Polis tunduk kepada gangsterisme Umno
REMBAU: PKR Cabang Rembau hari ini melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap Polis DiRaja Malaysia yang gagal menjamin ketenteraman dan sebaliknya tunduk kepada gangsterisme Umno di kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mohamad Hasan.
Setiausahanya Norazizi A Aziz dalam kenyataan kepada FMT sebentar tadi menyatakan kekesalan tersebut apabila pihak polis daerah Seremban gagal memberikan permit untuk program ceramah yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada malam ini di Taman Jed Indah, Kuala Sawah, Rantau.
Menurut Norazizi, pada 6 Februari lalu telah dijadualkan satu program ceramah di pekan Kuala Sawah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau dan Parlimen Rembau.
“Namun ketika persiapan tapak dilakukan pada hari tersebut, sekitar jam 6 petang sekumpulan lelaki dengan diketuai oleh ketua kampung Kuala Sawah hadir dengan bersenjatakan parang.
“Ketika kekecohan berlaku di lokasi yang hanya jaraknya sekitar 300 meter dari Balai Polis Kuala Sawah, ada anggota polis datang dan selepas bercakap dengan ketua kumpulan penyerang (Ketua Kampung), anggota polis tersebut terus beredar.
“Selepas itu PKR membuat laporan polis mengenai serangan dan ugutan bersenjata namun polis gagal mengambil tindakan hanya kerana beliau merupakan ketua kampung yang dilantik Menteri Besar.
“Serangan bukan sahaja dengan menggunakan senjata tetapi juga bersifat perkauman apabila Ketua Kampung lantikan Umno itu mencarut dan memaki hamun petugas-petugas PKR berbangsa India yang ada bersama termasuk ugut ‘mandi darah’,” kata Norazizi.
Pada masa yang sama katanya, apabila berita ini tersebar ada juga sekumpulan orang kampung yang menyokong Pakatan Rakyat dalam perjalanan untuk datang ke lokasi kejadian.
Bagaimanapun untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku PKR Rembau membuat keputusan program ceramah tersebut ditangguhkan sahaja.
“Kali ini kami telah mengatur satu lagi program ceramah dengan mengubah sedikit lokasi ceramah iaitu di Taman Jed Indah tetapi masih berdekatan dengan pekan Kuala Sawah.
Umno guna otot, tidak guna otak
“Namun sejak semalam telah disebarkan sms daripada Ketua Kampung Kuala Sawah memanggil orang-orang Umno berkumpul untuk ‘menghancurkan’ program pembangkang di Dun Rantau, kawasan Menteri Besar.
Malahan sejak pagi tadi kami mula mendapat panggilan dari pihak polis yang ‘menasihati’ agar program tersebut dibatalkan kerana mahu mengelak berlakunya kekecohan.
“PKR amat kecewa dengan sikap polis ini. Demokrasi sudah tiada tetapi undang-undang negara semakin menjadi hukum rimba.
“Mengambil sikap mengelakkan daripada kekecohan maka program ini akan ditukar lokasi ke lain tetapi tetap di Dun Rantau yang kononnya kubu kuat Menteri Besar, ” jelas Norazizi.
Norazizi berkata Umno sebenarnya semakin lemah dan mereka panik apabila semakin ramai rakyat mengetahui maklumat sebenarnya.
Oleh kerana Umno semakin sedar maka mereka gagal menggunakan otak untuk berhujah sebaliknya terpaksa bergantung guna otot pula.
Umno menyebabkan politik negara menjadi politik rimba.
Justeru itu program ceramah tersebut akan diadakan pada malam ini di perkarangan Pejabat PKR Rantau (depan setesen Petronas) di Pekan Rantau.
Bertemakan “Pendedahan Hubungan Dagang Malaysia–Israel dan isu lembu NFC”, pemimpin yang akan menyampaikan ceramah pada malam ini ialah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli; Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) dan Adun Paroi dari PAS, Mohd Taufek Abdul Ghani. -FMT

PKR dakwa ceramah diugut 'mandi darah'
PKR mendakwa pihaknya terpaksa menangguhkan ceramah pada bulan lalu di Rembau kepada hari ini selepas sekumpulan lelaki bersenjatakan parang mengugut untuk 'mandi darah' semasa persiapannya.
Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, dalam insiden pada 6 Februari lalu, berlaku kekecohan sehingga mengundang kedatangan polis ke tempat itu di Pekan Kuala Sawah.
"Selepas bercakap dengan ketua penyerang, anggota polis terus beredar. Kemudian PKR membuat laporan polis mengenai serangan dan ugutan bersenjata namun polis gagal mengambil tindakan hanya kerana dia ketua kampung yang dilantik menteri besar Negeri Sembilan.
"Serangan bukan sahaja bersifat bersenjata tetapi juga bersifat perkauman apabila ketua kampung itu mencarut dan memaki hamun petugas berbangsa India yang ada bersama dan mengugut untuk 'mandi darah'," dakwa Badrul dalam blognya.
Sehubungan itu, Badrul berkata, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, penganjur menangguhkan ceramah tersebut dan turut mengubah lokasinya.
"Sejak semalam, telah disebarkan SMS dari ketua kampung itu dan memanggil orang Umno untuk berkumpul bagi 'menghancurkan' program pembangkang di kawasan menteri besar (DUN Rantau)," dakwanya lagi.
Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard turut melahirkan rasa dengan pihak polis yang didakwanya lemah dalam menjamin ketenteraman dan akur dengan "gangsterisme" Umno.
"Umno sebenarnya makin lemah. Mereka panik apabila makin ramai rakyat mengetahui maklumat sebenarnya kerana makin sedar.
"Mereka makin gagal guna otak untuk berhujah maka mereka terpaksa bergantung guna otot pula. Umno membawa politik negara menjadi politik rimba," katanya.
Lokasi ceramah kini diubah ke hadapan pejabat PKR di pekan Rantau.
Ceramah malam ini akan dihadiri oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani dan Badrul sendiri. -mk