23 Jan 2016

Ahli AMANAH Diseru Sertai Protes TPPA

KENYATAAN MEDIA

PENDIRIAN AMANAH BERHUBUNG TPPA

Masih ramai yang bertanya berhubung sikap AMANAH terhadap TPPA. Sudah pasti mereka tidak menyedari hakikat bahawa AMANAH telah lama terlibat dalam beberapa program membincangkan TPPA dan telah juga menyuarakan bantahan terhadapnya. Akan tetapi sebagai sebahagian dari strategi AMANAH, kami telah bersetuju supaya pihak NGO menjuarai isu ini supaya ianya tidak dilihat sebagai isu yang mempunyai apa-apa agenda atau kepentingan politik.