28 Okt 2007

Altantuya: 2 lelaki dirakam di hotel - Perbicaan bersambung Hari INi

Posted on Tuesday, July 17 @ 09:40:53 MYT by greenboc
Berita

aSHAH ALAM [Utusan] 16 Julai – Imej dua lelaki, berbaju kemeja putih dan berbaju T warna kuning, berlengan biru gelap yang dilihat dalam pita rakaman visual kamera litar tertutup (CCTV) Hotel Malaya pada 18 Oktober 2006 menjadi tumpuan perbicaraan kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Setakat ini, pergerakan imej kedua-dua lelaki yang mendapat tumpuan ramai ketika ditayangkan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini masih menjadi tanda tanya.



Ini kerana, masih belum ada sebarang keterangan dikemukakan untuk mengesahkan kesahihan imej tersebut apatah lagi mengaitkan imej dengan mana-mana tertuduh yang sedang dibicarakan.

2


f


g

Pergerakan imej kedua-dua lelaki itu kelihatan bersama-sama di beberapa lokasi di dalam Hotel Malaya iaitu di lobi, berhampiran coffee house, lif, tingkat tujuh, sehari sebelum Altantuya yang menginap di hotel itu dilaporkan hilang pada 19 Oktober 2006.

sPada prosiding hari ke-19 hari ini, Pengurus Operasi Hotel Malaya, Jimmy Loo Mow Chan, 50, ketika menyambung keterangannya dilihat dengan sabar dan penuh teliti 'menghalusi' minit-minit yang relevan selaras dengan soalan dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup.

Berdasarkan pemerhatian mata kasar daripada mutu gambar yang tidak begitu baik, lelaki berbaju kuning (berbelang biru di bahagian lengan) sekilas pandang bertubuh sederhana dan kelihatan memakai seluar panjang berwarna gelap.

Semua yang berada di dalam mahkamah kelihatan begitu berminat untuk melihat imej yang ditayangkan di skrin televisyen 21 inci.

Bimbang imej yang ditunggu-tunggu tidak begitu jelas, semua orang yang berada di dalam mahkamah khususnya para wartawan kelihatan tertinjau-tinjau ke arah skrin televisyen untuk melihat sendiri bagi menjamin kelancaran penulisan.

Pada tahap ini, Jimmy kelihatan keluar dari kandang saksi untuk mencari kedudukan yang sesuai bagi membolehkan beliau melihat imej yang ditayangkan dengan jelas. Beliau yang pada mulanya, mengangkat sendiri sebuah kerusi dan meletakkan berhampiran dengan pendakwa raya, kemudiannya beralih duduk bersebelahan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda (tertuduh ketiga).

Tepat pukul 10.15 pagi, Manoj memohon kebenaran Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin supaya pita rakaman eksibit P51A dimainkan untuk melihat isi kandungannya.

mManoj memohon kebenaran mahkamah untuk membenarkan Sarjan Nasir Mohamad dari Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan P51A (pita rakaman).

Beliau bagaimanapun terlebih dahulu bertanya bagi mendapatkan kepastian sama ada sebuah peti televisyen yang menghadap Hakim Mohd. Zaki secara peribadi menunjukkan 16 buah kotak (petak-petak kecil).

Sebelum imej yang menjadi tanda tanya dipertontonkan, Manoj memohon prosiding ditangguhkan seketika bagi membolehkan pihaknya menyelesaikan masalah teknikal yang dihadapi.

Selepas mahkamah bersidang semula pada pukul 10.40 pagi, Manoj memohon pula mahkamah membenarkan Jimmy mengendalikan secara peribadi peralatan CCTV tersebut untuk menjamin kelancaran prosiding.

Manoj: “Sila mainkan P51A pada terteranya masa 16:50:41 (pukul 4.50 petang), 18 Oktober 2006.”

Jimmy: “Imej ini dirakamkan oleh kamera di lobi Hotel Malaya.”

Manoj mengarahkan supaya Jimmy memberhentikan imej pada 16:54:31 (pukul 4.54 petang): “Adakah imej ini dirakamkan oleh kamera di bahagian tengah lobi hotel.”

Jimmy: “Ya.”

Manoj: “Cuba kamu gambarkan (fizikal) kedua-dua lelaki dalam imej tersebut.”

Hakim Mohd. Zaki: “The image speaks for itself. (Imej telah memberi gambaran sebenar).”

Manoj: “Adakah lelaki berbaju T kuning itu yang berdiri di sebelah kanan pintu masuk Hotel Malaya?”

Jimmy: “Berhampiran pintu masuk.”

Manoj: “Kawasan apakah di sebelah kiri lelaki berkemeja putih itu berdiri?”

Jimmy: “Berhampiran coffee house.”

Pita dimainkan lagi sebelum diberhentikan pada posisi 16:54:46 (pukul 4.54 petang).

Saksi memberitahu bahawa lelaki yang memakai baju T kuning berdiri di kotak informasi yang mempamerkan brosur.

Kemudiannya, Manoj mengarahkan saksi memberhentikan pita rakaman pada posisi 16:55:02 (pukul 4.55 petang).

Jimmy yang telah bekerja di Hotel Malaya sejak tahun 1979 lagi memberitahu, kedua-dua lelaki terbabit sedang berdiri di kaunter informasi.

Pada peringkat ini, Cif Inspektor Azilah Hadri kelihatan bercakap sesuatu secara perlahan kepada Koperal Sirul Azhar Umar. Abdul Razak pula, dilihat memerhatikan dengan teliti satu demi satu imej yang ditayangkan.

Pita rakaman dimainkan lagi sebelum diberhentikan pada posisi 17:00:47 (pukul 5 petang), 18 Oktober 2006, menunjukkan pergerakan lelaki berbaju putih kelihatan keluar dari Hotel Malaya.

Saksi itu, juga diminta supaya memberikan penjelasan mengenai ‘perbezaan’ jawapannya mengenai ‘kekeliruan’ imej yang dirakamkan oleh kamera di tingkat lapan hotel.

“Ketika dua pegawai polis datang mengambil gambar dari CCTV, saya sangka itu adalah tingkat lapan. Tetapi setelah meneliti semula imej tersebut, saya dapati ia sebenarnya dari tingkat tujuh,” jelas saksi.

Terdahulunya, Manoj memohon mengemukakan sekeping sampul surat Urusan Seri Paduka Baginda berwarna putih berlabel ‘barang kes’ Traves Report 7380/06, MFSAVF 06 F0810’, berseal Forensik PDRM.

Setelah ditunjukkan, Jimmy mengesahkan bahawa sampul surat yang mengandungi tiga buah pita rakaman tersebut telah diserahkan olehnya kepada Sarjan Amran. Ketiga-tiganya kemudian ditanda sebagai ID49, ID50, ID51 dan selepas disahkan oleh saksi, penandaannya masing-masing kepada P49, P50 dan P51.



gambar-gambar oleg greenboc
dari Multidimid

Tiada ulasan: