28 Okt 2007

Bangkai Helikopter Nuri Dijumpai

Posted on Tuesday, July 17 @ 15:14:09 MYT by greenboc
Berita Oleh Greenboc

aGENTING HIGHLANDS, 17 Julai -- Bangkai helikopter Nuri Tentera Udara Malaysia (TUDM) yang hilang sejak Jumaat lepas dijumpai di Gunung Bunga Buah, berhampiran Genting Highlands tengah hari tadi, kata jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), demikian laporan Bernama.

Kesemua enam pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia terkorban dalam nahas helikopter Nuri, menurut kenyataan TUDM hari ini. TKO masih belum mendapat maklumat terperinci mengenai berita ini sekalipun mengikuti rapat perkembangan kejadian malang ini.


Utusan Malaysia hari ini ada melaporkan pada hari semalam iaitu hari keempat misi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah helikopter Nuri bersama enam krewnya yang hilang di kawasan hutan di sini sejak Jumaat lalu, gempar dengan dua berita penemuan ‘mayat’ di Janda Baik dekat sini dan Batang Kali, Kuala Kubu Baru, Selangor malam ini.

Maklumat diterima menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada pukul 7.55 malam yang menyatakan terdapat mayat dipercayai di sekitar Kampung Janda Baik, kira-kira 30 kilometer dari markas utama SAR di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini.

Satu lagi SMS diterima termasuk oleh petugas media memberitahu tentang penemuan mayat di Batang Kali, Kuala Kubu Baru.

2Berikutan maklumat itu, sekumpulan kira-kira 40 wartawan yang berkampung di sekitar Genting Highlands berpecah untuk ‘membuat liputan’ di kedua-dua lokasi tersebut.

Apabila tiba di Janda Baik menuju ke lokasi dinyatakan iaitu kawasan hutan tebal, kira-kira pukul 8.40 malam, petugas media cetak dan elektronik memang ‘mencium’ bau di kawasan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan mereka mengikuti dengan penuh minat operasi mencari yang sedang dijalankan dalam keadaan gelap oleh sekumpulan kira-kira 30 anggota Rela di kawasan itu.

Bagaimanapun, pada kira-kira pukul 9 malam, pegawai Rela terbabit memberitahu pihak media bahawa mereka telah mencari di sekitar kawasan tersebut sejak pukul 6 petang dan gagal menemui sebarang petunjuk.

Mengenai bau itu, difahamkan, kemungkinan ia adalah bangkai binatang yang baunya beralih-alih ditiup angin di kawasan berdekatan. Namun operasi SAR di kawasan itu tetap diteruskan sehingga lewat malam ini.

Ketua Polis Daerah Bentong DSP Mohd Fakri Che Sulaiman bagaimanapun menyangkal spekulasi bau busuk itu ada kaitan dengan kehilangan helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dikatakan mungkin terhempas di kawasan tersebut.

c"Selepas mendengar kenyataan daripada beberapa saksi, kami telah menghantar sepasukan polis dan Rela ke kawasan itu kira-kira pukul 7 malam tadi dan memang kawasan tersebut diselubungi bau busuk yang kuat.

"Tetapi sehingga pukul 10 malam, kami gagal mengesan sebarang petunjuk untuk mengukuhkan dakwaan helikopter itu terhempas di sini," katanya ketika ditemui pemberita di kawasan itu.

Polis, katanya telah menamatkan operasi mengesan pada pukul 10 malam tadi ekoran keadaan yang terlalu gelap selain kawasannya yang curam dan dipenuhi pokok buluh.

Mohd Fakri juga menyangkal laporan sebuah portal berita malam ini bahawa anggota mencari dan menyelamat (SAR) telah mengesan beberapa mangsa nahas yang terselamat.

pesawat Nuri dipandu oleh juruterbang Kapt Nor Azlan Termuzi dan pembantu juruterbang Kapt Nor Intan Asykeen Mohd Arof membawa bersama Sjn Khusnizam Ariffin (kuartermaster udara), Sjn Mohd Azmie Md Yassin, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias dan Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Pangkalan TUDM Sungai Besi ke Kuantan apabila dilaporkan hilang setelah terputus hubungan dengan menara kawalan pukul 9.35 pagi Jumaat, kira-kira 10 minit setelah berlepas.

Tiada ulasan: