13 Jan 2009

Berita TKOfm 13 Jan 2009 Edisi Ptg

UMNO memainkan isu hudud semata-mata untuk mengalihkan pandangan pengundi daripada rekod pemerintahan BN yang penuh dengan rasuah dan penyalah-gunaan kuasa. PAS dan DAP telah berkongsi pentas di K.Terengganu untuk menjawab isu Hudud yang diputarbelitkan oleh UMNO tersebut yang disertai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, Setiausaha Agong DAP, Sdra Lim Guan Eng dan calon PAS untuk P036 K.Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

100 orang ahli UMNO USJ 1 yang terdiri daripada cawangan Angsana dan Subang Mewah menyertai PAS di dalam satu upcara borang keahlian yang diserahkan dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Hotel 3K Majlis Perbandaran Subang Jaya. Penyertaan ahli-ahli UMNO ini adalah satu tamparan hebat kepada UMNO Selangor kerana kedua-dua cawangan ini terletak di bawah Umno bahagian Kelana Jaya yang diketuai oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor, Tan Sri Muhammmad Mohd Taib.


ALBUM PERISTIWA:





Berita Hari Ini 13 Jan 2008

Akhbar Utusan Malaysia tidak pernah serik dengan kejahatan yang mereka lakukan. Baru sahaja kumpulan akhbarnya diperintahkan untuk membayar saman sebanyak RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, YB Mahfuz Omar kerana memfitnah, namun ia tidak pernah menjadi wartawan Utusan sedar diri dan insaf. Terbaru, akhbar Mingguan Malaysia memfitnah calon PAS untuk P036 dengan menyalah-laporkan wawancara mereka bersama calon tersebut.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara rasminya telah menyerahkan skin layar (LCD) yang besar kepada jentera pilihan raya PAS di Kuala Terengganu dalam usaha membantu kempen calon PAS di P036. Sidang Khas Parlimen hari ini secara sebulat suara - kedua-dua anggota kerajaan dan pembangkang mengambil ketetapan bersama mengutuk kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Genting Gaza, yang setakat ini telah meragut kira-kira 800 nyawa.