
Beliau mencatatkan sejarah politik pasca-tsunami politik 8 Mac tahun lalu apabila menjadi Adun pertama dari BN yang melompat kepada parti gabungan Pakatan Rakyat.
Pada 3 Ogos tahun lalu, Tajol Rosli pernah menyatakan: “Pakatan Rakyat Perak kini berada dalam keadaan goyah dan terumbang-ambing dengan pelbagai isu. Ini mungkin menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati dan kecewa di kalangan wakil rakyat mereka. Sebab itu saya beritahu dengan Adun BN, yakinilah yang kerajaan negeri Perak akan tumbang pada 31 Ogos (2008)”.
Ia tidak menjadi kenyataan, disebaliknya pada hari ini, UMNO menerima tamparan paling hebat apabila Datuk Nasaruddin Hashim, ADUN Bota yang memilih untuk menapak keluar dari UMNO/BN dan menyertai PKR/PR.
YB Nasarudin berumur 58 tahun, pernah menjadi Pengerusi Felcra Berhad pada tahun 2006. Beliau mengalahkan Kapten Usaili Alias dengan majoriti 2068 undi, dalam PRU ke 12 yang lalu. Nasarudin yang menjadi mangsa politik wang dan tekanan dalaman Umno khususnya di bahagian Parit telah membuat keputusan meninggalkan parti yang semakin sukar dipulihkan kemelut dalamannya.
Menurut seorang penulis veteran, Wan Hamidi Hamid, "Tajol Rosli amat mengharapkan Pas menyertai Umno kerana ia akan memberikan sejumlah 34 kerusi kepada kerajaan campuran BN-Pas. Tetapi suara rasional dalam Pas khususnya dari Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menghampakan Umno."
ISU KUGAN ANANDAN

Dua timbalan menteri kemungkinan menghadapi tindakan jika mereka didapati melanggar undang-undang dalam kejadian sekumpulan orang menyerbu dan menceroboh bilik mayat Hospital Serdang di Selangor pada Selasa lalu, kata beliau.



Maka rakyat pun tertanya-tanya kepada dua menteri dari MIC ini, bila lagi mahu menapak keluar dari BN?