Azam Najib, ‘hidup mati saya di Pekan, bukan di tempat lain’KUALA LUMPUR, 19 Dis — Datuk Seri Najib Razak berazam untuk terus membangunkan Pekan, Pahang, kawasan Parlimennya, serta masyarakatnya dalam apa jua keadaan.
Perdana Menteri berkata, beliau akan terus berbakti kepada penduduk Pekan dalam apa jua keadaan, “senang dan susah, pahit dan getir serta ‘goge’ (kecoh) atau ‘libang libu’, tapi saya beriltizam, hidup mati saya di Pekan dan bukan di tempat lain.
“Justeru itu saya bersikap ‘babey’ (degil) bila berdepan dengan suasana sedemikian. Biarpun orang suruh saya pindah, saya bersikap ‘babey’ kerana saya nak buktikan bahawa orang Pekan tetap menyokong saya dan Alhamdulillah kita telah buktikan,” katanya.
Beliau (gambar) berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Anak-anak Pekan Bersama Perdana Menteri yang dihadiri hampir 6,000 warga Pekan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.
Majlis itu dianjurkan Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) sempena ulang tahun kesepuluh penubuhan kelab itu.
Najib berkata walaupun beliau tidak dapat melayan setiap kehendak peribadi penduduk Pekan, namun beliau tetap akan mengabdikan diri untuk terus membina masyarakat Pekan.
Dipetik Bernama Online, beliau berkata, segala kemajuan yang dikecapi Pekan pada masa ini tidak mungkin menjadi realiti sekiranya beliau tidak mendapat sokongan yang padu daripada masyarakat Pekan.
Perdana Menteri juga berharap warga Pekan akan terus membantu beliau sebagai Ahli Parlimen dan ketua kerajaan untuk melakukan perubahan yang besar kepada daerah yang mereka cintai itu.
“Saya harus sifatkan analogi atau ibarat saya macam pokok yang rendang dan bila pokok yang rendang ini mengeluarkan hasil dalam bentuk buah maka buah itu akan gugur ke bawah.
“Tidak ada buah yang gugur ke atas atau gugur ke tempat lain ... ia mesti gugur ke bawah. Bila ia gugur ke bawah maknanya orang Pekanlah dapat rahmat dan manfaat daripada kepimpinan saya sebagai ahli Parlimen atau atas apa jua jawatan yang saya sandang.
“Sama ada sebagai timbalan menteri dulu, lepas itu jadi menteri besar, menteri dan kini sebagai ketua kerajaan. Saya berasa amat bersyukur, bukti sokongan ini dalam pilihan raya yang lalu berkat sokongan tuan-tuan saya telah mendapat undi majoriti ahli Parlimen Barisan Nasional yang tertinggi iaitu 26,464 undi,” katanya.
Najib berkata banyak perubahan yang sedang giat dijalankan di daerah itu, termasuk pembinaan Lebuhraya Pekan-Kuantan dan penaiktarafan Pekan Waterfront serta Muzium Pekan.
“Pekan sebagai salah satu hab pendidikan di mana daripada taraf sebuah universiti sampailah ke sebarang bentuk institusi pendidikan telah dapat kita wujudkan di sini.
“Ini tidak termasuk projek yang akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat seperti projek agropolitan umpamanya yang sudahpun siap dan ada yang saya akan lancar yakni di Pulau Serai bulan ini,” katanya. -TMI
Ulasan GB
Demikian riaksi Najib yang kita tunggu-tunggukan.
Terbukti Najib tidak berkeupayaan untuk membuktikan bahawa beliau seorang pemberani atau seorang negawaran. Beliau hanya berani untuk bertanding di Pekan tetapi tidak di kerusi-kerusi yang masyarakatnya berbilang kaum.
Sebelum ini GB sudah memberikan ulasan. Petikan:
Benar kata Nurul Izzah, Najib perlu buktikan kata-katanya, perlu terjemahkan segala wawasannya dengan tindakan - tentang transformasi dan imej berbilang bangsa di Malaysia - dengan bertanding di kawasan yang masyarakatnya berbilang bangsa terutama di Wailayah Persekutuan, bukan terperuk di Pekan Pahang.
Dan Najib berkata beliau tidak takut dengan Anwar.
Kini buktikan kata-kata itu. Sahut cabaran anak perempuan Anwar Ibrahim itu!
Beranikah Najib? Jantankah Najib? Atau penakutkah beliau? Pondankah beliau?
Kita tunggu riaksi Najib nanti.
Laporan sebelum ini
klik untuk baca
