28 Apr 2014

Selfie Dikait Dengan Penyakit Mental - Kata Saintis


Sekali sekala takpe juga. Aku rasa di zaman media sosial bermaharajalela neh tiada sesiapa pun yang tak pernah selfie. Mungkin semua ataupun hampir semua orang pernah tetapi tidak la sampai asyik2 selfie aje memanjang. Yang tu memang kategori kemaruk berselfie la jawabnya.

Ada dua punca utama yang menyebabkan orang kerap berselfie ikut kajian.

1. Lack of confidence.

Dia rasa hanya dengan selfie dia boleh dapat puji pujian atas wajah dia. Baik lelaki atau perempuan.

2. Attention seeker / desperately looking for compliment.

Dia cantik dan hensem. Tetapi mencari perhatian dan populariti (like, komen) sebab kekurangan kasih sayang.

Kebiasaan orang yang normal akan selfie pada kadar biasa2 je. Dan selfie dorang pula tidak keterlaluan. Apa pun sebelum seseorang tu jadi ketagih selfie dia akan melalui satu proses yang disebut selfie sesaja.

Baru2 neh rakyat Malaysia memerhatikan perangai Najib Razak sangat suka kepada selfie. Aku rasa biarlah. Bukan dia sorang je gemar berselfie. Ramai lagi di luar sana pun suka berselfie. Janji tak kacau orang sudahla.

Cuma sekarang neh rakyat juga semacam pelik dengan tingkah laku Najib yang seolah2 macam kemaruk berselfie. Yang terbaru dia berselfie dengan Obama. Ketagih berselfie satu hal. Tetapi dalam pada sibuk berselfie tu sempat pula mama Rosmah enterframe kat belakang. Seram ke tak seram korang rasa?

Gambar Obama pegang HP kamera untuk berselfie dengan Najib. Mama di belakang dok perati je tue ;



Hasil akhir selfie mereka berdua. Pemimpin2 tertinggi dari dua buah negara yang berbeza. USA and Malaysia.



Kemain lagi Najib. Asyik tersebar gambar2 Najib berselfie je semenjak dua menjak neh yer. Macam kemaruk ketagih selfie je aku tengok. Entahla.

Hehe.

Aku sebagai rakyat Malaysia yang prihatin amatla berharap jika Najib sudi2 luangkan masa untuk baca laporan berita kat bawah neh ;





Rujukan : sini 

Aku harap Najib jangan take lightly dengan sindrome selfie-yish neh walaupun dia jenis pemimpin yang terbukti selfish yang selfie. Cegah la sebelum parah okay. Ikhlas dari rakyat marhaen.

-tko



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Polis & BERNAMA Tidak Wajar Lagi Gunakan Istilah "Perhimpunan Haram"


PKR bidas IGP masih mahu notis 10 hari PAA

Naib Presiden PKR N Surendran menyifatkan pendirian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa mereka yang mengadakan perhimpunan awam masih perlu memberi notis 10 hari, sebagai 'tidak bertanggungjawab ', 'angkuh ', dan 'mengingkari' mahkamah

Surendran berkata ekoran keputusan Mahkamah Rayuan bahawa adalah tidak sah untuk menghukum mereka yang gagal berbuat demikian, maka tidak ada undang-undang untuk menguatkuasakan keperluan tersebut.

Alasan mahkamah, tegas Surendran, ialah hak orang ramai untuk berhimpun secara aman tidak boleh tertakluk kepada 'criminal sanction'.


Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Khalid perlu membaca penghakiman penuh sebelum membuat komen yang mengelirukan.

Surendran, yang merupakan peguam perayu dalam kes tersebut, menjawab komen Khalid mengenai Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 yang disiarkan oleh The New Straits Times online hari ini.

Khalid dilaporkan berkata walaupun mahkamah telah membatalkan Seksyen 9 ( 5) PAA berkaitan hukuman kerana tidak memberi polis notis 10 hari, tetapi keperluan itu, katanya, masih kekal dalam Seksyen 9 (1) undang-undang yang sama,.

Khalid dilaporkan berkata bahawa keperluan undang-undang itu perlu dipatuhi kerana ia menyatakan bahawa notis 10 hari hendaklah dikemukakan (sebelum mengadakan sebarang perhimpunan).

Surendran berhujah bahawa tanpa Seksyen 9 (5), maka tidak ada kewajipan undang-undang untuk orang ramai memaklumkan kepada pihak polis tentang perhimpunan yang akan diadakan dan oleh itu, pemakluman tersebut adalah sukarela semata-mata.

"Pemakluman kepadapihak polis mungkin boleh membantu dari segi kawalan trafik dan logistik yang lain, dan perlu digalakkan.

Malah, katanya, adalah diharapkan kebanyakan penganjur perhimpunan besar akan terus secara sukarela memaklumkannya kepada pihak polis mengenai tarikh dan tempat perhimpunan.


Mahkamah Rayuan bebaskan Nik Nazmi, 10 hari notis untuk PAA tidak berperlembagaan

Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan pertuduhan terhadap Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi polis notis 10 hari ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya pada Mei tahun lepas.

Ketika membebaskan Nik Nazmi, panel tiga hakim diketuai Hakim Mohd Ariff Mohd Yusof memutuskan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang memerlukan rakyat untuk memberikan 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum protes sebagai tidak berperlembagaan.

Mahkamah Rayuan memutuskan, polis boleh mengenakan sekatan ke atas himpunan aman tetapi tidak boleh menghukum penganjur atau orang yang berhimpun kerana tidak mematuhinya.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Ariff Md Yusof berkata, apa yang asasnya sah tidak boleh dijadikan asas tindakan jenayah.

Hakim itu berkata demikian dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan oleh Ahli Dewan Undangan Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak memberikan notis 10 hari untuk mengadakan himpunan itu.

Mohd Ariff berkata jika sesuatu perhimpunan itu sah, tidak boleh pada masa yang sama ia diisytiharkan haram.


Beliau berkata seksyen 9 (5) PAA bertujuan untuk mengenakan sekatan seperti yang dibenarkan di bawah Perkara 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan.

"Seksyen 9 (5) adalah tidak berperlembagaan kerana ia tidak masuk akal menghukum penganjur apabila perhimpunan itu aman," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata keperluan bagi penganjur untuk memberi polis Notis 10 hari di bawah seksyen 9 (1) PAA itu adalah berpelembagaan.

Beliau berkata ini adalah satu undang-undang yang dibahaskan di Parlimen dan mahkamah tidak boleh menukar pandangan badan perundangan.


Berikutan keputusan yang menjadi mercu tanda ini, mahkamah membebaskan Nik Nazmi, bagi pertuduhan tidak memberikan polis notis yang cukup sebelum menganjurkan perhimpunan tersebut.

Beliau mencabar adakah peruntukan dalam PAA itu berperlembagaan.

Putrajaya mengambil pendirian bahawa sekatan di bawah seksyen 9 (1) dan 9 (5) PAA itu berperlembagaan kerana Perkara 10 mengesahkannya.

Pada 17 Mei tahun lepas, Nik Nazmi, yang merupakan pengarah komunikasi PKR, didakwa di Mahkamah Sesyen bagi kegagalan untuk memberikan notis yang cukup kepada polis sebelum menganjurkan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei.

Perhimpunan ini diadakan untuk membantah penipuan pilihan raya yang didakwa meluas dalam pilihan raya umum 5 Mei di mana Barisan Nasional mengekalkan kuasa.

Pada November lalu, Nik Nazmi gagal mendapatkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi membatalkan pertuduhan terhadapnya atas alasan seksyen 9 (1) dan 9 (5) PAA adalah tidak mengikut perlembagaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Noor Azian Shaari berkata, dua klausa PAA yang menjadi dasar untuk caj Nik Nazmi ini, munasabah dan tidak melanggar Perkara 10 Perlembagaan atas alasan keselamatan negara.

Nik Nazmi menghadapi risiko didenda sehingga RM10, 000 jika sabit kesalahan, berhadapan kemungkinan hilang kelayakan daripada jawatan awam yang dipegangnya.
-TMI


ULASAN GB

Alhamdulillah, nampaknya apa yang GB ulaskan sebelum ini telah disahkan dengan keputusan Mahkamah Rayuan. Di dalam ulasan GB sebelum ini GB telah menulis di SINI. Petikan:

Menggunakan istilah "perhimpunan haram" oleh pihak berkuasa bersama-sama dengan sekalian media massa termasuk BERNAMA sudah merupakan satu kesilapan.

Perhimpunan aman tanpa senjata adalah hak asasi yang juga kebebasan fundamental mana mana rakyat negara ini yang dijamin oleh Perkara 10 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada yang dinamakan "perhimpunan haram" oleh Perlembagaam.

Malah Mahkamah pernah mengisytiharkan BERSIH sebagai entisi yang sah sekaligus membatalkan perisytiharan Menteri KDN waktu itu yang menyatakan BERSIH menganjurkan perhimpunan haram.

Benar, permohonan bertulis 10 hari diperlukan oleh mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan, tetapi itu persoalan teknikal dan ia tidak samasekali boleh membatalkan hal fundamental iaitu rakyat berhak untuk berhimpun dan tidak ada di dalam undang-undang menyatakan tanpa permit itu perhimpunan bertukar menjadi haram.

Jika terus-terus mereka menggunakan istilah perhimpunan haram, alamat merudumlah lagi indeks kebebasan bersuara dan hak asasi manusia bagi negara Malaysia di mata dunia dan mereka perlu dipertanggungjawabkan ke atasnya.

Parang tak bersarung ditemui, lantas ia hendak dituduhkan perhimpunan bersenjata. Siapa bawa parang, siapa letak dalam longkang? Katakanlah yang datang semalam 10,000 orang, hanya ada satu kes saja bawa parang, itu pun belum terbukti sah milik perserta perhimpunan. Kalau sabversif, maka setiap orang atau majoriti peserta ada senjata. Tapi tak ada siapa pun dari kalangan peserta himpunan tersebut bawa apa-apa senjata yang merbahaya. Dan hanya orang gila nak bawa parang tak bersarung!

Berkisah buang senjara dalam longkang semacam ada skrip yang sama sebelum ini ... ingat kisah pengawal keselamatan dikatakan buang senjata dalam longkang? Macam skrip yang serupa saaja!

Tiba-tiba bila dibelek-belek, payung yang ditemui bersama parang itu mirip payung BN. Tak ada orang pakai baju biru BN malam tadi. Ini kes yang lagi besar kantoinya. Rakyat berdemo menentang kenaikan harga oleh kerajaan BN nak bawa payung BN?

Hukum kebenaran dan keadilan pasti berjalan. Percayalah, fitnah pihak berkuasa dan sekalian media massa termasuk BERNAMA ke atas rakyat marhaen tidak akan berjaya malah kehinaan itu akan menimpa ke atas mereka semula.


Di Malaysia ini cukup pelik, perhimpunan aman pro-PR sentiasa dilabelkan sebagai perhimpunan haram. Pelbagai publisiti buruk diberikan bagi menghalang rakyat menyertainya sedangkan perhimpunan yang betul-betul haram tajaan UMNO/BN atau para sekutunya seperti PERKASA, PEKIDA & JATI diberikan publisiti yang muluk-muluk dan lansung tidak disentuh oleh pihak berkuasa.

Putrajaya tidak boleh menafikan kebenaran. GB sudah menyatakn lebih awal lagi iaitu apabila pihak berkuasa terutama polis dan media massa kangkung sentiasa memainkan istilah "perhimpunan haram" terhadap perhimpunan aman yang disertai rakyat, sebenarnya ia akan hanya mengundang krtikan di mata dunia dan merudumkan indeks kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

Dengan keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan, jelas kenyataan-kenyataan yang merujuk perhimpunan aman sebagai perhimpunan haram adalah perbuatan "menghina mahkamah" dan mereka yang terlibat termasuk KPN dan BERNAMA boleh dikenakan tindakan undang-undang.



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[VIDEO & TERJEMAHAN] PANAS: Obama Tegur Najib Depan-depan Dan Sokong Anwar!

Obama: Bukan kami tidak pedulikan Anwar

Presiden AS Barack Obama berkata keputusannya untuk tidak mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kunjungannya ke Kuala Lumpur tidak bermaksud bahawa beliau tidak mempedulikan keadaan yang dialami oleh ketua pembangkang itu.

Dalam satu sidang media bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, beliau diminta menjelaskan mengapa beliau tidak mengulas mengenai sabitan kes Liwat II ke atas Anwar.

“Kenyataan bahawa saya tidak bertemu Anwar tidak menunjukkan kurang peduli,” katanya menurut laporan BBC.

Pemimpin PKR sebelum ini membangkitkan bahawa Obama harus bertemu Anwar sebagai pengiktirafan kepada Pakatan Rakyat yang memperolehi 52 peratus undi popular dalam pilihan raya umum lalu.

PKR juga mahu pertemuan itu menjadi pengiktirafan bahawa sabitan kes Liwat II bermotifkan politik.

Walau Obama tidak akan membuat pertemuan dengan Anwar, penasihat keselamatan AS Susan Rice dijangka akan bertemu Anwar tidak lama lagi.

Najib dan Obama mengadakan sidang media bersama selepas perbincangan dua hala di Putrajaya pagi ini.

Mengulas mengenai hak asasi di Malaysia, Obama berkata: “Malaysia masih perlu berusaha dalam isu hak asasi, seperti juga AS. Saya komited dalam memastikan isu dibangkitkan dalam cara membina”.

Tambahnya, beliau berkongsi pandangan Najib bahawa masyarakat yang menghormati hak sivil akan menjadi lebih berjaya dalam abad ke-21.

Obama singgah ke Malaysia untuk kunjungan dua hari dalam rangka lawatannya ke rantau ini. -mk






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[10 GAMBAR] Senarai Mangsa Cedera Kemalangan Bas UIAM Di Km 25.1 PLUS


Tiga pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dilaporkan kritikal selepas bas universiti yang dinaiki hilang kawalan lalu terjunam ke tempat takungan air sebuah tapak pembesaran jalan di KM25.1 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, lima pelajar lagi turut dilaporkan parah manakala 23 yang lain termasuk pemandu bas cedera ringan.

Pemangku Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, ASP Mohd Fadhli Daud, berkata semua pelajar berusia antara 19 dan 24 tahun itu adalah warga tempatan dan dipercayai dalam perjalanan ke Bukit Cerakah, Shah Alam untuk program ukhuwah Kelab Student Facilitating Front (Stuff) UIAM.

"Semua pelajar yang kritikal berusia antara 21 dan 22 tahun dihantar bersama 26 yang lain ke Hospital Sungai Buloh, seorang dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan seorang lagi iaitu pemandu bas dirawat di Klinik UIAM Gombak," katanya.

Mohd Fadhli berkata, sebelum kejadian pemandu bas berusia 39 tahun ada mengadu kurang sihat namun polis sedang menjalankan siasatan punca kejadian.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Che Ku Mohd Azizan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.45 pagi sebelum mengerahkan empat jentera bersama 16 anggota ke tempat kejadian.

"Setiba di tempat kejadian, ada antara mereka terperangkap di celah kerusi namun semuanya berjaya dibawa keluar kurang sejam kemudian," katanya.

Seorang pelajar Mohd Farhan Affendi Yunos, 21, berkata dia sedang berbual-bual bersama rakannya ketika kejadian sebelum bas berkenaan tiba-tiba tergelincir ke tepi jalan lalu terbabas.

"Saya ingatkan tidak apa-apa akan berlaku namun sangkaan saya meleset apabila bas itu kemudian terjunam pula ke takungan air di tapak pembesaran jalan itu," katanya.

Mohd Farhan berkata, rakan di sebelahnya cedera di muka apabila terkena tingkap bas sewaktu bas terbalik manakala dia hanya cedera di kaki akibat terhimpit di antara rakannya dan kerusi bas. – Bernama,


SENARAI PELAJAR YANG CEDERA

Berikut senarai nama yang dirawat di zon merah di Hospital Sg Buloh:

1- Nik Hasfadhilah Mohd Ghazali, 21, luka di kepala
2 – Mohd Nafiz Ryfaie Ridwan, 22, kecederaann- belum pasti
3 – Mohamad Fazian Abdul Rahman, 22, kecederaan – belum pasti

Senarai yang dirawat zon kuning

1 – Ahmad Rif’at Mazlan, 22, cedera belakang leher
2 – Mohd Atif Yunus, 22, disyaki patah tangan kanan.
3 – Mohd Afif Awangn, 22, disyaki patah kaki kiri
4 – Mohd Amirul Hairi Aduka, 21, cedera di kepala
5 – Nurul Aida Che Yusoff, 21, abdomen kanan.

Manakala selebihnya ceera ringan dan di rawat di zon hijau…

Berikut kenyataan media dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat UIAM memgenai kejadian tersebut:


sumber: ondscene.my






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI