2 Jun 2009

Jet Air France 447 Bersama 228 Penumpang Masih Tidak Ditemui

Juruterbang tentera Brazil ternampak kerusi kapal terbang, jaket keselamatan, serpihan logam dan kesan minyak di tengah Lautan Atlantik ketika mereka mencari pesawat Air France dengan 228 penumpang dan anak kapal yang hilang semalam.

Jurucakap Tentera Udara Brazil, Jorge Amaral, berkata juruterbang terbabit juga ternampak dua kawasan di mana terdapat serpihan yang timbul, kira-kira 60 kilometers dari pulau Fernando de Noronha, iaitu hampir di laluan Penerbangan AF477 dari Rio de Janeiro ke Paris.

"Lokasi objek berkenaan ditemui adalah ke arah kanan di mana isyarat terakhir pesawat berkenaan dihantar. Ini menunjukkan ia cuba berpatah balik, mungkin untuk kembali ke Fernando de Noronha, tetapi ini hanyalah hipotesis," katanya.

Amaral berkata, pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan serpihan itu adalah daripada pesawat Air France terbabit sehingga ia dapat mengambil sebahagian daripadanya untuk pengecaman.

Kapal tentera Brazil hanya akan tiba di situ esok.

Penemuan itu berlaku selepas lebih 24 jam pesawat berkenaan hilang dengan semua yang menaikinya dikhuatiri maut.

Anggota pasukan penyelamat masih memeriksa kawasan lautan yang luas dari timur laut Brazil ke perairan Afrika Barat.

Pesawat berusia empat tahun itu berhubung untuk kali terakhir pada 0214 GMT Isnin.

Jika tiada mangsa yang selamat dtemui, ia akan menjadi nahas udara terburuk dunia sejak 2001.

BERITA SEBELUMNYA

Siri kejadian luar biasa punca jet Air France hilang

RIO DE JANEIRO: Misi mencari bangkai pesawat Air France Flight 447 yang membawa 228 penumpang masih diteruskan tanpa henti. Para penyiasat Perancis berkata, beberapa siri kejadian luar biasa mungkin menyebabkan pesawat tersebut jatuh.

AP melaporkan pasukan penyelamat yang telah melakukan imbasan jauh ke dasar laut dengan meluas ke timur laut Brazil hingga Afrika Barat mengesahkan tidak menemui sebarang petanda daripada pesawat atau penumpang.

Kali terakhir berita daripada pesawat berusia empat tahun itu diperolehi adalah pada pukul 10.14 malam waktu tempatan pada Ahad ketika dalam perjalanan dari Rio de Janeiro ke Paris.

Para penyiasat melakukan siasatan sepanjang malam bagi mengenalpasti punca yang menyebabkan pesawat itu jatuh - angin dan petir atau gabungan faktor-faktor yang membawa bencana.

Menteri kerajaan Perancis yang menyelia pengangkutan, Jean-Louis Borloo berkata, polis negara itu sedang memeriksa senarai nama penumpang.

Beliau juga berkata, pegawai-pegawai "tidak percaya satu pancaran kilat yang merupakan satu kebiasaan dalam penerbangan boleh menyebabkan kehilangan pesawat itu."

"Pastinya berlaku peristiwa luar biasa selepas itu bagi menjelaskan situasi ini," kata Borloo kepada Radio RTL hari ini.

"Usaha mencari tanpa henti telah bermula bagi mengesan dua kotak hitam yang mengeluarkan signal sehingga 30 hari," katanya.

Katanya, kotak-kotak hitam itu kemungkinan besar berada di dasar laut.

Beliau berkata, peluang untuk menemui sebarang penumpang yang masih hidup adalah "sangat kecil, malah tidak wujud."

BERITA TERDAHULU

Semua penumpang Jet Air France 447 dipercayai terbunuh

RIO DE JANEIRO: Semua penumpang jet Air France dari Rio de Janeiro ke Paris yang dilaporkan hilang selepas dipercayai menempuh kilat dan ribut petir kuat ketika melalui lautan Atlantik semalam, dipercayai terbunuh.

Pesawat udara tentera melakukan gerakan mencari sehingga ke pertengahan Atlantik dan turut mendapatkan bantuan menerusi satelit Amerika untuk mencari bangkai pesawat yang membawa 228 penumpang itu.

Jika tiada penumpang yang hidup, tragedi ini bakal menjadi nahas penerbangan yang terburuk sejak tahun 2001.

Juruterbang yang membawa jet komersial dari Paris ke Rio de Janeiro untuk sistem penerbangan terbesar Brazil, TAM, mengesan api di sepanjang lautan yang merupakan laluan jet Air France itu, kata kenyataan yang diemelkan oleh sistem penerbangan itu.

Menurut jurucakap Tentera Udara Brazil, Jorge Amaral, pihak penguasa sedang menyiasat laporan tersebut.

"Ada maklumat yang diperolehi daripada juruterbang TAM yang mengesan beberapa titik oren di lautan itu ketika melalui kawasan itu...yang merupakan lokasi jet Air France hilang.

"Setelah tiba di Brazil, juruterbang itu baru mengetahui tentang kehilangan jet tersebut dan memberitahu tentang titik-titik tersebut yang dirasakan adalah api," kata Amaral.

Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy berkata, puncanya masih belum dikenalpasti dan "tiada hipotesis" dikecualikan. Beberapa pakar menafikan spekulasi yang mengatakan punca jet tersebut terhempas adalah disebabkan kilat.

Sarkozy turut memberitahu ahli keluarga mangsa jet penerbangan 447 itu bahawa potensi untuk menjumpai mereka yang terselamat adalah "sangat kecil"

Semalam, jurucakap syarikat, Brigitte Barrand, pesawat Air France 447 iaitu Airbus A330 yang membawa 216 penumpang dan 12 anak kapal meninggalkan Rio kira-kira pukul 7 malam waktu tempatan. Kebanyakan penumpang adalah rakyat Brazil dan Perancis termasuklah dua warga Amerika.

Kira-kira empat jam kemudian, pesawat itu menghantar signal automatik menandakan ia menghadapi masalah elektrik ketika melalui gelora yang kuat, kata jurucakap tersebut.

Pesawat itu "melalui kawasan ribut petir dengan gelora yang kuat" kira-kira pukul 10 malam. Pesanan automatik diterima 14 minit kemudian "menandakan litar elektrik tidak berfungsi".

Tentera Udara Brazil berkata, perhubungan terakhir dengan pesawat itu adalah pada pukul 10.36 malam waktu tempatan, tetapi tidak memberitahu di mana kedudukan pesawat itu ketika itu.

Pesawat itu hilang kira-kira 186 batu (300 km) timur laut pantai bandaraya Natal, berdekatan kepulauan Fernando de Noronha, menurut jurucakap tentera udara.

Tentera udara Brazil berkata, gerakan mencari bermula pagi Isnin berdekatan Fernando de Noronha.


Stadium Runtuh : Ramai Mengesyaki Penyelewengan Dalam Kerajaan UMNO BN Yang Lepas

Sebanyak 98% responden ujian SMS Edisi 7 berpendapat mungkin wujudnya penyelewengan di dalam pembinaan Stadium Sultan Mizan Terengganu.

Kejadian bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak dekat sini, yang runtuh pagi ini bukan sahaja menimbulkan kemarahan rakyat malah amat memalukan Duli Yang Dipertuan Agong yang namanya digunakan pada stadium berkenaan sekaligus memalukan negara.

Buletinonline melaporkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Trengganu, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong ketika dihubungi terkejut mendengar kejadian malang yang menimpa binaan yang menjadi kebanggaan kerajaan dan rakyat negeri Terengganu itu.

Beliau berkata Stadium tersebut yang tersergam indah, menjadi pesona kepada sesiapa yang melihatnya, malah ia jelas dapat dilihat oleh mereka yang datang melalui udara kerana berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.


"Malangnya baru hanya setahun ia telah runtuh," katanya spontan.

Justeru beliau menggesa pihak-pihak yang bertanggungjawab khususnya kerajaan negeri Terengganu mengadakan satu 'inquiry' secara menyeluruh bagi mengenalpasti apakah punca sebenar yang menyebabkan kejadian itu berlaku.

"Kita minta kerajaan dan pihak berkenaan mengadakan satu 'inquiry, thoroughly, semua pihak yang terlibat mesti dipanggil dan disoal siasat, bagi mencari punca sebenar dan terperinci, apakah masalah yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku,"

"laporan mesti di bentangkan dalam Dewan Undangan Negeri," katanya ketika dihubungi Buletinonline.

Stadium yang dianggap 'tercanggih' di Pantai Timur itu dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu dengan upacara gilang gemilang menandakan 'impian menjadi' kenyataan sebagaimana yang dibangga-banggakan oleh bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh.



Notis Permohonan Maaf Dato’ Nozula (ADUN UMNO BN) Kepada Husam

Hari ini Selasa 2 Jun 2009 di akhbar Berita Harian di muka C12 suatu notis permohonan maaf telah dikeluarkan oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh. YB Dato Nozula Mat Diah kepada anakguam kami, YB Dato Paduka Husam b Musa.

Notis tersebut berbunyi:

“Saya, YB Dato Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Dato’ Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR pada 2007. Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.”

Pada akhir November 2007, 2 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Barisan Nasional iaitu YB Dato’ Nozula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga Muhd. Adhan Kechik telah membuat laporan kepada pihak BPR membuat tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas terhadap anakguam kami.

Antara laporan tersebut adalah:

1. Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri Datuk Hussam Musa.
2. Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd.
3. Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd.
4. Isu Kedai Majlis Daerah Machang.
5. Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.
6. Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pas mengutip dana.
7. Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.
8. Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.
9. Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.

Pernyataan fitnah tersebut yang diucapkan dan diedarkan pada sidang akhbar tersebut telah mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar utama tempatan dan telah disiarkan di televisyen serta boleh dimuatturun daripada laman sesawang yang pada masa yang relevan mempunyai jutaan pengguna, kesemuanya mempunyai akses percuma dan terbuka kepada fitnah-fitnah yang diadukan.

Tindakan kedua ADUN ini juga telah meletakkan anakguam kami dalam satu kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum (odium), kehinaan (contempt) awam dan tekanan serta kemudaratan mental yang amat sangat akibat kegelisahan, kerisauan dan ketakutan akan ditangkap oleh pihak berkuasa, seterusnya beroleh keaiban umum.

Oleh itu beliau telah mengarahkan pihak kami mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan dan New Straits Times (M) Berhad. Akhirnya pihak ADUN berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan.

Dengan Notis Permohonan Maaf ini maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap anakguam kami adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas. Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami. Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain.

Sekian, terima kasih.
Yang benar

Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek
Peguambela dan Peguamcara
Tetuan Saiful Kasri & Associates

BERITA TERDAHULU:

KUALA LUMPUR, 31 Jan 2008 (Hrkh) – Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa telah memfailkan saman fitnah RM6 juta berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Kelantan serta sebuah media yang membuat penyiaran mengenai dakwaan berlakunya penyelewengan terancang oleh kerajaan PAS Kelantan di Bilik Rehat Adun Kelantan pada 27 November lalu.

Husam yang diwakili peguamnya, Gobind Singh Deo serta Ahmad Shabrimi Mohamad Sidek berkata demikian kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur setelah menghantar permohonan saman ke atas Adun Paloh, Dato’Nozula Mat Diah, Adun Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik serta media The New Straits Times Press (M) Bhd.

“Tindakan ini bukan bermotifkan wang tetapi yang lebih penting adalah mengenai prinsip dan keadilan yang perlu ditegakkan,” ujar Gobind Singh Deo.

Tambahnya, meskipun jumlah yang dituntut adalah suatu nilai yang besar, pihaknya menyerahkan kepada budi bicara pihak mahkamah bagi menentukan kebenaran hal tersebut.

Menurut penyataan tuntutan yang dikemukakan oleh pihak Husam, isu yang dibangkitkan adalah berkaitan sembilan dakwaan yang dibuat kesemua pihak yang tersebut, antaranya mengenai aduan salah laku dan salah guna kuasa Exco iaitu Dato’ Husam berkenaan dengan pengambilan wang untuk satu kontrak dan selain dakwaan berkenaan laporan mengenai penyelewengan Pengarah Air Kelantan yang telah banyak diperkatakan, isu kegagalan pengurusan Air Kelantan kerana kroni-kroni dalam Air Kelantan dilindungi oleh Exco iaitu Dato’ Husam.

Di dalam sidang media yang sama Nozula, Mohd Adhan serta Adun-adun BN yang lain telah mengedarkan tuduhan palsu yang berbunyi ‘Laporan mengenai Kes-kes penyelewengan Kerajaan PAS Kelantan’.

Husam yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat kerajaan Negeri Kelantan menyatakan bahawa beliau telah difitnah oleh Adun-adun BN yang mendakwanya mempunyai imej sebagai seorang yang menyalahguna kuasa dan korup.

Bahkan, beliau turut dituduh sebagai seorang ahli politik dan pemimpin parti yang memperjuangkan Islam, berpura-pura dalam perjuangan dan digambarkan sebagai seorang hipokrit, penipu, mengumpul kekayaan dengan cara yang salah serta menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi.

Sehubungan dengan kenyataan media tersebut, pihak NST telah menyiarkan satu kenyataan palsu dan fitnah pada halaman 21 akhbar The New Straits Times Edisi bertarikh 28 November 2007 dalam satu rencana yang bertajuk ‘Suspended BN Duo Turn To ACA’.

Berikut petikan rencana tersebut: “The two Barisan Nasional assemblymen currently facing a six-month suspension from the assembly, yesterday lodged a report at the state Anti-Corruption Agency alleging nine cases of abuse by the Pas government.
Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) and Mohd Adnan Kechik (BN-Bukit Bunga) turned up at the assembly premises yesterday but did not join their collegues.

Instead, they held a joint press conference outside, accusing state Public Administration, Finance, Economic Planning and Community Development Committee Chairman Dato’ Husam Musa of abusing his powers, especially in managing Air Kelantan Sdn Bhd.

Other allegations include attempts to sell a piece of land in developing a new township in Bandar Baru Tunjong through Kind Network Sdn Bhd and abuses involving the purchase of land in Gual Periok, Pasir Mas, by one Syarikat Galeri Tanah.”

Menurutnya, pernyataan fitnah tersebut yang diucapkan dan diedarkan pada sidang akhbar tersebut telah mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar utama tempatan dan telah disiarkan di televisyen serta boleh dimuat turun daripada laman web yang pada masa yang relevan mempunyai jutaan pengguna, kesemuanya mempunyai akses percuma dan terbuka kepada fitnah-fitnah yang diadukan.

“Adalah dapat diandaikan bahawa terdapat jumlah yang besar tetapi tidak dapat ditentukan jumlah pengguna yang membaca laporan akhbar-akhbar pada 28 November 2007 dan menonton siaran berita pada 27 November 2007 dan kesemua hari-hari berikutnya dan Adun BN dengan bantuan akhbar NST terus menerus untuk menerbitkan perkara yang sama sehingga hari ini,” jelasnya.

Dengan itu, pihak Husam menuntut Ganti rugi Am sebanyak RM1 juta daripada kedua-dua Adun BN berdasarkan fitnah lisan semasa mengadakan sidang akhbar di Bilik Rehat Adun, bangunan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 27 November 2007 lalu.

Beliau juga menuntut jumlah yang sama sebagai Ganti rugi Am daripada penyiaran semula kenyataan-kenyataan lisan mereka dalam bentuk rencana bertulis di dalam akhbar New Straits Times dan Berita Harian pada 28 November 2007.

Selain itu, saman bagi Ganti rugi Am sebanyak RM1 juta bersabit pencetakan dan penyiaran rencana dalam akhbar New Straits Times bertarikh 28 November 2007 bertajuk ‘Suspended BN Duo Turn To ACA’ berkenaan Husam.

Pihak Husam juga menuntut Ganti rugi Am daripada NST yang berbangkit daripada percetakan dan penyiaran rencana dalam akhbar Berita Harian bertarikh 28 November 2007 bertajuk ‘9 Penyelewengan PAS didedah’ berkenaan Husam sebanyak RM1 juta.

Manakala, beliau menuntut Ganti rugi Teladan dan Ganti rugi Teruk masing-masing bernilai RM1 juta. Di samping itu, beliau juga meminta faedah pada kadar 8 peratus setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh pemfailan tindakan ini ke atas tarikh penyelesaian atau pada satu kadar atau untuk suatu jangka masa yang dianggap patut oleh mahkamah.

Husam sebelum ini melalui peguamnya pada 14 Januari lalu, telah meminta pihak yang didakwa tersebut membuat suatu terbitan penarikan semula yang penuh serta membayar sejumlah ganti rugi yang difikirkan wajar dan berpatutan untuk segala kemudaratan yang dialami oleh Husam sebagaimana yang dinyatakan di atas sebagai bayaran pampasan terhadap kenyataan dan penyiaran fitnah itu dan segala kos guaman.

Namun sehingga kini, kesemua yang terbabit telah gagal untuk meminta maaf atau memberikan satu tawaran ganti rugi kepada Exco kanan kerajaan PAS Kelantan itu.

PR DAH MENANG UMNO BN TAK PERLU BERSUARA

Kemenangan PKR dalam pilihanraya kecil Penanti dengan majoriti 5558 undi mungkin bukanlah kemenangan bergaya memandangkan UMNO BN tidak masuk bertanding dan peratus keluar mengundi amat rendah iaitu 46.15%. PKR juga mengalami penyusutan undi sebanyak lebih 1000 undi.

Walaubagaimanapun tindakan UMNO BN yang membuat keputusan untuk tidak masuk bertanding adalah dilihat amat pengecut sedangkan UMNO BN mempunyai peluang untuk memainkan isu dalaman PKR dalam kempen mereka. Lebih –lebih lagi UMNO BN menguasai media arus perdana.

Oleh itu, UMNO BN tidak sepatutnya banyak mengkritik dan mengatakan rakyat Penanti sudah jemu dengan permainan politik PKR dan pakatan rakyat, sedangkan jika dakwaan BN adalah benar masakan UMNO BN tidak berani untuk masuk bertanding.

Penyusutan undi PKR juga adalah kerana faktor ramai yang tidak pulang mengundi kerana menjangkakan PKR akan menang mudah. Ada juga yang berpendapat ramai ahli PAS yang tidak keluar mengundi kerana tidak puas hati terhadap PKR mengendalikan kes Fairus Khairuddin.

Aminah Abdullah yang banyak mendapat liputan media arus perdana juga hanya mendapat undi sebanyak 392 undi. Beliau juga dilihat terperangkap dengan isu yang beliau bawa semasa berkempen.

Nai Khan Ari pula mendapat undi melebihi calon-calon bebas yang lain dengan undi sebanyak 494 undi. Sementara seorang lagi calon bebas Kamarul Ramizu Idris yang dijangka sejak dari awal akan mendapat undi paling rendah menjadi kenyataan apabila hanya mendapat 56 undi.

Samada calon-calon bebas ini ditaja atau tidak, UMNO BN sepatutnya mengarahkan pengundi-pengundinya keluar mengundi untuk menguji sejauh mana penolakan rakyat Penanti terhadap pakatan rakyat khasnya PKR. -nadarakyat


ZAHID HAMIDI NAIB PRESIDEN UMNO BERDOLAK DALIK ISU PEMBELIAN JET PEJUANG BARU..

Dalam satu kenyataan akhbar semalam yang disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan menggantikan jet pejuang MIG29-N yang dibeli dari Russia dengan pesawat pemintas yang lebih canggih. Ini laporan utusan Malaysia hari ini.

Pesawat MIG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan digantikan dengan pesawat pemintas yang lain bagi memperkuatkan pasukan itu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara ini telah dibincangkan dengan Panglima TUDM, Jen. Tan Sri Azizan Ariffin dan pesawat ini akan digantikan dalam masa terdekat, katanya.

"Pesawat MIG ini akan dilupuskan dengan menjual kepada syarikat-syarikat tertentu atau ke negara-negara yang dibenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Ini pula laporan akhbar Utusan Malaysia pada 13.5.2009 daripada Menteri yang sama:

Perkhidmatan pesawat pejuang pemintas jenis MiG-29N Fulcrum akan dikekalkan sungguhpun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah menerima pesawat terbarunya, Sukhoi SU-30MKM.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini pihak kementerian tidak bercadang untuk menamatkan perkhidmatan jet pejuang berkenaan.

"Kita perlukan beberapa perubahan bukan sahaja daripada segi peralatan," katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan pertamanya ke Kem Syed Sirajuddin di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai spekulasi yang mengatakan perkhidmatan pesawat MiG-29N akan ditamatkan berikutan kos menaiktaraf yang terlalu mahal dan telah berkhidmat lebih daripada 15 tahun.


Saya melihat isu atau cadangan pembelian aset terbaru ketenteraan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Pertama, membuktikan kegagalan kerajaan Malaysia dalam proses pemindahan teknologi dari Russia seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Bahawa Malaysia akan mendapat manafaat hasil pemindahan teknologi daripada pembelian pesawat berkenaan sebelum ini.

Beberapa negara seperti India yang membeli pesawat berkenaan lebih awal dari Malaysia masih dapat mengekalkan tahap kemampuan pesawat untuk berfungsi dengan maksimum hasil daripada pemindahan teknologi. Persoalannya adakah nasib yang sama akan dilalui oleh jet pejuang yang dikatakan tercanggih di dunia Sukhoi SU-30MKM yang juga baru dibeli dari Russia beberapa tahun yang lalu?

Masalah yang sama juga turut dihadapi oleh jet Hawk 100 dan 200 yang dibeli dari Britain tidak lama dulu turut mengalami masalah alat ganti dan lebih malang lagi beberapa pesawat berkenaan telah terhempas ketika menjalani latihan yang mengorbankan beberapa juruterbang.Adakah pesawat ini juga tidak perlu diganti?

Cuba lihat apa yang dilakukan oleh negara jiran Singapura, jet Skyhwak yang dibeli pada tahun 1980-an masih berfungsi dengan baik sehingga hari ini apabila dinaik taraf menjadi Super Skyhwak yang menjadi antara skundron jet pejuang yang masih digeruni ketika ini.

Saya menyokong penuh jika pembelian ini dapat menjamin dan penting untuk keselamatan negara. Tetapi apa yang saya cukup bimbangkan ialah tangan-tangan ghaib yang wujud di balik tabir seperti yang dibangkitkan dalam isu pembelian kapal selam bahawa kerajaan terpaksa membayar komisyen yang sangat tinggi daripada perjanjian jual beli tersebut.

Adalah sesuatu yang amat malang jika keselamatan negara dan nyawa juruterbang diperjudikan semata-mata untuk memenuhi agenda tersembunyi pemimpin tertentu yang ingin mengaut keuntungan hasil daripada perjanjian jual beli tersebut. -angkasanuri

Runtuhnya Stadium Di Terengganu Tanda UMNO Terengganu Di ambang Keruntuhan Juga?

Dahulu sewaktu GB mengulas mengenai suasana di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bergelap selama 15 minit sewaktu semua pihak menunggu sebutan kali ke 2 pembicaraan krisis yang berlaku di Perak dan GB bertanya apakah "gelap" selama 15 mnit itu akan membawa satu petanda masih ada ruang "gelap" di dalam sistem kehakiman di dalam negara ini. (baca tulisan ini)

Jawapannya YA apabila ternyata hakim-hakim Mahkamah Rayuan "menggelapkan" suasana kebenaran dan keadilan apabila sehingga kini masih gagal untuk memberikan penghakiman bertulis terhadap keputusan mereka yang menolak Datuk Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah sebaliknya menobatkan Zambry pula.

Itu petanda dan petujuk Allah sebelum sesuatu kejadian berlaku. Allah Maha Tahu namun Dia Maha Pengasih Maha Penyayang, memberikan tanda-tanda bagi mereka yang boleh membaca dengan mata hati terhadap apa yang tersirat dari menjengah tentang apa yang tersurat.

Kini Stadium Sultan Mizan di Gong Badak runtuh pagi ini menyebabkan kira-kira 70 peratus daripada strukturnya musnah. Keseluruhan bumbung 'grand-stand' membabitkan bumbung sepanjang 80 meter meliputi pentas di Raja.

Runtuhan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kehilangan nyawa namun sebuah kereta kancil dan empat buah motosikal yang diletakkan betul-betul dibawah bumbung yang runtuh itu ranap.

Apa yang tersirat dari peristiwa tersebut?

GB sebelum ini baru sahaja menyiarkan satu berita bertajuk ADUN UMNO BN Trg Berbalah, DUN Bakal Dibubarkan. Sebelumnya di blog ini juga GB ada membuat pertanyaan apakah mungkin Adegan Usung Speaker Akan Berlaku Di Terengganu?

Tiba-tiba Terengganu di kejutkan dengan runtuhnya sebuah stadium paling canggih di pantai timur.

Pada hemat GB, sebuah kerajaan akan runtuh tidak lama lagi. Mungkin ada yang tersenyum enggan mempercayainya, tidak ada masalah apa-apa kerana ia hanya sekadar satu telekan merapu seorang GB. Jauhari akan mengenal manikam mana yang asli.


Apabila Muhyiddin Tidak Memperakui Khairy Pemimpin UMNO

Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti, Pulau Pinang telah berakhir. Bagai dijangka pelbagai pihak sedari awal, keputusan pengundian pada Ahad (31 Mei) lalu memihak kepada Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).

Calonnya, Dr Mansor Othman, menang besar ke atas tiga pencabarnya. Beliau memperolehi 6,052 undi sekaligus mengatasi pencabar terdekatnya, Nai Khan Ari Nan Keow dengan majoriti 5,558 undi.

Ahli parti Gerakan itu mendahulu tiga calon Bebas dengan pungutan tertinggi 494 undi. Di belakangnya ialah Aminah Abdullah (392 undi) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Ketiga-tiga mereka hilang wang pertaruhan.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran perletakan jawatan penyandang kerusi berkenaan dari KeADILan, Mohamad Fairus Khairuddin, 16 April. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Fairus menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Dato' Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi. Calon KeADILan itu memperolehi 7,346 undi berbanding Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh itu yang mendapat 5,127 undi.

Meskipun berjaya meningkatkan majoriti kemenangan lebih dua kali ganda, undi diraih Mansor menampakkan kemerosotan sebanyak 1,294 berbanding pilihan raya lalu. Ia dikaitkan dengan berbagai kemungkinan. Faktor paling menyerlah ialah kemerosotan jumlah pemilih yang keluar mengundi.

Hanya 7,100 daripada 15,384 pemilih berdaftar keluar melaksanakan tanggungjawab mereka, Ahad lalu. Jumlah itu membentuk hanya 46.15 peratus dan merekodkan peratusan mengundi terendah dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Semua pihak boleh bersetuju bahawa faktor utama kemerosotan sebegitu ketara adalah kesan langsung ketiadaan BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mensasarkan tidak kurang 70 peratus pemilih akan keluar mengundi. Pihaknya juga telah membuat kempen menggalakkan orang ramai keluar mengundi.

"Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian awal, ia (peratus keluar mengundi rendah) berpunca daripada keputusan Barisan Nasional tidak bertanding," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Pendirian BN tak tetap

BN mengambil pendirian memboikot pilihan raya kecil tersebut. Alasan diberikan adalah pelbagai, dari dalih ekonomi, kemasyarakatan hinggalah kepada hujah politik. Sementara pelbagai pihak mempertikaikan segala hujah dan dalih BN itu, pendiriannya untuk tidak bertanding tetap dihormati.

Masalah timbul apabila BN bukan sekadar tidak ikut bertanding. Ia menggunakan segala ruang dan peluang dimilikinya untuk memberikan gambaran sangat negatif terhadap pilihan raya kecil di Penanti. Seluruh saluran media dan alat propaganda BN dimanipulasi secukupnya bagi mewajarkan tindakan BN memulaukan pilihan raya berkenaan.

Persepsi umum cuba dibentuk bahawa ia suatu pembaziran masa, tenaga dan wang rakyat. Malah ia turut digambarkan sebagai suatu mainan politik pembangkang yang memuakkan rakyat.

Sebab itu sejak awal pilihan raya tersebut bermula sudah ada pemerhati dan penganalisis politik meramalkan peratusan keluar mengundi yang rendah. Kebanyakan mereka mengaitkannya dengan sentimen kepartian yang dimiliki para pengundi BN.

Apa pun sikap dan pendirian diambil para pengundi terbabit, ia adalah hak peribadi mereka yang perlu dihormati. Bagaimana pun, apabila ia dikaitkan dengan gesaan dan nasihat berterusan para pemimpin BN agar pemulauan parti itu membuahkan kejayaan, maka tidak dapat tidak perlu diakui bahawa parti itu turut ada saham di atas kemerosotan peratusan keluar mengundi di Penanti.

Hasut pengundi

Apatah lagi media turut menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang secara terbuka menasihatkan pengundi di Penanti agar tidak keluar mengundi.

Akhbar harian pada Khamis (28 Mei) memetik Khairy yang menganggap pilihan raya itu sebagai memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini. Sepertimana para pemimpin BN lain, beliau turut menyandarkan hujahnya atas wewenangan Mohamad Fairus mengosongkan kerusi Penanti.

Saranan itu mendapat reaksi hangat pelbagai pihak. PAS menyifatkan kenyataan itu satu cubaan menghasut pengundi dan meminta SPR mengambil tindakan terhadap Khairy.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula menganggap kenyataan itu tidak bertanggungjawab dan berniat menghalang proses pilihan raya. Beberapa ahli akademik turut mempertikaikan kewajaran kenyataan itu.

Halang bersuara

Dalam reaksinya, Khairy tidak menafikan kenyataannya itu. Sebaliknya beliau menganggap usaha membantah saranannya itu sebagai menghalang hak beliau bersuara. Apatah lagi seruan beliau itu memang bertepatan dengan pendirian BN dan sikap ditunjukkan segenap media kroninya.

Justeru, apabila peratusan keluar mengundi di Penanti benar-benar menjunam ke bawah 50 peratus, semua pihak menuding jari ke arah BN sebagai faktor utamanya.

Amat melucukan, hakikat itu cuba dinafikan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau sebaliknya menegaskan sebarang cubaan mengaitkan peratusan keluar mengundi yang rendah itu dengan BN hanyalah 'gimik' kempen pembangkang.

Apa pun, penafian Muhyiddin itu memberikan dua pengertian. Sama ada beliau memang tidak ambil tahu perbahasan hangat di media berhubung kenyataan Khairy yang menghasut pengundi itu, atau beliau tidak mengiktiraf Khairy sebagai salah seorang pemimpin utama dalam BN. -harakahdaily

Zambry Perlu Sedar Beliau Tak Direstui Rakyat Perak Sebagai MB

Menteri Besar Rayuan, Dr Zambry Abd Kadir kesal kerana ada pihak yang menanam benih kebencian dan permusuhan dalam hati penduduk kampung yang menghalau beliau keluar daripada tanahnya semasa beliau dan rombongan berkunjung ke Batu 8, Lekir, Manjung untuk melihat dan menziarah mangsa angin puting beliung dua hari lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan penduduk kampung yang menghalau beliau tetapi meletakkan kesalahan ke atas bahu pihak yang menanam perasaan benci dan permusuhan itu.

"Inilah hasilnya bila benih kebencian dan permusuhan ditanam, maka buah dipetik adalah buah kebencian dan permusuhan. Saya tidak salahkan dia, tapi saya salahkan orang yang menanam benih itu.

"Penghasut itu mungkin sudah tidak ada di kampung lagi. Dia mungkin datang sekali sekala untuk memberi "baja" ceramah kebencian," tulis beliau dalam blognya hari ini.

Dr Zambry juga merungut kerana seringkali tangan yang dihulurkan untuk bersalam dengan rakyat Perak tidak disambut dan mengaku perkara tersebut telah berlaku berkali-kali sejak beliau memegang jawatan Menteri Besar.

"Jarang anda saksikan orang dan penyokong Barisan Nasional enggan bersalam apabila tangan dihulur. Tetapi saya mengalaminya sendiri sudah berkali-kali.

"Saya tetap pergi jua kepada mereka kerana saya tahu mereka tidak bersalah dan mereka hanya terpengaruh dengan ceramah-ceramah politik yang mengapi-apikan kebencian. Akhirnya yang lahir adalah generasi pembenci," kata Dr Zambry lagi.

Peristiwa kena halau daripada melawat mangsa tragedi alam benar-benar telah melukai hati Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor itu.

Beliau juga mengambil kesempatan dalam blognya untuk menyatakan kekesalannya terhadap penulisan dalam sesetengah blog dan akhbar yang dakwa beliau bersifat "manipulatif" sehingga menyebabkan "hilang rasa mahabbah (kasih sayang sesama umat).

"Saya tidak dapat bayangkan bagaimana akhbar yang menjadi lidah rasmi sebuah parti yang berteraskan perjuangan Islam tidak rasa berdosa dan bersalah menulis sesuatu yang penuh dengan kebencian sehingga melahirkan generasi pembenci yang sangat parah buat ummat Islam sendiri.

"Demikian juga dengan portal-portal berita yang dikeluarkan selain dari blog-blog yang menulis penuh manipulatif sehingga hilangnya rasa "mahabbah" (kasih-sayang sesama umat)," tulis bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu lagi.

Dr Zambry juga berkata antara perkara yang paling dibencinya ialah "bila agama menjadi sandaran untuk seseorang menabur fitnah dan menabur maki hamun yang tidak langsung ada batas-batas keagamaan".

Mungkin ramai yang berasa simpati terhadap nasib yang menimpa Dr Zambry yang baru empat bulan memegang jawatan Menteri Besar Perak.

Sebagai manusia akhlak dan pekerti yang mulia sememangnya menjadi asas kepada keperibadian seseorang.

Dalam insiden di mana beliau dihalau oleh penduduk kampung persoalan yang wajar ditanya beliau bukanlah siapa yang menyebabkan perasaan benci dan permusuhan itu wujud dalam masyarakat tetapi MENGAPA keadaan itu berlaku.

Rasanya sebagai Menteri Besar daripada Umno dan Barisan Nasional Dr Zambry tidak mempunyai masalah untuk menjawab persoalan ini.

Walau bagaimanapun elok diperturunkan beberapa rentetan peristiwa besar yang berlaku dalam senario politik Perak sejak beliau dilantik ke jawatan itu.

Pertama, beliau sudah tentu akur dan menerima hakikat bahawa rakyat Perak telah menjulang Pakatan Rakyat sebagai kerajaan pilihan mereka pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

Mereka telah memberi 54 peratus daripada jumlah undi kepada wakil-wakil Pakatan Rakyat yang bertanding dan dengan itu gagasan itulah yang mereka pilih untuk memimpin rakyat dan pentadbiran negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

Dr Zambry juga semestinya akur rakyat Perak terkejut, terperanjat dan tersentak apabila bangun daripada tidur pada 5 Februari 2009 mereka diberitahu bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mereka pilih dan sokong tidak lagi wujud.

Sebaliknya kerajaan negeri Pakatan Rakyat diganti oleh kerajaan negeri Barisan Nasional da Dr Zambry sendiri telah dilantik ke jawatan tersebut pada 6 Februari 2009 bagi menggantikan Mohammad Nizar Jamaluddin.

Perasaan berkecamuk dalam sanubari rakyat Perak diparahkan lagi apabila mereka mengetahui bahawa tumbangnya kerajaan negeri pilihan mereka adalah hasil "tangan-tangan ghaib" Umno dan BN yang "menculik", "mengugut" dan "membeli" sokongan tiga ADUN Pakatan Rakyat.

Tidak mungkin rakyat Perak yang matang dalam perkiraaan politik dan berfikiran waras boleh menerima apa yang telah dilakukan oleh Umno dan BN.

Malah dalam amalan demokrasi di mana-mana negara didunia sekali pun budaya "mencuri" dan "membeli" wakil rakyat untuk menumbangkan kerajaan pihak lawan amat dipandang tidak demokratik malah dikeji.

Rakyat Perak marah dengan Umno dan BN kerana telah melakukan apa yang dilihat sebagai satu bentuk manipulasi politik yang keji dan hina serta berlandaskan politik kedurjanaan dan murahan.

Rentetan peristiwa yang berlaku selepas itu hanyalah cerminan daripada "kebencian" dan "permusuhan" hasil daripada kerjatangan Umno dan BN sendiri.

Kekecohan sidang DUN 7 Mei lalu yang menyaksikan Speaker V. Sivakumar diheret dan dikurung oleh individu-individu yang tidak dikenali yang telah menceroboh Dewan juga membuktikan kepada rakyat Perak kemampuan Umno dan BN untuk

melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa sehingga sanggup membelakangkan segala peraturan dan kedaulatan undang-undang.

Penyokong Pakatan Rakyat yang berpakaian serba hitam bagi mengabungi kematian demokrasi dan mengingati 1GelitaMalaysia ditangkap dan disumbat dalam lokap malah solat hajat pun diharamkan.

Terpahat dalam memori rakyat Perak peristiwa "sidang bawah pokok" 3 March lalu di mana Speaker dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dihalang oleh polis atas arahan Umno dan BN memasuki DUN untuk bersidang secara terhormat dan bertamadun tetapi terpaksa bermesyuarat di bawah pokok sena.

Rakyat juga melihat dengan penuh keinsafan bagaimana kuasa polis disalahgunakan oleh Umno dan BN untuk mengugut dan menangkap wakil-wakil rakyat serta penyokong Pakatan Rakyat apabila mereka menyuarakan bantahan terhadap kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku.

Rakyat juga melihat sikap dwi standar yang diamalkan Umno dan BN dalam perlaksanaan undang-undang.

Majlis makan malam anjuran Pakatan Rakyat diceroboh dan penyokong ditangkap hanya kerana menayankan video perihal kekecohan sidang DUN Perak.

Namun apabila Umno dan BN mencetak 50,000 cakera padat yang menceritakan versi mereka berhubung sidang DUN 7 Mei dan menayangkan kepada umum tidak ada polis yang menceroboh majlis atau sesiapa pun ditangkap.

Ceramah dan perhimpunan Pakatan Rakyat diawasi dengan puluhan anggota polis dan unit simpanan persekutuan (FRU) yang lengkap bersenjata serta puluhan lagi anggota cawangan khas yang memantau setiap kata-kata yang diluahkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Kempen puasa sunat dan mogok yang dilancarkan minggu lalu juga tidak lepas daripada tekanan dan kedajalan polis - khemah diarah dibuka, perhimpunan disuraikan, belasan ADUN serta penyokong ditangkap.

Sudah tentu Dr Zambry ingat semua peristiwa yang telah berlaku ini kerana beliau secara langsung dikaitkan dengan semua peristiwa itu.

Rakyat tidak lagi bodoh dan redha untuk diperbodohkan.

Lagi cepat Dr Zambry sedar akan hakikat ini lagi pantas beliau akan memahami mengapa salamnya tidak disambut dan mengapa insiden di Batu 8, Lekir, Manjung berlaku kepada seorang Menteri Besar. -TVA


ADUN UMNO BN Trg Berbalah, DUN Bakal Dibubarkan

Kemelut BN Terengganu memang jelas belum selesai, pertemuan semua 23 Ahli DUN Umno Terengganu serta 8 orang ketua Bahagian dengan ketua perhubungan yang baru Hisham, sememangnya belum dapat mengungkai kekusutan tersebut.

Sepertimana yang ditulis dalam posting sebelum ini, bagi puak Mat Said penyelesaian kekalutan ini ialah dengan puak 18 ini memberi sokongan kepada Ahmad Said dan sebaliknya bagi geng 18 pula penyelesaian yang diminta ialah dengan mengugurkan Mat Said dari kerusi MB Terengganu.

Walaupun selepas pertemuan dengan Ketua Perhungan Hisham nampak sedikit tenang, namun hakikat nya " Dalam tenangku gelisah"serang menyerang terus terusan berlaku. Cuma ianya serang menyerang antara dua puak ini tidak didedahkan kepada media arus perdana atas arahan orang-orang atasan.

Seawal krisis ini tercetus, Ahmad Said dengan lantang menegaskan atau lebih tepat sekali mengugut bahawa beliau akan membubarkan Dun Terengganu sekiranya ada usaha untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap beliau.Kini perkhabaran tentang usul undi tidak percaya terus dihangatkan semula oleh Geng 18, selepas pertemuan dengan Hisham belum nampak ada tanda-tanda untuk memecat Ahmad Said. 31 mei semalam adalah tarikh yang dikatakan Ahmad Said akan dilucutkan jawatan MB.Geng 18 menanti dengan penuh semangat dan penuh debaran.Mengikut sumber media internet, seoramg wakil rakyat Geng 18 memberi tarikh tersebut dan sekiranya tindakan memecat Ahmad Said tidak berlaku, satu tindakan akan diambil untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita geng 18 tersebut.

Ahmad Said sendiri dilihat semakin terpencil, sekiranya benar 18 dari 23 Adun Umno telah menolak beliau bermakna cuma ada 3 orang sahaja lagi termasuk Ahmad yang masih menyokongnya.Ini juga menunjukkan 8 dari 10 exco juga telah menolak Ahmad.Ahmad semakin terhakis, orang kuat beliau seperti Zuber Embong, Tengku Putera, Roslan Awang Chik, Rosli Mat Hasan serta Rahman Bakar dilihat tidak mampu lagi memberi kekuatan kepada beliau.

Kalau lah Ahmad Said seorang yang tegas, [ selalunya beliau terkenal dengan sifat keras Keng dan tidak mudah tunduk kepada orang menentang beliau] beliau mesti membuktikan bahawa tidak bercakap kosong, sebelum sidang Dun Terengganu pada ogos 2009 ini, Dun Terengganu mestilah dibubar.Perancangan serta kesepakatn sedang diatur oleh Geng 18 untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap beliau.Kecuali Ahmad masih yakin dengan "Politik Kambing" iaitu dimana beliau mengharapkan agar kesemua 8 Adun PAS tidak akan menyokong usul tersebut.Andainya "politik Kambing" tersebut boleh dimanafaatkan dalam usul tersebut, Ahmad perlu sedar bahawa beliau belum selamat.Ini kerana hanya 3 umno bersama beliau kalau di campur dengan 8 baru berjumlah 11 dan jauh lagi untuk mengatasi Geng 18 yang dilihat semakin teguh.

Ahmad mesti mengambil langkah selamat, pembubaran Dun Terengganu dilihat langkah terbaik yang mesti diambil.

Ahmad perlu memastikan cakap-cakap dan pandangan beliau selaku timbalan ketua perhubungan diterima oleh Hisham selaku Ketua Perhubungan. Ahmad mesti merancang dari sekarang untuk memastikan beliau dapat mengadap Istana untuk mendapat perkenan pembubaran Dun.Ahmad mesti memastikan dalam pilihanraya Dun Terengganu nanti hanya orang-orang beliau yang dicalonkan, Ahmad kena kenalpasti sekarang, barulah selepas itu beliau akan dapat mengangkat sumpah dan seterusnya menjadi MB dengan selamat.

Bersedialah wahai pengundi Terengganu untuk berhadapan dengan Pilihanraya umum Negeri.

Pendokong PAS dan Pakatan Rakyat mesti bersiapsiaga untuk menghadapi kemungkinan ini. -penawarrinduku

Menghadapi Tantangan UMNO BN, Kelab penyokong PAS Perlu Diperkasakan Segera

Parti Islam SeMalaysia sedia menerima Kelab Penyokong PAS sebagai sayap parti memandangkan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pelbagai kaum terutama Cina dan India, demikian lapor harakahdaily.

Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sepatutnya kelab Penyokong PAS itu sudah lama dijadikan sayap parti.

“Saya kata terlewat, patut lama jadi Dewan. Umno selalu ganggu akhir sekali atas kesedaran rakyat Umno telah digulingkan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional 2009, di Dewan Majlis Daerah Klang.

Program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat itu dihadiri lebih 600 anggota Kelab Penyokong PAS.Turut hadir pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional bagi kaum Cina, Vincent Lee dan pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional bagi kaum India, N.Balasubramaniam.

Beliau bersyukur kerana diberi peluang merasmikan Konvensyen itu menambah, Kelab Penyokong PAS bukan kelab Penyokong Melayu.

Katanya, PAS telah wujud pada tahun 1951 dan rakyat Malaysia melihat bagaimana PAS mengendalikan negeri Kelantan tanpa mengira bangsa dan agama.

Misalnya tambah beliau, kerajaan Kelantan tanpa mengira bangsa dan agama telah memberi bantuan kepada pelajar cemerlang sebanyak RM500 tanpa mengira bangsa dan agama.

“Melayu, Cina, India, Siam, Umno semua diberi kerana Islam mengajar kita supaya baik kepada semua manusia,” jelasnya.

Beliau berkata, oleh kerana manusia dijadikan Allah maka sebagai orang Islam perlu mengendalikan manusia tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.

Hasil daripada pentadbiran kerajaan Kelantan yang adil terhadap semua bangsa maka mereka terbuka pintu hati untuk menyokong Islam, tegasnya. Image

Dalam sidang media yang sama, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa menjelaskan satu jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan bagi melihat aspek yang memungkinkan kelab itu diserap sebagai sayap parti dalam tempoh setahun.

Beliau berkata, memandangkan ia melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan parti satu muktamar khas akan diadakan manakala Majlis Syura secara asasnya tiada masalah.

Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar telah diamanahkan menjadi Pengerusi Kelab Penyokong selama lima tahun dan telah berjaya mengumpulkan ahli Kelab seramai 20,000 orang.



Manohara Lari Ibu Menanti!! UMNO BN Lari…. Manik Urai Menanti!!!

Satu lagi episod yang memalukan Satu Malaysia di seantero dunia. Kalau dulu ceriter dan kisah pembunuhan kejam wanita warga Monggolia, mengejutkan kita dan juga satu dunia…… .kini kita digemparkan sekali lagi dengan kisah Manohara pula…. Kedua-dua nyer, datang ke Malaysia Boleh the Wonderland berbekalkan harapan yang tinggi mengunung. Seorang datang untuk menuntut janji manakala seorang lagi mengejar mimpi indah sebagai sang puteri…. Malang nyer, seorang mati dan seorang lagi…. dizalimi dan sekarang sudah cabut lari….

Apabila kisah Manohara mula didedahkan….. akhbar-akhbar di Malaysia cuba memutarbelitkan fakta sebenar dengan menggunakan gambar-gambar Manohara dan putera raja tersebut….. Wah… bukan main romantis sekali pasangan ini….. Begitu lah yang digambarkan oleh media-media arus perdana hingga ramai terpedaya dan mula menuduh sang ibu cuba mendapat publisiti murahan dengan mengada-adakan ceriter yang tak der….. Sekarang….. terbukti gambar-gambar tersebut….. indah khabar dari ruper!!! Manohara sendiri telah bersuara…..

Tuduhan demi tuduhan dibuat oleh ibu Manohara tetapi pihak berkuasa Malaysia hanya menberi respond yang hambar…. penafian yang tak masuk akal, malah kebanyakan masa nyer buat nohen jer!!! Eiya…. buat malu kompeni ajer!!! Satu dunia ngeleng kepala melihat tindakan kerajaan kita…. Manohara, tinggal di Malaysia, tetapi terpaksa minta pertolongan daripada polis serta kedutaan lain di negara jiran…. Mengapa dia berbuat demikian…???

Apakah kerana kerajaan dan intrumen nyer tidak boleh diharapkan…… kerana merka dilihat hanya akan bertindak segera sekira nyer ia melibatkan golongan elitis??? Mereka memang dilihat hanya akan menjaga kepentingan golongan elitis sahaja….. Rakyat marhaen, persetankan!!!! Oh…. begitu ada nyer….. sebab itu Satu Malaysia malu dengan dunia luar…… melihatkan telatah pemimpin negara dan instrumen mereka….. 2 X 5 jer!!! Chit….. bikin malu sajer…… !!!

Mungkin Allah nak tunjuk kut… sebab itu ler agak nyer, semua ini berlaku di negara Malaysia Boleh di bawah pemerintahan tok ketua nyer, Piem Najib….. Apabila naik tanpa restu rakyat, tanpa berkat…… mungkin ini ler musibah nyer…… Kedurjanaan pemimpin dibalas dengan musibah demi musibah dari Allah…… wallahu’alam.

Bercakap pasal musibah Allah dan Najib….. mari kita perhatikan, musibah-musibah yang menimpa pemerintahan nyer… Dalam 6 pilihan raya kecil yang telah diadakan di seluruh Malaysia….., 2 PRK iaitu Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, di bawah kawal selia Najib selaku pengarah plihan raya nyer….. manakala 4 lagi, semasa dia menjadi PM. Malang bagi nyer…… . daripada 6 PRK itu, UBN hanya menang 1 iaitu di Batang Ai. Lagi 5 PRK, yang kesemua nyer di Semenanjung Malaysia….. UBN kalah dengan majoriti yang menurun. Aduh….. pedih nyer untuk diterima. Tapi…. UBN biasa ler….. poyo dan control macho… pada hal gelisah giler….!!!

Namun demikian, UBN masih lagi berkeadaan dalam penafian, yang konon nyer, mereka masih memenangi hati rakyat….. masih lagi diterima oleh rakyat… Tapi, dalam pilihan raya kecil yang baru lepas iaitu N12 Penanti, UBN bertindak angkat kaki dari pertandingan. Sebab apa???? Takut dan phobia untuk kalah lagi…. dan itu akan menjadi bukti jelas yang mereka dalam proses sedang ditolak oleh rakyat dan kemungkinan besar, dalam PRU 13 nanti, mereka takut, terpaksa pulak mengosongkan Putrajaya. Lutut jadi jeli weh…… !!!

Hari ini dalam berita-berita di media eletronik arus perdana…… . bukan main lagi para pemimpin UBN membuat kenyataan, memperkecil kemenangan PKR/Pakatan Rakyat di Penanti. Antara alasan-alasan tengin yang pemimpin itu dan ini berikan ialah….. Penanti tak boleh dijadikan kayu ukur penolakan rakyat terhadap UBN dan Najib ….. kerana peratusan keluar mengundi tak memberangsangkan ler…… majoriti merosot ler…… rakyat tak keluar mengundi sebab protest pada permainan politik PKR ler…… . dan macam-macam ‘ler’ lagi ler……

Dalam kajian psikologi dan ilmu kaunselling ler…… orang yang suka bagi pelbagai alasan dungu- bingai bagi menutup kelemahan diri sendiri….. seperti UBN ni, there must be something wrong with orang tu…..!!!!! Jiwa dan emosi yang ruper tu….. menunujukkan seseorang itu terganggu dan berada dalam keadaaan yang amat kronik. Kita pendekkan ceriter…… dah nak jadi GILER!!!!! Dalam konteks UBN….. GILER KUASA!!! GILER TAKUT HILANG KUASA!!!!

Lepas Penanti….. tup-tup datang pulak satu musibah lagi!!! Kalau di Penanti, Najib kata itu permainan politik PKR….. Aha, yang ni pulak apa??? Apakah PRK Manik Urai juga permainan politik??? Permainan politik PAS???? Ha… ha…. ha…. ha…. ha….!!!!! Kalau itu UBN kata, orang akan ketawa. Memang sah udah giler!!!! So…. apakah UBN akan kata Manik Urai permainan politik Allah??? Itu….. lagi giler!!!! Entah ler….. tapi pada teman mungkin juga…… sebab musibah datang dari Allah. Mungkin Allah nak menguji mereka dan nak bagi kita lihat…. siapa pulak yang nak UBN persalahkan dengan PRK di Manik Urai???? Allah???? PAS??? Atau siapa????

Ambik ko sebijik UBN….. tercekik dengan kata-kata sendiri dan Allah tunjukkan dengan kadar yang segera pulak tu!!!! Eleh….. susah-susah….. tak yah bertanding. Bagi chance bebas bertanding atau bagi jer walk-over pada PAS…… abis ceriter!!! Boleh bikin itu macam????

UBN…..UBN….. Takut dan lari dari PRK Penanti tetapi ketentuan Allah…… . Manik Urai pulak menanti!!! Belum apa-apa, sudah kedengaran ura-ura ramai dalam kalangan UBN Kelantan, sudah berkira-kira untuk mencuba nasib mereka bagi menduduki kerusi DUN Manik Urai. Ai….. tak takut ke?? UBN pulak dengan tak semena-mena udah kebah dari demam phobia mereka. Eleh…. demam masih ada, cuma kebah sikit jer tu….!!Bagus ler tu….. Bangun dan bertanding. Harap-harap biar jatuh dan terkubur terus, hendak nyer…… … amin. -perakexpress

Najib Altantuya Kandas Dalam KPI

Sebaik saja dilantik menjadi Perdana Menteri (PM), antara langkah awal Najib ialah memperkenalkan Key Performance Indicators (KPI) untuk semua menteri kabinetnya. Dengan itu semua menteri perlu menyediakan KPI masing-masing dan mengemukakan laporan prestasi masing-masing kepada Perdana Menteri dalam tempoh yang ditetapkan.

Jika menteri-menteri perlu mengemukakan KPI masing-masing kepada Najib, ramai yang bertanya bagaimana pula dengan KPI Najib sendiri? Bagi saya KPI Najib boleh diukur antaranya menerusi keputusan-keputusan pilihanraya kecil selepas beliau menjadi PM. Satu lagi pengukuran KPI ialah menerusi kajian pendapat umum.

Dan hari ini, Merdeka Centre menerbitkan keputusan tinjauan pendapat umum mengenai prestasi Najib berdasarkan tinjauan rambang terhadap 1,067 pengundi berdaftar Semenanjung Malaysia. Yang mengejutkan hanya 45 peratus pengundi sahaja yang berpuas hati dengan prestasi Najib. Nampaknya penilaian orang ramai terhadap Najib sungguh buruk!

Sokongan terbesar terhadap Najib datang dari masyarakat India di mana 64 peratus puas hati dengan prestasi Najib, Melayu pula 53 peratus manakala hanya 24 peratus pengundi Cina menyatakan puas hati dengan prestasi Najib.

Saya kasihan sungguh dengan Najib, kasihan sungguh! Ketika PM-PM lain sebelumnya mendapat sokongan melonjak dari rakyat di awal pemerintahan mereka, termasuk Pak Lah yang digelar lembik itu, sebaliknya tidak sampai separuh dari pengundi Semenanjung Malaysia yang yakin dengan Najib. Mungkin ada yang mempertikaikan kewibawaan tinjauan pendapat umum yang dikendalikan Merdeka Centre, tapi jika dilihat hasil keputusan 6 pilihanraya kecil sebelum ini, pengundi telah memberi jawapan jelas, ya, sangat jelas - mereka menolak Najib apabila BN yang dipimpin Najib cuma menang 4 daripada 5 kerusi yang dipertandingkan. Jadi apabila tinjauan pendapat umum yang dibuat oleh Merdeka Centre dipertikaikan, ia seolah-olah seperti juga tidak mengiktiraf keputusan hampir kesemua pilihanraya kecil yang tidak menyebelahi BN dan Najib.

Cuma apabila kelihatan 45% daripada rakyat tidak menyebelahi Najib, apa yang Najib sebagai PM patut buat? Meletak jawatan tentu tidak kerana pemimpin Malaysia seperti kebanyakan pemimpin negara dunia ketiga di Afrika sangat tamak dan rakus dengan kuasa yang ada pada mereka dan tidak mungkin secara sukarela menyerahkan kuasa kepada orang lain. Membaiki prestasi dengan cuba memahami denyut nadi rakyat, contohnya isu politik Perak, adalah juga tidak mungkin, kerana denyut nadi rakyat itu sendiri rentaknya tidak sama dengan BN. Jadi pilihan tunggal yang ada dengaan Najib ialah dengan buat-buat bodoh dan terus kekal sebagai PM dengan dasar pemerintahan yang masih tidak berubah. Itulah pilihan tunggal yang terbaik untuknya, untuk menteri-menterinya dan untuk isterinya yang semakin gempal itu! -pendikargunungkriang


Erdogan Dalam PAS Akan Kalahkan UMNO BN

Erdogan (PM Turki) berjaya memalukan PM Israel, kalau ada Erdogan dalam PAS, saya berasa gembira kerana Erdogan ini boleh memalukan golongan sekular dan mengalahkan Umno/BN,” Kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tok Guru berkata demikian Selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bazar Tok Guru bernilai RM50 juta di Bekas Tapak Balai Polis IPD Kota Bharu hari ini.

Mengenai Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai, Mursyidul Am PAS berkata, kedua-dua ciri (Ulamak dan Profesional) itu penting bagi PAS meneruskan kesinambungan wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Ismail Yaacob yang diterima rakyat kawasan berkenaan.

“Ia sebagai kriteria penting untuk kami memilih calon PAS di Manik Urai dan pemimpin itu perlu ada imej ulama dan profesional,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bazar Tok Guru di sini, hari ini.

Kompleks perniagaan dinamakan Madinatur Raudhah itu merangkumi rumah kedai, rumah pangsa dan hotel bertaraf lima bintang itu dilaksanakan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan kerjasama Syarikat Sensatimur Sdn Bhd dan dijangka siap sepenuhnya dua tahun lagi.

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Ariffahmi Ab Rahman.