4 Jan 2017

[VIDEO] Kelantan Dilanda Banjir Besar, Idris Ahmad Tak Mahu Ulas Lagikah?

Mangsa banjir di Kelantan terus bertambah

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan hari ini semakin bertambah berikutan hujan lebat berterusan dan kadang kala renyai.

Menurut ePortal Banjir Kerajaan Negeri sehingga jam 12 tengah hari jumlah mangsa bertambah kepada 4,218 orang membabitkan 1,455 keluarga ditempatkan di 50 pusat pemindahan.

Daerah paling banyak yang dipindahkan adalah di jajahan Pasir Mas melibatkan kawasan Rantau Panjang, Alor Pasir, Gua Periok, Kangkong dan Kubang Gadong dengan 2573 mangsa terdiri daripada 1004 keluarga.