Oleh Greenboc
Dalam keributan pendedahan terdapatnya konsiprasi dalam sistem kehakiman negara melalui satu tayangan video yang merakamkan aksi perbualan VK Lingam dengan Ketua Hakim Negara, Ahmad Fairuz Abdul Halim pada tahun 2002, tetiba Peguam Negara mencelah kononnya tiada sebarang kesalahan jenayah yang wujud dari pita berkenaan.
Kita tidak hairan terhadap kenyataannya kerana Peguam Negara yang bernama Abdul Ghani Patail ini mempunyai sejarahnya tersendiri dan nama beliau muncul dserta dipopularkan pun dengan kes Anwar Ibrahim yang pada waktu itu adalah Ketua Timbalan Pendakwa Raya dan abangnya Abdul Wahab Patail adalah hakim yang membicarakan kes berkenaan.
Seperti seekor babi hutan yang terkena jerat meronta-ronta kini cuba menyatakan bahawa tiada sebarang kesalahan yang wujud pada video rakaman yang didedahkan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa hari lalu.
Beliau mengetahui bahawa kenaikannya ke tangga Peguam Negara pun akan turut dipersoal jika kandungan video itu terbukti kebenarannya.
Ini kerana rakaman video tersebut jelas membuktikan bahawa proses perlantikan hakim-hakim kanan penuh dengan skandal rasuah dan penyelewengan.
Anwar menyatakan, “Ini juga membuktikan bahawa pelantikan tersebut turut mempengaruhi hasil-hasil dalam sebilangan prosiding kehakiman...”
Menurut kenyataan Anwar lagi, pada tahun 1994, satu gambar menunjukkan VK Lingam dan Ketua Hakim Negara ketika itu Tun Eusoffe Chin cuti bersama di New Zealand (lihat gambar) dalam situasi yang melampaui tatasusila professional seorang peguam dan lebih serius lagi pengendalian yang tidak beretika Ketua Hakim tersebut. Lingam juga terlibat dalam laporan audit skandal Perwaja Steel oleh PriceWaterhouseCoopers yang dibentangkan di Parlimen yang melibatkan kerugian berbillion ringgit wang rakyat.
Abdul Ghani turut dikritik oleh ramai pihak berikutan isu-isu yang mengaitkan kes-kes ‘high-profile’ seperti pembebasan Tan Sri Eric Chia dalam kes Perwaja Steel, akibat pihak pendakwaan gagal membuktikan kes tersebut.
Ini termasuk dalam kes Altantuya apabila selaku Ketua Pendakwaraya Tun Majid Tun Hamzah diberi tanggungjawab utama dalam proses menegakkan keadilan, dilihat lemah berikutan penolakan mahkamah atas kenyataan beberapa saksi dan tertuduh.
Anwar juga pernah menyatakan " Abdul Gani Patail, Peguam Negara segera membersihkan Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan bekas Ketua Pengarah BPR, Zulkipli Mat Noor dari tuduhan rasuah. Ini merupakan rekod baru dunia. Siasatan dan perlepasan segera. Kaedah menyiasat kok persis gaya mee segera.
Sewajarnya siasatan terhadap tuduhan berat seperti ini lebih teliti dan mengambil masa lama. Namun sepertimana yang dijangka, ia lebih merupakan episod menarik persis drama filem hindi yang melibatkan polis, pendakwa, dan hakim."
Kini dengan kemandulan sstem pemerintahan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan TPM, Datuk Seri Najib Razak yang lemah dan tidak tahu apa-apa mengenai undang-undang, jalan untuk Abdul Ghani Patail memperbo_dohkan rakyat terbuka luas.
Maka sebab itu beliau dengan kerana "malasnya" untuk mempertahan kedaulatan negara kerana khuatir pejabat Peguam Negara terpaksa kerja lebih di dalam isu pembinaan jembatan bengkok ke Singapura sedikit masa lalu, telah menasihatkan Perdana Menteri supaya dibatalkan projek itu di atas alasan akan wujudnya implikasi undang-undang antarabangsa jika projek itu diteruskan.
Hal ini didedahkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang menegaskan mengapa perlu takut terhadap implikasi undang-undang yang menjelaskan sebenarnya nasihat Peguam Negara itu adalah escapisme dari bebanan kerja lebih jika projek itu diteruskan.
Nampaknya Abdul Ghani Patail kini merupakan orang paling berkuasa di dalam negara, boleh melepaskan sesiapa yang dikehendakinya dari kes-kes mahkamah, malah boleh memperalatkan PM dan TPM sesukahatinya dan sewajarnya beliau perlu ditangkap dan dipecat segera sebelum negara musnah di tangannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan