3 Mei 2009

Nizar : Ikatan Kukuh Pakatan Rakyat Bermula di Perak

Pakatan Rakyat biar pun baru diwujudkan namun kini sudah menjadi satu ikatan yang kukuh.

Ini dapat dibuktikan apabila Pakatan berjaya mentadbir kerajaan di Perak. Sedangkan sebelum ini PAS sukar menjalinkan kerjasama dengan DAP memandangkan perbezaan ideologi.

Namun segala halangan tersebut berjaya diketepikan selepas pilihan raya umum tahun lepas.

"Inilah kelebihan tahaluf siasi yang diamalkan PAS bagi menjalinkan hubungan dengan pemimpin bukan Islam," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata, Perak menjadi perintis untuk membuktikan kemampuan Pakatan Rakyat mengurus sebuah kerajaan yang mana komposisi antara kaum hampir setara.

Ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Kuala Krai di Markaz Sungai Durian, semalam katanya tanpa pendekatan tersebut PAS tentunya tidak mampu berada dalam kerajaan di Perak.

Sebelum itu ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Pengkalan Chepa katanya, PAS di Perak melalui perubahan yang ketara walau pun lebih 10 bulan menerajui kerajaan negeri.

Menurutnya dalam tempoh tersebut rakyat sudah dapat menerima kehadiran PAS termasuk masyarakat Cina dan India.Image

"Ini terbukti kemenangan PAS di Bukit Gantang pada pilihan raya kecil yang diadakan baru-baru ini. Sokongan padu masyarakat bukan Islam telah menambah majoriti diperolehi PAS pada pilihan raya tersebut.

"Kalau ke Perak tuan-tuan akan dapat melihat rakan-rakan kita dari dari kaum Tionghua dan India memakai baju bergambar Tok Guru. Mereka kini tidak segan lagi menyokong Pakatan Rakyat," ujar beliau ketika ditemui pemberita selepas itu.

Ditanya ada kawasan yang mencalonnya bertanding jawatan Naib Presiden PAS katanya beliau belum dapat memberi jawapan lagi.

Kata beliau tumpuannya sekarang menyelesai beberapa kes yang dibawa ke mahkamah mengenai krisis yang berlaku di Perak.

Beliau juga berharap pertandingan yang akan berlaku pada muktamar Jun depan tidak menjadi halangan dalam usaha memperkasakan hubungan persaudaraan Islam.

Nizar yang juga anggota parlimen Bukit Gantang berharap peristiwa rampasan kuasa yang pernah berlaku di Kelantan dan terbaru di Perak perlu dijadikan sebagai pengajaran kerana musuh tidak akan berdiam diri bagi menawan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, cawangan-cawangan PAS hendaklah bekerja keras dan kerap mengadakan aktiviti bagi merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.

"PAS kawasan tidak akan berjaya sekiranya cawangan berdiam diri dan kita tidak boleh beranggapan PAS kawasan maju selagi cawangan berada di tahap lama serta kurang kegiatan," katanya.

Pada mesyuarat itu, dua usul tanpa bahas diluluskan iaitu Cawangan Kedai Lalat yang mendesak kerajaan Malaysia mengadakan peraturan mana-mana wakil rakyat yang bertukar parti mestilah meletakkan jawatan terlebih dahulu.

Usul PAS Cawangan Pulau Belachan pula mendesak kerajaan negeri melantik ahli lembaga pengarah dan pegawai-pegawai syarikat milik kerajaan negeri mempunyai latar belakang pendidikan, kemahiran dan berpengalaman dalam bidang berkaitan. -harakahdaily

Apabila Najib Altantuya, Si Penyeludup Ingin Membenteras Kegiatan Menyeludup..

Baca berita ini dulu. Nanti kita tanya Dato’ Seri Najib. Kalau Najib tidak boleh jawab, kita minta tolong saudara Nazri jawab.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas membanteras kegiatan sindiket penyeludupan manusia yang menggunakan perairan Malaysia untuk menuju ke Australia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dua minggu lalu Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd menghubunginya dan menghargai tindakan Malaysia menahan mereka yang cuba mendarat di negara itu.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja 2009, di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, hari ini. — Berita Harian

Tok Najib, nak tanya beberapa soalan:

Siapa seludup Saiful Bahri (lelaki yang popular dengan kes bontotnya) ke rumah Tok Seri?

Siapa seludup Balasubramaniam ke luar negara?

Siapa seludup Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu ke Pekan?

Siapa seludup Altantuya ke Alam Barzakh?

-kerajaanrakyat



PENANTI : UMNO BN Kecewa Bila PAS Tetap Komited Dengan PR

Pucuk pimpinan PAS hari ini memberikan komitmen untuk menggerakan jentera parti bagi memastikan kemenangan calon PKR pada Pilihanraya Kecil N12 Penanti.

Komitmen itu diberikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur petang tadi.

“Muktamar telah memutuskan tempat itu adalah tempat mereka (PKR) dan demikian itu tidak perlu dipertikaikan. Kita telah mengarahkan parti di peringkat perhubungan negeri dan kawasan supaya memberi skongan sepenuhnya kepada calon Pakatan Rakyat,” Abdul Hadi memberitahu sidang akhbar selepas mesyuarat itu.

Turut hadir Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang turut memberikan komitment sama..

Anwar merakamkan penghargaan kepada kedua parti itu.

“Bagi pihak PKR, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Lim Kit Siang atas kerjasama PAS dan DAP untuk memberi sokongan padu bagi memenangkan calon Pakatan di Penanti,” kata Anwar.

“Saya menghargai arahan mereka kepada jentera parti di Pulau Pinang khususnya dan Penanti untuk membantu PKR,” tambah beliau.

Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang Mansor Othman dinamakan calon Pakatan dalam PRK N12 Penanti pada 31 Mei nanti.

Mansor, 54, memegang tiga ijazah masters, termasuk dua dari universiti Yale. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Anwar sekitar 1990an, dan menyertai Parti Keadilan Nasional selepas Anwar disingkir dari kerajaan pada 1998. -TVA/GB



Najib Altantuya Perlu Bebaskan Manoharan Elak Malu Lebih Besar

Jika M Manoharan mengambil keputusan untuk melompat parti dan menyertai MIC atau Gerakan, besarkan kemungkinan beliau telah lama dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting. Beliau juga mungkin lebih bebas untuk memberi khidmat penuh kepada rakyat. Soal Akta Keselamatan Dalam Negeri zalim dan menzalimi beliau mungkin tidak timbul sama sekali.

Jika Manoharan, wakil rakyat sah bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Kota Alam Shah keluar DAP dan menyertai BN, beliau sudah tentu dipulaukan oleh kawan seperjuangannya dalam Hindraf dan DAP.

Bagaimanapun beliau memilih untuk kekal dalam perjuangan Pakatan Rakyat dan DAP. Maka terpaksalah beliau terus meringkuk dalam Kem Tahanan Kamunting. Akibatnya, hasrat beliau untuk menjadi seorang wakil rakyat yang berkesan tidak kesampaian. Isterinya Pushpaneela dan beberapa penyokong DAP dan Pakatan Rakyat terpaksa membantu Manoharan menguruskan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Namun kesabaran ada hadnya. Perjuangan pun ada batasnya. Meninggalkan tanggungjawab untuk digalas oleh isteri dan kawan-kawan cukup membebankan bagi Manoharan.

Lantas beliau berkira-kira untuk meletak jawatan. Jika diterima peletakan jawatan itu, pilihanraya kecil mesti diadakan. Ini akan memberi peluang rakyat dalam DUN Kota Alam Shah untuk memilih wakil rakyat baru. Seorang wakil rakyat yang bebas dari penjara politik seperti Kem Kamunting mungkin boleh memberi khidmat yang lebih baik. Dan Puan Pushpaneela boleh menghela nafas lega. Beliau mungkin boleh melawat suaminya di Kamunting lebih kerap lagi.

Pucuk pimpinan DAP mungkin tidak bersetuju dengan keputusan Manoharan ini. Mereka berpendapat apabila bertanding dalam pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac tahun lalu, Manoharan memang sudah ditahan menurut ISA sejak 31 Disember 2007. Beliau dikatakan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam kerana menjadi penasihat HINDRAF dan terbabit dalam tunjuk perasaan besar-besaran memperjuangkan nasib rakyat keturunan India di negara ini pada November 2007.

Lantaran itu DAP berpendapat rakyat Kota Alam Shah memang tahu akibatnya memilih Manoharan sebagai wakil rakyat. Lantas, isu 12,699 pengundi merungut kerana tidak mendapat khidmat penuh Manoharan tidak timbul. Undi mereka adalah lambang protes terhadap ISA yang zalim. Maka DAP tidak mahu Manoharan letak jawatan.

Namun Manoharan masih menimbangkan kemungkinan melepaskan jawatan ADUN yang dipikulnya. Pada 19 Mei ini beliau akan menerima lawatan Pengerusi DAP, Karpal Singh di Kamunting. Ketika itu Manoharan mahu berbincang mengenai masa depannya sebagai wakil rakyat Kota Alam Shah.

Apapun natijah tindakan Manoharan ini cukup memberi tekanan kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak dan sekutunya. Jika Manoharan letak jawatan, pilihanraya kecil perlu diadakan. Dalam soal ini, Najib berpendapat pilihanraya kecil yang bukan merupakan ”kerja tuhan” kerana wakilnya letak jawatan dan bukan kerana kematian atau keuzuran, adalah membuang masa, tenaga dan sumber kewangan.

Lantaran itu, awal-awal lagi Najib sudah mengumumkan pendiriannya untuk tidak mahu UMNO dan BN mengambil bahagian dalam pilihanraya kecil seperti itu. Kenyataan itu dibuat semasa berhadapan dengan kemungkinan pilihanraya kecil di Penanti, Pulau Pinang. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kini telahpun menetapkan penamaan calon pada 23 Mei tarikh pembuangan undi pada 31 Mei untuk kerusi Penanti.

Persoalannya ialah apakah sikap Najib kali ini bila berhadapan dengan kes Manoharan? Manoharan bukan suka-suka letak jawatan. Beliau lebih mengutamakan rakyat. Apa guna beliau menjadi wakil rakyat jika tidak boleh berkhidmat untuk rakyat?

Yang boleh membetulkan keadaan ialah Najib sendiri. Bila beliau mengangkat sumpah awal bulan lepas, beliau membebaskan tiga belas tahanan ISA, termasuk anggota Hindraf. Bagi Najib tindakan itu adalah gambaran halatuju dan caragaya kepemimpinannya – lebih terbuka dan adil. Bagaimanapun, adilkah Najib jika membiarkan rakyat dalam DUN Kota Alam Shah tanpa wakil sepenuh masa? Jika pemimpin Hindraf lain boleh dibebaskan kenapa tidak Manoharan? Jika Manoharan memang seorang pesalah, hadapkan dia ke mahkamah! Kenapa liberalisme Najib terpilih-pilih?

Sekarang Najib terjerat dalam retorik sendiri. Perlukah BN bertanding jika berlaku pilihanraya kecil di Kota Alam Shah? Esok Biro Politik Umno akan bermesyuarat untuk menentukan sama ada akan meletakkan calon atau tidak di Penanti 23 Mei ini. Apakah pandangan biro berkenaan dengan perkembangan kes Manoharan nanti?

Tidak kiralah yang bakal bertanding di Kota Alam Shah nanti wakil MCA, Gerakan, atau MIC dan bukan dari Umno. Yang penting orang melihat ia adalah calon BN. Dan, Najib adalah pengerusi BN. Jika biro politik Umno memutuskan tidak mahu bertanding di Penanti, apakah di Kota Alam Shah pun BN tidak mahu bertanding?

Bagaimanapun jika Umno mahu bertanding di Penanti, dan BN di bawah pimpinan Najib juga memutuskan untuk bersaing di Kota Alam Shah dan jika BN kalah kedua-duanya; bagaimanakah anggapan rakyat terhadap BN?

Senario ini bukan mustahil berlaku. Penanti adalah dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang menjadi kubu seteru politiknya – Anwar Ibrahim. Sementara Kota Alam Shah pula menyaksikan calon BN, Ching Su Chen dari Gerakan kalah dengan majoriti yang amat besar – 7,184 kepada Manoharan dalam pilihanraya umum tahun lalu. Itu pun Manoharan dalam tahanan, jika tidak majoriti itu mungkin lebih besar!

Tidak mustahil Umno dan BN di bawah Najib akan diaibkan lagi dalam kedua-dua pilihanraya kecil ini!

Jadi, apakah alasan yang hendak diberi jika dalam tempoh tiga bulan berturut Najib sebagai Pengerusi BN dan Perdana Menteri kalah dalam pilihanraya Bukit Selambau, Bukit Gantang, Penanti dan Kota Alam Shah?

Apakah perasaan ahli Umno dan komponen Barisan Nasional berpemimpinkan Najib? Maka tidak berasaskah persepsi yang mengatakan bahawa Najib naik menjadi Perdana Menteri dengan bagasi atau beban politik yang terlalu besar dan kotor? Maka sebab itu rakyat tetap menolak kepemimpinan BN yang diterajui oleh Najib!

Najib nampaknya tidak mempunyai banyak pilihan. Untuk keluar dari kemelut ini beliau boleh dengan tegas mengumumkan bahawa BN tidak mahu main politik ikut rentak pembangkang. Nampaknya pihak Pakatan Rakyat memang hendak meremehkan kewibawaan Najib dengan mengajaknya beradu kekuatan dalam pilihanraya-pilihanraya kecil.

Oleh itu, Najib boleh bertegas tidak mahu layan politik begini. Beliau boleh umum tidak turut bertanding di Kota Alam Shah dan Penanti. Mudah-mudahan rakyat akan percaya dengan pegangan Najib ini. Bukankah sifu politiknya, Tun Mahathir Mohamad, yakin dengan teori propaganda Goebels – kepalsuan itu jika kerap diulang sebar akan diterima rakyat sebagai kebenaran! Ikut sahajalah pedoman Mahaguru politik ini, tentu Najib selamat. Tambahan pula media arus perdana memang di bawah telunjuk Najib dan Barisan Nasional; gunakan sahajalah!

Atau, untuk lebih mudah; bebaskan sahaja Manoharan. Najib akan dilihat sebagai wira kebebasan bersuara. Najib juga boleh mengelak malu lebih besar jika kalah empat pilihanraya kecil dalam tiga bulan berturut-turut. Hanya Najib berkuasa menentukannnya. Jika pilihanraya kecil kota Alam Shah jadi diadakan, umur pemerintahan Najib baru lepas seratus hari...TVA/GB


UMNO BN Bomohkan Kerusi Speaker, Guna Polis Ganggu ADUN PR

Kerajaan kudeta Zambry dan kuncu-kuncunya mengenakan tekanan psikologi terhadap Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak menjelang sidang DUN 7 Mei ini dengan menggunakan anggota polis untuk memantau dan memerhati gerak geri mereka.

Tindakan ini sudah tentu tercetus daripada perasaan bersalah dan tidak tenteram setelah merampas kuasa daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Februari lalu.

Dalam satu kenyataan media Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak Pakatan Rakyat, Drs Khalil Idham Lim menyelar tindakan polis yang dianggap menganggu gugat keselamatan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat serta keluarga mereka.

Berikut ialah kenyataan media beliau yang dikeluarkan hari ini:




Setakat ini ADUN Pasir Pinji, Mengelembu, Kepayang, Teja dan Buntong telah didatangi oleh sekumpulan pegawai polis dengan berkenderaan van dan kereta. Mereka mengambil gambar dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan pelbagai persoalan dari ADUN berkenaan, keluarganya dan jiran tetangga.

Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan :-

1. Membantah tindakan semacam "provokasi" untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.

2. Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.

3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara "tidak diundang" dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.

4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN berkenaan?

5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindakan Zambry dan BN membenarkan Dewan Undangan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi Speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut.

UMNO BN Ditalqinkan Pada Sidang DUN 7 Mei?

Empat hari sebelum sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang dipanggil oleh kerajaan kudeta tajaan Umno-Barisan Nasional suasana disekitar bandaraya Ipoh nampak tenang pada permukaan.

Warga Ipoh Bandaraya Bunga Kertas mundar mandir sebuk dengan urusan harian dan perniagaan mereka tanpa ada gangguan terhadap jadual kehidupan mereka - setakat ini.

Mereka sedar bandaraya itu akan menjadi medan pertembungan politik yang amat bersejarah dalam kesinambungan pergolakan politik negeri Darul Ridzuan sejak 5 Februari lalu apabila Umno-BN melalui permainan politik kotor dan licik telah mengheret institusi raja yang selama ini disanjung tinggi rakyat untuk menumbangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang sah.

Semakin dekat kepada tarikh 7 Mei semakin kuatlah daya tarikan yang akan memusatkan rakyat seluruh negeri Perak dan negara ke Ipoh bagi menyaksikan peristiwa bersejarah ini.

Walaupun secara prosedur sidang itu menyalahi peraturan kerana membelakangi dan menghina kuasa Speaker, namun atas dasar menghidupkan amalan demokrasi dan sikap kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mahu terus mempertahankan prinsip keluhuran undang-undang dan taat setia kepada Sultan Perak, ditelan jugalah kepahitan yang dipaksa ke atasnya.

Umno-BN terus melakukan kezaliman demi kezaliman di negeri yang penuh bersejarah itu. Bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874 yang menyaksikan permulaan penjajahan Inggeris secara rasmi dibumi Tanah Melayu melalui sistem Residen sehinggalah tertubuhnya kerajaan haram Umno-BN tiga bulan lalu, negeri Perak tidak putus-putus menjadi saksi kepada segala jenis muslihat politik jahat yang membelenggu rakyat jelata negeri ini.

Sungguh malang nasib negeri yang kaya dengan sejarah, kaya hasil mahsul, kaya alam semulajadi yang menguja setiap pengunjung, kaya ilmu tetapi miskin prinsip, miskin kehormatan diri dan miskin politik harga diri.

Umno dan BN bukan sahaja telah menjual harga diri mereka demi kerakusan kuasa dan kedudukan dengan harga picisan malah menjual kehormatan rakyat Perak dengan menafikan hak memilih kerajaan sendiri.

Kelakuan mereka sepertilah beruk mendapat bunga - menodai segala prinsip dan amalan demokrasi tanpa segan silu setelah merampas kuasa secara haram.

Yang pasti apa sahaja perancangan Umno-BN untuk terus kekal berkuasa secara haram hanya akan mendekatkan mereka ke liang lahad politik.

Sidang DUN pada 7 Mei depan akan sekali lagi menzahirkan hakikat ini dan menggariskan rasa marah rakyat terhadap parti itu. -TVA/GB

Kerana UMNO BN SPR Terus Senget Sebelah

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) terus diperkudakan oleh Umno@BN untuk memastikan sisa-sisa hayat politik mereka. Setelah memperkenalkan peraturan melarang pondok panas pada hari pengundian, hari ini SPR mengumumkan langkah menghadkan kehadiran penyokong semasa hari penamaan calon tidak melebihi 5 ribu orang.

Peraturan baru ini akan dikuatkuasakan dalam pilihanraya kecil Penanti pada penghujung bulan ini. Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam satu kenyataan pada hari ini. Inilah pembaharuan 1 Malaysia yang menjadi zikir Umno@BN hari ini. Dalam era 1 Malaysia apa yang tak boleh akan dibolehkan.

Kenapa peraturan ini dikuatkuasakan? Semua ini jelas apabila Umno@BN gerun dengan gelombang kebangkitan rakyat yang bersama dengan Pakatan Rakyat. Sebaliknya angka 5 ribu yang dihadkan adalah penanda aras jumlah penyokong yang hanya mampu dikumpulkan oleh Umno@BN dalam pilihanraya. Itupun melalui proses kerahan tenaga serta dibayar upah dan elaun untuk hadir menyokong calon Umno@BN. Berbeza dengan pakatan Rakyat yang boleh menghimpunkan puluhan ribu penyokong tanpa apa-apa ganjaran dan habuan.

Persoalan yang lain bagaimana hendak memastikan jumlah penyokong yang hadir pada hari penamaan calon tidak melebihi 5 ribu orang? Siapakah yang akan ditugaskan oleh SPR untuk mengira jumlah penyokong yang hadir? Peraturan baru ini bukan sahaja tak masuk akal tetapi pelik untuk dilaksanakan.

Masa di sekolah dahulu dalam subjek Bahasa Melayu, cikgu menghadkan supaya karangan tidak melebihi 350 patah perkataan. Jenuh juga nak memastikan agar menepati syarat ditetapkan. Terpaksa dikira berulang kali. Itupun sering tersalah kira! Inikan pulak nak kira 5 ribu orang!

Tetapi itu tidak menjadi masalah kepada media pengampu milik Umno@BN kerana mereka pandai mengira. Terutama bab ganda dua dan ganda tiga bagi penyokong Umno@BN dalam laporan mereka yang senget sebelah sebelum ini.Mereka pandai dalam bab mengira, jumlah yang sedikit boleh digandakan manakala jumlah yang banyak boleh dikurangkan.

Mungkin selepas ini media pengampu akan melaporkan jumlah penyokong Pakatan Rakyat melebihi 10 atau 20 ribu orang tetapi jumlah penyokong Umno@BN tepat-tepat 5 ribu orang! - angkasanuri/GB


Isu Kerajaan Nizar : Speaker Benar Semua Media Buat Liputan Sidang DUN

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, hari ini membuat ketetapan bahawa semua pihak media akan dibenarkan untuk membuat liputan persidangan DUN Perak yang dijadual bermula pada 7 Mei ini.

Sivakumar berkata, semua media termasuk yang dihalang untuk membuat liputan sebelum ini diminta untuk membuat permohonan bertulis di Pejabat Speaker, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan mulai jam 9 pagi esok.

"Saya akan mengeluarkan surat kebenaran kepada media mengikut pertimbangan saya. Di sini, saya menggunakan Perintah-perintah Tetap 84 (DUN Perak) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil mana-mana jurnal menghadiri persidangan dewan.

"Perintah-perintah tetap ini juga membolehkan Yang Dipertua Dewan untuk membatalkan kebenaran yang diberi," katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Sivakumar berkata, arahan itu dikeluarkan untuk menjamin prinsip demokrasi dan kebebasan media.

Beliau berkata, rakyat harus mengetahui apakah yang berlaku dalam persidangan secara telus.

"Tidak ada sebab untuk menghalang mana-mana media untuk membuat liputan. Rakyat berhak mengetahui segala gerak-geri wakil rakyat mereka di dalam Dewan Negeri," katanya.

Sebelum ini hanya 13 media elektronik dan cetak iaitu RTM, BernamaTV, TV3, The Star, The New Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia, China Press, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Tamil Nanban, Tamil Nesan dan Bernama dibenarkan membuat liputan persidangan dewan yang dijadualkan pada 7 hingga 13 Mei ini.

Jabatan Penerangan Perak dalam satu notis bertarikh 30 April lepas memaklumkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak memutuskan bahawa setiap media cetak hanya dibenarkan untuk menghantar dua petugas manakala media elektronik dibenarkan menghantar tiga petugas untuk liputan persidangan dewan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dijangka membuat satu kenyataan esok berhubung arahan larangan membuat liputan dan had bilangan petugas yang dikeluarkan sebelum ini. - BERNAMA/GB

Kenyataan sebelum ini:



UMNO PAS : Nik Aziz tiada ‘Pembantu Sesat’ - Ketua Pemuda PAS Kelantan

Kelmarin Sinar Harian menyiarkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Nik Abduh diselar Ketuanya sendiri, Mohd Zaki Ibrahim dengan tajuk besar “Dewan Pemuda selar Nik Abduh” atas isu yang dicipta Nik Abduh sendiri melalui kerja-kerja bodoh dalam PAS dalam blognya.

“Kita yakin kalau Tok guru dikelilingi ‘Pembantu sesat’ PAS tidak mampu kekal berkuasa selama 19 tahun di Kelatan.

“Semua kerja dilaksanakan secara kolektif dikalangan penggerak parti dan kerajaan. Ini menunjukkan Tok Guru dibantu oleh pembantu-pembantu yang baik dan jujur dalam menjayakan program kerajaan dan parti,” kata Zaki yang juga Timbalan Speaker DUN Kelantan.

Zaki berkata demikian mengulas kenyataan Nik Abduh dalam blognya yang mendakwa ayahandanya dikelilingi ‘Pembantu-pembantu yang sesat’.

PAS mampu mengekalkan kuasa di Kelantan kini selama 19 tahun kerana Tok Guru dikelilingi Pembantu-pembantu yang baik dan bukannya pembantu yang sesat.

i. Nik Abduh dipanggil beri penjelasan

Memang Nik Abduh dipanngil Ketua Dewan Ulamak, lantas katanya “Ya, saya telah dipanggil dan saya berharap untuk terus dipanggil lagi dan lagi. Saya telah ditegur sebagaimana lebih kurang ayahanda menegur saya. Saya juga telah menyatakan pendirian saya lebih daripada apa yang telah saya sampaikan kepada ayahanda kerana ianya adalah pertemuan lebih satu jam.”

Kata Nik Abduh lagi, “Pertama, sila ke berita BERNAMA semalam. Apa al Fadhil Al Ustaz Dato Mohamad Daud Iraqi, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat kata pasal pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden”.

Memang mencelarukan!! Tetapi nampaknya Nik Abduh masih cuba menegak benang basahnya walaupun telah di”nasihat”kan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan. Tarik sajalah, menjatuh maruah diri sendiri!!! Menyusahkan ahli-ahli PAS yang ikhlas bekerja yang setengahnya tak berupahpun.

Apapun kita tunggulah apa kata ayahandanya.

ii. Kenyataan Ketua Dewan Ulamak disanggah, apa sudah jadi

Kenyataan Ketua Dewan Ulamak telah disanggah Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang yang juga Ahli Majlis Syura Ulamak atas isu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden perlu disandang oleh Ulamak.

Kenyataan Mat Iraqi itu disanggah lagi oleh bapa mertua sendiri, Abdul Fatah Haron dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub.

Salahuddin dalam kenyataannya hari ini dilaporkan berkata sesiapapun yang memimpin parti itu perlu berpegang dan memperjuangkan Institusi Kepimpinan Ulamak sejak 1985 bagi memastikan PAS tidak lari daripada landasan perjuangan.

“Samada jawatan nombor satu dan nombor dua dalam parti biarlah akar umbi yang memilihnya samada mahu memilih dikalangan ulamak atau tidak,” katanya.

Salahuddin mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulamak Datuk Muhammad Daud Iraqi bahawa Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah dari kalangan Ulamak. -jiwokelate

SPR Terus Jadi Keldai Tunggangan UMNO : Hadkan Cuma 5000 ke Penamaan Calon

Kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan mulai sekarang kehadiran para penyokong yang mengiringi calon pada hari penamaan calon dihadkan tidak melebihi 5,000 orang dilihat sebagai satu lagi usaha SPR untuk "menekan" Pakatan Rakyat.

MSTAR melaporkan bahawa dalam usaha mengawal persekitaran luar kawalan pada hari penamaan calon, parti-parti politik yang bertanding 'dilarang' membawa penyokong mengiringi calon tidak lebih daripada 5,000 orang.

Pendekatan itu akan dikuatkuasakan semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang bulan ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis telah mencapai persetujuan mengenai soal itu semasa satu pertemuan Khamis lalu.

Justeru, SPR menyerahkan kepada polis untuk melaksanakan pendekatan tersebut.

"SPR dan polis merayu dan berharap parti-parti politik yang bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecil mulai sekarang supaya mengehadkan kehadiran para penyokong yang mengiringi calon pada hari penamaan calon tidak melebihi 5,000 orang," kata Wan Ahmad.

Satu demi satu langkah dan peraturan diubah mengikut selesa SPR untuk berpihak kepada UMNO BN dan menekan Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini SPR berhasrat menguatkuasakan undang-undang parti-parti politik mendirikan pondok panas di hari mengundi.

Kesemua peraturan-peraturan yang dikenakan oleh SPR itu adalah ekoran dari sambutan luarbiasa rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Misalnya di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil di dapati pondok panas Pakatan Rakyat telah menjadi tumpuan para penduduk dan pengundi sehingga pondok panas parti pemerintah, BN, keering kontang.

Begitulah juga dengan jumlah penyokong, bilangan rakyat yang menyertai perarakan calon Pakatan Rakyat ke pusat penamaan calon bertambah dari stu pilihanraya ke satu pilihanraya manakal perarakan calon BN semakin merosot.

Sekalipun sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin bertambah samada di pondok panas atau perarakan penamaan calon, tidak berlaku insiden-insiden yang tidak diigini kecuali satu dua kes terpencil itu pun hasil dari provokasi dan kebiadaban penyokong pihak lawan.

Ramai penganalisis politik berpendapat langkah SPR iotu hanyalah menunjukkan sikap sebenar SPR yang menjadi kuda tunggangan UMNO-BN.

Najib Altantuya Berjalan Di Puduraya, Sudah Dianggap Merakyat?

Stesen bas utama Kuala Lumpur sememangnya tempat tumpuan rakyat. Patutnya stesen bas itu sudah lama berganti. Sememangnya rancangan untuk menggantikannya pun sudah ada, dan sudah dibuat iaitu Plaza Rakyat. Nama pun merakyat. Tetapi terbengkalai dan masih macam itu.

Begitu juga dengan terminal bas utama yang lain. Jalan Duta juga hanya bangunan sebegitu. Hentian Putra juga seperti itu sedangkan rancangannya adalah hendak membina di Terminal Putra di Gombak. Apa yang berkaitan dengan rakyat bawahan tidak begitu diambil serius oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Keluhan rakyat mengenai kelemahan pengangkutan awam tidak begitu diambil peduli. Keadaan pengangkutan awam terus sesak dan tidak menarik bagi orang ramai. Bukanlah tiada usaha tetapi dibandingkan tumpuan pembangunan adalah untuk orang kaya-kaya. Lihatlah bagaimana pihak berkuasa membangun sekitar kawasan Hartamas tentunya jauh berbeza apabila dibandingkan dengan apa yang dicurahkan kepada kawasan Puduraya.

Perbezaan ketara lebih-lebih lagi pada zaman Dr Mahathir Mohamad dahulu. Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) diusahakan dengan penuh bersemangat. Begitu juga dengan lebuh-lebuh raya bagi menampung kereta yang bertambah banyak dan mewah.

Sememangnya kecenderungan perkhidmatan kerajaan adalah kepada golongan kaya. Iaitu apabila dibandingkan layanan yang diberikan kepada pengangkutan awam, termasuk stesen-stesennya.

Sememangnya selama ini, Umno yang memimpin Perikatan dan BN tidak mendahulukan rakyat. Maka Najib Razak hendak mengubah keadaan ini. Maka antara yang dilakukan ialah melawat Petaling Street, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Puduraya. Itulah usaha untuk mendahulukan rakyat. Maka ditekankan betapa kesesakan yang ditanggung oleh rakyat perlu diatasi.

Tetapi janganlah hendaknya ia hanyalah untuk mencari populariti. Hakikatnya, mana-mana pemimpin politik, sama ada daripada BN mahupun Pakatan Rakyat, tidaklah perlu melakukan perkara-perkara yang bersifat menunjuk-nunjuk. Buat saja apa yang memudahkan kehidupan rakyat. Dapatkan penyelesaian mana-mana masalah yang ditanggung secara seharian oleh rakyat.

Ingatlah masalah-masalah rakyat banyak yang tertumpu di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi tentulah sebahagiannya memerlukan campur tangan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan. Maka sekiranya seseorang pemimpin politik ikhlas untuk membantu rakyat, mereka perlu melakukannya serta merta dan tidak perlu untuk menunjuk-nunjuk.

Namun begitu, ingatlah hakikat perjalanan kerjaya seorang ahli politik yang kehidupannya dikelilingi dengan kesenangan. Lebih-lebih lagi bagi mereka daripada kalangan golongan elit. Mereka membesar di lingkungan mewah, dan apabila semakin tinggi seseorang itu naik dalam tangga politik, makin jauh mereka daripada kehidupan rakyat biasa.

Sepuluh, 20 hinggalah 30 tahun, ada kalangan mereka yang sudah lupa bagaimana orang kebanyakan menaiki bas untuk tempat pekerjaan. Dengan perkhidmatan pengangkutan awam yang mengecewakan mereka tidak dapat menyelami kehidupan rakyat yang susah. Ada kalangan politik yang berasal daripada golongan susah seringkali juga lupa bagaimana orang susah hidup.

Tidak cukup untuk melawat bandar-bandar dengan begitu saja jika prihatin sebenar tidak ada. Mereka tidak akan berasa masalah sebenar rakyat walaupun diusahakan untuk menghayatinya. Mungkin akan diusahakan penyelesaian masalah melalui senarai yang diberikan oleh pegawai-pegawai, tetapi kesemuanya tidak akan dapat menggambarkan kesusahan rakyat. Namun begitu, usaha untuk menyelami perasaan rakyat dalam menghadapi kesusahan wajarlah dihargai.

Pendek kata, golongan senang akan berasa susah untuk menyelami kehidupan orang susah. Jadi apa yang perlu mereka lakukan untuk benar-benar menjunjungi slogan mendahulukan rakyat? Selain daripada menyelesaikan semua masalah rakyat, yang sebenarnya kecil dan remeh-temeh bagi golongan kaya, tetapi bagi individu kecil, ia merupakan masalah maha besar. Maka selain daripada penyelesaian itu, apa yang perlu dilakukan ielah untuk menyokong pihak rakyat apabila berdepan dengan dua pilihan.

Apa saja masalah dan timbul pula dua pilihan yang bertentangan dengan kedua-duanya memiliki hujah untuk disokong, maka sikap yang perlu ada bagi pemimpin ialah memilih opsyen yang memihak kepada rakyat. Umpamanya dalam kerja-kerja pembangunan atau pembukaan kawasan baru. Andai kata sesuatu langkah itu lebih menguntungkan golongan kaya daripada miskin, maka wajar pilihanya jalan yang memihak pada orang miskin, walaupun langkah itu seumpama menjejaskan kepentingan orang ramai, masyarakat dan negara.

Kerajaan perlu mendahulukan rakyat

Sebagai contoh, pembukaan satu wilayah milik Orang Asli. Berkurun-kurun golongan Orang Asli menyara hidup mereka melalui pencarian rezeki dalam hutan yang sememangnya kampung halaman, malah negara mereka, lama sebelum datangnya orang Melayu, apatah lagi penjajah Inggeris. Tetapi katakan, apabila membangunkan wilayah itu boleh membantu negara kerana nilai tanah itu tinggi dan jika dimajukan, dapatlah banyak rumah dan rumah kedai dibina. Maka, apakah yang perlu dilakukan oleh kerajaan yang mendahulukan rakyat?

Kalau pemimpin berkenaan memikirkan betapa susahnya kehidupan Orang Asli jika tanah mereka diambil untuk pembangunan, maka kerajaan yang prihatin kepada kepentingan rakyat akan memihak kepada golongan terpinggir ini. Tanah Orang Asli itu akan dipelihara supaya masyarakat itu akan dapat terus hidup dengan mencari bahan-bahan jualan di hutan mereka.

Sementara bagi pemaju, mereka harus mencari tempat lain yang tidak menjejaskan kehidupan Orang Asli itu. Tetapi kaedah ini akan sukar untuk dilaksanakan kerana tentunya pemaju mempunyai pengaruh lebih kuat daripada Orang Asli. Lebih-lebih lagi para pelabur yang menggunakan dorongan wang untuk membangun dan membina.

Maka dalam keadaan begini, badan bukan kerajaan (NGO) yang bersifat rakyat dan ideologikal, maknanya tidak terikat atau terluntur dengan pengaruh harta benda dan kuasa, wajar wujud membela golongan susah dan terpinggir. Masyarakat sivil dengan aktivis-aktivis ini wajar menjadi pengimbang kepada kerakusan di pihak yang lagi satu.

Maka mengapa Umno melalui Perikatan dan BN boleh bermaharajalela sejak tahun 1957 dengan membelakangkan rakyat adalah kerana kurang wujudnya gerakan NGO rakyat yang boleh menjadi pengimbang kepada golongan elit politik. Tetapi akhirnya apabila keadaan bermaharajalela ini terlalu lama, maka ia memakan iri Umno sendiri. Akibatnya ialah kebangkitan pihak pembangkang. -abufirdaus

Bank Idea Rakyat Dah Lama Ada Di Malaysia Wahai Tim Presiden UMNO!

Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan oleh Star Online mencadangkan penubuhan "Bank Idea Rakyat" bagi memberi peluang kepada rakyat setempat menyalurkan idea dan pandangan berhubung pelbagai perkara di kawasan mereka. Dengan itu rakyat boleh menyalurkan pelbagai pendapat tentang isu-isu ekonomi, pendidikan, sosial, hubungan antara kaum dan kebajikan. (illustrasi - sjsandteam)

"Penubuhan bank idea itu bukan bermakna kerajaan sudah bankrap idea kerana kita mempunyai pelbagai idea, tetapi ia adalah untuk memastikan kita mendampingi rakyat dan memberi peluang mereka (rakyat) menyalurkan idea yang berguna," kata Muhyiddin kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri majlis sambutan rasmi pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, di Kompleks Sukan Pagoh di sini yang dihadiri kira-kira 5,000 orang.

"Bank Idea Rakyat"? Sebenarnya kita tidak perlu susah payah mencipta gimik tentang penubuhan Bank Idea Rakyat kerana bank seumpama itu sudah lama wujud di negara ini. Ia wujud dalam pelbagai blog yang semuanya menggarap pemikiran rakyat merangkumi pelbagai isu semasa. Yang menjadi isunya bukannya tiada pendapat rakyat, tetapi sejauh mana kerajaan akan mendengar suara rakyat.

Rakyat menerusi pelbagai blog pernah menyuarakan pendapat misalnya mengenai isu PPSMI, keberkesanan SPRM dalam mengendalikan kes rasuah, keberkesanan SPR ketika mengendalikan pilihanraya, keadilan dalam perbicaraan mahkamah, polis yang berat sebelah bila melibatkan pertembungan kepentingan BN dan PR dan sebagainya; tetapi sejauh mana kerajaan mendengar keluh kesah rakyat itu?


Jadi Muhyiddin, tak payahlah anda bersusah payah fikir-fikir hendak buat bank baru ketika bank sedia ada yang boleh disoroti dalam blog sudah lama berfungsi. Cuma anda perlu celik IT dan bersedia mendengar suara rakyat. Apa susah sangat kan? -pendikargunungkriang

Sidang DUN 7 Mei Bertujuan Perbaharui Semula Lesen Wakil Rakyat UMNO BN

Tahun 2009 adalah Tahun Melawat Perak. UMNO melalui MB DPulau telah membantu mempromosi Perak ke peringkat antarabangsa. Satu Malaysia telah sedia maklum perihal Perak. Sebagaimana popularnya Monggolia dengan kisah pembunuhan Altantuya, begitulah juga popularnya Perak dengan pembunuhan demokrasi. Kedua-dua ‘pembunuhan’ ini, begitu sinonim dan berani mengaitkan pemimpin Satu Malaysia.

Ketika tarikh 7 Mei 2009 dinanti, pelbagai andaian dan congakan dilemparkan secara maya oleh rakyat marhaen. Sidang DUN pasti berlaku di tempat yang diwartakan. Samada mendapat perkenan istana atau tidak, sidang ini tetap sah sebagaimana Sidang Bawah Pokok yang tidak memerlukan perkenan istana.

Saya tidak memikirkan sangat tentang usul untuk memecat speaker. Saya berpandangan bukan itu yang menjadi keutamaan MB DPulau. Tetapi sekiranya UMNO berjaya menyingkirkan speaker, itu satu bonus setelah empat bulan bermasalah dengan speaker. MB DPulau dijangka membiarkan MB Nizar dan speaker duduk di tempat asal mereka. MB DPulau dan exconya serta tiga lompat bersedia untuk keluar apabila dihalau oleh speaker. MB DPulau akan patuh kepada keputusan speaker.

Satu Malaysia akan menyaksikan melalui bulletin atau berita di televisyen bahawa MB DPulau sedang dihalau keluar oleh speaker. Satu Malaysia akan menjadi saksi betapa baik, sopan dan sabarnya UMNO melayani kerenah speaker. UMNO menaruh keyakinan yang kebencian rakyat akan bertukar kepada simpati. Kemungkinan UMNO akan memprovokasi speaker supaya melayan UMNO secara ‘kurang ajar’.

Saya yakin MB DPulau sedang berusaha untuk mengurangkan suhu kemarahan rakyat. MB DPulau sedang memujuk rakyat terutama rakyat yang masih ‘pening dan bosan’ dengan politik Perak. MB DPulau sedang berusaha mencari jalan supaya kemarahan rakyat bertukar kepada simpati. MB DPulau mungkin berharap agar Sidang Dewan ini akan menyerlahkan emosi tidak terkawal ADUN PR. Oleh itu kepada ADUN PR serta speaker, berhati-hatilah dengan permainan UMNO ini. ADUN UMNO pula akan berlakon menjadi sabar serta alim di dalam dewan.

Saya berpendapat bahawa keutamaan sidang ini adalah untuk menyelamatkan 20 ADUN UMNO dan satu ADUN MCA. MB DPulau bimbang jikalau tetiba sahaja mahkamah mengistiharkan bahawa Sidang Bawah Pokok adalah sah, maka 21 ADUN ini akan tergugur sebagai ADUN kerana telah tidak menghadiri Sidang Dewan dalam tempoh enam bulan. Tujuh lagi ADUN UMNO dalam kedudukan selamat kerana mereka telah digantung daripada menghadiri Sidang Dewan. Kerana itulah MB DPulau beria-ia mahukan Sidang Dewan diadakan sebelum 13 Mei 2009. SUK DUN Perak yang telah digantung jawatannya oleh speaker telah digunakan sepenuhnya oleh MB DPulau. Konon sidang telah mendapat perkenan istana.

Dalam bahasa mudah, MB DPulau sedang membantu 21 ADUN ini memperbaharui lesen mereka untuk tempoh enam bulan lagi. Dalam tempoh ini MB DPulau dengan bantuan Satu Malaysia akan berusaha memujuk kembali rakyat supaya mengundi UMNO. Dan MB DPulau yakin dalam tempoh enam bulan ini, PR akan letih dan hilang fokus untuk meyakinkan rakyat bahawa MB Nizar adalah MB Perak yang sah. Andaikata MB DPulau mengundur diri, MB Nizar akan ditohmah merampas kuasa dengan membelakangkan istana. Derhaka lagi ..

Namun jauh di sudut hati MB DPulau ialah amat mengharapkan agar speaker tidak dapat hadir pada 7 Mei ini. Ketidakhadiran speaker akan memudahkan laluan bonus-bonus tambahan yang amat diperlukan oleh MB DPulau. Difahamkan MB DPulau sedang dan akan menggunakan khidmat bomoh untuk menjampi serapah 28 ADUN PR.

Insya Allah mereka yang berniat baik akan mendapat perlindungan Allah. Kita sebagai manusia boleh merancang. Allah juga merancang. Namun kita sebagai manusia ciptaan Allah mesti sedar dan yakin bahawa perancangan yang dizinkan oleh Allah sahaja yang akan berjaya. - dangomamamat

Agama Anak : Asri Turut Pertikai Keputusan Kabinet UMNO BN

Keputusan sehala Kabinet Malaysia bahawa anak-anak dibesarkan dengan kepercayaan atau agama ibu bapa mereka semasa mereka dalam ikatan perkahwinan walaupun jika salah seorang daripada pasangan itu kemudiannya bertukar agama kepada Islam menyalahi hak asasi dari sudut Islam dan kemanusiaan amnya, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Beliau bagaimanapun berkata tidak seharusnya berlaku pertukaran agama yang dipaksakan dan keduadua ibu bapa mempunyai hak untuk mendidik anak mereka dalam agama masing-masing.

Menambahkan lagi tengkarah isu penukaran agama di Malaysia itu, ulama yang mempunyai pengaruh besar di negara itu selanjutnya menuduh kerajaan Malaysia membuat keputusan berkenaan semata-mata mahukan sokongan pengundi di negara itu.

'Masalahnya di sini ialah apabila kerajaan terlalu ghairah mendapatkan undi, terutama undi bukan Islam, mereka membuat keputusan-keputusan berdasarkan sentimen.

'Jika orang Cina sekarang ini meminta sesuatu, kemudian orang Melayu, maka pendiriannya terus berubah,' katanya dalam wawancara eksklusif dengan laman berita berpengaruh, The Malaysian Insider, di sini.

Dr Mohd Asri, yang pernah menjadi Mufti Perlis selama dua tahun sebelum meletakkan jawatan itu untuk berhijrah ke Wales pada Disember lalu untuk membuat kajian mengenai Islam, menyertai suara-suara bantahan, termasuk daripada golongan konservatif Islam Malaysia serta beberapa pemimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Kritikan-kritikan itu tercetus menyusuli kes penukaran agama yang melibatkan tengkarah hak menjaga anak milik Cik Indira Ghandi, seorang penganut Hindu, dan bekas suaminya yang memeluk agama Islam.

'Hanya kerana saya menukar agama, saya tidak mempunyai hak ke atas masa depan agama anak-anak saya? Ini bukan hak asasi menurut Islam dan juga hak asasi kemanusiaan universal,' tegas Dr Mohd Asri.

'Mengapa si bapa tidak dibenarkan mendidik anaknya? Malah, tidak harus ada keputusan sehingga beliau mencapai usia yang wajar kerana dalam Islam pun, anak-anak tidak bertanggungjawab atas dosa dan pahala.

'Kabinet seharusnya menyerahkannya kepada mahkamah, sama ada mahkamah syariah atau sivil. Ia tidak menjadi hal, asalkan mereka memutuskannya dengan adil,' jelasnya.

Menurutnya, kedua-dua mahkamah akan mengambil kira faktor agama, serta pasangan ibu bapa manakah yang terbaik bagi menjaga anaknya dalam memutuskan hak penjagaan itu.

Beliau juga mempertahankan peranan Mahkamah Syariah dalam menangani kes-kes seperti itu, sambil menjelaskan bahawa masalah di Malaysia bukannya soal ketidakadilan hukum Islam bahkan ketidakcekapan Mahkamah Syariah tempatan.

'Masalahnya bukan Islam tetapi Mahkamah Syariah tidak mencerminkan ajaran Islam sebenar. Menurut Islam, kes-kes cerai harus diselesaikan dalam masa idah tiga bulan si isteri, tetapi sebaliknya, kita melihat ia mengambil masa bertahun-tahun.

'Apabila kes ditangguh, orang berasa Islam kejam, tetapi hakikatnya ia disebabkan ketidakcekapan Mahkamah Syariah,' jelasnya. -cyberita/GB

Agama Anak : Langkah Kabinet UMNO BN Disanggah MACMA

Keputusan kabinet bahawa anak yang masih dibawah umur perlulah dibesarkan mengikut agama asal ibu atau ayahnya setelah mereka memeluk Islam telah dikecam hebat oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia(Mecma).

Menurut Setiausaha Agong Mecma, Ann Wan Seng, tindakan kabinet itu memberi implikasi buruk yang cukup besar kepada perkembangan dakwah Islamiah dalam negara ini.

"Apabila ibu bapa menukar agama akan ada masalah sekiranya anak-anak tidak dibenarkan ikut sama. Ia akan menjejaskan institusi kekeluargaan. Bagaimana dalam satu keluarga anak yang perlu dibimbing oleh keluarga tetapi tidak dapat bertindak sedemikian oleh ibu dan bapa.

"Ini menunjukkan keputusan tersebut adalah menafikan hak terhadap anak-anak.Pencabulan terhadap hak asasi manusia,hak yang diperuntukan oleh agama serta hak yang sepatutnya dimiliki oleh kedua ibu bapa yang punyai hak dan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka," katanya.

Beliau juga mendesak kerajaan supaya mengkaji semula serta menarik balik keputusan tersebut.

"Kerajaan sepatutnya membuat kajian terlebih dahulu dan mendapat maklum balas daripada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.Mereka juga perlu memohon perkenan Tuanku Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua agama dalam negara ini.

"Pasangan yang memeluk Islam sepatutnya menyelesaikan segala isu yang berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah syariah dan bukannya di mahkamah sivil.Saya yakin keputusan yang dibuat itu tidak dirujuk kepada ulama dan tiada perbincangan serius dengan pihak berkuasa agama Islam.

"Akhirnya inilah natijahnya sehingga menimbulkan kesan yang besar dalam membendung masalah kemurtadan dan kepada institusi keluarga Islam sendiri," katanya. - siasahdaily/GB

Nizar Diminta Pertimbangkan Tanding Jawatan Naib Presiden PAS

Akhbar MSTAR melaporkan Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak jawatan Naib Presiden PAS Jun ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, beliau belum memikirkan perkara itu dengan mendalam kerana mahu memberikan tumpuan terhadap kesnya di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 4 hingga 6 Jun ini.

"Setakat ini belum terlintas dalam sanubari saya (untuk memikirkan soal pencalonan jawatan dalam parti)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pas Kawasan Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Walau bagaimanapun rata-rata ahli-ahli PAS seluruh negara berpandangan dan yakin bahawa ahli parlimen Bukit Gantang itu akan memberikan pertimbangan yang wajar untuk beliau menerima pencalonan seterusnya bertanding sebagai Naib Presiden parti pada pemilihan di muktamar PAS yang akan datang ini.

Beberapa kawasan telah meletakkan nama beliau sebagai pilihan yang pertama di dalam merebut jawatan Naib Presiden.

Ini kerana PAS amat memerlukan kepimpinan beliau dan ramai melihat Mohd Nizar mampu untuk menjadi tokoh yang dapat menunjukkan kepimpinan berkualiti yang diharapkan di dalam sebuah organisasi yang juga harakah Islam seperti PAS.

Ketrampilan dan ketokohan Mohd. Nizar bukan saja diterima oleh semua pihak di dalam PAS, malah dikagumi dan digeruni oleh mereka yang di luar PAS. Mungkin ayat ini berlebihan namun pada hakikatnya tiada siapa yang dapat menyangkal kehadiran Mohd Nizar di pentas politik tanah air yang membawa PAS bersamanya telah banyak membuka mata masyarakat negara ini terhadap perjuangan PAS.

Mohd Nizar berjaya menterjemahkan slogan PAS For All dari kata-kata kosong kepada sesuatu yang praktikal sehingga usaha memasyarakatkan PAS yang selama ini seperti terlalu sukar perjalanannya menjadi terang dan jelas.

Mohd Nizar ada memainkan peranannya yang tersendiri untuk menarik sokongan masyarakat bukan-Islam terhadap PAS. Dan kepimpinannya di dalam parti ini dinanti-nantikan sebagai tokoh yang bukan sekadar beretorika tetapi lebih kepada menterjemahkannya di dalam bentuk amaliah sesuai dengan peranan pemimpin slam yang sepatutnya menjadi contoh tauladan yang terbaik (uswatun-hasanah).

Malah kenyataannya bahawa "setakat ini belum terlintas dalam sanubarinya (untuk memikirkan soal pencalonan jawatan dalam parti)" sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau seorang yang tawadhu' dan bukan gila jawatan seperti yang ditunjukkan oleh segelintir pemimpin PAS yang lain yang telah awal-awal memproklamirkan kesediaan bertanding walaupun ada diantara mereka belum pun menerima pencalonan. -GB

Ulamak vs Erdogan : Label Keluaran Umno

Gambaran yang di paparkan adalah pertarungan sebenar aliran-aliran utama di dalam Pas, khususnya golongan pro-muzakarah yang di labelkan sebagai ‘kumpulan ulama’ dan pro-Pakatan Rakyat yang di labelkan sebagai ‘kumpulan Erdogan’. Isu ini kian hangat diperkatakan apabila adanya beberapa pertandingan di peringkat kawasan serta pencalonan untuk menerajui jawatan tertinggi didalam Pas.

Dua persoalan utama yang sering di perdebatkan serta dilemparkan kepada umum adalah; pertamanya, apakah Pas telah menggadaikan prinsip perjuangannya setelah menjalinkan kerjasama di dalam Pakatan bersama PKR dan DAP? Dan keduanya, apakah benar-benar wujud golongan pro-muzakarah yang di labelkan sebagai ‘kumpulan ulama’ dan pro-Pakatan Rakyat yang di labelkan sebagai ‘kumpulan Erdogan’?

Namun saya lebih berminat untuk mengulas kenyataan dua orang ‘tokoh akademik’ yang bergelar Profesor yang sering di beri liputan meluas untuk menyerang Pas terutama di saat adanya pilihanraya Umum, pilihanraya kecil maupun pemilihan parti Pas. Saya ingin merujuk kenyataan Prof. Dato' Dr. Zainal Kling mantan pensyarah Antropologi dan Sosiologi di Universiti Malaya dan Prof. Dr. Mohamad Mustafa pensyarah Undang-undang dan Sains Politik Universiti Utara Malaysia yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian minggu lepas.

Pertamanya Dr. Zainal Kling, seorang profesor yang terkenal dengan sikap ultra nasionalis serta sentiasa dilihat sebagai pembela Melayu/UMNO sejak sekian lama beliau menjadi pensyarah di Univeristi Malaya lagi. Beliau menyatakan bahawa keadaan kontradiksi antara dua puak didalam Pas iaitu golongan ulama dan golongan professional menjadikan suasana dalaman Pas sentiasa ‘tegang’ demi memenuhi cita-cita masing-masing.

Beliau menambah lagi bahawa “Pas terpaksa berlagak sekular dengan mengenepikan ideologi ketuhanan dalam Islam. Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah akui akan kerjasama dengan syaitan. Ini dapat di buktikan dengan jelas. Pas tidak lagi bercakap tentang negara islam tetapi hanya mempertahankan gagasan kemanusiaan dan kebajikan”.

Bagi beliau disebabkan pertentangan dalaman ini, Pas terpaksa berhadapan dengan tuduhan ‘hamba kepada idealogi sekular’ di semping terpaksa berkorban untuk mencairkan ideology Islam pada asalnya. Malah beliau menyatakan lagi bahawa; “Jika golongan ulama gagal menerajui kepimpinan tertinggi Pas bermakna ia akan merubah parti tersebut menjadi semakin secular. Pas juga akan dilihat sebagai sebuah parti ‘pelakon politik’ yang menggunakan islam sahaja”.

Manakala pandangan seorang lagi pensyarah, Dr. Mohamad Mustafa seorang profesor Undang-undang dan Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) juga dirujuk. Beliau juga terkenal sebagai seorang penganalisis politik tanahair yang lebih barsifat menjadi pembela Melayu/UMNO. Beliau menyatakan bahawa Pas akan mudah mengikut telunjuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) satelah kumpulan yang menyokong Datuk Sri Anwar Ibrahim berjaya menyingkirkan kumpulan Presidan Pas Datuk Sri Abdul Hadi Awang. Tambahnya lagi kewujudan puak yang menyokong Anwar ini akan menyebabkan Pas terbahagi kepada dua kumpulan dan berpuak-puak.

Malah beliau menyatakan bahawa; “mereka (PKR) telahpun menguasai Mursyidul Am Pas, Datuk Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan akan menjatuhkan Hadi Awang dan Timbalannya Nasharuddin Mat Isa kerana tidak bersependapat dalam isu gabungan Pas-UMNO pada Muktamar nanti. Tujuan utama golongan tersebut adalah untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Pas dan PKR, golongan itu berusaha untuk menguasai Pas demi kepentingan PKR dan seterusnya menuruti telunjuk PKR”.

Bagi saya adalah tidak mengejutkan sama sekali apabila kenyataan terbuka Datuk Dr. Zainal Kling seakan-akan senada dengan Dr. Mohamad Mustafa terhadap Pas. Bagi saya, memberi pendapat kedua-dua tokoh akademik pro-UMNO ini adalah lebih berbentuk kecaman negatif terhadap Pas. Adalah tidak sedikitpun menghairankan kerana mereka ini sudah sejak sekian lama membuat pelbagai ‘analisa akademik’ (?) dan melihat peranan Pas di dalam kancah politik tanahair dengan penuh sinis dan negatif. Kedua-duanya terkenal dengan sikap ‘ultra nasionalis’ dan sentiasa berpandangan ‘pro-UMNO’ hatta di dalam kajian akademik mereka sendiri.

Namum bagi saya adalah amat memualkan apabila kedua-duanya ada bergelar profesor boleh membuat kenyataan sedemikian rupa. Di manakah etika akademik yang mereka pakai apabila pandangan mereka ini lebih berbentuk ‘emosi kebencian’ terhadap Pas, begitu cetek dan tidak mempunyai daya akademik (scholarly) langsung. Apakah mereka mahu meletakkan daya pemikiran politik mereka setaraf dengan JKKK kampong dan tidak di hormati oleh masyarakat umum?

Amat malang jika seseorang profesor masih dalam kotak pemikiran lamanya mengenai perkembang semasa dan gagal memahami perubahan politik tanahair. Terlalu dangkal daya pemikiran Dr. Zainal Kling apabila menyatakan bahawa di manakah daya pemikiran mahasiswa yang mereka pimpin di menara gading selama ini yang sejak sekian lama di kongkong bagaikan anak-anak sekolah oleh AUKU dan pentadbir Universiti sendiri?

Yang nyata, Pas bukan sebuah parti politik murahan yang boleh diperkudakan oleh mana-mana pihak. Pas mempunyai organisasinya yang tersendiri dan setiap kepimpinan perlu patuh kepada displin dan adab-adab parti. Tidak timbul soal golongan pro-muzakarah yang di labelkan sebagai ‘kumpulan ulama’ dan pro-Pakatan Rakyat yang di labelkan sebagai ‘kumpulan Erdogan’. - YB Dr Syed Azman