26 Ogo 2014

PAS Dibelasah Sebagai Parti Yang Tidak Boleh Dipercayai!


Ikrar dan janji PAS di Selangor tiada nilai

PAS hari ini bertukar haluan dan membuat keputusan menyerahkan kepada Sultan Selangor bagi melantik calon yang sesuai untuk memegang jawatan menteri besar Selangor.

Ini menunjukkan PAS tidak boleh dipercayai untuk menunaikan janjinya selepas menunggu sebulan untuk memutuskan calon menteri besar Selangor disokongnya.

Lebih daripada itu, PAS mengambil keputusan memberikan kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar.

Apa yang kita semua ketahui adalah Sultan termaktub kepada sistem raja berperlembagaan dan berpandukan kepada undang-undang dan konvensyen yang ditetapkan sejak merdeka pada 1957.


Ia mudah. Pemimpin sebuah parti akan mencadangkan dan menyokong ahli yang memiliki keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hanya pada 2008, syarat tersebut dipecahkan, kemudian di Terengganu, Perlis dan Perak. Dua insiden melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kemudiaan melibatkan pertukaran kerajaan di Perak.

Dan hari ini, PAS memutuskan mereka mengendahkan syarat tersebut dan memberi kuasa kepada Sultan Selangor untuk memutuskan siapa yang sepatutnya menjadi menteri besar. Bukan kepada gabungan pemerintah dan rakyat.

"Mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS memutuskan pada 25 Ogos untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan kepada Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor,"
kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media hari ini.

"Kami buat kenyataan terbuka. Apabila kata biar Sultan yang putuskan, bermakna Sultan yang boleh pilih," katanya.

"Kami tidak kata secara spesifik...kamu boleh fikir sendiri."

Keputusan tersebut menyaksikan 13 baki Adun PAS Selangor tidak menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau parti Islam tersebut memberi sokongan kepada presiden PKR itu untuk menjawat kedudukan menteri besar.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak penting kerana Dr Wan Azizah sudah memiliki sokongan 30 Adun. Beliau tidak perlu sokongan baki 13 Adun PAS tersebut.

Kemelut ini menunjukkan secara PAS sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai.

PAS tidak faham mengenai gabungan dalam politik dan lebih memburukkan keadaan adalah mereka sanggup membelakangkan undang-undang untuk mencapai suatu matlamat.


Adakah mereka memikirkan mengenai gabungan dalam politik semasa PKR dan DAP bersetuju melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak pada 2008 walaupun tidak memiliki majoriti dalam Dewan?

Sebaliknya, ini hanya menyerlahkan wajah sebenar PAS. Sebuah parti yang sebelum ini bercakap mengenai negara berkebajikan tetapi kini lebih banyak bercakap mengenai undang-undang jenayah Islam, hudud dan hukuman daripada kebajikan atau ihsan.

Keputusan hari ini membuktikan PAS hanya memberikan janji kosong. PAS bukan untuk semua, tapi hanya untuk mereka sendiri. -TMI




ADUN PAS tak akan tandatangan SD

Seramai 13 lagi ADUN PAS di Selangor tidak akan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail walaupun menyokong pencalonannya sebagai menteri besar baru Selangor.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hanya memberikan kenyataan ringkas sewaktu ditanya tentang perkara itu pada sidang media pagi ini.

"Nak tandatangan atau tidak? Tak," jawabnya ketika ditanya wartawan.

Jelasnya sebelum itu, soal SD itu "tidak dibangkitkan" dalam mesyuarat anggota jawatankuasa Pusat PAS pagi ini.

"Tak berbangkit itu maknanya taklah," katanya lagi.

Sebelum ini PAS mencadangkan dua nama kepada Pakatan Rakyat bagi menggantikan Menteri Besar sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selain Wan Azizah, PAS turut mencadangkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baru.

Bagaimanapun, Pakatan akhirnya hanya menghantar nama Wan Azizah kepada pihak istana.

Sebelum ini, ADUN PAS Hulu Kelang Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) menandatangani SD menyokong Wan Azizah ketika parti itu masih lagi menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, Saari Sungib kemudiannya menjelaskan bahawa kehadirannya di sidang media bersama Wan Azizah itu, bukan untuk menyokong presiden PKR itu sebagai menteri besar Selangor, sebaliknya bertujuan menolak Khalid,

Sementara itu, dalam sidang media tengah hari ini, Mustafa turut membacakan kenyataan iringannya tentang pelantikan menteri besar Selangor.

"Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untik menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor," katanya.
-mk












IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



68 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS minta hantar 2 nama, tapi PKR tetap berdegil nak hantar satu nama. Dalam hal ini tak timbul persoalan PAS khianat ke apa.

PAS dah beritahu dari awal tak sokong DSWA dan minta 2 nama, sebagai jalan keluar serah je pada sultan.

Tanpa Nama berkata...

Utk PRK pengkalan Kubur suruh PAS minta pwkenan sultan Kelantan utk lantik wakil rakyat lah....he3
Tak payah buat PRK buat mengobihkan duit rakyat.
Atau suruh umno undi calyn PAS pulak..
Ha3

Tanpa Nama berkata...

jANGAN UNDI PAS LAGI

Tanpa Nama berkata...

mulai skrg, eloklah pkr n dap bergerak tanpa pas. anggap pas tiada lg dlm pr. kalau ada pun anggap sbg musuh dlm selimut, gunting dlm lipatan.

jgn percaya mrk lg.

Tanpa Nama berkata...

munafik yg berselindung disebalik jubah agama! semoga munafikun dalam PAS dilaknat Allah. Amin.

Amuraria berkata...

adakah uni gerombolan 'UG' punya kelija ? ABU !

Tanpa Nama berkata...

Weii sukahati org la umdi sapa bodoh...

Tanpa Nama berkata...

kami ahli lbh suka klu PAS x bersama pr lg la.. pkr - pskar kencing rakyat.. cth terdkt.. Psl TSKI mcm2 fitnah ditabur utk memuas sikap tamak ketum pkr.. lps ni prk pengkalan kubor .. kprang pjr turun la sendiri kempen utk calon korang.. selama ni.. ahli PAS la yg byk merayu undi .. psg bendera utk pkr.. lps ni korang tgkla langit tu tinggi ke rendah .. pjr ni jenis x blh dibuat bauk.. mmg sesuai ketum tu diumpamakan ANJING .. knpa... carilah sndri mksd perumpaan utk ANJING tu..

Tanpa Nama berkata...

prk pengkalan kubor...hancus pr kalau macam ni gayanya cara pas berpolitik.... tiada keikhlasan di dalam "pakatan".

Tanpa Nama berkata...

prk pengkalan kubor...hancus pr kalau macam ni gayanya cara pas berpolitik.... tiada keikhlasan di dalam "pakatan".

Tanpa Nama berkata...

selama ni PKR tu jujur sgt ke? dlm pilihanraya yg aku lalui klu x de jentera Pas ..pkr ngan dap mmg gelabah la...sedar la sikit..kita org pun dah bosan ngan perangai PKR ni..

Abu berkata...

Kerusi PAS lebih dari kerusi PKR tapi PAS tak dapat jadi MB Selangor. Sebab apa ? malaysiainsider/malaysiakini tak akan keluar berita punya.

Tanpa Nama berkata...

Next pru aku akn timbang dl samada nk pangkah atau bn. Klu seblm ini aku x penah fikir pnjang utk pangkah pas, kini aku kn fikir dl. Atau lbh baik aku duduk di rumah sj dr buang masa g pangkah golongan yg sdh mula lupa matlamat perjuangan dan lupa sejarah perjuangan.

KLMJ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
hijau berkata...

Aku ttg sokong pemerintahan ulama... Insyaallah kalau boleh biarlah sampai mati.... ALLAHhuakbar...

Tanpa Nama berkata...

Kredibiliti PAS dah berkecai. Pengkhianat rakyat Selangor. Cari jalan utk selamatkan maruah Pemimpin2 PAS dan muka mereka, PAS ni melibatkan Baginda Sultan Selangor pula. Dia orang fikir Sultan apa ke? Nak main-main dgn Istana. PAS dah tahu DSWA akan dilantik MB Selangor. Last2, Sultan mengikut undang2 lantik DSWA, maka PAS akan pura2 kata keputusan Baginda Sultan bikak dan diterima PAS dgn hati terbuka...PAS fikir rakyat bodoh ke...

Putra IJ80 berkata...

Mula malas nk komen dh..tpi bila bca komen org x der nama nie..rasa semacam pulak..

Cer bca Quote"Anonymous said...
Next pru aku akn timbang dl samada nk pangkah atau bn. Klu seblm ini aku x penah fikir pnjang utk pangkah pas, kini aku kn fikir dl"unquote'

Masih ada hati nk pangkah BN yg secara JELAS menzalimi rakyat Menipu Rakyat Menaikan harga barang menyusahkan rakyat..

Apa kah itu lebih baik dari PAS atau PR yg cuba melakukan sebalik nya? cuma blum dpt kuasa..

Klu hati budi dah UMNO x yah ckp nk fikir..pilah lah BN...senang crte,

aaa reyl berkata...

Jgn salahkan pas kita. Pemimpin atasmcm su agong pas mmg suka ngn umno so
Tggu diorg mati dulu sabar ye

Tanpa Nama berkata...

Orang suruh hantar dua nama..dia bagi satu nama. Sombong pulak tu. Pastu kata pas tak sokong. Kalu pas tak sokong..dah lama kerusi mb tu pas ambil.

Tanpa Nama berkata...

rasanyer dalam pas ni ada ON and OFF.

Tanpa Nama berkata...

PAS adalah pengalaman mentadbir Kelantan lebih 20 tahun.

PAS belajar drpd pengalaman getir mereka apabila berdepan dgn Semangat46 yg kembali kpd UMNO.

Sejak itu, umum mengetahui kerajaan PAS Kelantan menghadapi masalah hubungan dengan istana.

Namun, kepimpinan PAS berjaya menguruskan isu itu dengan baik dan dapat mempertahankan Kelantan.

di Selangor, PAS cuba menyelesaikan masalah dengan mengambil jalan tengah dalam menentukan MB.

jalan terbaik ialah menyerahkan kepada Tuanku Sultan.

Perkenaan Tuanku Sultan ini membawa mesej jelas kpd rakyat Selangor terutama orang Melayu.

Ini juga dapat memastikan MB yang dipilih oleh PR mempunyai legitimasi yang lebih di mata rakyat S'gor.

Ini akan banyak membantu MB berkenaan dalam berhadapan dengan cabaran dalaman dan luaran.

Pelbagai isu akan dibangkitkan oleh pembangkang S'GOR.

Tidak timbul isu mungkit janji, tetapi PAS berusaha utk menyelesaikan dengan cara yang terbaik dan berhikmah.

Inilah yang membezakan antara PAS dgn PKR.

Seteru PAS ialah UMNO. Medan pertarungan adalah jiwa orang Melayu.

Ketaatan kepada raja adalah simbol untuk parti itu di sokong oleh orang Melayu.

Terengganu dan Perlis 2008 : UMNO yang majoriti menerima dgn berat hati pilihan MB oleh Sultan.

UMNO ambil masa lebih 5 tahun untuk tukar.

PAS bertindak demi kelangsungan PAS dan Pakatan Rakyat.

Hanya yang gelojoh sahaja tidak mengerti.

Tanpa Nama berkata...

jgn peningkan pihak istana pulak utk pilih sapa jd MB. PAS ni nk membodek x bertempat. ini hal politik. lainlah nk pilih OBJ ka, orang besar istana ka etc..

Tanpa Nama berkata...

Ingatkan najib sahaja yang Flip Flop tetapi PAS pun Flip Flop juga

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin PAS munafik.

aku yg lama sokong rasa mcm haramjadah.

Wala'?

Bergabung pun gagal, nk suruh aku walak?

wa boleh angkat kaki blah.

lain taun, aku pangkah BN

Tanpa Nama berkata...

persoalan: bagaimana nak wala terhdp pemimpin yg menikam rakannya sesama PR?

Tanpa Nama berkata...

Apa pun yg terjadi, FOKUS tetap Fokus. TIADA umnu atau BN dalam kamus kami. Pakatan nak tumbang ka, nak pecah ker.... tidak sesekali ku pilih bn.! Ingat, musuh yg paling bahaya adalah nafsu dan hati. Kalau tunduk nafsu dan hati, Malaysia kita punya. Cuma nak tanya, PAS dah bagi jalan pilih MB dari PKR, kenapa PKR keras kepala sgt nak DSWA? Tak boleh kompromi sikit ka? Sikap PKR boleh menyebabkan yg dikejar tak dapat, yg dikendong bercicirn. PAS ada prinsip dan minta diberi pilihan.Susah sgt ker? Wajib ker hanya DSWA sbg pilihan? Pe pasal susah sgt PKR tambah calon lain. Bila sultan perkenan mana2 calon, pastilah kena redho pilihan sultan. Lagipon, cer fikir skt. Sesuai ker DSWA merasmikan masjid, mengiringi sultan ke mana2, balik lewat malam sbb function, dan tiada masa dirumah?. Berilah jawatan yg sesuai dgn sifat kewanitaannya, bukan ikut nafsu dan hati...meskipun jadi MB wpon sehari. Teringat kisah monyat yg mahu makan cili, wpon dah diingatkan oleh kancil cili itu pedas, monyet tetap nak juga... Akibatnya.... mulut binasa. adakah kita mahu jawatan MB utk DSWA ini hanya untuk masa yg singkat? adakah pasti sebarang keputusan DSWA tidak ditentukan oleh suaminya? kerana Ini HANYA akan membuka lebih banyak peluang kpd BN untuk mendapatkan ruang untuk menyerang balas, bagaikan memberi peluru untuk ditembak? Apa pon, BN bukan pilihan lagi, tetapi bukanlah juga bermakna PKR mesti keras kepala. PAS sudah cukup berbudi, membantu DSAI bangun dari caci maki , dan telah merintis jalan bersama2 untuk sampai ke sini. Cukuplah DSWA, DSAI malahan Nurul Izzah.. berilah peluang kpd org lain utk membuktikan bahawa mereka juga mampu. Berilah jalan secara selamat kepada yg lain daripd bergolok bergadai, pecah berderai, kami semua rugi.Please rest in peace.

magua_putra@2000

Tanpa Nama berkata...

PAS ada keputusan mesyuarat yg dibuat oleh ahli2 mesyuarat, bukan hanya seorg yg menetukan keputusan mesyuarat. TOLONG FAHAM. kita bukan lagi golongan angguk2 mcm Umnu, cakap sikit tanda tak setia. PAS cukup dewasa, PKR tolong jadi dewasa sikit. jgn ada budaya Umnuuu dalam parti. Cer tgk DAP, releks jer... Patuh kepada suara terbanyak.

magua_putra@2000

Tanpa Nama berkata...

hello magua_putra@2000

Kalau DSWA tidak sesuai mengapa PAS sendiri ada mencalonkan juga DSWA?

Tanpa Nama berkata...

PAS mencalonkan DSWA sebagai tanda sokongan ke atas pilihan PKR. Apa masalah bila PAS minta satu nama tambahan sebagai pilihan alternatif? Org yg berakal mesti diberi pilihan. sbb tu ada syurga dan neraka. Ramai2 bijak pandai dalam PKR, tak kan tiada langsung calun ke-2? PAS bijak bila beri 2 pilihan, dan PAS sendiri yakin dgn AZmin selain Azizah sendiri. Kenapa PKR tak yakin dgn Azmin? Sedangkan DSAI dan Azmin dah ada pengalaman mentadbir diperingkat Malaysia? Jgn lah keras kepala sgt PKR. Kami penyokong dah banyak bersabar. Masalah dalaman jgn bawak sampai mengucar-kacirkan negeri Selangor nih. Selesaikan perbalahan parti, cool down and come back . Kami sabar menanti .

magua_putra@2000

A. Dusuki Amran berkata...

Wahhhh Banyaknya nak jadi hero..Banyaklah pakar-pakar atas nama anonymous.. Macamlah dia sorang yang perjuangkan PAS dan yang satu lagi macamlah dia sorang yang undikan PKR.. Woi..asyik menegakkan benang basah.. Jerung di sebelah tunggu kapal karam HAHAHAHAHA!!!

Tanpa Nama berkata...

Gabenor Bank Negara tu lelaki ka? Bodoh punya PAS

Fread

Tanpa Nama berkata...

Sama2 kita berdoa DUN Selangor di bubar. Aku nak tengok sangat PAS dapat berapa kerusi. Ini Parti tak sedar dek untung. duk perasan kuat sangat... chissssss

Tanpa Nama berkata...

magua_putra@2000 tu talibarut UMNO yg suka tgk PR berpecah-belah.

Apa yg UMNO suka itulah yg disukainya. Apa yg UMNO x suka itu juga yg x disukainya. UMNO suka PR huru-hara, maka dia pun suka. UMNO benci Anwar & PKR, maka itu juga sikapnya.

Dia suh tengok DAP, rileks jer katanya. Tapi DAP sokong bulat keputusan PKR. Apasal PAS tak boleh ikut?

GEBU berkata...

Kita tak usah berdalih untuk jadi munafik. Rasul SAW bersabda "Dari 73 golongan yg mengucap Dua Kalimah Sahadah" semuanya masuk neraka kecuali satu golongan yg mengikut Rasul dan para sahabat"

Tanpa Nama berkata...

pas dah nampak ade benda x kena dlm isu selangor ni. mula2 pr sambung lantik tski jd mb lps pru13 sbb tski cemerlang la, pandai tu la ini la. cuaca tgh elok tetiba dtg ribut x ker pelik, sbb tu mula2 pas sokong tski, dlm mesyuarat 17 ogos takut terjadi perpecahan dlm pr pas setuju dgn pkr tp dgn syarat calon 2 nama utk sultan pertimbangkan mana tau sultan x berkenan n bubar kerajaan n buat prn. lebur lg berjuta duit rakyat. tp pkr berkeras nak anto nama dswa jer. x ke nampak ade something wrong somwhere. punya la ade ramai lg wakil pkr berkaliber. patut pas skrg dah lepas tgn sbb dari awal2 lg pkr membelakangi pas. jd anything happen at the end , rakyat x leh salahkan pas lg. pasal pas dah tolerate.itu pendapat aku la. minta maaf klu bg yg x berapa berkenan. satu jer bg aku yg bangang. tak kira pas @ pkr, 2-2 sibuk buat statement kat media tanpa rujuk dari atasan. 2-2 pihak secara sukarela beli peluru dan siap tolong isi peluru sekali untuk umngok. ape daaaaa- semut oren

GEBU berkata...

Kami ahli PAS tu siapa dia? Aku pun ahli PAS tapi tak boleh terima dg sifat "Pepat diluar rencong didalam" bagi pemimpin PAS. Bukankah ini sifat munafik namanya?

Tanpa Nama berkata...

Jika PAS menjadi calun di Pengkalan Kubur, pastinya PAS akan kalah. Puncanya ialah PAS tidak menunjukkan kesetiaan dengan rakan seperjuang di PR dlam kes MB Selangor. Dipercayai pengundi DAP dan PKR di Pengkalan Kubur akan mengundi calun UMNO untuk mengajar PAS. Tunggu dan lihat.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin pemimpin PAS terbagi kepada 2 kumpulan. 1- kumpulan muda yang progresif dan melihat kedepan. 2 - kumpulan yang lebih berumur yang tidak melihat kedepan hanya syok sendiri dan berangan besar.Itu sebabnya PAS tidak bolih membuat keputusan yang betul dengan cepat dan selalu U turn. Jika ini berterusan, PAS tidak ada masa hadapan.

Tanpa Nama berkata...

UMNO akan menang Pangkalan Kubur celah gigi.

Tanpa Nama berkata...

Perangai pencacai penyokong fanafik pr nie..bila org x stuju je dituduh org pencacai umno...padahal parti pkr yg byk melompat..bangang skit2 nk salahkn pas...pemimpin sndiri yg bt masalah...ckup2 la berpolitik bodohh tue...rkyat dh naik meluat laaaa...yg dok kata org bt2 pndai tue..ko tue pndai sgt kerr??korg naik tue atas sokongan ahli pr jer ke...klu golongan rkyat marhaen ats x sokong ingt dpt naik ke?? Ape ingat golongan rkyat marhaen atas pagar x bagi sumbangan??? Ckp dgn sombong dan angkuh..masalah parti sndiri pn byk...!!

Tanpa Nama berkata...

Pas suruh kita pegang pada janji kalau mahu jadi islam yang sebenar. pas ini tidak islam lagilah sebab dia makan kawan juga dia tidak tunai pada janjinya.Kita minta sultan bubar dewan dan pkr tanding kawasan pas

Tanpa Nama berkata...

PAS tikam belakang kawan..next pru aku undi selain umporno dan pas

Tanpa Nama berkata...

Bila PAS buat keputusan begitu ianya ada yang tersirat. Bermakna PAS ingin jawatan MB tetapi berselingdung dibalik batu. Serah kepada sultan untuk buat keputusan. Adalah disyorkan supaya PAS tak perlu bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang. Urusan politik tak sama majlis tahlil atau doa selamat, boleh diserahkan kepada sesiapa saja.
Dalam umur yang menghampiri 60thn aku tak pernah sekalipun memangkah Dacing biru. Lambang roket adalah yang pertama aku pangkah bila layak mengundi, prinsip aku asal bukan BN. Prinsipku check and balance.
Tapi sayang pada ketika PAS berada tahap terbaik dengan sokongan non-muslim pemimpin jadi bongkak seolah-olah kemenangan mereka adalah hak pemimpin dan aku percaya dalam pilihanraya akan datang PR akan kecundang sepenuhnya. Hanya DAP yang akan menambah kerusi. Oleh itu perlu menarik lebih orang Melayu menyertainya untuk membolehkan mereka memerintah......

Tanpa Nama berkata...

PAS telah cadangkan dua nama iaitu Wan Azizah dan Azmin. Azmin telah tarik diri. Tinggal Wan Azizah sebagai calon MB.
Jadi, apa masalah PAS sebenarnya? Bukankah Wan Azizah calon yang dicadangkan oleh PAS juga? Adakah ini boleh dikatakan sebagai sifat munafik?
Dan berita terbaru, AJK PAS Pusat ada bertanyakan kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengenai sikap PAS yang terbaru ini, Presiden PAS mengakui mereka ingin bergabung (ber UG) dengan UMNO atas dasar perpaduan Melayu. Jika berita ini benar, sahlah segala berita mengenai puak UG di dalam PAS sebelum ini.

Tahir berkata...

PKR memang parti tak sedar diri. Mereka yang buat masalah PAS pulak yang dituduh macam-macam. Kalau dah tak mau kompromi calon cadangan PAS elok belah saja dan beri jawatan tu pada PAS. Kerana PKR punya kerusi paling sedikit, tak sesuai ketuai negeri. Berlagak macam besar sangat.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya org bawah yg keliru.Pendirian PAS jelas MB selangor adalah dari PKR.pihak kepimpinan atasan PR sudah faham khususnya Anwar Ibrahim akan pendirian PAS.itu sebab Anwar Ibrahim masih cover PAS.Pihak PAS juga kena jaga hubungan dengan istana.penyokong PR kena hormat pendirian parti yg masing2 mempunyai hujah.

Tanpa Nama berkata...

Aku harap puak2 munafik ni sila lah keluar dari PR dan tukar nama parti kepada Puak Munafik Semalaysia ataupun Parti Roundabout Sekeliling.

Tanpa Nama berkata...

Sejahat jahat ulama adalah ulama yg rapat dgn sultan. Sila rujuk kitab lama (Kaspul Asrar)

mosabit berkata...

PAS..Parti Amalan Songsang dari segi amalan percaturan politik walau dia dah ujud lebih 64 tahun berbanding PK yg baru hidup lebih kurang 16 tahun..... pas sangat lembab...kita lihat masalah di kedah semasa pas jd mb...apa pun pakatan rakyat dah ada majoriti dun utk WAWI jadi MB..isu di perak boleh di buat panduan...soltan perkenan MB yg ada sokongan majoriti...bubar dun pun sama juga...ditakdirkan nanti PR menang dengan majoriti sekurang2nya 30 DUN..pkr akan cadangkan nama WAWI gak...pusing2 situ gak...itukah yg PAS mau??..atau darah UG yg ada dlm badan pas telah naik mendadak...sebab pas ni sama mcm semangat 46...serpihan umno gakkkkk...KAH KAH KAH KAH KAH KAH ..I REST MY CASE MY LOARD...

Tanpa Nama berkata...

Berita terbaru, 13 ADUN PAS tak nak Azmin. Ini bermakna mereka bersetuju Wan Azizah jadi MB. Masalahnya Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tak nak Wan Azizah yang antara sebabnya dia seorang wanita. Bukankah PAS sebelum ini, telah menyatakan jantina/gender bukan isunya.
Jadi disini, nampak sangat Presiden PASlah yang sebenarnya penghalang kepada penyelesaian isu MB Selangor. Adakah Presiden PAS benar-benar salah seorang daripada puak UG walaupun saya seboleh-bolehnya mengharapkan ia sebaliknya.

Tanpa Nama berkata...

tak taulah ngapa dia nak pilih bini dia sgt... YB Azmin lagi layak rasanya

hijau berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Zab berkata...

Saya terbaca komen di Malaysiawaves dan di Malaysian Insider. Saya sudah membuat kesimpulan awal tentang UG. Cumanya apakah komen GB sendiri?

hijau berkata...

Tak payah pengaruh lah... sesiapa yg dlm ukhwah PAS dijamin 99.8% akan pertahankan parti islam... mmg kami sokong ulama pas..... bekas menteri besar selangor masuk PAS.... dah tak nak kat umno dah... jwppannya islam... Kalau jwpnnya kebendaan hidup lah selagi nampak duit.. kot2 duit boleh bawak dlm kubur

Tanpa Nama berkata...

in response to tak taulah ngapa dia nak pilih bini dia sgt... YB Azmin lagi layak rasanya by Anonymous

PKR dan DAP sudah pun merestui Wan Azizah sebagai calon MB sekalipun beliau isteri Anwar. PAS pun sudha mencalonkan WA di dalam mesyuarat J/K 17 hb Ogos yg lalu. jadi apa masalahnya dgn kamu?

Tanpa Nama berkata...

Pada saya, siapa sahaja yang mahu bersekongkol dengan UMNO tidak boleh dipercayai dan mesti ditolak kerana kita tahu bagaimana teruknya perangai UMNO ini yang suka mensabotaj polisi kerajaan negeri Selangor melalui syarikat milik mereka.

Tanpa Nama berkata...

Kerana apa yang berlaku dalam kemelut MB Selangor ni, ramai yang mengetahui rahsia politik sebenarnya, walaupun mereka semua masih samar samar apa sebenarnya politik itu,

Para Blogger termasuk Tuan GB pun sudah Nampak keilhlasannya, Nampak samada mereka ini lebih kepada blogger upahan atau seikhlas hati nak memperjuangan kebenaran.

Pendapat saya, mengapa terlalu banyak Blogger yang menghentam PAS?

Tetapi tidak menenangahkan ISU mengapa MB Selangor perlu ditukar?

adakah kerana keperluan politik? adakah kerana keperluan Parti?
ataupun kerana keperluan seseorang?

Pas hanya dihentam sebagai Kawan yang menikam dari belakang? tapi pernah kah kita bertanya? kawan yang dikatakan ditikam itu, adakah sebanarnya dia berkawan dengan ikhlas dengan PAS?


Pada Pendapat saya, sebagai Kawan ataupun rakan kita seharusnya menghormati kawan kita dahulu untuk kita dapatkan penghormatan dari dia....

tetapi dalam hal MB ni...adakah PKR sebagai kawan Kpd PAS....menghormati PAS dalam membuat keputusan tidak mahu lagi MB TSKI......sebelum PKR minta PAS menhormati keputusan mereka?


dan yg paling menarik sebagi contoh....langkah kajang...adakah PKR mengormati PAS dalam membuat keputusan mengenainya?

jd persoalan ini perlu dijawab dahulu sebagai seorang kawan oleh PKR sebelum PKR mahukan penghormatan dari PAS...

Green Boc berkata...

anon 9:56

Persoalan yang sdra timbulkan menyangkut soal "keikhlasan".

"Ikhlas" atau tidak seseorang adalah persoalan hati yang hanya diketahui oleh Allah swt.

Jika seseorang tidak ikhlas, hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan, dan beliau akan pasti menerima hukumannya nanti.

Apabila orang tidak ikhlas kepada kita, jgn pula kita pula tidak ikhlas kepada dia atau orang lain, nanti kita turut terhukum dengan hukum tersebut.

Wallahu alam

Anti Fitnah berkata...

Ini bukan soal satu nama atau dua nama. Ini soal SETIAKAWAN. Kita bagi cadangan dan orang tak terima. Walaupun kita tak suka, kita janganlah pulak khianat. Kan kita dok dalam satu kapal yang sama. Perlukah kita tebok kapal itu semata-mata kita tak setuju dengan Nakhoda kapal dan biarkan kita mati bersama? Fikirlah. Tambah-tambah lagi kita ni Parti yang memperjuangkan agama Allah swt. Jangan lidah bercabang sudah le?

Tanpa Nama berkata...

Kami orang islam memperjuangkan agama bukan macam lo sangup murtad nak mengikut bontot

Tanpa Nama berkata...

Yang tak mengerti tu kerana mereka merasakan diri terlalu bijak. Parti sepihan umno jiwanya masih jiwa songsang mengejar kebendaan. Tidak berhikmah dlm membuat keputusan.
Busuk hati terhadap PAS amat jelas. PAS sokong dikatanya PAS lembu PR. PAS beri cadangan berlainan sedikit dari mereka dituduhnya belot, pengkhianat, munafik dan mcm2 lagi.
Soalnya; adakah PKR sahaja yg halal melakukan apa saja dlm pengurusan PR sehingga memecat MB pun tak perlu dibincang dgn parti komponan terlebih dahulu. Tapi bila tersepit tiba2 mengungkit erti kesepakatan dlm PR.
Silap besar menganggap PAS belot dlm kesepakatan PR. Bersihkan diri sendiri dulu sebelum mengata orang.

Tanpa Nama berkata...

Tak usah berlakon jadi ahli PASlah Gebu. Nanti awak pulak dituduh munafik.

in response to mulai skrg, eloklah pkr n dap bergerak tanpa pas. anggap pas tiada lg dlm pr. kalau ada pun anggap sbg musuh dlm selimut, gunting dlm lipatan. jgn percaya mrk lg. , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

agama ke ajar kita khianat kawan lain kahkahkah

in response to Kami orang islam memperjuangkan agama bukan macam lo sangup murtad nak mengikut bontot by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Okay sahabat semua... sila fahami terma Pakatan Rakyat yg telah dipersetujui bersama sebelum ini.

Penang - DAP
Kelantan - PAS
Selangor - PKR.

Kalau kita bangkit masalah di Kedah dan Perak pd PRU yg terdahulu ada 2 situasi berbeza. Kedah dipegang oleh PAS manakala Perak hanya MB dr PAS waimah kerusi DUN majoriti dari DAP dan PKR. Cuba imbas kembali bila ura2 PAS nak tukar MB Kedah yg terdahulu adakah parti lain menunjukkan sikap berdolak dalik? Cuba ingat kembali DAP/PKR boleh bersetuju utk Nizar jadi MB walaupun PAS Adun minoriti ketika itu.

Masalah di Selangor terjadi bila PKR iaitu parti yg diberi mandat dalam PR utk mentadbir Selangor hendak menukar MB dr parti mereka dan hanya PAS yg banyak kerenah berbanding DAP yg memberikan sokongan tanpa banyak soal.

Persoalan disini siapa pun ditukar dan atas sebab apapun ditukar bukan isu yg perlu di BINCANGKAN oleh parti PAS ketika ini. PAS perlu beri sokongan kepada rakan dlm parti atas dasar MUAFAKAT dan KOMITMEN dlm menghadapi parti pembangkang iaitu BN.

Apa yg rakyat dan pengundi nampak diluar sana lebih kepada sandiwara dan permainan tarik tali oleh PAS sesama rakan PR. PAS dilihat cuba turut serta memberikan IDEA yg secara tidak langsung memaksa PKR terpaksa menerima impak dr sikap mereka yg membawa 13 sudu (adun) utk makan di dalam 1 pinggan nasi (MB) bersama 4 mangkuk sup (exco).

Walaupun berulang kali PAS mengatakan kerusi MB Selangor adalah milik PKR tetapi tindak tanduk mereka seolah-olah menafikan kata-kata mereka sendiri.

Andaikan Sultan secara tiba2 memilih adun dari PAS sebagai MB, adakah PAS akan menolak titah Tuanku? Rezeki jgn ditolak, betul tak? Apa yg tersurat di BIBIR tak semestinya tersirat di HATI.

Tanpa Nama berkata...

Bro...pas pun parti serpihan umno jugak...

in response to PAS adalah pengalaman mentadbir Kelantan lebih 20 tahun. PAS belajar drpd pengalaman getir mereka apabila berdepan dgn Semangat46 yg kembali kpd UMNO. Sejak itu, umum mengetahui kerajaan PAS Kelantan menghadapi masalah hubungan dengan istana. Namun, kepimpinan PAS berjaya menguruskan isu itu dengan baik dan dapat mempertahankan Kelantan. di Selangor, PAS cuba menyelesaikan masalah dengan mengambil jalan tengah dalam menentukan MB. jalan terbaik ialah menyerahkan kepada Tuanku Sultan. Perkenaan Tuanku Sultan ini membawa mesej jelas kpd rakyat Selangor terutama orang Melayu. Ini juga dapat memastikan MB yang dipilih oleh PR mempunyai legitimasi yang lebih di mata rakyat S'gor. Ini akan banyak membantu MB berkenaan dalam berhadapan dengan cabaran dalaman dan luaran. Pelbagai isu akan dibangkitkan oleh pembangkang S'GOR. Tidak timbul isu mungkit janji, tetapi PAS berusaha utk menyelesaikan dengan cara yang terbaik dan berhikmah. Inilah yang membezakan antara PAS dgn PKR.

Abd Samad berkata...

itu lah PKR bila tak sependapat dengan dia terus ditolak dengan biadap...semua mesti akur dengan kepala hotak dia..dulu mASUK umno LEPAS TU MAKI umno HABIS HABISAN..PADAHAL MEREKA PENJILAT kahak mahathir satu masa dulu...kerana mahathir tak sependapat dengan DIA saja ...

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya Anwar yg pergi pilih bini sendiri buat apa. Itulah dikatakan nepotisme yg paling kotor dalam sejarah politik negara. Pas tak mahu terlibat dengan kisah bodoh anwar si ketum. Prk jangan jadi bodoh sombong. Tengok masa pilihanraya la, jentera parti mana yg kuat. Kalau tak ada pas, ingat pkr boleh menang ?

Tanpa Nama berkata...

Gabenor bank negara kena taat juga kt najib