23 Dis 2009

Lupus Dakwat Kekal Bukti Pembaziran Kerajaan Pusat

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) menyifatkan tindakan kerajaan pusat yang melupuskan dakwat kekal sebagai satu pembaziran.

Ahli Jawatankuasanya yang juga Exco Selangor, Teresa Kok berkata, ia sekaligus menunjukkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) lemah dalam membuat keputusan sendiri.

“Ini merupakan satu pembaziran wang dan menunjukkan bahawa memang SPR tidak ada boleh membuat keputusan sendiri la…kerana dulu pengerusi SPR yang sudah bersara itu mencadangkan buat dakwat kekal.

“Namun selepas cadangan itu, ada segelintir orang umno dan pemimpin umno protes dengan mengatakan ini cara kuno,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi TvSelangor hari ini mengulas berhubung tindakan kerajaan pusat melupuskan dakwat kekal yang sepatutnya digunakan pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu namun dibatalkan pada saat akhir oleh SPR.

Kata Teresa, keputusan membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam PRU lepas telah menjejaskan kredibiliti suruhanjaya pilihanraya itu dan pemerintah yang dilihat enggan mengadakan pilihanraya telus, bersih dan adil.

“Kerana pengumuman itu, secara tidak langsung membantu menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat kerana orang ramai marah kenapa keputusan yang baik yang dibuat itu telah bertukar-tukar,” katanya.

Terdahulu, dakwat yang dibeli pada PRU ke-12 lalu telah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan kerajaan melalui proses pembakaran kerana tidak dapat dijual semula berikutan tarikh luputnya sudah tamat.

Tambah Teresa, perkara ini akan menjadi satu isu yang akan dibangkitkan dalam kempen pilihanraya akan datang.-ATIQAH YAACOB (TVS)



PAS Kelantan Kaji Semula Calon Luar

Pas Kelantan akan mengkaji sama ada akan terus menerima calon yang bukan anak negeri untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas dan Pesuruhjaya Pas Kelantan, berkata bahawa dalam Islam, tidak ada perbezaan antara orang dalam atau luar.

"Tetapi jika nampak orang luar tidak perlu lagi tolong Kelantan, kita boleh mencalonkan pemimpin anak negeri ini untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau diminta mengulas saranan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi, yang mahu anak Kelantan dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Antara pemimpin luar yang kini menjadi Anggota Parlimen di Kelantan ialah Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa (Bachok), Naib Presiden Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Bendahari Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).

Mengenai keputusan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir, melepaskan jawatan, Nik Abdul Aziz berkata: "Ikut dialah, itu masalah peribadi."

Semalam, Rosli mengumumkan peletakan jawatan dalam parti kerana tidak mahu namanya dikaitkan dengan Pas ekoran masalah peribadi selepas beliau diperintah oleh Mahkamah Syariah di sini tinggal berasingan sementara dengan isteri keduanya setelah tersebar berita mengenai kesahihan pernikahan mereka.

Rosli adalah juga orang yang meminta menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman supaya segera meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata : "Berapa kali nak ulang benda tu. (Orang) nak kata apapun, katalah. Cukuplah, (kita) dah tutup fail. Mari datuk mana sekalipun, saya kena dengar keputusan daripada (Pas) pusat."

Ulasan GB

Kemungkinan TG Nik Aziz berasa sedih apabila ada calon luar yang diberikan tempat untuk bertanding di Kelantan kemudian bertindak tidak membantu malah mengusutkan iklim politik Kelantan.

PAS Selangor Bakal Kalah Disemua Kawasan Campuran Dalam PRU13?

Apakah PAS bakal kalah dalam kesemua kerusi DUN yang mempunyai campuran penduduk Melayu, Cina dan India dalam pilihanraya akan datang?

Dalam PRU 12 lalu, dikerusi yang mempunyai majoriti penduduk Melayu, PAS tewas kesemuanya kepada Umno. PAS hanya memenangi lapan kerusi dikawasan yang mempunyai penduduk pelbagai bangsa.

Oleh kerana PAS Selangor yang diketuai oleh Hasan Ali meneruskan garis “Taliban” dan berminat untuk “berkahwin” dengan Umno, tidak mustahil mereka akan kalah dikesemua lapan kerusi yang mereka ada sekarang.Rata-rata rakyat bukan Melayu tidak akan melupakan tindakan Hasan Ali dan PAS Selangor sepanjang pemerintahan PR di Selangor.

Malahan, ramai anak-anak muda Melayu juga tidak akan memberikan undi kepada PAS kerana parti tersebut terutama pemudanya lebih berminat untuk mengharamkan konsert daripada melawan rasuah.

Baca analisis penuh di bawah.

Perkara ini tidak mustahil berlaku. Sindrom PRU 2004 tidak mustahil berulang. Masih ingat PRU 2004?

Apatah lagi dikala negara diperintah oleh seseorang yang tidak akan melepaskan kuasanya semudah dengan pilihanraya. -Amin Iskandar


PAS Selangor at a crossroads?

By Neville Spykerman

SHAH ALAM, Dec 23 — PAS may end up the biggest losers in Selangor come the next general elections.

The Islamic party, which won eight out of the 56 state seats in Election 2008, in mostly urban or semi-urban constituencies, stands to lose the support of non-Muslims who make up between 20 and 40 per of voters in these constituencies, according to its own ground reports.

PAS contested a further 12 seats in predominantly rural Malay majority constituencies but lost all of them to Umno.

A PAS state lawmaker, who did not want to be named, told The Malaysian Insider that the support the party received from non-Muslims is dissipating.

“I don’t even know if I can retain my own seat in the next general elections.

“I’m on the ground, we meet the non-Malays and know they are not happy,” he said, adding that their main grouse is against the state Pas leadership, which has invited one controversy after another.

Earlier this year, PAS Commissioner Datuk Dr Hasan Ali proposed a beer ban for Muslim-majority areas and moved to empower mosques officials to arrest Muslims caught drinking.

Although PAS attempted to explain that the proposals, which were eventually not implemented, would only affect Muslims, it triggered uneasiness among non-Muslims and created the perception that the party was pushing a hard-line Islamic agenda.

Non-muslims make up 47 per cent of Selangor ‘s population.

Worse still, Hasan has repeatedly clashed with his Pakatan Rakyat (PR) partners.

He made an open challenge in the media calling for his State Executive colleague, Ronnie Liu, to resign for allegedly ordering the Shah Alam City Council (MBSA) to return beer seized illegally from a 7-Eleven outlet.

More recently he caused another stir by undermining the authority of the special select committee for competency, accountability and transparency (Selcat) which was investigating abuse of state funds by former Barisan Nasional (BN) lawmakers just before the general elections last year.

Hasan accused Speaker Teng Chang Khim, who heads the state government watchdog, of bullying civil servants during a public inquiry into the misuse of funds.

“I think we are going to be in trouble if there is no change in direction or in the state leadership,” said the Pas lawmaker.

Ibrahim Suffian from the Merdeka Center for Independent Research who spoke to The Malaysian Insider did not, however, completely share the lawmaker’s pessimism.

“Overall PAS is gaining more support from non-Muslims, more so now after last week’s PR Convention when they reiterated their stand with the coalition.”

Before the March 8 general elections, non-Malay sentiment was to vote for any party which was not in the ruling BN coalition including PAS despite the reservations they might have had about the Islamic party.

In subsequent by-elections, Chinese and Indians, especially in Perak, willingly voted for PAS.

However, in Selangor, he could not discount the negative publicity generated by Pas Selangor including forcing their values on non-Muslims.

“Their urban seats could be in jeopardy.”

Whether Selangor PAS continues to clash with their PR partners and alienate non-Muslims could depend on the party’s disciplinary committee.

Hasan, along with his one-time deputy, Shah Alam MP Khalid Samad, who has openly criticised the former’s policies have been hauled up before the committee for “jeopardizing the party’s image.”

Both men have responded to show-cause letters and the disciplinary committee is expected to decide on the next course of action today.

The committee could decide there is no case to answer, which would lead to status quo in the state leadership, or opt to suspend or remove Hasan as state commissioner, but this is unlikely because of his close links to PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, who appointed him in the first place.

The most likely outcome could be a face-saving slap on the wrist for either Hasan or for both men.

However, a party insider said this may be enough to get the state leadership to toe the line. -Malaysian Insider


Ulasan GB

Renungilah. Dan pandangan umum menyatakan bukan sahaja PAS Selangor akan bermasalah, tetapi juga negeri-negeri yang pemimpin PAS bersetuju dengan gagasan Kerajaan Perpaduan dulu akan menghadapi masalah termasuk Terengganu dan Pahang.

Nik Amalina Dakwa Hanya Ayahnya Seorang Petahankan PAS

Anak menteri besar Kelantan Nik Amalina Nik Abdul Aziz mempersoalkan kenapa hanya bapanya sahaja yang bangun mempertahankan PAS sedangkan pemimpin yang lain didakwa bersikap membisu.

"Kenapa harus Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) saja yang bangun mempertahankan setiap apa yang berlaku. Bangunlah juga wahai pimpinan. Tunjukkanlah juga bahawa anda bersatu.

"Buktikan dengan tindakan. Jangan hanya (dengan) suara dari belakang yang anda juga menyanyangi Tok Guru, dan sudah tentu kerajaan Islam hari ini," tulis Nik Amalina dalam blognya hari ini.

Anak kesembilan mursyidul am PAS itu kini terheret sama dalam kontroversi kedudukan suaminya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai ketua pegawai eskekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah mengulas perkara itu di blognya sebelum ini.

Sesetengah pihak beranggapan beberapa tulisan Nik Amalina itu, antaranya dengan mencabar seorang exco kerajaan negeri - dipercayai Datuk Husam Musa - meletakkan jawatan, telah memburukkan lagi kemelut dalam pentadbiran bapanya.

Kelmarin, ketua penerangan PAS Idris Ahmad dilaporkan berkata, Nik Amalina tidak seharusnya "membuka pekung di dada" dengan mendedahkan isu-isu melibatkan kepentingan parti di blog.

Menurutnya, banyak perkara yang melibatkan hal dalaman tidak bolehlah diceritakan kepada semua orang.

Menulis dalam blognya Seri Suri hari ini, Nik Amalina mempersoalkan sikap sesetengah pemimpin PAS yang tidak dinamakan, yang disifatkannya cepat melatah dan mahukan publisiti murahan ekoran kontroversi kes suaminya itu.

'Publisiti murahan'

"Kalau ada yang melatah, boleh kiranya saya berkata, semuanya mahukan publisiti murahan, sebagaimana yang saya dapat!

"Waktu sepatutnya buka mulut, semuanya bisu. Waktu sepatutnya bisu, apa yang anda semua telah buat?

"Jangan hanya pandai bercakap, 'sepatutnya begitu, sepatutnya begini,' tetapi bertindaklah," tulisnya dalam artikel terbaru berjudul "Kerana saya anak Nik Aziz" pagi tadi.

Berhubung isu "membuka pekung di dada", beliau dilihat cuba mempertahankan diri dengan mempersoalkan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.

"Saya yang dikatakan 'membuka pekung' parti agak menerima asakan terbuka daripada pelbagai pihak. Sejauh mana sebenarnya saya membuka pekung parti? Itulah yang saya cuba nilaikan.

"Berpadanankah dengan asakan yang saya terima? Adakah ia adil bagi saya? Apa pula pendirian pimpinan terhadap fitnah yang tersebar meluas? " soalnya.

Walaupun terdapat desakan berundur segera, Abdul Ariffahmi tetap dengan keputusannya untuk melepaskan jawatannya Mac depan.

Beliau memberitahu Malaysiakini, notis peletakan jawatannya telah diserahkan kepada Nik Aziz selaku pengerusi PMBK pagi tadi. -malaysiakini

Ulasan GB

Pening juga kita dengan karenah anak-anak Tok Guru ni, lepas seorang ke seorang.

Apa hal pulak kata hanya TG Nik Aziz seorang yang pertahankan PAS. Kan ke hari tu puluhan ribu bangun berdiri di belakang TG Nik Aziz.

Cuba cakap, apa sebenarnya kehendakmu? Nak suruh suami terus diterima sebagai CEO di PMBK atau apa?

Raja Nazrin Titah Guna Senarai AJK Masjid Yang Asal

Orang Besar Jajahan (OBJ) Batang Padang, Datuk Seri Yeop Junior Yeop Adlan berkata beliau telah menerima arahan dari Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah supaya membuat pelantikan jawatankuasa masjid dalam mukim Slim berdasarkan senarai asal yang dipersetujui sebelum ini.

Raja Dr Nazrin juga merupakan yang dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak.

Berikutan itu, beliau telah mengarahkan pegawai tadbir agama (PTA) daerah berkenaan supaya mengeluarkan surat pelantikan secepat mungkin.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Yeop Junior berkata beliau berharap majlis penyerahan watikah pelantikan tersebut dapat disempurnakan sebelum akhir tahun ini.

Menurutnya, senarai yang dipersetujui itu adalah bertarikh 2 Ogos 2009.

"Senarai yang dipinda itu tidak diterima," katanya ketika diminta mengulas perkembangan terkini isu berkenaan.

Sebelum ini, majlis penyerahan watikah pelantikan itu ditangguhkan ekoran timbulnya dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Perak telah menukar senarai jawatankuasa beberapa masjid di negeri itu dengan memasukkan nama penyokong PAS.

Perkara itu dibangkitkan oleh ADUN Slim Datuk Khusairi Abdul Talib minggu lalu yang mendakwa perbuatan itu 'tidak beretika dan membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh Raja Dr Nazrin'.

Beliau mendakwa antara masjid dalam mukim Slim yang dikesan terlibat adalah Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Kampung Kelan, Masjid Jamek Kampung Kuala Slim, Masjid Jamek Slim Village, Masjid Jamek Kampung Balun, Masjid Jamek Kampung Pasir dan Masjid Jamek Kampung Rasau, manakala dalam mukim Hulu Bernam pula, ia melibatkan Masjid Behrang 2020, Masjid Jamek Tanjung Malim, Masjid Jamek Kampung Sungai Dara dan Masjid Jamek Behrang Stesen. -malaysiakini

Ahli PAS Perlu Wala Kepada Siapa?

Di dalam Seminar Memperkasa PAS yang di adakan beberapa bulan lalu, ada ditimbulkan persoalan siapa yang lebih tinggi di dalam hirarki parti, diantara Mursyidul Am PAS atau Presiden parti kerana ia boleh mengelirukan ahli-ahli PAS, yang mana mahu diikuti, yang mana hendak diserahkan apa yang dikatakan "wala'".

GB tertunggu-tunggu penjelasan mana-mana pimpinan. Tetapi sehingga kini ianya tidak diberikan kupasan dan ulasan, sehingga perselisihan semakin tajam menyentuh pesoalan berkenaan.

Di sini izinkan GB salin dan tampal kembali komen dan komenbalas GB dengan seorang pengunjung blog ini menggunakan nickname "wirautama" yang mana di dalam perbincangan itu ada juga sedikit menyentuh soal wala' kepada kepimpinan yang banyak diperkatakan kini.

Ia perlu diberikan pencerahan untuk membetulkan mana yang tidak betul, meluruskan yang kusut serta menjernihkan yang keruh supaya kebenaran dan keadilan itu diletakkan di tempatnya yang lebih abadi. Yang perlu jelas ialah : wala adalah perlu kepada kedua-dua pemimpin ini tetapi wala yang utama, atau priroti wala kepada siapa. Itu pokoknya.

(Mana-mana ayat atau perkataan yang tidak menyentuh pokok perbincangan ditinggalkan)

Ia bermula dari satu komen dari wirautama terhadap satu tulisan saya bertajuk: "Betulkah PAS Tak Memusuhi UMNO?".

Mula.
wirautama said...
Aku pun hairan, kenapa pada hari TGNA berkata bahawa Najib sebagai Pemimpin Islam yg Berani tidak GB komen? Sekiranya selalu menerima pendapat TGNA apa salahnya TGAH dan Nasa berada dlm satu majlis dengan Pemimpin Islam yg Berani?

Kenapa tidak bersangka baik kenapa TGAH dan Nasa hadir pada majlis itu, yg sebelum ini mereka tidak pernah hadir? Adakah GB tidak mahu berfikir sapa yg dirai oleh TGAH dan Nasa pada majlis itu? Tak mahu berfikir kah bahawa Yusof Qardawi yg menerima anugerah tersebut itu siapa pada TGAH dan Nasa (walaupun mungkin bagi GB ialah org biasa, sama cam org UMNO jugak)?

Kemudian dlm masa yg sama GB tidak mahu org mengata GB sebagai berniat jahat? So sapa yg mengelirukan ummah, GB atau pemimpin? GB menghukum TGAH dan Nasa sebagai pemimpin yg mengelirukan ummah hanya kerana laporan akhbar Sinar Harian (baca Hairan) tetapi tidak menghukum pemimpin yg mengelirukan ummah pada TGNA?

Tidakkah berburuk sangka itu sebahagian dari dosa?


Anonymous said...
apa ler komen wirautama mcm tu?

TGNA sebut Najib berani... berani tak semestinya benar. Memang beranilah Najib pergi ke selatan Thailand sebab masa itu letupan bom pun sambut Najib. Tetapi ia tidak memberikan gambaran Najib itu pemimpin Islam yang memegang kepada kebenaran dan keadilan seperti yang dikehendaki oleh Islam.

Dan kenyataan TGNA lansung tak mengelirukan.

Tetapi kenyataan TGHH sungguh mengelirukan, PAS tak memusuhi UMNO.

Jadi selama ini yang TGHH asyik berceramah menentang UMNO, malah pada satu waktu dahulu mengkafir dan mentaghutkan UMNO tu apa?

Yang tu JELAS mengelirukan.

Tentang gambar duduk di majlis Maal Hijrah tu, saya tengok GB tak der pun komen apa-apa, malah tak kata salah pun, cuma puak pengampu ni jer yang terasa pedih mata sebab dipapar "kebenaran" yang TGHH dan Nasha bersama di pentas VIP apabila gambar itu dijadikan hiasan di satu artikel bi blog GB ni.

oh Tuhan....



wirautama said...
sebenarnya dua2 peristiwa itu tidak mengelirukan, yg mengelirukan adalah GB kerana nak jadi check and balance (konongnye) tapi selected, TGAH sahaja, UMNO tetap musuh, kenapa dlm mjlis itu tidak mahu melihat bagaimana seorg murid merai kan gurunya dgn hadir dlm majlis yg mana gurunya di raikan..

kenapa kita rasa terlebih baik sangka kepada alat2 musuh sedangkan sangat buruk sangka dengan pemimpin yg dipilih oleh jemaah, yg mana wakil2 jemaah yg mengundi bukan org yg bodoh2. Kita lupa tradisi kita, pemimpin juga guru kita, bagaimana ada berguru? adakah setiap yg ditimbulkan alat musuh dijadikan modal menghentam guru2 kita.

Bergitu juga dlm isu kenyataan TGAH mengenai penasihat2 TGNA, diolah seolah2 TGAH mempelekehkan TGNA, sedangkan yg dikata TGAH yg sebenarnya berlaku, TGNA kemudian membuat kenyataan yg sama mengenai itu, tapi tidak kedenaran suara2 meminta maaf atau menbetul balik apa yg difitnahkan. Sumber mereka sekali lagi alat2 musuh, Tapi bergitu lah sikap org yg bukan nak mencari kebenaran tapi hanya nama, malu nok mengaku salah.


greenboc said...

meraikan guru? tak perlulah sampai keluarkan kenyataan-kenyataan kata "kita tak memusuhi UMNO" walhal para blogger terlebih2 lagi blogger penyokong TGHH sekarang ini yang hentam UMNO. Kan nanti org kata depan lain belakang lain?

Buruk sangka kepada pemimpin yang dipilih oleh jemaah? itu semasa muktamar. Sehari sebelum muktamar 2 pemimpin ini menutup kes UG untuk dptkan sokongan perwakilan. Sejam selepas kemenangan, alih-alih kenyataan UG keluar semula.

Isu penasihat TGNA. Nik Aziz benar, penasihatnya pun benar. TGNA tak buat kesilapan di dalam perlantikan Ariffahmi, dan penasihatnya pun benar kerana tidak ada apa yang silap. Yang kata salah dan silap ialah UMNO dan ... (fill in the blank)


wirautama said...

mmg kita menentang UMNO, tapi bukan diri UMNO, yg kita tentang ialah apa yg dibawa oleh pemimpin UMNO yg terpesong dari Islam, tiada dlm pelembagaan UMNO itu ugama suku politik suku, tapi Pemimpin UMNO yg membawa idealogi bergitu yg kita tentang, apa2 yg dibuat oleh kerajaan BN yg tidak bercanggah dgn Islam kita sokong.

Sungguh.. lihatlah dgn penuh tanggungjawab apa yg kita nok kata mengenai satu2 isu.. kenapa kita perlu beri wala bilamana pimpinan memutuskan utk berkersama dgn DAP sedangkan karpal sing dgn jelas berkata langkah mayat dia dulu klu nak melaksanakan hukum Islam, adakah pimpinan ketia itu berbincang dgn DAP dlm 'terang', sudah tentu tidak, tapi hanya keputusan diumumkan. kita terima kerana kita percaya mereka membuat keputusan dgn penuh tanggungjawab terhadap Islam dgn ilmu yg mereka ada, bergitu juga dgn Anuar Ibrahim, bila masa Anuar Ibrahim menarik balik kata2 beliau yg menghentam dan menyesatkat kan PAS semasa dlm kerajaan? Tapi bila diumunkan pimpinan kita terima, ada mereka berbincang dgn ahli untuk bergabung? tidak.. tapi kita terima.. itulah sikoh kita pada pemimpin.

Dlm isu kerajaan pepaduan.. pernahkah GB mendengar penjelasan drpd TGAH apa maksud beliau mengenai kerajaan pepaduan? Secara peribadi saya tidak menyokong mana2 gabungan pun, tapi apabila mendengar sendiri penjelasan TGAH dlm ceramah beliau di Teganu maka saya faham apa yg beliau maksudkan dan alhamduliLLAH saya menerimanya.. tapi yg jelas bukan bergabung dgn UMNO.

mengenai isu penasihat TGNA, tak pernah saya kata TGNA silap, penasihatnya juga tidak silap, cuma kurang cermat dlm memberi nasihat antara yg baik dan yg terbaik. yg terbaik itu yg sebenar dlm isu ini. TGAH tidak mengata mereka salah tapi mereka tidak memberi nasihat yg sebenar apa implikasi keatas kerajaan negeri, diri TGNA dan PAS dgn pelantikan itu. itu saja sebenarnya sekiranya kita mahu melihat dgn ikhlas tanpa ada rasa syak wasangka.

tuhan saja Maha Mengetahui.



December 23, 2009 10:32 AM

greenboc said...

Soal wala tidak timbul kerana kefahaman wala itu sndiri yang perlu dipertingkatkan di kalangan ahli.

Soal Karpal Singh dan Anwar Ibrahim : Orang yang telah melakukan kesalahan dan kemudian akhirnya mengakui kesalahannya dan bersedia untuk bersama dengan kita semula (atau disebaliknya kita ingin bersama dengan mereka semula) sepertimana yang diputuskan oleh pimpinan kita akur dan terima. Bukan sahaja "kerana kita percaya mereka membuat keputusan dgn penuh tanggungjawab terhadap Islam dgn ilmu yg mereka ada" tetapi meletakkan "maslahah", iaitu kepentingan umum. Kaedah usul-fiqh "Ditanggung kemudharatan khas untuk menolak kemudharatan am" terpakai dalam hal ini.

Soal Kerajaan Perpaduan. TGHH telah mengutarakan idea dan gagasan itu selepas isu muzakharah PAS-UMNO terbongkar. Idea UG mungkin baik, tetapi ia menyentuh "dasar PAS". Sesuatu yang menyentuh dasar, perlukan pengesahan "Majlis Syurah Ulamak". Mengikut penjelasan Ust Abd Halim Abd Rahman, gagasan itu tidak pernah dibawa ke Majlis Syura Ulamak, oleh itu, ianya dianggap tidak perlu dipanjangkan atau dibincangkan. Hasilnya UG ditutup walaupun Presiden yang mengutarakannya.

Jawatan "Presiden" adalah jawatan tertinggi di dalam parti jika kita melihat PAS di dalam konteks organisasi sekular. Jawatannya dipilih secara demokrasi. Di dalam sistem khalifah Islam yang ditunjukkan di dalam khalafau Ar-Rasydin, tidak digunakan konsep demokrasi itu. Ia ditetapkan oleh syura.

PAS sebagai sebuah jemaah Islam perlu akur bahawa Perlembagaan PAS telah meletakkan Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am, sebagai badan tertinggi parti. Oleh itu Jawatankuasa Pusat PAS perlu akur dengan kedudukan mereka bahawa di dalam konteks PAS sebagai organisasi politik sekular yang duduk dibawah Pendaftar Pertubuhan, mereka adalah badan tertinggi, tetapi di dalam konteks PAS sebagai jemaah Islam, mereka perlu akur kepada keputusan Majlis Syura Ulama yang menetapkan dan menerima Mursyidul Am PAS sebagai pemimpin tertinggi.


Menyentuh soal "penasihat TGNA, tak pernah saya kata TGNA silap, penasihatnya juga tidak silap, cuma kurang cermat dlm memberi nasihat antara yg baik dan yg terbaik.". Kalau dapat saya katakan ia "fitnah yang benar" tetapi tidak perlu disebarkan kepada orangramai kerana ia mengundang perpecahan. TGHH sendiri faham mengenai ucapannya. TGHH perlu adil untuk membuat perkara yang beliau sendiri telah tetapkan prinsipnya.

Allah Maha Mengetahui - dan Allah memberikan kurniaan apa-apa ilmu pengetahuan kepada sesiapa yang Dia kehendakinya.

wassalam.

December 23, 2009 1:00 PM


wirautama said...
maaf saya tidak pernah mendengar samada Anuar Ibrahim ataupun Karpal Singh mengaku kesilapannya. Pernahkah dlm mana2 ceramah Anuar Ibrahim beliau mengakui kesilapan beliau terhadap PAS semasa dlm kerajaan dahulu dan pernah kah Karpal Sing memohon maaf kepada Umat Islam ttg kenyataan beliau itu? entahlah saya tak pernah jumpa.. namun bergitu saya percaya keputusan pimpinan adalah suatu yg terbaik bila telah diputuskan.

Entahlah.. apa yg saya dengar sendiri dari TGHA tidak sedikit pun Kerajaan Perpaduan itu menyetuh dasar PAS, dan tidak sedikit pun menyetuh pengabungan antara PAS dan UMNO. Dan saya tidak arif ttg muzakharah PAS-UMNO, sekiranya ada maka baguslah. Dan apabila Ust Abd Halim Abd Rahman menegaskan ianya tidak perlu dipanjangkan, tetapi mengapa diungkitkan lagi? Jawatankuasa disiplin sekarang telah dibentuk dan org yg berkaitan telah/akan dipanggil. Apalagi yg kita mahu? Atau kita pun tidak mempercayai jawatankuasa tersebut. Yg kemudiannya bagi saya tak perlu saya sentuh mengenai peranan presiden dan majlis syura.

mana yg lebih besar mengundang perpecahan antara tulisan saudara yg menghentam presiden anda sendiri didunia cyber dengan kenyataan TGAH yg ditanya wartawan kemudian beliau membela TGNA sebagai seorg yg jujur kemudian meletakan sedikit beban kesilapan itu kepada penasihat beliau (yg aku percaya kebanyakanya adalah pegawai kerajaan termasuk dgn LA yg berkhidmat dgn kerajaan negeri).

Ginilah.. klu ikhlas nak cari kebenaran.. saya mintak print dan bawak semua artikal saudara dan rakan2 sewaktu dgn saudara kemudian bawa berjumpa dgn Mursyidul Am PAS tanya pendapat Tuan Guru setujukah dia dgn tindakan ini.. cuba lihat apa pendapat beliau.. adakah dia akan mengatakan ini lah yg mengukuhkan parti.. try ah tanya.. apa salahnya klu nak kebenaran. kemudian kita nilai sendiri siapa yg lebih adil dlm kenyataannya.


December 23, 2009 1:51 PM
greenboc said...

1) maaf saya tidak pernah mendengar samada Anuar Ibrahim ataupun Karpal Singh mengaku kesilapannya.

Anwar mengakui kesilapannya malah menubuhkan Keadilan dan melawan UMNO yang pernah disertainya. Anwar kini menjadi Ketua Umum PKR serta menjadi penggerak utama Pakatan Rakyat.

Karpal Singh pernah mengakui setelah ditemui pemimpin-pemimpin DAP untuk tidak menggunakan media sebagai saluran berbeza pendapat. Hasilnya berlakulah pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PR untuk "iron out all kinks" yang ada dalam isu yang dibangkitkan. Sehinggalah di Konvensyen yang lalu, dunia menyaksikan Karpal duduk diantara TGNA dan TGHH.

So apa masalah awak bangkitkan hal tersebut?

2) "tidak sedikit pun Kerajaan Perpaduan itu menyentuh dasar PAS"

Membentuk sebuah "Kerajaan" tak menyentuh dasar?

Itu ilmu politik darjah berapa?

3)"Dan apabila Ust Abd Halim Abd Rahman menegaskan ianya tidak perlu dipanjangkan, tetapi mengapa diungkitkan lagi?"

Tak siapa yang ungkit, tetapi peranan dan tindakan pendokong dan penyokong mereka mendedahkan missi Kerajaan Perpaduan masih ada.

4) "Jawatankuasa disiplin sekarang telah dibentuk dan org yg berkaitan telah/akan dipanggil. Apalagi yg kita mahu? Atau kita pun tidak mempercayai jawatankuasa tersebut."

Boleh baca entri terbaru saya di blog ini

5) "mana yg lebih besar mengundang perpecahan antara tulisan saudara yg menghentam presiden anda sendiri didunia cyber dengan kenyataan TGAH yg ditanya wartawan kemudian beliau membela TGNA sebagai seorg yg jujur kemudian meletakan sedikit beban kesilapan itu kepada penasihat beliau"

Sdra memesongkan intipati perbincangan. Saya merujuk kepada jawapan TGHH yang disiarkan di dalam Sinar Harian mengenai PAS tidak memusuhi UMNO yang menjadi tajuk kepada seluruh artikel ini.

Walau apapun saya, bersedia menjawab. Jujurkan jawapan TGHH apabila beliau memuji TGNA sebagai seorg yg jujur dalamasa yang sama meletakan sedikit beban kesilapan itu kepada penasihat Ni Aziz yang kemudiannya saya menyatakan bahawa yang kenyataan dua baris itulah yang diperbesarkan oleh media tempatan?
Jika TGHH jujur, sudah tentu beliau membuat kenyataan yang menyokong kenyataan Datuk Zaid Ibrahim menyatakan bahawa TGNA boleh dijadirkan Ketua Umum Pakatan Rakyat. Tetapi apa kenyataan TGHH? Terserahkalah kepada pimpinan PR yang lain!



6. "saya mintak print dan bawak semua artikal saudara dan rakan2 sewaktu dgn saudara kemudian bawa berjumpa dgn Mursyidul Am PAS tanya pendapat Tuan Guru setujukah dia dgn tindakan ini.. cuba lihat apa pendapat beliau.."

Saya adalah blogger, TGNA adalah blogger. Malah beliau pun tidak pernah menyekat anaknya Nik Abduh dan Nik Amalina menulis sebagai blogger sekalipun tulisan kedua-dua anaknya itu menjejaskan reputasi beliau dan parti.

Saya yakin saya benar. Dan TGNA sebagai blogger pasti termaklum kebebasan ahli-ahli untuk menulis sepertimana diberikan kebebasan kepada anakandanya itu.

Tetapi hairan, semua pemimpin tertinggi parti-parti politik di dalam negara ini ada blog. Saya mencari dan ingin sekali membaca blog TGHH dan Ust Nasha tetapi tidak ada. Mungkin lebih afdhal sdra membantu mereka berdua.

TAMBAHANHarakahdaily melaporkan, sedangkan TGHH turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini. Ianya telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

Suhubungan itu, melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang ini adalah satu kemestian yang perlu dipelajari.

Isu Hasssan Ali : Keputusan Yang Dinanti

Hari ini dilaporkan Lembaga Disiplin PAS Pusat bersmesyuarat untuk menetapkan keputusan ke atas isu Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali berhubung dakwaan menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, beliau berharap isu berhubung siasatan berkenaan tidak diperbesarkan bagi menjaga maruah dan kepentingan parti, lapor MSTAR.

"Insya-Allah kami akan bermesyuarat malam ini bagi meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan dalam siasatan ini.

"Kami akan sama-sama mengkaji semua butiran yang ada dengan teliti bagi memastikan keadilan diberikan kepada semua pihak," katanya ketika di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya ke atas beberapa pemimpin PAS Selangor.

Menurut beliau jawatankuasanya akan mengadakan mesyuarat pada pukul 9 malam ini di Ibu Pejabat PAS Pusat.

Jawatankuasa disiplin berkenaan dianggotai lima orang ahli.

Selain itu Tuan Ibrahim berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan dengan telus bagi memastikan keadilan untuk semua pihak.

Malah jelasnya, siasatan yang adil juga akan mencerminkan imej dan maruah parti.

"Saya harap semua pihak bersabar, jangan buat sebarang andaian kerana kami berjanji akan menjalankan siasatan dengan adil dan telus.

"Kita harus ingat, apa jua tindakan dan keputusan badan disiplin ini akan mencerminkan maruah parti," katanya.

Menurutnya jika Hassan dan beberapa pemimpin lain yang disiasat itu didapati bersalah, mereka masih mempunyai peluang untuk memberikan penjelasan dan membela diri.

"Terpulang kepada hasil siasatan nanti, setakat ini hanya diperingkat pertuduhan, kalau benar-benar ada kes nanti baru kita akan panggil Datuk Hassan dan yang lain-lain itu untuk memberikan keterangan," katanya.

Ulasan GB

GB sebelum ini telah mengeluarkan sekurang-kurangnya tiga tulisan menyentuh soal Lembaga Disiplin PAS. Ia kemudiannya dirangkumkan di dalam tulisan ini.

Setakat ini tiada sesiapa pun dari kalangan pimpinan yang menjawabnya. Ini menjelaskan bahawa ada sesuatu yang tidak kena di dalam perlantikan Jatawatankuasa Disiplin PAS.

Tuan Ibrahim menyatakan "pihaknya akan menjalankan siasatan dengan telus bagi memastikan keadilan untuk semua pihak" dan ianya dipersoalkan apa dan mana ketelusannya jika nama seluruh lima orang anggota jawatankuasa itu sendiri tidak bersdia untuk didedahkan kepada umum.

Malah kenyataan-kenyataan beliau yang sebelum ini yang bias itu pun belum terjawab.

Keputusan yang akan diumumkan itu pun tidak dapat dipastikan boleh dikuatkuasakan atau pun tidak apabila keseluruhan jawatankuasa disiplin itu sendiri dipersoalkan kesahihannya di sisi Perlembagaan PAS.

PAS perlu memperkasakan Jawatankuasa Disiplin Parti dengan melantik mereka yang benar-benar berwibawa, yang tidak mempunyai sebarang jawatan dan kepentingan di dalam parti sepertimana yang diamalkan oleh lain-lain parti politik di dalam negara ini di samping mempastikan ianya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan PAS.

Mahathir, Pengecut Yang Berlagak Berani

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahahtir Mohamed mengalu-alukan cadangan Penasihat DAP, Lim Kita Siang agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan beliau melenyapkan wang sebanyak RM100 bilion dalam projek- projek mega dan rasuah selama 22 tahun pemerintahannya.

“Saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan suruhanjaya tersebut,” katanya.

Beliau berkata, suruhanjaya tersebut tidak harus membataskan siasatan kepada beliau seorang, malah juga kepada Tun Abdullah Badawi.

“Pembatalan projek Jambatan Bengkok yang menghubungkan Johor – Singapura dan projek landasan kereta api Johor Bahru ke Padang Besar melibatkan jumlah wang yang banyak termasuklah pembinaan projek hydroelektrik di Bakun serta Jambatan Pulau Pinang.

“Ia harus meliputi bagaimana wang pembayaran Petronas sebanyak RM270 bilion dibelanjakan dalam tempoh lima tahun Abdullah pemerintahannya,” katanya di blognya, semalam.

Kelmarin, Kit Siang menggesa kerajaan menubuhkan siasatan diraja bagi menyiasat Mahathir yang dikatakan punca pembaziran di atas tindakannya semasa menjadi Perdana Menteri seperti didedahkan dalam buku ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’ yang ditulis oleh bekas pengarang urusan Wall Street Journal Barry Wain.

Tetapi Bernama melaporkan Mahathir telah berkata, beliau mempunyai hak untuk menyaman dua individu dan sebuah portal berita kerana menuduhnya membazirkan RM100 bilion bagi projek-projek mega sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri.

Beliau berkata, ia bergantung kepada keputusan SuruhanjayaDiraja yang dicadangkan pemimpin DAP Lim Kit Siang, bagi menyiasat sama ada beliau telah membelanjakan wang tersebut bagi projek-projek mega dan amalan rasuah sepanjang tempoh itu.

"Bergantung kepada keputusan suruhanjaya (yang dicadangkan), saya berhak untuk saman (penulis) Barry Wain, Lim Kit Siang dam Malaysiakini.com kerana membuat fitnah bagi jumlah yang akan diumumkan kemudian," katanya dalam blognya semalam.

Wain merupakan penulis buku "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times", menganggarkan bahawa Dr Mahathir telah membazirkan sehingga RM100 bilion sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Dr Mahathir berkata, Wain mesti menyediakan bukti kukuh berkenaan mana-mana amaun yang didakwa telah "hangus" itu.

Ugutan Mahathir untuk menyaman pihak yang mendedahkan isu berkenaan membuktikan beliau seorang penngecut walaupun pada awalnya kelihatan berani untuk disasat oleh sebuah Suruhanjaya.

Mahathir sepatutnya tidak perlu mengeluarkan ugutan tersebut sebelum siasatan dimulakan. Ini, suruhanjaya pun belum terbentuk, beliau telah mengeluarkan kenyataan untuk menyaman. Dan kita sedia faham institusi kehakiman yang kita warisi ini telah lama hancur musnah kredibilitnya akibat dari kerja tangan Mahathir sendiri.


Pulau Pinang, UMNO Terlambat, Hanya Cuba Menipu Orang Melayu

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Salleh Man menyifatkan tuntutan UMNO Pulau Pinang terhadap jawatan Pengerusi BN negeri dari tangan Gerakan sebagai ‘sudah terlambat’ dan hanya bertujuan untuk menipu orang Melayu di negeri ini bertujuan meraih sokongan mereka semata-mata.

Mohd Salleh juga mendakwa, UMNO pernah menggunakan taktik yang sama sewaktu berkempen pada pilihan raya umum 1986 apabila parti itu berjanji akan menjadikan seorang wakil mereka Ketua Menteri jika memenangi 12 kerusi yang dipertandingkan meskipun mereka mengetahui jawatan Ketua Menteri masih tetap akan dipegang oleh Gerakan.

“Sudah terlambat untuk UMNO Pulau Pinang membuat tuntutan sebegitu kerana rakyat Pulau Pinang kini sudah sedar akan temberang mereka yang cuba mencetuskan propaganda hanya untuk meraih sokongan pengundi Melayu semata-mata, meskipun mereka menyedari Gerakan tidak akan sesekali memberi peluang kepada UMNO untuk mengetuai BN peringkat negeri.

“Mungkin UMNO sebelum ini rasa berkuasa sebab mereka satu-satunya parti komponen BN yang memenangi kerusi pilihan raya umum lalu hingga berani mengemukakan tuntutan sedemikian, namun mereka harus sedar, kemenangan yang dikecapi mereka bukan disebabkan kekuatan UMNO sendiri, namun disebabkan oleh pengaruh BN yang masih kukuh,”katanya.

Mohd Salleh berkata, pergolakan yang berlaku dalam BN Pulau Pinang sedikit sebanyak memberikan impak positif kepada PR kerana rakyat Pulau Pinang kini sudah mula buka mata akan situasi sebenar BN yang semakin parah dan berpecah-belah.

Sementara itu, DAP menyifatkan tuntutan jawatan Pengerusi BN negeri oleh UMNO Pulau Pinang daripada Gerakan tidak akan mengubah persepsi rakyat negeri ini terhadap kepimpinan BN yang tidak telus dan lemah.

Setiausaha DAP Negeri, Ng Wei Aik berkata, tuntutan UMNO jelas memberikan gambaran sebenar kepada rakyat bahawa parti itu rakus untuk membolot jawatan yang ditawarkan di peringkat negeri, meskipun ianya sebelum ini dipegang oleh rakan parti komponen yang lain sekali gus menyerlahkan lagi sikap diktator parti itu.

Menurutnya, perbalahan yang tercetus antara UMNO dan Gerakan bukan perkara baru memandangkan sebelum ini pernah berlaku kejadian koyak gambar Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon oleh beberapa ahli UMNO pada tahun lalu dan tindakan Gerakan meminta maaf kepada UMNO meskipun berlaku provokasi ke atas parti itu menunjukkan ia parti yang lemah dan terpaksa mengikut telunjuk UMNO.

“Sebagai sebuah parti yang kononnya sudah mengepalai kepimpinan BN di Pulau Pinang selama 35 tahun, mengapa Gerakan masih lagi berdiam diri dan mengeluarkan kenyataan akan menghormati setiap keputusan yang dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak walhal mengetahui beliau juga merupakan Presiden UMNO di samping tidak dapat menolak kemungkinan keputusan bakal berpihak kepada UMNO Pulau Pinang.

Di mana perginya kewibawaan Gerakan yang masih lagi cuba bertolak-ansur dengan UMNO meskipun sedar parti itu banyak kali ‘dipijak’ oleh rakan parti komponennya itu. Senario ini tidak pernah berlaku dalam PR memandangkan setiap parti yang menyertai pakatan menjalinkan kerjasama kukuh dan sentiasa berbincang secara dalaman untuk menyelesaikan masalah,”katanya sewaktu melawat bangunan penjaja yang baru dibina Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Pasar Jalan Anson, di sini, semalam.

Wei Aik berkata, beliau juga bersetuju dengan kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa Gerakan sememangnya tidak pernah buat kerja dan jarang turun padang untuk mendekati masyarakat Pulau Pinang dan menjelaskan, masalah itu bukan berlaku sejak dua tahun lalu, malah berlarutan sejak tahun 1980 lagi.

“Sewaktu pemerintahan Gerakan di Pulau Pinang sebelum ini, parti itu tidak pernah mencari inisiatif tambahan untuk menambahkan ‘kantung’ Kerajaan Negeri, sebaliknya hanya bergantung harap semata-mata kepada peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat.

“Perkara ini berbeza dengan Kerajaan Negeri pimpinan PR yang sering mencari alternatif terbaik untuk menambahkan pendapatan dan saya yakin, jika UMNO Pulau Pinang berpeluang sekalipun untuk menerajui kepimpinan BN di negeri ini, persepsi rakyat terhadap BN tidak akan berubah kerana rakyat kini sudah semakin yakin dengan kepimpinan PR,”katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa UMNO Pulau Pinang sekadar mahu mencetuskan isu bersifat perkauman apabila menuntut jawatan Pengerusi BN negeri daripada Gerakan. -SH

Hantu Altantuya Masih Dan Akan Terus Mengejarnya

Berak Tengah Jalan Sapa Nak Mengaku
Oleh misaimerah

Bolehkah bangkai gajah ditutup dengan nyiru? Sudah tentu busuknya tak dapat hilang. Itulah kehendak Tuhan tutup macam manapun benda salah ,benda tak betoi lambat laun rakyat tahu juga . Benda tak betoi ni tak kira Pakatan Rakyat atau Umno-BN mesti didedahkan kalau tidak Tuhan akan dedahkan juga di Padang Mahsyar kelak.

Satu persatu keluarga PM Najib semakin terdedah dan didedahkan Tuhan dengan isu dan skandal yang cuba ditutup rapat keluarga mereka.Siapa sangka pendedahan P.Balasubramanian, penyiasat persendirian mendedahkan bahawa adik PM Najib, Datuk Nazim Razak terlibat sama beliau tarik balik akuan bersumpah. Lapor malaysiakini;

Penyiasat persendirian P.Balasubramaniam menyebut nama adik perdana menteri dengan tindakannya menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes Altantuya Shaariibuu. Seperti biasa adik Najib berdiam diri mampoih tak ngaku.

Seterusnya Rosmah Mansor bini PM Najib pula didedahkan dengan penghantaran wang tunai RM 600.000 ke Dubai sewaktu Rosmah berada di sana, namun seperti biasa juga Rosmah berdiam diri dan tak jawab isu yang didedahkan ahli Parlimen Batu, Tian Chua walaupun ada dokumen yang lengkap didedahkan Tian Chua;

Pada 17 Disember lalu, ahli parlimen Batu mendakwa, satu pihak - yang tidak dinamakan - membuat pemindahan wang itu kepada Rosmah melalui pengurup wang, yang kini dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia.

Tian Chua mendakwa wang tersebut "kemungkinan bagi membiayai urusan membeli-belah" isteri perdana menteri.-malaysiakini. Wah hebat keluarga PM Najib mereka boleh nafi dan berdiam diri begitu saja kerana taktik tak jawab soalan media dengan isu yang dibangkitkan masih boleh selamatkan mereka dan Umno serta rakyat Malaysia yang berfikiran Umno tetap tak percaya dengan apa yang dibongkar media.

Isu enjin Jet pesawat pejuang yang hilang dan dilarikan serta dijual ke sebuah negara Amerika Selatan pada 2007 juga babitkan PM Najib yang pada masa itu adalah Menteri Pertahanan. Mula-mula ingatkan satu unit rupa-rupanya 2 unit enjin pesawat pejuang pula telah dijual bersama-sama dengan peralatan lain yang bernilai RM 50 juta. Seperti biasa PM Najib kata beliau akan siasat. Kata Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan;

"Pengkhianat, penderhaka berada di mana-mana. Kementerian Pertahanan bukan sahaja menjalankan siasatan dalaman tetapi sebagaimana yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kita telah menyerahkan kes ini kepada polis 100 peratus.-bernama dan malaysiakini

Apalah sangat RM600,000 wang yang dihantar kepada Rosmah Mansor bini PM Najib kalau RM50 juta jual enjin pesawat pun boleh senyap selama 2 tahun baru sekarang hendak dibongkar. -misaimerah

Najib Patut Didakwa

Najib Razak harus didakwa, beliau adalah Menteri Pertahanan ketika enjin jet hilang
Oleh Amin Iskandar

Malaysia kini berada dalam keadaan bahaya. Apabila orang-orang yang tidak amanah memegang pemerintahan negara, beginilah jadinya.

Heboh dan gawat negara apabila dilaporkan dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Menteri Pertahanan kini, Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa selain daripada dua buah enjin pesawat yang hilang, peralatan yang berkaitan turut lesap.

Dalam sidang medianya beliau terus memberikan amaran kepada penulis-penulis blog agar jangan mensensasikan berita ini oleh kerana kerajaan telah pun mengambil tindakan kepada pengkhianat-pengkhianat dalam kes kecurian ini. Klik disini.

Sebagai salah seorang penulis blog, menjawab kepada amaran yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan itu, apa yang boleh saya katakan ialah:

“Kau ingat negara ni bapak kau punya?”

Menteri Pertahanan pada ketika kesemua kehilangan enjin pesawat dan barang-barang lain ialah Mohd. Najib bin Abdul Razak yang kini bekerja sebagai perdana menteri Malaysia yang keenam. Oleh yang demikian, Najib Razak harus disiasat sekali dalam kes ini.

Beliau harus digantung daripada menjadi perdana menteri sepanjang siasatan dijalankan. Zahid Hamidi jangan ingat orang-orang Malaysia bodoh. Ibrahim Ali dan Perkasa bolehlah beliau tipu. Jangan cuba nak ugut penulis blog oleh kerana penulis blog tidak takut dengan ugutan dan terus akan menulis selagi siasatan tidak dijalankan terhadap Najib Razak.

Kedaulatan negara telah tergadai. Menteri yang bertanggungjawab pada ketika itu, Najib Razak telah cuai menjalankan tugas ataupun terlibat dalam kes kecurian ini. Jika tidak mahu spekulasi terus berjalan, gantung jawatan Najib dan siasat beliau segera! Jangan terus biarkan “rompakan-rompakan” terus dilakukan dihadapan mata rakyat!

Berkaitan:

1) Missing engines: Zahid confirms action against ‘traitors’. The Malaysian Insider

2) Missing engines a blow to Najib’s GTP, says Kit Siang. The Malaysian Insider

3) Missing Fighter Engines – A Fishy Explanation. A. Kadir Jasin

Yusuf Qardhawi Rujuk Penangguhan Kes Qazaf Anwar Ibrahim Ke Perhatian Dunia Islam

Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi berjanji akan membawa isu fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke persada antarabangsa untuk diselesaikan secara syarie.

Justeru, tokoh Islam terkemuka itu akan menggunakan pengaruh beliau untuk bertemu dengan organisasi Islam antarabangsa dan pemimpin Islam terkenal diseluruh dunia dalam masa terdekat.

“Hingga ini kes itu kata syeikh qardawi hendaklah diangkat dengan lebih kuat dan luas seantero dunia supaya datuk seri anwar terbela.

“Dari segi syarak dan digerakkan wadah-wadah antarabangsa seperti kesatuan ulama islam sedunia, dan juga untuk di kemukakan dengan lebih luas untuk sama-sama bekerjasama menyelesaikan kes fitnah anwar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi pertemuan khas Yusuf bersama Anwar Ibrahim di Putrajaya, semalam.

Menurut Dr Muhammad Nur lagi sekiranya kes qazaf yang difailkan Anwar pada Julai 2008 terus dilengahkan ini akan menjejaskan imej serta martabat Malaysia di mata ummah.
Ini kerana keadilan yang ditangguhkan adalah satu bentuk kezaliman, dan seorang Muslim berhak untuk membela diri di muka pengadilan.

“Pendirian Syeikh Qardawi begitu tegas, dan hendaklah mengikut prinsip al-quran dan sunnah dengan menggunakan prosedur-prosedur.

“Anwar mempunyai hak syarak untuk mempertahankan dirinya bagi menjawab tuduhan fitnah yang tidak berasas ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin berkata Sheikh Al-Qaradawi berasa hairan mengapa pemerintah melengah-lengahkan kes qazaf tersebut.

Zulkifli berkata KEADILAN akan menghantar satu delegasi untuk mengadakan perbincangan secepat mungkin dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia untuk membincangkan kemelut Qazaf ini.

“Dia juga nasihatkan bawa isu ini ke pringkat pentas antarabangsa, isu ini besar kerana membabitkan orang yang dikenali, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali di pentas antarabangsa sebagai tokoh pejuang Islam, macamana boleh dikenakan pertuduhan sebegitu rupa, sepatutnya tak dilengah-lengahkan,” katanya. –ATIQAH YAACOB