28 Apr 2017

[VIDEO] PAS Sedang Menuju "Jahanam"

Ulamak yang memilih Kemungkaran...!

1. Saya memilih utk ikuti live ulamak Pas bermuktamar pagi ini. Sebaik sahabat saya Ustaz Mohd Nazri Chik selesai aluan, ucapan sulung adalah wakil Kedah Ustaz Rejab Md Akhir.

2. Belum pun sempat berucap, semua yg hadir diajak bangun dan sama laung kata semangat, yg terus disusuli kata "jahannam PAN".

3. Allahu... Saya benar tergamak, terdiam, tak terkata beberapa saat. Itu rupanya kalimah pertama hari mulia 1 Syaaban 1438H ini, didoakan oleh perwakilan dlm satu majlis besar yg berkumpul semua ahli agama parti itu. Ada yg dilihat tak selesa, namun tak ada pun seorg bangkit tegur maksiat akhlaq dihadapan mereka itu...!

20 Apr 2017

[VIDEO] Dana Pencen, Tabung Haji Masuk Akaun Najib, Jho Low

WANG PENCEN DARI SRC INTERNATIONAL DAN WANG TABUNG HAJI DIGUNAKAN UNTUK MEMBAYAR JHO LOW

Pendedahan saya berkenaan dana SRC International Sdn Bhd yang dipindahkan ke akaun Dato’ Seri Najib Tun Razak sebenarnya mahu menumpukan perhatian rakyat kepada isu yang lebih besar iaitu bagaimana wang dari tabung pencen rakyat dan wang dari Tabung Haji akhirnya diselewengkan kepada Jho Low.

Hari ini, saya akan buktikan bagaimana Jho Low menjadi penerima terbesar aliran wang dari tabung rakyat melalui SRC International Sdn Bhd yang mendapat dana dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) sebanyak RM4 bilion.

18 Apr 2017

Alahai PAS, Bila Dah Terdesak Najis Pun Dicapai

Husam beri amaran saman penulis blog dakwa terima duit judi

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa menafikan dakwaan seorang penulis blog bahawa beliau menerima wang daripada sebuah syarikat perjudian untuk kegunaan Pas sewaktu masih berada dalam parti itu.

Dakwaan itu dibuat seorang penulis blog Zaharin Mohd Yasin yang menulis di Facebooknya pada 10 April lalu.

17 Apr 2017

[VIDEO] Najib Lantik Sepupunya, Hisamuddin Tanda PRU Dah Dekat

Pelantikan Hishammuddin di JPM tanda PRU sudah dekat, kata Khalid

Pelantikan naib presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah tanda pilihan raya umum akan diadakan dalam masa yang terdekat.

"Silap-silap parlimen akan dibubar sebelum sidang akan datang Julai depan," kata pengarah komunikasi parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad di ceramah perdana Pakatan Harapan (PH) di Slow Machang, Pasir Mas malam tadi.

Beliau menjangka pelbagai kemungkinan boleh berlaku melalui tindakan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak melantik sepupunya itu sebagai menteri tugas-tugas khas.

15 Apr 2017

[TERKINI] Rafizi Jawab PAS, Minta Nasha Isytihar Harta

NASHARUDDIN PERLU BUAT AKUAN BERKANUN ISYTIHAR HARTA, KHAIRUDDIN PATUT SIASAT LEBIH MENDALAM MAKLUMAT SKANDAL 1MDB

Saya telah menjangkakan kesemua reaksi yang bakal diberikan apabila saya mendedahkan mengenai aliran wang dari dana SRC Internasional Sdn Bhd ke akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, seterusnya sampai ke akaun Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa.

Ada pimpinan terkanan PAS yang menggelarkan saya kaki fitnah, ada yang menyuruh saya bertaubat. Seperti kebiasaannya saya dihukum dengan pelbagai gelaran dan penghinaan. Ada penyokong PAS yang tidak putus-putus menghantar mesej (melalui media sosial atau pesanan Whatsapp) menuduh saya kafir, ejen Yahudi dan pelbagai lagi.

[VIDEO] Rafizi Lapor Ke SPRM, Minta Nasha Letak Jawatan Penasihat SPRM

Akuan bersumpah Rafizi buat laporan di SPRM hari ini

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai akuan bersumpah bahawa bekas pemimpin Pas Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau berkata, SPRM sudah pun mempunyai maklumat mengenai pemindahan wang dari SRC kepada beberapa akaun.

14 Apr 2017

Terbukti, PAS Yang Pondan, Bukan Rafizi

Rafizi: Cukuplah menjadi pondan Oleh NIK BAHRUM NIK ABDULLAH

SECARA tiba-tiba keluar pula dari mulut Rafizi kononnya beliau tahu duit 1MDB mengalir ke akaun seorang yang rapat dengan PAS. Tak cukup dengan itu dicabarnya pula presiden PAS menjawab perkara itu.

Sebelum ini tuduhan yang lebih kurang sama dibuat oleh orang terbuang dari PAS. Cuma bezanya orang terbuang itu sempat memberitahu nama bank transaksinya.

Dewan Pemuda PAS seluruh negara telah membuat laporan polis dan mencabar orang terbuang itu membuktikan kata-katanya. Tetapi hingga sekarang cabaran itu senyap seribu bahasa.

Barangkali Rafizi cuba mengalih isu. Kejayaan membentangkan usul RUU bisa menenggelamkan namanya. Dicari dalam 'pen drive'nya sisa-sisa isu. Lalu dikutip kembali kata-kata orang terbuang PAS.

13 Apr 2017

[VIDEO] Rafizi Dedahkan Nasharuddin Terima Wang 1MDB, Khairuddin At-Tikiri Maklum

Rafizi: Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin terima wang 1MDB

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendakwa bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa pernah menerima dana berkait 1MDB, menunaikan janjinya semalam untuk menamakan individu tersebut.

Dalam akuan bersumpah yang ditandatanganinya hari ini, Rafizi berkata perkara itu diberitahu kepadanya oleh seorang bekas pegawai “paling kanan” dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan mengenai dakwaan salah guna dana 1MDB.

Dr Maza Jawab PAS, Siapa Sebenarnya Yang Keliru & Mengelirukan?

PAS kata pandangan Dr.MAZA mengelirukan umat islam tentang RUU355. Nah ini jawapan nya...

"Tahukah kamu apakah yang mengelirukan itu?

Yang mengelirukan itu ialah apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai berai, tidak makan makanan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti.

Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama.

12 Apr 2017

RUU355 - Alat & Muslihat Najib Untuk Kekal Kuasa

Tangguh RUU 355 muslihat Najib

Penangguhan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 berkait rapat dengan muslihat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mahu kekal berkuasa, tegas Rafizi Ramli (PKR-Pandan).

Menurutnya, Ahli Parlimen Pekan itu mempunyai kuasa untuk membenarkan sebarang usul atau akta serta dibincang, dibahas dan diluluskan.

"Seperti yang selalu saya sebut, saya bimbang dengan muslihat Pekan. Ini soal keikhlasan dan muslihat Yang Amat Berhormat Pekan kerana kita semua tahu dia mahu kekal berkuasa dalam keadaan dia adalah Perdana Menteri yang paling tidak popular dalam sejarah negara kita.

11 Apr 2017

[TERBAIK] Sidang Parlimen Rakyat Bahas RUU355

PEMBENTANGAN HUJAH AHLI PARLIMEN PAKATAN HARAPAN MEMBAHASKAN RUU355 - Rafizi Ramli

Saya dan 14 orang Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang lain telah menyertai satu program yang disiarkan secara #LiveFB bagi memberi ruang kepada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan membentangkan hujah-hujah kami membahaskan cadangan pindaan RUU355 yang dibawa Ahli Parlimen Marang.

Ini berikutan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menghentikan perbahasan secara tiba-tiba untuk menutup ruang Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan membentangkan pandangan dan hujah kami mengenai usaha memperkasakan mahkamah syariah.

10 Apr 2017

[VIDEO] Dokumentasi Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nik Aziz kukuhkan akidah, tiada kompromi terhadap korupsi

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menekankan kedua-dua nilai akhlak dan akidah dan sama sekali tidak akan berkompromi dengan segala macam korupsi.

"Beliau adalah cantuman antara akhlak dan akidah yang selalu saya sebut dalam ucapan-ucapan saya.

"Pemimpin-pemimpin Islam bercakap soal akidah tetapi akhlak tiada. Orang Islam di Malaysia memperjuangkan soal akidah, itu bagus.

"Tapi akhlak Islam ada pada orang Korea sebab mereka bangun lawan rasuah sehingga setiap Presiden mereka yang terlibat rasuah dihumban keluar.

9 Apr 2017

Isu Dedak RM90 Juta PAS Belum Saman SR, Rafizi Mahu Dedah Nama Tokoh.....

Sarawak Report: Belum ada notis saman PAS sampai hari ini

Editor Sarawak Report belum menerima sebarang notis saman meskipun sudah lebih 3 bulan tarikh akhir bagi pihaknya memenuhi tuntutan PAS berhubung laporan mendakwa pucuk pimpinan parti itu menerima RM90 juta daripada Datuk Seri Najib Razak, berakhir.

“Mereka mengugut untuk menyaman saya dalam masa seminggu jika saya tidak melakukan banyak perkara (yang dituntut) pada pertengahan Disember (lepas)… tetapi belum ada (sebarang tindakan),” kata Clare Rewcastle Brown kepada FMT menerusi e-mel. Katanya, peguam bagi PAS di United Kingdom masih belum mengemukakan sebarang notis guaman terhadapnya ataupun portal itu berhubung ancaman mereka.

8 Apr 2017

Siapa Sebenarnya "Bloody Fool"?

Tuan Speaker... ikut arahan gunakan kuasa juga 'bloody fool'

Tindakan Speaker Dewan Rakyat menggunakan kuasanya untuk menangguhkan perbahasan usul rang undang-undang akta 355 di Dewan Rakyat semalam juga boleh dianggap 'bloody fool' (sangat bodoh) kerana jelas penangguhan itu dibuat atas arahan pihak tertentu, tegas Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Dalam satu kenyataan hari ini, Salahuddin mengulas tindakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang secara tiba-tiba menangguhkan sidang Dewan Rakyat setelah anggota parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hasan berucap menyokong usul RUU Akta 355 yang dikemukakan anggota parlimen Marang.

5 Apr 2017

[VIDEO] OFF-POLITIK: Empat Warga Asing Rompak Wanita Di Mesin ATM

Orang Awam Bantu Tangkap Perompak Di ATM

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas orang awam yang membantu mangsa rompakan membawa kepada penahanan empat warga asing yang cuba merompak wang tunai sekurang-kurangnya RM3,000.

Wanita yang merupakan seorang penjawat awam pergi ke sebuah bank di Taman Maluri di sini pada kira-kira pukul 5.30 petang Isnin untuk mendepositkan wang tunai ke dalam akaunnya.

Sekumpulan empat lelaki kemudiannya datang menghampiri mangsa.

4 Apr 2017

RU355 Modal Politik Untuk Tutup Isu 1MDB Dan Penderitaan Rakyat

RUU355 Hadi dijangka dibentang dan tangguh lagi

Usul rang undang-undang (RUU) persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka dibentangkan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat, Khamis ini dan bakal ditangguhkan lagi.

Anggota-anggota parlimen BN juga sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dalam taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara itu disahkan oleh seorang anggota parlimen Umno kepada Malaysiakini yang enggan namanya disiarkan, berikutan diminta tidak bercakap kepada pihak media.

1 Apr 2017

Allah, Rakyat Juga Jadi Saksi Kepada Kebodohan Dan Kebebalan PAS

‘ALLAH, rakyat jadi saksi’

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu diberi peluang berhujah secara ilmiah dan demokrasi berhubung isu pindaan RUU Akta 355.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, langkah itu dapat memberi pencerahan kepada pihak yang takut dan ragu berhubung pindaan RUU 355 tersebut.

“Semoga ALLAH memberi laluan untuk Pas membentangkan RUU 355 dalam sesi Parlimen kali ini,” katanya.

Katanya, Pas menjalankan tanggungjawab ummah memperjuangkan RUU 355 ini.

“ALLAH SWT dan rakyat (akan) menjadi saksi,” katanya.