19 Jun 2009

PAS UMNO : Haji Hadi Perlu Letak Jawatan Presiden

Gagasan Kerajaan Perpaduan yang diketengahkan oleh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang kini telah menjadi parasit yang menyerang parti sehingga wujud perpecahan yang begitu menyediihkan di kalangan ahli parti - yang terburuk semenjak zaman PAS dipimpin oleh golongan nasionalis, Datuk Mohd Asri Hj Muda.

Gagasan Kerajaan Perpaduan yang telah ditarik balik beberapa hari sebelum pencalonan jawatan Presiden dan lain-lain jawatan bermula untuk Pemilihan Muktamar kali ke 55 berlansung, telah dihidupkan semula pada hari muktamar, sekalipun tidak disebutkan di dalam ucapan dasarnya, tetapi diwarwarkan kepada pihak media sewaktu ditanya oleh para pemberita.

Haji Hadi mengesani bahawa jika gagasan tersebut dimasukkan ke dalam Ucapan Dasarnya sepastinyalah beliau akan menerima nasib seperti bekas Presiden PAS, Dato Mohd Asri dimana ucapan dasar Mohd Asri telah ditolak oleh perwakilan PAS sehingga Mohd Asri diturunkan dari jawatannya dan digantikan oleh Hj. Yusof Rawa.

Satu hal yang nyata, gagasan Kerajaan perpaduan ini adalah satu penjenamaan semula terhadap gagasan Kerajaan Campuran yang pernah dilontarkan untuk menyaingi gagasan 16 September yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun yang nyata juga, sekalipun gagasan Anwar gagal, namun arus kebangkitan rakyat menunjukkan bahawa sokongan terhadap Anwar dan Pakatan rakyat terus meningkat dengan Pakatan Rakyat memperolehi kemenangan demi kemenangan di dalam setiap pilihanraya kecil yang dijalankan di Semenanjung menjadikan cita-cita untuk menuju ke Putra jaya sebagai sesuatu yang semakin hampir.

Namun gagasan Kerajaan Perpaduan tajaan Hadi, serupa dengan gagasan OneMalaysia tajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak jauh berbeza, sekadar slogan retorik yang amat dimenyampahi oleh rakyat.

Ia tidak bejejak di bumi nyata dan tidak ada perbincangan serius serta komprehensif dilakukan untuk mempastikan gagasan itu dikupas agar ianya menjadi gagasan ideal yang boleh diterjemahkan di alam realiti sepertimana gagasan-gagasan besar negara contohnya Revolusi Mental, Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan seumpamanya.

"Kerajaan Perpaduan" hanyalah idea peribadi yang belum diseminarkan, tetapi telah menampakkan kesan barah yang terlalu mengerikan sehingga wujud perpecahan yang memberantakkan perpaduan jemaah PAS sendiri.

Gangasan Kerajaan Perpaduan gagal untuk disepakati lantaran ia berpaksi dari tujuan yang tidak murni. Menurut Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman semalam di Parimen, idea ini tidak pernah dibincangkan di dalam Majlis Syura (majlis tertinggi di dalam PAS di dalam soal perlaksanaan dasar dan halatuju parti) yang diketuai oleh Mursyidul Am PAS.

Yang nyata gagasan Kerajaan Perpaduan ini disokong dan disambut penuh kegirangan oleh UMNO - yang mengharapkan bantuan dan sokongan ahli-ahli PAS terhadap survival mereka yang semakin tenggalam di dalam senario politik tanahair.

Sementara di dalam PAS pula, yang menyokong gagasan ini adalah mereka yang menjadi penyokong taksub Haji Hadi di kalangan mereka yang tewas di dalam pilihanraya yang lalu untuk mencari jalan singkat menerima jawatan dan habuan sekiranya Kerajaan Perpaduan menjadi kenyataan.

Justeru itu, idea yang menjadi duri dalam daging ini perlu segera dibuang jauh sebelum duri itu terus membusuk dan merosakkan daging - dan perlukah pelupor yang menyebabkan luka ummah menjadi semakin parah ini turut dibersihkan dari jemaah dengan meminta beliau mengundur diri sebelum nantinya ahli-ahli mengusulkan undi tidak percaya kepada beliau sepertimana tidak disangka-sangka digerakkan hati mereka oleh Allah untuk berdirinya semalam 10 Ahli Parlimen dan sayap parti Dewan Muslimat PAS Pusat secara tegas menolak Kerajaan Perpaduan untuk terus bersama Pakatan Rakyat?

Sementelah lagi di dalam keadaan ummah sedang kecoh berantakan dengan racun Kerajaan Perpaduan ini, Haji Hadi memilih untuk terus berada di luarnegara disaat sepatutnya beliau WAJIB berada di Dewan Rakyat!

64 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa punya Presiden daaa...lebih byk ada di luar negeri dari dalam Parlimen..macam ni korang angkat jadi presiden PAS..alahai..wat malu orang la

arifomar berkata...

MARAH NAMPAK. BACKGROUND BLOG ANDA PUN DAH KURANG HIJAUNYA. RELAKLAH BROTHER. SAMA-SAMA MELAYU DAN ISLAM NAK GADUH APA.

Tanpa Nama berkata...

kesian tghh

maybe secara 'kebetulan' kot dia mesti kat luar negara tiap kali ada isu dalam pas atau pr

atau mayb dia tgh risik2 nak beli umah kat luar negara, tuh psl bz manjang kat oversea

atau dia tgh cari idea apa itu kerajaan perpaduan sebab takat hari nih dia sendiri tak jelaskan apa itu sebenarnya kerajaan perpaduan. Tgh cari alasan/idea la tuh

kita kena bersangka baik kan

Tanpa Nama berkata...

sedap hati ja kata kt TGHH sruh letak jawatan,hg nk bg sapa jd presiden nak bg org yg batu api ka yg dok berusaha memecahbelah PAS

Tanpa Nama berkata...

Cukuplah Presiden, perpecahan yang ada di dalam PAS disebabkan oleh Tuan Presiden sendiri.

Saya sokong 100% beliau letak jawatan.
Ramai yg lbh berkalibar. Datuk Abd Halim, Datuk Azizan dll.

Tanpa Nama berkata...

bubar lah pas tu buat nik aziz pas atau pas nik aziz nama baru

Tanpa Nama berkata...

nik aziz presiden pas baru husan musa timbalan presiden kan comel semua dari kelantan .ini dikatakan ulamat dan umarak

Tanpa Nama berkata...

pas kawasan saya akan calonkan Nizar Jamaluddin

sb dehlawi berkata...

Anonymous said...
bubar lah pas tu buat nik aziz pas atau pas nik aziz nama baru

June 19, 2009 1:09 PM
Anonymous said...
nik aziz presiden pas baru husan musa timbalan presiden kan comel semua dari kelantan .ini dikatakan ulamat dan umarak

Guano maroh sangat kat tuan guru nik aziz? pas tak akan bubar dan tidak terbubar walaupun penjilat2 UG keluar parti.

Hj hadi silap kenapa tak cadang stopa ali tanding tim presiden, baru lengkap Parti Pas seterengganu. jnagn hina sangat kelate, 2 thun doh berjaya pertahan kerajaan. terengganu satu penggal dah lingkup, orang macam itukah kita nak jadikan contoh?

Tanpa Nama berkata...

pendirian saya jika Hadi, Nasya dan sekalian pendokong UG nak sgt kerajaan perpaduan, alrite. Suruh dia keluar PAS.

Jika tak mahu, kita akan keluar dan tubuh PASTULEN. Sure semua cawangan dan kawasan PAS akan bubar dan ikut kita. InsyaAllah.

muslim berkata...

x der pembubaran akan berlaku... kita dah ada saluran dan perlembagaan jemaah. saper2 x ikut kputusan majlis syura dan muktamar... dialah kluar. skarang saper yg x ikut? habaq maih...

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya yang letak jawatan 10MP PAS tu..Presiden dipilih oleh pewakiln bukannya blogger..

sb dehlawi berkata...

Anonymous said...
sepatutnya yang letak jawatan 10MP PAS tu..Presiden dipilih oleh pewakiln bukannya blogger..

10 ni taat setia kepada dasar perjuangan pas dan PR. Walaupun presiden dipilih perwakilan, presiedn juga bolh dikenakan tatatertib

Lebai Mangkuk berkata...

KERAJAAN PERPADUAN WADAH UTAMA MENYATU-PADUKAN MELAYU/ISLAM

Dalam 10 orang wakil PAS itu sebenar nya separuh daripada nya berjiwa PKR.

Mereka tahu bahawa PKR akan musnah jika 'Kerajaan Perpaduan' benar2 dapat diujudkan. Begitu juga dengan DAP. DAP akan kembali lemah seperti dahulu.

Jika DAP lemah, dengan sendirinya kaum cina dan india terpaksa mengikut menyokong 'Kerajaan Perpaduan yang berteraskan politik melayu/Islam sepenuh nya.

Orang melayu/Islam harus sedar, kuasa memerintah oleh melayu/Islam akan musnah jika berpecah dalam politik. Contohnya apa yang sedang berlaku sekarang.

Kaum cina dan india sudah bersatu dalam DAP, kaum melayu/Islam berpecah dan sudah menampak kan kelemahannya dari segi kuasa memerintah.

Suara kaum cina dan india semakin lantang untuk menghapuskan hak2 kaum melayu. Mereka juga sudah berani menuntut perkara2 yang akan merugikan kaum melayu/islam.

Sedarlah sebelum terlambat.
Pemimpin2 UMNO mungkin sudah sedar segala kesilapan nya dan sudah berubah.
Mengapa kita tidak berani mencuba 'Kerajaan Perpaduan' ?

seb dehlawi berkata...

lebai-mangkuk said...

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT BERSEDIA PERINTAH MALAYSIA..INSYAALLAH
Sb dehlawi kata, lebai mangkut ni nafas berbau umno.. benarkan jika UG melayu islam bersatu...? sejarah membuktikan dulu pas dengan umno bergabung yang akhirnya pas ditentang itu menyebabkan melayu lebih teruk berpecah. Hanya kerajaan perpaduan antara kompenen PR saja boleh menyatukan melayu malah buleh menyatukan cina, india dan melayu.. buktinya ramai dan melayu masuk PKR atau Pas selepas tidak yakin lagi dengan Umno.

KUasa pemerintahan melayu tak akan pecah/musnah kerana itu semua tetap dipelihara dalam perlembagaan negara, manakala ketua negara pula siapa? lebai tak tahu ke? mestilah Yang dipertuan Agung. Kuasa agung mengatasi kuasa eksekutif kan agung itu orang Melayu, betul tak lebai?

Keberanian cina/india tuntut kerana kelemahan BN memerintah negara.

Pemimpin umno sedar akan kesilapan mereka? kalau sedar apa jaminannya? rampas perak, tak bayar royalti minyak kepada kelantan? wang ihsan untuk terengganu? tangkap guna Isa? dan banyak lagi perlu diperhitungkan!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kami sokong penuh Presiden PAS setiap keputusan.Kami telah memilih TGHHA.kalau 10MP PAS tak setuju,tunggulah muktamar akan datang.10MP tidak layak jadi wakil kami.

Tanpa Nama berkata...

Saya akan memastikan 10MP PAS akan kalah PRU13.Mereka bukan ahli Pas sebenarnya.Klon PKR.

Tanpa Nama berkata...

hehehe
banyak songel, TGHA dan Nasya dah nak kena terajang dgn ahli PAS tuh, jaga bebaik siap dengan semua penyokong UG tak kan ada dlm muktamar akan dtg.

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi silap kenapa tak cadang stopa ali tanding tim presiden, baru lengkap Parti Pas seterengganu. jnagn hina sangat kelate, 2 thun doh berjaya pertahan kerajaan. terengganu satu penggal dah lingkup, orang macam itukah kita nak jadikan contoh?

contoh demo tak lengkap patut tambah lagi 2 kehebatan satu bakar bas di ganu semasa perlawanan bola antaro NS lawan kelantan puak kelantan yang bakar dan baruni bakar trak palis di stediun antara kelantan dengan NS negeri lain tak buat apakata ulamat

Tanpa Nama berkata...

saya yakin dengan kepimpinan Dato' Seri TG haji Abdul hadi Awang. InsyaAllah beliau akan diberi petunjuk oleh Allah. Amin.

muslim berkata...

petunjuk apa? dari dulu lagi sikap dia bikin x serupa cakap....

Tanpa Nama berkata...

dan cakap Hadi x serupa bikin.

katanya: "jika mereka mahu kepada Islam mereka yang perlu masuk ke dalam saf kita, bukan kita yang berpaling ke arah mereka"

apa dia mahu bikin skrg?

Tanpa Nama berkata...

bukannya TGHHA letak jawatan tetapi 10MP PAS budak hitam tu letak jawatan.Sebenarnya presiden dia tu dari parti lain.

Tanpa Nama berkata...

perwakilan pas semuanya sokong TGHHA dan Ust nasa,bukan TGNA dan husam.

Tanpa Nama berkata...

kenapa husam diam saje...kenapa tidak menyejukkan isu panas ni.kalau dah kalah tu,dahlah.jangan jadi batu api pada 10MP budak hitam tu..

Tanpa Nama berkata...

petunjuk apa? dari dulu lagi sikap dia bikin x serupa cakap....

mu duk rasa nik aziz tu bagus sangat ke bab ugama memeang lah bab mulut kata ke orang bagaimana , apa islam suruh kata ke orang yang tak nak ikut kita pedih-pedih ,kan kita makhlok bukan malaikat

Tanpa Nama berkata...

kenapa husam diam saje...kenapa tidak menyejukkan isu panas ni.kalau dah kalah tu,dahlah.jangan jadi batu api pada 10MP budak hitam tu..

nampaknya hati anda jauh lebih hitam dari Husam...

Tanpa Nama berkata...

orang yang kutuk TGHHA tu buaknnya dari pas.mereka tu pkrlah nak menentukan halatuju pas.insyaAllah kami belakang presiden pas yang kami pilih.

sb dehlawi berkata...

contoh demo tak lengkap patut tambah lagi 2 kehebatan satu bakar bas di ganu semasa perlawanan bola antaro NS lawan kelantan puak kelantan yang bakar dan baruni bakar trak palis di stadium antara kelantan dengan NS negeri lain tak buat apakata ulamat

Kesiannya mung ni, sampai kes bola sepak pung mung nok kaitkan dengan politik? bila masa puak kelate bakar bas di ganu? mung nu buta sukan ko?mung pegi tengok doh stadium runtuh kapung mung? mung berangkali gi peruntuh deh? hebat ko tganu? mung kena lah terima hakikat bahawa mung tak pandai perintah negeri satu penggal dan lingkup. kesiannya... lain kali dengar pandangan rakyat baru pas tganu maju. aku syor mung datang belajar kat kelate bagaimana nak tadbir negeri. kalau dah kalah diam2 sajala... tak perlula sebok nak buat krajaan campurang di ganu dengan umunu.

Tanpa Nama berkata...

orang yg taksub kepada TGHHA itu dan memfitnah orang lain sebagai bukan pas itulah golongan yg dimurkai Allah.

sb dehlawi berkata...

mu duk rasa nik aziz tu bagus sangat ke bab ugama memeang lah bab mulut kata ke orang bagaimana , apa islam suruh kata ke orang yang tak nak ikut kita pedih-pedih ,kan kita makhlok bukan malaikat

Bagus ke tak bagus ke mung terima hakikat bahawa nik aziz mursyidul am dia ada hak tegur.. tak perlu la mung otak sangat dengan TGNA kerana aku pcaya mung tak sehebat dia

Tanpa Nama berkata...

kalu nak cakap pasal bola,gi main jauh-jauh.husam hatinya hitam.kalau putih mesti mredakankan penyokong beliau.yang dok kutuk TGHHA ,penyokong husamlah tu....dah kalah tu duk diam2.Jgn jadi batu api.

sb dehlawi berkata...

Anonymous said...
Saya akan memastikan 10MP PAS akan kalah PRU13.Mereka bukan ahli Pas sebenarnya.Klon PKR.

Bijok mung... boleh ko mung sorang nak undi 10 orang ni

sb dehlawi berkata...

Anonymous said...
perwakilan pas semuanya sokong TGHHA dan Ust nasa,bukan TGNA dan husam.

June 19, 2009 8:37 PM
Anonymous said...
kenapa husam diam saje...kenapa tidak menyejukkan isu panas ni.kalau dah kalah tu,dahlah.jangan jadi batu api pada 10MP budak hitam tu..

ahli bawahan tetap sokong TGNA dan HUSAM. mung tahu mana lebih ramai perwakilan berbanding dengan ahli biasa??

Husam tak diam dia terus dapat sokongan tak perlu husam sejukkan kes ni kerana bukan dia yang mulakan. orang yang perlu bertanggungjawab ialah gerembolan tganu hj hadi dan stopa. sorang lagi Nash tapi sekrang diam macam tikus.

muslim berkata...

mu duk rasa nik aziz tu bagus sangat ke bab ugama memeang lah bab mulut kata ke orang bagaimana , apa islam suruh kata ke orang yang tak nak ikut kita pedih-pedih ,kan kita makhlok bukan malaikat

----------

bagus ke x bagus itu bukan aku atau bukan ko yg dpat tentukan. ko dan aku manusia blh tgk benda2 depan mata.. benda2 yg kita x nampak ni Allah jer yang Maha Mengetahui.

persoalannya skarang, mung tlg jawab aku tanya... konflik celaru sekarang ialah tentang UG yang dicetuskan oleh Hadi, Stapa, Nasya tu. Cuba mung bagitau aku atas dasar apa depa tu buat kerja? ini adalah dasar dan polisi, bukan stakat kputusan eksekutif biasa. perkara2 dasar dan polisi ni bukan presiden, t/p atau spp yang buat keputusan. ini mesti diputuskan diperingkat syura, muktamar agung / khas. adakah ini berlaku? bagi tau aku? saper yg dah melanggar perlembagaan parti?????

Dahlah langgar perlembagaan, buat pulak tu secara sulit senyap2.. kalau dah bagus dan murni naper x buat terang2??????

Mung dok beralas org2 yg mung x kenal kat dlm ni adalah org pkr, mung tu jangan lari dari persoalan asal....

sekarang Hadi sediri dah kata idea UG dah x relevan sbb sekarang era Najib... apa mung nak jawab tentang ni?????? Cuba mung bagitau aku, katakan idea tu dah jadi realiti di zaman Pak lah, dan pas berpecah belah dan pakatan rakyat berpecah, then masuk era Najib Hadi kata camtu.. apa jadi??????? Bukan Hadi dah menghancurkan jemaah????

Nilah org kalau dah bebal... bebal situlah... Persoalan sekarang aku x bahaskan siapa menang dlam pemilihan hari tu... aku bahas kat sini pasal UG

huh... ada gak kat sini yg bagi kepastian 10MP tu x akan menang dalm pr akan datang... wei, x yah tunggu pr akan datang laaaaa... bgtau kat nasya tu letak jawatan sbg mp bachok pastu suruh dia btanding smula kat situ atas tiket bebas ke umno ko tu... tgk saper menang!!!!!!!!!!

.

Tanpa Nama berkata...

bahalol punya hadi,nasya.barua umno

sb dehlawi berkata...

Anonymous said...
kalu nak cakap pasal bola,gi main jauh-jauh.husam hatinya hitam.kalau putih mesti mredakankan penyokong beliau.yang dok kutuk TGHHA ,penyokong husamlah tu....dah kalah tu duk diam2.Jgn jadi batu api.

sapa yang mulakan politikkan kes bola? kalau dah berak tengah jalan mangakula itu tahi mung. napa bodo sangat mung dlm politik, kalau tak tahu tak yah debat dalam blog. yang duk kutuk TGHA bukan puak husam tetapi puak pro pakatan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Kesiannya mung ni, sampai kes bola sepak pung mung nok kaitkan dengan politik? bila masa puak kelate bakar bas di ganu? mung nu buta sukan ko?mung pegi tengok doh stadium runtuh kapung mung? mung berangkali gi peruntuh deh? hebat ko tganu? mung kena lah terima hakikat bahawa mung tak pandai perintah negeri satu penggal dan lingkup. kesiannya... lain kali dengar pandangan rakyat baru pas tganu maju. aku syor mung datang belajar kat kelate bagaimana nak tadbir negeri. kalau dah kalah diam2 sajala... tak perlula sebok nak buat krajaan campurang di ganu dengan umunu.

memang sah mu buta sejarah gajah depe mato tak napok kume seberang laut demo nampok .suka duk tengok kesalahen org je

Abuzar berkata...

Jikalah idea "kerajaan perpaduan" diilhamkan pada sebelum September 1998, sebelum PRU 1999, sebelum PRU 2004, atau sebelum PRU 2008 ..ianya cukup manis dan berkesan. Tiadalah perlu ramai yang di ISAkan, dianiaya, ditindas, dizalimi, ... tidak perlu demonstrasi jalanan rakyat, tak perlu reformasi, tidak perlu tadah ketayap kutip derma jihad dari rakyat marhaen nak lawan kefasikan kerajaan BN, penulis buku politik pun taklah kena saman, tak perlu turun-naik mahmakamah pening kepala tok hakim, tak perlu pasang loyar-saman-menyaman, tak perlu berebut kerusi speaker DUN Perak, ......

Tapi idea "kerajaan perpaduan - kelumpuk Melayu" yang "bernas ini" datang dari .. pemimpin .. setelah PRU 2008, bila UMNO banyak kalah. PAS menang tambah sikit. Rakyat semakin menyakini kepimpinan PR. Gelombang perubahan rakyat semakin menghantui BN . ... tiba2 PAS disempitkan pula dengan idea "kerajaan perpaduan - qaumiyyah Melayu" yang selama ini disanggah dengan "falsafah Islam syumul yang terbuka tanpa amalan jahiliyyah & semangat qaumiyyah".

Kami yang jahil dan "gon" ini keliru. Kitab mana pulak tok2 guru ulamak kita baca. Kitab kulit merah ko, kitab baru kulit kuning ko, ... bagaikan kisah "Tok guru dengan kepala ikan kakap besar" - sekali haram, sekali halal ...

Ingatlah "Gelombang Perubahan Rakyat" semakin membesar. PAS perlu menjiwai aspirasi rakyat. PAS tak boleh bersikap eksklusif dan elit "ulamak" yang terpisah dari rakyat. PAS pimpinan Asri & Kumpulan 20 dulu pernah melawan arus perdana rakyat yang ingin perubahan. Asri & K20 mengikut gerak tari UMNO. Akhirnya PAS hanyut. Yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran. Mengapa kemaruk "kerajaan perpaduan - qaumiyyah Melayu" menjadi-jadi. Terutama selepas Muktamar PAS ke55 baru2 ini. Apakah masih lagi saki baki generasi Kumpulan 20 dulu dalam pimpinan terpilih PAS sekarang?

sb dehlawi berkata...

memang sah mu buta sejarah gajah depe mato tak napok kume seberang laut demo nampok .suka duk tengok kesalahen org je

demo ko kawe buta sejaroh? memang ler, sekarang kesilapan di pihak kamu penjailat UG.. jadi kalu ore lain salahkan kamu menang tepat dan beto

Tanpa Nama berkata...

lebai mangkut ini semangkat perkauman.Sepatutnya kritikan2 lebai mangkut ini bolih dijadikan pedoman utk menyatukan ummah,bukan utk api2kan perkauman.Mungkin lebai mangkuk ni specis UMNO? Umno bagi pandangan saya bukanlah pembela melayu,tapi pemusnah melayu.Banyak pemimpinnya tahik rasuah.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...
sepatutnya yang letak jawatan 10MP PAS tu..Presiden dipilih oleh pewakiln bukannya blogger..

Anonymous said...
sepatutnya yang letak jawatan 10MP PAS tu..Presiden dipilih oleh pewakiln bukannya blogger..

Anonymous said...
sepatutnya yang letak jawatan 10MP PAS tu..Presiden dipilih oleh pewakiln bukannya blogger..

Tanpa Nama berkata...

KERAJAAN PERPADUAN WADAH UTAMA MENYATU-PADUKAN MELAYU/ISLAM

Dalam 10 orang wakil PAS itu sebenar nya separuh daripada nya berjiwa PKR.

Mereka tahu bahawa PKR akan musnah jika 'Kerajaan Perpaduan' benar2 dapat diujudkan. Begitu juga dengan DAP. DAP akan kembali lemah seperti dahulu.

Jika DAP lemah, dengan sendirinya kaum cina dan india terpaksa mengikut menyokong 'Kerajaan Perpaduan yang berteraskan politik melayu/Islam sepenuh nya.

SB DEHLAWI berkata...

Anonymous said...
Anonymous said...
sepatutnya yang letak jawatan 10MP PAS tu..Presiden dipilih oleh pewakiln bukannya blogger..

Anonymous said...
sepatutnya yang letak jawatan 10MP PAS tu..Presiden dipilih oleh pewakiln bukannya blogger..

Anonymous said...
sepatutnya yang letak jawatan 10MP PAS tu..Presiden dipilih oleh pewakiln bukannya blogger..

SUDAH KEHABISAN MODAL KOT? DOK ULANG TAYANG HOK TULO

Tanpa Nama berkata...

kalau tak tahu UG,tak payahlah komen.Cuba baca tentang sejarah UG.Buat meluat aku tengok geng-geng husam ni...

Tanpa Nama berkata...

10 MP Pas tu,eloklah lompat parti sebelah sana,dah agak dah...memang klon..saya tak marah kalau 10 budak hitam tu lompat parti,mcm kata TGNA...buat sampah je dalam pas.

remy berkata...

Anonymous said...
kalau tak tahu UG,tak payahlah komen.Cuba baca tentang sejarah UG.Buat meluat aku tengok geng-geng husam ni...

Mereka yg sokong totok UG ni lansung satu menda tak tahu apa depa sokong...

Anonymous said...
10 MP Pas tu,eloklah lompat parti sebelah sana,dah agak dah...memang klon..saya tak marah kalau 10 budak hitam tu lompat parti,mcm kata TGNA...buat sampah je dalam pas.

Bacul mereka yg sokong UG tak mahu dedah identiti. Golongan minoriti dalam PAS.

kia71 berkata...

salam.

betul ke hang ni ahli pas....

klu anak jantan sertakn no ahli pas.

sb dehlawi berkata...

Anonymous said...
kalau tak tahu UG,tak payahlah komen.Cuba baca tentang sejarah UG.Buat meluat aku tengok geng-geng husam ni...

June 20, 2009 12:47 AM
Anonymous said...
10 MP Pas tu,eloklah lompat parti sebelah sana,dah agak dah...memang klon..saya tak marah kalau 10 budak hitam tu lompat parti,mcm kata TGNA...buat sampah je dalam pas.

June 20, 2009 1:01 AM

Memang perangai orang sokong UG panas baran. perangai mereka sebiji sama dengan puak pakai baju biru.. Ntah2 menyamar kot. mereka ni tak de modal untuk debat... macam mana nak ada modal UG sendiri banyak keburukan berbanding dengan kebaikan dalam konteks negara kita.

apabila tak de modal, mereka akan berbahas ikut emosi, kata orang ini hitam la, macam macam lagi kaitkan bola sepak dengan politik la? orang macam ni kalau berdepat depan public pasti kena booo!!!

Tak kan mung paham bahawa TGHA sendiri kata UG sudah tak relevan now, dan tak sesuai dengan konseps negara kita mempunyai parlimen serta pelbagai bangsa...kalau bos mung sendiri kata gitu apa sal lak mung teloncat2 mahu kan UG?... sorryla pakatan kerajaan perpaduan yagn sebenar ialah PR seperti dikatakan TGNA...sudah faham?

Apabila mereka tidak dapat mencari bukti2 untuk menolah hujah, jalan yang dirasakan paling baik untuk menutup malu ialah dengan menyerang peribadi seseorang yang kononnya menjadi batu api, husam diserang tanpa bukti. sikap begini adalah amat keji dalam agama... maka tidak mustahil kami katakan bahawa kamu ni bukan ahli pas... hanya menyamar.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...
10 MP Pas tu,eloklah lompat parti sebelah sana,dah agak dah...memang klon..saya tak marah kalau 10 budak hitam tu lompat parti,mcm kata TGNA...buat sampah je dalam pas.

tak payah lompat pati tubuh pati baru macam aku kalau dah gila nak jadi presiden dan timbalan presiden ambiklah satu sorang sebab dah terbukti di kelantan puak-puak mat nasir dan d.asri bertelangkan keluar pati tubuh berjasa lepas tu tengok lah lama mana boleh bertahan.

KALAU LAH MASAALAH NI TAK DAPAT NAK DI SELESAIKAN CARA MUSAWARAH .BAPAK MENEGAR ANAK BAGUS KERANA BUAT SILAP -BUKAN DURHAKA ,BILA ANAK LAIN KITA PERLU BERDIAN DIRI PATUT NYA SEKELUARGA DIAM LAH TAPI TAK. BAPAK PULAK BERKUKUK LEBIH-LEBIH BILA DAH TERUK PANDAI PULAK DIAM.KAN DIAM AWAL-AWAL LEBIH BAIK CARI PENTELESAIAN.

remy berkata...

Bapa diam sekarang supaya jangan si anak bertambah2 dosanya kerana derhaka. Sptmana diamnya Nabi Nuh selepas ditegur oleh ayahnya terhadap anak yang begitu derhaka sehinggalah Allah sendiri menurunkan balaNya.

Tanpa Nama berkata...

SILA BACA PANDANGAN Rasydi Yusoff berkata... DAN IKUTI LAMAN WEB YG DI SEDIAKAN - Terima kasih

JAWAPAN ISU KERAJAAN PERPADUAN.

Mungkinkah TGNA telah diberi penerangan yang silap??..
(jika anda benar2 ingin memahami isu ini dgn ikhlas, ikuti siri2 link dibawah dgn penuh teliti)

Bahagian 1: http://www.youtube.com/watch?v=h7E21yBnZUE
(Apa itu Kerajaan Perpaduan?...1:43 hingga 5:31)
(Apa kewajaran?.... 6:06 hingga 9:42)
* perbincangan sebeginilah yg diharapkan oleh tghh bila lontaran idea telah dibuat....seterusnya menggarap kefahaman menyeluruh, barulah akan masuk peringkat bincang utk laksana atau tidak (slps timbang buruk baik kpd islam).

Bahagian 2: http://www.youtube.com/watch?v=mKStOkJgISA&feature=related
(peluang menguasai? 0:50 hingga 1:15 & 2:40 hingga 2:43)
(kenapa timbul selepas krisis perak? untuk 'test market'... 4:11 hingga 6:04)

Kenapa "KERAJAAN PERPADUAN?", BUKAN "KERAJAAN CAMPURAN" dengan umno?
TG Haji Hadi | Stadium Malawati Bhg 2/4 : http://www.youtube.com/watch?v=KXUdW-f-ycs&feature=related
(4:07 hingga 4:53)... Idea kerajaan perpaduan dah dilontar lame dah 6:30
TG Haji Hadi | Stadium Malawati Bhg 3/4 : http://www.youtube.com/watch?v=FgyCwXoRRns&feature=related
(5:40 hingga 6:25)

mesti libatkan semua parti / pihak (termasuk dap & pkr....bukan syarat baru, tghh dah sebut sblm ni)
http://www.youtube.com/watch?v=CbzAnLxp6us&feature=related

Adakah TGNA diberi maklumat salah? (wallahua'lam)
http://www.youtube.com/watch?v=7jmtQbWt8G4
(buktinya ada dlm klip tu sendiri..tgk pd minit ke 1:40 hingga 1:52 - TGNA sebenarnya setuju dgn konsep kerajaan perpaduan)

TGHH terpaksa tarik balik sbb ramai tak faham (termasuk ahli pas totok yg "kuat bertakbir tapi pas tak kuat, sbb dia hanya kuat takbir tp kerja tak jalan"-Ust Idris Ahmad)
http://www.youtube.com/watch?v=joJ5khSWNg8&feature=related

Setelah anda mengikuti klip ke-6 (pd minit ke 1:40 hingga 1:52), anda akan nampak TGNA sedang menyetujui 'apa yg ditentangnya'..
kepada sesiapa yg telah 'TERSILAP BRIEFING' kat TGNA, tolong betulkan semula situasi yg sedang berkecamuk ini DEMI ISLAM.
"yang pahit itu biasanya ubat"...

walLahu'aklam

kamu silap ulamat jangan di samakan dengan nabi nabi tu maksum kita ni tak terlepas dai kesilapan dan dosa. jangan sampai kita dapat dosa kering.

remy berkata...

Anda bermula dengan
"Mungkinkah" TGNA telah diberi penerangan yang silap??..

Justeru itu anda yang membuat persangkaan melalui "kemungkinan" anda yang tidak menepati kebenaran.

Takutlah kamu dengan Allah.

Surah Yunus : 36

"Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."

Tanpa Nama berkata...

"kamu silap ulamat jangan di samakan dengan nabi nabi tu maksum kita ni tak terlepas dai kesilapan dan dosa. jangan sampai kita dapat dosa kering."
__________________

Ulamak adalah pewaris nabi.
Yang mendapat dosa kering ialah kamu yang memfitnah TGNA.

Tanpa Nama berkata...

SB DEHLAWI said...
Anonymous said...
Anonymous said...
sepatutnya yang letak jawatan 10MP PAS tu..Presiden dipilih oleh pewakiln bukannya blogger..

Anonymous said...
sepatutnya yang letak jawatan 10MP PAS tu..Presiden dipilih oleh pewakiln bukannya blogger..

Anonymous said...
sepatutnya yang letak jawatan 10MP PAS tu..Presiden dipilih oleh pewakiln bukannya blogger..

SUDAH KEHABISAN MODAL KOT? DOK ULANG TAYANG HOK TULO

...................................................

bukan abis modal bro.. itu penegasan psl puak2 pas klon ni ckp sekali x phm2.

ust nasha ckp pn diorg x phm , ust presiden ckp pn x phm ,

puak2 pas klon ni terpedaya dgn ilmu sendiri sampai buat hujah sendiri sampai diri sendiri terbelit.

lepas tu guna blog ni untuk pecah belah kan jemaah pas.

SB DEHLAWI berkata...

Anonymous said...
SILA BACA PANDANGAN Rasydi Yusoff berkata... DAN IKUTI LAMAN WEB YG DI SEDIAKAN - Terima kasih

JAWAPAN ISU KERAJAAN PERPADUAN.

Mungkinkah TGNA telah diberi penerangan yang silap??..
(jika anda benar2 ingin memahami isu ini dgn ikhlas, ikuti siri2 link dibawah dgn penuh teliti)

Bahagian 1: http://www.youtube.com/watch?v=h7E21yBnZUE
(Apa itu Kerajaan Perpaduan?...1:43 hingga 5:31)
(Apa kewajaran?.... 6:06 hingga 9:42)
* perbincangan sebeginilah yg diharapkan oleh tghh bila lontaran idea telah dibuat....seterusnya menggarap kefahaman menyeluruh, barulah akan masuk peringkat bincang utk laksana atau tidak (slps timbang buruk baik kpd islam).

Bahagian 2: http://www.youtube.com/watch?v=mKStOkJgISA&feature=related
(peluang menguasai? 0:50 hingga 1:15 & 2:40 hingga 2:43)
(kenapa timbul selepas krisis perak? untuk 'test market'... 4:11 hingga 6:04)

Kenapa "KERAJAAN PERPADUAN?", BUKAN "KERAJAAN CAMPURAN" dengan umno?
TG Haji Hadi | Stadium Malawati Bhg 2/4 : http://www.youtube.com/watch?v=KXUdW-f-ycs&feature=related
(4:07 hingga 4:53)... Idea kerajaan perpaduan dah dilontar lame dah 6:30
TG Haji Hadi | Stadium Malawati Bhg 3/4 : http://www.youtube.com/watch?v=FgyCwXoRRns&feature=related
(5:40 hingga 6:25)

mesti libatkan semua parti / pihak (termasuk dap & pkr....bukan syarat baru, tghh dah sebut sblm ni)
http://www.youtube.com/watch?v=CbzAnLxp6us&feature=related

Adakah TGNA diberi maklumat salah? (wallahua'lam)
http://www.youtube.com/watch?v=7jmtQbWt8G4
(buktinya ada dlm klip tu sendiri..tgk pd minit ke 1:40 hingga 1:52 - TGNA sebenarnya setuju dgn konsep kerajaan perpaduan)

TGHH terpaksa tarik balik sbb ramai tak faham (termasuk ahli pas totok yg "kuat bertakbir tapi pas tak kuat, sbb dia hanya kuat takbir tp kerja tak jalan"-Ust Idris Ahmad)
http://www.youtube.com/watch?v=joJ5khSWNg8&feature=related

Setelah anda mengikuti klip ke-6 (pd minit ke 1:40 hingga 1:52), anda akan nampak TGNA sedang menyetujui 'apa yg ditentangnya'..
kepada sesiapa yg telah 'TERSILAP BRIEFING' kat TGNA, tolong betulkan semula situasi yg sedang berkecamuk ini DEMI ISLAM.
"yang pahit itu biasanya ubat"...

walLahu'aklam

sb dEHLAWI, KATA

KAMU TAK PAYAH SURUH KAMI BACA DAN MEMANG KAMU DAH PUN BACA. KAMU BACA ARTIKEL DALAM HARAKAH TERBARU? KALAU KAMU TIDAK BACA MEMANG SAH LAH KAMU ORANG UMNO YANG MENAGIH UG UNTUK SAMBUNG NYAWA. DALAM ARTIKEL ITU, MENYATAKAN KERAJAAN PERPADUAN ITU IALAH SEMUA PARTI DALAM NEGERA TERBABIT DALAM KERAJAAN. TETAPI DI MALAYSIA SUKAR KERANA PARTI2 BERLAIANAN IDIOLOGI. LAGIPUN SISTEM MALAYSIA BERPARLIMEN DI MANA PARTI PALING BANYAK MENENAG MP MEMERINTAH NEGARA. LAGI PUN KITA MENGUNDI ATAS DASAR CALON PARTI, PM DILANTIK BUKAN DI UNDI. JADI DALAM SOAL INI SIAPA AKAN JADI PM? TAK KAN LAH UMNO NAK BAGI PAS ATAU PKR JADI PM? KALAU DIA BAGI JUGA MAHUKAH DIA TANGGUNG RISIKO DISIASAT ATAS KESALAHAN LALU? DAN KALAU pm TAK DAPAT KEPADA PAS SUDAH PASTI AKAN JADIKAN PAS TIKUS MUNDUK DAN YES MAN DALAM PERPADUAN. MAHUKAN PAS TUNDUK KEPADA PM YANG MEWAKILI GOLONGAN SEKULAR? MAHU KAH PAS KORBANKAN DASAR PERJUANAGAN YANG MENEGAKKAN ISLAM KALAU DIJADIKAN KAMBING HITAM DALAM KERAJAAN? ITU SUBAB HJ HADI SENDIRI KATA BENDA NI DAH TAK RELEVAN? TAHU RELEVAN? TAK SESUAI DIPERAKTIK DI SEKARANG. PADA AKU KALAU BENDA INI NAK DIPERAKTIKAN IALAH AMAT RUMIT KERANA MEMERLUKAN PINDAAN ERLEMBAGAAN NEGARA YANG SUDAH KENA DIPERSETUJUI KETUA NEGARA

June 20, 2009 9:32 AM

sb dehlawi berkata...

Anonymous said...
SB DEHLAWI said...
Anonymous said...
Anonymous said...
sepatutnya yang letak jawatan 10MP PAS tu..Presiden dipilih oleh pewakiln bukannya blogger..

Anonymous said...
sepatutnya yang letak jawatan 10MP PAS tu..Presiden dipilih oleh pewakiln bukannya blogger..

Anonymous said...
sepatutnya yang letak jawatan 10MP PAS tu..Presiden dipilih oleh pewakiln bukannya blogger..

SUDAH KEHABISAN MODAL KOT? DOK ULANG TAYANG HOK TULO

...................................................

bukan abis modal bro.. itu penegasan psl puak2 pas klon ni ckp sekali x phm2.

ust nasha ckp pn diorg x phm , ust presiden ckp pn x phm ,

puak2 pas klon ni terpedaya dgn ilmu sendiri sampai buat hujah sendiri sampai diri sendiri terbelit.

lepas tu guna blog ni untuk pecah belah kan jemaah pas.

June 20, 2009 12:23 PM

kAMU NI puak pas sejati ke? kami sudah paham apa yag dikatakan nasha @ haj hadi. kami pasti kamu pun faham akan kelemahan UG tetapi kamu masih lagi mahu menegakkan benang basah supaya kamu boleh panjat dan mengejar jawatan dalam UG kononnya.

aku setuju 100 % artikel di GB kerana kumpulan penetang UG ini tiada saluran untuk membela. Harapkan Harakah dan harakadaiy dah tak boleh sebab laporan lebih kepada UG. kamu tahu siapa org besar disebalik sidang harakah? bos mung la, mustapa ali.

Tanpa Nama berkata...

bro..
benda ni small matter je , yg jadi gawat ni puak2 yg mengembar gemburkan benda ni.

puak2 yg mencari isu nak jatuhkan ust nasha. masa muktamar aritu puak2 ni kempen org depa dlm blog ni. blog ni pun terlibat sama , lup2 kalah .. itulah yg pedih dan x dapat menerima kekalahan.

lepas tu besar2 kan isu. buat kem. padahal isu ni boleh diselesaikan cara elok, cara jemaah islam. ni x sebijik mcm umno malah lebih teruk dan buruk dari tu.

sebab tulah ramai yg dekat luar sana x dapat mendekati pas sebab perangai org2 yg mcm ni lah bro. bukan saya sorng je kata mcm ni, dato dr hassan pn kata mcm ni.

kalau komen saya ni x dipadam ok la. selalunya komen yg menyokong ust nasha akan dipadam seperti sebelum2 ni. di blok.

Tanpa Nama berkata...

smol matter? kepala hatok hang
yg bawak isu ni hadi and nasya patut dihukum sula kerana telah memecahbelahkan parti

mereka yg menyokong idea perpecahan ini patut disebat di khalayak ramai.

Tanpa Nama berkata...

wakakaaaa... bro,
bawa mengucap .. ada ka hukum sula. dan sebat

bro dulu study dkt mana pakistan ke ..

jgnn ikut feel bro. relex .... bila ikut feel binasa , ni yg org luar x dapat terima pas sebab kudis2 yg mcm ni la. kalau sebelah org pandai menghukum , kafir lah munafik lah tp kalau pada diri sendiri bedal je... ramai la yg saya jumpa org pas yg jd kudis mcm ni.

pe .. saya terbaca sebelum ni kawan2 pangil pas klon. setuju x bro...

pape pun jgn ikut feel bro...

sb dehlawi berkata...

Memang benda ni small metter, jika UG tak dibincang dalam muktamar kerana UG bukan agenda muktamar. dan yang kami paling terkilan mengapa pemimpin mengulas Ug apabila ditanya awrtawan akhbar yang semakin hilang arus perdana. kan merekaini dikatahui suka memutar-belitkan cerita mengapa kita kebuloq sangat nak bagi kenyataan. akibatnya bendar yang kecil dah jadi besar dan perasaan bimbang menyelubungi majoriti ahli pas. maka tidak salah bagi mereka untuk mengkritik, keluar pendapat sama ada bersifat lembut atau keras kerana mereka ini ada hak bersuara, lebih2 lagi mereka tahu tanggungjawab untuk menyelamatkan pas daripada masuk perangkap.

Ini bukan persoalan nak jatuhkan nasha... kita lihat selepas nasha menang Tim hadi, ada orang kutuk dia kerna menang jawatan itu? tiada kan. kututkan setja kritikan terhadap nasha mula kedengaran apabila dia sewenang2nya mengulas kerajaan perpaduan kepada media dalam pada kitika Mursyidul am kata idea mengarut kerana ia tidak pernah dibincang di jemaah. selepas itu mustapa ali pula bui pukulan maut supaye tutp mulut. dan nasha setuju dengan kenyataan stopa. Namaun, baru-baru ini pandai-pandai pula mengulas kenyataan PM berhubung UG. Sekarang siapa yang salah? puak2 yang kononnya nak jatuhkan dia atau dia sendiri? fikir bulat=bulat supaya orang tidak meluat. Sebab itu kita tengok kemarahn ahli tidak berapa sangat kepada tuan guru hj hadi berbanding nasha. sebab hj hadi tidaklah rancak sangaat ulas UG.

Tanpa Nama berkata...

golongan munafiq dalam pas ialah kumpulan UG = "Umno Group"

sb dehlawi berkata...

Anonymous said...
wakakaaaa... bro,
bawa mengucap .. ada ka hukum sula. dan sebat

bro dulu study dkt mana pakistan ke ..

jgnn ikut feel bro. relex .... bila ikut feel binasa , ni yg org luar x dapat terima pas sebab kudis2 yg mcm ni la. kalau sebelah org pandai menghukum , kafir lah munafik lah tp kalau pada diri sendiri bedal je... ramai la yg saya jumpa org pas yg jd kudis mcm ni.

pe .. saya terbaca sebelum ni kawan2 pangil pas klon. setuju x bro...

pape pun jgn ikut feel bro...

rilexlah abang.... bro kata kalau sebelah org pandai menghukum , kafir lah munafik lah tp kalau pada diri sendiri bedal je... ramai la yg saya jumpa org pas yg jd kudis mcm ni.

siapa yang mengkafirkan bro...mai bagi tau chek...sejak kawe ikuti pekembange politik pas tak pernah kafirkan orang. yang kawe juga politik yang hampir menjurus ke tahap munafik iaitu umno separuh terima islam separuh tolak islam. golongan ini bukan saja kudis dalam parti, malah kuids dalam negara...betoq tak bro?