28 Okt 2007

8 Keping Gambar CCTV Hotel Malaya

Posted on Tuesday, July 17 @ 03:15:33 MYT by greenboc
Berita Oleh greenboc

zBerikut dipaparkan lapan keping gambar CCTV yang dirakamkan di Hotel Malaya, tempat di mana Altantuya Shaaribu dikatakan meniti hari-hari terakhirnya sebelum beliau dibunuh.

Di dalam gambar-gambar yang dirakamkan, kelihatan yang dipercayai dua orang tertuduh iaitu Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korperal Sirul Azhar Umar yang gambar-gambar ini ditayangkan di skrin peti televisyen 21 inci yang diletakkan di atas meja pihak pendakwa. Sila lihat gambar 1 dan 2 di bawah:


a

2

Gambar-gambar berikutnya mendedahkkan dua orang, seorang memakai kemeja-T putih sementara seorang yang lain memakai kemeja-T kuning berbelang biru memasuki lif di tingkat 7 dan 11 diantara pukul 4 ptg - 5 ptg pada 18 Oktober 2006, iaitu sehari sebelum Altantuya dibunuh. Gambar berikutnya menunjukkan sebuah lagi peti TV yang diletakkan di atas meja hakim Datuk Mohd Zaki Yassin yang menghakimi perbicaraan ini.

3


4


Berdasarkan permerhatian terhadap imej yang kurang jelas itu, lelaki yang memakai baju kuning berbelang biru itu menyerupai Sirul Azhar dari bentuk muka dan aspek fizikal, sementara lelaki yang berkemeja-T putih itu ialah Azilah Hadri. Azilah, 30 dan Sirul Azhar 35, menghadapi pertuduhan membunuh Altantuya, 28 di Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, diantara jam 10 malam pada 19 Oktober 2006 dan 1 pagi pada hari berikutnya.

5


6


7


8


Imej-imej diperolehi dari Multidimid Present PowerPoint.

Tiada ulasan: