22 Apr 2016

Hujjah Katun Pemimpin PAS, Zuhdi, Terhadap AMANAH

Pas tolak Amanah kerana 'derhaka', baik dengan DAP, kata pakar strategi

Pakar strategi Pas, Dr Zuhdi Marzuki berkata, parti itu tidak boleh bekerjasama dengan Amanah kerana ia sebuah parti yang bughah (zalim atau penderhaka) di samping bekerjasama dengan DAP yang bagi beliau mempunyai agenda Kristian dan Zionis.

Zuhdi, pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP) ketika berucap dalam forum "Blok ketiga: Keperluan dan Cabaran" di Universiti Malaya semalam mendakwa, DAP kini didalangi oleh Kristian dan Zionis yang bercita-cita untuk memerintah negara ini.

Husam Terima Sokongan Akar Umbi, TGNA Pernah Berpesan: "Allah Buat Dia Untuk Malaysia"

Aktivis akar umbi Kelantan ikrar bersama Husam

Gerakan Selamatkan Malaysia dijangka semakin rancak di Kelantan apabila lebih seratus aktivis akar umbi berikrar bersama Adun Salor Datuk Husam Musa untuk bergabung tenaga menjayakan aspirasi rakyat itu.

Gambar: Husam menerima watikah ikrar daripada Hisham.

Peguam Hisham Fauzi yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan watikah ikrar kepada Husam selepas majlis tersebut di dewan sebuah pertubuhan sukarela di Kubang Kerian malam tadi.