28 Okt 2007

Apakah Perlu Video Klip Asal Untuk Menentukan Kesahihan?

Posted on Thursday, October 25 @ 20:33:58 MYT by greenboc
Analisis Isu Oleh Greenboc

aApakah Ketua Pengarah Biro Pencegah Rasuah, Datuk Ahmad Said Hamdan (foto) dan para pegawainya orang-orang yang terlalu naif di dalam melakukan siasatan terhadap sesebuah video klip sehingga terpaksa mengugut Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerahkan video klip asal kononnya untuk menentukan ianya sahih?

Sesiapa pun boleh menyemak samada video klip perbualan peguam Datuk VK Lingam dengan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim itu sahih atau telah diubah dan di akhir analisa ini kita akan dedahkan bukti kesahihan video klip berkenaan.


Ketua Pengarah BPR tersebut, berkata BPR tidak boleh meneruskan siasatan kerana klip video yang ada pada badan berkenaan kononnya tidak tulen dan tidak boleh dijadikan bahan bukti kes kerana ia telah disunting.

Hal tersebut telah segera dinafikan oleh Datuk Seri Anwar yang berkata, "Memang klip video ini tidak lengkap tetapi bukan disunting dan diedit. Dikeluarkan satu bahagian dahulu dan bahagian kedua ada dan saya dah tonton."

Pada hari ini Datuk Ahmad Said sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang memual dan menjijikkan apabila mendakwa kononnya Biro Pencegah Rasuah belum menerima video klip asal dari Datuk Seri Anwar walhal BPR yang sepatutnya hadir di pejabat Anwar untuk mengambil video klip berkenaan telah membatalkan kedatangan mereka.

aAnwar tatkala mengulas kejadian tersebut berkata, "Ini bukti yang dimahukan BPR ada di tangan saya,"sambil menunjukkan 'thumb drive' yang dikatakan mengandungi salinan sahih rakaman pita Lingam itu.

Beliau mengecam dan memberi amaran kepada BPR supaya mengambil bukti itu dalam masa lima minit (sambil menunjukkan 'thumb drive' yang dikatakan mengandungi salinan sahih pita Lingam) dari jam 12.00 tengahari tadi.

"Jika dalam masa lima minit BPR tidak sampai, bukti di tangan saya akan hilang,"kata Anwar yang tidak mahu BPR mengganggunya di masa akan datang memandangkan hari ini adalah hari yang sebenarnya dijanjikan dalam notis BPR kepada Anwar untuk menyerahkan bukti.

Untuk menyemak sesebuah video klip berkenaan sahih atau telah disunting, kita bleh menganalisa 20 atau 30 sampel frame video klip berkenaan dan melihat samada ianya pernah diganggu/disunting atau pun tidak.

Bagi seseorang yang pernah mengunakan perisian mengedit video akan biasa dengan skrin berikut:

a

Dengan teknik memisahkan imej-imej dari video klip berkenaan dengan kadar 30 frame sesaat kita akan memperolehi jawapan samada sesebuah video klip itu pernah disunting atau pun tidak dengan melihat samada wujud tindanan atau keterhentian imej.

b

Dengan semakan yang dilakukan ke atas video klip perbualan VK Lingam itu, ternyata tidak wujud sedetik pun di dalam imej-imej yang dipisahkan dengan kadar 30 frame sesaat itu menunjukkan sebaran tanda ia pernah disunting atau diubah.

Jelas membuktikan kepada kita Ketua Pengarah dan para pegawai BPR trerlalu naif di alam hal-hal multimedia tetapi terlalu berani untuk membuat kenyataan kononnya video klip itu diisunting dan diubah.

Kami melihat bahawa ada agenda tersembunyi disebalik kenyataan Ketua Pengarah BPR tersebut sementelah lagi dengan ugutannya untuk "menangkap Anwar" jika video klip asal itu tidak diserahkan.

Agenda tersembunyi ialah untuk "menyelamat orang tertentu terutama mereka yang terlibat dengan perbualan di dalam video klip berkenaan.

Justeru itu kita perlu mendesak supaya Ketua Pengarah BPR ini ditahan dan disoal siasat oleh Polis kerana kegagalannya untuk menjalankan tugasnya secara professional serta adil.

Apa nak diharapkan lagi jika Ketua Pengarah BPR yang sebegini masih terus memegang jawatannya, menerima gaji dan elaun setiap bulan dari rakyat yang membayar cukai kemudian membelakangkan kepentingan rakyat untuk melindungi beberapa orang kenamaan?

Atau jika Polis enggan melaksanakannya, setidak-tidaknya kita berharap agar Allah membalas perbuatan Ahmad Said Hamdan, Ketua Pengarah BPR dan para pegawainya serta polis sekali (kerana enggan bertindak ke atas BPR) nasib yang serupa seperti yang telah diterima oleh Mokhtar Abdullah, Khalid Jefri atau DSP Borhan Daud di atas kezaliman dan kekejaman yang dilakukan olehnya!

Kredit kepada Multidimid kerana meyediakan analisa video klip berkenaan.

Tiada ulasan: