24 Feb 2010

PAS Nak Tawan Semula Terengganu?

PAS takkan ulangi kesilapan di T'ganu - malaysiakini

PAS yakin tidak akan mengulangi kesilapan dalam pilihan raya umum sebelum ini yang menyebabkan hilang penguasaan di Terengganu, kata setiausaha agungnya.

Menyifatkan pengurusan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa itu “luar daripada etika dan norma politik biasa”, Datuk Mustafa Ali yakin penguasaan BN sukar dikekalkan lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“(Apa yang berlaku pada 2004) ini di luar jangkaan kita. Kita tidak jangkakan begini permainan BN. Saya sebut, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada waktu itu dengan kerjasama SPR (terlibat).

“Kita ada bukti orang tertentu bertanggungjawab. Berdasarkan undi biasa kita tidak (akan) kalah lagi,” katanya yang juga veteran PAS Terenggnu.

Mustafa diminta mengulas kegagalan PAS di negeri itu dalam dua pilihan raya umum berturut-turut ketika beliau memegang jawatan sebagai pengarah pilihan raya parti.

Kekalahan PAS negeri itu dalam keadaan Pakatan Rakyat menang besar pada Mac 2008 membentuk persepsi berhubung kewibawaan pemimpinnya daripada negeri itu, yang kebetulan memegang banyak kedudukan strategik dalam parti.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini baru-baru ini, Mustafa berkata, berdasarkan perubahan sokongan dan pertambahan pengundi secara 'biasa', mustahil BN dapat merampas negeri itu daripada penguasaan PAS.

Mustafa berkata, pada tahun tersebut, pertambahan jumlah pengundi terbanyak berlaku di Terengganu sehingga 15 peratus berbanding negeri jirannya Kelantan - yang juga dikuasai PAS - dengan hanya 4 peratus.

“Tumpuannya pada 2004 itu, Terengganu mesti dijatuhkan walau apa halangan sekali pun. Tumpuan pun tidak dibuat di Kelantan seperti itu,” katanya.

Bagaimanapun melihat perkembangan semasa dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, Mustafa berpendapat:

“Tetapi sekarang ini mereka kena tumpu pada banyak negeri. Jadi kita lebih yakin hadapi pilihan raya yang akan datang dengan lebih baik.”

Mustafa juga berkata, pengurusan pilihan raya seperti urusan pendaftaran yang dijalan di pejabat pos - yang didakwa banyak kelemahan - tidak boleh lagi dilakukan pada masa depan.

Katanya, suasana politik di Kelantan tidak boleh dibandingkan dengan negeri jirannya itu kerana negeri itu telah diperintah hampir 20 tahun.

“Sebahagian besarnya sudah sebati dengan PAS. Walaupun kita jatuh pada (pilihan raya ) 1978 bila pulih, rakyat sokong balik,” kata Mustafa.

Ulasan GB

Ringkas sahaja, dengan keangkuhan pemimpin dan juak-juak PAS Terengganu disamping gagal menghargai kritikan yang diserlahkan sehingga kini, tidak sukar untuk kita meramalkan, mereka tidak akan dapat menawan Terengganu semula.

Begitu jugalah replika mereka di Selangor seperti Hassan Ali & Iskandar Samad, Tuan Ibrahim & Nasruddun Tantawi di Pahang, Nasaruddin Isa & Nik Amar di Kelantan dan Idris Ahmad & Misbahul Munir di Perak.

Maaf cakap, majoriti ahli-ahli PAS sendiri dah skeptikal dan meluat dengan mereka dengan sikap lalang mereka sehingga ada yang menikam kawan sendiri, apa tah lagi rakan-rakan lain di dalam Pakatan Rakyat dari PKR dan DAP.

Kecualilah mereka berubah, insyaAllah ramalan GB biasanya tepat.


Kehilangan Enjit Jet - Mustahil Hanya Dua Individu Terlibat

Jawatankuasa Kira-kira Awam hari ini melawat gudang TUDM di Sungai Besi Kuala Lumpur untuk mendapatkan gambaran bagaimana dua enjin itu diseludup ke luar Negara.

Seorang ahli jawatankuasa menolak pendirian kerajaan bahawa hanya dua orang terbabit dalam melenyapkan aset pertahanan Negara itu.

"Saya fikir mereka tahu siapa yang terlibat, mereka ialah satu kumpulan. Ada antara mereka menunggu d i luar kem. Mereka bergerak dalam bentuk kumpulan kerana tempat tersebut besar.. Ia sebuah kompleks," ujar Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw.

Menurut Seng Giaw, rumusan itu diputuskan oleh ahli jawatankuasa PAC pagi tadi setelah mengadakan lawatan kira-kira 4 jam ke MATRA 1.

Lawatan itu ujarnya adalah untuk mendapatkan gambaran bagaimana kehilangan enjin jet tersebut boleh berlaku.

"Mereka menunjukkan bagaimana proses membawa masuk enjin jet ke dalam lori yang mengambil masa hanya beberapa minit dari gudang kemudian bergerak ke pondok pengawal" katanya lagi.

Secara purata ujar Seng Giaw, proses untuk menyelinap keluar enjin tersebut hanya mengambil masa kira-kira 5 sehingga 10 minit.

Bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana untuk memasuki kawasan tersebut kerana beberapa prosedur ketat perlu dipatuhi.

"Jika prosedur dipatuhi, ia tidak mungkin! Sesuatu telah berlaku! ia mungkin kerja dalam. Meskipun hanya membawa barang keluar, mereka memerlukan tiket, nota kiriman, pas masuk, semua itu diperlukan" ujar Seng Giaw lagi.

Malah, tambah Seng Giaw kejadian tersebut mungkin juga berpunca daripada peralihan sistem di gudang tersebut.

"Saya rasa apa yang berlaku ialah apabila prosedur terlalu ketat pada tahun 2007 sehingga 2008 dan apabila peralihan sistem dilakukan dengan menggunakan sistem komputer, ada pihak yang mengambil kesempatan".

Enjin jet F5E tersebut dikatakan hilang pada tahun 2007 dan hanya dilaporkan pada hujung tahun 2009.

Sehingga 6 Januari lalu, hanya seorang anggota berpangkat sarjan dan seorang pengarah syarikat sahaja didakwa terlibat kehilangan enjin terbabit.

Lawatan ke MATRA 1 dilakukan oleh Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng, Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar dan juga Seng Giaw. -TVS


Dua tidak mengaku salah curi enjin jet TUDM
Jan 6, 10 8:58am

Seorang sarjan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM.

N Tharmendran, 42, (foto) daripada Pangkalan Udara TUDM Subang yang berpakaian kemeja berwarna putih hanya mengangguk memahami dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.

Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.

Hakim Aslam Zainuddin membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan kes itu.

Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi.

Bagi kesalahan itu dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Rajandran, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin milik TUDM, di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang, pada 30 April 2008, mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Ketika ditanya adakah Mohamad Shukri akan didakwa, Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran berkata beliau masih belum menerima sebarang arahan.

Mengenai kemungkinan lebih ramai dituduh berkaitan dengan skandal itu, Raja Rozela berkata beliau hanya menerima arahan untuk mendakwa kedua-dua tertuduh sahaja.

Terdahulu, Raja Rozela memohon mahkamah memandang serius kerana barang yang dicuri bukan enjin motosikal tetapi ia adalah enjin pesawat pejuang.

Peguam bela V. Ravichandran yang mewakili Tharmendran dan peguam bela Pritam Singh Deol yang mewakili Rajandran memohon kepada mahkamah agar anak guam mereka itu diberi jaminan yang rendah berikutan kesemua akaun telah dibekukan dan tidak mempunyai wang yang banyak.

Bagaimanapun, Raja Rozela membantah kerana ia bukanlah faktor utama dalam memohon jaminan.

Rajandran dijamin oleh abangnya sementara Tharmendran gagal membayar jaminan.

Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata semua usaha sedang dilakukan oleh kerajaan untuk mendapatkan semula dua enjin yang hilang itu dengan secepat mungkin yang kali terakhir dikesan di Uruguay. - Bernama


Kelantan Tak Iktiraf MPPP

Kerajaan Kelantan tidak mengiktiraf penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana menganggap ia boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Negeri, Che Abdullah Mat Nawi (gambar), berkata kerajaan negeri melarang kakitangannya menjadi anggota jawatankuasa majlis itu atau berurusan dengannya.

MPPP bertujuan mengukuhkan pelaksanaan pembangunan industri pertanian negara hingga ke akar umbi dan meningkatkan pendapatan petani serta mengurangkan kadar kemiskinan.

Ia akan mendapatkan idea berhubung pelaksanaan projek pertanian di kawasan Parlimen dengan mengambil kira sumber sedia ada, di samping mengenal pasti permasalahan mengenai pertanian yang berlaku di peringkat itu.

Che Abdullah berkata kerajaan negeri tidak tahu matlamat penubuhan MPPP tetapi yang jelas ia boleh menjejas perpaduan masyarakat yang sedia terjalin. -Bernama Video : TVS





Konspirasi II: PR Akan Lawan Habisan Pembohongan Umno

Pakatan Rakyat akan menghantar perwakilan ke Australia dan Amerika Syarikat dalam masa terdekat bagi menjelaskan kedudukan sebenar berhubung perbicaraan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perwakilan yang diwakili oleh pimpinan KEADILAN, PAS dan DAP dijangka menemui 50 Ahli Parlimen Australia yang menghantar petisyen kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra bagi mendesak supaya kes datuk Seri Anwar digugurkan manakala di Amerika perwakilan itu akan bertemu Senator John Kerry, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat Amerika. Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata tindakan itu wajar dilakukan memandangkan Pakatan Rakyat tidak mahu pihak kerajaan Malaysia memberikan persepsi yang berat sebelah dan salah kepada dunia luar.

Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay berkata baru-baru ini Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra akan mengadakan sesi penerangan minggu depan kepada 50 Ahli Parlimen Australia berhubung perbicaraan kes Datuk Seri Anwar.

"Kemungkinan saya sendiri akan menyertai rombongan Pakatan Rakyat ke luar negara bagi memantau kenyataan dan penjelasan yang diberikan oleh pihak Kementerian Luar dan kami juga akan memberi penjelasan yang sebenarnya.

"Kita mesti pastikan Kementerian Luar tidak berbohong kepada wakil kerajaan asing dalam kes Datuk Seri Anwar dan kita akan sedaya upaya patahkan segala hujah palsu dan pembohongan Umno dan Barisan Nasional," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu ketika dihubungi Suara Keadilan.

Jelas beliau pada masa sama Pakatan Rakyat juga akan berusaha meraih sokongan dunia luar dalam usaha mendesak kerajaan bagi memastikan kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar dilaksanakan dengan adil dan mengikut lunas perundangan negara.

Ahli politik veteran itu juga berkata tuntutan negara asing seperti Australia dan Amerika Syarikat yang mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memastikan sistem perundangan berjalan yang adil berkaitan kes Datuk Seri Anwar sewajarnya membuka mata pemimpin negara ini bahawa segala tindak tanduk mereka diperhatikan dunia luar.

Menurutnya lagi tumpuan masyarakat antarabangsa bukan sahaja terhadap perjalanan perbicaraan malahan sistem kehakiman negara juga turut diletakkan di bawah teropong negara luar.

"Kini seluruh dunia sedang memerhatikan kes Datuk Seri Anwar dan juga sistem kehakiman negara kita sama ada benar-benar adil dalam membuat keputusan atau masih mengamalkan "double standard" seperti dahulu," tegas Karpal. -SK

Polis Guna Akta Hasutan Untuk Soalsiasat Sivarasa Dan Salehuddin (updated)

Politik kotor Umno-Barisan Nasional kini semakin terserlah apabila mengenakan taktik ugutan Akta Hasutan untuk menghalang pemimpin Pakatan Rakyat daripada terus memberikan ceramah berhubung isu-isu kepentingan rakyat.

Terbaru Naib Presiden KEADILAN Sivarasa Rasiah dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob hari ini disoal siasat polis berkaitan ceramah disampaikan mereka di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 7 Februari lalu.

Kedua-dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu disoal siasat berikutan alasan polis yang mengatakan kandungan ceramah yang disampaikan berkenaan isu politik negara dianggap sebagai kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Antara kandungan ceramah yang disampaikan termasuk isu kes fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu penyelewengan dan rasuah Umno, pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu serta isu penggunaan kalimah Allah.

Laporan polis itu dibuat oleh pegawai polis Seberang Jaya, Inspektor Irwandi Khirrudin Mohd Rijal pada 8 Februari lalu.Sivarasa dan Salahuddin mula disoal siasat selama sejam oleh dua pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Jaya ASP S. Subramaniam dan Inspektor Fahmi Abu Samah di bangunan Parlimen pada pukul 1 tengahari tadi.

Sivarasa ketika ditemui pemberita di pejabat Ketua Pembangkang dibangunan Parlimen berkata sebanyak 18 soalan dikemukakan oleh dua pegawai polis terbabit namun beliau dan Salehuddin enggan menolak untuk menjawab soalan yang diajukan.

"Dibawah Seksyen 112(2) Kanun Acara Jenayah, sebagai orang kena suspek (OKS) kami boleh menolak untuk menjawab soalan tersebut," katanya.

Sementara itu ketika mengulas mengenai laporan polis terhadap mereka, Sivarasa berkata ini merupakan satu cubaan untuk mengugut dan menghalang pemimpin Pakatan Rakyat daripada memberikan maklumat sebenar kepada rakyat melalui ceramah.

"Ini adalah satu ugutan untuk menghalang politik Pakatan Rakyat. Lebih baik tumpukan kepada siasatan jenayah berat yang lain. Buang masa saja polis datang dari Pulau Pinang semata-mata untuk menyoal siasat. Mereka (polis) ini sebenarnya diperalatkan oleh permainan politik kotor Umno-BN," tegas beliau lagi.

Ditanya jika ceramah yang disampaikan itu mengganggu prosiding mahkamah terhadap isu membabitkan kes Datuk Seri Anwar,

Sivarasa berkata kandungan ceramah yang disampaikannya itu sama sekali tidak mengganggu perjalanan kes.

"Ceramah saya langsung tidak mengganggu perjalanan kes kerana hakim menentukan fakta, keterangan, dan hujah apa yang ada dalam mahkamah sahaja, bukan kerana kenyataan Sivarasa dan Salehuddin dalam ceramah.

"Jika hakim dipengaruhi oleh keterangan daripada luar, maka dia harus letak jawatan kerana kredibilitinya menghakimi kes akan dipersoalkan," kata Ahli Parlimen Subang itu."

Beliau berkata tindakan polis ini tidak akan menghalang beliau dan pemimpin PR daripada terus berpolitik dan memperjuangkan kebenaran.

"Kami tetap yakin pada Pakatan Rakyat dan terima keadaan ini sebagai salah satu cabaran dalam perjuangan politik, dan ini juga tidak menghalang perjuangan kami dalam menegakkan kebenaran bagi Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat.

Dalam nada yang sama Salahuddin yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian berkata tuduhan yang dilemparkan di bawah Akta Hasutan itu seperti wujud skrip yang dirancang terlebih dahulu kerana pihak polis mendakwa ada bukti rakaman video ceramah serta saksi, begitu juga dengan soalan siasatan yang dikemukakan.

Mengulas mengenai kandungan ceramahnya Salehuddin berkata, beliau ketika itu banyak menekankan pendirian PAS tentang isu penggunaan kalimah Allah dan beberapa isu penyelewengan dan rasuah membabitkan pemimpin Umno-BN.

"Saya yakin ceramah yang diberikan adalah untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai dasar dan prinsip PAS mengenai penggunaan kalimah Allah dan ini tidak melanggar mana-mana undang-undang negara.

Salahuddin ketika disoal siasat turut menolak untuk menjawab kesemua soalan yang diutarakan.

Semasa sesi soalsiasat Sivarasa dan Salahuddin diwakili peguam N. Surendran.

Dalam perkembangan yang sama Ketua Menteri Pulau Pinang juga telah diminta memberi keterangan oleh pihak polis hari ini berhubung enam laporan polis yang dibuat terhadap beliau.

Laporan polis itu juga berkaitan dengan kandungan ceramah beliau yang didakwa menyalahi Akta Hasutan 1948. -Suara Keadilan



MP Nibong Tebal Mohon Maaf Kepada Syed Husin Tetapi Tidak Kepada Lim Guan Eng

Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng tidak akan memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung tindakannya mengecam pentadbiran Lim baru-baru ini.

Tan yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jelutong berkata masalah beliau dengan Lim akan diselesaikan oleh pucuk pimpinan parti.

"Saya tidak akan tarik balik kenyataan terhadap Lim. Saya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin PKR menentukan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas sesi pendengaran kesnya di Ibu pejabat PKR di Damansara hari ini.

Sebelum ini, Tan mendakwa pentadbiran Lim yang juga Setiausaha Agung DAP meminggirkan wakil rakyat PKR dan menganggapnya sebagai sampah.

Bagaimanapun Tan bersetuju memohon maaf kepada Syed Husin Ali dan menarik bidasan yang dibuatnya itu kepada timbalan presidennya.

Tan membuat permohonan maaf selepas sesi dua jam bersama jawatankuasa disiplin PKR di Kuala Lumpur yang berakhir jam 5 petang tadi.

Jawatankuasa disipilin bermesyuarat sejak tengah hari tadi bagi mendengar penjelasan Tan berhubung kritikannya terhadap dua pemimpin Pakatan Rakyat.

Tan diberikan surat tunjuk sebab minggu lalu kerana beberapa kenyataannya yang dianggap celupar dan keterlaluan.

Pada sidang medianya 3 Feb lalu, Tan mencadangkan Syed Husin supaya meletakkan jawatan berikutan kenyataan timbalan presidennya itu di Malaysiakini yang membidasnya. -malaysiakini


Tan Tee Beng Tetap Setia Dengan PKR
Oleh Rusnizam Mahat

PETALING JAYA 24 Feb - Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng tetap setia dengan perjuangan KEADILAN dan menganggap desas desus menyatakan beliau akan meninggalkan parti itu sebagai spekulasi semata-mata.

Menganggap isu itu telah selesai, Tee Beng turut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Timbalan Presiden KEADILAN Senator Dr Syed Husin Ali berhubung kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini yang disifatkan membelakangi parti.

"Saya mohon maaf kepada Dr Syed Husin sebab kenyataan yang saya keluarkan melalui media. Saya masih dalam PKR dan saya harap tidak ada sebarang spekulasi lagi.

(Media) Jangan menekan saya terlalu banyak dan saya anggap kes ini sudah selesai," ujarnya ketika mengadakan sidang media selepas dipanggil mengadap Jawatankuasa Disiplin KEADILAN di Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana, Petaling Jaya petang tadi.

Turut serta dalam sidang media itu ialah Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Kelana Jaya Loh Gwo Burne dan Ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam.\

Tee Beng dihadapkan kepada lembaga disiplin tersebut selepas menerima surat daripada lembaga itu berhubung beberapa kritikannya terhadap parti yang dibuat tanpa melalui saluran yang betul.

Bagaimanapun identiti anggota Lembaga disipilin yang membincangkan dan mendengar penjelasan Tee Beng tidak didedahkan kepada media.

Menurut Tee Beng beliau berpuas hati dengan perjumpaan bersama ahli lembaga displin itu dan menyerahkan kepada jawatankuasa terbabit untuk membuat keputusan sebelum dibawa kepada pimpinan tertinggi.

"Saya sangat berpuas hati dengan suasana perbincangan dan soalan-soalan yang diterima dari lembaga dispilin. Selepas perbincangan ini, saya serahkan kepada mereka untuk membuat keputusan dan beri keputusan kepada majlis pimpinan tertinggi," ujarnya.- SK




Rais Tidak Layak Persoal Jawatan Saya – Anwar.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang mempersoalkan statusnya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen ekoran konspirasi II yang dihadapinya.

"Menteri itu (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) tidak berhak mempersoalkannya. Kedudukan saya sebagai Ketua Pembangkang hanya boleh diputuskan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat (PR)," jelas Anwar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rais semalam, yang memberi tekanan kepada dirinya agar melepaskan jawatan itu.

Kata Anwar, tugas dan bidang kuasa Rais hanyalah menjaga stesyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan pusat, bukannya mengambil peranan menentukan jawatan politik individu lain.

"Dia tanya saya, saya tanya dia pula. Layak atau tidak dia jadi Menteri Penerangan? Ingat semua kuasa dia nak aturkan, dia aturkan RTM adalah," soal Anwar.

"Tidak penting bagi Rais memperkatakan soal itu. Apa-apa biar tanya pemimpin pembangkang lain. Biar mereka pertimbang dan putuskan." katanya kepada Suara Keadilan selepas merasmikan pelancaran Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di Seksyen 19, Shah Alam malam tadi.

Anwar yang juga merupakan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor hadir bersama-sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menyampaikan sumbangan kepada lebih 300 orang.

Mereka adalah penerima di bawah skim Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Hadiah Anak Masuk Universiti dan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang yang mula diperkenalkan PR sejak mengambil alih tampuk kerajaan
negeri.

Majlis dianjurkan untuk meraikan dan mengimbas kembali usaha-usaha Kerajaan Negeri membela nasib rakyat melalui program-program kebajikan, yang menjadi teras kepada dasar MES.

Sejak dilancarkan pada Jun 2008, seramai 111,397 warga emas yang layak telah mendaftar dibawah dasar SMUE untuk menerima bantuan dalam bentuk khairat kematian dengan jumlah peruntukkan Kerajaan Negeri sebanyak RM20 juta. -FMT


Rais Setuju Anwar Perlu Lepas Jawatan Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata beliau bersetuju dengan pendapat beberapa pihak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen ekoran pertuduhan liwat yang dihadapinya itu.

Beliau berkata negara sudah banyak melihat kes apabila mereka yang menghadapi pertuduhan di mahkamah meletakkan jawatan seperti Tan Sri Kasitah Gaddam sebagai menteri beberapa tahun dulu dan juga penjawat awam lain apabila menghadapi tuduhan di mahkamah.

"Dari segi keluhuran undang-undang atau perimbangan hak asasi, sebaik-baiknya seseorang yang pegang jawatan sama ada sebagai ahli parlimen, ketua pembangkang, menteri atau anggota pentadbiran harus meletak jawatan dulu dan menghadapi dakwaan yang dikemukakan padanya.

"Pandangan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berbuat demikian bukan sahaja memenuhi tuntutan perimbangan kesejagatan undang-undang tetapi juga dari segi prinsip perjuangan beliau sendiri sebab beliau banyak berhujah tentang keadilan sosial dan masyarakat madani," kata Rais ketika diminta mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini mengenai perkara itu.

Terdahulu Rais melancarkan "TMpoint on Wheels", satu perkhidmatan Telekom Malaysia secara bergerak kepada pelanggan yang menyediakan perkhidmatan seperti produk telekom dan pembayaran bil, di Menara TM di sini hari ini.

Laporan Utusan Malaysia itu memetik pandangan ahli akademik yang berkata bahawa Anwar perlu melepaskan jawatan itu dan digantikan sama ada oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP Lim Kit Siang agar mereka boleh menumpukan sepenuh masa kepada perjalanan Dewan Rakyat kerana Anwar perlu banyak masa mempersiapkan diri menjalani prosiding mahkamah.

"Saya setuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak ke arah itu. Jadi sekarang perkara itu sudah sampai ke batang hidung beliau (Anwar), saya percaya beliau harus berfikir dan jalan keluar terbaik ialah meredakan keadaan dan letak jawatan.

"Tapi ini bukan mudah dan terserahlah kepada beliau," kata Rais. - BERNAMA


Harga Lotus Evora Lebih Tinggi Di Malaysia Daripada UK

Lotus Evora, yang dilancarkan bagi pasaran United Kingdom, akan memasuki pasaran Malaysia menjelang akhir bulan depan, kata Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir.

Beliau berkata Proton sedang menunggu kumpulan baru kereta Lotus Evora sebelum "kami bersedia bagi pelancaran".

Walaupun menurutnya syarikat itu belum memutuskan harga model itu, namun beliau tidak menafikan bahawa Lotus Evora berharga lebih tinggi daripada 50,000 pound di United Kingdom sekarang.

"Ini disebabkan oleh struktur cukai Malaysia yang lebih tinggi daripada di U.K. Kami belum memutuskan harganya, kami masih membuat perkiraan. Kami cuba menjadikannya berdaya saing seperti dalam pasaran U.K.

"Kami masih berbincang dengan kerajaan selain mengkaji struktur harga," katanya pada satu sidang akhbar di ibu pejabat Lotus di sini Selasa.

Sidang akhbar itu diadakan sempena lawatan dua hari oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ke Lotus mulai Isnin.

Lotus Evora, yang pada mulanya dibangunkan di bawah projek yang diberi nama "Project Eagle", dilancarkan pada British Motor Show pada Julai 2008.

Kereta itu lebih besar daripada model-model Lotus yang lain seperti Elise dan Exige.

Ditanya tentang rakan kongsi strategik yang disebutkan dalam ucapannya pada majlis makan malam, Isnin, Syed Zainal Abidin enggan menjelaskan lebih lanjut dan berkata masanya terlalu awal untuk membuat pengumuman.

"Perbincangan bukan sahaja melibatkan Volkswagen tetapi juga Mitsubishi dan Renault bagi mengkaji kerjasama dalam beberapa bidang, iaitu enjin dan komponen. - BERNAMA



Salehuddin Ayub Dan Sivarasa Disoalsiasat Polis

Dua pemimpin kanan Pakatan Rakyat hari ini menjadi sasaran polis kerana memberi penjelasaan terhadap isu pertuduhan fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di soal siasat polis di Parlimen berhubung kenyataan mereka pada ceramah di Seberang Jaya Pulau Pinang 7 Februari lalu.

Polis mengambil keterangan mereka di bawah Akta Hasutan berikutan aduan yang dibuat oleh seorang anggota Polis.

Salahuddin menyifatkan tindakan polis itu sebagai hasutan bagi menghalang rakyat daripada mengetahui fakta-fakta di sebalik pertuduhan fitnah liwat yang dikenakan ke atas Anwar.

"Satu skrip telah disediakan kepada kami pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat bahawa apa jua yang menyentuh tentang perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus dituduh di bawah Akta Hasutan seperti mana yang berlaku kepada YB Manoharan" kata Salahuddin kepada para pemberita kepada pemberita di parlimen hari ini. -tvs

Jawatan Tatatertib PR Kekang Putarbelit Media

Tertubuhnya Jawatankuasa Tata Tertib Pakatan Rakyat akan mengukuhkan hubungan sesama parti gabungan untuk berganding bahu melawan serangan bertali arus dari musuh politik.

Ia melambangkan kemantapan dan kematangan gagasan itu dalam mengendalikan kecelaruan yang kerap ditimbulkan media kawalan Umno-Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong berpendapat penubuhan jawatankuasa itu meningkatkan kualiti disiplin pemimpin parti gabungan.

Jawatankuasa itu dapat mengelak perselisihan antara pemimpin yang sebenarnya bersandarkan amalan keterbukaan, diputar belit demi kelangsungan politik Umno-BN.

“Saya melihat ini sebagai mekanisme atau langkah yang diperlukan. Jikalau isu-isu tidak diselesaikan sekurang-kurangnya isu-isu ini dapat dikendalikan dan masalah-masalah yang akan berlaku boleh dikesan sebelum berlaku, sebelum isu-isu tersebut diperbesarkan oleh musuh-musuh Pakatan Rakyat”.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar pula menganggap penubuhan jawatankuasa itu sebagai langkah utama bagi memperkasa gagasan Pakatan Rakyat.

Katanya, jawatankuasa itu menjurus kepada penyediaan garis panduan disiplin dan lebih tertumpu kepada soal penyelarasan tata cara hubungan dalam parti.

“Soal jawatankuasa disiplin ini bukan (disebabkan) berlakunya serang menyerang, jawatankuasa disiplin ini untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat daripada segi adab disiplin pimpinan dan ahli-ahli dalam Pakatan Rakyat” tambahnya lagi.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul juga menyifatkan tertubuhnya jawatankuasa itu membuktikan pimpinan Pakatan Rakyat mengambil berat terhadap tahap disiplin dalam parti gabungan.

“Yang pertama sekali masalah-masalah ahli-ahli parti di dalam Pakatan Rakyat ini sentiasa dibincangkan oleh pucuk pimpinan,” kata Johari.

“Ini boleh mengurangkan salah faham atau pun yang lain-lain yang orang lain mentafsirkan keadaan sebaliknya,” tambahnya. -TVS



Mahkamah dengar permohonan Ong halang Tiong pada 27 April

Mahkamah Tinggi akan mendengar pada 27 April ini permohonan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Datuk Seri Tiong King Sing daripada terus mengeluarkan pernyataan yang dianggapnya sebagai memfitnah beliau dalam kes saman fitnah RM500 juta yang difailkannya terhadap Tiong.

Permohonan itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Sivil 2 di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Prasad Sandosham Abraham.

Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Hartini Abdul Hamid, hari ini.

Peguam Ronnie Tan mewakili Ong manakala peguam Prem Ramachandran mewakili Tiong.

Ong dalam permohonan bagi perintah injunksi itu berkata antara alasan beliau membuat permohonan itu ialah kerana beliau adalah seorang pemimpin negara dan Barisan Nasional (BN) yang memegang jawatan Presiden MCA dan juga Ahli Parlimen.

Beliau berkata pernyataan fitnah itu telah diterbitkan dengan niat jahat oleh Tiong bertujuan menghalang penyiasatan yang adil dan betul terhadap penyalahgunaan kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ong mendakwa pernyataan fitnah itu yang merujuk kepadanya adalah tidak berasas, tidak benar dan bersifat fitnah yang memudaratkan dan merosakkan reputasi, imej dan nama baiknya.

Pada 24 Ogos tahun lalu, Ong memfailkan saman itu terhadap Tiong, yang juga Ahli Parlimen Bintulu dan Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional, mendakwa Tiong telah mengeluarkan kenyataan memfitnah kononnya Tiong memberi RM10 juta kepadanya, yang telah disiarkan dalam laman web Malaysiakini pada 12 Ogos tahun lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Ong berkata kenyataan itu tidak benar dan beliau mahu Tiong menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepadanya dengan permohonan maaf itu disiarkan dalam semua akhbar utama.

Beliau juga memohon ganti rugi teruk dan teladan dan injunksi untuk menghalang Tiong atau ejennya daripada terus mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadapnya berhubung isu itu.

Ong mendakwa kenyataan itu dibuat dengan niat jahat untuk menghalang penyiasatan yang adil dan betul terhadap penyelewengan dana oleh PKFZ dan peranan Kuala Dimensi dalam perkara itu.

Kuala Dimensi ialah kontraktor pasang siap bagi projek PKFZ yang turut disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Ong berkata melalui surat bertarikh 13 Ogos 2009, beliau menuntut Tiong, untuk menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf tetapi sehingga kini Tiong enggan berbuat demikian. - Bernama



Lelaki Kudung Palsukan Pasport Indonesia Ditahan

Polis membongkar satu kegiatan sindiket pemalsuan dokumen perjalanan dan kad pekerja warga Indonesia serta menahan seorang lelaki dalam serbuan di premis rumah kedai di Jalan Mewah 4, Ampang Mewah di sini malam tadi.

Dalam serbuan hasil maklumat orang ramai kira-kira 10 malam itu, lelaki warga Indonesia yang kudung tangan kiri itu ditahan di sebuah rumah sewa di tingkat empat bangunan tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan, berkata sindiket yang dipercayai terbesar di Lembah Klang itu telah beroperasi sejak setahun lalu dengan mengenakan caj yang murah.

"Hasil maklumat orang awam, kita menyerbu rumah berkenaan setelah membuat pantauan selama empat jam sebelum menahan lelaki berusia 40-an itu dalam rumah berkenaan.

"Siasatan awal terhadap lelaki itu mendapati sindiket tersebut mengenakan bayaran sebanyak RM150 bagi setiap pasport dan RM25 untuk satu kad pekerja palsu," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini malam tadi.

Abdul Jalil berkata, siasatan awal juga mendapati sindiket itu mengeluarkan kira-kira empat atau lima pasport setiap hari dan dianggarkan sebanyak 1,500 pasport termasuk kad pekerja berjaya dipalsukan dan diperbaharui oleh sindiket itu.

Katanya, sindiket tersebut menggunakan peralatan canggih termasuk mesin pengimbas dan komputer serta alat lain bagi memastikan setiap pasport dan kad pekerja yang dihasilkan nampak asli dan dapat mengaburi mata pihak berkuasa.

"Pelanggan mereka yang terdiri daripada warga Indonesia datang ke rumah ini atau mereka sendiri akan berjumpa pelanggan bagi proses mengambil gambar dan menyiapkan dokumen palsu.

"Kita juga percaya suspek tidak bergerak seorang diri, melalui pemantauan suspek mempunyai kawan yang aktif bersama, kita akan buru saki baki anggota sindiket ini," katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang mencurigai ketulenan pasport dan pas pekerja mereka supaya terus datang ke Jabatan Imigresen bagi mengesahkan ketulenannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63 iaitu membuat atau memalsukan atau meminda sesuatu endorsmen atau dokumen untuk digunakan sebagai visa, permit, pas atau sijil. - Bernama


Lelaki Sydney dituduh bunuh pemandu Konsulat Malaysia

Seorang lelaki warga Sydney berusia 55 tahun menghadapi pertuduhan memukul hingga mati pemandu Konsulat Malaysia, Mohd Shah Saemin, di Leichardt, pinggir bandar Sydney, Ahad lalu.

Polis berkata, lelaki itu ditahan malam tadi oleh detektif daripada Skuad Homisid dan polis Leichhardt di sebuah rumah di Brighton Street, Croydon.

Dia dituduh membunuh Mohd Shah, 43, dan tidak dibenarkan ikat jamin sebelum kes itu disebut di Mahkamah Tempatan Burwood lewat hari ini.

Siasatan kes pembunuhan itu masih diteruskan, menurut laporan Sydney Morning Herald.

Mohd Shah dikatakan diserang dengan tukul besi dan ditikam oleh dua lelaki di luar unit kediamannya di Marion Street, Leichhardt, kira-kira tengah malam Ahad.

Seorang wanita yang mendakwa menyaksikan serangan itu dan cuba meleraikannya, mendapat pujian kerana usahanya itu.

Mohd Shah yang berasal dari Melaka dan tinggal di Australia sejak beberapa tahun lalu menjadi warganegara Australia dan bekerja sebagai pemandu di Konsulat Malaysia di Sydney.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata jenazah Mohd Shah akan tiba di Kuala Lumpur sama ada esok atau Jumaat.

Polis meminta sesiapa saja yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau unit Pembanteras Jenayah di talian 1800 333 000. - Bernama


Potong bajet pelajaran, lebihkan Permata Negara : Bukti cinta Najib terhadap Rosmah?

Tahun 2010 dianggap sebagai tahun paling malang buat warga pendidik di negara ini apabila pelbagai peruntukan dipotong oleh Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Umno dan Barisan Nasional; Mohd Najib Abdul Razak.

Ramai pihak melihat alasan Perdana Menteri seperti pengurusan berhemah, perbelanjaan jimat dan pelbagai lagi ungkapan beliau perlu dinilai semula.

"Semua slogan dalam institusi pendidikan negara ini disebutkan bertujuan mengabui mata rakyat," kata seorang guru yang enggan dikenali.

Tambah beliau, antara langkah perbelanjaan yang dikatakan berhemah oleh kerajaan BN ialah membatalkan beberapa program di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan lain-lain.

"Termasuk antara 'perbelanjaan berhemah' itu ialah pengurangan kursus untuk guru, tidak boleh menuntut elaun, dan beberapa lagi pemotongan yang melibatkan hampir semua institusi pendidikan di seluruh negara.

Namun, tambah beliau, pada masa yang sama, isteri kedua Najib, Rosmah Mansor menerima peruntukan RM100 juta dalam bajet 2010 selain kemudahan lain.

Baru-baru ini, akhbar arus perdana melaporkan Rosmah bersama program 'Permata Negara' anjurannya telah mengadakan Kursus Pengenalan Permata untuk Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di salah sebuah hotel, di Bangi, Selangor.

Era Pakatan difahamkan, Permata Negara ini akan diambilalih oleh KPM bermula tahun depan.

"Belanjawan peruntukan untuk program Permata Negara boleh diadakan pula dan ia diadakan di hotel pula, namun, daripada di suatu segi lain, kursus untuk para guru dikurangkan atas alasan berjimat cermat," tambah beliau.

Sumber yang bekerja sebagai guru itu berkata, peruntukan untuk para guru yang berkursus itu telah dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang,

"Kami dapat nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari, semua itu atas alasan berjimat cermat, tetapi bagaimana pula dengan isteri Najib?"
soal beliau lagi. -erapakatan

Tidak Bersentuhan Bukan Muhrim Tidak Mudah Tanpa Iman

Filem berkonsep muzikal Magika arahan Edry Abd Halim menggandingkan pelakon remaja Diana Danielle dan penyanyi popular, Mawi sebagai teraju utama buat julung kalinya di layar perak.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 18, anak kelahiran Houston, Texas, Amerika Syarikat ini membawa watak Ayu yang terperangkap dalam dunia Magika dan bertemu Badang (Bad) lakonan Mawi dalam filem terbitan Kru Studios ini.

Kata pelakon yang sering dilanda gosip dan kontroversi ini, dia berusaha mencari keserasian dengan Mawi terutama dalam menjiwai babak romantik Ayu dan Badang dalam filem itu.

"Saya mengaku memang ada satu babak, saya perlu berdiri rapat sangat sehingga saya tidak boleh memandang tepat pada mata Mawi kerana berasa malu dengannya. Begitu juga dengan Mawi. Maklumlah, Mawi penyanyi popular dan ini kali pertama kami digandingkan bersama dalam filem.

"Kalau nak ikutkan, memang babak Ayu dan Badang perlu nampak janggal kerana mereka baru kali pertama berjumpa dalam dunia magika dan Badang juga tidak suka manusia," katanya.

Terus terang, kata Diana, dia dan Mawi tidak bersentuhan langsung sepanjang penggambaran filem ini.

"Sebenarnya, sebelum menjayakan babak romantik Ayu dan Badang, Mawi sudah memberitahu saya, kalau boleh, cuba elakkan kami bersentuhan dalam babak itu.

Malah ketika menjayakan babak Ayu membalut luka di tangan Badang pun masih ada kain yang menjadi alas antara kami berdua.


"Apapun, Mawi tetap memberikan kerjasama terbaik bagi menjayakan babak Ayu dan Badang sepanjang penggambaran filem ini," kata Diana.

Apapun, Diana berkata, dia juga mengelak berdua-duaan dengan Mawi selepas penggambaran babak mereka selesai kerana tidak ingin menimbulkan sebarang fitnah di mata orang lain.

"Pada masa sama, saya juga ingin menjaga hati isteri Mawi, Ekin (Nora'Ashikin Rahmat). Ekin seorang yang baik dan peramah. Saya juga menghormatinya. Kalau saya sudah berkahwin pun, pasti saya tidak suka suami berdua-duaan dengan orang lain selepas penggambaran,"
katanya.

Mengenai lagu yang disampaikan dalam filem itu, Diana berkata, dia menyampaikan sebanyak enam lagu dalam filem berkenaan.

"Saya tidak ada masalah sepanjang proses rakaman lagu dan semuanya berjalan dengan lancar. Proses rakaman satu lagu juga mengambil masa setengah hari saja," katanya.

Ditanya pengalamannya bekerjasama dengan nama besar dalam filem itu seperti Ziana Zain, Aznil Nawawi, Ning Baizura, M Nasir dan Vanida Imran, Diana berkata, semua pelakon memberi kerjasama yang baik.

Tambah Diana yang juga penuntut jurusan biosains di Universiti Nottingham, cawangan Semenyih, antara babak paling meninggalkan kesan pada dirinya ialah babak Ayu dengan Pak Andeh (lakonan Aznil).

"Babak paling susah pula ialah babak Ayu dan Badang di jambatan yang juga babak akhir dalam filem ini. Saya juga tidak menjangka jambatan itu kecil saja dan tidak seperti digambarkan dalam filem. Malah, Edry pun 'naik angin' sikit ketika menyiapkan babak berkenaan," katanya.

Selain Magika, Diana juga baru selesai penggambaran filem '...Dalam Botol' arahan Khir Rahman. Diana memegang watak kekasih Ruby dalam filem yang mengisahkan kehidupan cinta sejenis itu.

Diana ditemui ketika tayangan amal filem Magika di Cathay Cineleisure, Damansara di sini, baru-baru ini.

Bagi Raja SMS, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani pula, 29, dia menjayakan watak Badang mengikut skrip filem Magika.

"Dari segi keserasian pula, saya memang tidak pernah berbual dengan Diana sebelum ini. Insya-Allah, saya dan Diana mempunyai keserasian dalam filem ini seperti diharapkan pengarah. Cuma Diana yang takut tengok mata saya dalam salah satu babak dalam filem ini.

"Pada pandangan saya, watak Badang itu juga tidak perlu bersentuhan dengan Ayu dalam filem ini. Watak Badang juga penyayang dan dia menganggap Ayu seperti adiknya sendiri," katanya.

Juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini juga menafikan dia meletakkan sebarang syarat pada pengarah untuk menolak babak bersentuhan dengan Diana dalam filem itu.

"Saya pernah buat kenyataan perkara ini tapi ia menjadi isu besar ketika filem Aduh! Saliha dulu. Justeru, saya tidak ingin komen lebih-lebih lagi perkara ini. Cuma kalau boleh, saya ingin mengelak daripada melakukan babak bersentuhan dengan Diana mahupun pelakon wanita lain dalam filem.

"Saya juga boleh berbincang dengan pengarah mengenai perkara itu. Tapi kalau tak boleh nak elak, saya buat sajalah seperti dikehendaki skrip.

"Pada masa sama, saya juga tidak ada masalah untuk bergandingan dengan Diana dalam filem lain pada masa depan," katanya.

Ditanya sama ada lakonannya dalam Magika lebih berjaya berbanding filem Jin Notti, Mawi berkata, dia memang berasa lain macam selepas menonton filem Magika buat kali kedua. -hmetro

Ulasan GB

Yang baik jadikan tauladan. Di dalam dunia perfileman, para artis lazimnya terpalit dengan kisah bukan sekadar dosa persentuhan dengan bukan muhrim, malah lebih jelek dari itu. Namun rupa-rupanya masih ada yang menjaga iman dengan berterus terang minta agar dielakkan perkara sedemikian berlaku.

Dan ia akan berjaya bila ada kerjasama kedua-dua pihak, bila si perempuannya turut serta seperti kata-kata Diana:

"Pada masa sama, saya juga ingin menjaga hati isteri Mawi, Ekin (Nora'Ashikin Rahmat). Ekin seorang yang baik dan peramah. Saya juga menghormatinya. Kalau saya sudah berkahwin pun, pasti saya tidak suka suami berdua-duaan dengan orang lain selepas penggambaran."


Khalid Ketuai Jawatankuasa Kaji Enakmen Islam Selangor

TMenteri Besar Selangor tidak menetapkan sebarang syarat bagi menubuhkan jawatankuasa bagi meminda enakmen agama Islam di negeri itu, kata ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Menurutnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun telah menyarankan kepadanya supaya tidak membentuk jawatankuasa berkenaan di peringkat negeri.

Jawatankuasa itu akan berperanan mengkaji enakmen agama Islam yang melibatkan orang bukan Islam, khususnya berkaitan penggunaan kalimah suci dalam Islam.

Turut dikaji ialah soal pemberian tauliah untuk menyampaikan ajaran Islam dan juga mengenai jawatan pengarah dalam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Jawatan pengarah JAIS itu perlu dikhaskan kepada orang yang mempunyai latar belakang agama," tambahnya.

Jelasnya lagi, ketetapan untuk tidak membentuk jawatankuasa itu di peringkat negeri diambil memandangkan kerajaan Selangor terlibat secara langsung dalam menasihati Sultan yang menjadi ketua agama Islam di negeri itu.

"Lebih baik kerajaan negeri tidak terlibat pada peringkat ini dan saya akan membentuk (jawatankuasa itu) atas dasar kumpulan berkepentingan bersama individu tertentu," katanya.

Perkara itu, kata Khalid, diputuskan selepas menyerahkan kertas cadangan dan mengadakan perbincangan selama kira-kira sejam di pejabat menteri besar di Shah Alam petang ini.

"Isu agama ini memang di bawah sultan. Sultan akan dinasihatkan oleh MAIS (Majlis Agama Islam Selangor).

"MAIS ini dianggotai juga oleh mufti, maka sultan juga perlu mendapatkan pandangan dan nasihat daripada kerajaan negeri," katanya.

Tambahnya, beliau kini bercadang memanggil beberapa tokoh Islam untuk turut menganggotai jawatankuasa tersebut, antaranya bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, serta beberapa tokoh lain, termasuk Dr Mohd Nur Manuty, Dr Badrul Amin dan Sallehen Mukhyi.

"Pendakwah ini berasa begitu tersekat dengan adanya enakmen-enakmen berkenaan," katanya.

Turut dibincangkan dalam pertemuan itu ialah soal penempatan semula sejumlah 200 keluarga di Kampung Rimba Jaya Shah Alam.

Menurut Khalid, penduduk berkenaan masih tidak mempunyai tempat tinggal tetap selepas penempatan setinggan itu dirobohkan pada 2003. -malaysiakini



Mahkamah Tolak Permohonan Bekas Ketua Polis Daerah Sentul

Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan bekas Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner K. Kumaran untuk membatalkan kenyataan pembelaan yang difailkan oleh Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan tiga lain dalam saman fitnah RM10 juta terhadap mereka.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham, yang membuat keputusan itu dalam kamar hari ini, turut menolak permohonan Kumaran untuk mencatatkan penghakiman terhadap empat defendan itu selepas mendengar hujahan dari kedua-dua pihak.

Dalam permohonannya Kumaran, berkata kenyataan pembelaan pihak defendan adalah remeh dan menyusahkan serta penyalahgunaan proses mahkamah.

Kumaran memfailkan saman terhadap Manikavasagam dan pengarang, penerbit serta pengedar akhbar Tamil, Makkal Osai pada 8 Ogos 2007 berhubung kenyataan dan laporan kematian pelakon drama Tamil tempatan, K. Sujatha.

Kumaran selaku plaintif menamakan Manikavasagam, 44, Pengarang Makkal Osai, M Rajintheram, 53, Makkal Osai Sdn. Bhd. dan Osai Distributors Sdn. Bhd. sebagai defendan pertama sehingga defendan keempat.

Selepas prosiding, peguam Manikavasagam, N. Surendran, memberitahu pemberita bahawa Prasad dalam keputusannya berkata permohonan itu tidak mempunyai merit dan saman itu harus diputuskan menerusi perbicaraan.

Tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan.Dalam pernyataan tuntutannya, Kumaran mendakwa Manikasavagam membuat kenyataan media dalam surat bertarikh 3 Ogos 2007.

Surat itu, dakwa beliau, kemudian disiarkan oleh akhbar Makkal Osai dengan tajuk 'Ketua Polis Negara Harus Tubuhkan Pasukan Penyiasat Khas Untuk Siasat Kes Velpari', 'Sujatha Hidup Mewah' dan 'ACP Kumaran Harus Digantung Kerja'.

Kumaran mendakwa, artikel berkenaan memberi gambaran beliau mengganggu siasatan kes itu serta menjatuhkan maruah dan nama baiknya. - BERNAMA



Iklan Royalti - Langkah Terdesak UMNO BN Untuk Dapatkan Sokongan Rakyat

Iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan kerajaan pusat menerusi akhbar-akhbar Bahasa Malaysia semalam menimbulkan lebih banyak implikasi dan kekeliruan berbanding penjelasan, kata Tengku Razaleigh Hamzah hari ini.

Justeru tegas beliau, iklan satu halaman itu sekali gus menunjukkan tiada negeri yang mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran tunai ataupun royalti termasuk Sabah dan Sarawak.

Kata beliau, iklan muka penuh yang diambil oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhujah Kelantan juga tiada hak kepada bayaran minyak di bawah Akta Kemajuan Petroleum kerana sumber minyak yang menjadi persoalan terletak di kawasan tiga batu nautika, yang menafikan hak kesemua negeri.

“Iklan itu gagal untuk menyatakan bahawa kesemua minyak yang diperoleh di Malaysia ditemui di kawasan pesisir lebih dari tiga batu nautika, dan bagaimanapun Petronas (terus) membuat pembayaran kepada negeri-negeri ini.

“Dengan hujah yang diturunkan dalam iklan (semalam), Terengganu, Sabah dan Sarawak juga tidak layak menerima bayaran tunai lima peratus (biasanya dan dengan kurang tepat dirujuk sebagai royalti minyak).

“Kesemua terletak pada budi bicara kerajaan persekutuan,” kata beliau dalam pandangannya dikeluarkan hari ini.

Pada 28 Jan lalu beliau menegaskan pada satu ceramah perdana bahawa Kelantan layak menerima wang royalti lima peratus.

Pun begitu kata beliau, pada tahun lalu Petronas telah membayar RM6.2 bilion dalam bentuk bayaran tunai dengan RM3 bilion kepada Terengganu, RM2.3 bilion kepada Sarawak dan RM0.9 bilion kepada Sabah.

Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini menambah, oleh itu ada pihak tertanya-tanya atas dasar apa bayaran itu dibuat memandangkan petroleum hanya ditemui di kawasan luar pesisir tiga batu nautika.

Oleh itu tegas beliau, hujah untuk menafikan hak Kelantan daripada memperoleh bayaran tunai lima peratus atas dasar minyak berada di kawasan tiga batu nautika sebenarnya “satu penghinaan kepada kebijaksanaan” seseorang.

Semalam kerajaan pusat mengiklankan penjelasan isu tersebut dalam akhbar-akhbar Bahasa Malaysia dengan menyasarkan pendirian Tengku Razaleigh dan juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam iklan satu halaman yang disiarkan di Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Sinar Harian kerajaan pusat mendakwa kenyataan Tengku Razaleigh berhubung isu bayaran royalti kepada Kelantan hanya perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata.

Oleh itu, kerajaan pusat berkata sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Tengku Razaleigh, bekas pengerusi dan pengasas Petronas, menambah bahawa pembayaran wang tunai lima peratus adalah manfaat dinikmati rakyat tetapi telah dinafikan oleh Umno Kelantan selepas 34 tahun bekas perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia.

Katanya, tiada pihak dengan fikiran waras akan melakukan ini sebagai satu tindakan, yang kononnya akan memanfaatkan kedudukan jangka panjang Umno di Kelantan, malah di mana-mana sahaja orang memerhatikan perbuatan seperti ini.

“Saya dituduh meletakkan kepentingan negeri berbanding kepentingan parti. Bagaimanapun isu ini melangkaui (kepentingan) Kelantan.

“Hujah yang diletakkan dalam iklan semalan mengetepikan hak semua negeri dalam soal sumber alam semula jadi, yang merupakan hak kedaulatan mereka,” katanya.

Ia juga menafikan perjanjian antara Petronas dan negeri-negeri terbabit dan mengetepikan tujuan asal penubuhan syarikat tersebut, kata beliau.

“Salah satu implikasi segera diturunkan dalam iklan penjelasan rasmi oleh Kementerian Penerangan semalam ialah Terengganu juga tidak layak untuk mendapatkan bayaran minyak (tunai).

“Ini bermakna selepas memotong kesemua bayaran apabila Terengganu jatuh ke tangan pembangkang (pada 1999) dan digantikan dengan wang ihsan, tiada asas sama sekali bagi janji kerajaan untuk kembali kepada bayaran tunai.

“Kesemua minyak Terengganu ditemui jauh di kawasan pesisir pantai,” katanya.

Disebabkan itu menurut beliau, apa yang terpakai kepada Kelantan juga diguna pakai ke atas Terengganu.

“Pada akhirnya, ia bukan persoalan politik ataupun personaliti.

“Ia bukannya pasal saya atau sesiapa berkata, ataupun di mana PAS dan Umno berdiri,” kata Tengku Razaleigh sambil menambah, ia sebenarnya berkaitan dengan pematuhan kerajaan dengan perjanjian bertulis yang diluluskan oleh Parlimen dan sama ada menghormati prinsip demokrasi berparlimen.

Tegas beliau, sama ada hak orang ramai dipenuhi ataupun tidak ia bergantung kepada siapa mereka mengundi.

“Melayan Terengganu dan Kelantan dengan cara ini, kita menafikan hak mereka kepada wang yang mereka berhak untuk memiliki, menafikan hak kedaulatan negeri mereka dan mengikis demokrasi berparlimen,” katanya. -MI



Editor The Sunday Guardian Kecam Institusi Kehakiman Malaysia (updated)

Selepas Ahli Parlimen Australia dan Senat Amerika Syarikat, kini editor The Sunday Guardian, MJ Akbar pula menyifatkan perbicaraan kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ada yang tidak kena.

Penulis buku 'Kashmir: Behind the Vail', 'Riot after Riot' dan 'India: The Siege Within' itu melabel demikian berdasarkan pengamatan, selain berkongsi maklumat dengan media dan peguam.

"Seperti yang kita perhatikan, perbicaraan ini tampak begitu rompong. Perbicaraan ini penuh dengan kesilapan. Pada pandangan saya, saya tidak menyangkal hanya perbicaraan yang adil dapat melengkapkan segalanya," katanya kepada TV Selangor.

Beliau memberi pandangan peribadi itu apabila diminta mengulas mengenai proses kehakiman yang hangat diperkatakan, ketika mengadakan lawatan ke Malaysia bertemu Anwar bagi memberi sokongan moral.

Akbar petang semalam mengadakan dialog bersama wakil media dan penulis blog bebas di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sesi dialog selama satu jam itu membincangkan keberkesanan komunikasi dalam media melalui mesej yang disampaikan selain bentuk pengolahan sempurna untuk tatapan umum.

Beliau berkongsi pengalaman tentang kuasa penulisan kreatif yang boleh mengubah persepsi dan pendirian pembaca, dengan menggunakan mesej ringkas mampu memberi impak lebih besar berbanding penulisan kompleks.

Akbar yang dijadual pulang ke New Delhi hari ini, turut mengulas peranan komunikasi media sebagai medium penting dalam menyampaikan mesej individu kepada umum. -erapakatan


1Malaysia : Harga Ikan Bakal Naik

Penguatkuasaan peraturan mewajibkan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) mulai 1 Mac ini bakal menyebabkan kenaikan harga ikan dan makanan laut lain secara mendadak serta bekalan yang merosot di pasaran.

Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia Datuk Yusoff Ismail berkata senario itu tidak dapat dielak sekiranya penguatkuasaan peraturan berkenaan diteruskan.

"Apa yang kita takuti, nasib rakyat yang merupakan pengguna akan menjadi taruhan kerana dengan peningkatan kos operasi sudah tentu harga ikan melambung tinggi di pasaran sekali gus membebankan mereka," katanya pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengimport dan Pemborong Ikan Perak di sini hari ini.

Yusoff berkata kenaikan harga tidak dapat dielak kerana pengimport terpaksa menokok harga membeli peti KIBFG sehingga hampir RM100 sebuah berbanding sekarang.

"Misalnya harga kotak 30 kilogram yang digunakan sekarang adalah RM28 manakala KIBFG mencecah RM120. Begitu juga kotak KIBFG bagi 100 kg iaitu RM205 jauh lebih tinggi dengan harga biasa iaitu RM150," katanya.

Beliau berkata penguatkuasaan peraturan pengimportan ikan basah itu secara langsung akan mengakibatkan harga ikan melambung tinggi di pasaran.

Penguatkuasaan peraturan berkenaan yang sepatutnya dilaksana tahun lepas, ditangguh ekoran bantahan pengimport dan pemborong ikan kerana harga kotak ikan berinsulasi tinggi yang dikatakan terlalu mahal.

Yusoff berkata bagaimanapun jawatankuasa berkenaan tidak berhasrat menghentikan operasi membawa masuk bekalan ikan seperti yang pernah dilakukan Mac tahun lepas.

Mulai 1 Mac ini Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia akan mewajibkan penggunaan KIBFG yang bertujuan memastikan kualiti ikan yang dibawa masuk ke negara ini lebih selamat, bersih dan segar sejajar dengan pembaharuan dalam industri perikanan pada masa sekarang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar pada Oktober lepas berkata penguatkuasaan penggunaan KIBFG itu mengambil kira pewartaannya pada 2006 yang tertangguh disebabkan pelbagai alasan daripada pihak terlibat khususnya pemborong dan pengimport ikan. - BERNAMA