5 Jun 2015

[KEPUTUSAN TERKINI] Kepimpinan PAS Dikuasai Sepenuhnya Oleh Tim Ulama


Hadi menang, Mat Sabu tewas

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mempertahankan jawatan presiden PAS bagi penggal 2015-2017.

Hadi memperolehi 928 undi untuk menewaskan pencabarnya, Ahmad Awang yang mendapat 233 undi.

Bagaimanapun, Mohamad Sabu gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden.

Beliau ditewaskan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat 881 undi.

Mohamad hanya mendapat mendapat 279 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi.

Sebaik sahaja nama Hadi diumumkan, kira-kira seratus penyokong, pemerhati dan perwakilan melaungkan takbir.

Sebanyak 1,162 kertas undi dikeluarkan dan bilangan kertas undi yang berada dalam peti undi sebanyak 1,161.

Sebanyak satu kertas undi tidak dikembalikan dan tiada undi rosak.

Keputusan itu menunjukkan kira-kira 70 peratus perwakilan mengundi mengekalkan Hadi sebagai presiden parti, dan memilih Tuan Ibrahim sebagai timbalan Hadi.

Keputusan bagi jawatan lain belum diumumkan.

Kemenangan itu amat bermakna kerana ini kejayaan sulung Hadi di peti undi setelah mengambil alih kerusi itu daripada allahyarham Datuk Fadzil Noor pada 2002.

Dalam 13 tahun menjadi presiden, Hadi tidak pernah dicabar sehinggalah Ahmad, bekas naib presiden dan presiden 17 tahun Persatuan Ulama Malaysia (PUM), tampil memecahkan tradisi itu tahun ini.

Hadi juga mungkin mencipta rekod sebagai presiden PAS paling lama dalam sejarahnya apabila dipilih berkhidmat untuk dua tahun lagi.

Sebelum ini, daripada lapan presiden PAS, belum ada yang berkhidmat melebihi 13 tahun.

Kemenangan Hadi itu dilihat bakal memberi kesan besar kepada hala tuju PAS ketika komitmen beliau kepada Pakatan Rakyat mula dipertikai.

DAP sendiri sebelum ini memutuskan hubungan dengan Hadi.

Antara isu yang sentiasa menjadi duri dalam daging hubungan parti Islam dan DAP, sebuah parti sekular, tentunya berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan.

DAP sudah beberapa kali menyatakan kebimbangan riwayat Pakatan mungkin berakhir minggu ini, dipercayai merujuk kepada keputusan hari ini yang sudah dijangkakan oleh penganalisis lebih awal.

KEPUTUSAN TERKINI


Presiden
Haji Abdul Hadi Awang 928
Haji Ahmad Awang 233

Timbalan Presiden
Mohamad Sabu 278
Tuan Ibrahim Tuan Man 881

Naib Presiden
Idris Ahmad 942
Iskandar Samad 801
Mohd Amar Abdullah 778
Salehuddin Ayub 320
Dato Mahfuz Omar 285
Husam Musa 267

AJK PAS Pusat 2015-2017

1- Nasruddin Hassan Tantawi 782
2- Dr Riduan Mohd Nor 782
3- Nasarudin Daud 777
4- Salehan Mukhyi 763
5- Nik Zawawi Saleh 749
6- Dr Khairudin Aman Razali 736
7- Dr Fadhli Hassan 722
8- Abdullah Husin 679
9- Razman Zakaria 674
10- Dr Zuhdi Marzuki 670
11- Mokhtar Senik 656
12- Zaharuddin Mohamad 611
13- Ali Akhbar Gulasan 596
14- Mazlan Aliman 593
15- Dr Rosni Adam 590
16- Mohd Nor Mohammad 566
17- Sanusi Md Nor 560
18- Norazli Musa 544




ULASAN GB

Nampaknya PAS sudah tidak memerlukan "khidmat" para profesyenal lagi. Malah jasa para profesyenal selama ini lansung tidak dihargai dan diktirafkan oleh para perwakilan PAS. Yang penting Haji Hadi dipertahankan.

PAS kini hanya untuk ulamak. Senarai yang menang pun adalah terdiri dari CAI yang dipamerkan oleh Dewan Ulama di dalam facebooknya sebelum ini. Budaya CAI menjadikan pemiilihan perwakilan dibuat tidak berdasarkan kebolehan tetapi berdasarkan senarai blok yang ditetapkan oleh Dewan Ulama sendiri.

GB lansung tidak gusar atau susah hati kerana GB berpegang kepada hukum kebenaran dan keadilan dan hukum itu akan terus berjalan. Yang menang belum tentu benar dan yang kalah belum tentu batil.

66 ulasan:

Unknown berkata...

sian puak2 mung terutama mung sendri..xpe..kekalahan tu xbermakna pun bg mung..selagi hidup,nyawa ade di badan bleh lg nk wat onar dlm keluarga org...ada lg 2 tahun,tgula..cocok jarum lg,wat artikel lg...kalo dah rs cara mu betol,niat mu betol...usaha lg sapa berjaya..katakan Allah wi peluang mu menang dgn cara mu dlm 5 taun lg ke atau lebih cepat..mu syukur la byk ckp Alhamdulillah...atau ketawa berdekah-dekah..lps tu mu rs la puas ati...bleh simpan utk akhirat..arap approve komen ni utk semangat puak2 mung jgk...

Tanpa Nama berkata...

Maka ketawa terkekeh kekehlah najib dan gerombolan umno..

Hajat pecah belahkan PR tercapai!

Perwakilan PAS dah serupa umno..
budaya samseng fitnah dan mengeboo
mengatasi kewarasan..

Persetankan aspirasi rakyat..yang penting napsu napsi dipertahankan..

Yang hairan..masih ada hati nak kukuhkan pakatan..sedang musuh didekati..rakan dimusuhi..

MUKTAMAD..golongan profesional tiada tempat lagi dalam PAS..

Ayuh PASMA..!Harapan rakyat kini kepada anda..

BIARKAN perwakilan PAS yang syok sendiri .
PRU 14..segalanya akan terjawab juga..

Menang sorak...kampung tergadai..

Tanpa Nama berkata...

pimpinan baru ini dan perwakilan yg memilih mereka adalah umpama pak kaduk..lambat laun mereka akan besekongkol dgn parti perasuah dan pengkhianat bangsa..mereka amat memalukan islam dimata org bukan islam.

mat yeh berkata...

Banyak tanda tanya yang akan menyusuri PAS selepas pemilihan ini.
Suara perwakilan dalam PAS telah besuara dan suara ini mesti dihormati. Suara ini juga melambangkan kehendak majoriti ahli PAS.
Dimana yang kalah?
Pemilihan kali ini tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana pemilihan sebelum. Pemilihan kali ini bukan lagi suatu pemilihan dalam satu keluarga. Bahkan tidak sama dengan pemilihan 86 dalam UMNO yang melibat team A dengan team B.
Tajuk pemilihan dalam PAS kali ini melibatkan gerakan perkhianatan dalam PAS. Satu pihak dituduh ingin menjual parti kepada musuh (UMNO) dan dipihak lain dituduh menjadi ejen DAP, menentang hudud dan berakidah liberal.
Kebetulan kedua pihak ini melibatkan pro Ulamak dan pro Profesional. Oleh kerana undi dibuat berdasarkan blok, hanya kemenangan pada satu pihak dan kalah pada pihak kedua.
Keputusan perwakilan sebulat suara mengatakan pihak yang kalah merupakan ejen DAP, menentang hudud dan berakidah liberal. Walaupun tidak dikatakan secara jelas oleh perwakilan, namun inilah maksud yang tersirat.
Pihak yang kalah terpaksa menerima hakikat ini, walaupun mereka bertepik mengatakan kami ikhlas berjuang dengan PAS.
Selepas pemilihan ini mereka hanya ada dua jalan yang terpaksa mereka tempuhi. Walaupun pahit dan sebak, sesungguhnya air mata dan kenangan lampau mereka bersama PAS terpaksa mereka kuburkan.

Pilihan pertama,
Mereka yang kalah akan terus kekal bersama PAS sebagai kera sumbang dan melukut ditepi gantang. Mereka akan sentiasa dipandang serong dan dijeling dengan hujung mata oleh anak muda pro yang menang. Namun mereka ada kemenangan peribadi, iaitu akan dikenang sebagai orang setia pada parti dan mati berkuburkan bendera bulan.

Pilihan kedua.
Keluar dari parti dengan titisan air mata kesedihan, sama ada keluar dengan merajuk dan membawa diri bertapa di gua, atau tetap meneruskan perjuangan sebagai seorang pahlawan.
Bagi meneruskan perjuangan mereka. mereka boleh memilih sama ada menubuhkan parti sebagai wadah, atau bergabung dengan parti-parti yang telah sedia ada.
PKR dan DAP akan mendepakan tangan untuk menyambut mereka. Namun kelihatan PKR yang yang berkemungkinan besar menyambut mereka. Kerana kemasukan mereka ke dalam PKR seolah-olah gergasi akan menyembelahi semut. Ini disebabkan mereka ini bukan sahaja sarat dengan pengalaman dan ketokohan, bahkan mempunyai sokongan dan peminat tersendiri diperingkat akar umbi.
Bahkan PKR tidak sedikit gentar dan kecut perut bila PAS menarik diri dari Pakatan Rakyat. PKR yang selama ini dilihat tandus dengan tokoh pimpinan akan lihat sebagai sebuah parti berterampilan. Anwar di penjara pun tersenyum sepanjang masa dan berulang kali sujud syukur.

Tanpa Nama berkata...

Profesional warga kelas dua dalam PAS, berbeza dengan zaman Nabi Muhammad di mana Abu Bakar dan Umar ialah profesional

Anti Fitnah berkata...

Tahniah kepada Geng Ulama yang menang. Ingat tanggung jawab tu BERAT. Jangan pulak dapat jawatan, lupa pulak menjalankan tanggung jawab bukan sahaja menegakkan Islam tapi keadilan sejagat.
Lepas ni, PAS boleh tidir lena seperti apa yang Najib kata di Sarawak. Kita pun nak hala tuju PAS selepas ni. Adakah PAS nak meneruskan agenda Islam dan keadilan atau PAS nak menegakkan agenda KEBANGSAAN MELAYU? Masa akan menjelaskan seperti kata-kata Zuhdi. Dia nak "tenyeh" orang bukan Islam kalau PAS berkuasa. Kita nak tengok adakah Malaysia akan AMAN SENTOSA dengan bukan Islam diperlakukan seperti kehendak Zuhdi and the geng. Atau selepas ni PAS akan parti kampung sahaja? Hanya Allah swt yang mengetahui. Kita merancang Allah swt pun merancang tambahan lagi manusia yang berkata, berlaung, berhujah, ... menggunakan Islam sebagai alsebabnya. Kita tunggu dan lihat. Adakah PAS akan terus berkembang menjadi KUAT atau sebaliknya? Malaysia Boleh.

Tanpa Nama berkata...

Agak2 la nk tunjuk pandai pun
Berpegang hukum kebenaran?
Kayu pengukur kau apa dia?
Orang lain tak tak selera spt kau, tak benar?
Kalau akhlak macam kau ni, andai ada kuasa pemerintahan pasti kau akan jadi zalim
Sebab tak boleh terima perbezaan pendapat
Ingat aku cakap, apa yg dah kau fitnah tuan guru dalam tulisan kau bersedia dgn jawapan depan Allah nanti

Tanpa Nama berkata...

Tahniah. Inilah pemilihan paling 'bijak' yang ditampilkan oleh muktamirin pas sepanjang sejarahnya. Banyak budaya baru yang ditonjolkan. Hakikatnya itulah wajah 'baru' pas selepas diuji dengan ujian kemenangan dalam beberapa pru lalu. Yang nyata budaya 'baru' yang membuatkan khalayak tertanya2...inikah wajah dan akhlak org2 pas...inikah sikap ahli2 pas...beginikah wajah islam yang dibawa pas...

Siapa pun yang menang jika dengan taktik dan budaya baru yang kotor ini, pastikanlah reda Allah bersama anda. Ambillah tanggungjawab kerana nanti anda akan dibebankan dengan perbuatan anda.

Unknown berkata...

Undian perwakilan yg di beli..kau tunggu undian rakyat akan menghukum kau dlm pru14 nanti..

Unknown berkata...

hahahaha... lawak puak pas ni... bila kena kt tuan guru dikatakan fitnah... tapi bila kena kat husam, ahmad awang dll... puak2 pas ni percaya lak... hahahahaha...

Tanpa Nama berkata...

Mencapai ilmu tinggi tinggi baik ilmu agama atau ilmu yg lain tu tidak bermakna dia bijak memerentah sbb ilmu politik bkn sama dgn ilmu agama.. Silap ari bulan yg pandai agama tu le lurus bendul dan senang kena tipu... So kita tgk le nanti geng ulamak ni boleh memimpin ke tak ...

Sepjg hadi jd ketua... Xnampak kemajuan... Teganu ilang,.... Kedah ilang..perak ilang ... Dia xmenunjukkan kepimpinan yg baik dek suka sumpah seranah , maki hamun org dan juga berckp berbelit-belit... So PAS xkan kemana.. Kita bimbg hudud xdpt, utk membela rakyat lg le xboleh... So last last pas dok tempat yg sama...

Pd waktu sama islam sbg agama rahmat yg memimpin dan membimbing pun juga xkesampaian.., sbb org bukan islam dah mula menjauhkan diri... Yg islam mcm amno lg le lari sbb geng munafik lg le susah utk di bimbing... Ni yg bakal berlaku kpd pas... Buang masa dan buang tenaga... Memberi bonus kpd amno utk terus memerentah....

Tanpa Nama berkata...

PAS sebagai Parti Islam sudah hancur. virus fitnah sudah menjadi barah menjangkit ustaz berserban kononnya ulama.

Moto Baru PAS : Fitnah For ALL.

Tanpa Nama berkata...

bai2 pas selamat bersama dengan umno, apa yg terjadi pada abim dulu hanya mementingkan org yg ada kelulusan hingga sesiapa yg tiada degree tak layak jadi ahli..lihat apa terjadi pada abim.

Pakcu Rantau Panjang. berkata...

Maaf sekali lagi Pakcu mencelah.
Dalam menerima ketentuan kadang-kadang emosi kita akan tertekan dan mudah menafi kebenaran dan kenyataan lalu kita cuba melepaskan geram dengan berbagai cara samada dengan sumpah seranah mau pun dengan tulisan yang mencarut.

Maka itulah kebenaran dari hati yang dizahirkan. Jika hati baik maka baiklah apa yang anggota luar buat. Jika buruk hati maka gelaplah apa yang diluahkan.
Maka apakah tidak terfikir pada kita bahawa yang berlaku itu adalah catatan dan hikmah yang tersembunyi. Manusia boleh merancang tapi ketentuan dan takdir bukan milik mereka.

Jadi jauhkan lah diri kita dari mencerca dan mencari keburukan orang lain sedangkan hati dan naluri sendiri pun turut terpalit dengan situasi yang gelap dan lupa diri.....ko guano ????

Tanpa Nama berkata...

Pentaksub2 hj hadi terlalu ramai nk buek macam mano.

Tanpa Nama berkata...

Perwakilan dilihat mengundi sambil melihat kepada 'senarai yang telah disediakan'. Seolah mereka tidak perlu lagi membuat penilaian dan keputusan sendiri.

Keputusan juga tidak melambangkan aspirasi sebenar akar umbi, kerana akar umbi TIDAK menolak mereka yang kalah itu dengan peratusan sedemikian rupa. Andai mereka kalah sekadar selisih 5%-10%, ada jugak logiknya kerana demikianlah pandangan akar umbi. Andai dilihat kepada anspirasi orang muda dalam PAS, rata2 orang muda lebih menyokong kebanyakan calun yang kalah itu.

Whatever, pada pandangan saya andai tidak ditangani dengan baik, PAS akan merosot.

Tanpa Nama berkata...

Aku sekeluargamengharapkan golongna profesioanl bergabung dalam PASMA untuk memberi sumbangan kepada kami yang memerlukan kamu.biarlah ulamk dan pengikutnya dalam Pas meminggikan kamu,mereka lupa pada jasa kamu sekelian,Tolong dengar rayuan ami,Kuatkan PASMA.insyaaallah kamu akan menjadi pemuang sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

Jangan marah pada mereka,orang tua pas dah lama berjuang
tapi tak dapat imbuhan pun.
Teringin juga nak jadi PM sekurangnya TPM.
Boleh naik jet peribadi pusing dunia.

Yang muda pula sanggup mengatakan ayah tak suruh lawan kezaliman dan kerosakkan.
Ayah dah meninggal jadi tak dapat di sahkan.semasa ayah
hidup tak pernah berkata yg penuh dusta,tunggu ayah taada dulu.

Orang nak juga hidup mewah jadi tak kira lah apa berlaku.
Seperti kata ulamak dari selatan Thailand mereka ini seumpama pengikut dajal.

Bentangkan hudud Rasulullah saw bukan pinda enakmen jenayah. Takut juga ulamak ni ( he,he ).apa yg nak takutkan.

Atau hanya nak pecahkan pakatan utk selamatkan kezaliman.

Tanpa Nama berkata...

Inilah antara fitnah akhir zaman kesinambungan fitnah dalam "Peperangan Sifin" sejurus ketiadaan Nabi Muhammad SAW. Satu peperangan kumpulan A'isyah ( isteri Nabi) bersama Muawiyah berperang dgn kumpulan Saidina Ali. Mereka itu keluarga /sahabat Nabi. Amat sulit untuk dinilai pihak mana yang benar. Persoalan pokok siapa yang menjadi dalang dalam kemelut kepada 2 kumpulan ini dan inilah orangnya yang "na'uzubillah sebenarnya.

Haaaa lani PAS telah melalui satu peristiwa yang seakan-akan sama. Adakah ini sunnatullah kepada perjuangan Islam.?????????????????

Jika YE, saya syurkan masing-masing MUHASABAH diri dan katakan kepada diri sendiri APAKAH SUMBANGAN AKU KEPADA TERCETUSNYA KEMELUT INI, bukan salahkan pihak lain. Begitu juga DAP dan PKR muhasabahlah diri KAMU itu.

Ini yang buat UMNO tidur lena menjelang PRU14 nanti. Datanglah apa saja bala dan malapetaka 1MDB ke, GST ke, Naik harga minyak ke...dll Najib tetap nyaman walaupun berdentum dentam Tun M khabaq UMNO akan kalah dalam PRU14 nanti.

Islam telah meninggalkan satu pengajaran yang amat berharga untuk PAS, DAP dan PKR pk pk pk pk kan.

Jeman berkata...

Ni la prangai org terengganu.. yg byk sokong puak ngko pon asal terengganu.. rebut la sume jawatan ko tu kite blh tgk rakyat majoriti sokong org pramgai mcm ko ke x..

Tanpa Nama berkata...



.

Bismillah.

Tahniah kepada yang berjaya kerana mendapat jawatan-jawatan yang perlu di pikul dengan amanah. Yang kalah terima lah kekalahan seperti yang telah di jangkakan. Yang penting mereka yang kalah bertanding dengan cara yang bermaruah. Kita tahu yang menang telah melakukan bermacam-macam cara dan tindakan yang keluar dari gambaran yang di berikan Islam secara jelas.

Agak meragukan jika dikatakan mereka yang berjaya adalah kehendak suara majoriti perwakilan, Bukan semua perwakilan atau Ketua Kawasan mempunyai nilai dan standard sebagai Ketua. Ini kerana kira-kira 30% yang membuat keputusan tanpa memikirkan siapa dan mengapa orang ini sepatutnya di beri amanah. Mereka ini adalah yang malas berfikir dan hanya mengikut senarai atau terpengaruh dengan pandangan seseorang atau keadaan di dalam dewan. Dan yang 20% lagi tak memperdulikan nasib parti dengan menutup fikiran mereka dari dulu. Mereka hanya mengikut kemana arus membawa mereka. Mudah cakap, mereka tak ada pendirian dan tidak ada kata hati. Pemilihan mereka semata-mata atas dasar ulama sedangkan apabila ulama UMNO membalas hujah atau memberi pendapat mereka ini lah yang naik angin! Ulama pun ada yang tak betul!

Setelah di ketahui keputusan pemilihan, tugas perwakilan tidak habis di situ. Selain melihat tindak-tanduk pemimpinan yang baru ini, perwakilan tak kira yang memilih ulama atau professional kena perbaiki diri. Begitu juga kita, dengan menyerahkan nya kepada Allah. Bukan dengan hati yang gembira atau bukan dengan hati yang keciwa.

Kita berpendapat Hj Hadi akan gagal juga memimpin untuk kali ini seperti mana Hj Hadi gagal seperti yang sudah-sudah. Kerana Hj Hadi bermula 'dengan tidak cantik' bukan sejak 5 tahun atau 10 tahun yang lalu tetapi inilah Hj Hadi 30 tahun yang lalu. Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan.

Golongan yang bertaraf 'ulama' mereka tidak di uji dengan perkara yang hebat. Tetapi dengan hal yang mudah dan kecil. Nabi Sulaiman as ketika berada di atas angin terdetik di hati nya 'Hebatnya aku' dan Nabi as terus terjatuh. Nabi as beristighfar kerana telah riak.

Memang susah untuk mengukur kebenaran. Ia nya di ibarat 'antara siang dan malam', waktu senja atau hujung subuh. Samada kita sedar atau tidak ketika ini hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Kesudahannya pun tidak semesti berakhir di dunia ini. Tapi kita ada akal dan dengan iman kita dapat menyatakan yang mana benar dan yang mana yang batil. Allah meletakkan mulakan lah dengan niat dan hanya kita yang tahu samada cara kita betul atau salah jika kita adalah hambaNya. Tapi malang nya sejak akhir akhir ini ada yang lebih penting dari niat ia itu matlamat dan lebih malang matlamat ini tidak di sertakan juga untuk mendapat munafaat di akhirat.

Lagi satu, hidup ini mencari Kebenaran. Malang kalau kita tidak tahu kayu pengukur kita sendiri.

Sekarang kita hanya menunggu apa yang Hj Hadi akan buat dan kita sudah menjangkakan perkara-perkara yang akan terjadi. . Apa-apa pun langkah-langkah yang di ambil oleh Hj Hadi, PAS tidak lagi sekuat dulu. Dalam kepimpinan Hj Hadi tidak ada kepelbagaian potensi. Kerja UMNO lebih mudah dengan hanya menghantar beberapa orang ulama UMNO sendiri bersemuka dengan orang -orang Hj Hadi. Kerana kesemua nya hanya boleh bercakap pasal agama. Untuk menerapkan nilai agama, mereka sendiri tidak dapat memimpin diri mereka,

Kepada Allah kita kembalikan. Allahhuakhbar !!

Malaysiabaru berkata...

Ini semua salah azmin budoh ali

Yg bagi muka kpd ularrmak di Selangor..

Profesional pas di pingirkan dlm jawatan glc dan negeri

Tanpa Nama berkata...

Selamat tinggal PAS...kita akan bersua semula pada PRU 14 akan datang...terima kasih kerana berjaya meminggirkan calon2 yang banyak berjasa mengangkat martabat PAS di arena politik negara selama ini...

Tanpa Nama berkata...

rasanya greenboc bole pencen dah tulis blog...kalau tak mau pencen..mulakan yg baru...kempen untuk pasma pulak..apapun terima kasih kerana approve komen yg tidak sealiran dengan anda

Tanpa Nama berkata...

Biarlah siluncai dgn labu2nya .. kita tgk kat selangor nanti .. jgn menang kaduk ..selangor terlepas dan kelantan pun tak pasti lg doh..Geng ini beri bola tanggung pada umno..awan besar utk bn.. jgn sombong diri,kitalah yg benar dan ahli syurga.. kamu singkirkan pejuang sejati .. yg tinggal pak junjung muda dan nanti habuan . undi ikut chai bukan ikut tokoh dan kebolehan,,yg nyata pd muslimat ,kesian muslimat ..pilih pada sentiment.. calon parlimen pun hang tolak juga.
bye2 pas not for all .. tak sabar utk pru14 ..

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin yg kurang cerdik dipilih oleh ahli2 yg kurang cerdik.Hakikat yg tak dapat dinafikan.

Unknown berkata...

Salam Semua.
Kita menerima keputusan dgn lapang dada.
Jelas dari keputusan tersebut PAS kembalikan dirinya balik ketempat asalnya TERTUTUP(hanya kumpulan aku sahaja)-.Jadi pada sesiapa golongan-golongan professional jangan buang masa rakyat majority sedang menunggu anda. Islam yg nak dibawakan oleh mereka ini berpilih-pilih, islam yg hanya menguntungkan diri mereka sahaja,islam materialistik/tiada setiakawan/khianat:islam yg mengunakan theory MATLAMAT MENHALALKAN CARA.Terpangpang dan jelas golongan profesnal yg dianggap penghianat/yahudi/egen DAP/LIBERAL/KURANG ISLAM TELAH MENUNJUKKAN CARA ISLAM SEBENARNYA bersangka baik,lawan ikut tertib,gentlement,ada VISI dan halatuju yg jelas untu rakyat keseluruhan TETAPI Orang yg memangil mereka itu mengamalkan islam telah menunjuk mereka mengamalkan apa yg mereka tuduh.ALLAH JELAS TELAH MENUNJUKKAN SIAPA MEREKA INI KHIANAT,TIKAM KAWAN DARI BELAKANG,KEMARUK KEBENDAAN/KUASA(DICABAR KALAU KERANA ALLAH TINGGALAH SERTAMRTA JAWATAN YG KAMU SANDANG SEPRTI DI SELANGOR dan Di Pinang sebab kamu BERKAWAN dgn DAP yg kamu kata Yahudi/liberal.....DENGAN SERTA MERTA JANGAN TUNGGU ORANG HALAU KAMU..ini TIDAK...Cuba perhatikan KUMpulan ulamak
ini dato iskandar/diselangor/dipenang cepat-cepat berbuat baik dgn DAP kenapa kamu tak ikut ketua no#1 kamu, sebab ketua no#1 pun HIPOKRIT takut sumber keewangan tertutup.Mana prisip kamu HABIS ISLAM dipijak2 ISLAM dah jadi MATLAMAT MENGHALAKAN CARA.sO APA LAGI DITUNGGU LAGI,KENYATAAN DIDEPAN MATA BUATLAH STRATEGY UNTUK RAKYAT DAN ISLAM SEBENANYA,Tinggalkan mereka ini tak guna BUANG MASA SAHAJA.wASSALAM.

Tanpa Nama berkata...

Kerana wadah Pas ialah siasah yang pasti massa akan menilai tahap prestasi nya dalam PRU ke 14 mendatang.Tetapi kecenderungan yang dapat dilihat Pas lebih berpuashati sekadar menguasai Kelantan sahaja.Adapun penyertaan dalam negeri yang lain akan dilihat sekadar memeriahkan "pesta demokrasi" sahaja.Bertahaluf dengan UMNO ternyata sukar di realtikan kerana "hati" MCA,MIC,Gerakan lebih dijaga oleh UMNO.Ke mana arah kumpulan profesional yang tidak "di umpamakan" dalam Pas.Sebagai ahli iktisas banyak NGOs memerlukan khidmat mereka.Ataupun wujubkan kerjasama baru di kalangan ABIM,KPIP,IKRAM dan JIM untuk bangsa Melayu dan umat Islam sebagai partai alternatif.

Deli Ben Hur
Kuala Lumpur.

Unknown berkata...

aku sokong

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha ..aku nak komen gak..

Takniah pada yang Menang..Ingat Amanah Yang Anda Dapat, Ingat anda yang akan di hisab. Jangan jadi muflis di Mahsyar.

Bagi yang tak menang, kena muhasabah..mungkin Allah lebih sayangkan anda, ada perkara yang perlu anda nilai. Jangan putus asa dengan perjuangan. Mungkin anda boleh bangkit dalam keadaan yang lebih baik.

Tanpa Nama berkata...

Raziq halim...geng2 mu bobok dlm tulisan jea...ajok bahas nakut hapah...aku org ganu gok...bakpe ingat mu sorang jea ada otok...nok wala' pun biarlah berpada pada sikit...kalu pemimpin perangai huduh nok wala' guaner boh...berat nanang mung...

Tanpa Nama berkata...

PAS GALI KUBUR SENDIRI. SILA BERAMBUS DARI PAKATAN RAKYAT JIKA BARISAN PIMPINAN BARUNYA ADA KEMALUAN.

Tanpa Nama berkata...

Mangkok...gb bkn jenis mvm kamu..kalah debat..left..remove...jebon...
peel setan

Unknown berkata...

Harap greenboc diberi hidayah..amin

Tanpa Nama berkata...

fahamilah ayat hadi ini wahai pro pakatan ,,
"Jika nak jadi imam juga, cari tanah sendiri, buat masjid sendiri dan jadi iman sendiri," kata Hadi ketika memberikan amaran kepada pengkritiknya.
apa tunggu lagi create Pasma sebagai parti..atau sewaktu dgnnya Insyallah anda ada orang muda turuti mu dan rakyat malaysia. Penuhilah hasrat rakyat..
saya tertipu pd pru13 sokong puak ni kononya ahli syurga..inilah perkhianat rakyat
biar puak siluncai dgn labu2nya tidur diulik mimpi

Tanpa Nama berkata...

Inilah perancangan Allah... sebaik-baik perancangan. PRU13 kita bersedih kerana tumpas namun Allah lebih mengetahui apa yang ghaib. Jadi jangan bersedih sebaik-baik perancangan Allah sedang berjalan.... Allah sedang berkira-kira dengan para ustaz yang merasa diri mereka hebat. Jika baik maka Alhamdulillah, atau sebaliknya menjadi istiraaj yang membinasakan.

Allah juga menguji dan merancang sebaik-baik perancangan kepada para professional Islam, aset terbaik yang difitnah dan dibuang oleh PAS sebagai golongan yang hina, golongan ini jika diatur dengan baik mampu menjadi jentera baru yang terbaik di dalam politik negara yang lebih bebas dan berdaya maju.... ketahuilah professional di dalam PAS telah lama terkongkong dengan ketepuan pemikiran pentadbiran PAS, idea-idea pembaharuan PAS lebih banyak gagal disebabkan kegagalan sebahagian golong pro ulama untuk mentafsir dan melaksanakannya. Maka ini mungkin peluang kepada professional Islam untuk berkumpul di atas bahtera baru yang boleh dibentuk kepada lebih mesra kepada rakyat dan pada masa yang sama menterjemah Islam dengan lebih harmoni dan tulus.


Kepada perwakilan tahniah, anda sama ada sedar atau tidak telah menjadi 2 dari 3 hakim. Maka tunggulah apa yang dirancang dan dijanjikan Allah.

BaDiN berkata...

Tak mustahil Yg kalah rebut presiden dan sebahagian yg kalah akn bergabung dgn Pasma.

Tanpa Nama berkata...

As_Salam Semua,
Pagi ini aku bangun dgn membaca sedikit tentang pemilihan Jawatankuasa dalam Pas semalam, bertapa hancurnya jiwa ini setelah srkian lama aku sebagai pendokong dan penyokong PAS selama ini, apa yg boleh aku harapkan dari PAS lagi selepas ini??
Dari awal aku sudah dpt memgagak bertapa bodohnya perwakilan yg hadir pada Muktamar ini. Sudahlah dengan laungan "boo" inilah tarbiah yg kita cuba tunjukan kepada generasi dan pelapis yg akan datang. Aku setuju benar dengan Anonymous "JUNE 4, 2015 AT 9:32 PM" Apakah hudud diletakkan sebagai priority dalam keadaan rakyat menderita dan hidup dlm keadaan tertekan akibat perlaksanaan polisi cukai dan keborosan pemerintahan kerajaan UMNO/BN? Hudud OK sekiranya negara aman makmur dan rakyat hidup dengan tenang, tanpa bebanan yg tidak sepatutnya ditanggung oleh rakyat.

Siapalah PAS masa kini sekiranya para pendokong seperti Mat Sabu, Husam,
dan lain2 kalau bukan kerana mereka ini yang menaikkan PAS di mata rakyat Malaysia ketika ini?? Sejarah telah mengajar kita bertapa golongan berserban ini hanya pandai berhujah dalam sudut keagamaan sahaja. Dari segi Profesional nya jauh sekali untuk memerintah dan mentadbir negeri dan negara. Apa perancangan selepas ini?? Nak menang pilihanraya ke 14?? jangan haraplah!! Nak bergabung dengan UMNO? Apa jawatan yg boleh pak pak serban ini peggang? Nak jadi menteri luar? Tak usah cakaplah bikin malu shaja.
Harapan saya supaya Mat Sabu, mahfuz, Husam, Khalid Samad dan Mujahid dapat memikirkan sesuatu jalan keluar untuk orang-orang semacam kami ini kemana arah untuk kami membawa diri?? Kalau diikutkan komen2 di atas banyak yg nak keluar PAS. Oleh itu kita perlukan satu platfom untuk golongan ini boleh bergantung harap. Biarkanlah golongan serban yg menang ini syok sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Hahahahahaha marahnya... kalau sedang diri duduk ye, ambil wudhu'. Jgn meroyan

GengMudaGengUAI berkata...

Hai...rumah sudah siap pahat masih berbunyi...terimalah kenyataan bahawa...ramai yang menyokong ulama...dan Ulama lah yang patut dituruti dan bukannya Profesional...golongan profesional hanya membantu ulama...bukan nya mengajar ulama...whatever pun tahniah diatas kepimpinan baru PAS...semoga anda bekerja mengikut telunjuk dan perintah Allah dan bukannya bekerja mengkut telunjuk dan perintah umNO, DAP, PKR atau manusia-manusia yang lain...wallahualam...

Tanpa Nama berkata...

Kemenangan ini langsung tidak menggembirakan ku.

Tanpa Nama berkata...

Pas pasti bungkus dibawah Hj Hadi.Ingat Trengganu dan Kedah dah tumbang.lps Kelantan pulak tggu giliran.Hj Hadi pemimpin yg perasan hebat tp tonggang langgang!!

Tanpa Nama berkata...

Aku pasti sokong pasma

Tanpa Nama berkata...

Yg pastinya aku dan rakan Muda pasti undur diri dari pas.Byk usaha2 secara aggressive kami sendiri utk menjenamakan Ketelusan pas tapi dgn barisan cai ni minta maafla.Kepercayaan kami utk undi Pas adalah at as ketokohan Nik Aziz bukannya Haji Hadi dam cai lebai.

Tanpa Nama berkata...


naaim zainol
Harap greenboc diberi hidayah..amin
Sebelum harapkan orang lain dapat hidayah naaim dah dapat hidayah ke belum?
,


*****
Anonymous Anonymous said...
rasanya greenboc bole pencen dah tulis blog...kalau tak mau pencen..mulakan yg baru...kempen untuk pasma pulak..apapun terima kasih kerana approve komen yg tidak sealiran dengan anda

GB tak payah approve komen kau. Buang masa. Tapi dah approve kita jawab lah. Blogger GB akan terus aktif kerana blogger ceroi nurul akan jadi sama macam standard blogger UMNO. Membosankan. Kandungan yang merapu dan membodohkan. Kenapa anon sibuk di blog GB ini?


***
Hahahahahaha marahnya... kalau sedang diri duduk ye, ambil wudhu'. Jgn meroyan

Bukan kerana marah je kena ambil wudhu. Mcm kau pun kena ambil wudhu'. Masa Hj Hadi marah dengan tolol dengan barua dengan pil kuda Hj Hadi tak ambil wuhdu' lah ya. Apa punya ulama ada wuhdu' pun marah marah dan putar belit..


Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt...harap Ahmad Awang, Mat Sabu, Husam dan Geng2 professional membentuk suatu gabungan baru yang akan bersatu dengan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP...pada masa yg sama mohon PAS Hj Hadi dan geng ug keluar daripada Pakatan Rakyat?

Tanpa Nama berkata...

Apa pumya bodoh geng nir "GengMudaGengUAI said...
Hai...rumah sudah siap pahat masih berbunyi...terimalah kenyataan bahawa...ramai yang menyokong ulama" Siapa yg mempertikai keputusan?
Ini baru dlm forum nie pun tak faham perkataan pertikai dan kecewa?
Ini lah bodoh tahap gaban!! Mengapa selepas pemergian Tuan Guru Nik Aziz baru semua ini berbangkit?? Tidakkah peliknya? Ini menunjukkan yg TGNA lebih memahami perjalanan PAS dari luar dan dalam. Apakah tuan2 cuba menidakkannya? Sedangkan UAI sendiri pun bersalam dengan menunduk tanda rasa hormat pada TGNA. Lepas ini PAS boleh letak nama PAS Pantai Timur. Bukan kah Geng Pro yang selama ini mengajak rakyat menghormati golongan ulama setiapkali ceramah? Ini satu lagi ayat banggang.. "golongan profesional hanya membantu ulama...bukan nya mengajar ulama...whatever pun tahniah diatas kepimpinan baru PAS" bila tulis ikut sedap mulut shj. Yang selama ini bukan golongan yg memerintah Malaysia?? Kalau nak tulis pun fikir lah 10 kali laa...
Mat Sabu dan lain2 atas keringat keluar masuk penjara (ISA) dan mahkamah untuk memertabatkan PAS pernah kamu semua ambil kira?? Mana golongan yang mengaku ulamak pada masa tu?
Kalau baru setahun jagung nak melalak dan nak terjemah dalam ruang ini tak payah lah nak berlagak pandai. Apa2 pun saya ucapkan selamat membentuk ahli jawatankuasa yg baru, macam GB selalu kata, kebenaran akan terserlah nanti.

Wallahu'alam.

Lebai Burger

Tanpa Nama berkata...

Setakat undi perwakilan Trg tak berapa kerat pun. Ini plihan menyeluruh bukan kenegerian bang. Saya tak stuju tu.
Yg saya pelik dan teramat dukacita, kenapa golongan profesional yg dianggap bijak berpolitik dan berkepakaran dlm pelbagai bidang tak berkemampuan meraih sokongan. Itu dlm psrti sendiri, habis mcm mana nak tarik sokongan luar? Keraguan timbul, apakah kita sudah kena main sama parti rakan sebelah?

Tanpa Nama berkata...

Ini sebab perwakilan terlalu taksub dan wala' yg melampau...presiden buat menda yg tak betul pun diaorg kata betul...ambik ke puok mung semerlah...

Unknown berkata...

Fitnah barua pil kuda sapo nak jawap....buta dan pekak sungguh penjilat telo hj hadi ni.

Jeman berkata...

Ko ada?

Jeman berkata...

Khalid Al Walid dulu ulama jugakah? Brapa hari selepas dia masuk Islam kemudian dilantik jd paglima?

Unknown berkata...

Sangat2 setuju....

Tanpa Nama berkata...

Betul tu semua org kena ambik wudhu'. Lebih2 lagi org yg sedang marah... rileksla bro. Ayat penyata je tu

Tanpa Nama berkata...

Maksud kita jangan ambil wudhu masa marah.
Kena dalam keadaan wudhu sepanjang masa.
Kalau marah baru nak ambil wudhu apa guna nya?
Kalau ambil wudhu sebab marah, ok lah marah hilang tapi dalam masa berwudhu tu boleh memaki org, mengeboo kawan, butakan mata risalah fitnah.
Kalau semua orang (perwakilan) dan pemimpin tertinggi ambil wudhu mereka bukan dalam keadaan marah atau, marah mereka hilang sebab wudhu tapi lain pulak sikap mereka kerana yang disebut maki boo risalah tu adalah tanda-tanda orang marah.
Sah lah perwakilan kali ini 'kepimpinan cehkai !' sebab wudhu dah batal atau memang tak berwudhu.
Maka kepimpinan ini terbentuk tanpa berkat. Sebab yang kita cakap 'kepimpinan cehkai' ini ialah konon nya kepimpinan ulamak.
Ini bukan ayat penyata. Ini ayat fakta.

Tanpa Nama berkata...

"golongan profesional hanya membantu ulama...bukan nya mengajar ulama..."

Macamana pulak ni?
Dengan membantu ulama tu lah mengajar nama nya.
Tak kan nak ajar ulama macam ulama atau ustad-ustad ug ajar mengaji. Tentu kena cara praktikal dan pemerhatian dari hasil mesyuarat atau dalam membincangkan isu cara terbuka. Tapi ada kesempatan apa ulama buat selain nak menjatuhkan professional.

Tapi cara anon yang cakap mengajar ulama ni, eluk lah ustad-ustad pro ug dan ulama daftar jadi pelajar. Masuk Kolej atau Uni. Apa lagi sekarang ini dah tentu senang dapat PTPTN sebab sehati sejiwa dengan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

1 ahli 1 undi barulah adil.x mudah dimanipulasi undi.pemilihan pas patut direfomasi.ahli akar umbi x dapat menentukan kepimpinan yg disukai.apa2 pun walaupun aku benci dgn keputusan ini.tetapi terpaksa terimalah.geng2 din ayam dan din vellfire sudah lama merencana rancangan ini.jadi ke nak keluar PR Tuan Harun?

Tanpa Nama berkata...

In respod to

Anonymous said...
Setakat undi perwakilan Trg tak berapa kerat pun. Ini plihan menyeluruh bukan kenegerian bang. Saya tak stuju tu.
Yg saya pelik dan teramat dukacita, kenapa golongan profesional yg dianggap bijak berpolitik dan berkepakaran dlm pelbagai bidang tak berkemampuan meraih sokongan. Itu dlm psrti sendiri, habis mcm mana nak tarik sokongan luar? Keraguan timbul, apakah kita sudah kena main sama parti rakan sebelah?

JUNE 5, 2015 AT 3:27 PM

Professional ibarat telan mati mak, diluah mati bapa.
Pro UG mengunakan isu yang sama-sekali terkeluar dari basic Islam iaitu isu melayu. Pro UG sengaja tidak setuju sesiapa calun PKR sebagai MB sekiranya mendapat sokongan penuh dari DAP. Dan dalam hal ini mereka sanggup mendapatkan sokongan dari UMNO yang memainkan peranan sebagai batu api. Sejak itu semua syor dari DAP akan di bantah atau di beri alasan yang negatif. Kumpulan Profesional terkedu kerana dengan angkuh Hj Hadi buat keputusan sendiri tanpa memikirkan imej Islam nya dan tidak memperdulikan PR yang di sokong oleh rakyat (52%) Ketika ini lah isu lawan ulama bermula dan di terima oleh pemimpin PAS pertengahan.

Peluru yang paling berkesan ialah hudud. Kali ini profesional benar-benar mati akal. Bagi orang melayu penganut lain tidak boleh masuk campur dalam hal hudud sedangkan ketika di parlimen semua wakil rakyat berhak membahas nya.

Perwakilan bukan memilih ulama sahaja tetapi lebih kepada 'melayu', Mereka sanggup menunjukkan akhlak yang hodoh untuk mendapat kan kuasa. Inilah politik melayu zaman berzaman.

Kepada Allah kita kembalikan.

Unknown berkata...

PAS TGANUNG memang bangsat sebsb tu kerajaang pas tganung tahang sepenggal jah...lorni puak2 tganung hok gagal tu lah hok kuasai pas pusat....pas pusat kena tukar nama kpd pusat fitnah pas semalaysia....jakun hj hadi stopa ali harun jin..mahfuz syiah ketua ulamak sesat

Unknown berkata...

Fitnah pil kuda tak berdosa ke?tuduh ahli sendiri barua tolol tu Islam ajar ke?nak jilat pun agak agaklah..

Unknown berkata...

Lebai mercun bunyi saja kuat.....PAS sudah mampus di k selangor.

Tanpa Nama berkata...

harap pas keluar pakatan aku minta semua kat sini dokan pas keluar dari pkatan . apa guna dapat putrajaya tp xde islam. .. pentingkan dap dari islam biarkan ulama jadi bahan ejekan . khalid alwalid xpernah minta pettolongan orang kafir untuk berperang tp dia tawan rom n parsi tp kita bodek dap supaya dapt tawan putrajaya? yg dapt hanya la tahi ayam. . selamt tinggal pakatan . .

Unknown berkata...

Naaim adakah anda seorang ustaz mercun?Baso bengong.

Unknown berkata...

Gengmudageng ustaz mercun.Bunyi jah kuat tapi hampeh....PASCAI 2015/2017....

Unknown berkata...

Lebih baik Lebai Burger dari ustaz mercun.

Tanpa Nama berkata...

senario akan datang;

Senario 1.
'Aji, jom dengar ceramah PAS'
'Siapa ada?'
'Katanya Iskandar Samad ngan Nasruddin Hassan.'
'Maleh aku. Lagi pun Tak pernah pun datang sini.'

Senario 2.
'Mat, jom dengar ceramah malam ni lepas Isyak.'
'Siapa datang?'
'Salehan Mukhyi ngan Mohd Amar.'
' Aaa, kirim salam, kau sorang jelah pergi.'

Senario 3.
'Din, nak beli tiket minum petang bersama Timbalan Presiden?'
'Tak payah, kau juallah kat orang lain.'

Setakat ini itu saja. Akan datang akan ada senario-senario tampal poster, pasang bendera dn sebagainya. Sekian.