Perhimpunan Dedahkan UMNO Parti Assabiyah Bukan Wasatiyyah - Nizar

UMNO mendedahkan watak sebenar mereka sepanjang tempoh Perhimpunan Agung Umno 2011 yang berlansung di PWTC baru-baru ini.

Lebih ramai kini yang menyedari bahawa UMNO kini adalah sebuah parti yang mengamalkan semangat perkauman sempit dengan menjadikan perhimpunan mereka sebagai pesta memaki-hamun parti-parti di dalam Pakatan Rakyat, demikian tegas YB Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, AJK Pas Pusat di Majlis Hi-Tea Bersama Rakyat di Markas PAS Sungai Rambai, Melaka petang tadi.

Apa yang dilakukan oleh UMNO di sepanjang perhimpunan mereka tersebut ialah khususnya menanamkan semangat kebencian kepada DAP, di dalam konteks membenci kaum Cina, dan di dalam masa yang sama mereka cuba menutup segala macam skandal daripada disentuh atau dibahaskan di dalam perhimpunan tersebut.

Datuk Seri Nizar turut membidas sikap "assabiyah" melampau UMNO yang boleh menjadi penyebab berlakunya ketegangan kaum di dalam negara kita.

Beliau turut persoalkan konsep "wasatiyyah" (kesederhanaan) yang diwarwarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib, di mana apakah konsep wasatiyyah untuk rakyat belaka sedangkan pemimpin khususnya Najib sendiri hidup bermewahan dengan menggunakan wang rakyat bagi tujuan-tujuan dan kepentingan-kepentingan anak-bini dan keluarganya?

"Sewaktu negara menyambut kemerdekaan, Najib dan isteri berada di Perth Australia yang perbelanjaannya ke sana ditanggung dengan menggunakan wang rakyat!" tambahnya.

Menyentuh isu lembu NFC, beliau berkata bahawa pendedahan penyelewengan dan salahlaku projek NFC tersebut dilakukan oleh Jabatan Audit Negara sendiri, dan beliau yakin masyarakat Melayu bakal menolak UMNO di dalam pilihanraya akan datang ini akibat daripada sikap UMNO yang masih cuba membela penyelewengan RM250 juta berkenaan.

"Mana mungkin Sharizat Jalil boleh menidakkan projek berkenaan ada kaitan dengannya sedangkan terdapat tuntutan peribadinya sebanyak RM26,000 yang diluluskan oleh NFC sendiri?" soal Nizar.

Mengenai pilihanraya yang akan datang ini, GB bersependapat dengan Datuk Seri Nizar bahawa seandainya SPR berani meneruskan penyelewengannya, tidak mustahil nanti rakyat akan bangkit secara menyeluruh di seluruh negara, dan kebangkitan rakyat itu sepastinya lebih besar daripada Perhimpunan Bersih 2.0 yang berlaku sebelum ini. Apakah Najib berani mengambil risiko itu?


Artikel Penuh

2 comments:

View Comments/Post a Comment

Aziz Bari Bakal Ucapkan "Selamat Tinggal UIA" Awal 2012

Susulan siri tekanan, Aziz Bari tidak nafi timbang keluar UIA

KUALA LUMPUR, 4 Dis ― Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari tidak menafikan beliau akan meninggalkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ekoran siri tekanan termasuk siasatan baru-baru ini berkenaan kenyataan beliau menyentuh titah Sultan Selangor dalam kes Jabatan Agama Islam Islam (Jais)-gereja.

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan meninggalkan perkhidmatan di UIA awal tahun depan.

Malah difahamkan Aziz (gambar), 52, telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan UIA baru-baru ini dan diberi ‘penjelasan’ mengenai kedudukan semasa.

“Saya sedang mempertimbangkan perkara ini, ada beberapa opsyen,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Aziz berkata, walaupun ada beberapa pilihan tetapi jika boleh mahu terus kekal berkhidmat dalam bidang akademik.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai aspek tersebut tetapi difahamkan sudah tidak tahan dengan tekanan dan cara UIA melayan beliau sejak kebelakangan ini.

“Selama ini pun, sebelum isu Sultan ini timbul, universiti sudah sedia tidak senang dengan saya,” katanya dengan mengatakan bahawa surat tunjuk sebab yang diberikan UIA Oktober lalu merupakan surat tunjuk sebab ketiga.

“Itu sudah cukup untuk menunjukkan hebatnya tekanan ke atas UIA. Dalam kes ini kononnya pihak istana turut mengenakan tekanan. Ini semua menyukarkan saya untuk terus berada di UIA,” katanya lagi.

Insider difahamkan Aziz juga telah disenaraikan untuk kenaikan pangkat sebagai profesor gred ‘A’.

Ditanya mengenai hal ini beliau berkata: “Di atas kertas saya fikir saya layak.”

“Saya sudah berumur 52 tahun dan telah menerbitkan sembilan buku mengenai pelbagai aspek perlembagaan (saya sedang menyiapkan yang ke-10).

“Saya juga telah menerbitkan lebih 70 bab dalam buku dan artikel jurnal di samping telah membentang lebih 150 kertas dalam pelbagai seminar dalam dan luar negara. Saya telah menyumbang lebih 400 artikel popular dalam media selain sering dipetik oleh media cetak, elektronik dan portal,” katanya lagi.

Bagaimanapun, katanya, UIA menghadapi dilema kerana kalau hendak mengekalkan beliau pun tak boleh apalagi hendak menaikkan pangkatnya.

“Jadi dalam keadaan demikian apa lagi pilihan saya selain meninggalkan UIA,” tambahnya.

Dalam pada itu difahamkan Aziz ada menerima tawaran dari tempat lain.

“Saya komited dengan dunia akademik tetapi keadaan tidak membenarkan. Selain isu (Kolej Universiti Islam Selangor) KUIS saya juga pernah diperlakukan begitu di Perak tahun lalu. dan sebenarnya semakin banyak agensi dan media yang dilarang membawa kenyataan saya,” kata beliau.

Aziz menambah, beliau sedih kerana pelajar-pelajar yang menanggung risiko, khususnya yang mengikut pengajian doktor falsafah di bawah penyeliaannya.

“Apa pun saya tidak menyesal; saya boleh meneruskan perjuangan saya di mana-mana. Mereka boleh halau saya tetapi mereka tidak boleh rampas ideal dan tekad saya,” katanya.

Dalam pada itu sumber menambah, ada pihak yang tidak mahu UIA memecat Aziz kerana itu akan memburukkan imej Umno-BN.

“Apa pun surat tunjuk sebab UIA itu tidak cukup kuat untuk memecat beliau,” katanya lagi.

Aziz disiasat atas alasan telah memudaratkan imej universiti.

Beliau juga disiasat oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Akhir bulan lalu, Aziz memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau tiada langsung cita-cita mahu menyertai politik ataupun bertanding pilihan raya meskipun kalangan pemimpin Umno mencabarnya berbuat demikian.

Katanya, memberi pandangan di pentas ceramah pembangkang termasuk PKR baru-baru ini bukan bermakna beliau berhasrat mahu terjun ke dalam arena politik. -TMI


Artikel Penuh

7 comments:

View Comments/Post a Comment

Langkah UMNO Tiupkan Api Perkauman Dibidas, Tak Mungkin DAP Pimpin Pakatan Rakyat

Lim: Macam mana DAP boleh pimpin Pakatan?

Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di anatara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang.

“Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.

“Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan?

“Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu,” kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang.

Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.

“Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali.

“Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh sepuluh tahun,” katanya.

Menurut Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang, Najib dan konco-konconya semakin tertekan apabila DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan harapan baru kepada rakyat.

“Walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan kita di Pulau Pinang, serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa, kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat,” kata Lim.

azlanBeliau seterusnya membandingkan pentadbiran Pakatan dengan BN yang dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana terlebih belanja RM3.7 bilion dan juga mengenai skandal RM250 juta “lembu dan kondo” yang membabitkan keluarga seorang menteri kabinet.

“Demi menutupkan kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, Umno menggunakan senjata terakhir iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP.

“Itulah sebabnya kita mesti Bersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana rakyat akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah boleh bermaharajalela”

Lim juga menghuraikan kejayaan-kejayaan Pulau Pinang yang diterajuinya. Antaranya:

# penang ferry and mapnegeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, - RM12.2 billion, iaitu paling tinggi dalam sejarah negeri.

#dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion.

# pengurangan hutang yang paling besar - 95 peratus atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.

# berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27 peratus - penurunan yang paling tinggi di Malaysia.

# negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik yang mencemar alam.

# negeri tunggal dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.

# negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan.

# negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran one-off sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada waris-waris.

# mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010.

# menyumbang lebih 60 peratus daripada penerimaan pelancongan perubatan di Malaysia. -mk

Indeks Jenayah Pulau Pinang Turun 20.1 Peratus

GEORGE TOWN, 2 Dis (Bernama) -- Indeks jenayah Pulau Pinang berjaya mencatatkan penurunan sebanyak 20.1 peratus dalam tempoh Januari hingga November tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Zahruddin Abdullah.

Beliau berkata penurunan kadar jenayah itu melepasi sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang menetapkan penurunan 20 peratus.

"Jumlah kes-kes jenayah yang dilaporkan sehingga November tahun ini ialah 9,011 kes berbanding 11,281 kes pada tahun lepas," katanya kepada pemberita di sini hari.

Beliau berkata penurunan yang ketara berlaku pada jenayah ragut melibatkan 1,088 kes tahun ini berbanding 1,793 kes pada tahun lalu. Manakala jenayah pecah rumah mencatatkan penurunan sebanyak 445 kes berbanding 1,996 kes dilaporkan tahun lepas.

Walaubagaimanapun menurut Zahruddin kes samun motosikal mencatatkan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tahun lepas.

"Tetapi kawalan sentiasa diperkemaskan dari semasa ke semasa. Pemilik motosikal perlu lebih berhati-hati kerana pencuri motosikal kini menaik taraf peralatan yang digunakan untuk memudahkan kerja-kerja merompak," katanya.

Antara kawasan yang menerima laporan kehilangan motosikal paling kerap adalah di Seberang Perai Timur dan Daerah Timur Laut.-- BERNAMA




Artikel Penuh

1 comments:

View Comments/Post a Comment

Perhimpunan UMNO Buktikan Najib Tolak Transformasi & 1Malaysia, Julang Semula Perkauman

Najib tinggal transformasi, ambil kembali perkauman

Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam memperlihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa mengikut rentak timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin membawa politik perkauman dan kebencian.

AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad ketika diminta mengulas keseluruhan ucapan Najib sepanjang perhimpunan itu berkata, segala tranformasi yang dicanang perdana menteri itu sebelum ini, tenggelam dalam laugan perkauman parti itu sepanjang perhimpunan tersebut.

"Akhirnya Najib kembali mengambil garis yang sama seperti Muhyiddin iaitu garis perkauman dengan memainkan 'politic of fear' seperti zaman kuno.

"(Beliau) kembali menggunakan strategi menakutkan orang Melayu dengan menjadikan DAP sebagai momokan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Menurutnya lagi, rakyat khususnya bukan Melayu tentunya kecewa dengan pendekatan Najib yang ditunjukkan dalam perhimpunan Umno itu.

Najib yang sebelum ini ujarnya berdegar-degar dengan slogan tranformasi politik, liberalisasi dan inklusif, kini musnah sekelip mata dalam perhimpunan Umno itu.

"Rakyat tertanya-tanya mana transformasi Najib yang dia mahu bawa dahulu. Beliau kini semakin tajam perkauman dan dah jadi Melayu 'totok'.

"Najib perlu tahu bukan semua Melayu boleh ditakutkan. Hanya Melayu Umno sahaja boleh ditakutkan dengan perkauman seperti itu," katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr. Dzulkefly mahu rakyat menilai sikap pemimpin Umno itu dan mahu membezakan dengan apa yang dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

"Ini berbeza dengan PAS, yang membawa mesej keadilan Islam untuk semua, membawa mesej kasih sayang antara kaum, sedangkan mereka (Umno) pula bercakap tentang perkauman dan kebencian," katanya. -HD

Guan Eng: Pakatan beri harapan baru, Umno terus guna isu kaum

KUALA LUMPUR, 4 Dis — Umno terus menggunakan “senjata perkauman” untuk mencari undi pilihan raya umum ke-13 selepas gagal mencari kelemahan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Sebaliknya Lim (gambar) dengan merujuk kepada kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir kerajaan-kerajaan negeri mereka kini sudah mampu menawarkan harapan baru kepada rakyat Malaysia.

“Kegagalan mencari kelemahan kepimpinan Pakatan Rakyat yang berteraskan integriti ini yang menyebabkan Umno menggunakan senjata perkauman dan fitnah termasuk ke atas anak pelajar pemimpin Pakatan Rakyat.

“Umno sebenarnya pengecut kerana rela memfitnah anak 15 tahun saya mencabul kehormatan seorang gadis dan saya telah bayar RM200,000 untuk menutup kes ini,” kata beliau lagi dengan siri ucapan dan kenyataan pada perbahasan dalam Perhimpunan Agung Umno 2011 yang berakhir semalam.

Menurut Lim, dalam Perhimpunan Agung Umno pula parti itu memainkan perkauman dengan menyasarkan DAP dan cuba menakutkan rakyat bahawa kononnya ia mahu merampas jawatan perdana menteri sedangkan ramai tahu bahawa hanya bertanding bilangan kerusi Parlimen yang paling kecil di kalangan komponen Pakatan Rakyat.

Pada pilihan raya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen manakala PAS 66 dan PKR pula di 97 kawasan.

“Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan Rakyat? Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu,” kata beliau pada Kongres DAP Wanita Pulau Pinang Pertama Di Red Rock Hotel, George Town hari ini.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan mentadbir Pulau Pinang serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa “kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah (BN) di peringkat kerajaan pusat.”

“Dalam aspek ini, wanita memainkan peranan penting untuk menggerakkan perubahan untuk Bersihkan Malaysia. Bagai seorang ibu kepada anaknya, wanita mampu memberikan harapan kepada generasi muda negara bahawa masa depan akan lebih baik kerana kita semua sanggup berusaha untuk menjamin kesejahteraan mereka,” katanya lagi.

“Lihatlah, sungguhpun kaum wanita lebih bermoral dan beretika serta jauhi diri daripada rasuah dan penyelewengan bila masuk Umno dan BN jadi lain pula. Sampai seorang Ahli Parlimen Umno (Datuk) Bung Moktar (Radin) yang suka menghina kaum wanita tidak boleh memandu dan yang lagi kesat dan lucah sehingga tidak senonoh untuk disebut di sini boleh menjadi hero kerana berani minta Menteri Pembangunan Wanita (Datuk Seri Shahrizat Jalil) itu letak jawatan,” katanya lagi.

Lim menambah, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang martabatkan Wanita di Pulau Pinang, pemimpin wanita diberi peluang untuk berdiri sama tegak dengan pemimpin lelaki dalam menerajui tampuk pentadbiran negeri.

“Kita amat bangga kerana daripada daripada 148 Yang Dipertua dan Datuk Bandar di Malaysia, hanya terdapat empat orang wanita dan daripada empat ini, dua adalah di Pulau Pinang iaitu Yang Dipertua MPPP dan MPSP.

“Kita juga mempunyai Pegawai Daerah wanita yang pertama di Semenanjung Malaysia, dan wanita-wanita berkaliber sedang menjawat jawatan paling tinggi dalam badan-badan kerajaan negeri termasuk George Town World Heritage Incorporation, Penang Global Tourism dan InvestPenang,” katanya.

Lim juga berkata, rakyat mesti membersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah yang bermaharajalela.

“Pada hari ini, negara dan negeri kita berada di ambang perubahan. Di satu pihak kita sedang menghadapi krisis moral di peringkat kerajaan persekutuan yang bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.

“Pada hari ini, negara terus meruncing kerana pentadbiran yang tidak telus oleh Umno-BN. Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali,” katanya lagi.

Malah kata beliau, laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas.

“Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh 10 tahun,” katanya lagi.

Katanya, DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan satu harapan baru kepada rakyat Malaysia bahawanya negara tidak perlu menuju ke arah kemerosotan seperti masa kini.

“Kita di Pulau Pinang telah membuktikan bahawa, kerajaan yang cekap, amanah dan telus mampu membela kebajikan rakyat dan bukan setakat itu, malah mampu memacu ekonomi ke paras yang lebih tinggi,” katanya lagi. -TMI




Artikel Penuh

4 comments:

View Comments/Post a Comment

Pelakon Geofrey Memeluk Agama Islam

Petaling Jaya: Pelakon baru berketurunan Australia, Geofrey Perrin Williams atau nama Islamnya Jufri Rayyan Williams, 27, berasa lebih bertanggungjawab selepas memeluk Islam pada bulan lepas.

Gambar: Rayyan melafazkan dua kalimah syahadah di sebuah masjid di Kampung Jijan berdekatan Sepang pada minggu lalu. - Foto ihsan RAYYAN

Dia pernah muncul dalam beberapa buah drama tempatan seperti Habil dan Qabil, Cikgu Kemisah Kirby, Jangan Bunuh Matahariku, Jodoh Oh Jodoh, Durja Ningsun, Ar Rayyan dan Lilin Cinta.

Menurut pelakon yang selesa menggunakan nama Islamnya, Rayyan, tanggungjawabnya lebih besar memandangkan banyak perkara yang perlu diambil berat agar semua perkara yang dilakukan diterima oleh Allah.

“Saya sudah buka pintu yang tak pernah buka sebelum ini. Sebaik saya melangkah sekaki ke depan, saya rasa seperti sudah masuk ke dunia baru.

“Saya bersyukur kerana mendapat hidayah untuk memeluk Islam dan merasa tenang walaupun tanggungjawab saya menjadi lebih besar selepas ini.

“Saya bimbang jika ada yang akan gelakkan saya kerana saya masih kekok untuk membaca al-Quran melainkan hanya tahu mengucap dua kalimah syahadan dan membaca Al-Fatihah,” katanya kepada mStar Online.


Bagaimanapun dia tidak malu untuk mendapat tunjuk ajar daripada abangnya, Nordin Abdullah yang telah lama memeluk Islam pada tahun 1992 dan bapa kepada kekasihnya, pramugari Air Asia X, Juiza.

“Saya masih belajar untuk solat melalui abang dan ayah kekasih saya. Selain itu, saya ada merujuk buku-buku agama seperti buku panduan solat untuk mualaf yang diberikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Setiap bulan, saya perlu melapor di Jawi untuk menilai sejauh mana progresif saya mendalami Islam,” katanya.

Jelas Rayyan, banyak perkara yang membuatkan dirinya nekad memeluk Islam.



“Saya memeluk Islam kerana banyak sebab. Pertama, saya menjadikan abang saya, Nordin yang telah lama memeluk Islam sebagai contoh. Walaupun saya mempunyai kekasih berketurunan Melayu dan beragama Islam, tetapi saya memeluk Islam bukan kerana dia.

“Setiap kali berlakon, saya selalu melakonkan watak mualaf dan semua itu membuatkan saya perlu membuat kajian untuk menghayati watak itu dan menimbulkan rasa ingin tahu tentang Islam.

“Selain itu, saya mempunyai beberapa orang kawan iaitu Shahirah Alaiza yang menjadi kawan di pejabat lama dulu dan pelakon Adzriefaiz Azlan yang banyak berkongsi pengetahuan tentang Islam seperti kelebihan dan pantang larang orang Islam. Jadi, semua itu membuka mata saya,” jelasnya panjang lebar.

Mengenai reaksi keluarga setelah dia memeluk Islam, Rayyan agak bertuah kerana mempunyai ahli keluarga terutama ibu dan bapa yang memahami dan memberi sokongan kepada keputusannya itu.

“Ibu saya bertanyakan kepada saya sama ada saya akan berkahwin dengan kekasih saya dalam masa terdekat ini. Tetapi saya tak nak komen apa-apa lagi walaupun kami serius berkawan sejak lebih setahun lalu.

“Bagaimanapun, abang saya, Nordin dan kedua ibu bapa saya sangat gembira apabila saya memaklumkan berita ini,” ujarnya lagi.

Rayyan melafaz dua khalimah syahadah di sebuah masjid di Kampung Jijan berdekatan Sepang seminggu sebelum mendaftar dan sekali lagi melafaz dua kalimah syahadah di pejabat Jawi pada 30 November lalu.

Menyentuh tentang karier seni, Rayyan masih aktif berlakon seperti biasa dan baru selesai menjalani penggambaran drama Tok Ayah dan Jangan Bunuh Matahariku musim kedua serta muncul dalam filem Azura dan filem Hong Kong, Viral Factor.

Selain itu, dia akan menjalani penggambaran sekuel drama Cikgu Kemisah Kirby pada Isnin ini dan selepas itu mendapat tawaran untuk berlakon sebuah telefilem. -mstar


Artikel Penuh

3 comments:

View Comments/Post a Comment

UMNO Sudah Lama Membangsatkan Bangsa Melayu

Elak bangsa Melayu terbangsat

KUALA LUMPUR - Orang Melayu perlu memastikan negara ini tidak jatuh ke tangan parti-parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana jika ia berlaku maka bermulalah zaman keruntuhan Melayu dan lebih buruk lagi Islam akan dihina manakala Melayu menjadi bangsa bangsat yang merempat di tanah air sendiri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masa depan yang hitam dan menakutkan itu hanya akan dapat dielakkan jika ahli-ahli UMNO dan orang Melayu mendakap perjuangan parti itu serta menggempur habis-habisan pembangkang menjelang pilihan raya umum itu bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dalam ucapan penangguhan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2011 selama lima hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini petang semalam, Najib yang juga Perdana Menteri meminta orang Melayu yang berhadapan dengan gelora politik yang mencemaskan sejak pilihan raya umum 2008 supaya segera insaf tentang nasib buruk yang bakal menimpa mereka.

"Kalau kita leka, kalau kita alpa, kalau kita lalai, kalau kita masih bersengketa, kehinaan akan tiba di muka pintu. Tunggulah kehancuran, akan terbangsatlah Melayu, merempat di tanah sendiri," katanya. -kosmo

Ulasan GB

Sebenarnya UMNOlah selama ini yang menjadikan bangsa Melayu terbangsat!

Dengan sistem kehidupan yang jauh dari nilai-nilai luhur dan murni yang dituntut oleh Allah dan RasulNya, UMNO dengan fahaman kebangsaannya telah menyuburkan sistem kehidupan neo-jahiliyah dimana ciri-ciri sekularisma (memisahkan aktiviti kehidupan dengan agama) begitu menebal - sehingga tiada lagi neraca pahala dan dosa di dalam kehidupan seharian.

Akibat daripada itu, masyarakat dilanda dengan pelbagai penyakit di dalam setiap aspek sosial, ekonomi dan politik.

Di dalam aspek sosial budaya hedonisma hidup subur sehingga mengakibatkan pelbagai masalah di kalangan remaja.

Di dalam aspek politik, demi mempertahankan kuasa dan takut kalah, SPR dan sekalian agensi kerajaan diperkudakan, warga asing dengan mudah diberikan taraf warganegara, sanggup melantik agen Yahudi sebagai penasihat parti dan seumpamanya.

Sementara di dalam aspek ekonomi, amalan rasuah, kronisma, tamak haloba, penindasan berlaku secara wewenangan. Tiada bukti kezaliman dan kekejaman paling dasyat selain daripada rompakan hasil royalti minyak negeri kelantan, sebuah negeri yang diperintah oleh umat Islam sendiri.

Lantaran kezaliman dan kekejaman UMNO itu, bertempiklah mereka dengan bagaimana dan apa cara sekalipun, Allah tetap akan menurunkan mereka dari takhta kerajaan dengan menggantikan dengan parti yang lain.

Bahawa janji Allah itu benar:



Wahai orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang terkeluar dari ajaran agamanya, maka Allah akan gantikan mereka suatu kaum yang Allah kasihi mereka dan mereka juga mengasihi Allah, mereka bersifat lemah-lembut terhadap orang yang beriman dan tegas terhadap orang engkar, mereka berjuang pada jalan Allah, dan mereka tidak takut celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Meliputi Pengetahuan-Nya. [Surah Al-Maidah : 54]

Buktinya: (sila klik untuk baca)





Artikel Penuh

7 comments:

View Comments/Post a Comment

Giliran Parti Islam Menang Pilihanraya Di mana-mana Di seluruh Dunia

Parti Islam PJD menang pilihan raya Morocco

PAS turut mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) yang dilaporkan memenangi jumlah terbesar kerusi dalam pemilihan parlimen Morocco.

"PAS mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan Morocco yang telah berjaya memenangi pilihan raya di negara itu yang diadakan Jumaat lalu.

"Kita melihat kemenangan yang ditempa parti berteraskan Islam ini sebagai petanda positif rakyat yang kini mahu berubah untuk menerima parti Islam sebagai pemerintah," kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Seorang tokoh berpengaruh parti Islamik moderat Morocco itu, Lahcen Daodi mendakwa, berdasarkan laporan yang disampaikan mereka memenangi pilihan raya di Rabat, Casablanca, Tangier, Kenitra, Dijual, Beni dan Sidi Ifni Mellal dan beberapa tempat lainnya.

"Parti kami telah memenangi jumlah kerusi tertinggi," tambahnya.

PJD ini akan menjadi parti Islam moderat yang kedua yang memimpin pemerintah Afrika Utara sejak awal pemberontakan Musim Semi Arab menyusul Tunisia.

Keseluruhan kerusi parlimen yang dipertandingkan bagi pilihan raya kali ini adalah 395 kerusi parlimen dan PJD didakwa memenangi lebih separuh darinya.-HD

Pilihanraya Mesir: Parti Ikhwanul-Muslimin Dahului Kiraan Undi

Pergerakan Ikhwanul Muslimin mendakwa parti politik baharunya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mendahului keputusan awal pilihan raya parlimen Mesir.

Ikhwanul Muslimin pernah diharamkan semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak yang meletak jawatan semasa gelombang kebangkitan rakyat Mesir pada Februari lalu.

Sebelumnya, parti Ikhwanul Muslimin di Mesir sempat mengancam akan memboikot peilihanraya apabila undang undang darurat Mesir yang dilaksanakan di era kepemimpinan Husni Mubarak tidak dibatalkan.

Ikhwanul Muslimin bersama koalisi 37 parti politik mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar memperakukan, seandainya undang-undang tersebut tidak dihapuskan, mereka tidak akan meneyertai dalam proses pilihanraya umum yang hendak dijalankan.

Mereka juga mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar melarang para menteri Mesir di era Mubarak ikut serta di dalam pilihanraya umum.

Pasca turunnya Mubarak, populariti parti Ikhwan memang semakin meningkat di Mesir. Partai tersebut dianggap sebagai parti yang akan membawa perubahan di negara tersebut.

"Sejak proses mengundi hingga sekarang ini (semalam), keputusan awal menunjukkan FJP sedang mendahului parti-parti lain," kata satu kenyataan Ikhwanul Muslimin tanpa mengulas lanjut.

Pilihan raya tersebut dilangsungkan oleh pemerintah sementara Mesir iaitu Majlis Tertinggi Pasukan Bersenjata (SCAF) bagi memenuhi janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada penduduk awam.

Tercatat 55 buah parti politik ikut serta di dalam pemilihan tersebut dimana sebanyak 498 kerusi disediakan di parlimen dan Ikhawanul Muslimin sudah berjaya memperolehi 40 peratus suara dalam pemilihan umum tersebut. Demikian seperti diberitakan Reuters, Rabu (30/11/2011).

Mesir yang memiliki sekitar 80 juta penduduk merupakan bekas negara naungan British.

Ia merdeka pada 1922. -blog GB




TUNISIA - Yahudi Kecewa Parti Islam Menang

Gilles Jacob Lellouche, seorang anggota minoriti Yahudi Tunisia, hanya mengangkat bahu saat merenungkan masa depan di bawah pemerintahan yang dijalankan oleh parti Islam yang menyapu pemilihan umum bebas pertama di negara itu.

"Kami akan menunggu dan melihat," katanya terkait tentang kekhuatiran kebebasan minoriti dapat berada di bawah ancaman.

"Orang-orang telah berbicara, dan mereka telah memilih parti Islam An-Nahdhah," katanya kepada AFP.

Lellouche adalah calon tunggal asal Yahudi dari lebih 10.000 calon terdaftar dalam pilihan raya untuk maju sebagai anggota parlimen yang akan menulis ulang konstitusi - untuk pertama kalinya di Tunisia. Dia bertanding atas tiket Persatuan Republik Rakyat, yang memenangi satu kerusi yang jatuh ke kandidat lain.

"Tunisia tidak siap untuk membuka pintu ke kediktatoran baru yang baru saja ditinggalkan. Tetapi kami mesti tetap waspada," katanya menegaskan.

Ketika ditanya apakah orang-orang di komuniti Yahudi memandang positif tentang masa depan di bawah kekuasaan parti An-Nahdhah, dia menjawab: "Mereka tidak berpandangan negatif. Ada perbedaan substansial."

Tunisia memiliki salah satu minoriti terbesar Yahudi di dunia Arab, diperkirakan ada 1,500 orang dari total populasi lebih dari 10 juta penduduk Tunisia.

Lellouche mencatat bahawa Tunisia memiliki sejarah panjang hubungan antara-komuniti yang penuh keramahtamahan dan mengatakan ia percaya Islam sebagai agama yang toleran.

Namun pada Mac lalu, dua bulan setelah jatuhnya diktator Zine el Abidine Ben Ali yang dianggap sebagai benteng melawan Islamisasi, sekelompok lelaki Muslim menyerang sinagog Yahudi di luar kota Tunis, salah satu yang terbesar di antara sedikit sinagog di negara ini.

Bulan berikutnya, pemerintah Israel membuat pendanaan untuk membantu Tunisia memindahkan orang Yahudi ke Israel, dengan alasan memburuknya sikap masyarakat terhadap komunitas Yahudi sejak penggulingan Ben Ali.

Lellouche menyalahkan keberhasilan An-Nahdhah yang sebahagian ada pada dekad kediktatoran yang meninggalkan Tunisia dengan tidak adanya perdebatan politik budaya.
"Tunisia menemukan diri mereka di supermarket politik. Mereka yang menjual idea-idea terbaik datang dari atas.

"Terserah kepada kita dalam politik untuk merevisi cara kita menjual ide," katanya menambahkan.(fq/afp)



Ulasan GB

Ya, giliran Parti islam Semalaysia di negara ini akan tiba juga akhirnya.

Sungguh benar janji Allah:


Bahawa bumi itu akan di warisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih. [Suratul Anbiya: 105]



Artikel Penuh

6 comments:

View Comments/Post a Comment

Sumpah Baiah: UMNO Tunjuk Kepada Dunia Ia Sedang Diambang Kehancuran

PRU13: Muhyiddin ketuai perwakilan ikrar taat setia

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengetuai ikrar taat setia kepada parti, antaranya menolak hasad dengki sesama anggota, bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi," lafaz Muhyiddin sambil diikuti perwakilan yang menggemakan dewan besar di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC).

Usaha itu dilihat bagi memastikan budaya cantas mencatas yang cuba dibendung habis-habisan dalam perhimpunan 'terakhir' sebelum pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Pendekatan itu juga dilihat hampir sama dengan bai'ah yang diamalkan dalam parti lawan PAS apabila setiap calon bertanding bersumpah dengan nama Allah untuk taat setia.

Ikrar taat setia itu berbunyi:

"Kami orang UMNO, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

Kami orang UMNO berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada YAB Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.

Kami orang UMNO bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah s.w.t, bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Kami orang UMNO berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti."


Sumpah itu juga menyebut mereka "orang Umno" memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihan raya nanti.

Antara lain dalam sumpah itu, mereka berikrar memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada presiden untuk memimpin mencapai kemenangan besar.

Sejurus selepas itu, beliau juga membaca doa "rabitah" atau memohon kekuatan daripada Allah.

Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya juga yakin parti itu akan menang besar dan mendapat kembali penguasaan dua pertiga di parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, tambahnya, terdapat tujuh syarat yang perlu dipatuhi terlebih dahulu.

Ia antaranya, bersatu, bersetia pada parti, berkidmat untuk parti dengan sepenuh hati, berkorban apa saja, berusaha gigih, reda jika tidak terpilih menjadi calon dan sentiasa bertawal.

"Jika kita bersungguh-sungguh mengamalkan ramuan-ramuan ini, insya-Allah parti kita Umno akan menang besar, sekurang-kurangnya dengan majoriti dua pertiga.

"Target kita mesti tidak kurang majoriti dua pertiga," katanya lagi.-mk

Najib: Umno cipta sejarah buat bai’ah, dakwa tragis jika Pakatan ganti BN

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Perhimpunan Agung Umno 2011 membuat ‘sumpah bai’ah’ buat kali pertama dalam sejarahnya, dilihat mengikut amalan PAS, untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan Presidennya Datuk Seri Najib Razak menyifatkan ia sebagai “pilihan raya paling getir” bakal dihadapi mereka.

Dalam ucapan penggulungannya Najib mendakwa negara akan berhadapan dengan tragis jika Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada DAP-PAS-PKR memenangi pilihan raya umum akan datang.

“Kita berdepan dengan pilihan raya paling getir... untuk membuat pilihan paling getir yang akan menjadi penentu kepada sama ada akan menikmati masa depan yang terang, antara (mengekalkan kerajaan) Umno-BN dan (memilih) Pakatan... kita berdepan dengan tragis jika memilih Pakatan Rakyat,” kata beliau.

Pengerusi BN ini menambah, Umno membuat sejarah apabila buat pertama kali parti itu mengadakan ikrar atau “bai’ah” sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Najib berkata ahli-ahli Umno dan orang ramai tiada pilihan kecuali mengundi Umno-BN dan meletakkan harapan ke atas kerajaan semasa meneruskan kuasa pemerintahan.

Dilihat kandungan ucapan penggulungan senada dengan ucapan dasar yang disampaikan kelmarin, Najib berkata, ucapan penangguhan beliau petang ini bertujuan meyakinkan pengundi-pengundi yang berada di luar Dewan Merdeka, khususnya rakyat bukan ahli Umno.

Katanya, beliau tiada masalah dalam meyakinkan ahli-ahli Umno termasuk mereka yang menghadiri perhimpunan agung tahunan.

Beliau yang mengetuai Umno sejak 2009 menambah, partinya sudah mula menampakan kebangkitan, yang menurutnya dapat dilihat hasil keputusan siri pilihan raya kecil kebelakangan ini.

Dalam ucapannya, Najib juga berkata beliau gembira kerana perhimpunan kali ini mencapai empat matlamat yang beliau gariskan iaitu bersatu, bersiap sedia, menyokong pelan transformasi kerajaan dan dapat meyakinkan 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyat.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menggerakkan semangat anggota parti dengan melafaz ikrar taat setia kepada parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Muhyiddin mengajak seramai 5,447 perwakilan daripada 191 bahagian yang hadir untuk bersama-sama beliau melafazkan ikrar tersebut sebagai lambang taat setia kepada parti demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.

“Marilah kita bersama-sama bangun dengan semangat kesatuan dan kesepakatan, kejujuran dan keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan parti kita, kata beliau.”

Ikrar itu berbunyi:

“Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

“Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya nanti.

“Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah s.w.t, bagi memastikan kemenangan Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-13.

“Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihan raya nanti.

“Terima kasih saudara-saudari perwakilan.” -TMI


Ulasan GB

Tiada ulasan lain yang dapat diberikan apabila pertama kali di dalam sejarah, UMNO terpaksa melakukan ikrar taat setia disamping menyelitkan sumpah baiah - memberikan satu petanda dan petunjuk bahawa: sungguh benar UMNO kini berada di ambang kehancuran.

Setelah satu demi satu pekung terdedah, UMNO masih dengan sindrom penafiannya disamping cuba menyalahkan pihak lain khusus Pakatan Rakyat tetapi tidak dan enggan memperbaiki kelemahan mereka. Justeru ikrar taat setia dan sumpah baiah itu dengan sendirinya senjata yang bakal memakan tuan.


Artikel Penuh

5 comments:

View Comments/Post a Comment




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: