21 Apr 2015

Zahid Perlu Pecat IGP Segera!

Gambar terbaik banner PECAT IGP semasa protes oleh #Kitalawan

Zahid sanggah Khalid, tindakan bantah salib gereja satu hasutan

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, bantahan penduduk terhadap salib di gereja Taman Medan semalam merupakan satu tindakan yang berbentuk hasutan, bercanggah dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menteri dalam negeri itu dilaporkan portal Malaysiakini memberi persetujuan yang tegas apabila ditanya sekiranya tindakan penunjuk perasaan itu, yang meminta salib gereja diturunkan, bersifat hasutan.

“Sudah tentu! Ya, ya,ya!” beliau dipetik berkata.

“Saya sangat buta warna. Polis sangat buta warna. Tindakan perlu diambil atau akan diambil terhadap mereka.” Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, tindakan disiplin juga akan diambil kepada ahli parti yang menyertai bantahan di gereja itu semalam.

“Sudah tentu, sudah tentu, sudah tentu… Kerana mereka melanggar peraturan. Dalam Umno, kita perlu. Hormati agama lain. Mereka perlu menerima akibatnya,” katanya menurut portal itu.

The Star Online juga memetik Zahid berkata kepada media selepas satu acara di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) hari ini, "jika sesiapa menyentuh mana-mana agama, mereka tertakluk kepada Akta Hasutan".

Terdahulu, Khalid berkata tiada elemen hasutan dalam protes semalam kerana isu berkenaan tidak melibatkan agama Kristian.

"Kami tidak melihatnya sebagai menghasut kerana ia tidak menyentuh mengenai agama Kristian tetapi hanya tentang lokasi gereja," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

"Kami mengkaji keseluruhan isu dan ia bukan berunsur hasutan kerana ia bukan mengenai agama Kristian.

"Salib itu diturunkan susulan terdapat permintaan daripada masyarakat. Tidak terdapat keganasan," kata Khalid, sambil menambah yang perkara itu dianggap isu masyarakat dan sudah diserahkan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan kerajaan negeri Selangor.

Kira-kira 50 orang berkumpul di luar gereja baru itu semalam, yang terletak di sebuah rumah kedai, menuntut salib yang dipasang di rumah ibadat itu dibuang kerana ia dikatakan mengancam Islam, sebagaimana dilaporkan The Star Online.

Salah seorang dari pemimpin Umno yang turut hadir ialah Datuk Abdullah Abu Bakar, abang kepada Khalid.

Penunjuk perasaan dilaporkan berkata kewujudan salib di kawasan majoriti Melayu Islam itu merupakan satu cabaran kepada agama Islam dan boleh menjejaskan akidah anak muda.

Salib berkenaan dibawa turun oleh pemimpin gereja beberapa jam selepas protes itu.

Abdullah berkata hari ini, penduduk menemuinya bagi membincangkan perkara itu pada Sabtu, mengatakan mereka tidak selesa dan rasa sensitif dengan isu itu.

Bercakap mengenai keterlibatan abangnya itu, Khalid berkata, beliau hadir bagi menenangkan penunjuk perasaan dan memastikan keadaan terkawal tanpa sebarang keganasan.

Beliau juga berkata, beliau tidak akan berkompromi sekiranya sesiapa didapati bersalah, walaupun jika ia melibatkan adik-beradiknya dan anak-anaknya.

ULASAN GB

Jika sebelum ini #Kitalawan telah menganjurkan demo PECAT IGP kerana IGP yang didakwa tidak profesional, maka kini berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan.... memang wajar Khalid dipecat.

Khalid Abu Bakar tersilap langkah ... apabila membela abangnya, Abdullah Abu Bakar bersama kira-kira 50 orang berkumpul di luar gereja baharu itu menuntut salib yang dipasang di rumah ibadat itu dibuang kerana dikatakan mencabar agama Islam.

Zahid perlu berani untuk bertindak kerana PDRM adalah di bawah kementeriannya. Sudah sampai mamsanya Khalid Abu Bakar yang tindak-tanduknya begitu berat sebelah dan pilih kasih, dipecat dari jawatannya.





Najib & Rosmah Wajar Ditahan & Disiasat


Dr M selar gaya hidup 'mewah' PM, Rosmah

Dalam siri serangannya pada Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini pertama kali mensasarkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor secara langsung.

“Banyak perkara berkaitan tingkah laku peribadinya yang saya fikir tidak betul.

“Tetapi saya sedia abaikannya, kecuali gaya hidup dia dan isterinya,” katanya.

Isu Rosmah yang sering dituduh sebagai boros dan gemar membeli barangan mewah, turut mendapat perhatian akhbar antarabangsa New York Times.

Pejabat Perdana Menteri dilapor menyebut perbelanjaan mewah Najib dan keluarganya berpunca daripada harta pusaka.

Saudara kandungnya bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa allahyarham Tun Abdul Razak berjimat cermat.


Rosmah juga dispekulasikan menyebabkan hubungan Najib dan saudaranya berselisih. Bagaimanapun ia telah pun dinafikan.

Tak boleh lagi biarkan Najib

Sementara itu, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno berkata beliau tidak boleh lagi membiarkan Najib dalam isu syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Bila dia tak boleh jelaskan ke mana bilion ringgit dibelanjakan, dan penglibatannya dalam pengurusan 1MDB yang menjadi tanda tanya rakyat, saya rasa dia sudah tak mampu menjadi perdana menteri negara ini,"
katanya.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau bercadang mendedahkan bagaimana Najib kehilangan berbilion ringgit dalam tulisannya akan datang.

Mufti: Jaga-jaga kerenah wanita pertama

Sementara itu, Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula mengingatkan bagaimana reputasi seorang pemimpin negara dirosakkan oleh isteri sehingga mendorong rakyat benci kepadanya.

Beliau memberi contoh Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati mati bersama suaminya disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa.

"Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran first lady (wanita pertama) boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.

"Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang salih terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan mereka," tulis Dr Mohd Asri dalam Facebooknya Jumaat lalu.

Sebaliknya, kata beliau, wanita solehah kadang-kala lebih baik daripada lelaki dan kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita.

"Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki.

"Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian," katanya. -mk

ULASAN GB

Nampaknya apa yang GB ramalkan pada tahun 2011 kini hampir menjadi kenyataan. Kalau dulu Najib mengasak Pak Lah unyuk turun, kini Najib pula diasak untuk turun. Di dalam satu entri bertajuk Najib bakal Diturunkan Dengan Lebih Dasyat GB menyatakan (petikan):

Setelah Pak Lah mengambil alih jawatan PM, pada awalnya sokongan ahli UMNO terhadapnya memuncak sehingga pilihanraya 2004, UMNO BN mencatatkan keputusan terbaiknya di dalam sejarah pilihanraya negara.

Tetapi ahli-ahli UMNO sendiri melihat rupa-rupanya Pak Lah ini terlalu lemah. Sehingga orang-orang Najib pula mengasaknya supaya turun segera (jangan lupa ada manderam ditemui di pejabat Pak Lah - orang kata agen Rosmah yang letak... wallahu alam).

Dan kini Najib berkuasa.

Putaran akan berlaku dimana jika dahulu Pak Lah diasak untuk turun, maka tidak mustahil perkara yang lebih buruk boleh menimpa Najib.

Itu hukum karma, atau di dalam istilah kita, sunnatullah. Pesan Tuhan, sunnatullah itu tidak berubah.

Dan di dalam satu entri lain pada tahun 2011 juga GB menyatakan Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah. Petikan:

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.

Serangtan TDM ke atas wanita berpuaka bernama Rosmah itu mungkin agak terlewat. Berbilion wang rakyat telah hilang. Namun, seperti kata pepatah, better late than never.

Najib dan Rosmah wajar ditahan ditahan disiasat.. dan jika terbukti bersalah perlu dihukum penjara.

[BERGAMBAR] PAS FOR ALL Hanya Tinggal Kenangan Bhgn 2


Pas siasat aduan salah laku pemilihan

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat akan membuka kertas siasatan berhubung laporan salah laku yang dilaporkan berlaku ketika Mesyuarat Pemilihan Pas Kawasan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Asmuni Awi berkata,‎ buat masa sekarang pihaknya masih membuka peti aduan dan siasatan hanya akan dilakukan selepas 24 April (Jumaat) ini.

"Antara laporan salah laku yang telah rasmi diterima adalah dari Pas Puchong. Aduan tidak rasmi pula diterima dari Pas Kapar, dan Pas Kuala Selangor. Laporan rasmi akan diterima dari Pas Kuala Langat petang nanti.

"Selain itu kami turut terima aduan rasmi mengenai salah laku dari Pemuda Pas Tumpat di Kelantan," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, antara aduan yang diterima termasuk laporan penggunaan borang yang tidak dipatuhi Pas Kawasan, dan nama calon yang sepatutnya bertanding tercicir dari senarai.

"Kesemua ini saya sifatkan sebagai satu perkara yang tidak adil. Mereka (Pas Kawasan yang terlibat) bukannya tidak tahu mengenai peraturan yang telah ditetapkan.

"... Mereka bukan tak faham peraturan, mereka cuma tidak ikut peraturan yang digariskan," katanya lagi.

Dalam pada itu beliau turut menggesa Pas kawasan yang mempunyai aduan untuk menghantar laporan selewatnya pada Jumaat itu.

"Aduan hendaklah dihantar secara rasmi kepada kami. Ia bertujuan untuk memudahkan siasatan. Tarikh tutupnya adalah 24 April ini, sebarang aduan yang dibuat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan," katanya lagi. -SH


Hadi, Tuan Ibrahim dahului pencalonan presiden, timbalan presiden PAS

Gandingan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membolot hampir kesemua pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden PAS hujung minggu ini menjadikan kedua-duanya jauh meninggalkan pencabar masing-masing menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-61 Jun ini.

Daripada 16 kawasan yang mengadakan mesyuarat agung Sabtu dan Ahad, 15 mencalonkan Hadi bagi jawatan presiden manakala Datuk Husam Musa hanya mendapat satu pencalonan.

Kesemua 16 kawasan itu pula mencalonkan Tuan Ibrahim untuk jawatan timbalan presiden menyebabkan beliau jauh meninggalkan penyandang jawatan itu Mohamad Sabu.

Dengan pencalonan semalam, Hadi mendapat 60 pencalonan berbanding Husam mendapat 8, Ahmad Awang (3) manakala Tuan Ibrahim (1) untuk jawatan presiden sehingga kini.

Tuan Ibrahim pula jauh meninggalkan Mohamad, juga dikenali sebagai Mat Sabu, apabila mendapat pencalonan kesemua 16 kawasan yang mengadakan mesyuarat semalam, menjadikannya mendapat 59 pencalonan.

Mohamad sehingga kini hanya mendapat sembilan pencalonan untuk mengekalkan jawatan timbalan presiden.

Turut mendapat banyak pencalonan dalam mesyuarat hujung minggu lalu adalah empat pemimpin kumpulan ulama untuk jawatan naib presiden seperti Idris Ahmad (ahli Parlimen Bukit Gantang), Nasrudin Hassan (ahli Parlimen Temerloh), Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (timbalan menteri besar Kelantan) dan Datuk Iskandar Samad (exco kerajaan negeri Selangor).

Ia membayangkan kemaraan kumpulan ulama di dalam PAS dengan mengalahkan pencabar mereka daripada kumpulan profesional.

Turut menjadi korban semalam ialah Dr Rani Othman, bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang ditewaskan bekas timbalannya Najhan Mohd Salleh, untuk jawatan yang dipertua PAS kawasan Kapar yang disandangnya sekian lama.
-TMI


APA KATA UST KAMAL KOH



TINGGAL KENANGAN, MENJADI SEJARAH