28 Okt 2007

Ahli Parlimen BN Paling Banyak Habiskan Wang Rakyat Untuk Ke Luarnegara

Posted on Wednesday, September 05 @ 20:18:05 MYT by greenboc
Komentar Oleh Greenboc

aDr Rozaidah Talib (foto) merupakan Ahli Parlimen yang paling kerap melawat ke luar negara sepanjang tempoh 2004-2007 yang melibatkan tuntutan perbelanjaan sebanyak RM141,391.06, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ini berdasarkan jawapan lisan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen, yang menjawab soalan YB Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah, Perak) bertanyakan Ahli Parlimen mana yang kerap ke luar Negara menjalankan tugas-tugas rasmi mewakili pihak kerajaan.


Harakahdaily melaporkan bahawa ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tersenarai sebagai wakil rakyat yang paling kerap ke luar negara dilihat ramai pihak lebih mementingkan tugas luar negara yang lebih berprestij berbanding daripada tugas membela rakyat yang miskin yang amat memerlukan pembelaan mereka ini.

Walaupun ianya tugas rasmi namun disifatkan sebilangan rakyat lebih menyeronokan kerana boleh melancong secara percuma, di samping menikmati pelbagai elaun yang dibayar menggunakan wang rakyat jelata daripada tugas membela rakyat yang miskin yang amat memerlukan pembelaan MP-MP ini.

Jawapan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi berdasarkan jumlah tuntutan paling tinggi adalah seperti berikut:

1. Dr Rozaidah Talib [UMNO-MP Ampang] 11 kali –RM141,391.06
2. Dr Rahman Ismail [UMNO-MP Gombak] 5 kali-RM116,834.26
3 Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar [UMNO-MP Larut] 4 kali-RM RM100,955
4. Markiman Kobiran [UMNO- MP Hulu Langat] 8 kali-RM69,440.72
5. Dr Junaidy Abdul Wahab [UMNO-MP Batu Pahat] 8 kali-RM60,812.27
6. Syed Razlan Syed Putra Jamalullail [UMNO-MP Arau) 6 kali-RM38,659.28 7. Idris Haron [UMNO-MP Tangga Batu) 3 kali-RM33,686.80
8. Wan Junaidi Tuanku Jaafar [PBB-MP Santubong] 2 kali-RM14,312
9. Razali Ibrahim [UMNO-MP-Muar] 2 kali-RM17,395.75
10. Tan Lian Hoe [BN-Bukit Gantang] 3 kali-RM9,597.50

Dr Rozaidah Talib adalah MP Ampang yang mempunyai rekod kes Mahkamah Rendah Syariah yang masih menunggu tarikh perbicaraan baru kes pernceraian dengan suaminya yang ditetapkan pada 14 November 2007.

Dr Rozaidah, 43, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Ampang berkahwin dengan Radzmi, 47, seorang pengurus bank kira-kira 20 tahun lalu dan dikurniakan lima anak. berusia tujuh hingga 19 tahun.

Tiada ulasan: