5 Ogo 2009

Inkues Teoh Beng Hock : 5 Ogos 2009

Inkues menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, ditangguhkan sehingga esok selepas mendengar keterangan enam orang saksi.

Lima daripada enam saksi itu merupakan kakitangan kawalan keselamatan di Plaza Masalam, tempat Teoh ditemui mati bulan lalu.

Prosiding bermula pukul 9 pagi tadi dan ditangguhkan 1.30 tengah hari tadi. Ia dijadual bersambung pagi esok.

Pada prosiding hari ini, peguam yang dilantik mewakili kerajaan iaitu peguam bela dan peguam cara Tan Hock Chuan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah mencadangkan untuk mengemukakan 97 saksi.

"Kita juga bercadang untuk memanggil enam orang saksi awal dan tiga orang ahli kimia.

"Selepas ahli kimia, kita juga bercadang untuk memanggil tiga orang ahli patalogi sebagai saksi... mereka adalah antara 12 saksi awal yang akan dipanggil," katanya.

Menurut Tan, tiga laporan utama telah disiapkan iaitu laporan toksilogi, kriminologi dan laporan DNA.

Beliau berkata laporan DNA kedua juga telah diperolehi dan diserahkan kepada pihak-pihak berkepentingan pada pagi tadi.

"Swab sampel DNA telah diambil daripada 157 individu membabitkan kesemua staf SPRM Selangor, anggota polis yang terlibat dalam siasatan, anggota jabatan forensik, tukang cuci dan orang perseorangan," katanya.

Saksi pertama yang memberi keterangan hari ini ialah Siti Zabedah Yahaya, 41, merupakan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di bangunan Plaza Masalam.

Beliau merupakan individu pertama yang menjumpai mayat Teoh pada 16 Julai lalu.

Zabedah memberitahu mahkamah kira-kira pukul 1.10 tengah hari beliau berehat di sebuah bilik stor di tingkat 19 banggunan berkenaan.

Dua puluh minit kemudian, ketika beliau ingin menutup tingkap yang dibukanya ketika mula-mula memasuki bilik berkenaan, beliau ternampak satu lembaga manusia terbaring di koridor tingkat lima.

"Selepas 20 minit berehat saya hendak tutup tingkap saya jenguk ke bawah. Saya nampak lembaga manusia terbaring di koridor tingkat lima.

"Saya tidak puas hati, saya nak pastikan sama ada ia (lembaga manusia terbaring) tertidur atau pengsan, saya ambil satu skru meja dan lempar ke bawah," katanya.

"Lepas tak bergerak, saya rehat sekejap, lepas lima minit saya panggil kawan saya. Kawan saya pun nampak apa yang saya nampak.

"Kemudian, saya hubungi En Ridzuan untuk beritahu, selepas saya hubungi dia saya tidak buat apa-apa lagi," katanya kepada mahkamah.

Selepas menerima panggilan dari Siti Zabedah, juruteknik unit penyelenggaraan bangunan Plaza Masalam, Mohd Ridzuan Samsuri dan seorang rakannya, Rosli Salleh bergegas ke tempat kejadian.

Beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa koridor tingkat lima bangunan berkenaan, iaitu tempat mayat Teoh ditemui hanya boleh diakses oleh pengawal keselamatan dan pegawai penyelenggaran bangunan sahaja.

Menurutnya orang awam tidak boleh mengaksesnya sambil menjelaskan bahagian berkenaan hanya boleh dimasuki melalui dua laluan.

Laluan pertama ialah melalui sebuah tingkap pejabat, manakala laluan kedua ialah melalui dua pintu jeriji besi berkunci yang hanya boleh dibuka oleh pengawal keselamatan dan pihak penyelenggara.

"Koridor tingkat lima hanya boleh pergi melalui pejabat orang, itupun dengan kebenaran... itupun kena melalui tingkap dan cara kedua ialah melalui pintu jeriji dan perlu lapor kepada pengawal," katanya.

Terdapat lima kunci pendua pintu dan jeriji yang disimpan pihak sekuriti dan penyelenggaraan, kata Mohd Ridzuan dan menambah, pihak sekuriti dan penyelenggaraan bangunan itu yang keluar dan masuk ke kawasan itu perlu mencatat dalam buku log yang disediakan.

"Saya tak pasti pihak sekuriti ada buat catatan pada 15 atau 16 Julai, yang saya ingat ada catatan buka dan tutup sistem penghawa dingin pada pukul 10 pagi dan 10 malam untuk bangunan membeli-belah (di Plaza Masalam).

Sebaik sampai di tempat kejadian, Mohd Ridzuan memberitahu mahkamah bahawa beliau ternampak seseorang terbaring dalam keadaan mencurigakan.

"Dari jauh saya nampak orang terbaring dalam keadaan mencurigakan. Setelah saya datang dekat, saya lihat seorang lelaki berkulit putih macam Cina terbaring berlumuran darah yang sudah kering... bahagian lututnya juga ada kesan darah kering." katanya.

Bagaimanapun Mohd Ridzuan berkata beliau tidak menghubung pihak polis berhubung kejadian tersebut sebaliknya hanya memaklumkan kepada pegawai atasannya melalui walkietalkie.

"Saya panik, ini kali pertama melihat kejadian seperti ini, saya hanya hubungi pegawai atasan, bukan saya yang hubungi polis," katanya.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind bertanya mengenai bidang tugas beliau sebagai juruteknik di bangunan berkenaan.

Jelas Mohd Ridzuan, antara tugasnya ialah menyelenggara talian telefon, sistem paip, elektrik serta bertanggungjawab untuk menjaga sistem penghawa dingin keseluruhan bangunan.

Menyentuh mengenai penghawa dingin, Gobind meminta penjelasan lanjut daripada Mohd Ridzuan.

Kemudian Mohd Ridzuan berkata: "Untuk bangunan pejabat, (termasuk pejabat SPRM di tingkat 14), penghawa dingin menggunakan "central system" (sistem berpusat) yang akan tertutup sendiri lepas pukul 6 petang," katanya.

Gobind telah bangun bertanya: "Adakah anda bersetuju bahawa pada pukul 6 petang, pejabat SPRM tidak mempunyai sistem penghawa dingin?"

Mohd Ridzuan berkata: "Ya, saya setuju."

Kemudian Gobind bertanya lagi sama ada SPRM mempunyai penghawa dinginnya yang sendiri, dan Mohd Ridzuan menjawab: "Ada tetapi sedikit sahaja."

Sementara itu saksi ketiga, Mohd Khairul Izwan M.Nasir yang merupakan penolong kanan sekuriti bangunan itu mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan mayat berkenaan oleh Mohd Ridzuan.

"Sampai di tempat kejadian, saya dapati Encik Ridzuan dan Encik Rosli masih berada di situ. Saya lihat seorang lelaki berkulit putih tertiarap dengan mengiring sebelah kanan, kepalanya berdarah tetapi sudah kering.

"Pegawai saya arahkan untuk tutup badan mayat dengan plastik hitam dan tindih dengan batu bata untuk mengelakkan plastik itu ditiup angin," kata Mohd Khairul ketika disoal peguam Tan Hock Chuan.

Mohd Khairul berkata pihak polis kemudian tiba ke tempat kejadian kira-kira lapan hingga 10 minit selepas beliau menghubungi mereka pada pukul 1.55 petang.

Diminta penjelasan daripada Gobind sama ada beliau meneliti mayat mangsa, Mohd Khairul memberitahu: "Saya tidak lihat dengan teliti. Saya kelam kabut dan panik kerana tidak pernah melihat kejadian seperti ini berlaku sebelum ini."

Turut dipanggil memberi keterangan sebagai saksi keempat ialah anggota polis berpangkat koperal, Abd Karem Ohtman, yang menerima panggilan dan maklumat daripada Mohd Khairul berhubung kejadianitu.

"Pada jam 1.57 petang semasa saya bertugas di bilik gerakan ibu pejabat polis daerah Shah Alam, saya terima panggilan daripada seorang lelaki Melayu yang mengaku dirinya pegawai keselamatan di Plaza Masalam.

"Dia memberitahu terjumpa mayat seorang lelaki Cina terbaring di tingkat 15 Plaza Masalam disyaki membunuh diri.

"Saya kemudian memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat dan diarahkan untuk menghubungi pakar forensik di ibu pejabat kontinjen Selangor," kata Abd Karem. -MSTAR

BERITA SEBELUMNYA

Ujian DNA ke atas ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa dan juruteknik Lee Wye Wing menunjukkan sampel mereka tidak sepadan dengan kesan darah pada kot dan tali pinggang Teoh Beng Hock, yang ditemui mati di Plaza Masalam di sini, bulan lalu.

Ia diumumkan oleh peguam keluarga mendiang, Gobind Singh pagi tadi ketika inkues disambung hari ini.

"Kedua-dua mereka telah beri sampel DNA, setelah dianalisa keputusan tersebut tidak sama dengan milik Teoh," katanya.

Tan dan Lee memberikan sampel DNA minggu lalu selepas inkues ditangguhkan Rabu lalu.

Inkues disambung semula pagi tadi.

Pada awalnya Tan dan Lee dilaporkan enggan memberikan sampel untuk ujian DNA.

Pada hari pertama inkues minggu lalu, peguam bela dan peguam cara, Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan berkata, satu sampel DNA milik seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui di bahagian belakang kot dan tali pinggang Teoh.

Katanya, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian luar kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.

Sementara itu, satu lagi profil DNA daripada spesimen yang diambil daripada bahagian tali pinggang Teoh yang terkoyak mendapati terdapat campuran DNA yang menyamai spesimen darah Teoh dan sekurang-kurangnya seorang lagi lelaki yang tidak diketahui.

Seramai 102 orang telah diuji bagi menentukan sama ada DNA mereka menyamai DNA lelaki yang tidak diketahui itu.

"Saya diberitahu oleh ahli kimia bahawa keputusan ujian 90 orang telah pun siap dan ujian bagi 12 lagi individu lelaki akan dijalankan.

"Saya juga diberitahu oleh pegawai penyiasat, dua orang enggan memberikan spesimen contoh DNA mereka," katanya.

Rakaman kamera video litar tertutup (CCTV) di lobi Plaza Masalam, Shah Alam pada 15 Julai, sehari sebelum Teoh Beng Hock dijumpai mati, menunjukkan kelibatnya yang sedang berjalan di situ.

Peguam Tan Hock Chuan yang membantu Koroner Azmil Muntapha (ulang: Muntapha) Abas memberitahu inkues mengenai kematian Teoh bahawa seorang ahli Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga turut melihat Teoh pada pukul 6.10 petang hari yang sama.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima plaza tersebut, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Sebelum itu, seorang pengawal keselamatan di plaza itu Abdul Rahman Rahim, 51, yang ditunjukkan 10 keping gambar CCTV mengesahkan kehadiran beberapa anggota SPRM.

Antara yang kelihatan ialah anggota SPRM yang dikenali sebagai 'Ashraf' (orang terakhir melihat Teoh), pegawai yang menemuduga pada hari berkenaan; dan seorang lagi pegawai kanan SPRM Selangor.

Kesemua rakaman itu diambil dari pukul 8 pagi 15 Julai sehingga pukul 8 malam keesokannya.

Abdul Rahman berkata sebelum kejadian beliau tidak pernah melihat kehadiran pegawai kanan SPRM Selangor itu di situ seawal pagi begitu (antara pukul 4 hingga 8 pagi).

Ditanya Tan adakah beliau ada melihat atau mendengar sesiapa jatuh dari bangunan semasa bertugas dari pukul 4 hingga 8 pagi, 16 Julai lalu, Abdul Rahman berkata: "Tidak".

Selain Abdul Rahman, rakan setugasnya Wan Rosli Wan Adam, 38, turut ditunjukkan 10 keping gambar CCTV, iaitu gambar yang berlainan.

Beliau mengesahkan terdapat gambar beberapa lelaki yang bekerja di SPRM tetapi tidak mengetahui nama mereka kerana mengenalinya melalui wajah sahaja.

Tan kemudiannya memberitahu mahkamah antara kelibat itu adalah pegawai merekod, salah seorang pegawai yang menemuduga Teoh, dan ketua operasi siasatan SPRM.

Wan Rosli juga berkata dari pukul 12 hingga 1 pagi di kawasan lobi, beliau melihat empat anggota SPRM masuk bersama seorang lelaki Cina (tidak disahkan ia adalah Teoh atau orang lain kerana saksi tidak mengenali Teoh) dan pada pukul 1 hingga 2 pagi muncul seorang anggota Jabatan Pendaftaran Negara (JPM).

Dalam prosiding hari ini, Abdul Rahman dan Wan Rosli, masing-masing mengakui tiada sebarang catatan dibuat bagi merekod individu yang keluar masuk ke plaza itu kerana mengenali mereka serta mengetahui anggota SPRM bertugas 24 jam sehari.

Keadaan bertukar tegang apabila Gobind Singh Deo, wakil keluarga Teoh mempersoalkan kenapa perkara itu tidak dibuat sedangkan ia amat penting dan Abdul Rahman menjawab ianya tiada perlu kerana yang bekerja hingga lewat malam hanyalah anggota SPRM.

Katanya, walaupun mengenali dan pernah berbual dengan anggota SPRM, beliau tidak pernah mengambil tahu mengapa mereka bekerja hingga lewat malam dan siapa yang disiasat.

Selain Tan, prosiding ini turut dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Abazafree Mohd Abbas, peguam Malik Imtiaz Sarwar mewakili kerajaan Selangor serta beberapa orang peguam dari Majlis Peguam.

Prosiding disambung esok.
BERNAMA



Era Najib Altantuya : Wajah-wajah Yang menakutkan - Wanita UMNO

Ape teruk bebenor gelaknye yong... hodohnye..
sampai katak pun boleh masuk mulut Yong..


Kuapan paling besar dan paling lama di dunia...
Sebab terlalu lama menunggu pemimpin Umno yang
dikasihi, tapi belum juge kunjung tibee.... Gambar Sam, TKO

Bai : Saja santai...Sabda Rasulullah" Gelak yang terlalu
banyak dan melampau akan mematikan hati kita." - sendirimauingat

Era Najib Altantuya : Ekspedisi Selamat Kembali

Seramai 45 peserta ekspedisi kerajaan Kelantan ke pelantar minyak Cakrawala di Laut China Selatan selamat kembali petang ini selepas bertolak ke kawasan berkenaan pagi semalam.

Mereka terdiri daripada wartawan, jurugambar, bloger dan pemimpin masyarakat tiba kira-kira jam 3.20 di jeti Pengkalan Kubur hari ini.

Manakala rombongan anggota Exco, Dato' Husam Musa pula tiba di pangkalan Tok Bali jam 11 malam tadi. Rombongan itu disertai 20 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat.

Kepulangan dua bot milik nelayan itu disambut Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Husam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.

Biar pun mereka nampak kepenatan, namun wajah setiap peserta ekspedisi kelihatan ceria apabila melihat Menteri Besar menyambut kepulangan mereka di jeti.

Kumpulan dua bot itu berlepas kira-kira jam 10.05 pagi semalam di jeti Pengkalan Kubur.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa syukur kerana rombongan selamat pulang setelah mengikuti perjalanan ekspedisi itu selama dua hari.

"Ekspedisi ini misi rakyat dan mereka amat prihatin bagi mempertahankan hak mereka.

"Rakyat Kelantan sentiasa sedar terhadap tanggungjawab menjaga hak dan harta yang dikurniakan Allah, di samping menjaga maruah," katanya.

Beliau berkata, biar pun perkara itu cuba dinafikan pihak lain rakyat Kelantan tetap yakin ia menjadi hak mereka. -harakahdaily

Era Najib Altantuya : ADUN Kemasik Dikambinghitamkan Untuk Pulih Imej SPRM?

NNama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amat tercemar berikutan kematian setiausaha politik kepada Exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock semasa dalam siasatan suruhanjaya tersebut.

Ketika demontrasi memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos lalu terdapat pandangan yang mengatakan SPRM itu ialah `suruhanjaya pembunuh rakyat Malaysia' dikatakan berikutan kematian Teoh itu.

Akhirnya SPRM tidak terlepas daripada badan kerajaan yang digossip rakyat seperti juga Jabatan Kerja Raya (JKR) dipanggil `jangan kerja rajin'. JKR mendapat gelaran tersebut kerana pada tahun 70 dan 80 an, jentera pengangkutan jabatan tersebut dilihat paling perlahan melalui jalan raya.

Bagi mengatasi masalah kerja kakitangan yang perlahan dan memulih nama jabatan tersebut maka kerajaan mula menyerahkan projek jalan raya malah termasuk menurap jalan berlubang kepada syarikat swasta sedangkan sebelum ini ia dilakukan JKR.

Kemungkinan seperti juga JKR tadi maka SPRM perlu membuat sesuatu bagi memulihkan nama baiknya yang makin tercemar. Jalan permulaannya mencari mangsa yang boleh ditahan untuk menutup mulut pembangkang.

Apakah kes menangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Kemaman bersama dua lagi rakannya di sebuah bilik hotel di Kemaman, Terengganu, pada 2 Ogos lalu dan direman selama lima hari bermula 3 Ogos bagi membantu siasatan, adalah perancangan memulihkan maruah SPRM?

Ketiga mereka itu ditahan oleh SPRM setelah dipercayai menerima sogokan berjumlah lebih RM20,000 daripada sebuah syarikat pemaju. Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan pembangkang bahawa SPRM adalah alat kerajaan Barisan Nasional (BN).

"SPRM adalah satu badan bebas dan mereka tidak pilih bulu, jadi parti pembangkang telah dakwa SPRM sebagai alat kerajaan BN, (dakwaan itu) adalah tidak benar dan kalau mereka (SPRM) dapat laporan yang dilakukan oleh sesiapa pun, mereka akan ambil tindakan," katanya.

Malah dengan bangga Najib boleh menunjukkan kepada pembangkang bahawa contoh `tidak pilih bulu' ialah apabila SPRM menahan Adun terbabit untuk siasatan terhadap kes yang dihadapi selain terus menguatkuasakan undang-undang mencegah jenayah rasuah.

Sekiranya ini cara SPRM menutup maruah tercemar mereka maka amat teraniaya Adun dari Kemaman dan rakan mereka yang terbabit.

Adun tersebut dikenali cukup baik dari segi lahiriah seperti kata Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat katanya: "Sebagai pemimpin saya tidak menyangka dia ( Adun tersebut ) mempunyai tingkahlaku negatif, saya mengenalinya sebagai seorang yang pendiam."

Malah dikatakan Adun terbabit tidak juga dalam senarai nama dalam laporan polis atau SPRM. Tidak sepertimana nama pemimpin besar Umno yang dibuat laporan polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum nama ditukar kepada SPRM oleh pembangkang terutama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Begitu juga Bekas Pengerusi Gerakan Demokrasi dan anti Korupsi (Gerak) Mohamad Ezam Mohd juga antara yang aktif ketika dahulu membuat laporan polis dan BPR tetapi sehingga sekarang tidak ada kesan.

Laporan terakhir Ezam sebelum menyertai Umno ialah kes rasuah bekas Pengarah BPR Datuk Seri Zulkifli Mat Noor yang kertas siasatannya diarah tutup oleh Peguam Negara.

Malah Ezam membuat cabaran terbuka kepada pihak berkuasa bahawa jika siasatan Peguam Negara mendapati aduan rasuah Gerak dan Ramli Manan tiada kes maka beliau bersedia ditangkap kerana membuat laporan palsu.

Ezam sebelum ini membuat laporan BPR terhadap Datuk Seri Zulkifli Mat Noor dari dokumen yang diperolehi bersabit dakwaan bekas Pengarah BPR Sabah Ramli Manan.

Berikutan tindakan SPRM itu juga, politik Umno di Terengganu makin bergolak. Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh makin terasa Umno pusat mula menghakis pengaruh beliau di Terengganu.

Apakah geng Idris boleh menerima mainan politik Umno pusat terhadap kumpulan mereka? Setelah banyak aduan dibuat kepada Najib dan Umno pusat berhubung tingkah laku Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang gagal memerintah Terengganu tetapi tidak diambil peduli.

Apakah sudah tiba giliran geng Idris dianaktirikan? Mungkin juga timbul soalan Umno Terengganu apakah sesuai kumpulan Idris di kambing hitam untuk selamatkan maruah SPRM?

Apa yang pastinya hanya nama SPRM sahaja berubah tetapi tindakan dan siasatan berpilih yang telah sinonim sejak BPR lagi tetap berlaku. Hanya satu sahaja langkah pulih SPRM iaitu Najib perlu letak jawatan. -Adnan Ibrahim

Kes Teoh Beng Hock : DNA Terus Jadi Misteri

Sampel DNA misteri yang dijumpai pada jaket dan tali pinggang setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, mendiang Teoh Beng Hock semakin menjadi tanda tanya.

Peguam Tan Hock Chuan mewakili Pendakwa Raya hari ini mendedahkan kesemua sampel DNA yang diambil dari 157 orang disahkan tidak sama dengan sampel misteri itu.

Hock Chuan mendedahkan perkara itu pagi tadi semasa prosiding inkues keatas kematian mendiang Teoh yang bermula hari ini di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Peguam mewakili keluarga mangsa, Gobind Singh Deo meminta mahkamah untuk mengesahkan bahawa sampel DNA dari dua saksi iaitu Tan Boon Wah dan Lee Wye Wing tidak sama dengan DNA misteri itu.

"Inkues telah bermula dengan panggilan saksi-saksi. Kebanyakan mereka saksi- saksi yang telah menjumpai mayat. Termasuk pekerja penyelenggaraan dan pengawal keselamatan. Mereka telah bagitahu bagaimana keadaan mayat telah jumpai dan bagaimana mereka membuat laporan pada pihak polis. Esok kita akan mulakan soal balas dengan saksi pakar saintifik, pakar patologis yang ada beberapa sample yang telah dianalisa," ujar Gobind

Boon Wah dan Wye Wing masing-masing dituduh mempunyai kaitan dengan kematian Teoh oleh sebuah blog selepas peguam tidak membenarkan mereka menyerahkan sampel kepada pihak berkuasa.

Prosiding bermula dengan mahkamah memanggil saksi utama yang menjumpai mayat mendiang Teoh di bumbung tingkat 5 bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.

Saksi utama Siti Zabedah Yahya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan memberitahu mahkamah, sekitar jam 1.10 petang, dia sedang berehat dalam sebuah stor di tingkat 19. Setelah berehat selama 20 minit, dia menjenguk tingkap sebelum bercadang untuk menutupnya. Tatkala itulah dia ternampak satu lembaga menyerupai manusia seolah- olah sedang tidur di koridor berkenaan. Dia kemudiannya bertindak menjatuhkan skru meja untuk mengejutkan lembaga itu. Namun tidak mendatangkan hasil. Dia kemudiannya menghubungi bahagian penyelenggaraan bangunan untuk tindakan lanjut.

Mahkamah kemudiannya memanggil saksi kedua, juruteknik yang meyelenggara bangunan itu, Mohd Ridzuan Samsuri. Ridzuan menjelaskan ketika dia sedang bertugas mengawasi kawasan tempat letak kereta dibahagian hadapan bangunan Plaza Masalam, dia mendapat panggilan telefon dari pengawal keselamatan, Siti Zabedah Yahya bahawa terdapat satu lembaga dibumbung tingkat 5.

Dia kemudian bersama seorang kawan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati lembaga itu adalah mayat seorang cina, berlumuran darah yang sudah kering. Dia melaporkan penemuan itu kepada pihak keselamatan dan kemudiannya kepada pihak polis. Polis tiba kira- kira 10 minit kemudian.

Mahkamah berhenti rehat selama setengah jam dan kembali bersidang dengan memanggil saksi ke 3 iaitu penolong kanan keselamatan bangunan tersebut, Mohd Khairul Izwan Mohd Nasir.

Khairul menjelaskan pada mahkamah dia menerima laporan penemuan mayat mendiang kira- kira jam 1.49 petang. Dia dan pegawainya bergegas kebumbung berkenaan dan mendapati mendiang dalam keadaan mengiring kearah kanan dengan kesan luka yang sudah kering dikepala.

Dia kemudiannya menutup mayat itu dengan plastik hitam atas arahan pegawainya, tanpa langsung menyentuh tubuh mendiang.

Khairul tanpa ragu bersetuju dengan andaian Gobind bahawa ketika mayat mendiang ditemui bahagian saku jaket mendiang kelihatan terkeluar seolah- olah terdapat sesuatu barang telah dikeluarkan dari saku mangsa.

Saksi ke 4, Abdul Karem Othman yang bertugas sebagai pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam mengesahkan dia menerima laporan penemuan mayat di Plaza Masalam 15 Julai lalu. Dia kemudiannya menghantar pasukan peronda bagi mengesahkan kejadian tersebut sejurus membuat laporan kepada Pegawai penyiasat.

Prosiding berhenti rehat bagi memberi laluan kepada Karpal Singh yang baru sahaja tiba.

Mahkamah kembali bersidang dengan memanggil saksi ke 5, Wan Rosli Wan Adam yang bertugas sebagai pengawal keselamatan. Dia memberitahu mahkamah bahawa pintu ke bumbung bangunan itu dikunci dan hanya pengawal keselamatan dan pihak penyelenggara sahaja yang dibenarkan naik ke bumbung.

Saksi ke 6, Jaafar Ibrahim yang juga berkhidmat sebagai pengawal keselamatan mendedahkan buku catatan harian yang memuatkan senarai nama pelawat yang memasuki bangunan itu selepas waktu pejabat tidak dicatat pada 15 julai lalu. Namun dia tidak dapat mengesahkan siapa yang memegang buku itu tatkala ini. Majistret Azmil Mustpha Abbas mengarahkan pihak peguam membawa buku catatan itu ke mahkamah esok.

Mahkamah ditangguhkan esok dengan sesi soal balas dengan tiga pakar kimia dan tiga pakar patologis. -TVA

Era Najib Altantuya : UMNO Penjajah dan Pemusnah Melayu

Utusan Malaysia menyiarkan rencana bertajuk "Melayu jangan jadi bacul". Malaysiakini menyiarkan berita bertajuk "'Malays, don't be cowards': Utusan strikes again" mengenai rencana itu. Ulasan-ulasan di sini dan di sini.

Satu lagi percubaan akhbar bongok bangsa Umno untuk mengelirukan orang-orang Melayu Islam. Akhbar bangsa Umno dan penulis bangsa Umno itu cuba menutup hakikat bahawa yang sebenarnya bacul ialah bangsa Umno.

Bangsa Umno fikir orang-orang Melayu Islam lupa bagaimana kerana kebaculan mereka, bangsa Umno telah mencincang-cincang kerusi Melayu dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ketika itu, bangsa Umno takut menghadapi orang-orang Melayu Islam yang menolak mereka. Dalam pilihan raya 1999, 65 peratus orang-orang Melayu Islam dengan beraninya menolak penjajahan bangsa Umno ketika bangsa pemangsa orang-orang Melayu itu mendabik dada bahawa hanya mereka sahaja yang tahu memerintah negara ini.

Ketika itu, bangsa Umno mendakwa bahawa tindakan menukar kerajaan dan kepimpinan negara tidak baik untuk negara ini. Biar mereka sahaja yang memerintah. Mereka fikir orang-orang Melayu Islam buta. Di Thailand, nama perdana menterinya belum sempat kita ingati, tiba-tiba sudah bertukar perdana menteri yang lain. Begitu juga di Jepun.

Adakah Malaysia lebih maju dari Thailand dan Jepun? Adakah rakyat Malaysia lebih makmur dari rakyat Thailnad dan Jepun?

Cukup saya beri satu contoh sahaja bagaimana bangsa Umno menipu dan cuba memperbodoh-bodohkan orang-orang Melayu Islam.

Kerana sifat baculnya untuk berhadapan dengan orang-orang Melayu Islam, bangsa Umno telah mencincang-cincang kawasan-kawasan pilihan raya majoriti Melayu. Hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 itu, selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004, kerusi Parlimen bertambah dari 194 kerusi kepada 219 kerusi. Tetapi bangsa Umno telah mencincang kerusi Melayu sehingga tinggal 54.33 peratus sahaja kerusi Melayu.

Itupun, 112 kerusi majoriti Melayu dijajah oleh bangsa Umno dan rakan-rakannya. Hanya tujuh kerusi sahaja dapat dipertahankan oleh orang-orang Melayu Islam dari dijajah oleh bangsa Umno dan juak-juaknya.

Mengapa kerusi Melayu Islam susut? Kita ambil contoh kawasan Parlimen Baling. Jumlah pengundinya ialah 79,102 orang.

Jika diambil kira jumlah pengundi kawasan Lenggong (23,223 pengundi), Padang Rengas (24,397 pengundi), Gerik (26,227 pengundi) dan Simpang Renggam (34,859 pengundi), kawasan parlimen Baling sepatutnya boleh dipecahkan kepada dua kawasan Parlimen.

Ahli Parlimen Gerik kini ialah Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe manakala Ahli Parlimen Simpang Renggam (54.51 Melayu) ialah Naib Ketua Pemuda Gerakan, Liang Teck Meng.

Dalam persempadanan semula 2003 itu, bangsa Umno sengaja membesarkan lagi kerusi Parlimen Baling dengan menambahkan kawasan-kawasan di sekitar Kuala Ketil.

Jumlah kerusi Melayu Islam ditekan-tekan supaya berkurangan dan lebih ramai pengundi Melayu Islam disumbatkan dalam satu kawasan. Contohnya, di Tumpat (92.16 peratus Melayu) jumlah pengundinya 80,072 orang, di Marang (97.55 peratus Melayu) jumlah pengundinya 74,813 orang. Sila baca posting perli saya bertajuk "Umno Pembela Melayu (3)".

Cukup satu perkara dulu. Belum lagi dibicarakan soal tanah rezab Melayu dan lain-lain penganiayaan, kezaliman dan kekejaman bangsa Umno terhadap orang-orang Melayu Islam.

Bangsa Melayu tidak bacul. Kami sedang menyeru mereka memerdekakan diri mereka dari penjajahan bangsa Umno. Tidak ada dua jalan untuk meningkatkan martabat bangsa Melayu Islam melainkan dengan menghambat bangsa Umno dari kekuasaan dan penjajahan mereka ke atas kita.

Dan posting kali ini, saya tidak mahu menggunakan ayat perli lagi seperti kata-kata "Umno pembela Melayu". Umno hakikatnya penjajah dan pemusnah Melayu! -penarikbexa

Era Najib Altantuya : Tindakan Khairul Azam Tiada Kaitan Dengan PAS

Tndakan Mohd. Khairul Azam Abd. Aziz menyerahkan memorandum kepada Istana Negara Sabtu lalu mewakili Magaran yang proI-ISA dalah pendirian peribadi beliau dan tidak mencerminkan suara PAS.

Khairul yang bertindak sebagai penasihat undang-undang Magaran dikatakan seorang ahli PAS dan bukannya Umno sebagaimana dilaporkan sebelum ini.

Dua kumpulan iaitu Magaran yang pro-ISA dan Gerakan Mansuhkan ISA yang anti-ISA menganjurkan perhimpunan tidak sah di ibu negara Sabtu lalu.

Ketika ditemui wartawan di sini semalam, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli berkata, tindakan Khairul tidak mencerminkan pendirian dan pandangan parti tersebut.

Kata beliau, pendirian PAS yang mahu ISA dimansuhkan diambil dengan mengambil kira pendirian bersama anggota Pakatan Rakyat.

PAS akan menyemak benar atau tidak satu-satunya orang yang berjaya menghantar memo kepada Istana Negara pada 1 Ogos baru-baru ini adalah ahlinya dan menghantar memo pro-ISA.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau tidak mengenali orang yang bernama Mohd Khairul Azam Abd Aziz itu tetapi akan menyemaknya.

Akhbar The Star semalam melaporkan dakwaan Khairul bahawa dia berjaya menghantar memo pro-ISA ke Istana Negara.

Namun, memo itu hanya diletakkan di pintu pagar istana kerana tidak ada orang yang menerimanya.

Mohd Khairul, mendakwa dia Magaran (Majlis Gabungan NGO Pembela Negara) dan pro kepada ISA berbanding dengan PAS yang anti-ISA.

Sementara itu, siasatan kepada Pejabat Agung PAS tidak menemui sebarang ahli PAS yang bernama Mohd Khairul Azam Abdul Aziz itu.

Era Najib Altantuya : SPRM Serbu Pejabat YB Rodziah

Baru saja mendapat sokongan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mempertahankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana kononnya penahanan ADUN Terengganu membuktikan SPRM menjalankan tugasnya tanpa pilih kasih, pada hari ini, lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memasuki pejabat Exco kerajaan negeri Selangor, Rodziah Ismail mulai jam 3 petang tadi.

Percubaan mereka untuk memasuki pejabat Rodziah itu pada mulanya dihalang oleh pegawai beliau sehinggalah mendapat persetujuan dari Rodziah yang sedang bermesyuarat Exco, lapor siasah.

Wartawan Siasah yang ke pejabat itu mendapati para pegawai SPRM itu keluar dari pejabat itu jam 3.50 petang.

Dua peguam Rodziah, Saleem Bashir dan Arif Azamy berada di pejabatnya ketika penggeladahan oleh SPRM itu.

"Ini baru peringkat awal siasatan. Tiada apa-apa caj lagi dikenakan, SPRM hanya mencari dokumen yang mereka mahu dan akan datang lagi," kata salah seorang dari mereka.

Namun kali ini tidak ada sebarang dokumen yang dibenarkan mereka ambil kerana notis yang diberikan terlalu pendek, kata peguam Rodziah itu.

Siasah difahamkan, tindakan SPRM ini ekoran laporan yang dibuat oleh Pengerusi Gerakan Rakyat dan Anti Korupsi Malaysia (Gerak), Nazree Mohd Yunos pada 30 Julai lalu.

Dakwaan itu membabitkan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri di kawasan seorang wakil rakyat, yang tidak dinamakan, berjumlah RM375,000.

Satu dokumen 17 halaman itu diserahkan oleh Mohd Nazree kepada pegawai penyiasat SPRM di pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam.

Sebelum ini, Pejabat MB Selangor diserbu SPRM ekoran laporan yang dibuat oleh Nazree berkaitan dengan lembu korban MB Selangor itu.

Era Najib Altantuya : Tuntut Kerugian Dari KDN, Polis

Sebarang kerugian para peniaga di ibu kota, Sabtu lalu mestilah dituntut daripada pihak Kementerian Dalam Negeri dan polis kerana mengarahkan premis-premis perniagaan ditutup, di samping mencetuskan suasana huru-hara dengan tangkapan rambang serta tindakan ganas dalam menyuraikan perhimpunan aman ISA itu.

Pihak Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), telah memberi jaminan bahawa himpunan akan berlangsung secara aman dan memastikan para peserta tidak mengganggu dan melakukan tindakan salah sehingga menyusahkan orang awam namun keadaan bertukar kelam-kabut akibat tindakan pihak polis dan larangan KDN.

Demikian dinyatakan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli ketika diminta mengulas berhubung tuntutan RM10 juta oleh 1,000 peniaga yang mendakwa mengalami kerugian akibat demonstrasi tempoh hari. "Jika polis dan KDN benarkan kita berhimpun secara aman, pasti Kuala Lumpur tidak lumpuh 1 Ogos lalu dan tidak timbul suasana kecoh atau peniaga rugi. "Sehingga kini, tidak kedengaran ada laporan rompakan, ceroboh, mencuri atau barangan dirampas daripada peniaga pada hari himpunan itu. Yang ada ialah peniaga rugi kerana polis mengarahkan perniagaan kedai-kedai ditutup.

"Selain itu orang ramai, pengguna dan pelanggan bertempiaran lari bukan suka-suka tetapi ditembak gas pemedih mata dan diasak ganas polis, jadi sebarang kerugian sila tuntut kepada polis dan KDN," katanya ketika dhubungi Harakahdaily sebentar tadi. Sementera, itu beliau menjelaskan bahawa terdapat maklumt yang diterima mana-mana para peniaga yang 'berani' membuka kedai, mereka mendapat keuntungan lumayan, kerana jumlah peserta yang berhimpun amat ramai sekaligus menjadi pengguna dan pembeli pada hari tersebut.

Perkara ini turut diakui oleh Pensyarah Media Universiti Malaya,Dr Abu Hasan Hasbullah dalam sebuah laporan yang menyatakan bahawa para peniaga mendapat keuntungan berlipat ganda hasil himpunan aman besar-besaran Sabtu lalu. Dalam masa yang sama, Dr Hatta menggesa pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat taksiran kerugian dan keuntungan yang diperolehi oleh peniaga yang dibimbangi dimanipulasi dan diada-adakan oleh pihak-pihak tertentu.

"Angkanya juga dicurigai. Jika sebuah pasaraya kerugian RM300,000 selama 2 jam, berapakah untung yang diperolehi jika ianya beroperasi selama 12 jam, tentunya RM 1.8 juta...jadi LHDN sila siasat jumlah ini. Jika benar tuntut kepada pihak polis dan KDN," katanya yang turut dikasari pihak polis pada hari tersebut.

Beliau, juga tidak terkejut apabila Pemuda Umno cuba menjadi 'hero' untuk mewakili para peniaga membuat tuntutan kepada pihak penganjur yang menunggu masa untuk menjejaskan imej GMI, NGO dan Pakatan Rakyat yang menentang akta zalim ISA itu. "Kita sentiasa bersedia, jika ada tuntutan undang-undang, kita akan berhujah dan bertemu di mahkamah," katanya mengakhiri perbualan.

Semalam tiga persatuan peniaga di Jalan Masjid India di sini menuntut ganti rugi RM10 juta daripada penganjur perhimpunan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Sabtu lepas. Persatuan terbabit ialah Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (LTAR). Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Rosli Sulaiman berkata, ketiga-tiga persatuan peniaga bersetuju untuk mengemukakan tuntutan saman sebanyak RM10 juta yang melibatkan 1,000 orang peniaga. -hrakahdaily



Era Najib Altantuya : Catatan Seorang Unit Amal Di Perhimpunan Anti-ISA


Bersiap sedia ke medan juang

Sesungguhnya untuk mencapai dan menggapai sesuatu kejayaan, menuntut kepada kesungguhan (al-juhd). Setiap kesungguhan pula menuntut kepada pengorbanan.

Tiada Short Cut

Inilah antara realiti yang sepatutnya diterima oleh mereka yang ingin benar-benar berada dalam perjuangan Islam, hidup dan mati bersamanya. Untuk melihat keadilan ditegakkan dan kezaliman dimansuhkan adalah merupakan sebuah cita-cita yang tinggi. Bagi pejuang Islam, cita-cita ini mestilah seiring dengan neraca pertimbangan agama Islam bukannya menggunakan mentaliti yang terlalu cetek ini.

Tidak ada jalan singkat untuk kemenangan itu. Bukan sedikit bayaran yang terpaksa dikeluarkan. Diri mestilah sanggup menerima ujian dan melakukan pengorbanan dengan lingkungan tawakkal dan pergantungan mutlak kepada Allah SWT.

Khabbab bin Al-Arat merupakan seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat terkenal dengan ujian dan seksaan yang dialaminya semata-mata untuk mempertahankan aqidahnya. Namun, lihatlah bagaimana respon daripada Baginda Rasulullah apabila Khabbab menemuinya.




Sabda Rasulullah saw :

و من أبي عبد الله خباب بن الأرت رضى الله عنه قال شكونا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو متوسد بردة له في ظل الكعبة فقلنا : ألا تستنصرلنا ؟ ألا تدعولنا ؟ فقال : قد كان من قبلكم يؤخذ الرجال فيحفر له في الأرض فيجعل فيها ثم يؤتى بالمنشار فيوضع على رأسه فيجعل نصفين و يمشط بأمشاط الحديد ما دون لحمه و عظمه ما يصده ذلك عن دينه و الله ليتمن الله هذا الأمر حتى يسير الراكب من صنعاء إلى حضر موت لا يخاف إلا الله و الذئب على غنمه و لكنكم تستعجلون

Maksudnya : Dari Abi Abdullah Khabbab bin al Arat Rha. telah berkata : Kami telah mengadu kepada Rasulullah saw sedang Rasulullah saw pada waktu berbaring di bawah naungan Kaabah berbantalkan serban . Maka kami bertanya : Apakah Tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita ? Adakah tidak Tuan berdoa bagi pihak kita ? Maka berkata Rasulullah saw : Sesungguhnya orang – orang sebelum kamu , ditangkap seorang lelaki lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya , kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya , namun demikian itu tidak memalingkan ia dari agamanya. Demi Allah . Nescaya Allah menyempurnakan urusan ini ( agama Islam ) sehinggalah musafir dari Sana’a ke Hadhra Maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah , akan tetapi kamu adalah golongan yang gopoh .

Riwayat Imam Bukhari

Kezaliman ISA

ISA adalah salah satu bentuk kezaliman. Memansuhkannya adalah salah satu bentuk keadilan. Barangkali ada di luar sana yang memandang jijik dan menganggap demontrasi semalam adalah satu kebodohan. Biarlah… Namun bagi kami, membiarkan kezaliman berlaku tanpa usaha yang bersungguh-sungguh untuk menghapuskannya adalah merupakan satu kebodohan yang lebih besar. Melihat sahaja kezaliman berlaku tanpa apa-apa perasaan adalah sifat yang paling jijik dalam diri manusia.

Setelah berpuluh tahun kita mengadakan bantahan dalam bentuk wacana, seminar, pertemuan dan muzakarah, suara kita tetap tidak mahu didengari oleh pemerintah. Bukan sedikit yang telah menjadi mangsa kekejaman ISA yang disalahgunakan ini. Terlalu banyak hati-hati yang terhiris pilu kerana terpaksa berpisah dengan mereka yang disayangi kerana dikurung ISA. Kerana ISA, berapa banyak anak-anak yang membesar tanpa ayah di sisi mereka. Kerana ISA, berapa kerap titisan air mata seorang isteri menanggung beban tanggungjawab dan rindu kerana terpaksa berpisah dengan si suami yang meringkuk dalam jeriji ISA.

Kenangan Berdemontrasi

Demontrasi membantah ISA yang dianjurkan semalam benar-benar menguji tahap ketahanan dan kesungguhan para pencinta keadilan dan kebenaran. Saya dan rakan-rakan Unit Amal Gombak tiba di Jalan Masjid India kira-kira jam 12.15 tengahari. Tangkapan terhadap orang awam yang disyaki akan terlibat dalam demonstrasi telah pun bermula. Orang tua, lelaki, wanita dan kanak-kanak yang melalui jalan itu akan diperiksa teliti. Apabila didapati sebarang tanda mereka adalah peserta demonstrasi, maka segera digari dan dimasukkan dalam lori polis. Para peserta demontrasi yang telah lama sampai di situ menyatakan bahawa gas pemedih mata telahpun dilepaskan dan tangkapan telah hampir memenuhi sebuah lori polis.

Kami cuba mencari laluan alternatif untuk ke Masjid Jamek. Namun, anggota-anggota polis yang ditempatkan di semua laluan menyukarkan pergerakan kami ke sana. Dengan diketuai oleh Saudara Mazali, kami memutuskan untuk ke pasaraya Small House terlebih dahulu untuk menunaikan solat Zuhur dan menunggu peserta-peserta demontrasi yang lebih ramai. Formulanya mudah, apabila ramai, agak sukar untuk pihak polis menyekat pergerakan.

Para peserta demontrasi telah mula berkumpul di Masjid Jamek

Para peserta demontrasi telah mula berkumpul di Masjid Jamek

Setelah menunaikan solat Zuhur, kami bergegas semula ke Masjid Jamek melalui laluan lain. Apabila hampir sampai, kelihatan peserta-peserta dan orang ramai bertempiaran lari sambil menutup hidung dan mulut. Kelihatan asap dari das pemedih mata berkepul-kepul naik ke udara. Masjid Jamek dipenuhi asap tebal. Keadaan menjadi huru-hara.

Saudara Mazali mengarahkan supaya kami mengenakan baju Unit Amal untuk segera bertugas dan memimpin gerombolan orang ramai untuk berdemontrasi. Oleh kerana kawasan itu sudah dipenuhi oleh FRU, polis dan SB, maka kami mengajak orang ramai yang berada di situ untuk ke pasaraya SOGO, satu lagi destinasi untuk berkumpul.

Alhamdulillah, Unit Amal Gombak berjaya memimpin gerombolan rakyat yang berada di kawasan itu untuk ke SOGO.

Unit Amal mula melakukan tugas

Unit Amal mula melakukan tugas

Hidup, Hidup, Hidup Keadilan… Hancur, Hancur, Hancur Kezaliman…

Begitulah antara laungan yang berkumandang sepanjang perarakakan kami.

Sesampainya di SOGO, kelihatan peserta demontrasi di sana telah dihalang oleh FRU dari bergerak. Gerombolan dari Masjid Jamek dan SOGO kemudiannya bersatu membentuk mega kumpulan rakyat. Oleh kerana terlalu ramai, kumpulan ini Berjaya merempuh sekatan FRU. Dianggarkan pada ketika itu, peserta demontrasi berjumlah hampir 60,000 orang (tidak termasuk kumpulan di Masjid Negara).

Setelah melepasi halangan pihak FRU, kami diarahkan berhenti oleh Cif Komander, YB Salahuddin Ayub. Unit Amal bergabung dan membentuk bulatan untuk melindungi pimpinan dan peserta demontrasi. Cif Komander menyampaikan ucapan. Disusuli oleh Pengerusi GMI dan YB Tian Chua.

Cif Komander memberikan ucapan

Cif Komander memberikan ucapan

Setelah tamat ucapan, kami bergerak ke Istana Negara. Namun, langkah kami tidak jauh. Kelihatan anggota-anggota FRU, lengkap dengan jentera water canon, senjata gas pemedih mata sedang melakukan sekatan bagi menghalang kami ke Istana Negara. Masing-masing memegang kayu dan perisai, bersedia melakukan apa sahaja yang diarahkan ketuanya.

Unit Amal membuat benteng bagi melindungi pimpinan dan para peserta demontrasi

Unit Amal membuat benteng bagi melindungi pimpinan dan para peserta demontrasi

Kami bersiap sedia. Saya dan beberapa orang rakan cuba melindungi beberapa pimpinan dalam kelompok besar itu. Kelihatan Tuan Guru Presiden bersama-sama Dato Mustafa Ali, Saifudin Nasution, Ustazah Nuridah dan ramai lagi berada di situ.

Akhirnya, Cif Komander memutuskan untuk mengubah laluan. Sewaktu bergerak ke laluan bertentangan, tiba-tiba FRU menembak beberapa gas pemedih mata. Para peserta melarikan diri. Keadaan menjadi huru-hara. Masing-masing panik kerana bahana gas pemedih mata yang ditembak ke arah orang ramai. Saya cuba melindungi Tuan Guru Presiden bersama beberapa sahabat yang lain. Kelihatan beliau mengesat-ngasat matanya kerana terlalu pedih terkena gas. Tidak cukup dengan gas, FRU menyembur pula dengan air yang menyebabkan kulit kami terasa pedih dan gatal.

Gas pemedih mata yang memedihkan

Gas pemedih mata yang memedihkan

Kami menyalamatkan diri ke dalam Pasaraya berdekatan. Kami menahan kepedihan terkena gas dan air yang disembur sampai terbatuk-batuk. Masing-masing berebut untuk masuk ke dalam pasaraya. Penawar yang paling berkesan ketika itu adalah menenangkan diri. Kalau ada garam, letak di atas lidah dan hisap. InsyaAllah berkesan.

Tuan Guru berjaya diselamatkan dan dibawa ke Pejabat Agung. Kelihatan seorang peniaga yang sedang menangis kerana tidak tahan kepedihan. Seorang wanita yang sedang hamil juga menjadi mangsa serangan FRU itu.

Bergerak menuju ke Istana Negara

Bergerak menuju ke Istana Negara

Saya mencari rakan-rakan Unit Amal. Tidak kelihatan. Kebetulan hanset kehabisan bateri. Akhirnya, saya keluar semula ke jalan raya. Kelihatan FRU masih menembak gas pemedih mata. Ada juga yang berani mengambil peluru gas tersebut dan melempar semula ke FRU. Cemas juga FRU melihat apa yang berlaku.

Saya menelefon isteri yang bersama rakan-rakannya. Alhamdulillah, beliau selamat dan berada dalam pasaraya Pertama.

Kami kehilangan punca. Tiada pimpinan memberikan arahan samada mahu diteruskan atau tidak. Seorang sahabat saya memberitahu kami diarahkan bersurai dan perlu ke Pejabat Agung PAS di Raja Laut.

Kami terus ke sana. Apabila sampai, beberapa orang pimpinan sedang menyampaikan ucapan di hadapan Pejabat Agung. Peserta-peserta demontrasi memenuhi jalanraya. Ucapan akhirnya diakhiri dengan pidato daripada Tuan Haji Mat Sabu.

Apabila majlis bersurai, kami berjalan untuk ke tempat letak motorsikal. Tiba-tiba sekali lagi dihujani dengan gas pemedih mata. Kami selamatkan diri. Rasanya sudah tidak mampu untuk terkena dengan gas tersebut. Setelah reda, kami teruskan perjalanan. Sempat juga kami mengutip kelonsong peluru gas sebagai tanda kenang-kenangan..:)

Berada di tengah himpunan mega

Berada di tengah himpunan mega

Al-Fadhil Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan kuliah selepas solat subuh kepada peserta-peserta demontrasi yang datang dari jauh dan dekat sebagai motivasi dan tawjihat sebelum ke demontrasi

Al-Fadhil Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan kuliah selepas solat subuh kepada peserta-peserta demontrasi yang datang dari jauh dan dekat sebagai motivasi dan tawjihat sebelum ke demontrasi

Majlis Taklimat Pemuda PAS Gombak oleh YDP sebelum berangkat ke medan demontrasi

Majlis Taklimat Pemuda PAS Gombak oleh YDP sebelum berangkat ke medan demontrasi

Model baju anti ISA

Model baju anti ISA

Demikianlah secebis pengalaman untuk dikongsi bersama. Tahniah kepada semua peserta demontrasi yang telah melakukan banyhak pengorbanan. Tahniah kepada Unit Amal kerana berjaya berperanan sebaik mungkin. Tahniah kepada semua kerana berjaya mencipta gelombang kesedaran rakyat terhadap kezaliman ISA yang disalahgunakan pemerintah.

Firman Allah swt :

لو كان عرضا قريبا و سفرا قاصدا لتبعوك و لكن بعدت عليهم الشقة

“Jika sekiranya ( perjuangan ) ini suatu capaian hasil yang dekat dan perjalanan yang singkat nescaya mereka ( musyrikin ) akan mengikut engkau , akan tetapi ( perjuangan ) ini jauh perjalanannya dan dirasakan sukar ke atas mereka.”

Sifat kemenangan adalah sukar dan jauh. Semoga perhimpunan kita akan membuahkan kemenangan dan dirahmati dan diredhai Allah SWT.

FASTAQIM KAMA UMIRTA..

-http://termizidin.wordpress.com/

Era Najib Altantuya : Surat Ku Li Kepada TGNA

Surat Tengku Razaleigh Hamzah Kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Saya panjatkan do’a ke Hadrat Allah S.W.T. agar Y.A.B. Dato’ berada dalam keadaan sihat walafiat.

Sukacita saya maklumkan bahawa surat Y.A.B. Dato’ yang bertarikh 15 Julai, 2009, yang disampaikan kepada saya oleh Y.B. Dato’ Hj. Husam Musa pada hari Jumaat, 17 Julai, 2009, telah selamat saya terima dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Apabila Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1963, bidang kuasa (jurisdiction) ke atas luar pantai Malaysia di antara Negeri dan Persekutuan tidak ditentukan untuk negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura oleh kerana Malaysia ditubuhkan dalam suasana di mana kita telah diancam oleh negara tetangga.

Ini menyebabkan Kerajaan Negeri Sarawak telah mempertikaikan hak bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas luar pantai Malaysia di perairan Sarawak. Nasib baik dengan adanya Akta Kemajuan Petroliam 1974 pertikaian ini telah dapat diselesaikan dalam suatu perundingan yang diadakan dengan Kerajaan Sarawak.

Saya telah mewakili Kerajaan Persekutuan untuk merundingkan masalah ini dan tanpa memilih jalan yang sukar, iaitu untuk meminda Perlembagaan Negara bagi menentukan bidang kuasa untuk Negeri dan Persekutuan yang tidak sempat dibuat sebelum ini mengenai kawasan luar pantai Malaysia , maka Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam telah diguna bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi telah dapat juga mengatasi kemungkinan ianya ditimbulkan oleh negeri-negeri seperti Sabah selain daripada Sarawak.

Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ia telah menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia. Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang ditemui dan dijual tiap-tiap tahun menurut Perjanjian itu. Bagi Negeri Kelantan, Allahyarham Dato’ Hj. Mohamed bin Nasir, selaku Menteri Besar, telah menandatangani perjanjian ini dan saya bagi pihak PETRONAS telah menandatangani perjanjian yang sama dalam tahun 1975.

Jelas sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai bidang kuasa dalam dan luar pantai Malaysia mengenai petroliam. Jelas sekali PETRONAS terikat dengan perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh itu PETRONAS wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Sepanjang ingatan saya pada 1960, sebahagian daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA (Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak dunia.

Untuk makluman Y.A.B. Dato’, saya telah meminta Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk mengguna pakai Seksyen 4 Perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroliam ini supaya PETRONAS menandatangani dengan setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu untuk menseragamkan perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh PETRONAS di bawah Akta tersebut. Apatah lagi disedari bahawa negeri-negeri di Pantai Timur masih kurang maju yang memerlukan bantuan untuk pembangunan dan sudah tentu akan mendapat manfaat daripada bayaran tunai daripada PETRONAS..

Pada masa itu difikirkan ada kemungkinan kawasan luar pantai Malaysia berhampiran atau bersetentangan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai petroliam dan/atau gas asli mungkin memberi harapan yang baik kepada rakyat dan negeri-negeri tersebut sekiranya petroliam ditemui di luar pantai Malaysia berhampiran negeri-negeri itu.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang ikhlas,

(Tengku Razaleigh Hamzah)



Era Najib Altantuya : Setiap Kali PRK UMNO Tersungkur

Seperti biasa, bila berlalunya suatu Pilihanraya Kecil atau Umum, dan UMNO tersungkur, kerana rakyat tidak lagi mengundi mereka, yakni Umno kalah lagi ke tangan calon Pakatan Rakyat, dan terbaru di Manek Urai, dan episod akan datang, InsyaAllah pula di N11, Permatang Pasir pula, maka gendang tentang Ketuanan Melayu, Perpaduan Melayu, Melayu hilang kuasa politik dan sebagainya akan deras dipalu ke telinga rakyat. Dan lumrahnya begitu. Macamlah tanpa Umno, melayu akan pupus.

Maka orang-orang Melayu yg sekapal dengan pencacai-pencacai Umno yg wak anugerahkan anugerah 'jamban' kelmarin, pasti keras dan terus 'piang' menjadi penyokong dan pendokong UMNO sejati atas kejahilan dan kedangkalan minda hasil dari proses pembodohan anjuran UMNO zaman berzaman. Percaya dan menyakini dengan kepercayaan ditahap bersungguh-sungguh bahawa Melayu hanya boleh terus hidup makmur dengan hidupnya UMNO. Jika jahanam UMNO maka jahanam jugalah bangsa Melayu dan begitulah sebaliknya. Itulah retorik Umno membodohkan pemikiran melayu.

Selepas Pilihanraya ke-12 yang lalu, lihatlah betapa di setiap PRK yang diadakan, apa yg terjadi kepada Umno di Semananjung ? Mereka gagal dan terus gagal memenangi hati pengundi untuk mengundi calon mereka. Prestasi mereka sudah memasuki tahap parah, separahnya Umno dijahanamkan oleh Tuan Guru Nik Aziz bulan lalu.

Apabila Umno melihat prestasinya yang kian teruk, maka seperti biasa suara perkauman Melayu pun dimainkan oleh Umno. Soal ISA yg harus didokongi dan dipertahankan atas nama melayu di'juang' baik oleh mereka, kepada mereka yg menolak ISA minta dimansuhkan, otomatis dilabel sebagai 'pengkhianat'.

Itulah gula-gula Umno yang terus dikunyah oleh rakyat. Mungkin untuk menarik balik sokongan kepada 100% melayu kepada Umno, maka tidak mustahil permulaan proses pembodohan Melayu anjuran Umno ini atas tajuk mengembalikan ketuanan, perpaduan dan politik Melayu akan dipekik lantang di PRK Permatang Pasir. Bila mereka ber'drama', kandungannya telah dapat dihidu dan di baca. Dan rakyat akan diajak berfikir tentang nasib Melayu dengan mengaitkan Umno, bahawa Umno lah segala-galanya untuk Melayu di dunia dan di akhirat.

Proses pembodohan Melayu anjuran Umno atas nama mengembalikan perpaduan, ketuanan dan kuasa politik politik Melayu sebenarnya adalah suatu program berterusan Umno untuk meraih sentimen kemelayuan dan berharap seluruh umat Melayu bersatu di bawah Umno. Sekian lama umat Melayu telah melalui proses pembodohan ini dan menyertai pr0gram ini tanpa sedar, tanpa perlu borang penyertaan, tapi dengan hanya terjebak dengan sentimen perkauman, suduh cukup menjadikan mana-mana umat Melayu yang menyertainya dibodohkan melalui proses pembodohan Melayu.

Kenapa Umno terus-menerus tegar dengan program dan proses pembodohan Melayu ini ? Jawapannya ialah, survival Umno itu terletak kepada sejauh mana berjaya dan berkesannya program/proses pembodohan Melayu ini berjalan di kalangan umat Melayu yang akhirnya Umno mengutip keuntungan dari kebodohan umat Melayu tanpa disedari oleh dirinya, keluarganya, masyarakatnya, negerinya, negaranya hingga ke peringkat agamanya yang terus jahil dibodohkan oleh Umno.

Contoh termudah boleh kita dapati dan kita dengar dari dan pendirian ahli-ahli Umno atau individu non-partisan tetapi mengundi Umno, dan apabila diutarakan pandangan umum tentang suasana politik dan ekonomi tempatan mahupun nasional, sikap dan pandangan mereka ini pada hakikatnya telah termaktub dalam silibus dan kurikulum bersepadu Umno ; warisan penjajah iaitu (divide and rule) yang berorientasikan kejahilan dan kebodohan sehingga menghasilkan spesis manusia bodoh sombong.

Mereka menjadi bodoh kerana diasuh dengan kurikulum pembodohan Umno, kemudian menjadi sombong pula kerana tidak sedar dirinya itu bodoh lagi dibodohkan kerana menganggap bahawa apa jua pelajaran yang telah diterimanya dalam apa jua medium, suratkhabarnya, telivisyennya, radionya dan apa-apa jua instrumen kerajaan dijadikan medium perantaraan antara peserta program dan penganjur programnya iaitu Umno.

Jawapan mereka mudah dan dangkal, segala harta kerajaan diyakininya sebagi Umno yang punya. Kekayaan negara juga kekayaan Umno yang punya. Balai Raya Umno yang punya. Masjid dan surau Umno yang punya. Jalanraya Umno yang punya. Duit kerajaan Umno yang punya. Malaysia ini pun Umno yang punya, segala-galanya dari dunia sampailah akhirat jawapannya Umno yang punya. Mahukan pembangunan mesti dengan Umno. Mahukan kekayaan mesti melalui Umno. Mahu kemiskinan dihapuskan mesti dengan Umno. Mahukan keamanan mesti juga dengan Umno. Mahu kestabilan mesti dengan UMNO, yang baik dari UMNO dan yang buruk adalah datang dari selain UMNO. Tiada ada yang betul melainkan UMNO sahaja, yang lain tiada lain melainkan salah salah salah dan salah belaka. UMNO UMNO UMNO...sahaja melayu mesti pilih. Cittt !!

Dengan menggunakan teori pembangunan dan keamanan. Rakyat secara sedar dan tidak diasuh untuk melalui proses2 pembodohan Melayu dan di bawa berfikir bahawa kedua-dua perkara pembanguna dan keamanan ini hanya dapat dijamin survivalnya dengan UMNO semata-mata. Justeru menanamkan satu jawapan tuntas lagi wibawa kononnya, bahawa selain dari UMNO adalah dijamin tidak akan berjaya..sebagaimana pencapaian yang telah dicapai oleh UMNO.

Seterusnya dengan beralasan bahawa yang memerintah penuh 'bagus' selama ini hanya UMNO sahaja, selain UMNO, jangan harap..tiada bukti akan dapat dicapai, sekiranya ada pihak lain membuat tawaran kebajikan yang lebih baik dan pembangunan yang lebih seimbang dari UMNO, maka UMNO akan mengeluarkan jawapan baru bahawa, pihak yang lain-lain itu hanya membuat janji kosong sahaja atau syok-syok sendiri saja.

Secara halusisasinya, (ada ker perkataan ni, belasah ajerlah..) UMNO membawa umat Melayu percaya bahawa kerajaan dan UMNO tiada boleh dipisahkan. Justeru kotak pemikiran graduan lulusan fakulti pengajian UMNO akan terus berpendapat bahawa barang siapa menentang UMNO sedang ia bekerja makan gaji dengan kerajaan, maka orang itu bolehlah disifatkan sebagai pengkhianat kepada kerajaan.

Seolah-olah pendapatan hasil dari pekerjaannya itu sebagai haram kerana duit gaji dari kerajaan dikira duit UMNO dan BN. Orang itu juga dikira tidak mengenang budi kerajaan (baca puak : UMNO-BN) kerana menolak kerajaan. Banyak lagi silibus yang dicipta oleh UMNO untuk memastikan umat Melayu terus dikongkong minda dan fikirannya. Terlalu banyak kejahilan untuk diceritakan, dan masih menjajahi minda umat Melayu yang akhirnya dapat kita lihat bahawa UMNO sudah menjadi 'Tuhan' baru pujaan manusia bodoh bergelar ahli dan penyokong Umno.

Mengapa UMNO beriya-riya benar mahu meneruskan proses pembodohan ke atas umat Melayu dulu, kini dan selamanya ? Tiada lain melainkan untuk memastikan UMNO kekal berkuasa, dengan kuasa itulah akan diambil kesempatan atas kejahilan dan kebodohan rakyat. Melayu yang bodoh lagi jahil tidak punya timbangan ilmu, intelek mahupun akedamik. Mereka hanya, mereka hanya menilai dan menimbang sesuatu itu dengan apa yang telah disediakan oleh UMNO dalam kurikulum yang dianjurkan oleh UMNO yang diwarisi dari penjajah dahulu.

Kesan daripadanya, apa sahaja salah laku, penyelewengan, penipuan, rasuah, penindasan dan seluruh keburukan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO tidak akan dapat dipersoal malah terus dibela oleh penyokong dan pendokong UMNO atas dasar kejahilan dan kebodohan tadi. Jika UMNO menerima kritikan atau berlaku pendedahan atas penipuan dan penyelewengan dikalangan pimpinan UMNO, penyokong dan pendokong UMNO dikalangan orang yang diperbodohkan UMNO dengan taatnya terus percaya dan yakin sungguh-sungguh bahawa semua itu bohong, fitnah, mengumpat, keji, maki hamun dan sewaktu dengannya.

Bahaslah dengan cara akedamik bagaimana pun, ia telah tersemat di dalam mindanya bahawa itu semua bohong, mustahil bagi UMNO buat perkara itu kononnya, maka Melayu yang menjadi penyokong dan pendokong UMNO yang setia adalah antara manusia paling prejudis dalam dunia,. Itu juga sebabnya UMNO bermati-matian mempertahankan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971( AUKU ) kerana dengan jalan ini sahajalah mereka dapat mengongkong pemikiran para mahasiswa agar mereka tidak boleh mempersoalkan apa yang dibuat oleh UMNO walaupun ia salah dari segi disiplin ilmu, kerana yang hanya meluluskan pandangan serta pendapat mereka hanyalah apa yang terkandung dalam silibus dan disiplin pengajian yang disediakan UMNO sahaja.

Apakah cara yang paling efektif untuk membebaskan umat Melayu seluruhnya keluar dari kepompong kejahilan tajaan UMNO ?

Jawapnya - Mudah sahaja, hapuskan kuasa politik UMNO.

Pada PRU13 kelak - kita tinggalkan 2 atau 3 kerusi untuk Umno buat tatapan anak2 cucu kita bahawa UMNO yang kerjanya merosakkan minda dan menjatuhkan maruah umat Melayu ke tahap haiwan peliharaan seperti lembu dan kambing, babi juga mungkin yang disembelih apabila tiba masanya untuk dinikmati keuntungannya oleh puak-puak pemimpin UMNO itu dan selagi UMNO-BN berkuasa selama itu jugalah manusia akan dieksploitasi kebodohannya untuk menjamin kuasa dan kedudukan mereka kekal kerana sudah jelas diketahui bahawa kuasa dan kedudukan pemimpin UMNO bukan bertujuan untuk menjaga kepentingan dan ketuanan Melayu sebagaimana yang dilaung-laungkan selepas prestasi buruk mereka pada PRU-12 yang lalu, tetapi untuk mempastikan bahawa mereka dapat kepentingan perut dan bawah perut mereka dengan mengambil kesempatan dari kebodohan dan kejahilan umat Melayu.

Kaum India sudah sedar bahawa mereka sudah lama ditipu MIC, akhirnya mereka meninggalkan MIC. Kaum Cina sudah sedar bahawa mereka telah lama ditipu MCA, akhirnya mereka meninggalkan MCA. Umat Melayu mesti sedar bahawa UMNO sudah lama menipu Melayu dan menjadi tanggungjawab Melayu meninggalkan UMNO. Wahai melayu di dalam Umno, beranikanlah diri untuk keluar dari kebodohan itu. PAS for ALL !! -albanjari

Era Najib Altantuya : Inkues Bersambung Esok

IInkues kematian Teoh Beng Hock ditangguh dan akan disambung esok selepas enam saksi memberi keterangan pada hari kedua prosiding di Mahkamah Koroner di sini, hari ini, lapor Berita Harian

Seramai 97 saksi dijangka dipanggil untuk memberi keterangan.

Saksi pertama, Siti Zabedah Yahya, memberitahu mahkamah bahawa beliau terlihat seorang lelaki terbaring di koridor tingkat lima Plaza Masalam ketika berehat.

Siti Zabedah yang juga pengawal keselamatan Plaza Masalam berkata, pada masa itu beliau tidak pasti sama ada lelaki yang dilihat itu sedang tidur atau sudah mati.

"Saya melontarkan skru meja ke arah lembaga berkenaan untuk mengejutnya tetapi lelaki itu tidak terjaga," katanya.

Teoh, 30, Setiausaha Politik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di koridor tingkat lima Plaza Masalam.

Terdahulu, mendiang memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di bangunan itu.

Saksi kedua, Mohd Ridzuan Samsuri (dalam gambar, sebelah kiri), yang juga Juruteknik Bahagian Penyelenggaraan Plaza Masalam, berkata, beliau panik sehingga terpaksa memegang dinding bangunan selepas melihat mayat Teoh terbaring di koridor tingkat lima bangunan itu.

Katanya, beliau hanya melihat ke arah mayat terbabit sekali imbas sebelum berlari ke arah rakan setugasnya bagi memaklumkan perkara itu kepada pegawai atasan.

Katanya, beliau ternampak darah yang sudah kering di bahagian lutut dan muka si mati.

Saksi ketiga, pula meberitahu mahkamah beliau dan seorang juruteknik di Plaza Masalam menutup mayat seorang lelaki di koridor di tingkat lima itu dengan plastik hitam dan ditindih dengan batu bata.

Mohd Khairul Izwan M Nasir yang juga Penolong Kanan keselematan Plaza Masalam berkata, beliau diarah berbuat demikian oleh pegawainya.

Sementara itu, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata prosiding inkues itu dijangka berakhir lebih awal daripada jangkaan.

Beliau berkata, Jumaat ini pasukan peguam dijangka akan membuat lawatan ke lokasi kejadian.

Saksi keempat prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock, Koperal Abdul Karim Othman, memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa laporan polis yang dibuat adalah berdasarkan maklumat saksi ketiga.

Abdul Karim berkata, saksi ketiga itu iaitu Penolong Kanan Keselamatan Plaza Masalam, Mohd Khairul Izwan M Nasir, membuat panggilan pada jam 1.57 petang dan beliau membuat laporan polis sejam kemudian.

Katanya, dalam laporan polis yang dibuatnya menyebut lelaki Cina itu disyaki membunuh diri, seperti yang dilaporkan Mohd Khairul dalam panggilan telefonnya.

Teoh, 30, Setiausaha Politik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di koridor tingkat lima Plaza Masalam.

Terdahulu, mendiang memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di bangunan itu.

Inkues Teoh Beng Hock : DNA DI Jacket Masih Satu Misteri

Inkues keatas kematian Setiausaha Politik Teoh Beng Hock bermula hari ini dengan peguam dari pasukan Peguam Negara Tan Hock Chuan menyerahkan senarai 97 saksi dan mencadangkan jawatankuasa siasatan itu memulakan soal-jawab keatas 12 saksi termasuk tiga pakar kimia dan tiga patologis.

Tan kemudiannya mendedahkan sampel DNA dari 157 orang yang diambil dan dianalisa polis tidak berkait dengan DNA misteri yang dijumpai pada jaket dan tali pinggang mendiang.

Peguam mewakili keluarga mangsa, Gobind Singh Deo meminta mahkamah untuk mengesahkan bahawa sampel DNA dari dua saksi iaitu Tan Boon Wah dan Lee Wye Wing tidak sama dengan DNA misteri itu.

Koroner kemudiannya memanggil dua saksi iaitu pegawai keselamatan Plaza Masalam, Siti Zabedah Yahya, yang menemui mayat mendiang di bumbung tingkat lima bangunan itu dan dan juruteknik Plaza Masalam, Mohd Ridzuan Samsuri.

Menurut Ridzuan, hanya ada dua cara untuk memasuki bumbung di tingkat lima iaitu melalui bumbung teratas Plaza Masalam atau window berjeriji di tingkat yang sama.

Katanya lagi, jeriri itu sentiasa berkunci dan hanya pihak keselamatan dan juruteknik mempunyai kunci ke bumbung tersebut. Pihaknya juga mempunyai rekod siapa yang memegang kunci pada hari tersebut. -TVA



Sampel DNA lelaki tidak sama di pakaian Teoh

Sampel DNA ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Hwa dan juruteknik Lee Wye Wing tidak sama dengan DNA yang ditemui pada belakang baju dan tali pinggang Teoh Beng Hock.

Gobind Singh Deo, bertindak sebagai peguam pemerhati kepada keluarga mendiang, berkata demikian pada permulaan inkues menyiasat sebab kematian bekas wartawan itu.

Tan dan Lee dilaporkan pada awalnya enggan memberikan sampel DNA mereka bagi membantu siasatan polis berhubung kematian penuh tanda tanya setiausaha exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, pada 16 Julai lalu.

Kedua-dua lelaki itu kemudian menjelaskan mereka ada aral lain yang menghalang mereka menyerahkan sampel air liur - untuk ujian DNA - lebih awal.

Blog t4tbh.blogspot.com dilaporkan mendakwa Tan dan Lee dicurigai suspek pembunuh Teoh susulan keengganan mereka menyerahkan sampel DNA lebih awal.

Inkues di depan koroner Azmil Muntapha Abas minggu lalu diberitahu bahawa lima sampel diambil daripada bahagian belakang blazer yang dipakai oleh Teoh pada hari kejadian dan hasil laporan menunjukkan terdapat dua DNA lelaki pada bahan bukti itu.

Satu daripada DNA itu dikenal pasti sebagai DNA Teoh, yang berpadanan dengan spesimen darahnya, manakala satu lagi pemilik DNA yang tidak diketahui.

DNA lelaki misteri itu turut ditemui pada bahagian tali pinggang yang dipakai Teoh, yang bercampur aduk dengan DNA mendiang.

Teoh ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di atas bumbung tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, yang menempatkan bangunan suruhanjaya tersebut.

Kematiannya yang menimbulkan pelbagai persoalan, mendorong kerajaan menubuhkan inkues dan suruhanjaya siasatan diraja bagi menentukan kematiannya dan prosedur siasatan SPRM.

Malaysiakini

Era Najib Altantuya : Inkues Bersambung Pagi Ini

Inkues untuk mengetahui punca kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, disambung hari ini dengan peguam yang mewakili keluarga mendiang sudah bersedia untuk meneruskan prosiding, lapor MSTAR.

Peguam Gobind Singh Deo berkata, pihaknya telah meneliti semua dokumen termasuk laporan DNA, bedah siasat dan forensik Teoh, gambar-gambar tempat kejadian dan gambar rakaman kamera video litar tertutup (CCTV) yang dibekalkan pihak pendakwaan minggu lalu dan akan meneruskan prosiding inkues tersebut esok.

"Kita telah meneliti dokumen-dokumen itu dan mendapatkan pandangan pakar. Kita akan meneruskan prosiding inkues itu hari ini.

"Tiada permohonan lain lagi yang akan dikemukakan hari ini," kata beliau.

Bagaimanapun, Gobind berkata, pihaknya masih menunggu salinan kenyataan saksi-saksi dan laporan akhir DNA daripada pihak pendakwaan.

Rabu lalu, Mahkamah Majistret menangguhkan inkues atas permintaan peguam keluarga Teoh dan peguam kepada kerajaan negeri Selangor kerana pihak mereka memerlukan masa untuk meneliti semua dokumen yang dibekalkan oleh pihak pendakwaan pada hari tersebut.

Koroner Azmil Muntapha Abas akan turut membuat keputusan berhubung permohonan peguam keluarga Teoh untuk mendapatkan salinan kenyataan saksi-saksi esok dibantah oleh pihak pendakwaan Rabu lalu.

Teoh, 30, Setiausaha Politik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati terjatuh dari bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini, 16 Julai lalu selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor.

Selain Gobind, peguam lain yang mewakili keluarga Teoh adalah Karpal Singh, Ram Karpal dan Sankara Nair.

Sementara itu, peguam yang dilantik mewakili kerajaan adalah peguam bela dan peguam cara Tan Hock Chuan dan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Idham Abdul Ghani dan Justin Wee daripada pejabat Peguam Negara.

Kerajaan negeri Selangor pula diwakili empat peguam iaitu Malik Imtiaz Sarwar, Ashok Kandiah, Sreekanth Pillai dan Asmah Yunos.

Seramai 12 peguam daripada Majlis Peguam akan turut mengikuti prosiding inkues ini sebagai peguam pemerhati.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, beberapa saksi yang telah disepina sebelum ini dijangka akan hadir untuk memberikan keterangan di hadapan Koroner Azmil.

Antara saksi yang dijangka akan dipanggil esok ialah pengawal keselamatan yang menemui mayat mendiang Teoh dan ahli patologi, sementara pakar forensik dan lebih 20 anggota dan pegawai SPRM pula dijangka akan mula memberikan keterangan mereka pada Jumaat atau Isnin depan. Seramai 77 saksi telah disepina untuk memberikan keterangan dalam prosiding itu yang ditetapkan pendengarannya selama 15 hari.

perkembagan terbaru sila rujuk twitter

Era Najib Altantuya : Polis Bertanggungjawab Ke Atas Kerugian Rakyat

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah berkata para peniaga yang terjejas dengan Himpunan Mansuhkan ISA harus empertanggungjawabkan pihak polis.

Beliau menjelaskan suasana huru hara pada 1 Ogos lalu tidak mungkin berlaku sekiranya pihak polis tidak bertindak ganas pada hari tersebut.

"Tuduhan bahawa penganjur GMI dan semua yang terlibat di dalam perhimpunan pada hari Sabtu lalu telah mengakibatkan kerugian yang kononnya beratus-ratus juta ringgit bagi kita adalah satu perkara yang melucukan," kata Sivarasa.

"Jumlah itu memang dibesar-besarkan. Perkara pokok yang ingin ditegaskan ialah mana-mana pihak boleh nampak dengan jelas kalau BN mengarahkan polis untuk membenarkan perhimpunan itu berlaku, satu perhimpunan yang besar boleh berlaku, dan puluhan ribu peserta tentunya telah menyumbang kepada perniagaan yang ada di situ," tambahnya.

Sivarasa mengulas terhadap tuduhan yang menyatakan perhimpunan itu telah menyebabkan kerugian kepada peniaga-peniaga.

Seblum ini, menurut kenyataan Kementerian Wilayah Persekutuan Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, bahawa jumlah kerugian akibat demonstrasi memansuhkan ISA baru-baru ini, berada dalam lingkungan RM200 juta.

Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) yang mempunyai pasar rayanya di Jalan Masjid India di sini, mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM300,000 berikutan perhimpunan haram mendesak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, Sabtu lalu.

Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata jumlah itu adalah kira-kira 50 peratus daripada kemerosotan jualan yang sepatutnya oleh dua pasar raya borongnya di situ, pada hari berkenaan.

Malah, katanya, pasar raya itu juga terpaksa menanggung kerugian apabila jualan pada Jumaat dan Ahad iaitu sehari sebelum dan selepas perhimpunan haram diadakan masing-masing menurun antara 20 hingga 30 peratus.

Dr. Mohd Hatta Ramli pula secara sinis tatkala mengulas dakwaan Mydin kehilangan RM300,000 meminta Kementerian Kewangan mengurang cukai pendapatan kepada Syarikat Mydin yang dikatakan kerugian sebanyak itu.

"Sebelum dari itu pun dengan sekatan jalanraya dilakukan dua hari sebelum perhimpunan sudah menyusahkan rakyat sehingga menganggu kehidupan biasa rakyat," katanya.

Kedai-kedai yang ditutup adalah kerana arahan pihak berkuasa. Kita memaklumkan bahawa belum ada satu laporan pun yang menyatakan bahawa orang-orang yang berhimpun telah merosakkan mana-mana premis perniagaan ataupun mencuri ataupun mengganggu peniaga-peniaga. Kalau ada pun kerosakan adalah kerana tembakan air dari pihak FRU.

Hatta menolak dakwaan demonstrasi yang berlaku telah menghalang pelancong-pelancong datang ke negara ini. Ketidak-hadiran pelancong ke negara ini bukan kerana demonstrasi, tetapi adalah kerana rasuah, penipuan teksi, tandas awam yang tidak bersih dan lain-lain.

Sivarasa menegaskan perkara isu pokoknya ialah kerajaan BN tidak mahu menerima prinsip hak asasi bahawa rakyat ada hak berhimpun secara aman untuk menyuarakan pendapat atas isu-isu tertentu termasuk isu yang penting seperti ISA.



Pasca Manek Urai : BN Batal Hasrat Petisyen

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pihaknya tidak akan meneruskan hasrat mengemukakan petisyen terhadap keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai lepas, lapor Bernama.

"Setakat ini kita dimaklumkan oleh peguam kita kesnya tidaklah berapa kukuh. Maka itu, kita tidak akan teruskan petisyen tersebut," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berada di Australia mengetuai misi perdagangan dan pelaburan anjuran kementerian itu, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Pada pilihan raya itu BN tewas dengan majoriti tipis 65 undi apabila calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50 mendapat 5,348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat memperoleh 5,283 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob daripada PAS pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung.

Mustapa yang juga Pengarah Pilihan Raya BN DUN Manik Urai berkata dalam pilihan raya kecil itu BN buat pertama kalinya menggunakan satu pusat penyelarasan bagi meyelaraskan semua aktiviti kempen untuk pilihan raya berkenaan.

"Aktiviti kita melibatkan program-program turun ke bawah, kurangkan majlis rasmi dan kurangkan majlis besar-besaran. Apa yang kita buat adalah lawatan dari dan rumah ke rumah dan kita dapati adalah lebih baik jika kita menemui pengundi secara langsung," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan pendekatan yang sama akan digunakan dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir nanti.

Apabila Najib Altantuya Pertahan SPRM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dakwaan parti pembangkang bahawa SPRM merupakan alat kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar sama sekali, lapor Bernama.

Beliau berkata, SPRM adalah sebuah badan bebas dan boleh menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang didapati bersalah.

"SPRM adalah satu badan bebas dan mereka tidak pilih bulu, jadi parti pembangkang telah dakwa SPRM sebagai alat kerajaan BN, (dakwaan itu) adalah tidak benar dan kalau mereka (SPRM) dapat laporan yang dilakukan oleh sesiapa pun, mereka akan ambil tindakan," kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Terengganu bersama dua lagi ditahan oleh SPRM kelmarin setelah dipercayai menerima sogokan berjumlah lebih RM20,000 daripada sebuah syarikat pemaju.

Ketiga-tiga mereka yang ditahan di sebuah bilik hotel di Kemaman, Terengganu pada pukul 9.20 kelmarin itu direman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Najib berkata, SPRM menahan ADUN terbabit adalah untuk siasatan terhadap kes yang dihadapi selain terus menguatkuasakan undangundang mencegah jenayah rasuah.

"Jadi itu satu buktilah bahawa dakwaan parti pembangkang adalah tidak betul," katanya.

Terdahulu, Najib melancarkan Inisiatif MSC Malaysia Pahang di Putra Square di sini.

Ulasan GB

Satu siasatan dari ratusan aduan terhadap salahlaku pemimpin UMNO BN dijadikan sandaran dan alasan PM bahawa SPRM adil dan bebas berbdanding dengan puluhan jika tidak ratusan siasatan terhadap satu aduan yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat?

Datu seri Najib tidak perlu pertahankan SPRM kerana Diraja bagi Mengkaji Peraturan Soal Siasat yang digunapakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum ditubuhkan dan bagaimana Najib boleh membuat rumusan terlebih awal mempertahankan SPRM?

Najib yang pada awal dilihat objektif dan ikhlas untuk menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock apabila mengumumkan penubuhan inkues dan Suruhanjaya Diraja tetapi kini Najib membuktikan beliau berpihak kepada SPRM apabila mempertahankan badan tersebut dan menafikan persepsi orangramai tentang keadilan dan ketelusannya.

Jika demikian halnya tidak perlu lagi inkues dan penubuhan Suruhanjaya Diraja kerana keputusan telah diketahui dan dibuat oleh PM sendiri dan memaksa rakyat menerimanya.