26 Okt 2014

Dicekup Di Hotel Bajet Semasa Sambutan Maal Hijrah


Terjerat berasmara, cemari sambutan Maal Hijrah

JOHOR BAHRU - Sambutan Maal Hijrah 1436H dicemari dengan kegiatan tidak bermoral segelintir pasangan yang disyaki berkhalwat di hotel-hotel bajet sekitar kawasan Skudai.

Dalam operasi melibatkan 10 anggota dan pegawai dari Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) awal pagi semalam, empat pasangan ditahan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, kesemua empat lelaki dan empat wanita terbabit ditahan sepanjang serbuan jam 11 hingga 2 pagi itu.

Menurutnya, kesemua individu tersebut ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana disyaki melakukan khalwat.

“Pada malam ini, biasanya ramai orang bercuti dan ambil kesempatan, jadi kita membuat operasi dengan memberi tumpuan di sekitar Taman Universiti serta Taman Ungku Tun Aminah iaitu hotel bajet.

“Tujuan operasi adalah membanteras dan mencegah maksiat di hotel-hotel selain membersihkan imej sektor perhotelan daripada tanggapan negatif masyarakat bahawa premis berkenaan banyak mengundang gejala tidak bermoral,” katanya.

Mohd Zamri menasihatkan masyarakat Islam tidak pergi ke hotel untuk tujuan membuat perkara tidak bermoral khususnya perbuatan melanggar hukum Islam.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk proses dokumentasi sebelum ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jaij bagi tindakan lanjut.

Dalam serbuan dilakukan, seorang wanita berusia 24 tahun meminta pihak berkuasa agar tidak melibatkan keluarganya sejurus didapati berkhalwat bersama lelaki Indonesia.

Dia yang ditemui dalam keadaan hanya bertuala putih sementara pasangannya berusia 37 tahun dan berpakaian lengkap bagaimanapun memberi kerjasama ketika disoal siasat.

Wanita itu dipercayai baharu sahaja kenal dengan lelaki warga asing terbabit yang mendakwa bekerja di Batu Pahat sebagai pembawa bot. -SH







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Harga Gas Memasak Naik 50 sen


Harga gas memasak naik lagi 50 sen mulai 1 November 2014.

Menerusi pekeliling yang tersebar, pihak Summit Petroleum SDN BHD akan menaikkan harga produk Gas Petroleum Cecair (GPC) sebanyak 0.50 sen daripada harga gas sedia ada.

Tambah Syarikat tersebut, kenaikan harga gas itu tidak boleh dielakkan kerana merangkumi kenaikan kos perkapalan dan belian premium produk.

Bagaimanapun, produk gas memasak yang mengalami kenaikan harga hanyalah produk gas jenama "Solar Gas" keluaran Summit Petroleum SDN BHD sahaja. -mavister.com

ULASAN GB

Walaupun kerajaan telah mengumumkan tiada kenaikan harga untuk gas memasak, tetapi kenaikan harga petrol menyebabkan syarikat pengeluar gas memasak menaikkan kos keluaran mereka dan memindahkan kenaikan mos itu kepada pengguna.

Dan walaupun yang naik itu ialah produk gas jenama "Solar Gas", biasanya ia akan diikuti oleh syarikat-syarikat pengeluar gas memasak yang lain di dalam waktu terdekat.

Kesannya, lingkaran kejam inflasi tidak dapat dielakkan. Kenaikan barang-barang makanan dan lain-lain yang menggunakan gas memasak akan turut naik selain dari kenaikan mos hidup rakyat.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Terima Ancaman Dari Gangster Melayu, Ali Jalil Lari Ke Sweden Mohon Suaka

Selamat di Sweden, aktivis dakwa terima ancaman gengster, kumpulan rasis Melayu

Aktivis Ali Abd Jalil, warganegara Malaysia kedua melarikan diri ke luar negara dalam beberapa minggu ini, mendedahkan melalui laman sosial Facebook miliknya hari ini yang beliau sekarang berada dalam keadaan selamat di Sweden.

Menulis statusnya, beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya meninggalkan Malaysia.

"Sekarang saya di Sweden, mencari suaka, kerajaan Malaysia dan Sultan melayan saya seperti sampah.

"Saya diancam kumpulan gengster dan rasis Melayu di Malaysia. Malaysia tidak selamat untuk saya, polis dan gengster mengekori saya sepanjang masa," kata Ali.

Ali juga berterima kasih kepada Amnesty International, Suaram, Antifa Malaysia, Majlis Peguam, Lawyers for Liberty, Sisters In Islam, Projek Dialog, Solidariti Mahasiswa Malaysia, rakan-rakan dan kumpulan sivil lain.

Beliau mendapat sokongan daripada rakan Facebooknya yang mengharapkan dia berada dalam keadaan baik dan mengucapkan selamat jalan.

Ali menghadapi tiga tuduhan hasutan kerana didakwa menghina kerabat diraja Johor dan Sultan Selangor dalam postingnya di Facebook.

Beliau juga ditahan polis di penjara selama 22 hari sejak 8 September dan dibebaskan pada 29 September.

Amnesty International menyifatkan Ali sebagai "banduan hati nurani" sebagai usaha menghentikan apa yang mereka sifatkan "pendakwaan terpilih".

Portal Rakyat Times melaporkan, Ali meninggalkan Malaysia pada 18 Oktober menuju ke Bangkok dan terbang ke Stockholm pada 21 Oktober.

Di Stockholm, Ali menemui Amnesty International Sweden bagi mendapatkan nasihat mengenai prosedur memohon suaka.

Beliau kemudiannya dibawa ke pusat suaka sebelum dipindahkan ke bandar lain, Morsta, menurut portal yang dimiliki aktivis dan peguam Haris Ibrahim itu.

Ia juga melaporkan, Ali sudah pun menerima permit kerja dan boleh mula bekerja di sana pada bila-bila masa.

Awal pagi ini, The Malaysian Insider menerima satu emel memberitahu Ali selamat tiba di Stockholm, Sweden selepas berjaya keluar dari Malaysia menerusi sempadan Malaysia-Thailand di Danok.

Selain Ali, seorang lagi warganegara Malaysia, blogger seks kontroversi Alvin Tan, juga dalam usaha mendapatkan suaka politik di luar negara. – TMI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI