23 Mei 2008

156 Ahli UMNO Pokok Sena Kedah Keluar Parti

Seramai 156 orang ahli UMNO dari Cawangan Sri Tanjung Pokok Sena Kedah mengikut jejak langkah mantan Perana Menteri, Tun Dr Mahathir meninggalkan parti itu sebagai langkah memprotes kepimpinan Presien parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua UMNO Cawangan tersebut, Baharudin Mahmud membuat perisytiharan keluar beramai-ramai dari parti dan menurunkan bendera UMNO selagi Datuk Seri Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Mengikut kenyataan Timbalan Ketuanya, Mohd Syarfuddin Mohd Syuhada pula, tindakan yang mereka ambil tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ia adalah cetusan hati nurani mereka sendiri. Belia menambah tindakan mereka itu diharap dapat memberikan satu mesej yang jelas kepada kepimpinan tertinggi UMNO yang mana selama 4 ahun berkuasa, tidak ada apa kemajuan yang di bawa oleh Pak Lah dan yang di dalam dirinya ada satu sifat iaitu merasakan dia segala-galanya.

Peristiwa berkenaan merupakan satu tamparan hebat kepada kepimpinan Pak Lah dan menjelaskan bahawa UMNO menjadi sebuah parti yang semakin ditinggalkan selagi beliau berkeras ingin terus mempertahankan jawatannya.

Rakyat sebenarnya tertanya-tanya apakah "muslihat" di sebalik kengganan Pak Lah melepaskan jawatannya selain dari memberikan jawapan yang superpicial iaitu "banyak lagi kerja ang hendak dilakukan", kerana apa yang nyata ialah selagi lama ia berkuas dan selagi banyak perkara yang Pak Lah lakukan maka akan semakin banyak kerosakan yang akan dibawa kepada negara.

Di dalam satu perkembanan beasingan BERSIH baru sahaja membuat laporan polis yang menamakan Pak Lah diantara mereka yang bertanggungjawab terhadap pembatalan penggunaan dakwat kekal di dalam pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac lalu. Nama-nama lain yang terlibat ialah Abdul Ghani Patail (Peguam Negara), Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman (Pengerusi SPR) dan Tan Sri Musa Hassan (Ketua Polis Negara).

"Saya meminta agar pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia untuk membuat penyiasatan ke atas pengerusi SPR, perdana menteri, peguam negara dan ketua polis negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia," kata Faisal Mustafa, jurucakap BERSIH.

Sejumlah RM2.9 juta tlah dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat kekal dari India tetapi penggunaannya dibatalkan kerana kononnya bimbang wujud unsur sabotaj seperti yang telah dikesan oleh polis.

Menteri keselamatan dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar di dalam Parlimen minggu lepas memberitahu bahawa SPR membatalkan cadangan dakwat kekal hanalah berdasarkan "bukti khabar angin".