31 Mei 2008

Berita TKO fm Hari Ini 31 Mei 2008

I
su menarik hari ini: Pimpinan UMNO masih curiga dengan penyertaan Ezam ke dalam UMNO, Pemuda Pakatan Rakyat mahu ke enam-enam individu dalam isu klip video Lingam disiasat dan didakwa, Kabinet umum jalan Bandar Mahkota Cheras dibuka semula, SUHAKAM kecam tindakan ganas polis di dalam kes pukul rakyat di BMC, GERAK teruskan perjuangan sekalipun Ezam sudah menyetai UMNO, Blog khas dedah siapa Ezam sebenar sebelum menyertai UMNO.

Tindakan kejam dan zalim polis: Bilakah Berakhir?

Semalam Pesuruhjaya SUHAKAM, Datuk Siva Subramaniam mengecam tindakan kejam dan zalim polis terhadap penduduk sewaktu tercetus pergaduhan di Bandar Mahkota Cheras (BMC) pada malam 27 Mei hari Selasa lalu.

Chang Jiun Haur yang berada dalam sebuah kereta bersama adik perempuannya dan dua orang lagi, telah diheret keluar dari kereta Proton Wira yang dipandunya dan ditendang dan dipukul bertubi-tubi oleh 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bersenjatakan cota dan perisai.

Siva menyatakan, adalah "tidak masuk akal" bagi sekumpulan anggota FRU yang terlatih untuk "merasa terancam" oleh empat remaja yang tidak bersenjata. “Jika mereka (FRU) mempunyai bukti yang mereka dilanggar oleh kereta tersebut (seperti yang didakwa), maka mereka perlu memberi nama-nama anggota yang cedera," katanya.

Untuk menutup kezaliman dan kekejaman FRU yang bersifat kebinatangan itu, Ketua Polis Kajang, ACP Shakaruddin Che Mood tiba-tiba membuat kenyataan, polis sedang menyiasat empat individu berhubung kejadian rusuhan dan pergaduhan yang berlaku pada di Bandar Mahkota Cheras (BMC) atas dakwaan merusuh dan cubaan membunuh.

Menurut Shakaruddin, empat individu tersebut boleh didakwa mengikut Seksyen 148 (bagi rusuhan) dan Seksyen 307 (cubaan membunuh) mengikut Kanun Keseksaan. Mereka disiasat atas dakwaan cuba menyebabkan kecederaan kepada anggota polis dekat dengan benteng yang dibina di jalan akses bebas tol di Bandar Mahkota Cheras.

Demikian dilaporkan oleh media massa.

Ini tektik lapuk yang digunakan oleh polis untuk mentup kelemahan dan kezaliman yang mereka lakukan. Ini tektik mempebodohkan orang awam. Ini tektik untuk mengalihkan perhatian orangramai terhadap kekejaman polis kepada isu yang direka-reka. Ini tektik mengugut rakyat agar rakyat takut dan tunduk dengan polis agar polis yang bersalah itu terlepas bebas dari sebarang tindakan undang-undang.

Kita mampu sahaja untuk membariskan sekalian banyak insiden kekejaman yang dilakukan oleh polis kepada rakyat.

Demo kenaikan harga minyak di KLCC, Perhimpunan Bersih 10 November, tragedi Batu Burok, perhimpunan Hindraf, serahan memorandum BERSIH di parlimen, majlis penyerahan bunga oleh kanak-kanak kepada PM, tragedi Berembang & Rimba Jaya, RTB Bujal, penangkapan Mat Sabu, Kawad Hari Hak Asasi Sedunia oleh Majlis Peguam, tragedi Batu Burok dimana anggota polis melepaskan peluru hidup, malah ratusan kes dan kejadian lagi - adalah rentetan yang memperlihatkan kezaliman polis diaksikan.

Apa yang kami nyatakan sebelum ini adalah benar. BAHAWA Polis Malaysia kini sebenarnya tidak lebih hanya kuda tunggangan kepada parti UMNO-BN, bahawa Polis Malaysia adalah pengkhianat keamanan, bahawa polis bersikap "double-standard" di dalam melaksanakan undang-undang, bahawa Polis Malaysia menjadikan ahli Parti Pakatan Rakyat sebagai musuh besar mereka, bahawa Polis Malaysia telah pun diberikan peringatan oleh rakyat melalui keputusan Pilihanraya ke 12 yang baru lalu.

Tetapi Polis Malaysia TIDAK PERNAH mempelajari mesej rakyat tersebut! Sikap pilih-kasih, diskrminasi serta tidak profesyenal Polis Malaysia adalah satu tragedi yang merupakan bala besar yang menimpa negara dan rakyat Malaysia seleruhnya. Meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka sendiri seolah-olah pihak polis yang melaksanakan undang-undang tidak perlu mematuhi undang. Betapa binatangnya mereka!

Ia akan menatijahkan kesan yang buruk dimana kita menyaksikan betapa jenayah kini bermaharaja lela - penculikan, perompakan dan seumpamanya mejadikan Malaysia ibarat sebuah negara sebagai sebuah negara yang tidak selamat untuk didiami hasil daripada tindakan Polis Malaysia yang lebih rela menjadi diri mereka bahan kuda tunggangan kerajaan UMNO-BN.

Dan kita memberitahu Polis Malaysia dengan tegas: jangan samasekali permainkan KUASA RAKYAT kerana semakin rakyat ditekan dan dizalimi semakin ramai yang akan menyertainya.