10 Ogo 2016

Apabila TITM Terpaksa Menelan Kata-katanya Semula....

Langkah sekat portal Sarawak Report silap besar

KUALA LUMPUR: Langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kerajaan Malaysia menyekat laman sesawang Sarawak Report adalah satu kesilapan besar dan bakal memakan diri.

"Pertama, di alam internet hari ini, sekatan itu tidak akan menjadi efektif malah menyemarakkan lagi keinginan rakyat dan masyarakat antarabangsa untuk membaca apa yang dipaparkan laman itu," ujar Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tindakan itu akan menyebabkan rakyat memberikan kepercayaan lebih kepada Sarawak Report berbanding kerajaan Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau pihak yang merasakan Sarawak Report sedang menyebarkan fitnah perlu memfail saman fitnah terhadapnya.