28 Okt 2007

BPR Meneruskan Ugutan Terhadap Anwar

Posted on Monday, October 22 @ 20:15:07 MYT by greenboc
Komentar

Oleh Greenboc


aSemalam Ketua Pengarah BPR, Dato' Ahmad Said Hamdan (foto) memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan keseluruhan video asal VK Lingam itu ataupun menerima padah kerana pihaknya akan menggunakan Seksyen 22 Akta Pencegahan Rasuah terhadap beliau.

Dan hari ini, Anwar menerima notis dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang memberi tempoh tiga hari kepadanya untuk menyerahkan klip video tersebut yang mana keenganan Anwar akan menyebabkan Anwar boleh didakwa mengikut Akta Mencegah Rasuah 1997, dan boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 atau hukuman dua tahun penjara.



bInilah cara BPR Malaysia menjalankan kerjanya. Inilah dunia BPR Malaysia yang bukan untuk menyiasat siapa yang bersalah, siapa yang memberi dan menerima rasuah, TETAPI mngugut dan mengancam orang yang melaporkan kejadian rasuah.

Tiga pegawai BPR (foto) memberi notis kata-dua itu kepada Anwar selepas mengadakan pertemuan selama tiga jam dengan bekas timbalan perdana menteri itu di pejabatnya di Petaling Jaya hari ini.

Masyarakat Malaysia hari mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ketua Pengarah tersebut yang ternyata benar cuba melindungi Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz yang sehingga kini belum menafikan perbualan konspirasi kehakiman antara seorang peguam yang didakwa sebagai V.K Lingam dengannya.

"Saya ingin tanya BPR ini mempertahankan siapa? Pertahankan perasuah atau hendak mencari alasan teknikal menutup rasuah di negara kita?," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti dilaporkan oleh Harakahdaily.

Persoalan tersebut ditimbulkan Anwar sebagai respons kenyataan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bahawa pita rakaman perbualan konspirasi kehakiman antara seorang peguam yang didakwa sebagai V.K Lingam itu tidak boleh dijadikan bukti kerana telah disunting oleh KeADILan.

Jelas Anwar, BPR ditubuhkan untuk menjaga kepentingan negara dan membersihkan negara daripada rasuah.

"Saya tidak terima ugutan yang leceh dan rendah seperti itu. Saya berpandangan bahawa tidak ada sebarang penyuntingan yang berlaku dan yang ada pendedahan pertama. segmen kedua akan didedahkan dan BPR mesti bertanggung jawab menjaga kedudukan orang yang membongkar cerita ini,"jelasnya sewaktu ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dikediamannya, di Segambut hari ini.

"Bagi saya keterangan saya itu sahih. Saya sudah maklumkan BPR bahawa saya sudah lihat dan saya akan buktikan apabila tiba masa yang saya fikirkan sesuai.

"Sebenarnya tidak ada masalah sama ada pita itu disunting atau tidak. Ini hanya alasan untuk menutup dan melindungi rasuah. Kenyataaan akhbar BPR selalunya mempertahankan perasuah," jelasnya sambil menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dengan BPR.

Pada hari ini, Anwar menyatakan bahawa beliau akan membekalkan salinan sebenar video klip tersebut kepaa BPR yang mana mereka boleh menentukan kesahihan klip video tersebut pada Khamis 25 Oktober nanti.

Di dalam satu sidang media di pejabatnya, Anwar menyatakan: "Adalah lansung tidak munasabah bahawa BPR terus menumpukan perhatian mereka terhadap kesahihan video tersebut sedangkan VK Lingam, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, Vincent Tan dan Tengku Adnan Tengku Mansor yang disebut dalam klip itu masih belum disiasat atau memberi kenyataan awam menafikan perbualan itu".

Anwar turut menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh SPR itu hanyalah satu tindakan yang diarah oleh pihak atasan untuk menutup isu sebenar dalam kes Pita Lingam iaitu konspirasi kehakiman dan rasuah yang berlaku.

Justeru Anwar masih konsisten dengan pendiriannya bahawa satu Suruhanjaya Diraja perlu dibentuk bagi menyiasat kes itu dengan semua jaminan keselamatan dan kerahsiaan terhadap sumber perlu diberi.



Berikut ialah Kenyataan Media Anwar:

Isu Video Lingam: Kini Saya Pula Diancam Penjara!

Pada hari ini tiga orang pegawai dari Badan Pencegah Rasuah mengunjungi pejabat saya buat kali kedua dalam tiga minggu berikutan siasatan mereka terhadap rakaman video yang telah saya siarkan kepada awam pada 19 September 2007.

a

Saya menghargai kerjasama BPR yang berterusan tetapi saya ingin menegaskan kegusaran saya bahawa kerajaan menggunakan BPR untuk melambatkan siasatan sebenar dan mengalihkan perhatian orang ramai dari isu-isu penting berkaitan salahlaku kehakiman yang ditimbulkan oleh video tersebut.

BPR merakam sebuah kenyataan lanjutan dari saya hari ini. Saya memaklumkan kepada mereka bahawa klip video 14 minit yang asal bersama dengan sumber yang membawanya kepada saya. Saya memberikan mereka jaminan saya bahawa saya akan membekalkan salinan sebenar yang mana mereka boleh menentukan kesahihan klip video tersebut pada Khamis 25 Oktober. Namun selepas habis mengambil kenyataan serta mendapat jaminan saya, pegawai BPR menerima arahan untuk mengarah saya menyerahkan klip asal rakaman video tersebut, termasuk segmen 6 minit yang belum dikeluarkan kepada orang ramai, pada atau sebelum Khamis. Arahan ini dikeluarkan meskipun saya sudah memaklumkan bahawa salinan asal ada dengan sumber. Kegagalan memenuhi arahan ini mungkin akan berakhir dengan pendakwaan.

Adalah langsung tidak munasabah bahawa BPR terus menumpukan perhatian mereka terhadap kesahihan video tersebut sedangkan VK Lingam, Ahmad Fairuz, Vincent Tan dan Tengku Adnan yang disebut di dalamnya masih belum disiasat atau memberi kenyataan awam menafikan perbualan di dalam video tersebut.

Justeru, saya menyeru BPR untuk memenuhi matlamat mereka untuk membanteras rasuah dan menyiasat salahlaku pegawai awam dan bukan sekadar siasatan terhadap pendedah rasuah.

Saya juga amat prihatin dengan kebajikan individu atau individu-individu yang telah meminta saya membawa video ini ke perhatian umum. Permintaan kami untuk jaminan terhadap keselamatan peribadi mereka dan perlindungan dari tindakan undang-undang masih lagi belum dijawab. Ini merupakan persoalan yang mesti dijawab sebelum kami mengeluarkan baki rakaman video tersebut.

Penubuhan sebuah Suruhanjaya DiRaja yang bebas untuk menyiasat tuduhan serius rasuah di dalam video ini terus mendapat sokongan Majlis Peguam Malaysia, parti-parti politik dari pembangkang dan juga di dalam kerajaan, serta badan-badan bukan kerajaan. Saya hanya ingin mengulangi desakan saya agar langkah-langkah ini diambil agar siasatan ini dapat disempurnakan segera.


Tiada ulasan: