19 Jun 2014

[JAHAT BERHANTU] Bekas Suspek Kes Altantuya Ditangkap Khalwat

Seorang bekas polis komando berusia 38 tahun yang dibebaskan tahun lalu atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 ditahan awal hari ini selepas ditangkap berkhalwat dengan seorang polis wanita yang sudah berkahwin di Sepang.

Lelaki berkenaan yang sebelum ini bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman ditangkap di sebuah unit kuarters polis di Sepang bersama seorang wanita oleh suami wanita terbabit pada jam 1.20 pagi. Gambar fail

Suami berkenaan, seorang anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda, pulang ke rumah untuk memeriksa sama ada isterinya di rumah dan mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu berkunci.

Selepas memeriksa dengan lebih lanjut, beliau mendapati bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil dalam bilik tidur.

Ketua Polis Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.

“Polis membuka fail tindakan disiplin terhadap polis wanita itu. Lelaki itu, bagaimanapun, tidak tertakluk kepada tindakan disiplin kerana bukan lagi anggota polis. Kes ini akan dikendalikan oleh Jais,” kata Yusof kepada The Malaysian Insider.

Beliau enggan mengesah atau menafikan lelaki yang ditahan itu adalah orang yang sama disabitkan membunuh Altantuya dan kemudian bebas dalam kes rayuan.

“Saya belum melihatnya. Saya tidak tahu bagaimana rupanya jadi saya tidak boleh beritahu kamu,” katanya.

Difahamkan nama lelaki berkenaan dalam laporan polis ialah Azilah Hadri, nama yang sama seperti Ketua Inspektor Azilah Hadri iaitu salah seorang daripada dua komando yang dibebaskan pada Ogos tahun lalu selepas mahkamah membenarkan rayuan selepas mereka disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya.

Secara kebetulan, lelaki yang ditangkap awal hari ini juga adalah bekas pegawai polis yang pernah bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman, unit yang sama dengan Azilah sebelum beliau ditahan pada 2006.

Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan bekas corporal Sirul Azhar Umar selepas menterbalikkan sabitan terhadap mereka dalam kes bunuh Altantuya.

Azilah dan Sirul dituduh bersama dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada Oktober, 2006.

Kedua-duanya pada masa itu bertugas dengan Skuad Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. -TMI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Bas Bertembung 6 Kenderaan Dekat Plaza Tol Batu 3, Tiga Parah -updated


Shah Alam - Tiga cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas henti-henti dengan enam kenderaan termasuk sebuah motosikal di Kilometer 16.1 berdekatan Plaza Tol Batu Tiga di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, bas yang membawa kira-kira 30 penumpang dari Klang ke Kuala Lumpur dikatakan cuba mengelak sebuah kereta jenis Perodua Myvi sebelum berlanggar dengan Proton Persona dan satu lagi Perodua Myvi dari arah yang sama.

Bas itu kemudian dikatakan telah merempuh besi penghadang jalan dan melanggar dua buah lagi kereta dari arah bertentangan.

Bas tersebut turut merempuh satu lagi pembahagi jalan berhampiran lorong motosikal dan melanggar sebuah motosikal sebelum akhirnya terbabas di kawasan berumput berdekatan.

Tiga yang cedera parah masing-masing adalah penumpang bas, penunggang motosikal dan pemandu kereta Proton Wira.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk sehingga dua kilometer bagi kedua-dua arah plaza tol tersebut.


MAKLUMAN KEMALANGAN

Assalamualaikum / Selamat Pagi YDH Tuan...maklum kes Kemalangan bersabit Shah Alam (T) Rpt : 011644/2014 @ 1030hrs.

Kenderaan Terlibat :

1. M/BAS JKH198
2. M/KAR WFL6046
3. M/KAR WTK6019
4. M/KAR BKJ8975
5. M/SIKAL BKB9499

Siasatan :

Dijalankan di tempat kejadian dapati kemalangan berlaku di KM 16.1 L/Raya Persekutuan dari Klang hala ke Kuala Lumpur.

Fakta kes :

Kejadian berlaku pada 19.6.2014 jam lebih kurang 0830hrs, dimana pemandu melalui L/raya Persekutuan dari arah Klang hala ke Kuala Lumpur didapati terbabas dan masuk ke laluan bertentangan iaitu dari Kuala Lumpur hala Klang telah melanggar M/kar WTK6019, WFL6046, BKJ8975 seterusnya M/bas terbabas memasuki laluan m/sikal dari arah Kuala Lumpur hala Klang dan melanggar M/sikal BKB9499.

Butiran mangsa cedera :

1. Penunggang m/sikal BKB9499 - cedera parah bahagian kaki.
2. Pemandu M/kar WFL6046 - Cedera parah bahagian kaki.
3. Penumpang M/bas satu (1) orang daripada 15 orang - cedera ringan.

Mangsa telah dibawa ke Hospital HTAR Klang.

Dari SJN Hafizi A.I.O ( T ) Shah Alam.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




[TERKINI] "Cina Penceroboh": Presiden ISMA Mengaku Tak Bersalah


Presiden Isma didakwa, kes Rayer ditangguh atas arahan peguam negara

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abdul Rahman didakwa mengikut Akta Hasutan hari ini kerana kenyataan kontroversinya terhadap orang Cina manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang RSN Rayer tidak didakwa atas arahan saat akhir peguam negara.

Abdullah Zaik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang terhadap dakwaan itu berhubung kenyataannya yang mengatakan "Cina penceroboh".

Abdullah Zaik menimbulkan kontroversi apabila pada 6 Mei lalu, beliau mengeluarkan kenyataan pendatang Cina dibawa ke Tanah Melayu oleh penjajah British merupakan "penceroboh" serta mempersoalkan taraf kewarganegaraan yang diberikan kepada mereka.


Abdullah Zaik dituduh mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh didenda RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Beliau minta dibicarakan terhadap tuduhan kedua kerana mengeluarkan kenyataan itu di laman sesawang Isma pada hari sama mengikut Seksyen 4 (1)(C), akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000, tetapi peguam Haezreena Begum Abdul Hamid yang mewakili Abdullah Zaik mohon jumlah itu dikurangkan.

Haezreena berkata, tertuduh perlu menanggung 9 anak berumur antara sembilan dan 24 tahun.

“Peranannya hanya sebagai presiden Isma, sebuah NGO. Beliau juga terbabit dengan kerja amal dalam komuniti Islam,” katanya.

Peguam itu berkata, Abdullah Zaik adalah graduan undang-undang syariah lepasan Universiti Al-Azhar dan isterinya pensyarah di Kolej Universiti Islam Selangor.

Beliau juga memohon mahkamah mempertimbangkan perdana menteri pada dua tahun lalu ada mengumumkan Akta Hasutan akan digantikan dengan Akta Harmoni.

Haezreena berkata, jaminan ditetapkan RM4,000 dalam kes hasutan membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Hakim Nor Hazani Hamzah menetapkan jaminan RM5,000 dan tarikh sebutan pada 18 Julai.

Hakim juga memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Dalam kertas pertuduhan menyatakan kenyataan Abdullah Zaik mempersoalkan kewarganegaraan yang diberi kepada orang Cina disenaraikan sebagai berunsur hasutan.

Ketika hadir di mahkamah pagi ini, Abdullah Zaik diiringi kira-kira 30 penyokongnya.

Sementara itu, pertuduhan kesalahan menghasut membabitkan Adun Seri Delima, RSN Rayer di Mahkamah Sesyen George Town, Pulau Pinang pagi ini ditangguhkan.


Peguamnya, Gobind Singh Deo, berkata Ketua Pendakwa Datuk Razali Che Ani memaklumkan kepadanya Pejabat Peguam Negara mengarahkan pendakwaan untuk tidak mendakwa Rayer hari ini hingga diberitahu kelak.

Gobind berkata, tiada alasan diberikan untuk penangguhan itu ketika beliau bertemu Razali di kompleks Mahkamah Pulau Pinang, pagi ini.

Beliau berkata pasukan pembela termasuk peguam Ramkarpal Singh Deo dan S Raveentharan, akan menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan penjelasan mengenai penangguhan itu.

“Keadaan ini jarang berlaku, tetapi ini bukan pertama kali berlaku.

“Kita juga akan memohon supaya Rayer tidak didakwa. Ia adalah kedudukan kami beliau tidak sepatutnya didakwa langsung,” kata Gobind kepada media, hari ini.

Rayer ditahan polis semalam dan dijangka didakwa pagi ini.

Wakil rakyat DAP dua penggal itu dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan "celaka celaka Umno" pada 20 Mei ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Rayer, 37, mengeluarkan kenyataan ‘Umno celaka’ ketika membahaskan usul terima kasih terhadap ucapan pembukaan Yang Dipertua Negeri Tun Dr Abdul Rahman Abbas pada persidangan itu. – TMI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Peneroka FELDA Laungkan "Reformasi"


Reformasi’ bergema di Dewan Rakyat, peneroka lakar kejayaan

KUALA LUMPUR 18 JUN: ‘Reformasi’ bergema di luar lobi Dewan Rakyat hari ini sebaik 300 peneroka Felda melaungkan ungkapan keramat itu setelah dilaungkan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

Mereka sebelum itu diiringi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan segerombolan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berarak menuju ke perkarangan Parlimen setelah berpanas terik berhimpun di jalan luar bangunan itu.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, perhimpunan tersebut adalah simbol permulaan yang baik kepada masa hadapan peneroka.

Katanya, walaupun hujah dan perbahasan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berhubung petisyen rayuan peneroka ditolak, tetapi mereka tetap menang dalam memperjuangkan hak rakyat.

“Perhimpunan peneroka adalah petanda awal negara akan berubah dalam masa terdekat.

“Kita bawa suara rakyat yang dibenarkan oleh perlembagaan, tetapi ditolak Dewan Rakyat.

“Kalau dulu peneroka adalah kubu kuat Umno, tetapi itu sudah jadi sejarah.

“Ini adalah satu kejayaan dan tak pernah berlaku. Saya bangga kerana inilah pertama kali peneroka berjaya berhimpun di depan Parlimen. Kejayaan ini adalah permulaan yang baik,” kata Azmin.

“Saya harap peneroka jangan lemah semangat. Berani atau tidak?”, tanya Azmin dan terus disambut peneroka: ‘berani’!

Azmin seraya itu melaungkan: ‘Lawan tetap lawan’, serta ‘Reformasi’ dan laungan itu bergema di seluruh kawasan Parlimen apabila diungkap semula oleh peneroka. -KD












IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




[VIDEO] Rafizi Dedahkan Konsesi UiTM Puncak Alam Diberi Kepada CEO Syabas


PKR mendakwa konsesi penswastaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam dianugerahkan kepada syarikat milik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ketika membuat pendedahan itu di lobi Parlimen berkata, konsesi penswastaan itu diberikan kepada TRIplc Ventures Sdn Bhd, milikan 100% oleh TRIplc Berhad yang majoriti sahamnya dimiliki oleh Rozali dan keluarganya.

"Saya menganggarkan Rozali mengawal sekurang-kurangnya 43% pegangan dalam TRIplc melalui syarikat miliknya dan keluarga serta syarikat berkaitan beliau," kata Rafizi kepada pemberita.

Rafizi berkata, semakan Laporan Tahunan TRIplc Berhad 2013 menunjukkan 43% pegangan Rozali dan individu berkaitan meliputi beberapa syarikat, antaranya ialah 12.31% pegangan peribadi atas nama Rozali, 5.15% melalui Central Plus (M), 4.93% melalui Corporate Line (M) Sdn Bhd yang kedua-duanya dimiliki beliau dan anak-anaknya serta 0.77% pegangan peribadi atas nama anak lelakinya Azlan Shah Rozali.

Rafizi berkata, semakannya juga menunjukkan 5.5% pegangan saham peribadi atas nama adik Rozali, Datuk Mat Hairi Ismail, 6.25% melalui syarikat Minat Bakti Sdn Bhd, syarikat yang dikawal kontraktor utama Rozali, 4.69% melalui Formasi Simbolik Sdn Bhd dan 4.35% melalui Embun Edar Sdn Bhd, yang mana kedua-duanya syarikat dikawal individu berjawatan dalam NGO yang dinaungi Rozali.

Rafizi berkata, Syarikat Minat Bakti Sdn Bhd adalah syarikat bermodal RM2 yang dimiliki oleh anak kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Aidil Abdul Aziz dan Ruzlan Rahmat.

"Kedua-duanya adalah pengarah dalam MRPI Pipes Sdn Bhd dan Jalur Cahaya Sdn Bhd iaitu syarikat pembekal utama kepada Syabas dan Kumpulan Puncak Niaga yang dikawal Rozali," katanya.

Beliau berkata, Formasi Simbolik juga adalah syarikat bermodal RM2 dimiliki Borhanuddin Ramli yang merupakan Bendahari Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) dan Datuk Abdullah Abu Bakar, iaitu timbalan pengerusi pertubuhan yang dipengerusikan sendiri oleh Rozali.

Katanya, Embun Edar Sdn Bhd pula syarikat bermodalkan RM2 yang dimiliki Pengerusi Dewan Perniagaan Generasi Baru Felda Malaysia, Mohd Roshidi Hassan dan Pengerusi Pertubuhan Kontraktor Generasi Felda, Amran Mohamad, iaitu pertubuhan NGO dinaungi Rozali.

"Pegangan melalui pelbagai syarikat ini menguatkan pendirian saya UiTM Puncak Alam diswastakan kepada syarikat yang dikuasai Rozali.

"Rozali merupakan ahli perniagaan yang memegang jawatan dalam Umno dan terkenal sebagai antara orang paling bermanfaat daripada Umno," dakwa Rafizi. – TMI










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI