3 Apr 2015

800 Aduan GST: Ahmad Maslan Menipu Di Dewan Rakyat


Jangka 80,000 aduan, tapi 800 saja'

Sehari selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan meluahkan rasa terkejut apabila “hanya” 800 aduan berkaitan cukai baru itu dibuat.

Katanya perkara itu menunjukkan permulaan baik kepada pengganti cukai jualan dan perkhidmatan (SST) itu.

“Pada mulanya kami jangkan mungkin ada 8,000, 18,000 atau 80,000 aduan, memandangkan rakyat Malaysia sebanyak 30 juta,” katanya.

Beliau berkata kerajaan hanya menerima 815 aduan berhubung langkah kerajaan melaksanakan GST, sebuah cukai kontroversi yang ditentang aktivis dan pembangkang.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sapawi Ahmad Wasali (BN–Sipitang) berhubung tindakan kerajaan untuk membendung aktiviti memasukkan bayaran GST untuk barangan berkadar sifar atau dikecualikan.


Sapawi juga membangkitkan kemungkinan pengguna dikenakan bayaran berganda SST dan GST.


Menteri: 23,000 aduan mengenai GST semalam

Kerajaan nampaknya memperolehi laporan yang bercanggah mengenai jumlah aduan berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berkuatkuasa semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata lebih 23,000 aduan mengenai GST telah difailkan melalui aplikasi MyKira GST semalam.

Ini bercanggah dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan bahawa terdapat hanya 800 aduan mengenai GST semalam.

Daripada 23,871 aduan yang telah dibuat melalui MyKira GST semalam, 8,618 aduan adalah mengenai harga di luar margin (keuntungan yang boleh diterima), kata Hasan kepada pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Kementerian Hasan telah membangunkan aplikasi MyKira GST bagi membolehkan pengguna menyemak harga lebih 10,000 barangan.
-mk



ULASAN GB

Ahmad Maslan memang suka menipu. Dan angka 800 memang menjadi angka kegemarannya untuk menipu. Dahulu semasa banjir beliau menpu mengenai jumlah peruntukan bantuan banjir yang kononnya berjumlah RM800 juta.

Sedangkan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab mendedahkan bahawa peruntukan banjir hanyalah RM41 juta yang diluluskan.

Sekarang angka 800 lagi. Cuma 800 aduan mengenai GST, sedangkan Hasan Malek menyatakan ada 23,000 aduan.

Ahmad Maslan perlu diheretkan ke Jawatankuasa Parlimen kerana memberikan maklumat palsu di Dewan Rakyat.

Ada Berani Umum Putuskan Hubungan Dengan DAP Seluruh Malaysia?


PAS K Nerus henti kerjasama dengan DAP

PAS Kawasan Kuala Nerus tidak lagi berhasrat untuk bekerjasama dengan DAP Terengganu dan peringkat pusat, kata Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus M Shukrimun Shamsuddin.

Beliau berkata PAS Kawasan Kuala Nerus amat kesal dan dukacita dengan keputusan DAP Terengganu memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menjadikan hasrat beliau untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi pelaksanaan hudud di Kelantan ke Dewan Rakyat sebagai alasan.

Katanya PAS Kawasan Kuala Nerus menganggap pendirian DAP sama ada di peringkat pusat ataupun negeri yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi pada masa sama meneruskan hubungan dengan parti PAS dan anggotanya umpama mengajak anggota PAS untuk memutuskan hubungan dengan presidennya.

"Kami dengan ini ingin menegaskan bahawa adalah haram bagi PAS Kawasan Kuala Nerus untuk tidak menyokong sebarang usaha bagi meninggikan syariah Allah di muka bumi ini dan tidak akan lagi meneruskan kerjasama dengan DAP pusat dan negeri," katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu hari ini.

Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing baru-baru ini menegaskan memutuskan kerjasama dengan Abdul Hadi disebabkan tindakan Anggota Parlimen Marang itu pada 18 Mac lepas mengemukakan notis usul bagi rang undang-undang persendirian itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Rang berkenaan iaitu rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac. -Bernama

ULASAN GB

Pecahan pengundi parlimen Kuala Nerus mengikut kaum:
Melayu: 98.7%
Cina: 0.93%
India: 0.08%

Patutlah temberang sangat buat kenyataan "tidak lagi berhasrat untuk bekerjasama dengan DAP", rupa-rupanya pengundi Cina tak sampai pun 1% di Kuala Nerus..

Mengapa tak berani untuk mencadangkan kepada PAS Pusat supaya ditamatkan kerjasama dengan DAP diseluruh negara terutama di Selangor, Perak dan Kedah, Johor dan Pahang? Dan kita kenal sangat dengan ahli parlimen PAS Kuala Nerus. Beliau diantara tokoh yang pernah membuat kenyataan bahawa dua ADUN PAS di Selangor yang telah menggagalkan usaha kerjasama PAS-UMNO sewaktu krisis MB Selangor tahun lalu. Bererti beliau diantara "ulama" yang mahu mewujudkan UG di Selangor pasca PRK Kajang.



Jadi tidak hairan untuk beliau memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Pekung-pekung UG terus terdedah... didedahkan oleh tuannya sendiri...