28 Okt 2007

Malaysia nafi latih JI ditahan Singapura

Posted on Monday, June 11 @ 22:18:19 MYT by greenboc
Berita mhKUALA LUMPUR(BH): Malaysia menafikan dakwaan Singapura salah seorang daripada empat anggota Jemaah Islamiyah (JI) yang ditahan antara November 2006 dan Februari lalu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) republik berkenaan, mendapat latihan militan di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang agak marah dengan laporan itu, menegaskan tiada aktiviti militan di negara ini seperti yang digembar-gemburkan republik itu.


“Tidak ada gerakan JI di sini dan laporan Kementerian Dalam Negeri Singapura adalah tidak benar. Saya tidak pernah dengar dan tidak dapat laporan sebarang gerakan JI atau al-Qaeda di negara ini,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Kementerian Dalam Negeri republik itu bahawa seorang daripada empat yang ditahan pihak berkuasa itu, Mohamed Yassin Mohamed Nooh memungut derma untuk JI selain menjalani latihan JI di Malaysia.

Republik itu juga menyatakan Mohamed Yassin meninggalkan Singapura pada Ogos 2001 untuk meneruskan pengajian Arab di luar negara dan sengaja menetap di luar negara beberapa tahun bagi mengelak ditahan pihak berkuasa Singapura.

Tiga lagi yang ditahan pihak berkuasa Singapura mengikut ISA antara November 2006 dan Februari lalu adalah Ishak Mohamed Noohu, Mohamed Hussain Saynudin dan Ibrahim Mohd Noor.

Singapura mendakwa Ishak adalah anggota kanan rangkaian JI Singapura yang menjalani latihan pengganas di Mindanao dan terbabit dengan beberapa rancangan JI untuk menyerang beberapa sasaran asing di Singapura.

“Dia adalah seorang pemimpin JI Singapura Mas Selamat Kastari yang merancang merampas sebuah kapal terbang untuk dijatuhkan di lapangan terbang Changi,” menurut kementerian berkenaan.

Selamat Kastari ditahan polis Indonesia tahun lalu dan kemudian dihantar ke Singapura di mana dia ditahan mengikut ISA.

Mohamad Hussain pula didakwa menjalani latihan pengganas dengan kumpulan militan Lashkar-e-Tayyiba di Pakistan manakala Ibrahim dikatakan sebagai pengendali operasi terlatih yang melakukan pengintipan pengganas di Singapura.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Singapura juga mengumumkan penahanan seorang lelaki Singapura berumur 28 tahun yang dianggap sebagai radikal yang merancang melaksanakan kegiatan jihad di Afghanistan.

Abdul Basheer Abdul Kader, bekas pensyarah ditahan Februari lalu mengikut Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Ulasan Greenboc

Dengan penafian dari Ketua Polis Negara itu ternafilah fitnah yang digembar-gemburkan oleh Singapura dan disebarluaskan oleh Malaysiakini.com kononnya terdapat ahli JI menjalani latihan di Singapura. Senjata Fitnah kepada pergerakan Islam seperti Pas akan dilaung laungkan kembali seperti label pengganas, Taliban dan Militan. mereka mahu melihatkan Pas sebagai ganas kepada warga bukan Islam di Malaysia.

mk

Singapura memang bersekongkol dengan kerajaan BN sebagai membalas budi kerana di"kurnia"kan sebahagian Johor oleh Pak Lah dan justeru itu akan menonjolkan imej buruk kepada pembangkang yang menentang WPI.

Tiada ulasan: