28 Okt 2007

Usaha Berterusan Menyalamatkan Najib Dari Dilibatkan Dalam Kes Altantuya

Posted on Sunday, July 01 @ 00:48:31 MYT by greenboc
Komentar Oleh Greenboc

naKerusi Timbalan Perdana Menteri itu tiba-tiba bergoncang. Apa lagi yang harus dilakukan setelah Majlis Legasi Tun Razak, Karnival Pekan dan yang terbaru kenyataan Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad yang menyatakan KONONNYA Najib Tun Razak tidak akan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan saksi mengenai gambar beliau kerana boleh dianggap sebagai mencampuri urusan mahkamah atau 'sub judice'.

Beliau mengulas mengenai keterangan saksi Burmaa Oyunchimeg yang mendedahkan bahawa Altantuya pernah dilihat makan bersama dengan seorang pegawai tertinggi kerajaan Malaysia bernama Najib Razak.


KLPOS melaporkan begini yang dipetik dari BERNAMA:

"Saya ingin menjelaskan Timbalan Perdana Menteri telah beberapa kali semasa ditemu bual oleh media sebelum ini dan semasa pilihan raya di Ijok mengatakan bahawa dia tidak pernah berjumpa, mengenali mangsa dan tidak terbabit dalam kes ini. Oleh itu, isu gambar tersebut tidak berbangkit.

"Penjelasan ringkas ini dibuat kerana laporan perbicaraan semalam mengundang pelbagai pandangan dan kenyataan pihak tertentu yang boleh menjejaskan pandangan umum kepada Timbalan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

burmaPada prosiding perbicaraan kes bunuh itu, saksi keenam pendakwaan, Burmaa Oyunchimeg, 26, memberitahu mahkamah, dia pernah melihat sekeping gambar menunjukkan Altantuya makan semeja bersama Abdul Razak Baginda, penganalisis politik yang dituduh bersubahat dalam pembunuhan itu dan pegawai kerajaan Malaysia dikenali dengan nama "Najib Razak" serta beberapa yang lain.

Burmaa, yang juga dikenali sebagai Amy, berkata Altantuya yang juga sepupunya, menunjukkan gambar itu kepadanya ketika mereka berada di Hong Kong, selepas sepupunya itu pulang dari Perancis.

Menjawab soalan tambahan peguam pemerhati, Karpal Singh bagi pihak keluarga Altantuya, Burmaa berkata Altantuya memberitahu nama pegawai kerajaan Malaysia itu ialah Najib Razak dan dia mengingati nama itu kerana mempunyai persamaan dengan nama Abdul Razak.

Bagaimanapun, gambar yang dikatakan itu tidak ditunjukkan di mahkamah.

Persoalan kini, jika benar Datuk Seri Najib tidak mahu menjawab persoalan itu, mengapa awal-awal lagi semasa pilihanraya di Ijok beliau TELAH membuat kenyataan tersebut dengan penafiannya terhadap sebarang pengenalan kepada Altantuya? Beliau telah pun bertindak SUB JUDICE apabila menyentuhnya di kempen pilihanraya di Ijok. Mengapa semasa itu tidak menyatakan bahawa hal itu tidak boleh disentuh kerana sedang dibicarakan di mahkamah, tetapi sebaliknya mengambil sikap menafikan?

Kedua, mengapa sibuk-sibuk di hari pertama kes Altantuya dibicarakan, pada waktu itu Legasi Tun Razak diadakan? Tidakkah ia menyerlahkan sesuatu yang hasrat yang tersirat dari apa yang tersurat?

Ketiga, Razak Baginda ialah seorang penganalisa politik di Kementerian Pertahanan yang Najib adalah menterinya. Adalah tidak masuk aqal untuk menyatakan Najib tidak tahu pergerakan dan kisah peribadi Razak kerana sebelum ini hubungan mereka umpama isi dengan kuku. Jadi logiknya Altantuya memang dikenali oleh Najib dan kami tetap beranggapan bahawa Najib mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam hubungan Razak Baginda dengan Altantuya.

Keempat. Jika benar gambar itu tidak wujud seperti yang di dakwa oleh Setiausaha akhbarnya, mengapa pihak pendakwa yang diketuai oleh Tun Majid beriya-iya cuba membataskan dan menyekat keterangan saksi dari menceritakan segala-galanya mengnai kisah gambar itu? Mengapa terlalu takut dan kecut? Ada arahan dari tangan yang ghaib sama seperti kes Anwar dulu? Apa kredibiliti yang tinggal lagi kepada pihak pendakwa yang berlakon ini apabila mereka sebenarnya berpihak kepada tertuduh?

Kelima. Begitu juga dalam hal sewaktu peguam pemerhati mangsa, Karpal Singh di dalam soal balas kepada Burmaa, telah dinafikan haknya untuk berbuat demikian apabila Hakim Tun Zaki enggan membenarkannya untuk meneruskan soalbalas tersebut kepada Burma. Persis seolah ada kesepakatan diantara pihak Najib, Razak Baginda, Pendakwa dan Hakim sendiri. ini semua adalah jelas KEPADA ORANG YANG WARAS. Hanya yang tak waras akan menyatakan bahawa tiada kesepakatan diantara mereka.

Keenam. Mengapa sekarang baru mengelabah? Iaitu selepas hari kedua berlakunya kejadian pendedahan itu? Mengapa tidak keluarkan kenyataan di hari yang sama setelah pendedahan itu dilakukan oleh saksi berkenaan?

Ketujuh. BOM C4 yang digunakan adalah dari Kementerian Pertahanan. Siapa menterinya? Mengapa ianya tidak lansung disentuh oleh Najib? Takut apa? Hanya orang yang benar tidak akan rasa gentar untuk membuat sebarang ulasan samada pengakuan atau penafian. Berdiam diri adalah menunjukkan ada sesuatu yang cuba diselindungkan!

Hah.. terlalu banyak teka-teki yang belum terjawab dan sekalipun kebenaran itu cuba ditutup dengan rapat oleh tangan-tangan yang cuba menyelamatkan Najib kerana Najib bakal menjadi Perdana Menteri. Namun katakanlah kepada Najib yang cuba menipu rakyatnya itu jika kini dia selamat dari goncangan kerusinya itu, tunggu sahaja saat buruk bakal berlaku bila dia menjadi Perdana Menteri bilamana kerusinya bakal bergoncang lagi malah lebih hebat dari kini yang akan terus mencampakkan dirinya dari jawatan secara hina! PILIH MANA YANG DIA SUKA. SEKARANG ATAU AKAN DATANG.

Tiada ulasan: