28 Okt 2007

Anugerah Sir kepada Salman: Pakistan dan Brazil Kecam Tindakan British

Posted on Friday, June 22 @ 11:09:34 MYT by greenboc
Berita Oleh Greenboc

demoMajlis Ulamak Pakistan yang merupakan aebuah badan ulamak terbesar di negara itu dan dianggotai lebih 2000 ulamak telah menganugerahkan "Saifullah" - Pedang Allah kepada Osama bin Laden.

"Kami rasa bangga untuk memberikan gelaran ini kepada Osama bin Laden selepas Kerajaan British memutuskan untuk memberikan gelaran "Sir" kepada Salman Rushdie," kata pengerusi badan tersebut, Maulana Tahir Ashrafi kepada AFP.


"Ini adalah pingat tertinggi untuk seorang pejuang Islam."

Osama Bin Laden telah dituduh terlibat di dalam serangan September 11, 2001 di New York dan Washington yang telah mengorbankan 3,000 orang. Pihak barat terutama Amerika dan sekutunya mempercayai Osama bersembunyi di sempadan Pakistan-Afghanistan.

Afzal Sahi -- wakil dewan wilayah Punjab yang juga ahli parti Liga Muslim Pakistan yang selama ini menyokong Presiden Pervez Musharraf -- menegaskan di dalam perbahasan yang beliau sendiri akan membunuh Salman Rusydie jika terserempak dengannya".

moolSementara itu Samiul Haq - Ketua Jamiat Ulema-e-Islam menyatakan bahawa umat Islam wajar mengurniakan gelaran "Sir" dan lain-lain gelaran mulia kepada Osama (kiri) dan Mullah Omar (kanan) sebagai tindakbalas terhadap tindakan penghinaan penganugerahaan Sir kepada Rsuhdie"

Kenyataan Samiul-Haq disokong oleh anaknya, Maulana Hamidul Haq Haqqani yang merupakan seorang ahli Dewan Pakistan. Beliau menegaskan:
"Osama Bin Laden dan Mullah Omar mengepalai gerakan membela Umat islam dan yang demikian wajar diberikan penghormatan dan menerima kurniaan gelaran oleh sekalian umat Islam."

brazilDi dalam satu perkembangan berasingan rakyat Brazil hari ini turut menyokong Osama ben Laden. Seorang penyokong kelab Gremio's menjulang gambar Osama Bin Laden memakai pakaian bersimbol Gremio sebelum perlawanan akhir Copa Libertadores menentang Boca Juniors di Porto Alegre, Brazil, pada Jun 20, 2007 kelmarin.

Dan di Britain sendiri filem "Osama the Hero" yang ditulis oleh Dennis Kelly dan diarahkan oleh Syd Brisbane baru saja memenangi satu anugerah berprestij mengkisahkan tugasan sebuah sekolah yang meminta pelajarnya menamakan seorang wira semasa yang sanggup berkorban dan mencurahkan segala kekayaannya untuk perjuangan dan inspirasinya kepada masyarakat.

Tiada ulasan: