28 Okt 2007

Pendakwaraya Kes Altantuya Hapuskan Motif melibatkan Najib ?

Posted on Wednesday, June 20 @ 16:11:09 MYT by greenboc
Respon @ Ulasan  Melihatkan teks pertuduhan dilakukan team Tun Abdul Majid pada hari pertama kes melibatkan kematian tragik Altantuya , pendakwaraya seolah olah membuat pertuduhan seakan akan ia adalah kematian biasa melibatkan "pergaduhan suami isteri".. malah motif dan tuduhan agak lemah? ceritanya berkisar ugutan keatas Razak baginda dan mangsa yang terlibat diperlihat sebagai pelacur jalanan yang meminta sedikit duit bagi menutup cerita jalang mereka.

Hakikatnya jauh berbeza kalau dilihat keterangan dari bapa Altantuya, apa yang menjadi telahan Anwar Ibrahim dan bapanya Altantuya memang terlihat kebenarannya seawal hari pertama pertuduhan. Motif pertuduhan disempitkan skopnya. janganlah diungkit kisah pertukaran hakim dan pendakwaraya yang sememangnya memalukan itu. memang jelas mereka merencana sesuatu? sebenarnya mereka pendakwa cuba menghilangkan Motif melibatkan Tan Sri Najib Tun Abdul Razak.

polisApakah begitu bodoh Polis Malaysia membuat siasatan seperti kes pelacur mati dijalanan? lupakah mereka yang Altantuya itu berurusan perniagaan yang mencecah angka billion bersama Abdul Razak? lupakah mereka bahawa Altantuya menguasai 5 bahasa asing, apakah kalau pelacur kelas tinggi sekalipun bisa menguasai 5 bahasa asing dan memiliki 2 kesarjanaan? dan seperti mana didedahkan bapa Altantuya bahawa Altantuya bukan Model, dan benarlah konspirasi media malaysia yang melibatkan sama media mongolia memburukkan Altantuya memang amat menjijikkan. media malaysia hilang rasa kemanusian dan seakan akan berada bersama team orang penjenayah? media mereka reka motif dan persepsi orang ramai. mereka mahu Altantuya dilihat seperti pelacur berbanding seorang ahli perniagaan.

selain itu, selipar yang dikatakan dijumpai didalam kereta tertuduh, menambah kebodohan seorang anggota khas polis yang boleh leka dengan bukti sebesar itu, penagih dadah yang menjalan kerja jenayahpun tahu membersihkan kesan darah dan bahan bukti. selain itu, tuduhan Altantuya mengugut mencederakan anak Razak baginda satu lagi perkara yang lebih kepada menyempitkan skop kepada perkara yang tidak logik. motif mereka satu, memperlihatkan imej Altantuya sebagai jahat dan Pelacur jalanan. malah cerita penting seperti urusniaganya dan apa hubungan perniagaan digelapkan pendakwaraya dan cerita cerita dongeng pula diketengahkan pendakwaraya. nada serius sahaja tidak cukup jika pertuduhan dan siasatan seperti menyiapkan kertas pertuduhan kes pergaduhan suami isteri, andai peguam pemerhati Karpal Sing membangkitkan isu urusniaga nanti ,pasti hakim akan berkata "Tidak Relevan" dan istilah ini akan kembali popular selepas ini. jika siasatan dan pertuduhan sebeginirupa,tidak hairan man dato' yang begitu kejam lepas begitu sahaja, malah Hanif Basri yang air maninya disahkan berada di rongga dubur Norita samsuddin pun boleh terlepas dari hukuman,inikan jika kes melibatkan kes yang berprofile tinggi.

gpIngat !! Gani Patail pernah bekerja untuk Najib pada Pilihanraya Ijok, maka tak hairan kali ini berkerja lagi untuk Najib. begiu juga Polis. sewaktu pilihanraya tiba tiba sahaja pihak Polis mengeluarkan keputusan DNA anak Altantuya yang disahkan bukan anak warga Malaysia? apa motifnya diumumkan waktu pilihanraya Ijok. mengesahkan lagi mereka bekerja untuk Najib apabila bapa Altantuya mengesahkan Polis tidak pernahpun mengambil darah anak Altantuya bagi ujian klinikal bagi ujian DNA.bagaimana mereka mendapat keputusan bagi ujian tersebut sewaktu pilihanraya Ijok. semunya kerana mahu mempertahankan imej Najib di Ijok.

percaturan sebenarnya berlegar antara Paklah dan Najib bagi kes Altantuya. malah diwaktu pendakwa raya bertungkus lumus mempertahankan Najib, sudah ada rundingan luar antara Najib dan Paklah. maka tidak hairanlan jika baru baru ini Najib secara terbuka mengatakan dia akan setia sebagai orang nombor dua. namun ramai peganalisis berkata pergolakan tetap juga akan berlaku,!!


dari Refomis Muda
AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!!

AWAN TETAP LAWAN


USAHA UNTUK BERSIHKAN RAZAK BAGINDA?

Di dalam saru perkembangan lain di Mahkamah, orangramai sudah dapat menghidu tentang terdapatnya "usaha" untukmembersihkan nama Razak Baginada apabila orang ramai yang menghadiri prosiding kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 28, di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, terkejut dengan kehadiran ahli keluarga Abdul Razak Baginda yang RATA-RATA tanpa segan dan gentar memakai baju-T putih bertulis kata-kata menyokong penganalisis politik itu.

TSHIRTIsteri Abdul Razak, Mazlinda Makhzan memakai baju-T bertulis ‘Mrs Razak Baginda’ di depan manakala di belakang pula tertera ‘..And proud of it!’.

Baju-T anak perempuannya, Roweena, 20, turut menarik perhatian apabila memakai jaket hitam berserta baju-T putih tertera ‘Roweena Razak Baginda’ di depan manakala di belakangnya terpapar perkataan ‘..And proud of it !’.

Ahli keluarga lain tertuduh ketiga itu juga memakai baju-T tetapi berlainan tulisan yang memberitahu hubungan mereka seperti abang, sepupu dan kakak kepada Abdul Razak.

greenboc

Tiada ulasan: