Altantuya Shaariibuu @ Aminah Abdullah (Bahasa Mongolia: Алтантуяа Шаарьбуу) (1978-2006), seorang rakyat Mongolia, merupakan seorang mangsa bunuh yang mana baki mayatnya telah dihancurkan dengan bahan letupan C4.
KEHIDUPAN AWAL
Altantuya telah dilahirkan pada tahun 1978, kepada bapa Shaaribuu Setev, seorang profesor psikologi, dan ibu Sh Altantsetseg. Mereka membesarkan beliau dan adiknya semasa mereka bekerja di Russia di mana Altantuya memulakan persekolahan awal. Beliau fasih berbahasa Mongolia, bahasa Russia, bahasa Perancis dan bahasa Inggeris.
Altantuya telah balik ke Mongolia dalam tahun 1990 dan kemudian berkahwin dengan seorang penyanyi tekno Mongolia bernama Maadai. Mereka mendapat seorang anak dalam tahun 1996 tetapi perkahwinan ini berakhir dengan penceraian dan anak ini diletakkan di bawah ibubapa beliau.
Di sebalik bekerja sebagai seorang guru, dalam masa singkat Altantuya telah berpindah ke Perancis di mana beliau menghadiri datu sekolah permodelan sebelum balik ke Mongolia. Beliau hanya menjadi model separuh masa, juga membuka satu perniagaan pelancongan di Mongolia, walaupun ia tidak banyak berjaya.
Altantuya berkahwin sekali lagi dan mendapat seorang anak perempuan dalam tahun 2003 tetap perkahwinan kedua juga berakhir dengan perceraian. Sama seperti anak yang pertama, anak yang kedua juga hidup dengan kedua ibubapanya.
PEMBUNUHAN
Beliau telah dijumpai secara ngeri di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja, dekat Shah Alam, Selangor antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006. Mayatnya ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan dengan bahan letupan C4.
Lokasi itu berdekatan dengan Empangan Tasik Subang .Beliau merupakan model sambilan dari Ulan Bator, ibu negara Mongolia, utara China. Cebisan mayat Altantuya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.
Pakar patologi mengesahkan cebisan mayat itu milik Altantuya dan disyakki dibunuh dengan letupan C4 iaitu "probable blast related injuries" (kecederaan berkaitan letupan).
Enam orang ditahan termasuk Abdul Razak Baginda Cif Inspektor Azilah Hadri (30 tahun) dan Koperal Sirul Azhar Umar ( 35 tahun). Azilah Hadri dari Unit Tindakan Khas . Dua lelaki penyiasat persendirian (45 dan 35 tahun ) disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut. Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid meluluskan permohonan polis bagi menahan reman dua bekas anggota polis itu dan kini ditahan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Malaysia.
Seorang Cif Inspektor dari Unit Tindakan Khas, seorang Lans Koperal wanita dari Kontinjen Polis Petaling Jaya dan seorang konstabel turut ditahan reman 7 hari. Mereka ditahan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes bunuh.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengesahkan beliau telah meminta bapa, ibu dan anak Altantuya yang menetap di Ulan Bator, Mongolia untuk datang ke Malaysia bagi memberi keterangan dan ujian darah DNA.
Para pegawai pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara, anggota Jabatan Forensik Bukit Aman serta pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) membuat pemeriksaan semula di Empangan Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.
FAKTA MAHKAMAH
Tertuduh : Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Abdullah Baginda
Hakim : Datuk Mohd Zaki Md Yasin
Pendakwa : Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Manoj Kurp, Wong Chin Kiat, Noorin Badaruddin dan Hanim Rashid.
Peguam bela : Wong Kian Kheong ( peguam bagi Abdul Razak Baginda),
Hazman Ahmad ( Peguam Azilah Hadri), J Kuldeep Kumar ( Peguam Azilah Hadri ), Ahmad Zaidi Zainal, Kamarul Hisham Kamarudin ( Peguam Sirul Azhar Umar)
RAZAK BAGINDA
Abdul Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungan intim dan sulit dengan Altantuya. Beliau merupakan seorang penganalisis politik yang begitu prolifik di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Analisis beliau tentang isu-isu politik dan pertahanan di Afghanistan, Iraq dan Palestin diterima umum sebagai pendapat atau senada dengan pendapat rakyat Malaysia.
Razak Baginda yang berumur 46 tahun, menjadi ketua institut pemikir tempatan direman selama 5 hari kerana menculik dan berniat mengurung Altantuya. Jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, beliau boleh dipenjara sehingga 7 tahun dan dekenakan denda.
Rumah Razak Baginda di Bukit Bandaraya dan di Damansara Height digeledah oleh pihak polis bagi mendapatkan sebarang maklumat.Pasport, komputer riba, komputer peribadi dan beberapa barangan peribadi lain telah diambil untuk dianalisis.
Peguam Razak Baginda ialah Datuk Muhammad Shafee Abdullah memantau barang-barang yang diambil oleh pihak polis.
Pada 11 November 2006, Razak Baginda dimasukkan ke Wad Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat asma dan penimbunan cecair dalam paru-paru selepas mengadu sakit dada.Kini dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari HKL dengan kawalan polis.
Pada 16 November 2006, Abdul Razak Abdullah Baginda dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.Razak didakwa bersubahat membunuh Altantuya, 28, dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas (UTK) di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, No. 148, Jalan Ampang di sini antara pukul 9.54 pagi dan 11.05 pagi, 18 Oktober 2006.
Razak didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama. Jika disabitkan dengan kesalahan, Abdul Razak boleh dihukum gantung sampai mati.
Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani pada kira-kira pukul 12.47 tengah hari disaksikan oleh ahli keluarga Abdul Razak termasuk ibu bapanya, isteri yang merupakan seorang peguam, Mazlinda Makhzan dan anaknya, Rowina, 19.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin Saidin dan Noorin Badaruddin manakala Abdul Razak diwakili dua peguam bela, Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan M. Puravelan.
BIODATA ALTANTUYA
Altantuya Shaariibuu, 28, dari Ulan Bator, Mongolia disyakki ditembak mati sebelum mayatnya diletupkan dengan tiga butir bom tangan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia menguasai bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Mongolia.
Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bataar. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan.
7 / 8 Oktober 2006 Altantuya ke Malaysia bersama adik perempuan dan sepupunya mencari Razak Baginda, bapa kepada bayi lelakinya yang berusia 16 bulan. Anak kecilnya bernama Altanchagai.Altantuya mahukan Razak Baginda membiayai kos rawatan lebihan cecair di kepala Altanchagai.
19 Oktober 2006 : Adik dan sepupu Altantuya membuat laporan polis dan kemudian mendapatkan bantuan daripada Kedutaan Mongolia di Bangkok.
Dr Shariibuu Setev seorang profesor psikologi dan isterinya Altentsetseg Sanjaa (52) tinggal di daerah Bayangol, 19 horoo, Block 56, Apartmen 28, Ulanbaatar, Mongolia.
KELUARGA ALTANTUYA
10 November 2006 : Dr Shariibuu Setev (56) tahun) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang jam 6 petang . Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan ke Hospital Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dan ujian sampel DNA. Polis bahagian forensik menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas Shaariibuu Mash-Muj untuk mengesahkan kesahihan identiti cebisan mayat yang dikutip oleh unit forensik di Empangan Tasik Subang . Sampel darah ibunya, Altantsetseg, 53 turut dibawa dari Mongolia. Sampel darah Altanchagai, 16 bulan, belum diambil lagi. Altanchagai sedang sakit dan sedang mendapatkan rawatan di Mongolia.
Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi mengiringi Dr Shariibuu Setev dan memberikan sidang media di di pejabat Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia di Sunway Damansara .
Shariibuu Setev merupakan Pengarah Pusat Maklumat dan Pendidikan, Iniversiti National Mongolia. Beliau menyifatkan anaknya sebagai penyayang, berpelajaran tinggi, sentiasa mengambil berat dan amat disayangi, dan beliau tidak menduga anaknya dibunuh dengan kejam.
4 Jun 2007 : Shariibuu Setev ,Burmaa @ Amy (28 tahun), dan dua lagi saudaranya ke Malaysia. Shariibuu Setev tidak pernah berjumpa dengan Razak Baginda sebelum ini. Tetapi Burmaa @ Amy pernah berjumpa dengan Abdul Razak Baginda di Mongolia 'beberapa kali'.
RIAKSI ANTARABANGSA
Media antarabangsa seperti Fuji TV dari Jepun dan Channel News Asia (Singapura) turut membuat liputan.
Kerajaan Mongolia mengarahkan Kedutaan Mongolia di Bangkok, Thailand menghantar surat rasmi bagi mendapatkan penjelasan terpeinci dari Wisma Putra .
Duta Mongolia di Bangkok akan menyerahkan surat daripada kerajaan Mongolia kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, bersabit kes itu.
Laporan media akan kelihatan subjudis dan menghina mahkamah. Kenyataan media oleh Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi boleh menjejaskan proses undang-undang.
Peguam asal Razak Baginda iaitu Datuk Muhammad Shafee Abdullah memohon mahkamah mengeluarkan injunksi bagi melarang kenyataan tanpa wibawa.
Akhbar The New Paper dari Singapura turut mengikuti berita ini. Pihak akhbar tersebut telah menyiarkan 5 halaman termasuk halaman utama tentang kes tersebut pada 18 Jun 2007 apabila kes itu mula dibicara. Akhbar tersebut bukan sahaja melaporkan berita keadaan dalam mahkamah malah turut membuat liputan tentang hal-hal yang berlaku di luar mahkamah.
HAKIM PERBICARAAN
Peguam Negara Dato Abdul Ghani Patail telah memilih Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin sebagai hakim perbicaraan kes ini yang akan akan diadakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Oleh itu perbicaan telah dipercepatkan ke tarikh 4 Jun 2007. Kemudian ditunda ke 18 Jun 2007 kerana pertukaran barisan pendakwaraya.
18 Jun 2007 : Karpal Singh menyarankan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin menarik diri kerana mungkin disangka berat sebelah. Ini kerana beliau merupakan tiga (se)pupu dengan arwah isteri peguam Azilah, Hazman Ahmad yang meninggal dunia tahun 2005 . Tapi Mohd Zaki menyatakan dirinya masih layak.
19 Jun 2007 : Dr Shaariibuu Setev dan kerajaan Mongolia mengemukakan rayuan di Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi melalui firma guaman Karpal Singh & Co agar hakim lain mendengar kes itu.
Permohonan Karpal Singh agar dia dibenar memeriksa balas saksi ditolak kerana Karpal bukanlah peguambela kes ini.Tapi boleh menyoal saksi melalui mahkamah dan juga boleh mengemukakan soalan melalui pihak pendakwaan.
BARISAN PENDAKWA RAYA
4 Oktober 2007 sejurus prosiding bermula, Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yassin di Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa beliau, Manoj Kurup dan Wong Chiang Keat, baru dilantik lewat petang 3 Jun 2007. Penukaran pendakwaraya sepatutnya diberi notis sebulan.
Pendakwa raya sebelum ini ialah Ketua Unit Kes Terkelas dari Jabatan Peguam Negara Sallehuddin Saidin dan Timbalan Pendakwa Raya Noreen Badaruddin. Mereka telah ditukar oleh Peguam Negara, Abdul Ghani Patail.
- Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yassin menetapkan tarikh baru, 18 Jun 2007 bagi posiding / perbicaraan Altantuya. Sementara itu Abdul Razak Abdullah Baginda dihantar di Penjara Sungai Buluh, Selangor.
- 19 Jun 2007 : Tun Majid selaku Ketua Bahagian Guaman yang mengetuai pendakwaan memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawaKetua Unit Jenayah Seksual dan Jenayah Am, Noorin Badaruddin turut menyertai pendakwaraya.
PEGUAMBELA
Cif Inspektor Azilah Hadri mulanya akan dibela oleh Zulkifli Nordin. Tapi Zulkifli Nordin menarik diri kerana ada campurtangan serius pihak ketiga sewaktu pembelaan dan perbicaraan .
Kemudian peguam Hamzah Ahmad dan Kuldeep Kumar dilantik sebagai peguambela Azilah Hadri.
SAMAN
4 Jun 2007 : Shaariibuu Setev (bapa) Altantyuya), Altantsetseg Sanjaa (ibu) dan dua anak lelaki wanita itu Mungunshagai Bayarjargal, 9, dan Altanshagai Munkhtulga, 4, mengambil tindakan saman terhadap Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar, Abdul Razak Abdullah Baginda dan kerajaan Malaysia. Mereka menuntut gantirugi RM100 juta atas kematian Altantuya.
Writ saman itu difailkan oleh firma guaman Messrs Karpal Singh & Co di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam pada 4 Jun 2007.
Alasannya ialah kehilangan dan kerugian terutama kedua-dua anak lelaki Altantuya yang kehilangan kasih sayang ibu dan satu-satunya pencari nafkah untuk mereka.
Kos RM10,000 setiap tahun bagi rawatan perubatan untuk anak Altantuya, Altanshagai, yang kurang upaya dan memerlukan rawatan perubatan setiap masa di sebuah hospital di Beijing.
Mereka gantirugi teladan dan teruk, faedah, kos, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Konsul Kehormat Mongolia ke Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi memberitahu bahawa Shaariibuu Setev datang bersama Burmaa, Almira, Gal Ochir, untuk menjadi saksi pendakwa .Mereka tinggal di Malaysia selama lapan hari dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia.
PAKATAN BUNUH
Prosiding dimulakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Jun 2007. Lebih 100 saksi akan dipanggil dan jika tiga tertuduhn sabit kesalahan, hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan kes ini amat bergantung kepada keterangan langsung, keterangan ikut keadaan, keterangan pakar, keterangan saintifik, keterangan dokumenteri, pengakuan tertuduh kedua kepada pegawai atasannya dan beberapa keterangan lain di samping mengaitkan beberapa barang kes yang dijumpai.
Abdul Razak Abdullah Baginda, 46, dituduh bersuhabat dengan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar. Abdul Razak didakwa membuat pakatan dan rancangan bunuh di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara 9.54 pagi dan 10.05 pagi pada 18 Okt 2006.
Pakatan bunuh dengan cara letupan C4 diadakan di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi pada 18 Okt dan 9.45 malam pada 19 Okt 2007.
RENTETAN PERISTIWA
Pada Ogos 2005 hubungan intim Abdul Razak dengan Altantuya terputus tetapi masih memberi wang kepada Altantuya apabila dituntut.
Januari 2006, Abdul Razak mula enggan melayan tuntutan wang itu, lantas Altantuya terdesak ke Malaysia beberapa kali untuk menuntut sendiri daripada Abdul Razak.
8 Oktober 2006 Altantuya ke Malaysia ditemani dua teman wanita dari Mongolia untuk menemui Abdul Razak di pejabat tapi Abdul Razak enggan ditemui. Altantuya meninggalkan nota-nota .
Altantuya melantik penyiasat persendirian untuk mencari alamat rumaj Abdul Razak. Altantuya dikatakan mengugut akan mengancam nyawa Roweena Abdul Razak (anak Abdul Razak) jika tuntutan wang gagal.
Akibat enggan melayan tuntutan dan karenah Altantuya Abdul Razak melantik B Balasubramaniam seorang pegawai penyiasat persendirian bagi mengekori Altantuya, mengawal rumahnya (Abdul Razak) untuk mengelak daripada terus diganggu. Namun Altantuya terus mengganggunya.
Selepas Azilah menemui Abdul Razak, Azilah membawa pembantunya Sirul Azhar ke lobi Hotel Malaya di mana Altantuya menginap. Sekeping nota tercatat nama penyiasatan persendirian yang dilantik Abdul Razak, alamat hotel Altantuya dirampas di pejabat Abdul Razak.
Abdul Razak enggan menemui Altantuya di pejabatnya . Lalu Altantuya ke rumah Abdul Razak di Damansara Heights dan Altantuya mahu buat laporan polis.
Sebelum itu, Abdul Razak melalui Balasubramaniam Perumal,penyiasat persendiriannya menasihati Altantuya tidak membuat laporan polis kerana akan menjejaskan reputasinya.Abdul Razak juga mahu pihak Imigresen menghantar simati pulang tetapi tidak berjaya.
Kes masih dibicarakan di mahkamah.
disusunsemula oleh Greenboc
maklumat dari wikipedia
(Greenboc juga melibatkan diri di dalam memberi input untuk Wikipedia)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan