25 Apr 2009

Isu Kerajaan Nizar : Pandangan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan

Keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan bahawa Speaker DUN Perak V.Sivakumar tidak ada bidang kuasa untuk mengantung Zambry dan 6 EXCOnya adalah sesuatu yang menggemparkan.

Ini merupakan satu keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyakitkan hati. Ia menyakitkan kerana keputusan ini terang-terang bercanggah dengan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut:

"Kesahihan mana-mana prosiding dalam dewan legislatif di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah"

Kelima-lima hakim tersebut telah mengecewakan rakyat dan kerajaan apabila mereka memilih untuk mengenepikan Perlembagaan Persekutuan. Dengan kata lain, hakim-hakim telah enggan melaksanakan keadilan mengikut undang-undang.

"Siapakah Mahkamah Persekutuan untuk menyatakan sesuatu itu melampaui bidang kuasa Speaker apabila undang-undang tertinggi di negara ini mengatakan kesahihan mana-mana prosiding dalam dewan legislatif di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah?" katanaya

Tidakkah para hakim sedar bahawa tindakan mereka telah mencemari imej kerajaan?

Dalam artikelnya HN Chan mengingatkan kes 'Taff Vale (1900)", di mana Keputusan House of Lords telah menyebabkan kekalahan besar bagi kerajaan Konservatif dalam pilihanraya umum pada tahun 1906. Kes ini, yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan Konsevatif. Kes ini memberi kesan politik yang mendalam.

Beliau fikir mesej kes 'Taff Vale' untuk para hakim kita di Mahkamah Persekutuan sudah cukup jelas. Para pengundi boleh membuat keputusan, sama sepertimana para pengundi di England lakukan terhadap kerajaan konservatif pada tahun 1906.

Bagaimanapun Najiblah yang akan menanggung akibatnya nanti dan bukan para hakim yang melakukan kesilapan kerana gagal bertindak adil berlandaskan undang-undang, tegasnya lagi.

Beliau juga mengingatkan amaran Lord Denning M R dalam kes Gouriet v Union of Post Office Workers yang mengatakan "Bagaimana tinggi sekalipun kedudukan kamu, undang-undang berada di atas kamu"

Menurutnya lagi, perintah Mahkamah Persekutuan seolah-olah bagi saya seperti 'brutum fulmen' dalam bahasa Latin bermakna tindakan yang bunyinya kuat tetapi tidak berkesan.

Sekiranya mereka telah tergelincir dan terkeluar dari landasan keadilan secara sedar maka mereka bersalah kerana menyalahguna kuasa, kata NH Chan. - misbhulmunir/GB

Kerajaan Haram UMNO Dicabar Lagi Untuk Bubarkan DUN Perak

Jika benar bahawa Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Kerajaan Harm BN Perak menyatakan "keutamaan beliau adalah untuk melaksanakan prinsip-prinsip yang ditekankan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak agar mendahulukan rakyat dalam apa jua keadaan" maka hasrat rakyat Perak dewan undangan negeri dibubarkan dan pilihanraya baru hendaklah diadakan serta-merta.

Kekalahan BN dengan slogan "Memohon Restu Rakyat" ternyata telah ditolak pada 7 April yang lalu. Ini bererti rakyat TIDAK memberikan restu kepada kerajaan BN yang telah merampas kerajaan Pakatan Rakyat pimpin Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan oleh kerana itu UMNO/BN perlu ada maruah dan harga diri untuk "kembali kepada rakyat:" bagi menentukan siapakah kerajaan yang menjadi pilihan rakyat setelah kudeta itu dilancarkan.

"UMNO-BN cuba menunjukkan lagak samseng dengan melakukan rampasan kuasa secara kotor di Perak, kini kecut dan takut untuk berdepan dengan rakyat Perak melalui pilihanraya. Justeru itu kata-kata mereka, agar mendahulukan rakyat dalam apa jua keadaan hanyalah retorika semata-mata yang tidak mempunyai makna apa-apa," kata seorang pemimpin Pakatan Rakyat mengulas kenyataan Zambry tersebut.

"Rakyat Perak menunggu dari hari se hari supaya dewan undangan negeri dibubarkan, tetapi ia tidak menjadi kenyataan. Walaupun mengetahui bahawa sebenarnya tindakan mereka itu salah dari aspek apa pun dilihat, mereka dengan rakus dan angkuh untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan seolah-olah mereka telah 100% berjya di dalam usaha merebut negeri itu dari tangan Pakatan Rakyat. Belum lagi selagi rakyat tidak memberikan mandat parti BN untuk mentadbir Perak melalui pilihanraya semula," tambahnya.

Zambry seperti yang dilaporkan oleh Bernama hari ini menyatakan , persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung pada 7 Mei ini akan tetap diteruskan.

Beliau berkata persidangan berkenaan akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan itu dan menuduh Speaker V. Sivakumar masih berdolak dalik mengenai tarikh tersebut.

"Yang nyata ialah UMNO-BN terdiri dari kalangan mereka yang berlagak hero dan samseng, tidak menghormati kedudukan Speaker dan tidak dirujuk untuk mengadakan persidangan tersebut.

"Sementelah lagi kedudukan Zambry sendiri sebagai Menteri Besar Perak belum diakui kerana permohonan beliau di Mahkamah Persekutuan belum diketahui lagi keputusannya. Tidakkah beliau malu untuk menunjukkan kuasa yang sebenarnya belum lagi berkuat-kuasa selagi semua pihak belum memperakuinya?" kata beliau.

SMS Ugut ADUN UMNO Terengganu : Ramzi Dicari Bantu Siasatan

Polis sedang mengesan bekas calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 lepas, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi membantu siasatan berhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN baru-baru ini.

Beiau tewas di dalam menentang Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang di parlimen Marang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Fauzi Abduri berkata, Ahmad Ramzi yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, dicari untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.

"Ahmad Ramzi dicari kerana beliau adalah antara individu yang mengeluarkan kenyataan kepada media pada malam ketiga-tiga Adun itu menerima SMS ugutan berkenaan.

"Polis ingin mendapatkan kepastian sama ada Ahmad Ramzi turut menerima SMS berkenaan atau sebaliknya kerana beliau turut memberi kenyataan kepada media pada malam tersebut," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sebelum ini, Mohd Fauzi berkata, polis telah berusaha mencari Ahmad Ramzi di rumahnya tetapi tidak berhasil.

Ahmad Ramzi bertanding pada kerusi Parlimen kawasan Marang pada pilihan raya umum lepas tetapi tewas.

Pada 13 April lalu, ADUN Ajil, Datul Rosol Wahid, Zakaria Abdullah (Paka) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) menerima ugutan SMS yang mengancam keselamatan mereka yang dipercayai berhubung isu polik di Terengganu.

Sebelum ini, polis telah menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun di Bandar Baru Bangi, Selangor Isnin lepas kerana disyaki menghantar SMS ugutan itu.

Mohd Fauzi berkata, perintah tahanan reman ke atas kerani itu dilanjutkan selama tiga hari lagi bagi membolehkan pihaknya melengkapkan siasatan.

"Polis Terengganu juga telah menghantar anggota untuk mengambil komputer di pejabat kerani itu bagi membantu siasatan yang dijangka selesai dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya belum mendapat petunjuk sama ada ADUN-ADUN di negeri itu terlibat dalam kes tersebut atau sebaliknya.

Pengerusi SPR Digesa Letak Jawatan Jika Terus Jadi Agen UMNO - BN

Pertubuhan untuk pilihanraya bersih dan adil (Bersih) telah memberi amaran kepada pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Abdul Aziz Mohd Yusof supaya letak jawatan jika beliau terus berlagak sebagai agen Barisan Nasional.

Beliau dianggap seperti burung Kakak Tua yang meniru pendapat BN dan dinasihatkan berkerja sebagai agen BN sepenuh masa atau menjadi ketua kumpulan pelobi mahu mangsuhan pilihanraya.

Pihak Bersih memperingatkan bahawa kedudukan Abdul Aziz terikat dengan perlembagaan untuk memastikan setiap pilihanraya yang bebas dan bersih.

Dakam kenyataan Bersih hari ini menyatakan tugas beliau harus memastikan setiap pilihanraya umum dan pilihanraya kecil berjalan dengan bersih dan adil dan bukannya memastikan bahawa Barisan Nasional mesti memenangi dalam pilihanraya.

Setiap pilihanraya umum dan pilihanraya kecil adalah satu tindakan demokrasi, maka pihak SPR tidak harus mengsyorkan sebarang perubahan kerana ini akan mempengaruhi pengundi dan hak mereka untuk membuat pemilihan.

Jika prinsip tiada cukai tanpa wakil itu sah, maka kerajaan yang memungut cukai adalah dilihat seperti mafia yang menafikan perlindungan kewangan dari rakyatnya.

Bersih mengesa supaya SPR harus tegas untuk memaksa menghapuskan artikel 48(6) bahawa tidak membenarkan wakil yang dipilih dari bertanding semula selama lima tahun selepas meletak jawatan.

Pilihanraya adalah seperi temuduga pekerjaan, pekerja ada hak untuk meletak jawatan dan memohon jawatan itu semula dalam cara yang berbeza samada beliau diambil bekerja semula atau tidak akan ditentukan oleh majikan.

Bersih mahukan semua pegawai negeri SPR untuk meneliti cara pentadbiran mereka secara adil (neutral). Jika Aziz tidak dapat mengawal perlakuan orang bawahannya, beliau harus letak jawatan.

Dalam kenyataan terbaru Abdul Aziz bahawa beliau akan menyemak kemungkinan tidak mahu adakan piliharaya kecil di Dun N12 Penanti sejurus selepas Perdana Menteri Najib Razak memberi alasan tidak masuk akal untuk mengelak pilihanraya di Dun diadakan.

Menurut kenyataan Bersih, pihak SPR amat beria-ia untuk mengkaji dan membuat keputusan samada kerusi Dun itu kosong atau tidak daripada menerima keputusan pembentukan undang-undang Speaker. Dulu Perak sekarang Penanti pula, kedua-duanya berat sebelah dan fitnah.

Akhir sekalu, apabila Abdul Aziz membuat teguran bahawa cara pengundian di Kuala Sepetang itu satu yang membimbangkan dan sesuatu yang tidak kena serta mengejutkan.

Bidang kerja SPR adalah untuk mentadbir pilihanraya, bukan untuk menentukan, berpihak dan memberi nasihat atas petunjuk dalam sesuatu pilihanraya.- SK/greenboc

PAS Mendahului One Malaysia UMNO

B. Balendran seorang tipikal Hindu yang merayakan Deepavali dan tidak memakan daging lembu. Tetapi semasa waktu lapangnya, dia menghadiri majlis himpunan politik oleh PAS dan merekrut ahli-ahli baru untuk Kelab Penyokong PAS.

Dan dia secara aktif telah berkempen untuk Parti Islam SeMalaysia, sebuah parti yang dikatakan konservatif, sewaktu pilihanraya umum tahun lalu.

Jurutera berusia 25 tahun ini juga telah membawa dua orang adiknya dan beberapa rakan-rakannya yang lain untuk menyertai parti yang disifatkan sebagai parti yang terbaik untuk memerintah Malaysia.

Pandangan Balendran: “Jika PAS mengambil-alih Malaysia, saya amat gembira kerana tidak akan ada lagi rasuah dan Malaysia akan berada di dalam situasi yang baik.”

Kelab Penyokong PAS untuk bukan-Islam telah ditubuhkan pada 2004 dengan sekitar 100 orang ahli, kata pengasasnya, Hu Pang Chow.

Pada tahun lalu keahliannya menjadi 10,000, tetapi terus melonjak ke 50,000 semenjak pembangkang memperolehi kemenangan besar di dalam pilihanraya umum tahun lalu dan PAS menyertai Pakatan Rakyat, tambahnya.

Tidak seperti ahli-ahli biasa, mereka yang menyertai Kelab Penyokong ini menjadi ahli bersekutu dan tidak ada hak untuk mengundi di dalam pemilihan parti.

Jadi kenapa kaum bukan-Islam memilih PAS, tidak parti sekular DAP atau parti berbilang-bangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR)?

Hu menyatakan mereka yang menyertai kelab ini melihat PAS sbagai “yang paling berprinsip dan ikhlas”. Kupulan paling ramai ialah kaum etnik India.

Ada mereka yang mengelak untuk menyertai PKR, yang pada sesetengah kaum India sebagai tidak berapa kuat membela isu kaum India. Dan ada kaum India merasakan DAP terlalu kecinaan.

Kata N. Balasubramaniam, pengerusi kaum India di dalam kelab berkenaan: “DAP dan PKR mempunyai peraturan mereka sendiri, tetapi samada mereka mengikutinya atau tidak terpulang kepada mereka.”

Beliau menambah ini berbeza dalam PAS, dimana mereka betul-betul ikut ajaran Islam.

PAS sentiasa dimomokkan oleh pemimpin parti Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang akan melaksanakan versi Islam yang menakutkan di dalam Malaysia.

Tetapi Balendran berkata tidak ada apa yang nak dirisaukan tentang matlamat PAS untuk menubuhkan negara Islam atau melaksanakan hukum syariah termasuk hudud yang menyatakan pemotongan tangan (untuk kesalahn mencuri) atau rejam (untuk kesalahn zina) — kerana katanya undang-undang sedemikian dikuatkuasakan hanya untuk kaum Islam.

Penerimaan yang begitu ketara terhadap PAS oleh bukan_Islam terbukti jelas sewaktu pilihanraya umum Mac tahun lalu di mana Kumutha Rahman bertanding untuk parti tersebut. Beliau menggunakan lambang PKR kerana Perlembagaan PAS tidak membenarkan bukan-Islam untuk bertanding di atas tiketnya.

Sekalipun kalah, pencalonannya dilihat sebagai pemecah tradisi kepada kedua-dua parti Islam dan komuniti India.

Dan semasa kempen pilihanraya, kaum bukan Islam danri bangsa India dan Cina dengan secara terbuka mengibarkan bendera PAS dan membantu kepen dari rumah ke rumah.

Untuk kepastian, sebahagian dari keghairahan untuk menyertai parti politik oleh kaum India adalah ekoran dari perhimpunan HINDRAF pada November 2007, yang melihat kezaliman polis menghadiahkan mereka tembakan gas pemedih mata dan air berkimia.

Kebanyakan mereka memilih parti pembangkang setelah kecewa dengan MIC yang dipimpin oleh Datuk Seri S. Samy Vellu yang sudah tidak popular di kalangan komuniti India.

Kejayaan selama 18 tahun PAS memerintah Kelantan juga telah meningkatkan kepercayaan di kalangan bukan-Islam terhadap PAS, kata Hu.

Ahli Sains Sosial Kemasyarakatan, Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia memebrrikan kredit terhadap pegangan keagamaan PAS yang menjadikan mereka popular.

“Ia menjadi ugama sebagai teras perjuangan dan persepsi bahawa ia lebih jujur dan mampu memperjuangkan kesaksamaan dan kebajikan rakyat,” katanya.

PAS juga telah mengurangkan retorikanya terhadap negara Islam dengan kemunculan pemimpin muda di kalangan mereka.

“Ia akan menjadi satu alternatif tersendiri pada masa akan datang jika Pakatan Rakyat gagal untuk mengekalkan gabungannya dengan PKR dan DAP,” katanya kepada The Straits Times.

PAS sekarang sedang berusaha untuk meminda perlembagaan bagi mewujudkan satu sayap untuk membolehkan keahlian penuh bagi bukan-Islam di dalam tersebut.

Ia dijangka akan berlaku pada tahun depan, sementara menunggu kelulusan dari ahli jawatankuasa pusay mereka dan kelulusan terhadap pindaan perlembagaan parti di dalam muktamar.

“Pemimpin PAS sekarang menyedari, di dalam masyarakat berbilang kaum, mereka tidak boleh bersendirian. Mereka perlukan sokongan dari kaum bukan Melayu, jika tidak tidak ada jalan untuk mereka mencapai kejayaan,” kata Hu. — Straits Times Singapore/ Terjemahan Bebas : Greenboc

Foto Bogel Palsu Elizabeth Wong Berkeliaran Di Internet

Gambar bogel palsu ADUN Bukit Lanjan yang juga exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong kini tersebar di Internet dan di telefon bimbit.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman, pernah megesahkan hal tersebut, menyatakan pihak polis mengumpulkan maklumat berkaitannya.

Beliau menyatakan pihak polis percaya terdapat beberapa pihak yang telah cuba mengambil kesempatan terhadap situasi berkenaan ekoran dari penyebaran foto ELizabeth Wong yang dikatakan "lucah".

Gambar-gambar lucah palsu diciptakan dengan menggunakan teknik super-impose dengan perisian komputer seperti Adobe Photoshop, Paint Shop Pro, Gimp atau apa-apa aplikasi grafik yang boleh memanipulasi imej-imej.

"Tidak sukar untuk menghasilkannya, malah seorang pengguna komputer yang amatur juga boleh melakukannya dengan kaedah cuba-jaya," kata seorang pakar teknologi maklumat di sini hari ini.

"Yang membezakan seorang amatur dan professional ialah kesan cantuman itu dimana apabila diperbesarkan imej berkenaan pixel di bahagian cantuman itu akan kelihatan tidak sekata sementara seorang yang telah mahir akan berjaya menghilangkan perbezaan berkenaan sehingga menampakkan seolah-oleh gambar itu telen," tambahnya.

Penyebaran foto lucah versi tiruan itu dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang telah kecewa apabila usaha pertama mereka menyebarka gambar-gambar Elizabeth yang sedang tidur tidak berupaya untuk menjejaskan kredibiliti exco berkenaan.

Apatah lagi kerajaan Selangor tidak memperduli perletakan jawatan Elizabeth Wong dan menawarkan semula jawatan ADUN dan exco kepada beliau.

Kegagalan konspirasi tersebut menyebabkan mereka beralih untuk menyerang dngan lebih agresif walaupun menipu dan memperdaya masyarakat melalui edaran foto-foto bogel palsu.


Hilmi, Kekasih Elizabeth Wong Anak Datok Malik?

Beliau kini amat dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes Elizabeth Wong itu. Menurut polis beliau dipercayai berada di luar negara dan kemungkinan besar di Batam Indonesia, berdasarkan kepada maklumat awal yang diterima setakat ini. Kami cuba untuk menyiasat dan membongkarkan perkara sebenarnya yang berlaku dan siapakah Hilmi Malek (foto) ini.

Namanya tiba-tiba popular, malah wajahnya yang tampan itu memang dapat menyaingi kehebatan Saiful Bukhari. Persoalannya, kenapakah hingga ke hari ini pihak polis masih belum berjaya mengesan Hilmi Malek, walhal mereka tahu beliau berada di Indonesia?. Bukankah polis kita cekap dan profesional menjalankan tugas mereka. Kenapakah tidak digunakan khidmat Interpol untuk menangkap anak muda terbabit dan dibawa balik ke Malaysia. Malah, sewajarnya pihak polis tutur mendapatkan kerjasama polis Indonesia bagi menangkap Hilmi Malek.

Beliau kini seolah-olah tidak diapa-apakan oleh pihak berkuasa. Inilah yang amat memusykilkan kita. Maka itu kami cuba mendapatkan gambaran sebenar siapakah Hilmi Malik, anak muda yang pernah bekerja di Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian. Namun dikatakan sudah berhenti mulai bulan Januari 2009 yang lalu.. Bak kata pepatah Melayu "Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih", maka itu kami hairan kenapakah polis kita begitu sukar untuk menjejaki Hilmi yang sudah diketahui lari ke Indonesia itu. Apakah polis Malaysia langsung tidak mempunyai jaringan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak?

Maka, kami cuba menyelongkar siapakah dia sebenarnya Hilmi Malek ini. Siasatan sulit kami mendapati rupa-rupanya beliau adalah merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pelangai, Bentong Pahang sebelum Dato' Seri Adnan Yaakob Menteri Besar sekarang ini. Bapanya dikenali dengan nama Dato' Malek mewakili UMNO dan BN bagi kerusi itu sebelum diambilalih oleh Adnan.

Namun, berita terkini beliau dikatakan telah kecewa dengan UMNO dan BN dan kini bersama dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam Pakatan Rakyat. Patutlah mereka tidak berani mendedahkan identitinya Hilmi Dato' Malek yang sebenarnya, kerana mereka malu dengan senario ini. - Pahangdaily/GB


Di Manakah Hilmi Malek Berada Sekarang

Ramai yang tertanya-tanya, di mana sebenarnya Hilmi berada sekarang. Apakah benar beliau masih melarikan diri ke Indonesia. Maka kami cuba membuat risikan perkara ini. Rupa-rupanya kini Hilmi sebenarnya tidak lagi berada di Malaysia, tetapi telah berada di rumahnya di Ampang Selangor. Memang benar beliau telah lari ke Batam Indonesia buat seketika selepas insiden ini dihebohkan. Menurut sumber, beliau lari bukan kerana takut atau sebagainya. Sebaliknya beliau berbuat demikian kerana tidak tahan dengan perangai puak-puak UMNO yang terus datang ke rumahnya dengan membawa "habuan wang" supaya beliau meneruskan pendedahan gambar bogel Elizabeth Wong. Gambar yang disiarkan dilaman-laman internet itu sebenarnya bukanlah dilakukan oleh Hilmi. Mana mungkin beliau tergamak melakukan demikian, sedangkan beliau masih bersama Pakatan Rakyat. Maka itu bagaimana ia boleh berlaku. Kemungkinan besar pihak polis telah menggeladah rumanya untuk mendapatkan bukti-bukti hubungan beliau dengan Elizabeth. Maka akhirnya mereka berjaya mendapatkan gambar dari telefon bimbit Hilmi, yang pernah dirakamkan ketika Elizabeth sedang tidur di rumahnya. Maka dengan gambar-gambar itulah, menyebabkan Elizabeth tertekan bahkan kecewa dengan tindakan Hilmi yang merupakan bekas teman lelakinya itu. Hilmi tertekan dan tidak sanggup melakukan lebih dari itu, lantaran mahu menjauhkan diri daripada puak-puak UMNO inilah menyebabkan beliau terpaksa lari ke Indonesia. Anehnya, ketika di Indonesia tidak ada langsung pihak polis yang menjejaki beliau. Malah ketika beliau masuk semula ke Malaysia baru-baru ini, pihak Imigresen Malaysia juga tidak menahan beliau. Begitu juga ketika beliau berada di rumahnya sekarang.Tidak ada langsung kelibat anggota polis yang cuba menangkap beliau untuk didakwa dalam kes ini. Kenapa ia berlaku? Sebabnya ialah Hilmi tidak mahu bersubahat dengan mereka. Jika beliau mahu bersubahat, sudah pastilah beliau akan mendapat untung dan ganjaran besar yang sungguh lumayan sebenarnya.

Siapakah Dalang Dan Perancang Kes Elizabeth

Soalnya sekarang, kenapa pihak polis tidak menangkap Hilmi dan masih mengatakan beliau berada di Indonesia?. Mungkini juga jika beliau ditangkap sudah pasti Hilmi akan menceritakan siapakah dalang disebalik insiden ini. Lantaran itulah pihak polis mendapat arahan agar kes ini diredakan dahulu. Mereka takut Hilmi akan mendedahkan tentang penglibatan pemimpin UMNO negeri dalam usaha menjatuhkan serta memalukan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini. Mujurlah, teman lelaki Elizabeth yang pernah berkhidmat dengan parti itu masih konsisten dalam tugasannya. Jika beliau boleh dijual beli, sudah pasti Elizabeth akan menerima padah yang lebih besar jika banyak lagi perkara dibongkarkan selepas ini. Kami amatlah pasti bahawa dalang sebenar di sebalik insiden ini ialah pihak-pihak yang kalah dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Mereka kini mencari berbagai jalan untuk mengambil alih kuasa Kerajaan Negeri Selangor, sama seperti apa yang berlaku di Perak dulu. Inilah yang amat diharapkan. Namun bila Elizabeth Wong kembali menjalankan tugasnya, begitu kecewalah puak-puak berkenaan melihat segala apa yang berlaku dihadapan mata mereka ini sebenarnya. Musnahlah segala harapan untuk mendapatkan projek-projek pilihanraya. Mahu ditangkap Hilmi, takut rahsia terdedah. Akhirnya dibiarkan anak muda itu tanpa sebarang tindakan, atas alasan beliau kini melarikan diri ke Indonesia.


100 NGO Bantah Keputusan Kabinet

Lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini membantah keputusan Kabinet yang menetapkan kanak-kanak bawah umur kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Menurut mereka, keputusan yang bersifat reaktif terhadap tekanan daripada masyarakat bukan Islam tidak wajar dilaksanakan kerana ia dibuat tanpa melibatkan perbincangan menyeluruh dengan para mufti, pakar perundangan dan NGO Islam.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan keputusan Kabinet itu kerana ia telah menafikan hak ibu atau bapa yang telah memeluk Islam untuk mendidik anak-anak mengikut agama baru yang dianutinya.

Beliau berkata, ibu atau bapa harus dibenarkan untuk mengislamkan anak-anak mereka selaras dengan kaedah fikah yang menetapkan apabila seseorang itu telah memeluk Islam maka dia hendaklah mempertahankan agama dan keturunannya.

"Keputusan Jemaah Menteri bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2007 yang memberikan hak kepada Muhammad Shafi Saravanan Abdullah untuk mengislamkan kedua-dua anaknya tanpa pengetahuan atau mendapat persetujuan isterinya, R. Subashini yang masih beragama Hindu.

"Walaupun tiada peruntukan khusus dalam enakmen keluarga Islam berhubung perkara itu, kita tetap perlu mengikut keputusan mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar bersama-sama wakil daripada lebih 100 NGO Islam di Sekretariat PGSM di sini hari ini.

Mohamad Isa mengulas keputusan Kabinet itu yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam.

Keputusan itu adalah berdasarkan syor yang dibuat oleh jawatankuasa khas Kabinet bagi menyelesaikan kes K. Pathmanaban, 40, atau nama Islamnya, Mohd. Ridzuan Abdullah yang bertindak menukar agama anaknya, Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, setahun, serta memohon hak penjagaan terhadap tiga anaknya itu di Mahkamah Syariah Ipoh.

Langkah itu telah dibantah oleh ibu kanak-kanak terbabit, M. Indra Ghandhi, 35, yang masih beragama Hindu kerana mendakwa Mohd. Ridzuan berbuat demikian tanpa pengetahuannya.

Setiausaha Agung Peguam Pembela Islam (PPI), Zainul Rijal Abu Bakar pula berkata, Kabinet seharusnya mengambil kira pandangan kebanyakan ulama yang secara jelas menyatakan bahawa apabila salah seorang daripada ibu atau bapa memeluk Islam, maka anak-anaknya mesti menganut agama itu.

Menurut beliau, sebarang keputusan untuk mengekalkan anak-anak dengan agama asal ibu bapa juga harus mengambil kira Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut salah seorang ibu atau bapa boleh menentukan agama anak-anak.

"Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah disahkan menerusi keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes R. Subashini yang memutuskan adalah memadai salah seorang ibu atau bapa membuat keputusan untuk anaknya yang di bawah umur memeluk Islam," ujarnya.


Debat Antara Si-Pembakar Jambatan UMNO dan Si-Luncai

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang berang dengan mantan Menteri di JPM, Datuk Zaid Ibrahim yang kerap mengkritik Najib hari ini dilapor BERNAMA menggelar Zaid sebagai si-Luncai. Seterusnya Rais telah mencabar Zaid berdebat mengenai isu salah laku Najib yang sering dibangkitkan Zaid kepada media asing.

"Sekiranya berpeluang saya sendiri ingin berdebat dengan pihak-pihak yang cuba "mengenakan" pemimpin kita dengan perkataan tak senonoh atau tidak diterima akal pada masa ini," kata Rais, "Kita akan lihat setakat mana hebatnya beliau (Zaid) menggunakan istilah-istilah itu (memburuk-burukkan) Perdana Menteri," katanya.

Jadi tidak lama lagi kita berpeluang melihat satu debat perdana antara Rais dan Zaid mengenai isu Najib. Yang istimewanya mengenai debat ini ialah ia di antara dua tokoh yang mahir tentang undang-undang. Debat ini juga istimewa kerana ia membabitkan Zaid yang telah dipecat oleh UMNO dengan Rais yang pernah keluar UMNO dan pernah bersumpah untuk tidak akan kembali kepada UMNO kerana jambatan untuknya kembali telah 'dibakar'nya. Tentu hebat debat antara si-Luncai (Zaid) dengan si-pembakar jambatan (Rais)!!

Kita berharap debat mengenai isu Najib di antara dua tokoh itu diadakan secara langsung seperti debat Anwar dan Shabery dahulu. Dan kita juga berharap debat berlangsung tanpa syarat, terutama jangan kenakan syarat-syarat berikut:

- Tidak boleh sebut nama Altyantuya
- Tidak boleh sebut bahan peledak C4
- Tidak boleh sebut komisyen kapal selam dan sukhoi
- Tidak boleh sebut nama seorang penyanyi wanita dan Port Dickson
- Tidak boleh sebut nama Rosmah dan Bollywood

pendikargunungkriang

TANPA UMNO LAGI BAIK BAGI RAKYAT MALAYSIA

UMNO semakin lemah dan menunggu saat untuk hancur, PAS pula semakin kuat dan diterima oleh rakyat. Ketika PAS lemah dan sukar diterima oleh rakyat suatu ketika dahulu terutamanya rakyat bukan Islam, UMNO menggunakan kesempatan di atas kelemahan PAS itu untuk menindas ahli dan penyokong PAS.

Pimpinan PAS di kenakan ISA, ahli dan penyokong ditekan dan ditindas, peluang kenaikan pangkat disekat, ditukarkan ke hulu ke hilir dan sebagainya. PAS dihalang menggunakan permis kerajaan, UMNO pula bebas menggunakannya, ceramah-ceramah PAS diganggu, UMNO pula boleh berceramah di mana sahaja.

Kini bila UMNO lemah, dalaman UMNO semakin meruncing, kepimpinan barunya pula ditolak oleh rakyat, semua pilihanraya kecil di semenanjung UMNO BN tumbang, lebih-lebih lagi tumbang di Bk. Gantang dengan gaya yang cukup memalukan, semua strategi UMNO serba tak jadi, ketika saat UMNO menunggu sahaja kehancuran, barulah mereka ajak PAS bersatu dengan UMNO. PAS sudah lama ajak UMNO bermuzakarah atas isu perpaduan, Islam dan sebagainya, tetapi UMNO tidak pernah serius melayani hasrat PAS.

Hari ini setelah UMNO tidak berjaya memulihkan kepercayaan rakyat kepada mereka, barulah mereka mengajak PAS demi perpaduan. Pada hal UMNOlah pemecah belah perpaduan rakyat di negara ini. UMNOlah yang mengugut orang kampung yang menyokong PAS, UMNOlah yang menyekat pembangunan di kubu kuat PAS, UMNOlah...... UMNOlah........ UMNOlah....................... Semuanya UMNO. Bak kata pepatah penceramah Pakatan "yang baik datangnya dari Allah swt, yang buruk semua datang dari UMNO BN" Oleh itu jauhilah UMNO BN.

Insya Allah tanpa UMNO di Malaysia, rakyat boleh hidup aman, selesa dan bahagia bersama Pakatan Rakyat. -Misbahulmunir/Greenboc


UMNO Pilih Untuk Rebah : Masih Kekalkan Pemimpin Bermasalah

Pengumuman barisan kepimpinan UMNO petang ini menyaksikan bahawa UMNO yang kini diterajui Dato Seri Najib Razak sebagai sebagai Presiden bakal rebah setelah ia tidak menunjukkan perubahan barisan kepimpinannya.

Najib yang sebelum ini pernah menyeru “Berubahlah, jika tidak, kita rebah,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian serentak persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra semasa perhimpunan UMNO lalu nampaknya memilih untuk rebah, bukan berubah.

Di dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO Najib telah menamakan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kekal sebagai Setiausaha Agung UMNO sementara Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO mengganti Tan Sri Muhammad Muhd. Taib. Datuk Ahmad Husni Hanadzlah pula dilantik sebagai Bendahari UMNO.

Najib juga nampaknya masih mengekalkan beberapa orang pemimpin-pemimpin bermasalah menganggotai Jawatankuasa Majlis Tertinggi yang diantaranya termasuklah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Pengekalan Mohd. Ali yang dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini sebagai ahli MT dan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Melaka jelas satu kecacatan paling ketara dimana Najib dilihat tidak konsisten dengan hasratnya untuk melakukan perubahan. Malah beliau dilihat hanya seorang pemimpin retorik yang cakap tak serupa bikin.

Begitu juga halnya dengan pengekalan beberapa orang Menteri Besar dan Ketua Menteri sebagai Ketua perhubungan UMNO Negeri yang penuh dengan masalah seperti Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob, Mohd Ali Rustam dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohammad Hassan.

Turut dilantik sebagai MT ialah bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Abdul Ghani Othman, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Perubahan hanya berlaku di negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.

Berikut ialah Senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Pengerusi Tetap : Amiruldin Badruddin
Timbalan pengerusi Tetap: Mohammad Aziz
Presiden : Najib Tun Razak
Timbalan Presiden : Muhyiddin Mohd Yassin
Naib Presiden : Ahmad Zahid Hamidi
Hishamuddin Hussein
Shafie Afdal
Ketua Wnita : Shrizat Jalil
Ketua Pemuda : Khairy Jamaluddin
Ketua Puteri : Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Setiausaha Agong : Tengku Adnan Tengku Mansor
Bendahari : Ahmad Husni Hanadzlah
Ketua Penerangan : Ahmad Maslan

Ahli Majlis Tertinggi

Mustapa Mohamed
Noh Omar
Musa Aman
Azian Osman
Zainal Abidin Osman
Mohd. Zin Mohamed
Ismail Sabri Yaakob
Lajim Ukin
Shaziman Abu Mansor
Mohd. Puad Zarkashi
Tajuddin Abdul Rahman
Datuk Idris Haron
Dr. Abd. Latiff Ahmad
Jamaluddin Jarjis
Saifuddin Abdullah
Norraesah Mohamad
Mahdzir Khalid
Hamzah Zainuddin
Bung Moktar Radin
Awang Adek Hussin
Zulhasnan Rafique
Ahmad Shabery Cheek
Idris Jusoh
Abdul Azeez Abdul Rahim
Rais Yatim
Mohd Nazri Abdul Aziz
Jamil Khir Baharom
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Mohd Ali Rustam
Rafidah Aziz
Abdul Ghani Othman
Shahidan Kassim
Aziz Sheikh Fadzir
Kamalia Ibrahim
Razali Ibrahim
Wan Norashikin Wan Nordin

KETUA PERHUBUNGAN UMNO NEGERI

Selangor - Najib Razak
Wilayah Persekutuan - Muhyiddin Yassin
Perak - Dr. Zambry Abd. Kadir
Pulau Pinang - Ahmad Zahid Hamidi
Kedah - Shafie Apdal
Perlis - Md. Isa Sabu
Kelantan - Mustapa Mohamed
Pahang - Adnan Yaacob
Terengganu - Hishammuddin Hussein
Negeri Sembilan - Mohamad Hasan
Melaka - Mohd. Ali Rustam
Johor - Abdul Ghani Othman
Sabah - Musa Aman

Yang ditandakan merah adalah dilantik oleh Presiden. - Kelab GB


TOYOTA CAMRY ATAU TOYOTA ZAMBRY?

Sebelum ini kita menyaksikan bahawa Zambry akan membuat lelongan Camry yang telah dibeli oleh Pakatan Rakyat. Tetapi, akibat terlalu fobia dengan istilah “Pakatan Rakyat”, terus sahaja dilelong kereta tersebut kerana beberapa sebab. Mungkin beliau melihat sekiranya Camry itu masih digunakan, ia akan menampakkan kesan pemerintahan PR sebelum ini.

Sebagai contoh, Tugu Negara dibina sebagai tanda perjuangan rakyat Malaysia sebelum ini. Manakala Camry yang masih ada hari ini sebagai kenderaan kerajaan, dianggap olehnya sebagai tanda perjuangan PR sebelum ini. Lalu beliau bertindak melelong kereta tersebut. Sama juga dengan Plak Pokok sebelum ini, selagi mana ia masih wujud, selagi itulah Zambry masih terkenang-kenang perjuangan PR. Lalu beliau bertindak menghapuskannya sehingga hilang kesan tersebut, umpama hilangnya kotoran degil.

Ya, mungkin Zambry menganggap bahawa tanda-tanda kewujudan pemerintahan PR, ibarat kotoran degil dan mesti ditanggalkan daripada pakaian kerajaan Perak. Namun, masih terdapat “kotoran degil” yang begitu degil dan saya yakin Zambry tidak dapat menghilangkannya. Apakah dia?

Lihatlah tajuk ini, nama Zambry hampir sama dengan Camry! Contohnya perkataan Camel dalam Bahasa Inggeris, dikatakan berasal daripada perkataan Jamal di dalam Bahasa Arab. Kedua-duanya bermaksud unta di dalam Bahasa Melayu. Ada sesetengah orang mengatakan bahawa asal perkataan ialah jamal lalu dicedok oleh Inggeris menjadi camel. Entah betul atau tidak.

Mereka mengatakan …. Jamal – jamel – camel…..

Entah betul atau tidak. Mungkin ia juga terlekat pada perkataan Camry.. atau Zambry…

Zambry – Cambry – cambry….

Dengan menukarkan huruf pertama, sama seperti jamal tadi. Apa yang dapat dilihat di sini, nama tersebut hampir serupa. Ya, walaupun Camry dilelong, namun nama beliau tetap Zambry. Apabila mendengar nama Zambry, orang ramai akan teringat perjuangan PR sebelum ini. seolah-olah diabadikan sepertimana Camry dan Plak Pokok yang menghantuinya selama ini.

Bagaimana lagi untuk menghilangkan sejarah perjuangan PR di Perak? Nama beliau sendiri hampir sama dengan Camry! Adakah beliau akan bertindak menukar nama selepas ini? Saya yakin, beliau tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghilangkan memori sejarah perjuangan PR. Ini kerana pada dirinya sendiri sudah tertulis tentang sejarah perjuangan PR.

Kalau sebelum ini, Pitagoras telah mengabadikan nama dia di dalam teori ciptaannya sehingga membentuk Teori Pitagoras. Begitu juga dengan Algebra dan lain-lain. Manakala di Perak, telah muncul sejarah PR disebabkan kewujudan nama Zambry. Maka, semua orang yang bernama Zambry akan rasa terpalit dengan tahi yang dihasilkan olehnya. - Drfikrah/Greenboc