAS sudah mendabik dada yang mereka sudak KUAT!! Hello! maaf cakap ya, jika tidak kerana PAKATAN RAKYAT, PAS tidak sekuat mana bila bersendirian, sokongan PENGUNDI PENGUNDI CINA lah PAS dapat bertapak di persada politik tanahair.. Jangan SOMBONG DAN ANGKUH, dan bersikap MUNAFIK, MENIPU PAKATAN RAKYAT..cakap BERBELIT BELIT, tidak ISTIQOMAH dalam perjuangan, pihak atasan sudah di gelapi wang ringgit RM $$$$....

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi dan Stopa Ali pembelot umat Islam Malaysia. Kalau ada maruah harga diri sbg ulama letaklah jawatan.

Tanpa Nama berkata...

SIAPA YANG MULAKAN KEMELUT INI, KAJANG MOVE?

Tanpa Nama berkata...

kalau begini sikap segelintir pemimpin Pas, jika Pas perintah negara rakyat lebih hidup melarat

Tanpa Nama berkata...

Islam boleh dipercayai, tapi pemimpin Pas harap serban saja, cakap berbelit-belit macam serban

Tanpa Nama berkata...

anon 10:15am

SIAPA YANG MULAKAN KEMELUT INI, KAJANG MOVE?

apa yg kecoh kalu PKR nak buat kajang move ka, kijang move kah? Yg org heran knp Pas terlebih sudu dari kuah. Dok dendiam jaga Kelantan sudahlah. Hadi ulama agung Pas jaga Tengganu sepenggal pung hancoq lg nak buat kacau kat tempat org. Dengki ler tue..Malulahh tunjuk kat non muslim akhlak parti islam camnih.



Tanpa Nama berkata...

dah malu nak mengaku orang Pas, bila ulama Pas pun cakap tak boleh dipercayai macam ulama UMNO?

Tanpa Nama berkata...

nak peminpin play safe or yang berani berkata benar walaupun pahit

keputusan terpulang kepada tuan2 & puan

bat8 berkata...

Nampaknya dh jadi mcm org UMNO, malu nak mengaku. Hahaha

Tanpa Nama berkata...

nunggu komen bat8...awat lembab bagi komen

bat8 berkata...

Komen dah kering. Tunggu geng majoriti yang tak bersama TGHH dan UG pulak bertindak.

Pakatan jangan singkir PAS. Tetapi gantung tak bertali dalam PR selagi TGHH dan UG menguasai organ2 penting PAS. Kita apa onar depa nak buat.

Tanpa Nama berkata...

Kemelut yang dimulai oleh DSAI, tetapi dipersalahkan kpd PAS...berilah pandangan rasional...blog ni seakan-akan cenderung kpd sebelah pihak shj...

Tanpa Nama berkata...

Anon 11:25 kata "blog ni seakan-akan cenderung kpd sebelah pihak shj..."

memanglah betul blog GB ni
kebenaran satu pihak, kebatilan di satu pihak. jadi kenalah gb cenderung ke satu phak iaitu kebenaran. mana leh duduk tengah-tengah?

Tanpa Nama berkata...

Ingatlah anak2 muda angkatan Baru.jgn tksub Sgt dgn kpimpinan pas lagi.mana ukhuwah dh campak longkang.
Bila hantar wakil calun pas mksudnya ..Ada hati jgk nk wakil Mb.
Sifat2 khianat kwn ni mmg jadi duri dlm Daging.
Tak apa tgk apa ktentuan Allah pasal MB ini.Dan lpas ni just left pas.sbb sdh trbukti do saat prlu kn kwn , pas terus sekongkol dgn pihak lawan.
Kmdian alasan dangkal kunonnya jgn derhaka sultan.jgn jdkn alasan kelantan dh 20 thn memerintah...segi kemajuan Dan kemudahan asas mcmana.Apapun syukurlah skit bkn seorg teraju ia muafakat pakatan jgk.

Fikir pjglah Pas.elok2 org India china bantu lpas ni " 0" vote dr mreka.
Ingat kebijaksanaan dlm pemerintahan pun amat pnting slain dr kekuatan agama.
Hujah2 ttg ketirisan dan kerakusan negara juga fakta 2 yg dibntang d Parliment yg golongan makna yg bntangkn.
Jika nk jlnkn misi Islam maka brpakatlh dgn baek.jika tdk Geng UG akn senyum melebar sambil mkn kacang dr jauh tgk sndiwara ini.
wuallahulam.

Tanpa Nama berkata...

anon 11:25

berfikir guna kepala otak bkn kepala lutut. Pas dan ahli2nya tk bersalah. Yg bersalah itu Hadi Awang dan geng2 minoriti UG dlm Pas yg munafik. Akhlak mrk mencemar nama baik Pas sbg parti Islam.

Tanpa Nama berkata...

pas ini musuh dalam selimut

Tanpa Nama berkata...

Allah berfirman di dalam Al-Quran...Sesungguhnya manusia itu tidak patut menyatakan dia betul2 beriman sebelum dia diuji...PAS betul2 diuji dgn jawatan MB ini..nampaknya ujian ini mendedahkan sikap sebenar PAS...Jgn lupa pemecatan Tan Sri Khalid juga mendedahkan sikap sebenar PKR...Kesanggupan Adun Kajang kosongkan kerusi kononnya sanggup "berkorban" untuk beri laluan pada Dato Anwar kemudian Dato Wan Azizah sebenarnya sandiwara DAP utk kepentingan kaum mereka sahaja...fikir dan renungkan bersama

Tanpa Nama berkata...

Munafik...17 Ogos cakap lain...3 Ogos pusing ....betul kata khalid samad....golongan baru..yg xbtahu menilai...tunjuk lagak lulusan agama...nk mnguasai pas...tu sebab kalau nak jadi pemimpin kene pandai mengaji...pandai mengira..pandai mengukur dan pandai mentadbir..jalau setakat bagai ceramah di surau hebat...tapi kalau mentadbir ....ckp org lain x bole pakai

Tanpa Nama berkata...

Jgn gelabah, yg dok komen ramai2 tu semua org PKR dan org luar Pas. Yg menyamar pun ramai. PKR nak alihkan perhatian punca kajang move yg bawa mala petaka. Yg luar PR mengadu domba supaya PR berpecah. Kesalahan diletakan atas kepala PAS atas alasan tak nak DSWA jadi MB. Itu saja.
Sebenarnya tak susah pun kalau PKR hantar lebih calon sbgmana yg Sultan minta. Tapi semua dlm PKR tak mampu bersuara menyanggah kemahuan bos. Padahal apa salahnya menamakan 3 org sekurang2nya ADUN PKR merasa diri mereka dihargai keupayaannya, tidaklah hanya DSWA satu2nya yg layak, seolah2 ADUN lain low class.