15 Jul 2013

[VIDEO & GAMBAR] Makmal UITM Kampus Shah Alam Terbakar


Maklumat dari seorang pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam mendakwa sebahagian kawasan kampus itu sedang terbakar ketika ini. Pelajar berkenaan dengan nama Facebooknya Haikal Shafie, telah memuat naik gambar kebakaran tersebut.

Difahamkan anggota-anggota bomba dengan empat jentera bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran berkenaan. Kebakaran dikatakan berlaku di sebuah bangunan di hadapan Kolej Perindu. Keadaan terkini kebakaran masih belum diketahui.

Haikal melalui tweetnya memaklumkan anggota bomba kini sedang berusaha mengawal dan memadamkan kebakaran.

“Yang sedang terbakar ialah makmal kimia yang terletak di hadapan kolej Perindu,” katanya melalui Twitternya @HaikalShafie. Kami berharap kebakaran akan segera dipadamkan dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.






Kenapa Takut Sangat Dedah Pembekal Dakwat Kekal?

Kerajaan diingatkan supaya tidak memberi alasan dangkal ekoran kengganannya mendedahkan nama syarikat pembekal dakwat ketika pilihan raya umum lalu.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin merujuk kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam bahawa kerajaan tidak akan mendedahkan nama syarikat terbabit.

Apa yang kerajaan Umno BN mahu sembunyikan daripada pengetahuan rakyat? Sebagai pembayar cukai mereka juga berhak tahu nama syarikat pembekal dakwat itu yang jelas gagal membekalkan dakwat kekal.

“Keengganan kerajaan melindungi nama syarikat itu menyebabkan rakyat berasa teraniaya. Duit yang digunakan untuk membeli dakwat kekal bukan sedikit jumlahnya iaitu RM7 juta tetapi hasilnya sangat mengecewakan,” ujar Shamsul.

Shahidan semalam berkata kerajaan tidak akan mendedahkan nama syarikat berkenaan kerana khuatir dakwat tersebut akan dibeli oleh orang ramai dan berlaku “kekecohan” semasa hari pengundian.

Mengulas lanjut, Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil berkata, alasan Shahidan itu amat memalukan dan sukar diterima.

“Saya bagi analogi mudah, daripada rakyat berebut-rebut membeli dakwat kekal itu, bukankah lebih baik mereka membeli kertas undi yang lebih besar kelebihannya untuk melakukan penyelewengan ketika hari pengundian.

“Shahidan perlu sedar bahawa dolak dalih kerajaan dalam isu ini akan terus memburukkan lagi imej mereka dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya ketika dihubungi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan pelaksanaan dakwat kekal hanya gimik politik antara Umno BN dan SPR.

“Tidak mustahil syarikat pembekal itu adalah kroni Umno BN dan penggunaan dakwat kekal hanyalah gimik politik untuk membaiki imej Umno BN hanya ketika kempen pilihan raya lalu,” ujar Pengerusi KEADILAN Melaka itu. -KD

Ulasan GB

Bagi GB, semua pihak yang terlibat di dalam pemesanan dakwat kekal itu perlu didedahkan. Nama syarikat pembekal, nama syarikat yang diberikan tender untuk membekal, siapa yang mengeluarkan pesanan untuk membekal, siapa yang meluluskan syarikat berkenaan...

Kenapa takut sangat untuk mendedahkannya? Berani kerana benar takut kerana salah!

Lambat-laun, satu hari nanti kebenaran akan tetap muncul juga!

Dakwat Kekal: Pakatan Rakyat Saman SPR


Pakatan Rakyat menamakan tujuh anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam writ saman yang difailkan hari ini berhubung sikap berat sebelah mereka dalam mengendalikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan isu dakwat yang tidak kekal.

Tujuh individu tersebut ialah Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Timbalannya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar serta anggota-anggotanya Datuk Mohamad Ramji Ali, Datuk Dr. P. Manogran, Datuk Christopher Wan Soo Kee, Datuk Md Yusop Mansor dan Abdul Aziz Khalidin.

Saman itu difailkan oleh Peguam R Sivarasa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi tadi.

Selain mewakili Pakatan Rakyat, Sivarasa juga mewakili lima calon Pakatan dalam PRU13 iaitu Dzulkefly Ahmad, M. Manoharan, Saifuddin Nasution, Ariffin Abd Rahman dan Abbo A/L Rajoo.

Tuntutan mereka menyatakan bahawa SPR gagal mengendalikan PRU dengan baik khususnya berhubung penggunaan dakwat kekal.

Menurut Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, SPR mungkir janji yang dibuat pada 19 Disember 2011 berhubung dakwat kekal apabila dakwat yang digunakan sebenarya tidak kekal.

"Saya rujuk kenyataan pertama SPR yang dikeluarkan pada 19 Disember 2011, hasil kempen Bersih pada hari yang sama SPR keluar janji untuk guna dakwat kekal untuk elak pengundian 2 kali.

"SPR berat sebelah apabila kita perincikan satu persatu kenyataan SPR yang berpihak kepada Perdana Menteri, pengerusi SPR melakukan sedaya mungkin mempertahan perbuatan beli undi dan kenyataan PM termasuk menyerang dengan hebat ketua pembangkang," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementra itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Ahli Parimen Kota Bharu berkata, tindakan saman itu adalah tepat apabila polis tidak mengambil sebarang siasatan terhadap laporan yang dibuat Pakatan Rakyat ke atas SPR.

"Tindakan mahkamah ini juga dibuat pada pandangan Pakatan Rakyat beberapa laporan polis yang dibuat oleh samaada calon atau pengundi, polis tak buat siasatan hingga sekarang," katanya.

? Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke pula terus mempersoal keengganan kerajaan mendedahkan nama pembekal dakwat yang digunakan pada PRU13.

"Kenapa pembekal dakwat kekal tidak didedahkan walaupun pihak SPR dilindungi menteri di jabatan Perdana Menteri? Beberapa kali kita minta dedah di parlimen tapi mereka berdegil dan tidak mahu dedah.

"Alasan bahawa perkara ini rahsia tak boleh diterima kerana PRU dah berlalu jadi ak ada alasan untuk mereka melidungi pembekal yang kerajaan dah bayar," katanya. -HD

Pakatan saman SPR, mohon isytihar PRU tak sah

Pakatan Rakyat hari ini memfailkan saman terhadap tujuh orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk timbalan dan pengerusinya bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu tidak sah.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, saman tersebut juga dilakukan berhubung dakwaan penipuan pelaksanaan dakwat kekal dalam pilihan raya umu yang lalu serta tindakan anggota SPR yang dilihat berat sebelah.

"Kami mahu kes mahkamah yang khusus untuk ketengahkan serta mendedahkan isu ini dan perkara yang paling utama ialah mendapatkan pengisytiharan daripada SPR bahawa mereka gagal untuk melaksanakan dasar perlembagaan, berniat jahat dan tidak jujur berhubung penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Jika mahkamah setuju dengan kita, maka kesimpulan yang logik yang akan kita perolehi ialah keputusan (pilihan raya umum) itu akan diketepikan.

"Kita mahu satu pengisytiharan bahawa semua 222 kerusi Parlimen yang diisytiharkan tidak sah," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
-mk

TG Nik Aziz Selar Kenyataan MP Pasir Salak


Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz hari ini membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman di dalam akhbar Sinar Harian yang menuduh PAS sebagai alat kepada DAP dan PKR.

Menulis di laman facebooknya, TG Nik Aziz mengembalikan pertanyaan itu kepada MP pasir Salak berkenaan dengan mengajukan soalan (jika PAS alat DAP dan PKR) "UMNO pula alat kepada siapa?"

TG Nik Aziz turut menasihatkan Datuk Tajuddin, supaya, selaku ahli parlimen jangan bercakap (menulis) tanpa fakta.

TG Nik Aziz meminta ahli parlimen berkenaan menunjukkan bukti di mana PAS menjadi alat DAP dan PKR.

Dan TG Nik Aziz turut menyelar sikap bermuka-muka pemimpin UMNO dimana mereka akan berkata lain di hadapan orang Melayu dan lain pula bila berhadapan kaum bukan Melayu.

"Di hadapan bangsa Melayu, inilah yang diungkapkan. Di hadapan bukan Melayu, dikatakan pula DAP alat kepada PAS. Bermuka-muka begini bukan sifat manusia yang baik."

Kenyataan TG Nik Abdul Aziz

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak di dalam akhbar Sinar Harian halaman 3 hari ini. Katanya, PAS merupakan alat kepada DAP dan PKR. Saya ingin bertanya, UMNO pula alat kepada siapa?

Selaku ahli parlimen, janganlah bercakap tanpa fakta. Berikan bukti di mana PAS menjadi alat DAP dan PKR.

Di hadapan bangsa Melayu, inilah yang diungkapkan. Di hadapan bukan Melayu, dikatakan pula DAP alat kepada PAS. Bermuka-muka begini bukan sifat manusia yang baik. Salam Ramadhan.
-SH


PRK: Pas hanya perkakas pada DAP, PKR

BESUT - BN mendakwa Pas hanya perkakas DAP dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak perkara.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, rakyat perlu bijak menilai untuk memilih parti mana yang dapat membela orang Melayu dan Islam pada masa sekarang dan jangka panjang.

Dakwanya, di sesetengah tempat, Pas memberitahu ia tidak mahu menjaga orang Melayu, tetapi menjaga Islam walau apapun bangsa mereka.

“Mereka kata Pas bukan lagi untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk Islam sedangkan kita juga perjuang untuk Islam dan bangsa Melayu juga tidak dipinggirkan. Kita tingkatkan syiar Islam di negara ini.

“Jika Pas perintah di Terengganu, jangan ingat DAP atau PKR tidak boleh campur tangan dan Pas kena banyak jaga hati kedua-dua parti itu dalam banyak perkara,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berucap demikian ketika hadir pada program Jabatan Perkhidmatan Veterinar bersama Penternak Dun Kuala Besut di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Raihan Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri Terengganu, Nawi Mohamad dan Pengarah Jabatan Veterinar Terengganu, Dr Marzuki Zakaria.
-SH

Penghuni Flet Taman Permata : Sudah 15 Tahun Janji Umno-BN Tidak Ditepati


Dengkil : Sudahlah tempat tinggal mereka diambil untuk membangunkan Putrajaya, rumah ganti yang dijanjikan Kerajaan Persekutuan Umno-BN ketika itu hanya tinggal janji dan rumah sementara pula tidak selamat didiami.

Itulah nasih kira-kira 400 buah keluarga yang merupakan “penduduk asal” Putrajaya yang sudah 15 tahun tinggal di dalam Pangsapuri Taman Permata, yang dinding dan silingnya mulai retak sejak mereka mulai tinggal di situ.

Malah ada sekumpulan penduduk yang terpaksa duduk di dalam khemah di tempat letak kereta pangsapuri itu kerana takut bangunan rumah mereka akan roboh setelah retakan menjadi lebih teruk sebulan lalu.

Wakil penduduk, S.Thangaraju, 51, berkata, Kerajaan Persekutuan sebelum ini sudah berjanji untuk membina rumah teres satu tingkat sebagai ganti kepada tanah mereka yang diambil bagi memberi laluan kepada Putrajaya.

Menurutnya, dua buah memorandum telah diserahkan penduduk kepada Kerajaan Persekutuan sejak Jun lalu bagi mendapatkan status mengenai kediaman mereka, namun sehingga kini masih tiada maklumbalas.

“Kerajaan Persekutuan kata rumah ini masih selamat untuk diduduki, penduduk tidak perlu bimbang kerana Kerajaan akan bantu selesaikan masalah kami.

“Kerajaan Selangor pernah maklumkan sebelum ini bahawa mereka sudah sediakan tanah tetapi Kerajaan Persekutuan tidak mahu bekerjasama dan dakwa Kerajaan Negeri hanya berbohong kepada rakyat.

“Sudah 33 hari kami di sini, tetapi tiada satu bantuan atau kata putus daripada pihak Kerajaan Persekutuan pun berhubung perkara ini,” katanya apabil ditemui.

Tambahnya, penduduk sebelum ini dijanjikan untuk menduduki pangsapuri berkenaan secara sementara sebelum kediaman mereka siap sepenuhnya, tetapi setelah 15 tahun menanti, janji hanya tinggal janji.

Katanya, penduduk Blok 5 terpaksa berkhemah di bahagian tempat letak kereta selagi Kerajaan Pusat tidak menunaikan janji mereka untuk membina rumah baru.

“Kerajaan kata ini cuma rumah sementara, tetapi persoalannya adakah 15 tahun itu dikira sebagai sementara?

“Menteri daripada MIC ada datang ke kawasan ini dan kononnya berjanji untuk membantu kami dengan mengemukakannya di Parlimen, tetapi itu semua janji palsu,” katanya lagi.

Penduduk pangsapuri kos rendah itu terdiri daripada 400 penghuni sementara yang merupakan bekas pekerja di Ladang Perang Besar, Medingly, Galloway dan Sedgley.

Apabila mereka berpindah 14 tahun lalu mereka dijanjikan rumah teres satu tingkat.

Sehingga kini, janji tersebut tidak ditepati.

Ketika ini, sebahagian daripada penduduk sudah 33 hari ‘berumah sementara’ di dalam khemah yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) selepas dikejutkan gegaran kuat.

Pada 13 Julai, Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berkata Kerajaan Negeri akan memperuntukkan tanah 30 ekar kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Peruntukan tersebut bagi membolehkan kerajaan persekutuan melakukan kerja-kerja pembinaan rumah seperti yang dijanjikan mereka sebelum ini. -selangorku

UMNO Guna Senjata Memiskinkan, Menakutkan dan Menjahilkan Orang Melayu


Kita akan lihat cerita lama yang UMNO mainkan selama ini, dimainkan dalam PRK Besut. UMNO akan menggunakan kaedah KKK nya- kemiskinan, Ketakutan dan Kejahilan. selama orang Melayu dimiskinkan, ditakutkan dan dijahilkan, maka UMNO akan terus berkuasa. Apabila ke3 perkara ini dimusnahkan, UMNO akan kalah dalam PRU.

SU Agong PAS, Dato Mustapha Ali kata, senjata UMNO yang paling utama ialah mengekalkan orang Melayu dalam kemiskinan. Mengapa perkara ini harus terjadi sebermula nya? Saya telah menulis banyak kali- 95% yang berada dalam kedudukan berkuasa ialah Melayu. Soalan nya, jika ini fakta nya, maka mengapakah keadaan orang Melayu tidak berubah?

Kita telah berbelanja berbillion Ringgit dan banyak dasar2 affirmative dilaksanakan – mengapa keadaan Melayu tetap terkebelakang? Jawapan nya

(1) yang berada dalam kedudukan berkuasa sebetulnya tidak membantu orang Melayu
(2) dasar mereka sebetulnya menguntungkan hanya sebahagian kelompok Melayu dan
(3) orang Melayu yang disasarkan tidak bertindak balas- sama ada mereka jahil, tidak ada kepakaran, - apa sahaja yang kita boleh fikirkan yang menyumbang kepada kelembapan reaksi dari orang Melayu.


Pengarah PRK Besut bagi pihak UMNO, DS Idris Jusoh yakin BN akan mendapat majoriti 4000. Minggu lalu Idris menegaskan bahawa kumpulan guru sekolah mesti menyokong BN sebagai membalas budi. Orang Melayu pula yang rata2 berpendapatan rendah mesti terus menyokong BN kerana parti itulah sahaja yang tahu bagaimana menjaga orang Melayu.

Mungkin kerana pandai menjaga orang Melayu lah maka, orang Melayu ketinggalan dalam serba serbi cabang kehidupan hari ini. Dan BN bukan mendapat tempoh masa yang singkat untuk membaiki keadaan orang Melayu. Malah, mereka telah menjadi kerajaan selama lebih 55 tahun!. Kehidupan yang mereka jaga dengan teliti ialah kehidupan segelintir Melayu yang terpilih. 80% Melayu bergantung harap kepada UMNO kekal dalam jiwa perhambaan kepada UMNO. Inikah parti yang membela orang Melayu?

20% teratas Melayu menguasai 70% kekayaan Melayu negara ini manakala 80% terpaksa berkongsi 30% kekayaan.

Pekali GINI atau Gini coefficient yakni kaedah untuk menghitung perbezaan pendapatan dikalangan suatu kelompok mendapati perbezaan kekayaan antara orang Melayu lah yang paling teruk di Malaysia. Yang kaya tersangatlah kaya, yang miskin papa kedana. Yang papa kedana pula disebut sebagai kumpulan haramjadah oleh perdana menteri kita.

Antara Mustafa Ali dan Idris Jusoh, kita lihat 3 perkara yang membolehkan UMNO menguasai minda dan seterusnya tingkah laku orang Melayu. Pertama mengekalkan orang Melayu dalam kemiskinan. Kedua, menyebabkan orang Melayu terasa bergantung kepada UMNO/BN. ketiga, menakutkan orang Melayu.

Jadi UMNO kekal berkuasa kerana mereka mengamalkan kaedah KKK. Kemiskinan, ketergantungan dan Ketakutan. Bolehlah kita kata UMNO dan BN parti KKK.

Di Amerika, kumpulan KKK ialah kumpulan pelampau kulit putih yang kerja mereka menzalimi orang kulit hitam dan bangsa bukan kulit putih yang lain. Suatu masa dahulu KKK memburu orang kulit hitam menggantung dan membakar mereka. Ahli KKK akan memakai jubah dan topeng litup berwarna putih. Mereka mendakwa menjaga masyarakat kulit putih daripada kotoran bangsa2 yang berdarah rendah.

Jika kita lihat UMNO yang melihat mereka Melayu dari orang Melayu lain dan kaedah yang mereka gunakan untuk menzalimi rakyat Malaysia, maka ada persamaan antara KKK Amerika dan UMNO/BN.

Mengapa UMNO sanggup melakukan demikian kepada orang Melayu? Kenapa kekalkan Melayu dalam kemiskinan? Sebab bila Melayu miskin, mereka jadi kelompok yang bergantung kepada pemberian UMNO. Mereka akan melihat UMNO sebagai punca pemberi rezeki dan sumber menampung kehidupan. Sungguh zalim parti feudal UMNO ini. Apa yang di perjuangkan oleh parti yang mendakwa dirinya sebagai pejuang kepentingan bangsa dahulu, kini dan selama nya?

Golongan kaya yang menyokong UMNO ialah mereka yang dipilih untuk dikayakan oleh UMNO. Mereka mendapat lesen, mendapat perniagaan, saham, keistimewaan yang pelbagai. Golongan ini akan terus menyokong UMNO kerana kepentingan mereka hidup selagi UMNO hidup. Mereka ini terdiri dari kalangan putera dalam kaum bumiputera

Senjata kedua yang UMNO akan gunakan ialah menakutkan orang Melayu. UMNO kesana sini menakutkan semua orang bahawa jika Melayu tidak bersatu dibawah UMNO, maka semua kepentingan orang Melayu- semua yang dekat dihati orang Melayu akan terancam. Tapi benarkah BN hanya dapat 133 kerusi kerana tsunami cina berlaku?

Tsunami cina.

parti
Undi (juta)
bn
5.24
PR
5.62
UMNO
3.25
Lain2
0.19
Undi rosak
0.17
jumlah
11.22


Puak UMNO terutama nya menyalahkan cina dan bukan Melayu lari dari UMNO. Cuba kita lihat angka2 dalam jadual diatas yang dikeluarkan oleh SPR.

a) Dari 11.22 juta pengundi pada PRU13, 65% ialah orang Melayu. Jumlah nya ialah 7.29 juta. Jika 7.29 juta ialah Melayu, maka bukan Melayu ialah 3.93juta.

b) BN mendapat 5.24juta undi. 65% ialah Melayu. Jumlah Melayu yang mengundi BN ialah 3.41juta. maka bukan Melayu yang mengundi UMNO dan BN ialah 1.83juta undi.

c) Maka jika 1.83juta bukan Melayu menyokong UMNO dan BN, berapa jumlah yang menykong PR? Yang menyokong PR ialah 3.93-1.83= 2.1juta bukan Melayu telah menyokong PR.

d) Bagaimana boleh kita katakan PRU13 ini tsunami cina bila yang menyokong PR ialah 2.1juta sahaja? Yang menyokong BN ialah 1.83juta. beza hanya 270-300ribu sahaja?

e) Jumlah Melayu dalam PRU13 ialah 7.29juta. Melayu yang undi UMNO/BN ialah 3.41juta. melayu yang menyokong PR ialah 3.88juta. lebih ramai Melayu tidak menyokong UMNO. Lebih baik kita kata, ini tsunami Melayu.

pengundi
Undi(juta)
Melayu untuk BN
3.41
Melayu untuk PR
3.88
bukanMelayu untuk BN
1.83
bukanMelayu untuk PR
2.10
Jumlah
11.22


Ini semua angka dari SPR!. Hampir 500,000 Melayu tidak menyokong BN. bukan Melayu yang tidak menykong BN ialah 270-300,000 sahaja.

Ertinya, lebih ramai Melayu tidak sokong BN dari bukan Melayu. Yang sebenar nya berlaku ialah tsunami Melayu. Inilah yang paling UMNO takut dan mahu sembunyikan.


Maka benarlah seperti yang dinyatakan oleh seorang menteri UMNO, PR tidak menang jika Melayu tidak sokong PR. Dia dan UMNO tahu bahawa yang memenangkan PR ialah pengundi Melayu iaitu 3.88juta berbanding 3.41juta Melayu untuk BN. -yb sakmongkol