25 Feb 2015

Mengapa PAS Pusat Tidak Bertindak Ke Atas Gol Pro-Ulama?


Pada waktu dianggap terbaik selepas PAS membantu merampas undi popular dalam pilihan raya lepas daripada Barisan Nasional (BN), parti Islam itu bercakaran sesama sendiri, di antara kumpulan yang mahu terus bersama Pakatan Rakyat (PR) dan yang menentangnya.

Keadaan menjadi semakin buruk dalam satu-satunya parti berteraskan agama di Malaysia itu, apabila serangan siber digunakan di antara kumpulan yang bertentang, ketika PAS berada di persimpangan sama ada mahu terus bersama PR atau bergerak secara bersendirian.

Pergaduhan secara terbuka dalam parti pembangkang terbesar di Malaysia itu menyebabkan ramai pengundi merasakan kepercayaan yang diberikan kepada PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, dipersiakan.

Peperangan dalaman PAS berlaku menjelang muktamar ke-61 pada Jun ini dianggap para pemerhati sebagai pemilihan parti paling panas selepas Tan Sri Asri Muda dijatuhkan pada 1982.

Pemilihan parti kali ini akan menentukan sama ada PAS akan terus bersama PR yang memenangi 52% undi popular dalam PRU13 lalu atau bakal bersendirian.

Bergantung kepada siapa yang bakal memimpin PAS selepas Jun, parti Islam itu mungkin bekerjasama dengan musuh utamanya Umno, untuk bersama-sama memanfaatkan undi Melayu-Islam dalam pilihan raya umum akan datang.

Oleh kerana kepentingan sangat tinggi kali ini, pergaduhan dalam PAS kini menjadi lebih dahsyat berbanding sebelumnya dan tidak mencerminkan sebagai sebuah parti berteraskan Islam.

Kini terdapat beberapa akaun Facebook diwujudkan untuk menghina sesama sendiri, memberikan gelaran dan terbaru rakaman audio didedahkan tentang sesetengah pemimpin yang dikatakan mahu menggulingkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Multaqa Ulama ke-II pada 21 Februari lalu menjadi medan penting menceritakan apa yang berlaku dalam PAS pada ketika ini, di mana golongan ulama PAS menjadikan perhimpunan itu untuk menyerang pihak tidak disenangi mereka.

Penganalisis politik Norazlan Hadi menyalahkan pucuk pimpinan PAS kerana tidak menyekat apa yang berlaku sejak awal lagi seperti dilakukan sebelum ini.

"Perkara ini perlu dihentikan sejak awal lagi, tetapi bagaimana kalau ia direstui pihak atasan sendiri?”
soal penganalisis dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) itu.

“Itulah tanggapannya apabila ia dibiarkan."

Pada 23 Februari lalu Mohamad Sabu menjadi sasaran terbaru kempen hitam apabila rakaman audio mengatakan timbalan presiden PAS itu berbincang untuk menggulingkan Hadi disebarkan.

Rakaman itu dimuat naik buat pertama kali melalui akaun Facebook Tuc Tok Usin Ceroi bertajuk "bukti rakaman audio Mat Sabu sedang bagi taklimat untuk kerja memburukkan dan menjatuhkan Tok Guru Haji Hadi".

Selain Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu itu, pemimpin lain seperti Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohamad Hatta Ramli turut dikatakan menjadi dalang menggulingkan presiden.

Sebelum ini Tuc Tok Usin Ceroi melabelkan sebahagian besar pimpinan PAS sebagai “Jebon”, sejenis binatang perosak, untuk memberikan imej buruk kepada mereka. Moto akaun Facebook itu adalah “Pemburu Jebon untuk selamatkan PAS.”

Seperti akaun Facebok lain seangkatan dengannya, identiti pemilik kekal misteri.

Beberapa tahun lalu, akaun Facebook El-Haraki diwujudkan, yang kononnya menyokong kepimpinan ulama tetapi sikap dan cara beroperasinya langsung tidak membayangkan watak seorang ulama Islam apabila pelbagai tuduhan dilemparkan tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Tanpa diketahui siapa di belakangnya, akaun Facebook itu menyerang secara terbuka sebahagian pimpinan PAS dan pelbagai label diberikan kepada mereka termasuklah liberal, anai-anai dan “Anwarinas”.
Ia merujuk kepada kumpulan yang dikatakan pro kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persoalan timbul di kalangan ahli PAS tentang siapa di belakang kedua-dua akaun ini, apakah mereka benar-benar penyokong ulama atau pihak yang menyamar dan mahu memporak-perandakan PAS dengan berselindung di sebalik jubah ulama.

"Saya rasa PAS Pusat melalui Jawatankuasa Disiplin perlu siasat dan ambil tindakan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Rani Othman yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.

"Apabila saya jumpa orang ramai, tukang kebun, orang kedai kopi, penjual ikan dan sebagainya, semua tahu apa yang berlaku dalam PAS, tetapi tiada tindakan,"
kata Dr Rani.

Namun Norazlan berpendapat apa yang berlaku dalam PAS bukan sekadar pertembungan melalui laman-laman Facebook sahaja tetapi sudah menjadi "pertembungan berjemaah" dan mewakili proksi masing-masing apabila ia melibatkan banyak pihak.

"Dahulu saya rasa ia angkara beberapa individu sahaja tetapi nampaknya ini kerja sistematik berasaskan pemikiran sekelompok pimpinan dalam PAS," katanya.

Menurut Norazlan, kumpulan ini berfikiran mereka yang mendapat pendidikan agama dan ustaz dan ulama merupakan PAS tulen.

Manakala yang datang daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) adalah “muhajirin” yang masuk ke dalam PAS untuk menguasai parti itu.

"Mereka yang dianggap berhijrah inilah yang diserang sekarang," kata Norazlan.

Sesetengah media melabelkan fraksi yang bertelagah sebagai ulama dan profesional akan tetapi ia tidak tepat kerana kedua-dua kumpulan mempunyai kedua-dua jenis ahli.

Menggelar mereka sebagai kumpulan konservatif dan progresif juga tidak tepat kerana ramai berpendapat yang paling jelas ialah kumpulan yang pro PR dan tidak pro PR.

Tema serangan mereka yang tidak pro PR ialah pihak yang pro PR anti-ulama dan tidak wala (patuh) kepada presiden.

Debat berterusan tentang arah mana bakal diambil PAS, bagaimanapun apa yang berlaku pada ketika ini merosakkan imej satu-satunya parti berteraskan agama di Malaysia itu. -TMI

Pandangan org 'luar' terhadap PAS

PROFIL PAS: DAHULU VS SEKARANG

Dahulu meraikan perbezaan pendapat, sekarang alergik kepada pendapat berbeza. Menentang pandangan ulama adalah sifat syaitan, kata seorang pemimpin PAS.

Dahulu menyertai pilihan raya untuk ke Putrajaya bagi membina Malaysia baru, sekarang bukan kemenangan pilihan raya yang dicari, tetapi keredhaan Allah.

Dahulu menentang sikap mengagungkan pemimpin, sekarang menuntut ketaatan ahli (wala) kepada pemimpin.

Dulu bangga dengan gabungan ulama dengan profesional, sekarang saling menghentam sesama sendiri.

Alahai PAS.

Mohammad Agus Yusoff


DI PERSIMPANGAN JALAN

Ahli PAS sedang berada di persimpangan sama ada bersama kepimpinan PAS Pusat yang mempertahankan dasar-dasar PR yang lebih moderate dan progresif untuk melangkah ke Putrajaya atau bersama mereka yang mempertahankan dasar-dasar Kepimpinan Ulamak yang bersifat konvensional dan konservatif yang sudah menyaksikan PAS pada tahap lamanya.

Kelompok Moderate terdiri daripada:
1. Hj Mohamad Sabu (Timb Presiden)
2. YB Dato' Hj Husam Musa (Naib Presiden)
3. YB Dato' Mahfuz Omar ( Ketua Penerangan)
4. YB Dr Hatta Ramli (Pengarah Pilihanraya).
5. Hj Asmuni Alwi (Bendahari)
6. YB Dato' Dr Mujahid
7. Dr Zulkifley Ahmad
8. YB Khalid Samad
9. YB Hanifa Maidin
10. YB Dato Kamaruddin Jaafar
11. YB Dr Syed Azman
12. YB Dr Mariah
13. Dr Muhaimin Sulam
14. Dr Rosli Yaakob
15. Hj Zulkifley Omar
16. Mazlan Aliman
17. Hj Anuar Tahir
18. Suhaizan Kayat (Ketua Pemuda)
19. YB Siti Zailah (Ketua Dewan Muslimat)
20. Adly Zahari (PJ Melaka)

Kelompok Konservatif terdiri daripada:
1. YB Dato Hj Hadi (Presiden)
2. Dato Tuan Ibrahim (Naib Presiden)
3. YB Dato Ahmad Yaakob
4. YB Dato Mohd Amar
5. Dato Dr Mahfuz Mohamad
6. YB Ust Idris Ahmad
7. Nik Zawawi Soleh
8. YB Ust Nasrudin Hasan
9. YB Ust Nik Abduh
10. Dr Riduan Mat Nor
11. Dr Zuhdi Marzuki
12. YB Dr Khairuddin Aman Takiri
13. YB Dato Taqiyuddin Hasan
14. Ustazah Nuridah
15. Hj Razman (PJ Perak)
16. YB Ust Saiful Bahri (PJ Trg)
17. Hj Mohd Nor (PJ Wilayah)
18. YB Dato Iskandar (PJ Selangor)

Pimpinan yang bersikap "play safe":
1. Dato Mustafa Ali (Setiausaha Agong)
2. Hj Salahuddin Ayub (Naib Presiden)
3. YB Amiruddin Hamzah
4. YB Syukri (PJ Perlis)
5. Ust Aminuddin Aling (PJ Sabah)
6. Hj Adam (PJ Sarawak)
7. Hj Taufik (PJ N9)
8. YB Aminol Huda (PJ Johor)

Bagaimana pendirian perwakilan PAS..? Semuanya akan bermula di mesyuarat kawasan yang akan bermula pada bulan April nanti untuk menentukan hala tuju PAS



SENARAI NAMA KUMPULAN GENG ULAMAK (GU/UG) YANG DIKELUARKAN OLEH TKO


ULASAN GB

GB sudah lama mempersoalkan hal yang sama: mengapa tiada tindakan ke atas golongan yang melampau batas ini?

Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJK PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden?

Selepas daripada tindakan keluar muktamar dan mengeboo ucapan penangguhan seorang AJK PAS Pusat, mereka sekali lagi membuat kacau dengan sekumpulan pemuda kononnya pro-ulamak berbadan besar yang telah mengepung Safwan Anang, Pengarah Eksekutif LENSA berhampiran bangunan pejabat PAS. Safwan bukan saja dikepung malah beliau diugut akan dipukul.

Kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak. ini?

Kemudian timbul satu demonstrasi di Pejabat Agung PAS. Mokhtar Senik turut serta. Mokhtar Senik (merupakan seorang bekas anggota Al-Maunah) ini Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang.

Presiden PAS sendiri telah turut menegur tindakan Mokhtar Senik and the gang di dalam satu siri jelajah AJK Dewan Harian PAS Pusat ke Pahang Hj Hadi menyelar demo di hadapan Pejabat Agong Pas. Haji Hadi berkata semua itu kerja yang tidak betul. Demo sepatutnya untuk lawan umno sahaja.

Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali turut menegur Pengarah Pperasi Pusat Penyelidikan PAS Zuhdi Marzuki agar jangan "cirit birit mulut dan tulisan" dalam menjalankan tugasnya.

"Ini kerana, Zuhdi bukan sahaja cirit birit mulut, tetapi tangan pun, kerana ada tulisan dan cakapnya yang berikan persepsi negatif kepada PAS," kata Mustafa.


Mereka (golongan pro-ulamak) ini adalah penyokong Presiden yang membawa rebah. Tindakan-tindakan mereka itulah yang bakal menumbangkan Hj Hadi sebagai Presiden PAS.

Diperburukkan lagi dengan kemunculan "papagomo-papagomo" versi PAS seperti Tok Usin Ceroi, El-Haraki, Al-Bangi, Huzir Sulaiman dan beberapa yang lain.


GB sudah perhatikan agak lama telatah dan gelagat penyokong pro-ulamak ini. Mereka sama seperti UMNO. Melemparkan tuduhan dan fitnah, menggunakan bahasa yang hina, maki dan carut.

Di tempat GB sendiri tidak kurangnya kemunculan golongan pro-ulamak ini. Oleh kerana GB dilihat pro kepada golongan profesyenal dan tidak kepada Hj.Hadi maka GB menjadi sasaran serangan mereka di ruang komen blog ini dan di FB. Malah golongan ini ada kumpulan WAnya sendiri yang digunakan untuk menghentam GB. Diketuai oleh barisan "ulamak" yang hanya merupakan "guru-guru" sekolah dan rendah disamping beberapa Pak Haji yang baru balik dari belayar kapal yang baru terlibat di dalam jemaah diperingkat kawasan. Salah seorangnya bernama Mohd Saufi (guru agama sekolah rendah) sehingga boleh menyerang FB GB dengan menggunakan bahasa mencarut... (gentel butir)... itu tahap akhlak mereka yang diajar oleh Mokhtar Senik agaknya di markaz PAS Umbai dengan kitab Al-Hikamnya.

Malah di satu peringkat mereka berjaya menghasut YDP Kawasan (yang juga geng UG) mencadangkan keahlian PAS GB dipecat. GB tiada tempat untuk mengadu kecuali Allah swt, dan Allah menyelamatkan GB daripada percubaan dan perbuatan tangan-tangan dan mulut-mulut si durjana tersebut. Mereka ingat GB baru sehari dua di dalam PAS, sedangkan Allah Maha Tahu apa yang telah GB lakukan selama ini sepanjang menjadi ahli PAS sejak 30 tahun yang lalu.

Ada lagi yang lain, malas GB nak layan kerana mereka ini semua baru aktif dalam jemaah. Tarbiyah yang dilalui oleh mereka hanya tarbiyah zahiriah dan bukan ruhiyyah, akibatnya lahirlah watak-watak dajal berserban dan kelihatan hebat agama di penampilannya tetapi masih syaitaniah di lubuk hatinya.

GB amat yakin golongan pro-ulamak yang melampau batas ini akan tetap menerima hukuman Allah kerana SUNNATULLAH itu tidak berubah, yang melampau batas akan tetap terhukum walaupun PAS Pusat sengaja tidak mengambil tindakan ke atas mereka ini. Tunggu, insyaAllah akan sampai masanya.

Daripada Hentam Mat Sabu Lebih Baik Mahfodz Mohammed Selamatkan Johor....


Inia kejadian bukan di negeri Arab tetapi negeri Johor Darul-Takzim, macamanalah Bala Tak Mai"

Kuala Lumpur – Exco Agama Kerajaan Negeri Johor, Abd Mutalib Abd Rahim menyifatkan tindakan penganjur yang memaparkan aksi gelek di Bazar Karat, Johor Baharu sebagai satu tindakan yang memalukan dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera.

Menurut Abd Mutalib kejadian seumpama ini tidak sepatutnya berlaku kerana majoriti peniaga dan pengunjung di kawasan tersebut terdiri daripada masyarakat Islam.

“Tempat cari rezeki mengapa perlu perkara yang bertentangan dengan hukum syarak, yang memalukan majoriti peniaga adalah Islam.

“Pihak berkuasa (perlu) mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diterima, ramai anak muda yang menyaksikan termasuk anak-anak sekolah, sungguh memalukan,” ujarnya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

Abd Mutalib turut berkata, beliau telah memaklumkan kejadian tersebut kepada Datuk Bandar namun sehingga kini tiada sebarang maklumbalas yang diterima.

“Tidak sepatutnya berlaku, saya ada maklumkan pada Datuk Bandar tapi tiada respon (maklumbalas) dan saya rasa dia (Datuk Bandar) pun tidak tahu tentang kejadian ini.

“Kejadian seperti ini sepatutnya tidak boleh berlaku melainkan ada orang yan bawa masuk ke Bazar Karat, kerana ini benar-benar mencemarkan imej bazar karat yang selama ini menjadi tumpuan peniaga dan orang ramai,” ujarnya lagi.

Beliau turut menjelaskan kejadian tersebut, bukan kali yang pertama berlaku di negeri itu kerana menurut laporan yang diterima ia turut pernah diadakan di Segamat tidak beberapa lama dahulu.

SuaraTV petang tadi mendedahkan rakaman video yang memaparkan aksi gelek seorang wanita yang berpakaian menjolok mata di bazar Karat yang menerima kecaman masyarakat.

Majoriti pengguna media sosial di Facebook mendesak agar penguatkuasaan Majlis Bandaran Johor Baharu (MBJB) segera melakukan pemantauan di pasar berkenaan dan bertindak tegas terhadap pihak penganjur. -Suara TV



Pemimpin kanan ulama PAS akui pernah tegur sikap Mat Sabu

KUALA LUMPUR: Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengakui bahawa beliau pernah menegur Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana sering tidak sealiran dengan Presiden parti.

“Saya secara peribadi telah menegur beliau, sebab saya lagi tua dari dia. Jika dia terus macam tu… orang ramai akan mula nilai beliau,” katanya pada sidang media sejurus selepas program Multaqa Ulama SeMalaysia anjuran PAS pada Sabtu.

Katanya, Mohamad atau lebih dikenali dengan Mat Sabu perlu akur dengan kepimpinan ulama serta menyokong Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sama ada beliau suka atau tidak.

Menyentuh tentang kepimpinan Abdul Hadi, Mahfodz berkata kepimpinan beliau sangat relevan kepada PAS dan juga kepada Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri ketika ditanya siapakah individu yang layak menjadi Timbalan Presiden PAS selain Mat Sabu, katanya itu terpulang kepada ahli untuk menentukannya.

“Terpulang kepada ahli…. kita hanya menceritakan siapa yang ada kemampuan menjadi pemimpin. (Biar) ahli yang tentukan,” katanya.

Mat Sabu dan beberapa pemimpin kanan PAS sebelum ini dibidas perwakilan Ulama PAS Perak yang mana beliau mendesak pemimpin kanan parti itu melepaskan jawatan sekiranya tidak mahu lagi menyokong Abdul Hadi.

Berucap dalam satu sesi perbahasan program yang sama, Sidek Noor menyelar timbalan parti serta naib presiden dan beberapa ahli jawatankuasa pusat kerana sering bertindak membelakangi Presiden.

Sebelum ini, Mat Sabu pernah bertindak membelakangi Presiden parti semasa isu Menteri Selangor tahun lalu.

Mat Sabu pada ketika itu berkata kenyataan Abdul Hadi yang menyokong jawatan Menteri Besar Selangor kekal kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, bukanlah keputusan rasmi parti itu.
-astroawani


ULASAN GB

Johor bakal ditimpa bala... tetapi bekas PJ Johor yang kini Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS yang juga ahli MSU kini asyik dengan menghentam Mat Sabu.

Belum ada apa-apa kenyataan daripadanya mengenai aksi gelek di Bazar Karat, Johor Baharu.

Perkara yang jelas mungkar di negeri sendiri didiamkan, bukankah itu bakal mengundang bala dari Allah swt? tanya seorang pemerhati politik di negeri Johor.

"Tiada guna merungut lagi mengenai kes Tan Sri Khalid yang dipertahankkannya di dalam isu MB Selangor kerana Sultan sudah berkenan melantik Azmin Mohd Ali sebagai MB Selangor yang baru," katanya.

Mat Sabu telah dengan secara gentleman menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kedudukannya dalam PAS ekoran kenyataan Mahfodz itu.