14 Mei 2011

[Video] Dah Desperate Sangat Sampai Masjid Jadi Tempat Edar Video Lucah

Video lucah fitnah Datuk T yang dimuat naik di Youtube selain di pos kepada pemimpin politik tertentu dan diedar di kawasan perumahan, kini di sebarkan di masjid-masjid pula untuk mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pihak yang tidak dikenali meletakkan rakaman seks itu di Masjid Al-Hadiyah Telok Panglima Garang Kuala Langat pada Ahad lalu.

Nazir Masjid Al- Hidayah, Rahman Amir berkata video berkenaan dijumpai semasa jemaah masjid bersarapan selepas mendengar kuliah subuh di masjid itu.

"Nasib baiklah saya yang menemui dan tidak jemaah lain yang menjumpainya. Saya dengan tindakan sendiri sebagai seorang nazir tidak mahu bersubahat dengan perkara yang mana mungkin membolehkan terjadinya keadaan yang huru hara, kerana benda ini kita tonton kerap di TV. Tidak cukup di TV, disebar luas pula di masjid, tempat suci umat islam beribadah," kata beliau.

Rahman kesal terhadap kesanggupan pihak yang tidak bertanggungjawab mencalar kesucian masjid dan agama untuk tujuan politik jahat dengan menyebarkan video itu.

Dewan Pemuda PAS Kuala Langat (DPPKL) turut mengutuk tindakan itu dan menyifatkannya sebagai “tidak bertamadun”.

Ketua DPPKL, Hairul Nizam Tohar berkata pengedaran video lucah di masid bukan sahaja menghina kesucian agama Islam tetapi turut menyuburkan budaya fitnah di kalangan rakyat.

“Penyebaran VCD lucah ini dilihat sebagai agenda politik sempit dan kotor yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang cuba menangguk di air keruh. Tidak mustahil ada lagi VCD yang disebarkan di masjid lain,” kata beliau kepada TVSelangor.

Mengulas isu yang sama, ADUN Sijangkang, Ahmad Yunus Khairi menegaskan rakyat harus menolak fitnah seks tersebut berikutan Islam menggariskan hukum yang jelas sebelum menuduh seseorang itu melakukan zina.

"Islam meletakkan 4 orang saksi. Ini bukan main- main. Saksi mestilah cerdik, adil, muqallaf," katanya.

Beliau turut mempertikaikan tindakan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah yang membuat sumpah laknat dalam usahanya membabitkan Anwar dalam pertuduhan itu.

"Dalam Islam sumpah laknat di dalam zina hanya dibenarkan apabila suami menuduh isterinya berzina dan perkara tersebut berlaku di dalam mahkamah," jelasnya.

Tindakan Eskay membuat sumpah laknat sebelum ini dibidas oleh beberapa pihak termasuk mufti-mufti yang menegaskan hukum qazaf adalah cara terbaik untuk menangani isu- isu fitnah.

Video seks 21 minit itu ditayangkan oleh Eskay, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim.

Sebelum ini video seks fitnah dan risalah memalukan Anwar dikesan diedarkan secara meluas dari rumah ke rumah di daerah Klang.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Klang, Yew Boon Lye semalam membuat laporan polis berhubung pengedaran risalah dan cakera padat (CD) rakaman video seks itu ke rumah-rumah di Teluk Gadung Indah Klang.

Boon Lye mensyaki perbuatan itu didalangi oleh kumpulan pro Umno. Mereka mula mengedarkan risalah dan video itu dari rumah ke rumah sekitar jam 10.00 malam Sabtu lalu.

Menurut Boon Lye lagi, kegiatan mengedarkan bahan lucah itu juga turut aktif sewaktu Ceramah Perdana Anwar di Klang baru-baru ini dimana ia dilihat bertaburan di sekitar kawasan perumahan. -tvsnews



DAP Kecam BN Bazirkan Wang Rakyat Bina Tugu 1 Malaysia

Ipoh: Kerajaan UMNO BN membelanjakan jutaan ringgit untuk membina monumen 1Malaysia, dan DAP menyelarnya serta menganggap ia sebagai satu pembaziran terhadap dana awam, apa tah lagi di ketika rakyat Malaysia sedang sengsara dengan kenaikan harga akibat pemotongan subsidi terhadap beberapa barangan keperluan.

“Mereka menyatakan bahawa mereka terpaksa bertindak demikian kerana masalah kewangan dan supaya penjimatan dapat dilakukan dengan pemotongan subsisdi gula dan minyak, tetapi RM38.4 juta dibelanjakan untuk tugu yang tak mendatangkan apa-apa faedah semata-mata untuk mempromosikan imej politik Perdana Menteri,” kata Nga Kor Ming, ADUN Pantai Remis dan Penolong Bendahari DAP.

Nga mendakwa di Pantai Remis sahaja terdapat lima struktur tugu berkenaan dan jarak setiap satunya tak sampai satu kilometer.

Beliau menganggarkan setiap satunya berharga sekurang-kurangnya RM5,000 untuk dibina.

Beliau khuatir ia akan menjadi seperti monumen Wawasan 2020 Tun Dr Mahathir Mohamad yang akhirnya semuanya musnah.

“Wang cukai dibazirkan dengan slogan kosong dan tugu kaku kononnya untuk mendokong aspirasi 1Malaysia, yang tak pernah pun menjadi kenyataan,” tambahnya.

Wang yang dibelanjakan itu sepatutny boleh digunakan untuk projek-projek prasarana asas di luarbandar, katanya.

“Harga gula telah naik sebanyak empat kali dalam setahun, dan harga minyak telah naik enam kali.

“Tetapi Barisan Nasional membelanjakan secara rakus dana awam untuk projek-projek gajah putih ini, seperti membina monumen 1Malaysia yang tak bermenafaat di beberapa kawasan bandar dan luarbandar,” ujarnya.

[Video] Pengedar Video Seks Fitnah Bakal Ditimpa Bahana - Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang memfitnah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengaitkannya sebagai pelaku dalam video seks, tidak akan masuk syurga.

“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga). Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka," kata Nik Aziz.

Pertengah Mac lalu, 'Datuk T' merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab menayangkan video tersebut kepada sekumpulan wartawan terpilih.

“Walaupun orang itu menteri ke, tindakan mengaibkan itu tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan Internet sudah menayangkan video seks itu ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti,” katanya lagi.

Nik Aziz berkata pihak yang mengedar video itu melakukan kesalahan yang serius dan akan menerima bahana kelak.

Sehingga hari ini, video tersebut bukan sahaja tersebar luas di Internet tetapi turut diagihkan dari rumah ke rumah.

Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membuat laporan polis berhubung pengedaran video seks tersebut secara meluas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pelbagai pihak meragui keabsahan video ini sehingga memaksa Eskay membuat sumpah laknat disebuah masjid di Kuala Lumpur.

Namun sumpah laknat itu sekali lagi dikritik banyak pihak termasuk Mufti Perak, Datuk Harunsani Zakaria.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan ketulenan video seks itu dengan memperoleh pandangan pakar dari Amerika Syarikat.

Bagaimanapun PDRM berpandangan tiada keperluan identiti video tersebut didedahkan. -tvsnews



Terbaru

Video seks: Muhyiddin dakwa Nik Aziz keluar fatwa baru

KUANTAN, 14 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat “berkata benar walaupun pahit” berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Nik Aziz mengeluarkan fatwa baru ekoran kenyataan terbaru semalam bahawa mereka yang mengaitkan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

Muhyiddin berkata kerajaan tidak pernah mengeksploitasikan isu video seks berkenaan, sebaliknya polis hanya membuat siasatan kerana ia didakwa membabitkan seseorang yang “ternama.”

“Bila keluar video sebegitu, dan ia dikaitkan dengan yang ternama, ketua pembangkang, sudah tentu ramai nak tahu.

“Jadi disebabkan jadi perhatian awam, umum, pihak kerajaan bila dibawa aduan (itu), maka perlu buat siasatan dan perlu bukti fakta yang sebenarnya,” katanya dipetik media hari ini.

Muhyiddin yang ditemui pemberita selepas menghadiri program bersama warga pendidik Pahang di sini, diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang mengatakan ‘tak masuk syurga tuduh Anwar’ terbabit dalam video seks berkenaan.

Dipetik Bernama, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata: “(Ini) fatwa baru dia (Nik Aziz), saya fikir Nik Aziz biasa(nya) begitulah.

“Dia menjawab lebih kepada bahasa politik, bukan kepada hukum,” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, apa yang penting ketika ini ialah mencari kebenaran berhubung isu video seks berkenaan bagi mengelak sebarang fitnah dan tohmahan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di Kota Baru semalam, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan mereka yang mengaitkan Anwar dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

Rakaman video itu didedahkan kali pertama oleh trio “Datuk T” pada 21 Mac lalu.

Polis Diraja Malaysia semalam sekali lagi mengesahkan ketulenan video seks itu dengan memperoleh pandangan pakar dari Amerika Syarikat.

“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga).

“Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka,” katanya.

“Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan Internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti,” kata Nik Aziz lagi. -TMI

Ulasan GB

Jika demikian, bererti Muhyiddin seolah-olah TURUT BERSEKONGKOL untuk menyatakan bahawa pelaku di dalam video seks itu adalah Anwar.

Alangkan Eskay sendiri SUDAH MENAFIKAN yang beliau membuat tuduhan ke atas Anwar, pihak polis dan Muhyiddin nampaknya masih beriya-iya nak menyatakan Anwarlah pelaku di dalam video seks berkenaan.

Meminjam kata-kata TGNA, "pihak berkenaan akan menerima bahana nanti".


Apabila Pengulas UMNO Kata Ust Nasha Lebih Layak...

Ustaz Nasha lebih layak

Pas akan terus memilih calon yang berpengetahuan luas dalam agama serta memiliki ketokohan ulama bagi memegang jawatan nombor dua parti itu kerana ia adalah dasar tidak bertulis yang diamalkan mereka.

Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Attory Hussain berkata, perkara itu dilihat kerana jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu dipegang golongan ulama, bukan golongan profesional sejak parti ditubuhkan.

“Bagi pemilihan jawatan Timbalan Presiden kali ini, gandingan antara Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa (gambar) lebih serasi, berbanding Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohamad Sabu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, ketokohan dan kewibawaan calon menjadi faktor utama yang menjamin kemenangan.

“Jika kita lihat, ramai calon kegemaran adalah calon yang petah berhujah, sebaliknya, latar belakang pendidikan tidak begitu diberi perhatian. Namun, pada satu sudut, faktor kewibawaan menjadi pilihan pengundi.

“Selain itu, faktor politik juga perlu diambil kira terutama melibatkan isu yang dialami Pas sekarang dan sejauh mana ia dapat diselesaikan melalui pendekatan yang diambil calon,” katanya.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang terkenal lantang dan popular di akar umbi mendapat pencalonan terbanyak iaitu 70 manakala Nasharuddin yang akan mempertahankan jawatan disandangnya hanya memperoleh 40 pencalonan daripada lebih 130 kawasan yang bermesyuarat.

Selain dua tokoh terbabit, Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerima 17 pencalonan walaupun pernah membuat kenyataan terbuka tidak mahu bertanding jawatan nombor dua itu.

Pas memiliki 179 kawasan seluruh negara dan hampir 80 peratus kawasan telah selesai bermesyuarat dan memutuskan calon pilihan masing-masing.

Ahmad Attory berkata, jika diukur dari sudut kewibawaan antara dua calon bagi jawatan Timbalan Presiden sudah tentu pe-nyandang jawatan itu memiliki ciri-ciri ketokohan yang disenangi ramai.

“Walaupun Mohamad lebih menonjol, lebih petah berkata-kata dan mendapat pencalonan mengatasi Nasharuddin, kita percaya, Pas tetap akan mengekalkan tradisi mereka, iaitu mengekalkan kepimpinan ulama.

“Bagaimanapun, amalan demokrasi yang diamalkan parti itu dipercayai tidak akan membatalkan kemenangan calon yang menang, sekali gus merangkul undi paling banyak,” katanya. -SH


No 2 PAS: Ulama penentu kemenangan, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Walaupun ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu mendahului senarai pencalonan bagi jawatan nombor dua parti itu, namun ia bukan petanda pemimpin itu boleh “merampas” kedudukan tersebut.

Ini kerana jelas beberapa penganalisis politik, faktor ulama dan golongan profesional adalah penentu kepada kemenangan mana-mana pemimpin PAS yang bertanding bagi jawatan dalam parti Islam itu.

Malahan mereka juga tidak menolak kemungkinan penyandang Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa akan terus mempertahankan jawatan itu pada pemilihan Jun ini.

Setakat hujung minggu lalu The Malaysian Insider difahamkan Mohamad yang turut dikenali sebagai “Mat Sabu” sudah memperoleh 70 pencalonan manakala Nasharudin hampir 40 pencalonan daripada lebih 130 kawasan sudah bermesyuarat.

PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara dan hampir 80 peratus kawasan atau bahagian sudah pun mengadakan mesyuarat dan membuat pencalonan masing-masing.

Ada kawasan yang tidak mencalonkan sesiapa pun.

Menurut pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian, jumlah pencalonan yang diterima Mohamad tidak boleh dijadikan ukuran bekas naib presiden PAS itu boleh merampas jawatan itu daripada Nasharudin.

Ini kerana jelas beliau, selama ini jawatan presiden dan timbalan presiden PAS dipegang golongan ulama dan agar sukar golongan profesional untuk memecah tradisi itu.

Justeru kata Sivamurugan, faktor itu harus diambil perhatian di samping perwakilan juga tidak harus mengetepikan sumbangan golongan profesional.

“Pencalonan tidak boleh menggambarkan kemenangan kerana ia akan bergantung kepada kompromi di saat-saat akhir dan dalam PAS lazimnya golongan ulama mampu menandingi kumpulan profesional.

“Saya setuju penentuan yang sama masih berterusan kepada sebilangan besar masih berpihak kepada kumpulan ulama berbanding golongan profesional.

“Tetapi ini tidak bermakna PAS harus meminggirkan golongan profesional kerana sumbangan golongan profesional semakin berkembang terutama dalam peningkatan ahli dari kelompok ini dan jika ruang berjawatan dan bersuara tidak diberikan, ia boleh memberi kesan kepada PAS dalam jangka panjang,” katanya.

Selain itu tambah Sivamurugan, sudah tentu Hadi memerlukan seorang timbalan yang berkelayakan serta membantu beliau dalam melakukan perubahan dalam parti.

“Saya percaya presiden mahu seseorang yang boleh bekerja dengan beliau malahan strategi PAS juga mahukan seorang pemimpin yang boleh bergandingan dengan presiden.

“Ini bermakna, walaupun pencalonan Nasharudin masih kurang, peluang beliau masih ada,” katanya.

Tambah beliau, pencapaian dan prestasi kedua-dua pemimpin PAS itu juga akan menjadi penentu siapa yang layak untuk memegang jawatan itu.

“Saya percaya sumbangan dan percapaian akan turut menjadi percaturan tetapi lebih daripada itu, siapakah yang mampu bergandingan dengan presiden akan menjadi faktor dominan kerana sudah pasti PAS tidak mahu melihat wujudnya kepuakan yang ketara pasca-pemilihan nanti yang boleh memberi kesan kepada struktur kepimpinan PAS,” katanya.

Pandangan Sivamurugan itu dikongsi bersama Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat yang mengatakan ciri-ciri ulama dan profesional ada pada Nasharudin yang mana ia boleh menyumbang kepada perubahan PAS.

“Dari segi pencalonan saya tidak lihat ia mencerminkan kemenangan Mohamad Sabu kerana pencalonan hanya untuk lihat siapa yang layak bertanding.

“Dan, kalau kita lihat ciri-ciri yang ada pada Nasharudin, beliau masih mempunyai peluang kerana ciri-ciri itu memenuhi semangat yang diperlukan dalam kepimpinan parti,” katanya.

Tambah beliau, walaupun Mohamad merupakan pemimpin lama dalam PAS, namun dari aspek kepimpinan dan latar belakang pendidikan Nasharudin mengatasi bekas ahli Parlimen Kuala Kedah itu.

“Saya tidak kata Mohamad Sabu ini bukan ulama, beliau ada ciri-ciri itu tapi ciri-ciri yang ada pada Nasharudin lebih banyak, selain berlatar belakang agama, pendidikan yang tinggi, masih muda dan Nasharudin mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan dalam parti.

“Selain itu, kalau kita lihat asas perjuangan PAS selama ini adalah Islam dan ulama menerajui PAS, kalau perwakilan mahu melakukan perubahan itu saya tidak pasti tapi yang saya pasti ulama adalah pilihan utama manakala profesional hanya cita rasa baru dalam PAS,” katanya.

Pada pemilihan kali ini selain Mohamad dan Nasharudin, empat lagi pemimpin utama PAS turut dicalonkan bagi jawatan itu.

Ketiga-tiga pemimpin itu adalah Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 17 pencalonan, Menteri Besar Kedah dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (lima pencalonan), seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (empat pencalonan) dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan satu pencalonan.

Bagaimanapun hanya Mohamad dan Nasharudin sudah mengesahkan untuk bertanding bagi jawatan tersebut.

Bagi Prof Abdul Aziz Bari, Mohamad berpeluang untuk merampas jawatan timbalan presiden ekoran kegagalan Nasharudin melakukan perubahan dalam parti.

Bagaimanapun penganalisis politik itu tidak menolak banyak faktor lain yang boleh menentukan siapa yang layak untuk memegang jawatan tersebut yang mana ia bakal menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Mohamad dan Nasharudin.

Selain itu, jelas Aziz, penentu bagi kemenangan kedua-dua calon itu juga bergantung kepada fakor ulama atau golongan profesional yang bakal dipilih perwakilan pada pemilihan parti Jun ini.

Menurut beliau, kelemahan dan kegagalan Nasharudin sepanjang menyandang jawatan itu kemungkinan akan dinilai dan diambil kira oleh perwakilan.

“Ya, kemungkinan itu ada, lagipun Mohamad Sabu masih belum mendapat pencalonan dari Terengganu yang dikira kawasan Nasharudin . . . ertinya pencalonan itu menggambarkan mood dalam parti.

“Faktor ini memang penting tetapi kita belum tahu sama ada kali ini penentu, dari segi prestasi Mohamad lebih ke depan dan begitu juga jemputan ceramah Mohamad Sabu ke depan.

“Selama ini Nasharudin kelihatan gagal membantu Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), mungkin perwakilan akan melihat itu yakni presiden sudah ulama apa perlunya timbalan juga ulama,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambah Aziz, prestasi Nasharudin yang tidak menyerlah juga akan memberikan kesan kepada Ahli Parlimen Bachok untuk mempertahankan jawatan itu.

“Apatah lagi apabila Nasharudin tidak begitu menyerlah, khususnya di Parlimen dan beliau hanya kelihatan apabila pemilihan hendak berlangsung.

“Sebelum ini Nasharudin tenggelam, ini menandakan prestasi yang kurang baik. Selain itu kita juga kena ambil kira prestasi sebagai ahli Parlimen yang sama teruk dengan ketika beliau jadi ahli Parlimen Yan dulu,” katanya.

Ditanya peluang Mohamad yang bertanding buat kali kedua selepas tewas pada pemilihan dua tahun lalu, Aziz yang juga pensyarah UIA berkata, “peluang itu ada kerana tiada faktor lain yang boleh membantu kemenangan Nasharudin.”

“Melihat kepada jumlah pencalonan saya fikir itu satu kemungkinan (kemenangan Mohamad kerana dalam dua pertandingan (pemilihan) sebelum ini ada faktor lain yang memenangkan Nasharudin.

“Kali ini faktor itu tiada lagi yang mana pada kali pertama Nasharudin disokong oleh golongan profesional yang mahukan Allahyarham Hassan Shukri digantikan dan pada pertandingan selepas itu pula Nasharudin menang kerana pecah undi antara Mohamad Sabu dengan Datuk Husam Musa (ahli jawatankuasa kerja PAS pusat).

“Dalam pertandingan kali ini Mohamad Sabu lebih bersedia dari awal dan momentum menyebelahi beliau, selain itu Mohamad Sabu adalah seorang yang terbukti veteran dalam politik dan ini saya fikir memberi kelebihan kepada beliau dan apa yang penting sekarang beliau perlu mengekalkan momentum supaya terus bersamanya,” katanya.

Pada pemilihan 2009, kerusi timbalan presiden menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohamad, Nasharudin dan Husam yang mana keputusannya memihak kepada Nasharudin yang menghimpunkan 480 undi.

Husam memperoleh 281 undi sementara Mohamad hanya mendapat 261 undi. -TMI


Ulasan GB

GB tak payah ulas banyak-banyak, tetapi semua orang tahu Dr Ahmad Attory Hussain dan Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian adalah pengulas-pengulas politik yang selama ini condong kepada UMNO.

Apabila mereka beriya-iya menonjolkan Ustaz Nasharuddin, semacam ada udang di sebalik mee.

GB pernah berkesempatan berada bersama beliau di satu ketika (semasa di salah satu PRK) dan GB dapat melihat bahawa Ustadz Nasha sememangnya rapat dengan pihak media (baca wartawan pro-UMNO).

Justeru itu tidak hairan liputan (samada jujur atau pun tidak) untuk Ustadz Nasha di media massa pro-UMNO, lebih banyak berbanding dengan pimpinan PAS yang lain. Ustaz Nasya akan menjawab apa juga soalan dari pihak wartawan ketika itu.

GB yang duduk bersebelahan dengannya agak kurang selesa jugaklah semasa itu, mujur Datuk Mahfuz Omar yang turut ada bersama, tak berapa nak layan soalan wartawan-wartawan berkenaan dengan menyatakan "No komen buat masa ini, saya baru sampai."

Pertandingan untuk jawatan nombor dua dalam parti sempena muktamar kali ini sememangnya dialu-alukan sebagai "meraikan demokrasi" dalam parti.

Dan pertandingan memang sengit. Dari segi pencalonan, Kelantan, kecuali Bachok nampaknya bulat calonkan Mohd Sabu, tetapi Terengganu bulat calonkan Ust Nasha. Semacam ada pattern dan patent. GB tak tolak faktor UG, (walaupun dah dikuburkan kata sesetengah pihak) masih berperanan di dalam menentukan pencalonan dan pemilihan. Negeri-negeri lain bercampur-campur. Tetapi lebih banyak condong kepada Mohd Sabu, terutama yang anti-UG.

Dan keputusan muktamad adalah di tangan perwakilan nanti.

Hubaya-hubaya!


Salih Yaakob: Contoh Terbaik Poligami - Perunding Motivasi

Kuala Lumpur: Pelakon, pelawak, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob adalah contoh terbaik bagi suami yang perlu berkahwin lebih daripada seorang isteri dan berkemampuan melakukannya daripada semua sudut yang diputuskan agama.

Penceramah bebas dan perunding motivasi Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh berkata, pendekatan digunakan suami kepada tiga isteri dan bapa 11 anak itu jelas menunjukkan dia mempunyai ilmu untuk beramal sekali gus memperlihatkan dimensi baru yang lebih positif mengenai poligami.

Bagaimanapun, katanya bukan semua suami boleh mengikut jejak Salih kerana berkahwin lebih daripada seorang isteri adalah untuk mereka yang benar-benar memahami konsepnya, bukan bagi lelaki yang hanya mahukan keseronokan dan lupa tanggungjawab.

“Poligami menjadi bagus dan seronok apabila orang yang mengamalkannya memahami matlamat dengan jelas, tetapi ramai suami berpoligami pada masa ini lebih cenderung memikirkan kehendak seksual mereka dibandingkan yang benar-benar tahu. “Apabila seseorang yang mengamalkan poligami dan mengikut pula sunnahnya, maka poligami dia akan jadi lebih kuat dan nampak sokongan daripada semua isteri, anak, malah mereka hidup dalam keadaan rukun serta aman damai seperti Salih.

“Sebelum ini orang cenderung gambarkan poligami itu suatu yang negatif, tapi sekarang apabila akhbar menghebahkan mengenai kisah Salih, ia seolah-olah memberi satu dimensi baru kepada kita memandangkan poligami akan jadi (isu) sensitif apabila disembunyi-sembunyi, tapi menjadi positif apabila dihebahkan dan diberi penerangan dalam bentuk baik. “Apapun, kita tidak mahu ia sampai mewujudkan satu fenomena dalam masyarakat apabila orang (lelaki) yang tak berkemampuan juga mahu berkahwin (amal poligami) kerana akan timbul masalah kelak,” katanya.

Beliau mengulas kisah pendekatan poligami yang diamalkan Salih bersama tiga isteri dan 11 anak, malah lelaki berusia 50 tahun itu turut bercadang melengkapkan kuota poligami tidak lama lagi dengan mengambil Emi seorang penuntut ijazah sarjana sebuah universiti tempatan sebagai isteri keempat.

Mohd Zawawi berkata, masyarakat perlu melihat berpoligami kadangkala sebagai satu rezeki, malah daripada sudut kemampuan kewangan juga beliau percaya ramai lelaki tempatan mampu, tetapi tidak ramai berani melakukannya. “Mampu saja tak cukup, perlu berani dan Allah juga memberi peluang untuk berpoligami. Saya melihat Salih diberi rezeki itu dan nampaknya dia betul-betul menghadapi (poligami) dengan telus dan ada ikatan sah. Poligami penyelesaian kepada masalah sosial termasuk zina dan kecurangan,” katanya.

Beliau juga bersetuju kisah Salih dan isterinya diberi pendedahan kerana menurutnya ia sedikit sebanyak memberi penawar kepada isteri yang sudah berpoligami, tetapi tertekan dan tidak tahu penghujung serta tiada harapan, malah tidak melihat kegembiraan.

Katanya, dengan melihat kebahagiaan dikecapi isteri Salih akan mengubat duka isteri yang tertekan sekali gus mereka akan berusaha memberi kebahagiaan dalam perkahwinan masing-masing. -hm


[Video] Siapa Hantar SMS Ugut Culik Anak Nurul Izzah?

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, beliau menerima mesej SMS yang mengugut anak perempuan berusia tiga tahun akan diculik jika beliau terus memberi sokongan kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ibu kepada dua anak itu memberitahu pemberita bahawa individu yang menghantar mesej itu memberi amaran agar tidak lagi memberi sokongan kepada Anwar, yang merupakan ayahnya, dan jika tidak, perlu bersedia menghadapi nasib menimpa kanak-kanak Sharlinie Mohd Nashar tiga tahun lalu.

Sharlinie, 5, diculik pada 2008 dari tapak permainan dekat rumahnya di Petaling Jaya dan sehingga kini masih belum ditemui.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan anak sulung Anwar percaya bahawa ugutan itu bermotifkan politik untuk mengakhiri kerjaya politik ayahnya.

Anwar juga merupakan Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

“Orang itu mengugut bahawa anak perempuan saya akan menghadapi nasib yang sama seperti (kes) Sharline. Jika saya terus sokong bapa saya, maka saya tidak boleh menyelamatkan anak saya.

“Dia juga mengugut bahawa jika saya tidak menggesa bapa saya (Anwar) agar berhenti daripada politik, maka sesuatu akan berlaku ke atas anak saya,” kata beliau kepada pemberita selepas membuat aduan di balai polis Dang Wangi di sini pagi ini.

Nurul Izzah berkata beliau menerima SMS pertama pada 11 Mei dan yang kedua pada 12 Mei, yang mengingatkannya tentang mesej ugutan.

“Pada 5 Mei 2011, saya menerima SMS pertama daripada individu itu mengatakan ada sesuatu penting untuk beritahu saya. Orang itu meminta saya menghubungi dia segera. SMS itu dihantar dua kali,” katanya.

“Saya risau tentang keselamatan anak-anak dan keluarga saya. Ini bukan kali pertama, keluarga saya diugut dengan video seks dan (kejadian) sabotaj kereta ayah saya (bulan lalu),” katanya lagi.

Selasa lalu, pemandu Anwar membuat laporan polis bahawa kereta majikannya kemungkinan telah disabotaj dengan sistem brek diusik, kejadian yang dikesan bulan lalu.

Sebulan sebelum itu, “Datuk T” mendedahkan rakaman video seks, yang si pelakunya didakwa Anwar, dengan dipertontonkan kepada wakil media pada 21 Mac lalu. -TMI



Ulasan GB

Terlalu banyak kes sergahan, kekerasan, ugutan ke atas pemimpin-pemimpin dan pengikut PR.

Simbah cat merah kat pejabat ADUN, pecah rumah & pejabat untuk curi komputer, dikirimkan video seks, sabotaj kereta, hantar sms ugut culik dan lain-lain.

Anda pasti dapat menagak siapa punya kerja semua itu.

Isu Kristian: Husam Bidas Najib Sebagai Talam Dua Muka

Petaling Jaya: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Husam Musa menyifatkan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu ‘konspirasi Kristian’ hanya memakan dirinya sendiri.

Husam berkata Najib sebelum ini ‘merestui’ agenda Utusan Malaysia memainkan sentimen ‘bimbang’ (fear psychology) hanya untuk memastikan supaya orang Melayu kekal menyokong Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang sama seperti isu ‘tengkolok bersalib’ yang dikenakan Tengku Razaleigh Hamzah menjelang pilihan raya umum tahun 1986.

“Namun apabila agenda ini bergerak memakan tuan dan langkah Utusan Malaysia ditolak oleh majoriti rakyat, Najib tiba-tba berubah mengambil watak bersikap lebih sederhana dan pertengahan,” kata exco kanan kerajaan negeri Kelantan itu.

Malah Najib kelmarin mengeluarkan kenyataannya bahawa teori menukar kedudukan Islam dalam perlembagaan negara adalah tidak nwujud dan menyeru ‘semua pihak membendung perasaan emosi untuk tidak membuat perkara yang boleh mengganggu-gugat keamanan, keharmonian serta kesejahteraan negara’.

“Persoalannya, jika Perdana Menteri sedar gerakan ini membahayakan negara kenapa Utusan Malaysia bebas menjadi ‘anak nakal’ yang tidak bertanggungjawab menabur api fitnah sesuka hati?

Dua watak PM

“Ini bermakna, Perdana Menteri selaku presiden Umno sebenarnya merestui agenda Utusan Malaysia. Perdana Menteri bermain dua watak sekaligus dan membawa ‘dua pancing satu umpan’.

“Sikap talam dua muka dengan isu sensitif ini dikuatkan dengan tiada sebarang tindakan tegas diambil ke atas Utusan Malaysia.

“Dengan itu, boleh dipastikan Utusan Malaysia akan terus-menerus menggunakan kad perkauman dan agama menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata tindakan Utusan yang bersifat provokatif dan Najib dalam masa yang sama mengambil sikap lepas tangan adalah sama sekali menyalahi ajaran Islam dan berbahaya kepada norma kerukunan masyarakat Malaysia pada keseluruhannya.

“Ini adalah politik Machiavelli pada peringkat yang tertinggi,” katanya.

Surat teguran

Sementara itu, Utusan Malaysia semalam dikenakan surat teguran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung laporan muka
hadapannya ‘Kristian agama rasmi?’ serta laporan yang disiarkan di halaman 5 pada Sabtu lalu.

Selain teguran, surat tersebut juga memanggil pengarang Utusan memberi penjelasan kerana menyiarkan perkara yang didapati bertentangan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

KDN dalam satu kenyataannya berkata surat teguran tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Aziz Ishak.

“KDN akan terus memantau setiap akhbar yang dikeluarkan supaya tidak menyebarkan berita-berita yang boleh menggemparkan fikiran orang ramai atau kandungan-kandungan yang bertentangan dengan AMCP 1984,” menurut kenyataan itu lagi.

Laporan berkenaan yang memetik tulisan dalam blog mencetuskan kontroversi apabila mendakwa terdapat konspirasi sekumpulan pendita Kristian yang didakwa berikrar untuk melantik Perdana Menteri daripada penganut agama itu. -FMT

Isu Kristian: Projek Memperbodohkan Rakyat, Sampai Bila?

Kristian-Islam: Polis Pulau Pinang terima laporan ‘variasi lain’

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan kandungan laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu di Pulau Pinang berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi pagi tadi, adalah “variasi lain” dari laporan sebelum ini.

Laporan itu dibuat pagi tadi.

Bagaimanapun Khalid enggan mendedahkan kandungan laporan tersebut dan identiti pengadu yang membuat laporan.

“Saya seru semua pihak jangan membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini dan jangan membesar-besarkannya,” katanya dipetik Bernama Online.

Khalid ditemui pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Ketika ditanya mengapa tiada tindakan terhadap individu atau akhbar-akhbar tertentu yang telah memperbesar perkara ini, beliau berkata, pihaknya memerlukan masa untuk membuat sebarang tindakan.

Khalid berkata polis akan menyiasat secara menyeluruh serta adil dan meminta supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara yang dianggap sensitif dan kini menjadi keutamaan polis.

Khalid berkata, setakat ini beberapa individu telah dipanggil untuk diambil keterangan dan polis akan memanggil individu lain untuk membantu siasatan selain meminta mereka yang mempunyai maklumat tampil memberi keterangan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menasihatkan semua pihak termasuk media supaya tidak beremosi dengan menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung laporan Utusan Malaysia yang bertajuk “Kristian Agama Rasmi?” Sabtu lalu.

Dipetik Bernama, Hishammuddin berkata, pihaknya telah mengarahkan polis untuk menyiasat perkara itu bagi mengetahui kebenaran laporan akhbar berkenaan.

“Jangan kita beremosi dalam isu-isu berhubung agama dan kaum, biar pihak-pihak yang berkenaan khususnya polis menjalankan tugas mereka untuk siasatan mengenai kes ini bagi kita mencari kebenarannya.

“Kalau kita ambil tindakan mengikut emosi dan kita mengikut sentimen rakyat di bawah tapi kita tak tahu apa sebenarnya berlaku, akan ada pelbagai andaian yang timbul,” katanya.

Hishammuddin turut meminta semua akhbar termasuk akhbar berbahasa Cina dan Tamil memainkan peranan untuk membantu negara dengan menceritakan semangat-semangat yang membina dalam isu perkauman dan agama.

“Saya tahu mungkin cerita ini tidak sensasi dan akhbar tak boleh jual, tapi kalau asyik cerita pasal perpecahan, negara kita boleh jadi huru-hara,” katanya.

Ketika ditanya mengenai laporan MCA hari ini yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan KDN yang hanya mengeluarkan surat teguran terhadap akhbar Utusan Malaysia itu, Hishammuddin berkata itu bukan satu isu, apa yang penting, perkara itu diserahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terlebih dahulu.

“KDN akan terus memantau setiap akhbar yang dikeluarkan supaya tidak menyebarkan berita-berita yang boleh menggemparkan fikiran orang ramai,” katanya.-TMI



Hishamuddin: Laporan Utusan 'ada asas'

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata 'ada asas' kebenaran alam laporan Utusan Malaysia berhubung konspirasi bagi menjadikan Kristian agama rasmi di negara ini dan melantik seorang perdana menteri di kalangan penganut agama berkenaan.

Hishammuddin berkata kenyataannya itu berdasarkan bukti baru dalam sebuah laporan polis yang dibuat di Pulau Pinang hari ini.

Semalam, kementeriannya mengeluarkan surat teguran kepada Utusan berhubung laporan tajuk utama pada 7 Mei lalu yang berjudul 'Kristian Agama Rasmi?'

Surat berkenaan diserahkan kepada ketua pengarang kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak semalam apabila beliau diarahkan ke Kementerian Dalam Negeri bagi menjelaskan laporan akhbarnya itu.

Hishammuddin berkata penjelasan Aziz adalah sama dengan laporan polis yang dibuat hari ini.

"Beliau (Aziz) berkata terdapat kebenaran mengenai apa yang dilaporkan dan hari ini saya dimaklumkan bahawa ada laporan polis (yang dibuat) yang menunjukkan ada asas (dalam laporan Utusan),” kata Hishammuddin kepada wartawan selepas melancarkan pusat pemulihan dadah di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Tidak beremosi

Hishammuddin juga menasihatkan semua pihak termasuk media supaya tidak beremosi dengan menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung laporan Utusan Malaysia itu.

Katanya, polis juga telah diarahkan menyiasat perkara itu bagi mengetahui kebenaran laporan akhbar berkenaan.

"Jangan kita beremosi dalam isu-isu berhubung agama dan kaum, biar pihak-pihak yang berkenaan khususnya polis menjalankan tugas mereka untuk siasatan mengenai kes ini bagi kita mencari kebenarannya.

"Kalau kita ambil tindakan mengikut emosi dan kita mengikut sentimen rakyat di bawah tapi kita tak tahu apa sebenarnya berlaku, akan ada pelbagai andaian yang timbul," katanya.

Di Pulau Pinang hari ini, seorang ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman, 42, yang hadir pada majlis tertutup paderi-paderi berkenaan tampil membuat laporan polis.

"Saya datang untuk ceritakan keadaan sebenar apa yang berlaku di sana (majlis berkenaan) sebab saya sendiri pun hadir pada majlis tersebut. Saya buat laporan ini sebab terlampau kecewa dengan laporan-laporan (dalam media) sebelum ini yang dibuat beberapa pihak yang mungkin tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Jadi saya pun buat laporan dan saya serah kepada polis untuk buat siasatan lanjut tentang isu ini,
" katanya ketika ditemui di luar Balai Polis Jalan Patani di sPulau Pinang selepas membuat laporan itu.

Mohamed Razali yang ditemani isteri tiba di balai tersebut pukul 9 pagi dan keluar kira-kira tiga jam kemudian.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran yang dilaporkan kepada polis kerana tidak mahu mengganggu siasatan.

Hishammuddin juga enggan mengulas perkembangan terbaru itu dan berkata, kementerian tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap pelbagai pihak termasuk Utusan kerana perkara berkenaan masih disiasat polis.

Isu perkauman dan agama

"Jangan tumpukan kepada Utusan, siasatan ini bukan untuk mencari salah siapa, ia lebih kepada mencari kebenaran sama ada perkara itu (ikrar menukar Kristian sebagai agama Persekutuan) benar berlaku," tegasnya.

Hishammuddin turut meminta semua akhbar termasuk akhbar berbahasa Cina dan Tamil memainkan peranan untuk membantu negara dengan menceritakan semangat-semangat yang membina dalam isu perkauman dan agama.

"Saya tahu mungkin cerita ini tidak sensasi dan akhbar tak boleh jual, tapi kalau asyik cerita pasal perpecahan, negara kita boleh jadi huru-hara," katanya.

Ketika ditanya mengenai laporan MCA hari ini yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan KDN yang hanya mengeluarkan surat teguran terhadap akhbar Utusan Malaysia itu, Hishammuddin berkata itu bukan satu isu, apa yang penting, perkara itu diserahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terlebih dahulu.

"KDN akan terus memantau setiap akhbar yang dikeluarkan supaya tidak menyebarkan berita-berita yang boleh menggemparkan fikiran orang ramai," katanya. -mk



Ulasan GB

Apabila UMNO yang melakukan walau sebesar mana sekalipun kesalahan sehingga boleh mwujudkan keadaan huru-hara, maka menteri berkenaan menasihatkan semua pihak termasuk media supaya tidak beremosi dengan menimbulkan pelbagai spekulasi.

Tetapi apabila PR melakukan walau sekecil mana sekalipun, pukul gendang kuat-kuat, putar habis-habis supaya ia dapat memperlihatkan PR itu dalam keadaan bersalah.

Itu sikap kerajaan, itu sikap UMNO BN, itu sikap pegawai penguatkuasa Undang-undang.

Dualisma menjadi semakin ketara. Membeza-bezakan tindakan keatas kumpulan rakyat yang berbeza-beza.

Perkara yang tak betul, jika dilaporkan oleh media UMNO, cari jalan dan cipta bukti untuk menunjukkan ia (berita itu) "ada asas" kebenarannya.

Perkara betul betul, jika dilaporkan oleh media PR, cari jalan dan cipta bukti untuk menunujukkan ia (berita itu) "tiada asas" kebenarannya.

Projek memperbodihkan rakyat oleh mereka ini perlu dihentikan once and for all.

Polis Tetap Nak Buktikan Pelaku Video Seks Itu Adalah Anwar

Video seks: PDRM dapatkan khidmat pakar Amerika

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Polis Malaysia mendapatkan khidmat pakar pengimejan video di Amerika Syarikat (AS) bagi membantu siasatan rakaman video seks yang didakwa mirip Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memetik sumber, Utusan Malaysia melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar rakaman video tersebut untuk dianalisis oleh pakar pengimejan video.

Kata laporan itu, khidmat pakar AS diperlukan untuk mengukuhkan lagi bukti-bukti dalam siasatan kes rakaman video tersebut.

“Analisis terhadap rakaman video yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pakar pengimejan video dari Korea Selatan sebelum ini mengesahkan ia adalah asli.

“Namun, ketepatan rakaman video itu perlu disokong lagi dan sebab itu kita menghantar ia untuk analisis bagi kali ketiga ke AS,” kata laporan itu.

Malah menurut laporan itu, proses menganalisis rakaman video terbabit kini sudah selesai dan keputusannya dijangka diketahui sebaik sahaja pasukan khas yang dihantar ke AS tiba di tanah air, dipercayai semalam.

Sumber berkata, hasil analisis terbaru yang diperoleh akan digunakan untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan dan menentukan tindakan lanjut yang akan diambil selepas ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan kes rakaman video seks tersebut berjalan lancar.

“Semua pihak perlu menunggu dengan sabar kerana siasatan sedang dijalankan dan proses ini mengambil masa dan mengambil kira banyak perkara,” ujarnya.

Sebelum ini, hasil ujian biometrik yang dijalankan sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan mendapati, lelaki di dalam rakaman video seks itu sepadan dengan Anwar berdasarkan perincian saiz tubuh.

Anwar telah pun menafikan lelaki yang dimaksudkan adalah beliau.

Rakaman video seks itu dipertontonkan kepada umum pada 21 Mac lalu oleh “Datuk T”. -TMI


Polis: Tiada keperluan dedah identiti pelaku video

Tiada keperluan bagi pihak polis mendedahkan siapa pelaku dalam video seks yang mirip seorang pemimpin pembangkang walaupun sudah mengenalpastinya.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar (kiri) berkata ia hanya akan didedahkan sekiranya terdapat keperluan undang-undang.

"Saya tak perlu huraikan, kalau undang-undang kata perlu, kita dedahlah, kalau tidak, tidaklah," katanya.

Pada 26 April lalu, Khalid berkata polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan "si pelaku" dalam video seks itu kepada umum sekiranya perlu.

Diajukan soalan yang sama oleh pemberita lain, beliau juga secara berjenaka berkata:

"Kalau dah... kalau dah... kalau dah video itu sahih, lain-lain tuan-tuan boleh buat andaianlah."

alleged four full sex videos on youtube 290411 02Beliau juga enggan mengulas lanjut sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dikenakan tindakan sekiranya sah merupakan pelakunya.

"Kita akan tengoklah kemudian," jawabnya ringkas kepada pihak media.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini, Khalid mengesahkan telah menerima laporan pakar luar negara yang mengesahkan kesahihan video itu, sekali gus mengukuhkan penemuan pakar dalaman sebelum ini.

Siasatan tahap akhir

Ditanya tentang keperluan polis menyiasat ketulenannya sedangkan kes disiasat berkenaan penayangan video lucah, Khalid berkata:

"Kita kena siasat adakah video itu video lucah. Jika bukan video lucah, bukan (Seksyen) 292 (Kanun Keseksaan)," katanya.

Video berkenaan kali pertama dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

NONEahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Malah Shazry dengan ditemani dua rakannya itu melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul 29 April lalu menuduh Anwar sebagai pelaku video berkenaan.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, Khalid juga mengakui siasatan kes ini kini sudah sampai ke tahap akhir dan laporan dijangka dihantar kepada pejabat peguam negara tidak lama lagi.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan tarikh tepat bila ia dijangka selesai dan sama ada trio Datuk T sebagai pihak di belakangnya akan didakwa di mahkamah selepas ini.

Sementara itu, ditanya tentang penayangan di internet pula, Khalid berkata perkara itu memakan masa kerana maklumat berkaitan tidak mudah diperoleh. -mk


Ulasan GB

Daripada kenyataan PDRM ketara bahawa pihak polis masih beriya-iya untuk menunjukkan bahawa pelaku di dalam video seks berkenaan adalah Anwar.

Maka sebab itu kita melihat IGP secara tergesa-gesa begitu pantas membuat pengumuman bahawa video berkenaan adalah asli, beberapa hari sebelum pilihanraya negeri Sarawak diadakan.

Kemudian kita mendapat maklumat beberapa salinan video seks tersebut telah dihantar dari pada Thailand ke beberapa orang tertentu.

Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam sebelum ini mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand.

Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, sekali gus menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar.

Wakil rakyat penggal pertama itu menerima CD itu semalam yang dihantar ke pejabatnya.

“Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza,” kata beliau kepada pemberita di sini.

“Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?

Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan,” kata beliau bersama Naib Presiden PKR N. Surendran, yang juga seorang peguam.

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada CD itu asasl atau sebaliknya, Manikavasagam menafikan beliau ada menonton video seks asal.

“Saya tidak melihat video tersebut, tetapi selalu keluar di TV3 dan ia sama,” katanya.

Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu diemel dari Thailand.

“Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan.

Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN,” kata Surendran.

Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar juga menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya.

Beliau merupakan yang kedua menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya minggu lepas.

Uthayakumar sebaliknya perkara bahawa ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas.

Katanya, beliau menerima CD yang merakamkan aksi 22 minit yang ditunjukkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac melalui surat melalui penghantaran udara daripada Thailand.

Surat itu menggunakan setem Thailand dan mempunyai cop dipos pada 25 April daripada Songkhla, Thailand.

Beliau berkata menontonnya bersama beberapa aktivis HRP semalam.

“Kami hentikan CD untuk kedudukan strategik, beberapa kali, lihat pada muka pelaku; kami lihat padanya lagi dan lagi. Kami percaya ia bukan beliau (Anwar)
,” kata Uthayakumar dalam sidang media di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur.

p/s Selang beberapa minggu selepasnya, Ketua Polis pun pengsan dimasukkan ke hospital.