6 Jan 2009

Pakatan Rakyat Di Ambang Kemenangan

Bahang Reformasi yang menggegarkan negara pada PRU12 masih jelas terpancar di hari penamaan calon P36 Kuala Terengganu hari ini.

Pelbagai pihak boleh membuat anggaran dengan bebas untuk mengungkapkan bilangan sebenar rakyat yang hadir untuk kedua-dua belah parti, BN vs PR. Namun adalah satu pembohongan yang amat nyata bagi mana-mana pihak jika menyatakan bilangan penyokong BN mengatasi bilangan penyokong PR di hari penamaan calon.

Ketua Polis Negeri Terengganu sendiri mengakui bahawa telah berlaku limpahan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sehingga ke kawasan hospital Sultanah Nur Zahirah.

Perpecahan kaum yang cuba dijadikan modal BN melalui isu hudud yang dilontarkan oleh "sang menantu" di Kota Baru untuk mendapat political mileage tidak menjadi. Fitnah rekaan dan tohmahan agensi berita luncai negara, BERNAMA dengan segala suku sakat dari media arus perdana tidak dapat menahan arus kebangkitan rakyat ini.

Di Terengganu pada hari ini satu rakaman tercatat indah, rakyat dari pelbagai keturunan turun ke gelanggang untuk memanifestasikan simbol keutuhan satu pakatan yang kental dengan matlamat yang sama. Puluhan ribu penyokong dan pendokong PAS dan Pakatan Rakyat yang telah sama berarak mengiringi calon PAS, Abd Wahid Endut ke Pusat Penamaan calon yang diadakan di Stadium Negeri, Jalan Mahmud. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok, YB Lim Kit Siang, YB Ronny Liu, YB Tian Chua, YB Azmin Ali dan Hj Mustafa Kamil Ayub, MB Selangor, Menteri Besar Kedah dan Menteri Besar Perak turut menyertai perarakan penamaan calon. Aura kebangkitan rakyat ini akan terus bersemarak dan akan tidak dapat disorok dan disembunyikan. Berlakulah lagi berpuloh malah beratus PRK sekalipun, maka suasana yang sama bakal tercipta semula.

Yang capik datang bertongkat,
Yang buta meraba-raba,
Yang tuli leka bertanya,
Yang kecil terambin lintang,
Yang jarak tolak-tolakan,
Yang pendek tinjau-meninjau,
yang kurap mengekor angin.


Sla klik di atas imej untuk paparan imej yang lebih jelas




Pemimpin pelbagai keturunan turut serta berarak.



Puluhan ribu rakyat masih terus bersemangat





Masyarakat kaum Cina



Masyarakat kaum India



Kerusi Roda bukan penghalang bila semangat sudah membara



Masyarakah India bersatu hati



Masyarakah Cina pimpinan MP Rasah dengan spanduk
berslogankan "MEMBANGUN MENURUT ISLAM"




Tanpa selindung-seling lagi



Maskot - Penceria suasana


imej
Tak terungkap dengan perkataan.


Masing-masing ada tugasnya:

Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta penghembus lesung,
Yang lumpuh penghalau ayam,
Yang pekung penjemuran,
Yang kurap pemikul tabuh.


Dari gambar-gambar di ataterdapat masyarakat Tionghua dan India telah tidak segan silu turut sama menyertai perarakan malah ada yang menyarungkan pakaian PAS sebagai tanda sokongan kepada YB Abdul Wahid Endut dengan melahirkan keazaman untuk bekerja dengan lebih gigih untuk memenangkan calon PAS dalam pilihanraya kecil itu. Bersemangat bukan saja untuk memenangkan PAS di dalam PRK ini tetapi bersemangat untuk menumbangkan kerajaan BN di dalam PRU akan datang. Kuala Terengganu sebagai detik untuk satu permulaan yang baru!.

Seri Dangomala, Seri Dangomali!
Hendak kirim anak sembilan bulan;
Segala inang, segala pengasuh;
Jangan beri sakit, jangan beri demam,
Jangan beri ngilu dan pening;
Kecil menjadi besar;
Tua menjadi muda;
Yang tak kejap diperkejapkan;
Yang tak sama dipersamakan;
Yang tak tinggi dipertinggikan;
Hijau seperti air laut;
Tinggi seperti bukit Kaf.


DAN yang paling melucukan ialah kenyataan bakal PM, Datuk Seri Najib masih lagi memutar lagu lama, katanya - hanya BN yang boleh bawa kemajuan.... terlalu malu GB bila rakan dari negara seberang yang turut sama menyaksikan rakaman kata-kata Najib itu melakukan komentarnya - rendahnya mentaliti bakal PM kamu ini!

Inilah akibatnya, bak kata pepatah "bak kaduk naik ke junjung".



DARI EDISI 7




Dikemaskini : Kempen P036 Bermula

Pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu yang bakal menyaksikan 3 orang calon bertanding iaitu daripada Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot dan seorang calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Calon parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun @ Abd Rahman Mohamad, yang disebut-sebut akan bertanding telah mengumumkan penarikan diri sejurus tiba di pusat penamaan calon pada jam 9.20 pagi tadi. Beliau menyatakan perjuangan beliau adalah sama dengan perjuangan PAS, juteru itu telah menyeru penyokong-penyokongnya mengundi PAS semasa pilihanraya kecil nanti.

Presiden Akim, Hanafi Hamat, berkata bahawa, kononnya Harun telah mengkhianati parti kerana menyatakan sokongan terbuka kepada calon PAS pada pilihan raya kecil itu.

“Harun sudah menghampakan harapan Akim apabila menarik diri tetapi lebih mengecewakan apabila menyokong pula PAS,” katanya

Penarikan diri beliau telah tiba-tiba secara mengejut telah digantikan oleh seorang ahli perniagaan(?), Azharudin Mamat @ Adam yang mengemukakan kertas pencalonannya 2 minit sebelum penerimaan borang penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi. Beliau yang tiba awal tetapi menghadapi beberapa masalah pengisian borang tetapi berjaya mengemukakannya sebelum proses penamaan calon tamat. Ramai pihak mengesyaki beliau ditaja oleh pihak tertentu bagi menggantikan calon AKIM yang telah menarik diri.

Calon PAS tiba pada 9.15 pagi diiringi oleh Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali.

Menurut sebuah akhbar online, MalaysianInsider penyokong BN dibenarkan berkumpul betul-betul di hadapan stadium manakala kumpulan Pakatan Rakyat dipaksa berada di belakang pagar besi sekitar 50 metre di belakang. Namun kumpulan Pakatan Rakyat dikatakan seperti sebuah gelombang tsunami.

BN terus menyanyikan lagu patriotik lama, manakala PR mengibarkan bendera rasaksa Pas dengan laungan penuh bersemangat : “Reformasi! Hidup Hidup Hidup Keadilan! Allahu Akbar! Undur BN!”

Sebagai tanda solidariti, pemimpin-pemimpin DAP Liu dan Tan Kok Wai mengenepikan perbezaan dengan PAS didalam isu hudud untuk berarak bersama-sama mengiringi Abdul Wahid ke pusat penamaan calon disertai oleh Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Ketua Penerangannya, Tian Chua.

Pengundian akan diadakan selepas 11 hari berkempen bermula SEKARANG!



Berita berkaitan sebelum ini

Kempen P36 Bermula: 3 Calon Bertanding

3 orang calon telah menyerahkan borang penamaan mereka untuk bertanding untuk pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu yang bakal berlansung pada 17 Januari ini.

Mereka ialah daripada Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot dan seorang calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Calon parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun @ Abd Rahman Mohamad, yang disebut-sebut akan bertanding telah mengumumkan penarikan diri sejurus tiba di pusat penamaan calon pada jam 9.20 pagi tadi. Beliau menyatakan perjuangan beliau adalah sama dengan perjuangan PAS. Walau bagaimanapun pada pukul 9.58 pagi tiba-tiba muncul seorang ahli perniagaan, Azharudin Mamat @ Adam mengemukakan kertas pencalonannya.

Sebanyak empat bantahan diterima oleh SPR tetapi tiada sebarang pencalonan ditolak. Sebanyak 80,229 pemilih berdaftar termasuk 1,035 pemilih pos layak mengundi pada pilihan raya kecil kali ini. Jumlah penyokong Pakatan Rakyat dianggarkan melebihi 40,000 orang manakala penyokong BN pula kurang dari 10,000 orang sekalipun menurut sebua akhbar arus perdana online menyatakan penyokong BN seramai 10,000 dan PAS cuma 8,000 orang. Paling teruk akhbar TheStar yang menyatakan BN 30,000 PAS 15,000.

Calon PAS tiba pada 9.15 pagi diiringi oleh Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali.

Menurut sebuah akhbar online, MalaysianInsider penyokong BN dibenarkan berkumpul betul-betul di hadapan stadium manakala kumpulan Pakatan Rakyat dipaksa berada di belakang pagar besi sekitar 50 metre di belakang. Namun kumpulan Pakatan Rakyat dikatakan seperti sebuah gelombang tsunami.

BN terus menyanyikan lagu patriotik lama, manakala PR mengibarkan bendera rasaksa Pas dengan laungan penuh bersemangat : “Reformasi! Hidup Hidup Hidup Keadilan! Allahu Akbar! Undur BN!”

Sebagai tanda solidariti, pemimpin-pemimpin DAP Liu dan Tan Kok Wai mengenepikan perbezaan dengan PAS didalam isu hudud untuk berarak bersama-sama mengiringi Abdul Wahid ke pusat penamaan calon disertai oleh Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Ketua Penerangannya, Tian Chua.

Pengundian akan diadakan selepas 11 hari berkempen bermula SEKARANG!



Akan dikemaskinikan pada pukul 2.00 petang untuk paparan rakaman dari sumber lain.

Berita TKOfm 6 Jan 2009

FOKUS PRK P036 KUALA TERENGGANU. Penamaan calon hari ini. PAS, BN dan AKIM berentap. Lima anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ditahan awal pagi ini kerana menampal poster wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu dibebaskan dgn jaminan polis. Sekolah tak siap timbulkan masalah. PAS bersiap sedia untuk untuk penamaan calon. Teresa Kok seru supaya rakyat Terengganu bijak memilih pemimpin supaya Pakatan Rakyat akan lebih banyak mempunyai suara rakyat di Palimen.

Rakyat KT diminta tolak politik perkauman. Rakyat diajak kembali kepada politik islam yang menghargai kepelbagaian kaum dan penganut beragama. Dato Wan Mutalib Embong persoal kenapa 5.8 juta hanya akan diberi jika rakyat menyokong UMNO. Strategi Nisa dekati remaja dengan permainan pilihan.