30 Okt 2014

Kesan Air Mani Di Spender Yang Lain, Bukan Yang Dipakai Masa Itu


Perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini selepas para peguamnya semalam menghala senapang mereka kepada bukti DNA yang digunakan dalam perbicaraan Liwat II, dengan memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa sampel diambil dari anakguam mereka tidak mengikut undang-undang manakala sampel dari pembuat tuduhan pula boleh dipertikaikan.

Berikut laporan langsung daripada Putrajaya oleh malaysiakini:

1.00pm Ketua hakim Arifin membenarkannya dan pasukan pembelaan akan menjawabnya pada Isnin.

Mahkamah ditangguhkan.

12.55pm: Shafee minta penghujahan dilakukan esok pagi dan beliau mahu menyelesaikannya sendiri esok.

12.40pm: Sangeet menunjukkan sel didiami Anwar kotor sebelum dia memasukinya.

Dia juga tunjukkan tandas dalam sel itu dan ketiadaan sinki.

Katanya, sinki terletak di luar sel.

Hakim Abdull Hamid sebelum itu bertanya berhubung testimoni polis yang saling bertentangan bahawa Anwar didengar memberus gigi, yang berbeza dengan penghakiman di Mahkamah Tinggi bahawa Anwar dilihat memberus gigi.

“Ini menunjukkan bahawa Anwar tidak boleh memberus gigi di luar kerana sinki berada di luar sel,”
kata Sangeet.

12.25pm: ‎Ram berkata, sel sperma tidak dipisahkan dengan betul oleh Jabatan Kimia.

Katanya, bukti DNA dan bukti saintifik tidak boleh dipercayai dan dengan itu tiada pentahkikan terhadap dakwaan Saiful diliwat.


Ram tamatkan penghujahan. Sangget pula sekarang membangkitkan berkaitan diari lokap yang menunjukkan keadaan sel Anwar.

12.10pm: Ram berkata, tiada kesan air mani pada seluar Saiful selepas insiden itu.

Hakim Suriyadi bertanya jika terdapat bukti bahawa seluar dalam Saiful dibasuh.

Ram berkata, seluar dalam Saiful yang digunakan pada hari insiden dibasuh tetapi kesan mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak digunakannya pada hari itu.

“Jika kesan mani ditemui pada seluar dalam sebelum itu, ia patut sama dengan kesan pada seluar yang digunakannya pada hari insiden,”
tambahnya.

Ram berkata, ahli kimia kerajaan berat sebelah apabila tidak mahu menjawab soalan oleh peguam bela.

12.05pm: Terdapat sedikit kekecohan apabila Ronnie Liu daripada DAP ditahan daripada memasuki mahkamah kerana tidak mempunyai pas masuk.

Katanya, beliau sudah dua minggu memasuki mahkamah tanpa pas dan justeru tidak harus ditahan.

Sementara itu, dalam mahkamah, Ram bertanya, bagaimana air mani boleh ditemui dalam rektum sedangkan tiada tembusan.

Katanya, satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat, ia bukan sampel yang sama.

12.00pm: Ram berkata, laporan pro forma di hospital menunjukkan Saiful melawan tetapi tiada luka akibat mempertahankan diri.

“Empat doktor, termasuk tiga daripada HKL, menyatakan tiada tanda-tanda kecederaan.

"Saiful berkata beliau diperlakukan secara kasar, menyebabkan kesakitan luar biasa tetapi tiada kecederaan.”


11.50am: Ram berkata, Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu Supt Jude dan doktor HKL bahawa ia berlaku selama 30 minit.

“Jika begitu (tempoh) lebih lama, akan terdapat tanda-tanda kecederaan.

"Ia menimbulkan keraguan jelas pada testimoni Saiful
,” katanya.

11.40am: Ram berkata, doktor HKL tidak menemui sebarang tanda koyakan atau atau luka akibat mempertahankan diri daripada Saiful.

Justeru, kata Ram, terdapat keraguan terhadap tembusan faktum pada Saiful.

Peguam bela juga berkata, Dr Mohd Osman mendapat duburnya dalam keadaan normal.


“Bagaimana kamu temui air mani dalam rektum apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration),” katanya.

Katanya, perkara itu hanya boleh ditemui jika sampel berbeza digunakan.

Justeru, katanya, hakim perbicaraan dan hakim mahkamah rayuan terkhilaf dengan menjangkakan sampel yang betul ditemui.

10.50am: Ram berkata terdapat penyalaharahan yang menyebabkan kesilapan mahkamah ketika Mahkamah Rayuan tidak mengambil kira perkara itu.

Beliau kemudian berhujah, doktor Pusrawi Dr Mohd Osman Abdul Hamid (gambar) patut dipertimbangkan, dan jika dia tidak bercakap benar dalam kes pembelaan, pendakwaan boleh mengetahui dan mencabarnya.

“Bagaimanapun, keterangan Dr Osman tidak dibantah, walaupun dia menyatakan Saiful mengadu sakit di dubur selama seminggu dan plastik dimasukkan dalam dubur Saiful.”


10.45am: Penyokong Anwar semakin bertambah. Kira-kira 100 orang kini berada di perkarangan Istana Kehakiman.

Mereka hanya duduk dan berborak sesama mereka.

Turut kelihatan ialah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang hadir ke Istana Kehakiman bagi mengikuti perkembangan kes rayuan liwat II.

Bagaimanapun, tiada pemimpin PKR kelihatan pada waktu ini.

Selain penyokong, terdapat juga peniaga yang mengambil peluang menjual kemeja-T bertulis “Rakyat Hakim” Negara kepada orang ramai.

10.30am: Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masuk ke mahkamah dan duduk sebelah adik perempuannya.

Ram Karpal teruskan penghujahan dengan berkata apa yang berlaku merupakan isu serius pencemaran bahan.

Katanya, pegawai penyiasat Jude Pereira juga mengaku bahawa IGSO tidak benarkannya membuka eksibit yang sudah ditutup.

“Garis panduan IGSO direka bagi memastikan integriti eksibit tidak dikompromi dengan memastikan ia dilabel berasingan dan tidak bercampur dengan eksibit tidak berkaitan.”


Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, salah seorang hakim Mahkamah Persekutuan bertanya sama ada dia mencemarkan keseluruhan sampel atau hanya membuka plastik beg besar.

Ram berkata ia dikira keseluruhan sampel sebagai kesan daripada tindakan itu.

10.20am: Ram berkata, tiada sebab untuk Jude membuka semula spesimen apabila kembali ke pejabat kerana ia ditutup secara berhati-hati oleh doktor HKL.

Jude, tambahnya, membuka P27 (beg plastik mengandungi sampel daripada Saiful).

“Ia (sampel) mungkin dikompromi,”
katanya.

“Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mempertahankannya dengan berkata Jude mengikuti Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).

Ram berkata, Jude ditanya berhubung IGSO dan pegawai penyiasat setuju bahawa dia tidak mengikutinya dengan teliti.

“Dia tutup semua bekas dan letakkannya secara berasingan dalam beg plastik berbeza dan tutup setiap beg plastik dan masukkan dalam beg plastik lebih besar (P27), yang ditutup sekali lagi.”

10.07am: Ram Karpal berkata, saksi pakar pasukan pembelaan dalam perbicaraan setuju bahawa 18 alel itu patut dilaporkan.

“18 alel itu bukan milik 'Lelaki Y'.”

Katanya, sampel-sampel itu mungkin dicemari DNA pihak ketiga yang diuruskan oleh pegawai penyiasat Jude Periera.

Seah, jelasnya, menerima sampel (Saiful) dan juga seluar dan seluar dalam daripada Pereira pada 30 Jun dan 1 Julai 2008, yang kemudian menemui kesan air mani pada B5, B7, B8 dan B9.

9.51am: Peguam bela Ram Karpal berkata 18 alel juga ditemui di tuala yang diambil daripada lokap.

“Kehadiran 18 alel mustahil daripada doktor yang memeriksanya. IO (pegawai penyiasat) mungkin telah mencemarkannya.

“Perkara ini patut disiasat lanjut. Ahli kimia Nor Aidora Saedon juga tidak menyiasat kehadiran 18 alel itu.”

Selain tuala, profil DNA 18 alel juga ditemui di dubur Saiful.

“Fakta menunjukkan 18 alel di sini (tuala) dan juga B9 (sapuan pada rektum tinggi Saiful) yang diperiksa Seah, berasal daripada orang yang sama – mungkin IO – yang mencemarkan kedua-dua eksibit.”

9.38am: Ram Karpal berhujah berhubung penemuan 18 alel (allele), yang sepatutnya dilaporkan.

“Ini sepatutnya dilaporkan. Ini bermaksud ia tercemar dan dan kita tidak tahu siapa.

("alel" atau "allele" adalah sepasang gen yang terdapat pada lokus yang sama pada kromosom yang homolog. ) -GB

"(Ahli kimia) Dr Seah Lay Hong gagal ikut garis panduan (dia sepatunya melaporkan).”

9.36am: Prosiding mahkamah bermula selepas Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria dan empat lagi panel hakim kes itu mengambil tempat.

Ram teruskan penghujahannya yang tertangguh semalam.

9.25am: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah masuk ke dalam mahkamah. Mahkamah bersiap untuk bermula dan Anwar kelihatan berbincang sesuatu dengan ketua pasukan pembelaan Gopal Sri Ram.

Dewan mahkamah penuh.

9.10am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk ke mahkamah.

Isteri, anak-anak dan bapa mertunya turut berada di dalam untuk mengikuti perjalanan kes.|

8.55am: Terdapat wakil daripada pelbagai kedutaan di mahkamah, termasuk Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Kesatuan Eropah.

Hari ketiga bicara Anwar bersambung selepas peguam serang bukti DNA

Perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini selepas para peguamnya semalam menghala senapang mereka kepada bukti DNA yang digunakan dalam perbicaraan Liwat II, dengan memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa sampel diambil dari anakguam mereka tidak mengikut undang-undang manakala sampel dari pembuat tuduhan pula boleh dipertikaikan.

Perbicaraan hari kedua itu menyaksikan usaha peguam Anwar mempertahankan keputusan hakim bicara sebelum ini yang membebaskan beliau dari tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana keraguan terhadap sampel DNA itu.

Peguam Anwar, Ramkarpal Singh semalam cuba menghancurkan bukti saintifik menyokong kes pendakwa sehingga Anwar diputuskan bersalah oleh Mahkamah Rayuan Mac lalu.

"Kami menyokong kesimpulan hakim bicara walaupun Anwar sepatutnya dibebaskan lebih awal kerana Saiful bukan seorang saksi yang berwibawa," katanya.

Anwar, 67, dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada Mac tahun ini tetapi mendapat penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan yang dijangka mengakhiri perbicaraan hari ini. Beliau diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa meliwat Saiful, bekas pembantunya di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun, 2008.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendapati Saiful saksi berwibawa dan mengarahkan Anwar membela diri.

Zabidin kemudiannya membebaskan Anwar kerana mahkamah tidak "100% yakin" kewibawaan sampel diambil dari Saiful untuk ujian DNA, atas alasan bukti itu boleh jadi sudah tercemar sebelum diserahkan kepada ahli kimia untuk diuji.

Ahli kimia kerajaan, Dr Seah Lay Hong merumuskan dalam laporannya bahawa wujud DNA Saiful, seorang 'Lelaki Y' dan satu lagi lelaki berdasarkan sampel diambil dari dubur Saiful.

Pada 16 Julai 2008, Anwar ditahan untuk siasatan dan dikurung satu malam di lokap Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, bagi membolehkan polis mendapatkan DNA dan membandingkannya dengan tiga profil dijumpai lebih awal oleh Seah.

Polis telah mengambil tuala, berus gigi dan botol air mineral dari lokap di mana Anwar ditahan. Ia kemudian hantar untuk ujian DNA oleh ahli kimia, Siti Aidora Saedon.

Profil DNA bagi setiap tiga bahan itu menunjukkan ia berasal dari sumber sama.

Siti Aidora kemudiannya membandingkan profil DNA dari tiga bahan itu dengan penemuan Seah dan mendapati ia sama dengan profil "Lelaki Y" itu.

Semalam, pihak pembela memohon menolak kesimpulan tersebut.

Peguam Sangeet Kaur Deo berhujah bahawa kaedah tiga barang itu diambil tidak mengikut undang-undang.

"Tidak ada bukti yang menunjukkan Anwar menggunakan ketiga-tiga bahan itu kerana tidak ada saksi yang memberikan keterangan," katanya.

Ramkarpal pula berhujjah, walaupun ada persamaan antara profil pada tiga barang itu dengan sampel DNA dari dubur Saiful, ia tidak boleh digunakan dalam mahkamah kerana ia diambil secara tidak sah.

Pihak pembela mengingatkan mahkamah semalam bahawa saksi pakar semasa perbicaraan juga mencadangkan sampel dari dubur Saiful mungkin telah tercemar.

Pakar forensik Prof David Lawrence Wells dan pakar DNA Brian Leslie MacDonald juga berkata adalah sukar mengumpul air mani selepas 36 jam kejadian serangan seksual itu.

Doktor dari Hospital Kuala Lumpur hanya mengambil sampel DNA dari Saiful sebelum tengah malam 28 Jun 2008 - 56 jam selepas dakwaan kejadian didakwa berlaku antara 3.00 dan 4.30 petang pada 26 Jun.

Well dan MacDonald berkata, kemungkinan spesimen mani diambil dari Saiful lama selepas dakwaan serangan itu telah tercemar.

Pihak pembela juga berkata, DNA Anwar telah sengaja diletakkan di situ.
– TMI













IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Blog Pun Kena GST - Blog GB Bakal Ditutup?

Menurut maklumat dari melvister.com, pemilik laman blog (web) atau forum turut kena GST bermula 1 April 2015.

Setelah pelaksanaan GST dijangka akan dilaksanakan mulai awal bulan April 2015, kesemua pemilik blog (website) atau forum yang menjana pendapatan menerusi platform tersebut tidak akan terkecuali untuk membayar cukai GST.

Manakala, platform online yang tidak menjana menjana pendapatan atau dibina sebagai untuk tujuan peribadi tidak akan dikenakan GST.

Seperti sedia maklum, pelaksanaan GST yang menggantikan sistem cukai sedia ada iaitu SST adalah berkonsepkan menyeluruh dan adil dimana semua perkhidmatan/ perniagaan secara online mahupun offline wajib membayar cukai tersebut.

Admin blog Kelab Greenboc belum lagi membuat keputusan samada akan meneruskan blog ini atau tidak apabila GST dikenakan kelak. Sebenarnya, pendapatan dari blog tidaklah sebesar mana, sekadar membantu membayar talian streamyx/broadband yang umum mengetahui harga internet dan jalur lebar di negara ini adalah terlalu mahal berbanding kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Setelah sekian lama berjuang di pesada siber, berkemungkinan besar ramai para blogger akan terpaksa menutup blog masing-masing, apatah lagi selama ini, perjuangan para blogger ini sekalipun diakui telah banyak membantu khususnya Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya, namun tiada rancangan khusus dari parti untuk membela dan menyokong usaha para blogger ini. Cukup malang nasib kami... tapi apakan daya... hanya Allah tempat kami berpaut selama ini.

Dalam perkembangan berasingan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) nampaknya sudah mula memandang serius isu perniagaan-perniagaan online yang tidak berdaftar.

Siakapkeli.com melaporkan, melalui sebuah notis yang dipaparkan E-Commerce Milo, pihak SSM sudah mula mengadakan pemantauan kepada beberapa peniaga di laman Facebook bagi memeriksa sama ada mereka ini memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat.


Menurut blog tersebut, SSM telah sudah mula menekankan tentang perkara ini di dalam Peraturan Peniaga Dalam Talian sejak Julai 2013 lagi. Tetapi setelah melihat peniaga-peniaga online seperti tidak mengendahkan perkara ini, kerajaan akhirnya mula mengambil serius bagi menguatkuasakan peraturan ini.

Selain dari perniagaan di Facebook, apa-apa perniagaan yang berlaku di atas rangkaian termasuklah di laman perkongsian gambar Instagram juga perlu memaparkan nama serta nombor pendaftaran syarikat mereka.

Sekiranya gagal, pemilik perniagaan tersebut akan dikenakan penalti sehingga RM5,000.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI