CCTV yang diputuskan untuk dipertontonkan oleh Hakim Mahkamah di dalam perbicaraan kes Altantuya hari ini dipertontonkan selepas sedikit masa gangguan akibat dari masalah teknikal kerana tidak wujud keserasian di antara pita yang dibawa dengan sistem CCTV yang dibawa ke mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Md Yasin telah mengarahkan perbicaraan diteruskan dengan saksi-saksi lain sementara menunggu keterangan Pengurus Operasi Hotel Malaya Jimmy Loo Mow Chan menanti sistem yang serasi dapat ditemukan oleh kumpulan pendakwaraya.
Namun, pita yang ada terus dipertontonkan walaupun kurang serasi.
Minggu lepas, mahkamah dikejutkan apabila Ketua Pendakwa Raya DPP Tun Abd Majid Tun Hamzah menyatakan usaha sedang dibuat untuk mempertontonkan pita CCTV di mahkamah. Altantuya Shaaribu, wanita Mongolia yang bersuisa 28 tahun itu telah menginap di dalam hotel berkenaan di hari0hari terkahir hayatnya.
Loo (gambar) memberi keterangan Jumaat lalu sebagai saksi ke 17 untuk Pihak Pendakwa dan mengemukakan lapan keping gambar ramakan dari CCTV, bertarikh 18 Okt tahun lepas. Saksi itu, bagaimanapun, tidak menjelaskan di dalam mahkamah apa yang dia nampak di dalam gambar itu.
Wartawan yang begitu berminat hanya dapat melihat sekali imbas sekeping dari gambar tersebut, yang menunjukkan tiga orang manusia..
Di dalam keternagnnya pada hari ke 18 di perbicaraan berprofil tinggi ini, Loo menyatakan terdapat dua sistem CCTV di hotel 11-tingkat yang terletak di Jalan Hang Lekiu Kuala Lumpur.
“Terdapat 20 kamera terpasang di beberapa bahagian hotel. Ia ditempatkan di setiap tingkat, berdekatan dengan tangga di lobi utama," jelasnya.
Laporan TheStar
Terjemahan oleh greenboc
Tiada ulasan:
Catat Ulasan