5 Jul 2015

PAS Semakin Tidak Relevan, Parti Baharu Akan Ambil Tempatnya...

Jangan pandang rendah orang lain, PAS

MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengingatkan kepimpinan utama PAS supaya tidak memandang rendah atau bersikap pesimis dengan kewujudan parti baru, apatah lagi ia adalah atas inisiatif anggota PAS sendiri.

Beliau juga berkata bacaan politik kepimpinan PAS tidak harus terikat dengan sejarah silam seperti penubuhan parti serpihan PAS - Hamim dan Berjasa - kerana perubahan zaman dan gaya berpolitik rakyat Malaysia berubah.

"Kepada parti politik yang (sedia) ada, khususnya daripada PAS, tak boleh memandang kecil terhadap kewujudan parti baru, yang lahir daripada inisiatif ahli PAS sendiri.

"Sebab saya tak nampak bahawa kalau kewujudan parti baru ni, (ia) macam parti-parti politik yang sebelum ni. Ramai orang pesimis terhadap kewujudan parti politik baru sebab sejarah lama. Hamim dan Berjasa. Sejarah lama tu sejarah lama.

"Bagi saya, (ini) perubahan zaman, (situasi) dia berlainan. Bacaan politik tak boleh diwarnai dengan sejarah lama, tetapi harus diwarnai dengan perubahan zaman. Gaya berfikir masyarakat yang lahir pada masa hari ini," katanya.

Beliau menjawab soalan dalam wawancara dengan Malaysiakini mengenai hasrat sekumupulan pemimpin progresif PAS yang berhasrat menubuhkan parti baru susulan tewas dalam pemilihan baru-baru.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan mana-mana ahli PAS yang mahu menubuhkan wadah atau parti baru, maka mereka akan "tenggelam", sebaliknya menggesa ahli beristiqamah dengan perjuangan PAS. Kenyataan itu dikeluarkan ekoran ketewasan pemimpin progresif dalam PAS.

Rakyat menaruh harapan

Sekalipun mengakui ia memberi implikasi kepada PAS dan kekuatan politik baru oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang, Mahfuz bagaimanapun berkata keputusan menubuhkan parti baru adalah hak demokrasi mana-mana pihak dan ia tidak boleh dihalang.

"Tapi apa yang harus dilihat oleh semua orang ialah kepentingan masa depan Malaysia. Masyarakat menaruhkan harapan yang begitu besar kepada Pakatan untuk mengambil alih pentadbiran negara.

"Ini kerana hilang kepercayaan kepada Kepimpinan Umno dan BN yang ada pada hari ini," katanya sambil menambah beliau menghormati hasrat rakan-rakannya itu.

Sehubungan itu, Mahfuz menggesa ketiga-tiga parti termasuk parti baru - jika wujud - berada dalam meja rundingan demi memastikan kewujudkan politik baru terus menjadi harapan rakyat khususnya pada pilihan raya umum ke-14.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti baru, pemimpin PAS Kedah itu berkata: "Saya masih YDP (Yang Dipertua) Pokok Sena dan MP Pokok Sena. Berhenti di situ."

Beliau yang bergelumang dengan politik PAS sejak 30 tahun lalu, turut menasihatkan kepimpinan utama PAS menunjukkan "kesediaan" untuk berbincang supaya tidak dilihat mengambil "garis keras" dengan rakan politik pembangkang.

Menurutnya lagi, langkah emosional dan berasaskan sentimen memberi keburukan kepada kedudukan PAS dalam kuasa politik di Malaysia apatah lagi parti itu kini berada dalam lingkungan kuasa politik di Selangor.

Besar jiwa, rendah ego

"Maka (ia) akan beri kesan yang tak sihat kepada PAS, dan sekaligus beri kesan kepada Pakatan Rakyat.

"Bila ia memberi kesan kepada Pakatan Rakyat, ia beri kesan dengan timbulnya krisis kepercayaaan rakyat kepada orang politik," katanya bagi mengulas sikap PAS yang dilihat mahu bersendirian dan memutuskan hubungan dengan parti lain.

Menurutnya lagi, semua pemimpin utama pembangkang yang dianggapnya seperti negarawan termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sepatutnya berjiwa besar dan merendahkan ego mereka.

"Tak ada rugi pun kalau berjiwa besar. Yang lebih penting, prinsip tak tergadai, matlamat kita tercapai," katanya.

Beliau turut menggesa kepimpinan PAS sekarang ini perlu berfikiran tajam dan mendahului zaman dengan melihat kerangka politik yang lebih luas dan tidak dipengaruhi oleh kumpulan tertentu yang berada di sekeliling mereka.

"Ini kerana kalau PAS kalau nak kekal dan terus relevan dalam acuan politik Malaysia, sebagai sebuah parti politik besar, PAS harus terima proses perubahan zaman dan cara berfikir masyarakat dan rakyat hari ini.

"Orang sertai PAS hari ni, bukan kerana sentimen PAS parti pembangkang. Orang nak masuk PAS, bukan semata-mata nak lihat PAS lawan kerajaan.

"Tetapi orang hari ni menyertai PAS dengan membuat perkiraan melalui kebijaksanaan berfikir, dan cara berfikir (mreka) hari ini sangat kritikal," katanya.

ULASAN GB

PAS semakin hari sudah menjadi semakin tidak relevan.

Di dalam kes terbaru misalnya, iaitu isu Najib yang didedahkan oleh Wall Street Journal yang melaporkan wujudnya penyaluran wang berjuta-juta dollar AS ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Mursyidul Am PAS, membuat kenyataan yang pelik, iaitu beliau menyataan laporan SWJ itu tidak logik. Malah di dalam kes 1MDB pun Haron Din tidak mempercayai berita-berita yang mengaitkan Najib dengan skandal terbesar itu.

Sebelum ini Haron Din pernah membuat kenyataan yang memnunjukkan PAS menggesa supaya Najib diberi peluang...


Ia amat senada pula dengan kenyataan presiden PAS Hj. Abdul Hadi Awang yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikekalkan berdasarkan mandat yang rakyat dalam pilihan raya.

Jika begitu bererti Najib dan UMNO perlu diberi peluang untuk terus memerintah negara dan untuk terus melakukan rasuah dan kezaliman ke atas rakyat negara ini... almaklum ... Najib tak sempurna... Jika hendak dibiarkan segala perbuatan salahlaku itu apa perlunya PAS berada di pesada politik negara?

Maka sebab itu PAS perlu digantikan segera. Hikmah tertewasnya semua ahli kumpulan profesional. Yang penting ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi masih terus menyokong mereka.

Parti baharu ini insyaAllah, pasti akan menjadi kenyataan menjelang Syawal ini. Lantaklah apa mereka nak kata, kita tidak berpatah balik.

Ingin kita pinjam syair Arab yang didendangkan itu ... "biar serigala dan anjing menyalak.... qabilah tetap berjalan terus, parti baharu tetap ditubuhkan walaupun di pandang rendah oleh mereka yang mengaku ulama itu..."

Pimpinan PAS & G18 Buat Himpunan Berasingan Tarik Penyokong

Setelah terkejut dengan Majlis "Perjuangan Baru Bermula" oleh kumpulan profesyenal G-18 di Bakri Muar Johor pada pertengahan bulan lalu untuk persediaan kpeada penubuhan Pakatan 2.0, kumpulan ulama PAS pula cuba membuat perhimpunan "Istiqamah Hingga Kemenangan 2.0" atau ringkasnya PIHAK 2.0.

PIHAK 2.0 dilaporkan akan berlansung pada 11 Julai 2015 di Ayer Hitam.

Tak disebutkan apa tujuan diadakan PIHAK 2.0, mungkin untuk memperkenalkan barisan pimpinan PAS yang baharu. Yang pasti tiada ada apa-apa tema yang signifikan untuk perhimpunan itu. Mungkin akan keluar surat pekeliling untuk sekalian AJK PAS KAwasan Johor mmewajibkan mereka hadir seperti yang dilakukan di Pulau Pinang minggu lalu.

Beberapa portal sebelum ini melaporkan ahli-ahli PAS di Johor sudah muak dengan grup ulama malah ramai yang sedang menunggu kewujudan parti baharu Syawal ini untuk keluar beramai-ramai dari PAS.

Mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Johor sebekum ini hanya berjalan dengan dihadiri 11 ahli daripada 52 AJK yang hadir itu hanya sekitar 20% yang hadir.

Mesyuarat pertama itu sepatutnya dihadiri 52 ahli dari 26 kawasan, iaitu yang dipertua dan setiausaha kawasan di samping Pesuruhjaya Johor Datuk Dr Mahfudz Mohamad yang dilantik PAS Pusat.

Mesyuarat pada 13 Jun itu diteruskan dengan melantik dua timbalan pesuruhjaya sahaja daripada tiga yang diperuntukkan manakala pengarah pilihan raya masih belum dilantik.

Jadi ada kemungkinan Pesuruhjaya PAS Johor memohon bantuan AJK PAS Pusat untuk "beri taklimat" dan akan mengeluarkan pekeliling "memaksa" AJK Kawasan dan cawangan untuk hadir supaya Badan perhubungan PAS Negeri Johor dapat berfungsi. Dah cukup tenant PAS Johor sekarang ni.

Yang GB rasa agak sedikit lucu, di poster PIHAK 2.0 itu tertulis perkataan "Mempersembahkan". Ertinya perhimpunan itu hanya satu "persembahan" - mungkin persembahan drama atau persemhahan sandiwara oleh grup ulama. Atau satu perhimpunan yang "mempersembahkan" beberapa "pelakon" seperti selebriti wayang opera (?)


Demikian berjalannya hukum kebenaran dan keadilan.... apabila golongan profesional disingkirkan. Sampaikan buat poster pun sudah tidak profesional dan melakukan kesilapan yang memalukan.

Sekadar makluman, pada 5hb Jul 2015 (malam esok) ada dua program dari kumpulan progresif G-18 diadakan. Satu di selatan tanahair di Tongkang Pecah batu Pahat dinamakan Himpunan Badar Kubro dan satu lagi di utara, iaitu di Tapah Perak, iaitu Himpunan Nuzul Quran.

Sila rujuk iklan di bawah: