7 Jul 2009

ISU KE MANEK URAI : KHIR TOYO BAKAL HABISKAN USIANYA DI DALAM PENJARA

Jika kerajaan BN ini sebuah kerajaan yang tidak korup dimana Ruruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bertindak adil, cekap, telus dan tanpa berpilih, Khir Toyo sudah pasti telah di bawa ke muka pengadilan.

Belum pun selesai isu penyalahgunaan dana negeri yang meibakan pemindaan dana bernilai lebih RM1 juta yang diberikan kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS), kini timbul isu pembinaan banglo mewah, Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam, apabila kos pembinaannya dikatakan melebihi pendapatan yang diperolehinya ketika menjadi Menteri Besar Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, ini berikutan nilai hartanah mewah tersebut mencecah kira-kira 24 juta ringgit yang mencakupi keluasan tanah lebih 1 ekar.

Menurutnya, istana Khir Toyo ini juga dibina di atas dua lot tanah yang dibeli dari Syarikat Ditamas Sdn Bhd dengan keseluruhan harga 4 juta ringgit.

“Istana ini paling kurang 18 juta, belum campur perabot, jadi saya estimate sebagai 20 juta, campur dengan 4 juta tanah, istana Khir Toyo nie 24 juta”,katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas DUN Mengenai Tanah, berkata demikian kepada media selepas melawat banglo mewah Khir Toyo di Jalan Suasa, Seksyen 7, Shah Alam pagi tadi.

Dalam pada itu, Ng Suee Lim turut mempersoalkan sumber kewangan Khir Toyo yang meragukan kerana mampu memiliki banglo mewah berjuta-juta ringgit, walhal gaji serta elaun yang diterima selama 8 tahun menjadi menteri besar hanya 4.7 juta ringgit sahaja.

“Saya kira 48 ribu tanpa berbelanja setiap bulan, tak payah belanja semua makan minum kerajaan tanggung termasuk semua pembantu semua dia tanggung, net profit Khir Toyo dapat RM48 ribu, kali 12 bulan, bermaknanya satu tahun dia punya gaji 576 ribu, 8 tahun keseluruhan dia dapat, lebih kurang 4.6 juta campur interest RM4.7juta, saya nak tanya, saya minta khir toyo beri penjelasan daripada RM4.7 juta ini, boleh kah memiliki banglo sebesar istana Khir Toyo ini?

Ng Suee Lim tidak berhasrat untuk melaporkan kepada mana-mana pihak berkuasa, tetapi menyerahkan kepada rakyat Selangor untuk menilai sendiri ketelusan Khir Toyo semasa menjadi Menteri Besar.

Menurutnya, Khir Toyo sering mempersoalkan ketelusan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor, sedangkan beliau sendiri jelas tidak telus dalam mentadbir negeri selangor di bawah naungan barisan nasional.

“Jadi kalau kita bicarakan soal ketelusan, soal integriti, kebertanggungjawaban, jadi benda ini Khir Toyo kena jawab kepada media, kepada rakyat kenapa dia memiliki harta yang sebegini besar”,katanya.

Ng Suee Lim menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes ini dengan adil, berikutan pendedahan beberapa dokumen pembelian tanah yang dibuat Khir Toyo pada Julai 2007.

“Saya mintak SPR, Suruhanjaya Pencegah Rasuah jangan jadi pelindung tolong siasat dan tak perlu cari dokumen dengan saya dokumen ini ada di PTG. Tanya kenapa seorang Menteri Besar, penjawat awam, yang tak boleh meniaga dalam 8 tahun boleh dapat harta yang begitu banyak”,katanya.

Banyak pihak yakin bahawa setelah kerajaan pusat diambil-alih oleh Pakatan Rakyat dimana selepas SPRM, polis, institusi kehakiman dan lain-lain agensi kerajaan dibersihkan daripada manipulasi dan eksploitasi politik UMNO BN, kes Khir Toyo ini akan diberikan perhatian serius dan impiannya untuk tinggal di istana yang bukan di dalam kemampuannya akan bertukar kepada kediaman di sel penjara sebagai ganti.

MANEK URAI : Kempen Pilihanraya Bermula

Pakatan Rakyat optimis PAS akan terus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai berdasarkan kesepakatan kerjasama parti-parti itu walaupun diuji dengan pelbagai cabaran termasuk isu kerajaan perpaduan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kini tiada lagi isu dalam pakatan setelah selesai isu kerajaan perpaduan dan keadaan ini membolehkan ia berkempen dengan lebih selesa.

"Calon PAS (Mohd Fauzi Abdullah) adalah menyamai ketokohan gemulah (bekas ADUN Manik Urai Allahyarham Ismail Yaakob) dan insya-Allah kita boleh menang," katanya ketika mengulas proses penamaan calon pilihan raya kecil itu di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di sini hari ini.

Pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Fauzi dan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat.

Abdul Hadi juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan kerana berjaya memastikan proses pencalonan hari ini berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, gerakan Islam di negara ini akan terus subur terutama di Kelantan apabila semua pihak diyakini akan terus menyokong PAS di Manek Urai.

"Mudah-mudahan gerakan Islam yang dibawa PAS akan menang dan kesepakatan dalam hubungan semua antara pakatan adalah lebih baik daripada kerajaan perpaduan," katanya.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr. Tan Seng Giaw berkata, kehadiran beberapa pemimpin pakatan itu pada hari pencalonan membuktikan kesungguhan mereka bagi membantu PAS mempertahankan kerusi itu.

"Awak boleh lihat keadaan baik dan calon pun sangat baik yang sudah tentu kami boleh menang," katanya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, PKR akan turut bersama berganding bahu untuk memastikan PAS dapat mengekalkan kerusi Manek Urai.

"Saya yakin ini adalah kelebihan kita di Manek Urai," katanya.