15 Feb 2016

"PAS Hanya Sebuah Parti Politik, Bukan Agama" - Ust Ahmad Awang

Label ahli sertai Amanah pengkhianat: Pas perlu ubah perlembagaan parti

Pas tidak wajar melabelkan ahli parti itu yang menyertai Amanah sebagai pengkhianat selagi peruntukan yang membenarkan seseorang itu berhenti menjadi ahli Pas termaktub dalam perlembagaannya.

Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang berkata, Fasal 15 perlembagaan Pas jelas menyebut tiga sebab yang membolehkan seseorang itu berhenti menjadi ahli Pas iaitu atas permintaan sendiri, dipecat atau mengisytihar diri keluar Pas atau menyertai parti politik lain.


“Keluar (Pas) sudah jadi pengkhianat, ini jadi masalah. Kita kena jawab sebab dari segi hukum bukan begitu. Kita bebas nak masuk parti mana pun. Perlembagaan Pas membenarkan.

“Kalau betul itu keputusan Pas, saya berulang kali katakan Majlis Syura atau Dewan Ulamak mesti keluarkan satu keputusan rasmi yang mengatakan bahawa di Malaysia hanya Pas saja jemaah Islam. Siapa yang sudah sertai (Pas) tidak boleh keluar.

“Kalau memang ada keputusan rasmi sudah dibuat, maka Fasal 15 Perlembagaan Pas itu kena diubah. Kalau tidak, buang peruntukan dalam perlembagaan itu, baru selari dengan apa yang diucap. Usah terus beretorik,” tegasnya ketika ditemui Malaysia Dateline selepas program ceramah, Kicau Deeni di Restoran Amjal dekat Universiti Malaya (UM), tengah hari semalam.

Mengulas fenomena ‘perang’ siber antara ahli Amanah dan baki penyokong tegar Pas di media sosial termasuk di kumpulan WhatsApp, Ustaz Ahmad berkata, serangan emosional mereka dalam banyak keadaan tidak perlu dilayan tetapi persoalan melibatkan hukum memang perlu diberi perbahasan sewajarnya.

“Mereka hukum kita sebagai pengkhianat, terkeluar dari jemaah Islam, mati jahiliah dan halal darah. Itu perlu kita jawab. Kita katakan tuduhan itu semua tidak betul dari segi hukum.

“Inilah cabaran getir buat kita di Amanah. Sentiasa sabar dalam memberi pencerahan kepada mereka yang masih dalam kegelapan. Kita memang sejak awal penubuhan Amanah sebagai wadah baru perjuangan Islam sentiasa menegaskan yang kita bukan nak berperang dengan parti sejarah (Pas).

“Namun tuduhan yang sampai melampaui soal hukum bahkan akidah, itu sama sekali tidak dikompromi. Pas hanya satu parti politik Islam, salah satu daripada jemaah Islam. Tidak lebih daripada itu. Pas bukan agama.

“Sebelum ada Amanah pun, ada parti lain wujud seperti Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia), Hamim (Parti Hizbul Muslimin Malaysia) sebelum ini tahun 70-an, 80-an. Kenapa dulu-dulu, mereka tidak dicop pengkhianat?

“Tidak pernah mereka katakan itu semua parti jahiliah, tiba-tiba kita saja pula kena macam-macam label. Jelas, itu bukan berasaskan fakta tetapi bersandarkan nafsu,”
ujarnya yang juga bekas ahli Majlis Syura Ulamak dan Naib Presiden Pas itu.

Melihatkan situasi terdesak Pas melalui pelbagai siri program jelajah parti itu, Ustaz Ahmad menganggap keadaan tersebut mungkin didorong kebimbangan jika lebih ramai lagi ahli Pas mengisytihar sokongan kepada Amanah.

“Pada saya kebarangkalian itu tidak mustahil. Sejak akhir-akhir ini mereka (Pas) ke hulu ke hilir membuat program fastaqim memperbaharui bai’ah yang dulunya untuk calon (pilihan raya) tetapi kini semua kena bai’ah.

“Apa cerita? Kenapa sampai tahap begitu sekali?” bidasnya yang pernah menjadi anggota Panel Syariah beberapa institusi kewangan tanah air.

Termakan hasutan

Walau bagaimanapun, mengakui kesan buruk serangan pihak Pas yang memainkan isu khianat itu, Ustaz Ahmad yang mendirikan Balai Kuliah Tasawwur Islam sejak tahun 2001 di Semanggol, Perak memberitahu kehadiran peserta ke pusat pengajian agama diasaskannya itu ketara merosot terutama pada tahun lalu.

“Orang datang mengaji, sebelum ini ramai mencecah 100 orang tapi bila saya memilih Amanah, tidak lagi bersama Pas, kehadiran merosot sehingga pernah tinggal kira-kira 30 orang.

“Bukan sahaja ustaz-ustaz Pas yang sekian lama dijemput memberi kuliah menarik diri atau memboikot, peserta-peserta lain dihasut pula untuk jangan datang.

“Kononnya saya didakyahkan keluar dari jemaah Islam, tidak ikut lagi Islam dan sebahagiannya termakan hasutan. Ada juga yang takut dipulaukan orang kampung dalam majlis kenduri-kendara, kematian kalau terus mengaji di tempat saya.


“Tapi Alhamdulillah beberapa bulan mutakhir ini saya dapat ‘merawat’ semula keadaan yang terjejas itu. Kehadiran peserta kembali meningkat tapi tidak samalah seperti dulu terutama sambutan daripada kalangan Muslimin,” kata beliau lagi yang dulunya menyokong Pas sejak menuntut di Kolej Islam Malaya pada 1959 sebelum secara rasmi menjadi ahli Pas pada 1984. -Malaysia Dateline
ULASAN GB

PAS sudah jadi sesak nafas apabila begitu ramai meninggalkan parti itu. Mula-mula dihalau, tetapi selepas itu dituuduh pengkhianat apabila yang dihalau itu betul-keluar keluar parti dan menubuhkan AMANAH.

Sedangkan "parti" Islam tidak semestinya satu. Di Jorban, di Indonesia dan lain-lain negara Islam terdapat lebih dari satu parti Islam. Justeru itu tiada sebab PAS tiba-tiba mahu mendabik dada bahawa hanya PAS sahaja satu-satu parti Islam di negara ini. Mendakwa sebagai parti pertama mungkin ada kemunasabahannya tetapi apabila mereka menyatakan hanya PAS satu-satunya parti Islam di negara ini adalah satu ketololan.

Menganggap PAS sebagai agama dan keluar PAS dianggap keluar agama jelas tidak betul dan ia menjejaskan akidah. Mereka yang berpegang dengan pendirian PAS itu agama dan keluar PAS sebagai pengkhianat perlu bertaubat.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. PAS tetap terhukum kerana kesalahan-kesalahannya. .

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Senang sahaja ...sebab PAS sekarang banyak ustaz celup...jadikan PAS sebagai tempat cari makan ...bagi motivasi lah, umarah lah dsbainye ...sebbenarnya byk yg ckp tak serupa bikin...bagi motivasi berdegar2 tapi cerita je lebih

Tanpa Nama berkata...

Bismillah


Kita perlu memimpin diri kita sendiri untuk memilih pemimpin yang paling layak untuk memimpin kita. Baru lah kita berfikir dan berusaha mencari kebenaran.

Mengatakan PAS parti Islam dan keluar dari PAS seolah-olah pengkhianat kepada Islam semata-mata untuk mengikat dan menakutkan seseorang supaya jangan berfikir dan mencari kebenaran. Berhenti berfikir. Tidak perlu cari kebenaran sedangkan kehidupan sering berubah-rubah.

Jika seseorang keluar dari parti demi perjuangan dan prinsipnya, orang itu bukan pengkhianat. Tetapi orang yang meninggalkan prinsip dan perjuangan demi pangkat dan darjat adalah pengkhianat. Kata-kata dan arah tindakannya menunjukkan siapa sebenarnya pengkhianat?

Mustahil orang yang tidak dapat apa-apa malah memulakan semula perjuangan yang sebenarnya adalah pengkhianat.

Apalagi sekarang ini terbukti satu demi satu yang mana intan dan yang mana kaca?

Apakah sayang pada parti menunjukkan seseorang itu sayang pada Tuhan ?

Unknown berkata...

Sudahlah... Hadi Awang, TITM, Nik Amar,Ahmad Yaakub, Idris Admad, Nasrudin Tantawi, Nik Abduh, Nik Zawawi, dewan ulama dan dewan2 sewaktu dengannya..kes Hudud kena tipu hidup-hidup dengan Umno..lagi mau cerita banyak pasal Islam.

Selepas berjayanya mereka pecahkan Pakatan Rakyat, barulah..puak2 laknatullah pemimpin Umno ni.. berani bersuara...timb menteri di jabatan perdana menteri si Asyraf Wajdi Dasuki, Hudud tidak boleh dalam kontek Malaysia.

Puuiii...!

Tanpa Nama berkata...

Tinggalkan ustaz bodek dan yg jenis seronok nampak duit.

Moh sokong ustaz professional yg bersama2 professional lain menentang amno!

Rakyat semakin tertekan.

Tanpa Nama berkata...

Dlm pas ada kepelbagaian. Ada ustaz tonton vi... ada yang tahap dewa... ada yang terror caci maki... dan macam2 lagi...

Tanpa Nama berkata...

Umno dok tipu org kampung, kononnya hanya mereka saja yg perjuangkan melayu.

Pas pun dok tipu org kampung, kononnya mereka saja yg perjuangkan islam dan tiket ke syurga.

Melayu bodoh dan pemalas saja yg dok asyik kena tipu dgn umno dan pas ni.

benartetapbenar berkata...

Pemimpin PAS bopeh tipu sebahagian ahlinya ttp tidak boleh tipu semua ahlinya.
Pemimpin PAS boleh tipu sesekali tp tak boleh tipu sepanjang masa.... ahli berakal sihat akan nampak tipu daya pimpinan yg brsembunyi disebalik serban & jubah. Jika serban & jubah jadi ukuran iman... bgaimana abu jahal & abu lahab yg brserban & brjubah??? Dlm srban sekadar siku dan dlm jubah sekadar simpan kepala lutut xyah ckp besar la pak lebai ....

Tanpa Nama berkata...

Dewan ulamak pas elok jadi dewan ulamak umno je.xberguna satu sen pun.pemimpin2 pas yg tgal pun skrg yg xda nilai dah sisa2 taik aje.yg masih tgu turn nak masuk amanah spt husam dan mahfuz omar perlu lebih lantang bersuara.Pas perlu terima realiti rakyat tolak pas,tgu je next pru kita lihat brp kerusi pas akan menang.yg pasti Amanah merupakan cabaran berat buat pas biarpun masih baru.Tetapi yg malang nya pas berjaya ditipu umno lagi sekali. Kemudian undi melayu berpecah lagi dan akhirnya Umno jgk berkuasa 100 tahun lagi. Sedihnya aku dgn pembangkang. Bila nk sedar ni.Rakyat makin terseksa,pemimpin2 dok sebok bertikam lidah.aduhai malaysia ku

benartetapbenar berkata...

Segala ckp2 dianggap spt qur'an & hadis...?
Keputusan brcangah dasar parti wajib walak?
Segala tindakan tanpa keputusan jamaah jadi hukum muktamad...?
Melanggar janji tidak munafik sebalik yg menegur jadi munafik...?
Pertahan krjaan PR diselangor 2009 di caci barua & broker, lobi yg azmin lompat parti utk naikkan balik umno bukan barua umno...?
Masa kempen p/raya ajak rakyat tumbangkan umno/bn, bila umno/bn kalah nak angkat brkrjaan brsama umno di perak & s' gor 2008... apa ni pak lebai politikus... gigit sana gigit sini bagai tikus baiki labu.... biarkan... biarkan.... tikus terjun dgn jubah2nya!

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah. Elok lah tu,penyamun balak kelantan bersatu dgn penyamun2 Malaysia.Nt buat persatuan penyamun2. Mcm cter p.ramlee dan penyamun2 ini akan menerima balasan setimpal.Tgk aje la nanti Allah biar dulu penyamun2 ni berkuasa,sampai masa pembalasan Allah kasi pembalasan pula.. Kita rakyat malaysia nk buat apa,nganga aje la kena samun sbb xbrani nk berubah spt kata mat sabu.. Sebab Melayu ni penakut,biarla penyamun2 malaysia sapu duit rakyat smpi kering..Bila sebut ja cina dap nk perintah Malaysia,semua takut pastu semua sokong bn.Itulah realitinya,terimalah pembalasan akibat kebodohan kamu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Di atas kertas pas berteras al quran dan hadis tetapi ularmak pasti selalu salah tafsir quran ikut selera dan nafsu sendiri demi kepentingan diri dan perut keluarga mereka..ini sudah dikira sesat dan penyokong tegar yg jahil(sama mcm penyokong totok umno) pun turut tersesat..akhirnya syurga jenis haramjadah apa yg dijanji dari mulut2 longkang ularmak2 pas kpd penyokong2 jahil mereka melainkan api neraka yg menyala nyala.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn pendapat bernas ni.

Tanpa Nama berkata...

Bukan ustad celup lagi tapi sudah jadi ustad2 sampah sarap=ahli2 neraka jahanam.

Unknown berkata...

Ingat semua!!! Rezeki kita ditangan Allah bukan di tangan PAS atau UMNO,Syurga atau Neraka bukan hak mutlak PAS untuk tentukan(siapa layak dan siapa tak layak?)kunci Syurga bukan PAS yg pegang,dan mengatakan PAS itu Agama & keluar dari PAS rosak akidah,adalah sejahil-jahil pahaman tentang Agama Islam (dah sama taraf macam ajaran Ayah Pin).Biarkan kelompok Mullah/pengikut taksub (PasCai)ini buat ape yg mereka nak buat.(menghukum org lain sesuka hati),Pas ni dah jadi Hak Sendirian Berhad(langsung tak boleh ditegur). Allah memberi kita akal fikiran yg waras untuk berfikir mana yg baik dan buruk.Apa yg berlaku kepada mereka yg digelar pengkhianat(golongan profesional) ini hanyalah pusingan ulang/siar kes keatas Umno yg terkandung dalam Amanat HA tahun 80an dulu.(budaya kafir-mengkafir),berapa ramai kelompok bawahan yg menerima bahana akibat perbuatan(Amanat)mereka ini?kefahaman golongan ini dah sama taraf macam pahaman ISIS?,mereka gagal sama sekali menampilkan islam sebagai Agama Rahmat(untuk masyarakat Malaysia),yg menjadi mangsa akibat dari perbuatan mereka ialah Masyarakat Awam,jika aliran pahaman ini tak dibendung darah mereka yg Tak sealiran akan menjadi HALAL untuk ditumpahkan,dan seluruh masyarakat akan bertambah bercelaru,kacau-bilau,huru-hara (seperti yg berlaku di timur tengah).Minta Allah jauhkan diri kita&keluarga kita serta masyarakat, dari pahaman yg dibawa oleh pelampau /kumpulan agama yg mengaku Ulamak, Tetapi akhlak langsung tak mencerminkan diri mereka sebagai Ulamak.Kepada Allah jualah kita memohon.

mat yeh berkata...

greenboc :
Pada waktu ini tajuk yang paling penting untuk dibincangkan adalah : "Adakah pengunduran TGHH dan Harun Din dari pimpinan dapat menyatu padukan semula PAS".

Tanpa Nama berkata...

AMARAN KERAS!!

Woi, korang jgn ckp byk! Nanti "Tuhan" Adi Marang murka.... minta ampun cepat! wala..wala.. wala.. unta...unta.. auta.. auta..

puii!!

Best Regards,
Anti pewala unta-auta "Tuhan" Adi.

Anti Fitnah berkata...

Orang kita memang tak matang. Bukannya nak bergerak ke depan tetapi makin bergerak ke belakang.
PAS dengan Islam pun tak boleh beza ... hebatnya Melayu.
Melayu dan Islam pun tak boleh beza ... hebatnta Melayu.
Rasuah dan Babi pun tak boleh beza ... hebatnya Melayu.
Pegang anjing dan Pegang antara Lelaki/Perempuan pun tak boleh beza ... hebatnya Melayu.
Baru-baru ni aku bersembang dengan seorang veteran UMNO dan sedih akan pernyataannya. Kalau Melayu Islam rasuah, katanya tak palah juga. Kalau orang lain, salah besar le. Patutlah Kedah berMBkan seorang lulusan LCE yang asalnya keturunan Mamak.
Hebatnya Melayu sebab tak boleh bezakan Mamak dan Melayu. Ini nak bezakan antara Parti Islam SeMalaysia dengan Islam.

Abdul Said berkata...

Kebanyakan pemimpin atasan Pas kini adalah terdiri dari mereka yang kurang stabil mental dan pendirian. Satu puak sombong dan takabur tetapi bangang dalam membaca kerenah manusia. Yang tidak mahu menyokong dihalau dicaci dan dihamun. Lagak seperti orang kuat pengaruh kononnya. Bila berduyun-duyun lari dikatakan pula pemgkhianat. Sedangkan diri sendiri mulut celupar dan busuk macam longkang tak sedar pula. Satu puak lagi cakap macam orang yang banyak ilmu dan banyak mengkaji. Mereka ini jadi bahan ketawa orang ramai. Kerana nak mengampu maka itu yang terlajak cakap. Satu kumpulan lagi (ini yang ramai) bodoh tak tentu hala. Cakap ikut sedap. Tak dikaji apa implikasi atau kesan dari tindakan mereka. Selalunya tindakan bertindak bodoh macam katak dibawah tempurung. Tak sedar di Malaysia ada banyak kaum, ada banyak ugama dan adat resam, ada banyak penipu dan penjenayah. Dan yang akhir mungkin tiada bukti kukuh tapi kita boleh baca dari tutur kata dan tingkah laku. Iaitu wujud satu kumpulan agen musuh yang menyamar jadi ulamak, menyamar jadi ustaz dan menyamar jadi penyokong tegar. Tujuan mereka ialah untuk mendapat upah lumayan dari tuan mereka dan membuat kerja-kerja kotor untuk menghancurkan Pas sehingga ia menjadi OKU!!! Itulah dia Pas pada hari ini selepas Almarhun Tuan Guru Nik Aziz kembali ke Rahmatullah.

Tanpa Nama berkata...

Penyokong totok pascai lagi dashyat drp penyokong totok umno rupanya...hihihii

Tanpa Nama berkata...

Subhanallah, Allah dah tunjukkan kebebalan Parti Akal Sontot

kopipanas berkata...

Ya betul. Sebagai parti politik berteraskan agama maka sewajarnya akhlak2 muslim dititikberatkan. Malangnya elemen mencerca, mencaci, memaki hamun yang suatu ketika dulu menjadi kelaziman penceramah2 PAS kepada BN/UMNO, kini ibarat menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.

Moga AMANAH dapat membawa satu era politik matang yang berteraskan rasional dan ehsan serta ihsan sesuai dengan prinsip Rahmatan lil alamin yang didokongnya.

Tanpa Nama berkata...

Moga Amanah terus kedepan dgn memikirkan masaalah rakyat yg hidup semakin tertekan biarkan lah pas dgn masaalah yg mereka cipta sendiri .Alhamdulillah thn ini rakyat selangor dikecualikan dr membayar cukai pinta inilah sedikit menafaat yg rakyat dpt dr pemerintah yg amanah dan urus takbir yg telus.moga PH terus bersatu membela rakyat

Tanpa Nama berkata...

Dulu ada seorang ahli umno menangis beratus beribu lg ketawa dr lakunan itu... Kini semua ahli umno berdahah....memandang sinis....betapa kebodohan pas masih kena tipu oleh umno sekian kalinya.sy dh tk sanggup nk abdikan diri buat pas....dek kerna dr pemimpin yg cuma bercita cita hanya nak jadi punaisihat pd PM.ahli pas amat terkesan..... Malu pd penganut agama asing.

Tanpa Nama berkata...

Terbaek.. Sgt bernas

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...semoga amanah terus sukses...sebutan pengkhianat itu tak sepatutnya terkluar dari mulut pemimpin yg katanya berteraskan Islam...jgnlah menggongkong pemikiran ahli parti...klu nk wala yg mcm mana?baik buruk manusia boleh menilai...doakan yg baik shj buat pas...kita yg baru dlm amanah harus terus jlnkan amanah supaya memperkenalkan kepada penduduk pendalaman...pasti halatuju kita dlm amanah terus berkembang dan utuh...ameen...

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin2 pas terpaksa kelirukan rakyat tentang status partinya kerana bagi mereka parti itulah satu2nya lubuk rezeki..jika parti lupus bererti rezeki mereka tersekat sedangkan mereka tiada kebolehan dan tiada pengetahuan dlm bidang2 lain..sbb itu mereka bertungkuslumus utk tarik sokongan orgramai terhadap partinya walaupun terpaksa berbohong dan memfitnah..inilah rupa sebenar golongan2 munafik yg selalu disebut dlm al quran.

Tanpa Nama berkata...

Tambahan ..sbg contoh:mereka terdesak dan terpaksa jemput artis (mr os) ke majlis mereka dan secara tiba2 mereka istihar mr os daftar jd ahli parti mereka konon artis masih berminat dgn pas..terpinga pinga mr os serta menafikan dakyah fitnah pemimpin2 pas...inilah contoh parti tak tahu malu dan munafik.