26 Jun 2012

Haramjadah Timpa Najib Lagi: Digelar "Pengamal Demokrasi Palsu"

Artikel dengan tajuk ‘A 21st-century checklist of the new autocrats’ telah disiarkan pada 8 June lalu oleh akhbar The Globe and Mail.

Ianya telah ditulis oleh Ketua Biro Beijing Mark Mackinnon, pengamal media yang telah memenangi anugerah, yang pernah menemuramah beberapa orang pemimpin politik dunia yang kontroversi.

Antara mereka yang telah ditemuramahnya ialah Ketua Pembangkang Burma Aung San Suu Kyi, Mikhail Gorbachev, bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra, Presiden Israel Shimon Peres dan Raja Abdullah II dari Jordan.

Dalam artikel itu Mackinnon membahagikan pemimpin politik kepada empat kategori iaitu false democrats, mad egotists, violent populists dan callous capitalists.

Najib telah diletakkan dalam kategori yang pertama iaitu “false democrat.”

Dalam Bahasa Malaysia ialah ‘Pengamal Demokrasi Palsu’ dan dalam bahasa yang lebih sopan pula 'Penipu Demokrasi' kalau tak silap aku lah..

Antara yang tersenarai bersama Najib ialah Presiden Russia Vladimir Putin, Presiden Palestine Mahmoud Abbas, Perdana Menteri Ethiopia Meles Zenawi dan juga Perdana Menteri Kemboja Hun Sen.

Pemimpin yang telah terkeluar dari senarai ahli kelab penipu itu pula ialah Slobodan Milosevic dan Hosni Mubarak

Antara ciri-ciri utama yang membolehkan Najib mendapat gerlaran tersebut ialah beliau mengadakan demokrasi tapi tidak ada niat untuk melepaskan kuasa..

Baca nih...

-Key characteristics: They hold elections but have no intention of giving up power. Serious political rivals are jailed and their parties are outlawed on legal technicalities. Mr. Putin’s spin doctors call it “managed democracy” – giving voters the appearance of choice while ensuring they have very little to choose from on election day.

-Reason for hope: Because they allow the trappings of democracy – opposition parties, some independent media, the very process of going through an election every few years – these false democracies create the possibility of change. Mr. Milosevic and Mr. Mubarak were ousted because citizens used the political space allowed them in a false democracy. Russia’s opposition has similarly been on the advance over the past seven months. The next election in Malaysia promises to be interesting.

-Reason for despair: False democracies give the impression of being freer than they really are, which means they rarely face the kind of international pressure that the really nasty regimes get.


Tak percaya?? tengok nih!!





Kalau tak puas hati jugak.. sila lihat di SINI

Apa lagi Pemuda UMNO dan PERKASA?? Buat demo depan kedutaan Kanada cepat... ASD


Ulasan GB

Sebelum ini GB sudah tulis:

"Bukankah GB dah kata sebelum ini, akan lebih banyak "haramjadah" menimpa Najib lagi selepas ini.... tunggu dan lihat. Apa yang GB kata sudah jadi kenyataan."


Kemudian ada pula komen yang memperli GB... mana GB tahu ilmu ramalan?

Ini bukan soal ramalan be dan GB juga bukan seorang tukang ramal!

Tetapi bagi orang berilmu dan yang belajar dari ayat-ayat manzurah (ayat yang dipelajari dari kejadian-kejadian alam), itulah namanya SUNNATULLAH, itulah namanya hukum Kebenaran dan Keadilan, itulah namanya Golden Rule, itulah namanya Hukum Karma, itulah namanya hukum tabie dan sebagainya.

Yang penipu, yang jahat, yang zalim, yang kejam akan TETAP menerima hukumannya. Dia tidak akan terlepas.

Apatah lagi beliau sendiri pernah "mengharamjadahkan" rakyatnya sendiri, dan itulah yang beliau akan perolehi kembali.

Terkini: "Kementerian Luar sedih dengan artikel dalam akhbar Kanada yang mengkategorikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "demokrat palsu", dengan meletakkannya sebaris dengan autokrat lain dunia."

Hukum Kebenaran Dan Keadilan tidak berpihak dan tidak pilih kasih walaupun Kementerian Luar dikatakan "sedih" dengan perlabelan itu. Ia juga pengajaran buat Anifah Aman, Menteri Luar yang begitu ketara mutakhir ini kelihatan begitu kuat "ampu bodeknya" mempertahankan Najib.

Kamu Anifah saya lihat cuba menentang arus kebenaran dan keadilan... tetapi kamulah nanti yang akan tertimpa bahana dan bencananya juga selain boss kamu yang kamu tatang, Najib.

Wait and see!. (Tok Guru kami pun sekali-sekala cakap guna bahasa Inggeris. Orang ugamawan tidak sebodoh yang kamu sangka, Hati mereka bersama Allah sepanjang masa!)

Najib Baru Sedar Umno-BN Amalkan 'Perhambaan Moden' Dalam Sistem Pajak Teksi

Rupa-rupanya selama ini Kerajaan Umno-BN mengamalkan sistem perhambaan terhadap pengusaha teksi di negara ini.

Ia kini baru disedari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setelah sokongan rakyat terhadap Umno-BN terhakis tegar dari hari ke hari. Najib yang juga Presiden Umno berikrar untuk menghapuskan monopoli lesen teksi oleh syarikat swasta yang disifatkannya sebagai "perhambaan moden".

Kerajaan sebaliknya akan mengeluarkan lesen secara terus kepada individu di bawah satu model baru dalam satu tempoh rancangan. Ia boleh dianggap satu taktik Umno-BN untuk menumpukan undi para pemandu teksi kepada dacing dalam PRU-13 tidak lama lagi.

Namun, kelompok yang dikenali sebagai "ahli politik licik" sama seperti tukang gunting rambut itu, tidak mudah diperdayakan dengan janji manis yang sepatutnya telah lama menjadi hak mereka.

"Saya tak suka dengar syarikat dapat terlalu banyak lesen teksi. Era kita bagi pada syarikat individu kita akan tamatkan. Dan dalam model baru ini kita beri kepada individu dalam satu bentuk sistem baru di mana kepentingan individu kita pelihara dengan sebaik-baiknya.

Sebab sistem pajak teksi ini satu bentuk perhambaan moden yg saya tak suka,"katanya yang disambut dengan sorakan oleh lebih 5,000 pemandu teksi di perhimpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) di Bukit Jalil, 24 Jun lalu.

Najib yang terlalu berharap sokongan padu pemandu teksi turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM35 juta melalui Yayasan 1MDB Najib sebagai insentif kepada pemandu teksi berkenaan.

Jumlah itu meliputi baucer subsidi kepada kira-kira 70,000 pemandu teksi seluruh negara untuk menukar set tayar berjumlah RM525. Kerajaan telah mengenalpasti lebih 300 pusat menukar tayar seluruh negara bagi mendapatkan tayar buatan Malaysia jenama Goodyear atau Continental. Selain itu, Kementerian Penerangan juga memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi memberikan perlindungan insurans, tambahnya. -sanggahtoksago



Jika Ini Bukan Rasuah Namanya, SPRM Yang Perlu Sangat Disiasat!!


Jika perkara seperti di atas pun tidak dianggap rasuah oleh SPRM, maka SPRM itu sendiri yang perlu disiasat.

Akan tiba masanya, SPRM bakal ditimpa bala dan musibah besar tak lama lagi kerana menipu rakyat. Itu hukum kebenaran dan keadilan.

Bukan sekadar satu barang yang harganya dibeli dengan harga mahal, malah hampir kesemuanya. Mahalnya pula bukan sekadar sekali ganda malah berkali-kali ganda.

Ada agenda SPRM menutup salahlaku kerajaan UMNO BN. Tetapi, Tuhan tidak akan membiarkan hal ini berlalu dan tertutup tanpa hukuman. Itu keyakinan orang beriman, itu keyakinan orang yang benar dan adil.

Kita sama-sama tunggu detik itu.

"Haramjadah" - Najib Enggan Tarik Balik, Memang Bagus Sangat!

Haram jadah: Najib enggan minta maaf

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan bertulisnya enggan memohon maaf serta menarik balik kata-kata kasar 'haram jadah' yang dikeluarkan sebelum ini.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli yang memohon agar Perdana Menteri memohon maaf serta menarik balik kata-kata tersebut yang dihemburkan dalam ucapan beliau di Felda Jengka 8 pada 8 Mei lalu.

Najib melalui jawapannya menjelaskan soal permohonan maaf tidak timbul memandangkan kata-kata tersebut diungkapkan sebagai eskpresi kolokial (colloquial expression) semata-mata tanpa ditujukan kepada mana-mana individu.

Jelas, Dr Mohd Hatta apa yang dinyatakan oleh Najib melalui jawapannya itu tidak benar dan beliau perlu tampil memohon maaf bukannya cuba mengelakkan.

"Secara jelas kita lihat kata-kata haram jadah yang dikeluarkan oleh Najib itu ditujukan kepada peneroka yang menentang penyenaraian Felda.

"Dan perkara itu berlaku ketika beliau mengumumkan pemberian RM15 ribu kepada setiap peneroka," jelasnya.

Katanya lagi, mana mungkin beliau mengatakan tidak ditujukan kepada mana-mana individu sedangkan jelas ia dilemparkan kepada peneroka-peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda serta kepada mereka yang membawa Felda ke mahkamah.

"Najib menghina mereka yang dianggap menentang supaya tidak diberikan bantuan RM15,000 iaitu kumpulan 'haram jadah' jadi ianya bukan satu ekspresi kolokial yang begitu umum tetapi tuju khas kepada pihak-pihak yang mencabar Felda.

"Kita mahukan Najib tampil memohon maaf jika beliau ingin memulihkan imejnya sebagai Perdana Menteri," jelasnya.

Dr Mohd Hatta menegaskan Najib perlu meminta maaf dan kenapa perlu takut untuk mengaku salah. -HD

Ulasan GB

Jika Najib tidak mahu minta maaf, biarkanlah hukum kebenaran dan keadilan sendiri menghukumnya.

You'll get back what you give

Kamu akan dapat balik apa yang kamu beri!

Tak sedar-sedar lagi walaupun dah banyak "haramjadah" menimpa dirinya.

[BERGAMBAR] Penyokong Royalti Dipukul Semasa Berhimpun Di Pejabat SUK -updated

Suasana tegang di hadapan pejabat SUK

KOTA BHARU: Suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pagi ini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).

Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK.

Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno.

Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat.

Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis.

Ssementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah.

Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.

“Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan.

“Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram,” katanya. -HD


















Status PhD MB Perlis Diragui, Pemuda UMNO Arau Buat Laporan Polis

Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Arau membuat laporan status Phd milik Mohd Isa.

KANGAR: Seorang ahli Pemuda Umno Arau membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu mengenai status ijazah doktor falsafah (Phd) beliau.

Syed Atif Syed Abu Bakar yang juga Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Arau membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar tengah hari tadi.

“Menteri Besar telah menggunakan gelaran itu dalam dokumen dan majlis rasmi kerajaan negeri dipercayai diperolehi dari sebuah institusi pengajian tinggi yang tidak mendapat tauliah atau akreditasi daripada agensi pemberi tauliah yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Amerika Syarikat.

“Saya membuat laporan ini supaya pihak polis dan kerajaan Malaysia menyiasat status Phd milik Mohd Isa atas dasar intergriti yang berkaitan dengan unsur-unsur jenayah penghinaan akademik yang serius dan menyalahi undang-undang negara,” katanya dalam laporan polis tersebut.

Atif berkata, rakyat Perlis bercakap mengenai status Phd milik Menteri Besar itu.

“Sebelum ini, kami mengadakan peraduan menawarkan hadiah RM10, 000 dalam Facebook untuk membolehkan orang ramai mengesahkan status Phd tersebut.

“Bagaimanapun, selepas peraduan itu dibuat lawan web rasmi kerajaan negeri telah mengeluarkan gelaran Phd tersebut,” katanya.

Ahli Umno Pauh, Abdul Halim Sani yang hadir sama di IPD Kangar hari ini mendakwa Mohd Isa menggunakan Phd dari Universiti New Port, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, menuurt Syed Atif, universiti tersebut tidak wujud sama ada di Amerika Syarikat atau di tempat lain. -FMT

[VIDEO] Panas: Tembakan Pertama Rafizi Selepas Letak Jawatan - Skandal Projek LRT

Rafizi: Skandal kontrak LRT yang libatkan Najib

Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta. Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang ("The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project").

KEADILAN mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Najib Razak sendiri campur tangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.

KEADILAN dimaklumkan bahawa laporan Business Times itu dibuat selepas Najib Razak mengumumkan sendiri kepada pimpinan kerajaan hasrat beliau menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent.

Walau bagaimana pun, campur tangan beliau itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan oleh Prasarana sebelum itu.

KEADILAN boleh mendedahkan bahawa George Kent bukanlah konsortium yang telah terpilih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh Prasarana. Ini disahkan oleh surat bertarikh 12 Disember 2011 dari Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa Konsortium PDA telah dipilih sebagai kontraktor terbaik bagi projek tersebut.

Shahril Mokhtar telah menulis kepada Najib Razak sendiri untuk mendapatkan kelulusan mengeluarkan Surat Tuju Terima kepada Konsortium PDA.

Perkembangan terbaru seperti yang dilaporkan oleh Business Times mengesahkan bahawa Najib Razak bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat.

Ini mengesahkan persepsi masyarakat bahawa berlaku campur tangan dan penyelewengan yang serius melibatkan anugerah projek-projek awam di bawah pentadbiran Najib Razak, walaupun beliau sering melaungkan janji untuk berlaku telus dan adil.

KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai skandal ini yang bakal menguji komitmen Najib Razak kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Pendedahan-pendedahan ini adalah juga balasan dari saya kerana tindakan jijik UMNO di bawah kepimpinan beliau memutar belitkan keputusan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihanraya KEADILAN.

Saya betul-betul menasihati Najib Razak supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau. -Rafizi Ramli